Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, August 12, 2012

Mee Kari, Menara Alor Setar dan Baju Raya

 

Assalamualaikum dan salam ramadhan…

2 minggu kakakecik tidak update blog nie…kecian plak kat adik ilah di perak, buka je xde cite apa pun..dia egt kakakecik update tentang perkembangan adik sepanjang di hospital..alhamdulillah adik dah sihat dah boleh p sana sini dah..setelah 2 minggu duduk hospital..kakakecik la peneman setia nya…

 

Sepanjang dok kat hospital memang tak masak la kakakecik..so jumaat lepas melepaskan gian la di dapur…tekak terasa nak makan mee kari..tengok Awin pun ada buat mee kari..waaaah nie tak leh jadi..kena cari resepi mee kari la nampak nya..google punya google dapat la 3 resepi mee kari…kakakecik study ketiga-tiga resepi nie dan pandai2 la tambah itu ini..tapi lebih banyak ikut resepi Che Mat Gebu, hari khamis dah bagitau dengan mak nak wat mee kari dan mintak mak beli bahan-bahan nya…

Jom semak resepinya..

RESEPI : MEE KARI

BAHAN KUAH:

  • 500 garam ayam, potong kecil, cuci dan toskan
  • 3 keping fishcake, hiris sering sederhana tebal
  • 500 ml santan pekat
  • 2 senduk cili kisar
  • 2 bungkus kecil rempah kari daging
  • 1 keping asam gelugor
  • 500ml air
  • 1 biji tomato, belah 4 setiap satu
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Carrot dipotong bulat


BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia


BAHAN TUMIS:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 pelepah daun kari


BAHAN HIASAN/TABUR:

  • Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Sawi, dicelur, toskan
  • Telur rebus, dibelah dua (terlupa)
  • Taughe, buang ekor, celur sekejap dan toskan
  • Hirisan daun sup/daun bawang
  • Tauhu, digoreng dan hiris
  • Hirisan cili merah dan hijau
  • Isi kerang rebus secukupnya (buat sambal)
  • Belahan limau kasturi (terlupa jugak)
  • Bawang goreng


CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga garing dan terbit minyak, guna api perlahan.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata, biar hingga kecut. Tuang santan cair dan air secukupnya. Biar mendidih, masukkan hirisan fishcake, kiub ayam, tomato dan asam gelugor. Biar hingga ayam masak, tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Siap kuahnya…Letak mi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah kari bersama isi2nya dan letak bahan2 lain atasnya. Perah limau kasturi sebelum dimakan, Hidangkan segera.

Selamat Mencuba

 

Sambil menumis sambil tengok resepi tau..hahaha..tu pun ada yang terlupa gak..terlupa nak masuk kan cili kisar..xpasal2 tumis lain cili kisar dan masukkan dalam periuk kuah…telur rebus dan limau kasturi jugak lupa untuk dijadikan hiasan…yang gatai letak carrot hahaha..dah mak beli nanti mak tacink pulak…

DSCN9492

Makan mee kari nie kat dataran menara alor setar memang sedap…bukan kakakecik puji sendiri ok, Yen yang kata SEDAP JUGAK..kembang sat…1st time wat tau…hehe..kakakecik berbuka di bawah menara alor setar dengan adik dan yen..nie semua gara-gara nak pergi cari baju raya…uwaaaaaaaaaaaaaaaa masih belum dapat baju raya nie..tak de saiz…huhuhu..esok lusa nak kena pergi Jitra la untuk mencari baju raya…kalau xde jugak SP, kalau xde jugak Penang la…padan muka shida…masa ada saiz before posa aritu xmau beli siap2..ngada….

 

pssst: baju kat tukang jahit dah siap 3pasang..tp tu bukan baju raya…tak sedondon dengan mak..huhu

2 comments:

Mrs. Abi said... [Reply]

akak makan mee kari dengan mee putih tu ye... awin dgn mee kuning... hehehe

kiera'sakura said... [Reply]

terliur huhuhuhu

ayok akak nt xjmpe size akak tue dh la bkn besar sgt