Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label SUNAH. Show all posts
Showing posts with label SUNAH. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Penyatuan Dua Hati : Siti Hasunah & Soleh Ahmad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

adysunah1

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat dan adik yang kakakecik kenal di dunia blog ini telah melangkah ke hadapan sebagai suami isteri. Alhamdulillah Sunah dan Ady Soleh telah disatukan pada hari penuh keberkatan, Jumaat 13Disember 2013 di Kampung Baru, Bintulu.. Tepat jam 2.55petang, Siti Hasunah bt Mohammad sah menjadi isteri kepada Mohd Soleh b. Ahmad dengan sekali lafaz…Kakakecik menjadi saksi majlis pernikahan mereka berdua.. ye la pagi jumaat tu, kakakecik dan rakan2 blogger lain dah sampai di Bintulu…Pertama kali kot ke sana..Selamat pun kami sampai walau berbagai rintangan yang terpaksa tempuhi (apa tu, tunggu next entry).

sunah ady

     adysunahakad

Selesai sudah majlis akad nikah, kakakecik dan rerakan lain ke Kidurong tempat inapan kami selama di sana…Rehat2 kan badan dan malam nya kakakecik, Iffah, Finaz dan Norfa ke rumah Sunah kembali untuk tolong apa yang patut…pada malam tu juga ada majlis bergendang, berjoget dan berpantun (spontan) untuk menghiburkan orang kampung / sanak saudara yang bekerja / memasak bagi majlis esok nya.

 1526655_527966877299683_729889737_n

Esoknya, majlis kenduri kami sampai elok orang dah susun kerusi..hehehe..terlewat kah kami sedangkan waktu kami sampai tu baru pukul 12 tghri…Oooo sana makan awal, pukul 9 pagi dah start majlis nya..tak apa la janji dapat hadirkan diri pun dah memadai..macam biasa la mesti nak bergambar dengan pengantin kan..dalam syok dok bergambar berbagai pose, pengantin paksa kami makan nasi dulu..riso nanti orang kemas habis..hahaha..Sapi masak kicap memang sedap sangat2..rasa mcam nak mintak tapau je…hehe..

1460991_767874459893627_498955101_n

with ady sunah

adysunahkenduri

reramai

Selain, nasi dan lauk pauk yang sedap nie..ada jugak dihidangkan kek..ada kek pandan, kek marble,bingka pandan, dan yang paling istimewa tu kek lapis perigi pink air tangan Puan pengantin sendiri..sedap sangat2…berulang berkeping2 makan nya…

1520759_527726713990366_1154012610_n

Kepada Sunah dan Ady Soleh, akak sekali lagi ucapkan Tahniah..semoga ikatan yang terbina ini akan kekal bahagia hingga ke jannah..Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh mawaddah, sakinah warahmah.In Sha Allah..


“Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair”

(maksud: Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan).

..Amen..

Thursday, January 31, 2013

Johor Trip : Ribuan Jutaan Terima Kasih Sunah Sakura

Assalamualaikum dan Selamat Petang


Jika di minggu lepas..di kala waktu ini di hari Maulidur Rasul kakakecik masih berada di rumah CMG Adnan Ibrahim...dah seminggu kan...tetapi entry trip kakakecik ke Johor masih lagi belum berakhir...dan ada yang bertanya kenapa kat entry kakakecik tak de gambar-gambar pantai makanan macam di entry Sunah Sakura ini...


Dik...akak punya belum sampai ke part itu...akak kena buat by part kalau rangkum semua dalam 1 entry jenuh kot nak membaca...hehe


Di pagi Sabtu selepas Sunah siap membuat Kek Karamel Aisyah, kami ke Taman U untuk bersarapan di Cafeteria Noor dengan blogger UTM (ini plan Sunah). Kakakecik ingat kan ManYusoef dan Nazri sahaj..tetiba ada lagi 2 blogger UPM yang turut serta..Kebetulan Raziq dan Wan XXX (kenapa Wan XXX kakakecik pun tanya la Aima...menurut Aima, dia tak kasi letak nama nya, Oh ok) datang ke Johor jugak dengan tujuan lebih kurang macam kakakecik dan Aima la melawat sahabat blogger....



Sarapan pagi kami dibelanja oleh seorang kakak yang hampir 8 tahun kakakecik tidak berjumpa..


Jangan ditanya kenapa kakakecik tiada dalam gambar ini dan di mana kakakecik menghilang?Yang pasti bukan kakakecik yang snap picture ini okey



Konon nya nak balik selepas sarapan pagi di Cafetaria Noor..tetapi setelah Sunah memujuk rayu akhirnya Kakakecik dan Aima tangguh pemulangan kami..kecian jugak dengan Sunah tak sempat untuk jejalan dengan kami...So, selepas bersarapan..kami pulang semula ke rumah sewa Sunah, selesaikan apa yang patut dan bersiap2 untuk hantar kek yang ditempah.


Tengahari kami lunch dengan restoran apa ntah area2 U Mall tu...tapi memang kena dengan selera kakakecik..habis licin makan.. Kami singgah sebentar di Benang Hijau..kakakecik dan Aima kongsi beli kain sepasang untuk membuat baju. Seterusnya kami ke Perling Mall untuk menghantar kek Karamel Aisyah dan ke Bakery Shop..temankan Sunah beli bahan kek..kakakecik nyaris2 nak beli acuan coklat dan lolypop stick...tapi dorang kata mahal..so letak balik nanti pergi survey di AS..kalau mahal di AS suruh Sunah tolong belikan di Perling..


Selesai urusan jual beli...Sunah tanya nak ke mana..alamak dik jangan la tanya...Aima dok nak p Desaru..jauh cheq oooi...tapi pantai kalau cantik memang belah2 mersing sana la..Akhirnya Sunah decide bawak kami ke KUKUP...ingatkan nak ke Pulau Kukup...sekali cebek sebab kami sampai dah petang..pukul 4.15 mcm tu...Pulau Kukup dah tutup time tu..last boat dari Pulau Kukup pun pukul 4 petang..Nak buat macam mana kan..xde rezeki kami untuk ke sana.....




Tak dapat ke Pulau Kukup kita bergambar dah le sebagai bukti dah sampai ke kawasan Kukup kan..hehehe. apa2 je la kakakecik oooi.


Dah hajat di hati nak melihat laut/pantai..kami mencari2 destinasi pantai yang terdekat..kebetulan tangan kakakecik gatal pergi ambik brochure yang terdapat di Terminal Feri Antarabangsa Kukup...so belek punya belek ternampak la Pantai Rambah...mintak la Sunah bawak kan kami ke sana..cari dari GPS xde plak Pantai Rambah...yang ada Taman Rekreasi Sg Rambah...tak pe set je la janji ada Rambah tu betul la kot...dapat jugak la kami melihat menikmati laut, sunset dan hujan tengah laut di Pantai Rambah...sambil menikmati keindahan alam makan kuaci..kakakecik memang tak pandai makan kuaci..gigit2 kulit isi nya jatuh ke bawah...so tolong pegang untuk dorang berdua je la..saya kan kakak duduk plak di tengah2..antara Aima dan Sunah






Hari semakin senja..tak elok anak dara jalan kan time2 senja nie..hehehe...Sunah terus kan pemanduan dengan Sakura Ungu ke JB..singgah di Angsana sebab Aima nak tengok2 tudung..tetapi masuk je pintu Angsana tu..terus ternampak 1 kedai nie..bukan kedai tudung tapi kedai kamera...saja la kakakecik tanyakan harga kamera nikon tu..berapa..harga yang diberikan agak berpatutan..tanya la berapa boleh kurang..dia turun RM20.00 je...Aima macam berminat jugak...so proses tawar menawarkan berjalan sehingga la persetujuan kedua-dua pihak, ops ketiga2 pihak la..kakakecik, aima dan sales man tu...harga yang diberi kurang RM110.00 jugak la...dah tu kakakecik dan aima ambik model yang sama dan color design pun sama...dah beli camera nya..mesti la nak screen protecter...dia syorkan yang mahal yang elok la..mintak kurang lagi..dia x berapa nak bagi banyak..bila bagitau nak ambik tiga..dia kira punya kira dapat la harga yang agak buat kami senyum..tapi kakakecik nie nak jugak kurang lagi...ambik mesin kira dia..campur tambah kali semua..kakakecik tolak lagi RM 10.00 genapkan RM700.00 je semua nya..untuk 2 biji camera compact nikon dan 3 keping screen protecter...lepas nie tak de lagi la camera edisi terhad tu ye CMG..hahahaha.. Dalam sekejap je dah susut RM700.00..cash xde..debit card je la..hehehe..



Dari Angsana ini, Sunah bawak kami ke Warung Pusaka Wak Radol...simpang sana sini juga la...kakakecik macam tak percaya je Sunah secekap ini memandu...dah la nak ke Warung Wak Radol tu jalan nya sempit aje...



Di Warung Pusaka Wak Radol ini paling pemes dengar2nya Satay...dan semestinya la kami makan Satay malam itu...selain satay ada jugak masakan  yang lain serta ikan bakar dan yong tau fu..Kakakecik dah lapar sangat dan bukan penggemar sate..so kakakecik pilih bihun soto..Sunah, nasi goreng cina..Aima, satay ayam 10 cucuk saya punya..padahal kami dah pesan kot 15 cucuk satay daging+ayam..campur...





Puas jugak la nak tunggu satay nie...sampai dah separuh gelas minum air dan  makan habis soto serta nasi tu pun belum tentu sampai lagi satay nya...tapi apa pun memang sedap sataynya..terutama satay daging lembut je...




Nak habiskan 25 cucuk satay tu..jenuh jugak la dok tolak hang aku...kakakecik awal2 lagi dah angkat tangan...bukan sebab nak satay tu..dah xmau..sebab kakakecik habis kuat pun sekali makan 5 cucuk satay saja...memang bukan penggemar tegar satay...walaupun begitu alhamdulillah semua habis licin..




Perut dah kenyang...terima kasih Aima belanja kami makan malam tu...



Alang2 dah lewat..kami berhenti singgah di Danga Bay untuk bawak Aima jalan-jalan di sana..kakakecik dah 2kali ke Danga Bay..jadi nya tak de la teruja sangat lagi..hehe..memula jejalan je..ambil gambar berlatarkan cruise..

Jalan punya jalan...sampai la ke pertengahan kawasan Danga Bay ada tren untuk keliling Danga Bay...kakakecik dah biasa naik dah tren ni..so nak jugak la bagi Aima dan Sunah naik...kakakecik tanya la Aima dan Sunah nak naik tak..dorang macam nak angguk tak angguk...xpe kak belanja...ye la RM5.00 je seorang..bukan selalu pun...okey apa lagi terus lompat naik tren la...





Pukul 12 lebih kot  baru la kami beredar balik dari Danga Bay...memasing dah mengantuk..sampai je umah sewa Sunah...pakat2 la merehatkan diri (sempat lagi online) dan bermalam la kami semalam lagi di Sri Putri menemani Sunah..


Esok nya...Ahad...bas pukul 8.30 pagi..8.30 pagi tu baru nak gerak keluar daripada rumah..kalau tertinggal bas...semalam lagi la stay kat johor tu...tapi kata Sunah..selalu nya waktu di tiket tu adalah waktu bertolak dari Larkin..lega rasa nya...lama jugak kami menunggu bas KBES tu...saat berpisah tu amat memilukan, nasib baik lepas salam peluk cium..terus lari2 ke bas..sebab kakakecik dan Aima je naik kat Sri Putri...Dalam bas tidoooooooooooooooooo..


Apa pun kakakecik nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada adik blogger selatan yang telah hampir atau lebih 2 tahun kakakecik mengenali..dia la insan pertama yang kakakecik kenali apabila join program2 segmen ben dahulu kala...dia la blogger pertama yang kakakecik add di FB dan YM..disangka kan dia seorang lelaki..rupa2nya beliau seorang anak gadis yang sopan dan ayu...Sunah, terima kasih kerana kamu telah bersusah payah untuk percutian akak ke Johor kali ini...walaupun kamu kerja..sanggup luangkan masa bersama2 dengan akak dan aima sepanjang 4 hari kami di sana..bahkan menyediakan tempat tido selama 2 malam..akak sangat2 terharu dan hargai pengorbanan awak..akak tahu awak penat tapi awak tetap  gagahi jugak...terima kasih Sunah...


p/s :sebahagian gambar daripada Sunah Sakura




Tuesday, January 29, 2013

Johor Trip # Sedenak : Terima Kasih CMG Adnan Ibrahim

Assalamualaikum dan Selamat Petang,


Berhenti seketika tak nak berhenti lama sebab nanti orang kata dah basi baru nak cerita kan......sambung balik entry travel kakakecik ke Johor...kalau nak tau camne perjalanan kakakecik dan Aima ke Johor..rajin2 la ke entry ini ye...


Sebab apa ye kakakecik dan Aima ke Johor..mungkin ada yang kata sebab nak jumpa kawan-kawan di sana...ye memang betul pun..dan salah seorang sahabat blogger kenalan maya yang setahun lebih kami tak jumpa. Beliau tinggal di Sedenak..apa yang istimewa nya Sedenak.kat sini la tinggal nya seorang blogger masak memasak yang pemes de amos tu....tak lain tak bukan Adnan Ibrahim pemilik tiffin biru dot com atau lebih dikenali dengan Che Mat Gebu (CMG)...


Ini adalah kali kedua kakakecik sampai ke teratak beliau..terima kasih kepada Sunah kerana sudi bawak kami ke sana..perjalanan dari Sri Putri ke Sedenak adalah dalam setengah jam dengan pemanduan yang sederhana laju mengikut highway dan exit Kulaijaya..bukan exit Sedenak okey...sebab kalau dari JB exit Sedenak macam patah balik..rugi rugi rugi...


Kami sampai ke rumah CMG terkejut jugak la sebab ada 2-3biji kereta selain backhoe yang tengah wat keje2 pembaikan didepan umah CMG...opps CMG ada tetamu lain selain kami..dah naik segan..ye la 3 orang anak dara pegi umah anak teruna untuk makan di waktu tenghari...huhuhu


Dengan selamba nya CMG ajak kami ke dapur...konon-konon hanya kami bertiga sahaja so makan di dapur la lagi best...Menu apa yang CMG hidangkan untuk kami..mesti ramai dah tahu kan..tak kira kakakecik nak jugak bagitau...Laksa Johor menu permintaan kakakecik..dah lama x makan tau..pertama dan terakhir adalah 10 tahun lepas...




Sori gambar laksa dalam pinggan tak ada..sebab bersemangat nak makan...memula mintak Aima letak 1 chop spghti sahaja..tapi macam skit..mintak tambah lagi 1...sekali ambik ko...nak habiskan 2 chop tu jenuh jugak la..Sunah laju je makan 2chop dan tambah lagi 1chop..sampai gatal2 hidung nya malam tu..kecian Sunah..Thanks CMG buatkan laksa johor yang super duper banyak ini..al maklum la kami bagitau 6 orang akan datang..tetapi hanya kami bertiga sahaja...Sue IEB dan Cikgu Areef tak dapat join kami..sori ye CMG...Walaupun pada awal tu kakakecik biarkan laksa tu dalam pinggan...sembang2 dulu..bagi perut kosong lagi...last sekali kakakecik hirup sampai licin..siap tambah kuah sahaja..makan sampai habis...



Selain Laksa Johor yang mabeles walaupun tanpa daun selasih..CMG hidangkan kami







Sambil makan sambil borak..memang tak sedar apa la...hampir 4 jam jugak la di rumah CMG dari minum limau ais kepada teh pandan...ada je yang diborak kan..dari topik makan-makan, masak-memasak, madu-bermadu, teko antik hingga la belajar mengenali jantina kucing...hahahha..almaklum la family CMG keluar pegi rumah sedara CMG...tak leh tahan tu CMG dok panggil kakakecik "Datin"..kejap kejap Datin Datin..hahahhaa..kelakar sangat...memang dah lekat Datin la...siap suruh kakakecik tukar url..kakakecik tanya jugak kenapa dia panggil kakakecik datin...ada la jawapan yang diberi..kalau nak tau kenapa kakakecik dipanggil datin tanya la CMG sendiri okey



Akhir sekali, kakakecik mengucapkan ribuan terima kasih kepada CMG kerana sudi menerima kunjungan kami dan menghidangkan juadah2 yang sedap2 belaka...dan terharu sekali bila CMG dah tau apa yang kakakecik tak makan...huhu...insyaAllah nanti2 kita jumpa lagi..CMG kalau mai Koding KODIANG (thanks Sunah perasan typo akak...eh CMG pandai sebut KOKDIANG tau) jangan lupa singgah Pendang tau...



psst: ada lagi 3-4 entry travel johor nie..jangan plak nanti korang jemu..almaklum la 4 hari di sana..mesti la banyak entry nya..nak wat 1 entry je nanti panjang berjela



Sunday, June 10, 2012

Jom Memasak : Kek Karamel Sakura

Assalamualaikum dan selamat petang

 

Kek Karamel kek karamel kek karamel…tak de kek lain ke yang kakakecik nak buat…dah naik bosan gamak nya korang dok nampak asyik kek karamel je dok tayang kat blog nie…tu yang kakakecik tak share dengan korang walaupun mgu lepas hampir 4 biji kakakecik buat…hehe..tapi yang kali nie wajib dan nak jugak share…special sikit kek karamel ni…tengok nama pun dah spesel..KEK KARAMEL SAKURA…

 

Okey okey malas nak bagi korang semua tertunggu sampai bosan…kek karamel nie kakakecik buat atas kunjungan Sunah Sakura ke rumah kakakecik last week…pagi selasa tu kami buat sesama (eh sesama ke kita buat) walau perancangan awal nak buat malam Selasa tu..Sunah siap sms lagi..”akak, kalau nak buat kek karamel panggil yer” hehehe walau 1 umah leh main sms lagi kan..tp masing-masing nak tengok MasterChef Selebriti dan selebihnya penat..Opss kakakecik nak siapkan kain untuk pakai kenduri sabtu tu…(sabtu semalam)

 

Resepi macam biasa la…rujuk kat entry nie…tapi kalau nie kakakecik guna perasa oren dan coklat…1st time buat perasa nie atas permintaan Sunah sendiri…tu yang nama kek ni KEK KARAMEL SAKURA…

kek krmel sakura

(gambar pun Sunah yang shoot…elok benar la nama kek karamel sakura kan…kakakecik tertinggal memory card camera kat kedai…huhuhu..frust jugak la)

 

pssst : Sedap jugak perasa oren + coklat nie…minggu lepas dah nak buat perasa nie tetapi memandangkan family kakakecik tak berapa nak suka coklat…so macam biasa la pandan oren pandan oren pandan oren..itu je yang mampu….harap2 lepas ni dorang nak oren coklat lak…

Tuesday, September 13, 2011

Jom Memasak : Saya Gila Melapis…

Assalamualaikum…

Mesti ada yang perasan Shida pernah wat kek lapis dan menangis kerana kek lapis…shida tak salahkan Sunah…tetapi shida berterima kasih kepada Sunah kerana beliau yang menyebab kan shida GILA MELAPIS…Baru-baru ini shida ada buat kek lapis choco chip untuk bagi adik beradik KBU yang berkumpul di CKT Permatang Pauh merasai kek lapis kakakecik mereka buat…untuk kali ini sehabis2nya shida derhaka…shida hanya wat setengah adunan…jom semak resepi derhaka shida daripada resepi asalnya


Bahan-Bahan:

250 gm mentega

75gm gula

1/2 sudu besar ovellette

5 biji telur saiz besar

1/2 tin susu pekat manis

130 gm tepung Hong Kong

50 gm horlicks

2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)

1 sudu besar chocolate emulco (saya guna perisa coklat je)

coklat chip

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco
  5. Dengan menggunakan loyang 4" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Lapisan pertama : plain (tabur coklat chip) dan lapisan kedua : coklat 
  6. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
  7. Setiap lapisan shida menggunakan 2 senduk kecil kerana untuk menampakkan coklat chip. kalau x percaya jom tengok gambo di bawah

chocochip

** MAAF KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN..GUNA HP..KAMERA DAH ROSAK**

Thursday, August 4, 2011

Acik Fidah Pun Baca Sunah Suka Sakura

 

Assalamualaikum….

Tiada ku duga sedara ku tertarik dengan entry Sunah Suka Sakura dot com….memang tak disangka dek akal fikiran nie Acik Fidah yang menetap di JB baca entry Sunah….agak2 korang entry mana yang membuatkan Acik Fidah tertarik dan siap post kat wall FB nya…

Ayat di wall Acik Fidah berbunyi macam nie :

Noor Afidah Abdullah  : Saya bukan penggemar kek lapis sarawak TETAPI tertarik untuk berkongsi maklumat....

acik pida

Alhmdulillah acik fidah suka dan tertarik untuk berkongsi maklumat tentang ini dan yang paling PENTING entry dari adikecik kakakecik yang comey itu….

acik

psssssssssssst : Sunah…teruskan penulisan mu ye adikecik…bak kata kak elly kamu…sunah kan boleh jadi duta sarawak

Sunday, May 29, 2011

Mimpi keBASAHan Dengan Jeneral SSS…Dia Kelam Kabut dan Malu

ASSALAMUALAIKUM…

mimpi keBASAHan dengan Jeneral SSS…oppps tajuk panas bikin kontoversi nie cik shida oooooooooooi…..shida sendiri terkejut dengan apa yang shida mimpi malam tadi…tapi shida suka sangat2…malam tadi dia begitu aktif n lincah…bila terjaga senyum je sorang2….best tau mimpi malam tadi….sebab shida rasa dekat sangat2 shida dengan dia….Jeneral SSS..

Walaupun hanya dalam mimpi shida dapat bersama dengan nya tetapi ia cukup2 bermakna….sebab shida tak pernah lagi jumpa dengan nya…mungkin shida rindu sangat dengan dia kot….sampai bawak ke mimpi….

Tapi tak kan shida ehem ehem dengan Jeneral SSS kot….ish ish mana ada mcm tu…sebenarnya begini cerita nya..

“ Shida, Jeneral SSS, kawan2 blogger lain (tidak dapat dikenalpasti) pergi ke suatu tempat tinggi nak kata Genting Highlands pun bukan…shida tatau la di mana lokasi kejadian…bila sampai di puncak….ada 1 kawasan air….tasik mcm tu…kami semua bermain bola di dalam kolam itu…Jeneral SSS memang pro sangat2 main….dia yang ke sana ke mari mengejar bola…sampai la ke 1 part Jeneral SSS bersungguh2 menguak ke kiri ke kanan berenang untuk mengutip bola sampai tudung yang dipakai nya tertanggal…..kelam kabut Jeneral SSS sebab ramai orang melihat auratnya…”

Shida terkejut jaga apa bila Jeneral SSS merajuk dan malu….apa nie sunah…akak belum puas lagi main kamu dah malu2…terus terjaga akak…hehhe..oppppppps ..ini lah mimpi basah shida bersama jeneral SSS…MAIN BOLA DALAM AIR yang membuatkan shida senyum sorang2…

Sunah akak rindu kamu….bila kita nak jumpa nie…

 

pssst : akhirnya shida dah tahu paras rambut sunah dr mimpi malam tadi…tetapi dalam mimpi sunah pandai berenang tp dia pun mcm shida je..tak pandai jugak..hehehehe…

Wednesday, May 25, 2011

Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?

 

top4

Sunah tanya ek best ke header CNQ nie…..oooooooooooooooooooooooooh semestinya la best sebab nya…..

KE SINI

129999

 

SAPA YANG BUAT HEADER NIE…KLIK SINI

NAK JOIN KLIK HEADER SUNAH SUKA SAKURA DI ATAS

Sunday, May 15, 2011

Cabaran 10 blogger yang awal dikenali dan menaikkan anda dalam dunia blogger... Cabaran Blogger Norfa

Assalamualaikum…

Semalam terpegun membaca entry Norfa pasal Cabaran 10 Blogger yang awal dikenali dan menaikkan anda dalam dunia blogger…menarik perhatian shida jugak la untuk menyahut cabaran Norfa….CahayaNurQasih hanya la blog biasa sahaja tak ramai orang kenal dan tahu tetapi ia adalah satu kepuasan bagi shida kerana melalui blog ini la shida dapat ramai sahabat…

Blogger mana yang awal shida kenal dan menaik kan blog CNQ dalam dunia blogger ini…siapakah mereka…bagi shida semua mereka yang membaca CNQ TETAPI di sebalik itu ada insan2 yang terawal yang shida kenali dalam dunia blog ini.

MAMA YEEN

Shireen pencetus semangat shida untuk membuat blog..dia adalah anak angkat mak…sebelum nie shida hanya baca blog2 tetapi tak kenal empunya blog,.tetapi apabila shireen duduk di rumah hampir 3minggu…setiap hari shida akan membaca blog dia yang menceritakan tentang kehidupan mereka sekeluarga..dari sini shida tanya shireen selok belok mengenai blog..dia cerita la asas nya kepada shida…dengan itu lahir la  blog shida…thanks shireen

CHEF ALAM MAYA

Mesti ramai tahu dan kenal sapa chef alam maya di dunia blog ini…shida pun tatau cmne shida leh lepak di blog DAPUR TANPA SEMPADAN..setiap hari shida akan belek tengok entry2 masakan nya…mungkin shida minat masak so shida tak akan jemu lepak di sini….banyak ilmu masakan yang shida perolehi daripada blog chef kita ini..daripada blog mat gebu la shida kenal sorang lagi blogger yang suka wat segmen untuk menolong blogger yang baru macam shida nie…

BEN ASHAARI

Shida join segmen en ben disember tahun lepas…segmen 500 blogger…daripada segmen en ben la shida kenal ramai sahabat2 blogger yang sama2 join segmen beliau…dulu shida boleh di katakan setiap hari / jam akan menapak kat blog en ben…kalau tak pasal entry beliau yang sentiasa update mesti la sebab segmen2 nya…daripada entry2 en ben banyak tips / ragam mengenai dunia blog yang membolehkan kita berfikir…en ben tqsm atas segmen2 yang dianjurkan sebab kebanyakan followers shida adalah daripada segmen en ben…

MADU

Madu shida amatlah baik sekali…dia la insan pertama yang shida kenal / rapat melalui segmen en ben…dia la yang banyak membantu shida apabila shida mengalami masalah/kebuntuaan mengenai blog…dia la yang tolong buat header untuk shida…shida tatau mcm mana nak terangkan lagi tentang MADU ini…hanya ucapan ribuan jutaan terima kasih untuk madu yang baik hati…

NORFA

Norfa jugak shida kenal dari segmen en ben..seperti madu shida iaitu sunah norfa jugak banyak tolong shida dalam dunia blog..tak percaya ke SINI..thanks norfa banyak tolong akak selama nie…alhmdlah kita dah jumpa dah kenal orang nya…diharapkan hubungan kita akan kekal selama nya…lanjut mengenai Norfa oleh Shida..Klik AJe DISNI

MYBOSS

opppps bos shida pun ada blog ok….takde la dia hanya la bos di alam maya sebab shida s/u beliau dahulu…pemilik adybudika adalah bos shida…shida rapat dengan dia selepas dia balik 1st gathering SB di Time Square…dia la 1st person yang upload picture gath…so dari situ shida bertegur sapa dan apabila tahu dia orang kampung (1 daerah)…daripada sini la kami akrab sehingga sekarang…tp ady ni seorang yang pelupa…sampaikan dia feed shida sebagai jiran tetapi tak follow…teruk kan…tapi shida tak kisah…ady memang selalu wat shida ketawa dan sedih..hahaha…ady thanks sudi jadi sahabat shida..

INSAN2 TERAWAL

Klik DI SINI

CIK GKSB

Beliau adalah admin group KBU (Kami Blogger Utaqha)…daripada group cik gk la shida kenal lebih ramai blogger khusus nya di sebelah utara…di group ini shida mempunyai ramai adik2..sebab shida yang paling tua di sana…shida gembira bila bersama2 dengan adik2 di sana…mereka banyak bagi semangat dan semua sporting belaka…hidup shida seharian tak akan sunyi kerana mereka di KBU selalu wat shida happy dan senyum sorang2..thanks cik gk atas usaha anda selama ini…kak sokong cik gk..we are family

LYDIA MIZA

Sahabat maya yang shida kenal dan rapat…LM jugak banyak bagi shida semangat dalam kehidupan ini..banyak yang kami kongsi bersama mungkin disebabkan kami seusia(beza hanya setahun)..shida jugak telah diamanahkan oleh LM untuk menjaga Group Sembang Blog Lydia Miza (SBLM)…terima kasih LM kerana mempercayai shida..

 

Kepada blogger lain maaf sekiranya nama anda tidak shida senaraikan di sini bukan bermakna shida tak menghargai anda semua shida hargai sangat2…terima kasih semua yang menyokong memberi semangat kepada shida seterusnya kepada CahayaNurQasih semoga ikatan yang terjalin ini akan kekal buat selama2nya..insyaAllah…

(entry hari khamis 12/05/2011)

Tuesday, April 26, 2011

Jumpa Blogger Lagi

Assalamualaikum…

3 hari berturut2 shida jumpa kawan2 dari dunia blog nie…biar la orang nak kata pulun ke apa..apa pun dengan shida…shida tak kisah janji shida dapat jumpa kawan2 yang leh membuat kan shida senyum….

kalau ari sabtu pesta sopan, ari ahad pesta kayuh, ari isnin semalam pesta sembang di tangga..alhmdlah shida telah bertemu seorang blogger yang menang program realiti…siapakah beliau….ke SINI ok..

Dia adalah seorang yang kelakar sangat sangat….1st jumpa bertentang mata dia dah gelak…hehehe….macam dah kenal lama antara kami berdua…kalau korang perasan shida pernah wat entry tentang dia….super duper junior tu….

Alhmdlah smlam Pekan Rabu, Alor Setar menjadi titik pertemuan antara shida dan lini atau lebih dikenali dengan cik pulau…memandangkan cik pulau mai jalan2 belah utara nie shida amik la kesempatan untuk berjumpa dengan dia…memang best la jumpa dia dan kawan2 dia yang lain…macam2 jugak la kami borak semalam…dalam sejam jugak sampai berpeluh2…apa yang kami borak..lebih kepada ukm dan sakura budika…hehehhe…sembang je la shida ajak minum depa tak mau…

Gambar..bukti…xde la sebab camera shida lens prob…tunggu je lini upload…skrang nie dia kat langkawi..esok baru balik…sabar yer…kita tunggu entry dari cik pulau yang telah pergi bercuti di pulau langkawi….

Shida de bagi cik pulau kek lapis idola sunah buat…biar dia rasa air tangan selera sakura…thanks kepada sunah, ady, amalina dan nadh..akhirnya kek lapis ini sampai ke tangan shida dan kawan2 lain tumpang merasai nya

kek lapis

Opppps bukan aje cik pulau shida jumpa smlm…shida lepak2 dinner dengan Naqiah dan CT Jucy..shida kemaruk mengidam nak makan ktw tomyam..so kami lepak kat Cawan Cafe, Jalan Pegawai…ajak Syakira tp dia dah janji dengan housemate nya nak makan2 di kuala kedah….

  tmym

Tomyam yang menyelerakan memang berbaloi la….dengan harga nye..puas hati

ayaq

White coffe dan milo

sedap

Jangan terliur ok

nasi

Nasi goreng cina sedap jugak…naqiah punya

 

Ok la ckup utk malam nie..perut dah lapar..nak balik makan…

Tuesday, April 12, 2011

Membuang Undi

Assalamualaikum…

Marilah mari..Pergi mengundi..Jangan lupa kewajipan pada blogger anda…Marilah mari..Pergi mengundi..Jangan lupa kewajipan pada blogger kesayangan…

Jom blogger semua kita pakat2 undi header blog pilihan yang dianjurkan oleh BPM….shida sebagai perayu undi kepada SUNAH MOHAMAD (blogger wanita)dan AZFAR aka Ujang Kentut (Blogger Lelaki) ..undilah Header Sunah Suka Sakura dan Erti Kehidupan

Kerana mereka adalah insan-insan terawal bagi shida..bukti nya di SINI…undian anda amat diperlukan…sila buang undi di SINI

INGAT!!!!!!

SUNAH SUKA SAKURA & ERTI KEHIDUPAN

ENTRY BERKAITAN

SUNAHSUKASAKURA

ERTI KEHIDUPAN

Monday, April 4, 2011

Entry Khas : Terharu dengan Lydia Miza

Assalamualaikum…


ini bukan entry nak ampu..nak bodek….tapi ini sebagai penghargaan kepada Lydia Miza…

Shida terharu dan sedih dengan apa yang diamanahkan oleh lydia miza kepada shida..

kalau kawan2 blogger join group sembang blog lydia miza (S.B.L.M) mesti korang tahu kan yang lydia miza dah closed fb dia..

berkuatkuasa semalam…

sedih sangat2 apa yang telah berlaku kepada diri nya…

alhmdlah lm hanya closed acct fb..tapi dia masih ada di arena blog…

apa yang shida terharu sangat…

lydia miza telah amanahkan kepada shida sebagai ADMIN S.B.L.M

kata nya anggap ini satu hadiah daripada nya

I’allah LM shida akan jaga S.B.L.M seadanya…dengan rakan2 yang lain

sblm

Shida dah lantik Sunah Mohamad sebagai Admin…

LM….shida harap lm tabah menghadapi semua yang berlaku ini…anggap ia sebagai satu pengalaman hidup..biar la dengan dia…shida doakan lm sekeluarga bahagia dan bertambah tambah kasih sayang…..take care ye miza….i’allah balik malaysia nanti kita jupe..nak moist choc cake..asam pedas johor…heeehehe..

Entry Yang Berkaitan

cats cats7

With Love,

aDisH.sHidA

Sunday, March 20, 2011

Saya Gemuk

Assalamualaikum…

yeh yeh shida dah gemuk bukan skit tp banyak…

bem bem gtu…..bukan sebab sokmo makan donut

Tapi Puteri Katek yang telah wat diriku ini gemuk…..

katek

bukti di pm box ym….katek katek ….

korang nak tgok ke bdan shida bila gemuk…

KAK SHIDA 1 comey x saya…bila saya gemuk..muka saya nampak bulat…..hehee..teregat 10 tahun yang lepas masa badan naik 5kg dlm masa 10 bulan…

tqsm katek….sebenarnya katek ada bg shida, amalina, sunah n ady doodle kat entry nyer….

tak percaya sila la ke entry katek yang DOODLE KHAS UTK TEMAN

KATEK!!!!!!!!!!!!!!!!!!! akak suka pic kamu yang sembunyi tangan kat belakang tu…hehhehe…

pssst : akak rasa mcm nak g serbu utara sana je..nak jupe katek nie….