Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, August 12, 2012

Jom Memasak : SOTO AYAM

 

Assalamualaikum…

 

Semalam kakakecik menunaikan janji dan hasrat seseorang untuk merasai soto air tangan kakakecik sendiri..memandangkan masa kenduri sebelum puasa tu kakakecik buat soto dan dia pun tahu kakakecik buat, terus mintak nak soto untuk juadah berbuka bila dia balik Kedah..plan nak buat 4hb aritu..tapi dia pun baru sampai dan kakakecik pun dok kat hospital, maka ditundanya ke hari semalam…tu pun ari Rabu dah tanya..bila dapat soto nie..tak sabar nak makan…jangan beli dah la ye kata nya…

 

Alhamdulillah, soto yang kakakecik buat memenuhi citarasa dan tekak dia sekeluarga…siap nak tempah lagi…aduuuus, sori la ye pakcik cheq tak biasa ambik tempahan soto nie..sedap sangat ke soto cheq buat tu sampai nak tempah nie…huhu..eh bukan buat untuk dia sekeluarga je…kakakecik siap panggil jiran, sedara pe lagi mai makan..banyak kot buat semalam..mak siap tanya lagi selepas beli barang2 buat soto, “ada orang nak mai berbuka kat umah ke?” Grrrrrrrrrr..”xde la mak..ada orang mintak buatkan, dia nak makan”…mak bertanya lagi, “dia nak mai berbuka kat umah ke….” aduuus banyak tanya plak mak nie…kakakecik pantas jawab..”tak lah mak..petang nanti anta la kat dia” so bercerita la kakakecik tentang dia…huhu..

 

DSCN9497

 

Jom kita semak resepi soto kakakecik…semua nya anggaran sahaja okey..kakakecik mintak campak je…

 

RESEPI : SOTO AYAM

Bahan-bahan kuah:

  • 1 ekor ayam (dipotong,cuci dan toskan)
  • 2 pkt kecil serbuk/perencah sup (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 bunjut perkakas sup
  • Air secukupnya
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar & Tumis :

  • 5 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • 3 inci halia
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 batang serai (diketuk2)

Bahan Tabur / Hiasan

  • Begedil
  • So’un goreng
  • Kacang tanah (digoreng)
  • Sambal kicap
  • Bawang goreng
  • Hirisan daun sup+daun bawang
  • Nasi impit
  • Isi ayam yang dikoyak2 halus

** BIHUN YANG TELAH DICELUR**

CARA MEMBUATNYA:

  1. Tumis bawang kisar dan bahan-bahan tumis lain. Agak garing masukkan perencah sup dan biarkan ia mendidih.
  2. Masukkan air secukupnya, perkakas sup, ayam, asam gelugur garam secukup rasa.
  3. Biarkan sup mendidih dan masak.
  4. Ambil isi ayam, dikoyak/siat untuk dijadikan bahan hiasan.
  5. Sedia untuk dihidangkan dengan bihun yang telah dicelur.hiaskan dengan bahan-bahan tabur.

Selamat Mencuba

 

psssst : tengah tunggu markah yang diberikan mengenai soto ini, sakan dia makan sampai tambah 4x ye..siap nak tempah begedil saja tu..sedap sangat kata nyer..

3 comments:

Unknown said... [Reply]

Assalammualaikum aDish, akak pun suka sgt dgn soto, mudah membuatnya dan suka ulang2 makan.
errr...nak bg berapa bintang eh..kena pos ke Sabah dulu, kasi rasa baru tau.

Unknown said... [Reply]

ske tang bergedil tu kak

sedap tp xrajen nk wt

Kira Sakura said... [Reply]

si dia tue yg tue tue tue ye kak? wahhhhh