Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label PUTERI KATEK. Show all posts
Showing posts with label PUTERI KATEK. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Jom Memasak : Laksa Utara

Assalamualaikum….hari ini shida nak kongsi resepi Laksa Utara…atas permintaan Adinda Amy dan memenuhi selera Puteri Katek yang mengidam nak makan laksa utara di kala hujan membasahi bumi…

Sebenarnya family shida lebih mengemari laksa kuah lemak ala-ala johor (letak santan dan kari) TETAPI shida nie ngada lebih suka 2-2 jenis kuah laksa….memandangkan mak tak berapa pandai nak buat kuah laksa utara…so terpaksa la shida buat sendiri….ingat lagi…shida belajar buat kuah laksa nie dengan kakak ipar 10 tahun yang lepas…thanks kak niroh…sekarang nie kalau teringin nak makan laksa di waktu malam pun shida akan buat (kalau ada ikan nya la)…

lksaLaksa tengah malam….tanpa telur rebus tapi awin kata bawang perlu ada..penting

Jom kita semak bahan-bahan yang shida guna dalam membuat laksa utara….

Bahan- bahan :

1 pkt laksa

1 Kg ikan selayang / kembung (shida lebih suka guna ikan selayang sebab banyak isi)

10 –15 tangkai cili kering ***

5 biji cili padi (ikut kalau nak pedas tambah la) ***

3 biji bawang besar ***

2-3 ulas bawang putih **

5-10 keping asam gelugur

Garam dan Belacan secukup rasa

Daun Kesom & Bunga Kantan

 

Bahan Hiasan (ulam-ulaman) – Daun salad, daun selom, timun, bawang besar, cili api yang telah dipotong halus….hirisan limau nipis dan telur rebus. (shida suka pucuk janggus dan pucuk putat..memang sah sah orang kampung kan)

 

Cara Membuatnya :

  1. Laksa direndam dlm tempoh 1 jam…dan rebus..toskan apabila laksa dah betul2 masak / kembang (nak pastikan laksa tak liat semasa di makan…amik 1 –2 urat laksa masuk kan dalam piring yang di isi air…cuba putuskan..kalau susah nak putus tanda laksa tersebut belum masak…jika mudah diputuskan itu tanda nya laksa tersebut sudah masak dan tidak liat)
  2. Rebus ikan yang telah dibersihkan. Masukkan sedikit garam dan 3-4 keping asam gelugur.(asam gelugur ini simpan utk dimasukkan ke dalam kuah)
  3. Kisar bahan-bahan yang bertanda ***
  4. Ikan yang telah direbus di asingkan isi dan tulang..Simpan air rebusan ikan.
  5. Kisar isi ikan dengan menggunakan air rebusan tadi.
  6. Kisar tulang dan tapis (ambil air nya sahaja)
  7. Masukkan bahan-bahan *** yang telah dikisar tadi bersama-sama dengan isi ikan dan air tapisan tulang…sekiranya air rebusan ikan masih berbaki..masuk kan juga air rebusan ikan tadi…sekiranya air tidak mencukup..tambah dengan air biasa…TETAPI jangan terlalu cair..
  8. Masukkan asam gelugur, garam, belacan secukup rasa
  9. Masukkan daun kesom dan bunga kantan
  10. Biarkan ia mendidih dan masak…
  11. Sedia dihidangkan

 

p/s : jika kuah meruap tanda nya tak cukup rasa…so cuba rasa garam or asam yang tidak cukup tu..selamat mencuba..

Sunday, March 20, 2011

Saya Gemuk

Assalamualaikum…

yeh yeh shida dah gemuk bukan skit tp banyak…

bem bem gtu…..bukan sebab sokmo makan donut

Tapi Puteri Katek yang telah wat diriku ini gemuk…..

katek

bukti di pm box ym….katek katek ….

korang nak tgok ke bdan shida bila gemuk…

KAK SHIDA 1 comey x saya…bila saya gemuk..muka saya nampak bulat…..hehee..teregat 10 tahun yang lepas masa badan naik 5kg dlm masa 10 bulan…

tqsm katek….sebenarnya katek ada bg shida, amalina, sunah n ady doodle kat entry nyer….

tak percaya sila la ke entry katek yang DOODLE KHAS UTK TEMAN

KATEK!!!!!!!!!!!!!!!!!!! akak suka pic kamu yang sembunyi tangan kat belakang tu…hehhehe…

pssst : akak rasa mcm nak g serbu utara sana je..nak jupe katek nie….