Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label DONUT. Show all posts
Showing posts with label DONUT. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Donut dan Pau Sambal Frozen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3213

Setiap minggu sekurang-kurang 2kg tepung gandum akan jadi mangsa uli kakakecik untuk dijadikan pau sambal dan donut. Alhamdulillah, family suka dan jatuh cinta dengan donut dan pau sambal kakakecik buat. Ye la buat dengan kasih sayang mesti la sedap di makan..walaupun hanya letak yis, tepung, air, gula, garam dan minyak. Yang penting buat dengan ikhlas dan beri kasih sayang yang lebih semasa mengulinya.Eh, kakakecik uli sekejap je pastu mixer yang tolong ulikan..hehe..mana larat nak uli dengan kudrat yang kakakecik ada nie..xmampu cheq

 

Tengahari semalam selepas buat laksa, adik Ilah call tanya bila nak datang rumah nya. Dia bagitau, Shahir suami nya balik dan nak makan tengahari bersama-sama kakakecik dan Mak. Erm…..sempat lagi kalau nak uli donut nie. So, kakakecik pun terus uli doh dan frozen kan.

 

Niat di hati untuk berikan sedikit kepada Kiera Sakura…iye la dia kan mengandung..kecian plak kalau dia tahu kakakecik buat..mengidam nanti sapa susah..lagipun dia de komen dan bertanyakan pasal pau frozen tu, kakakecik jual ke?

capture-20130316-094304

Kakakecik pun call Kiera, tapi dia tak jawab..SMS je la..tanya dia kat mana, Penang or Perak? Nasib baik dia kat Penang, umah mertua nya..dapat la singgah bagi donut dan pau sambal frozen tu. Kalau dia balik Perak pun, kakakecik boleh je bagi kat umah nya. Kalau kita dah niat nak bagi tu..kena la bagi kan..rasa tak syok lak kalau tak dapat tunaikan… Malam tadi singgah la kat Rozel Seberang Jaya untuk bagi pau sambal dan donut yang tak banyak mana tu kepada Kiera. Eh, dah nampak bulat perut Kiera. Adakah kak orang pertama yang melihat nya selain suami kamu dan Dek Li?

 

1kg tepung semalam, kakakecik macam biasa la tak akan buat donut sahaja tapi kakakecik akan buat donut dan pau sambal. Sekarang nie kakakecik lebih suka pau sambal banding donut. 1kg tu jugak la agihkan kepada 5 bekas. 1 bekas untuk di rumah, 1 bekas untuk bawak ke rumah Dik Ilah, 1 bekas untuk Kak Ja, 1 bekas untuk Kak Hah dan 1 bekas lagi untuk Kiera Sakura.

DSCN3214

Kepada Finaz, sori akak tak dapat lagi bagi donut dan pau untuk kamu. Next time akak buat datang Pendang ye.

 

p/s : RESEPI—> RUJUK ENTRY DONUT GEBU 1 KG

Tuesday, March 12, 2013

Nasib Baik Menjadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jumaat, Sabtu, Ahad…3 hari kakakecik cuti last week..Ahad tu sepatutnya dah kerja..tetapi bila adik beradik ahli keluarga balik semua berkumpul kat umah, terpaksa la cuti sendiri..Ingat Aisya je ke boleh cuti sendiri tak mau p sekolah..Ateh pun sama x pergi kerja cuti sebab adik beradik balik umah....ikut perangai Aisya la nie..hehehe..


Kebetulan sama Ahad tu jiran sebelah rumah tempah kek karamel pandan choco berry. So, pagi tu pukul 8.00 dah start buat. Sementara tunggu kek dibakar..Sarapan la pau sambal yang ada lagi 3biji tu. Satu untuk Ateh, Satu untuk Achik, Satu untuk T-ah..Mana puas makan sorang sebiji kan…Di kala nie la adik ilah mempengaruhi kakakecik kata tak payah pegi kerja arini..dorang suruh kakakecik buat donut..Aik..mana boleh cuti..Kak Munirah lak bubuh api…alahai sehari je pun..yang sebelum nie cuti banyak hari boleh je..Okey, kalu kak xp kedai..ang kena bayar ganti rugi kat kak la ye dik ilah. Tu dah de orang tempah kek..ok la tu…Huahauahauahuahua..bijak sungguh ibu Sorfina tu ye.
 DSCN3034
Walau apa pun kakakecik tunggu kek siap bakar semua, pergi jugak kerja sebab da sebutharga tutup pada pukul 12.00 tghri..pergi kerja tak sampai 2 jam pun..pastu balik la umah..terbalik kan kek karamel dan menguli donut…Time buat donut nie kak Munirah dok tanya la itu ini apa yang kena letak dalam adunan doh donut tu..


Time dok uli nie dok rasa pelik je dengan adunan doh tu…tapi rasa nya semua dah letak nie..Biarkan doh sejam. Dah cukup sejam..tumbuk2 dan uli semula doh..Rasa doh nie keras je..padahal air dah letak lebih…Opppppppppppps..baru teringat terlupa letak minyak..Terus bagitau mak dan lain-lain. Dik Ilah dah bebel, sebab dia kata selalu kalau buat untuk dia mesti ada je terlupa tersilap. Mak, camne nie..letak je la ye minyak kita uli sekali lagi. Bila letak minyak doh dah macam roti canai. Minyak x serap dalam doh..Tak pe mak, kalau x jadi donut kita leper2 buat roti arab cicah gulai ayam tu..
 DSCN3051
Yakin kan diri pergi mixer doh tu…agak dah sebati antara minyak dengan doh, kakakecik tak rehatkan doh itu semula tapi terus canai dan terap. Biar dalam 5-10 minit sementara tunggu goreng, Alhamdulillah menjadi jugak donut tu…Senyum je la dapat juga bagi ahli keluarga makan. Kakakecik frozen kan jugak donut dan pau sambal tu untuk Dik Ilah dan Kak Niroh bawak balik umah depa..


p/s : Resepi untuk donut yang hampir tak menjadi tu boleh ke SINI # Bila Di Kampung: DONUT




pssst: kekonon Dik Ilah bawak balik donut dan pau frozen tu untuk sarapan pagi dan bekalkan untuk Adik bawak balik kampus..tapi tak de pun adik kata..



Friday, March 8, 2013

Selagi Tak Jemu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Donut, pau sambal, donut, pau sambal, donut, pau sambal…eeeeeeeeeeeh shida ang nie tak jemu ke setiap ari makan itu je..sehari 4 biji..Selagi tak jemu selagi tu la akan makan…nanti muka pun naik macam pau sambal tu…suka suka bam bam dan gebu je…

 

DSCN2816

Memang ini la menu sarapan pagi dan minum petang kakakecik…pau sambal dan donut..sekarang pun tengah makan donut dan pau sambal yang kekonon simpan /frozenkan 2 tupperware untuk Finaz..sekali dia tak dapat datang ambik..so, apa lagi kakakecik goreng dan makan la dulu..nanti2 kalau buat lagi boleh la kasi kat dia semula…sori ye finaz akak ambil donut dan pau sambal tu…

 

 

pssst : Ayu Citarasa Rinduan pun setiap ari menguli donut dan pau sambal…ada je orang tempah setiap hari..Rezeki dia kan..Alhamdulillah..

SELAMAT HARI WANITA kepada WANITA SELURUH DUNIA

Tuesday, March 5, 2013

Citarasa Tak Sama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Balik kerja tadi sampai rumah dalam pukul 7..terus cari bahan2 nak buat donut…ok dah ada semua…kakakecik guna resepi yang sebelum nie…1kg tepung tu..tapi untuk kali nie kakakecik lebih kan sedikit air…sebab teringat mak suka donut yang lembut..apa salah nya kakakecik mencuba kan…uli..oh tidak…tak sanggup nak uli 1 kg tepung tu..macam sebelum nie jugak bagi mixer yang uli…

 

 

Rehat kan 1jam doh…..elok nak cukup sejam mak bagitau dah nak melimpah pun…relax la mak..kakakecik tetap tunggu 1 jam…sekali tengok alamak lembut nie..macam x best je nak buat…tapi tetap canai dan terap..time buat tu memang perasaan tak de la excited sangat sebab lembut adunan tu…mesti tak akan cantik bentuk donut nie nanti..huhuhu…

 

Memang betul pun…huduh nak habaq mai…tapi x semua la yang huduh nya..tak kisah huduh ke apa janji mak suka…

 

DSCN2782

 

Tapi itu la..mak suka donut yang lembut macam nie..kakakecik pulak lebih suka yang biasa2 tu…xde lembut sangat…dah alang2 buat doh donut mesti la buat burger malaysia kan…so esok kita bekal ini je la pegi keja…lembut2 pun kakakecik dah makan sebiji setengah donut dan 2 biji pau sambal aka burger malaysia tu

Friday, March 1, 2013

Jom Memasak : Donut Gebu 1Kg

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,



Hati memberontak nak buat donut dan pau sambal yang selembut lembutnya macam sahabat kakakecik Ayu Citarasa Rinduan buat..rindu sangat dengan pau sambal dan donut nya. Mahu pulak semalam dia upload pau sambal dan donut yang beliau untuk dijual di Citarasa Rinduan sebagai menu minum petang. Apa lagi kakakecik pun balik kerja semalam singgah la beli tepung gandum cap sauh..ulang sekali lagi CAP SAUH…kekonon tepung nie mahal dan kualiti nya tinggi..harap donut yang akan buat nanti menjadi lah.


Pagi tadi selepas sarapan pagi bermula la operasi mencari resepi-resepi donut…Ada pelbagai resepi yang kakakecik jumpa..ada yang letak kentang, ada yang letak telur dan jugak yang biasa..tanpa telur tanpa kentang… Dalam banyak2 resepi tu ada 3-5 resepi yang kakakecik salin…dan hanya 1 sahaja kakakecik cuba resepi nya..sebab nya kakakecik tengok tekstur donut dalam gambar nya memang gebu..


Jom kita tengok resepi donut yang kakakecik dapat tadi tapi kakakecik…terlupa plak link nya.. sebab terus salin je..sori ye tuan resepi..mintak halal kan..


Resepi : DONUT GEBU
Bahan-bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 pkt yis (11 gm)
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar shortening

Cara Membuatnya :
  • Bancuh susu, gula, garam bersama dengan air.
  • Di dalam bekas lain, campurkan tepung, shortening dan yis. Gaul hingga sebati.
  • Masuk kan minyak masak dalam bekas yang mengandungi tepung. Gaul rata.
  • Tuang air yang telah dibancuh tadi ke dalam bekas tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati.
  • Uli doh hingga lembut, licin dan tidak melekat di jari dan bekas.

  • Tutup bekas adunan dengan tuala basah dan biarkan doh kembang selama 1 jam.
  • Selepas 1 jam, uli lagi dan buangkan angin.

  • Canaikan dan terap. Susun atas dulang dan biarkan 10 minit sebelum di goreng.

  • Goreng hingga kekuningan.

  • Salut bersama gula. Sedia dihidang.

** macam kakakecik tak larat nak uli 1 kg tu dengan jari jemari yang se’gah’ mana..so, bila dah gaul semua pastu terus guna mixer…biar je mixer tu uli…kakakecik boleh la buat kerja lain..hehe..



Memandangkan 1 kg kakakecik buat, bukan nya nak dijual tapi just untuk makan-makan…tak kan nak makan sekaligus 1 kg tu..so, kakakecik frozen kan..bila nak makan waktu mana goreng je makan panas2 baru sedap kan..kalau nak frozen kan tu, kita just goreng sekejap hanya untuk mematikan yis dan kekalkan bentuk nya.




montok dan gebu kan donut kakakecik nie..

Kalau tak silap pengiraan kakakecik tadi..1kg tepung tu dapat la dekat2 40 biji rasa nya….nie pun dah tinggal separuh…sekali goreng 5 biji dah 3kali goreng. pastu tadi bagi kak ja bawak balik aiman dan aisya makan…suka benar budak 2 orang tu makan..untung ada ateh yang rajin nie kan..hahaha..masuk lif tekan sendiri nampak nya…


Ok la, selamat mencuba semua….


***UPDATE: dah jumpa blog yang kakakecik ambik resepinya....mintak halal ye AZIE KITCHEN, tapi kakakecik ada tambah skit bahan dan sukatan nya**


Sunday, September 30, 2012

Lama Tidak Mendonut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

Erm…dah lama kot kakakecik tidak mendonut..bukan malas ke apa..tapi tak larat nak uli doh tu..huhuhu…Jumaat lepas, orang lain sarapan pagi tapi kakakecik nie jenis tak makan berat time pagi..tengok kuih yang mak beli pun tak menyelerakan…konon boleh la tahan lapar tu..sampai kul 10pagi mana boleh tahan lagi… lapar punya pasal..terpaksa la mengganas kan diri untuk menguli setengah kilo tepung untung wat donut..Adunan pun main ingat2 lupa je…masuk kan itu ini tanpa sukatan..main agak2 je..dalam hati dok berdoa..harap2 menjadi la donut nie…

donut 

Setengah di perap lebih kurang sejam…Alhamdulillah menjadi pun…dapat la buat frozen sikit dan makan panas2…nyum nyum..Resepi klik je kat entry lama nie…

Sunday, April 3, 2011

Jom Memasak : Burger Malaysia

Assalamualaikum…

semalam shida kena perli dengan ayah sebab bangun awal pada hari cuti….ayah tanya arini nak g mana plak…wah wah tanya ke perli tu ayah…sekali mak plak yang menjawab..nak uli donut..ilah nak makan donut shida buat…ayah cepat2 jawab….oooh ye ke…haaaaaaaaaaa tunggu apa g p la uli cepat…dalam hati nie…ayah nie…sabaq sabaq la tau la dah lama ayah x makan pun donut cheq wat…kul 10 jugak baru anak dara ayah nie buat..awal2 tu lepak dulu tgok nasi lemak kopi o…tgok syarifah noor pakai tudung sebiji mcm ina pakai ari gath kbu….mcm donut pelangi dia..cuba terjah entry ADY yang INI

BURGER MSIA

Bahan-bahan :

1/2 kg tepung gandum

5 sudu gula

1 sudu garam halus

5 sudu butter

1/2 peket yis**

1 1/2 cawan air suam **

** Air suam dan yis disatukan kacau, biarkan sampai berbuih

Cara Membuat :

  • Tepung, gula, garam, butter disatukan…gaul sehingga rata (macam serbuk roti)..
  • Masukkan yis yang telah dibancuh dengan air suam..gaul uli sehingga tidak melekat di jari dan bekas adunan..Biarkan kan doh dalam 45-1jam
  • Bulat2kan macam nak wat bun…biarkan dalam 30minit atau kembang
  • Sedia utk di goreng di dalam minyak pnas yang api yang sederhana…goreng hingga kekuningan…
  • Bila sejuk, belah dan letak sambal tumis dan juga hirisan timun.

Selamat Mencuba

**memandangkan family suka donut biasa so shda terpaksa bahagikan doh utk wat donut dan burger malaysia…burger malaysia nie sebab shida dah lama teringin nak cuba sebab entry chef yang pemes dan fofular nie…sapa la kalau bukan MAT GEBU di entry nya BURGER MALAYSIA aka KUEH BATU BELAH

Monday, March 21, 2011

DERHAKA DONUT SURIA PELANGI MAT GEBU


Assalamualaikum…
Ampun kan saya mat gebu..shida mintaaaaaaaaaaaaaaaak ampun nie sebab telah derhaka kepada resepi asal donut suria pelangi mat gebu..shida sebenarnya telah jatuh cinta dengan warna warni donut pelangi yang ada warna merah, hijau, kuning tu…shda dok imagine perasa pandan, strwbery n vanilla…tapi shida nak wat takut xde sapa makan sebab nampak pelik donut pelangi….so shida amik keputusan nak buat donut marble…letak serbuk koko…tp x menjadi marble nyer…tu la lain kali derhaka lagi….nak tau jadi apa…mcm cekodok je shda tgok…dah shda wat donut stick mau x nampak macam cekodok pisang…cuba korang tengok pic bawah nie…kan ada sama..iras2 mcm cekodok pisang yang sedap di makan waktu petang time ujan2 mcam skrg nie
donut coklat
Encik mat gebu yang baik hati boleh la kira nya ajar cmne nak bagi jadi marble..perlu ke shida letak serbuk koko banyak….
Resepi asal donut suria pelangi oleh chef dapur tanpa sempadan SILA KE SINI
Shida guna adunan DONUT DERHAKA

Sunday, March 20, 2011

Saya Gemuk

Assalamualaikum…

yeh yeh shida dah gemuk bukan skit tp banyak…

bem bem gtu…..bukan sebab sokmo makan donut

Tapi Puteri Katek yang telah wat diriku ini gemuk…..

katek

bukti di pm box ym….katek katek ….

korang nak tgok ke bdan shida bila gemuk…

KAK SHIDA 1 comey x saya…bila saya gemuk..muka saya nampak bulat…..hehee..teregat 10 tahun yang lepas masa badan naik 5kg dlm masa 10 bulan…

tqsm katek….sebenarnya katek ada bg shida, amalina, sunah n ady doodle kat entry nyer….

tak percaya sila la ke entry katek yang DOODLE KHAS UTK TEMAN

KATEK!!!!!!!!!!!!!!!!!!! akak suka pic kamu yang sembunyi tangan kat belakang tu…hehhehe…

pssst : akak rasa mcm nak g serbu utara sana je..nak jupe katek nie….

Donut Sekali Makan Setengah Kilogram

Assalamualaikum…

Jumaat baru2 nie…donut yang diuli dengan setengah kilogram tepung gandum cap sauh habis dengan sekali makan aje…ini semua angkara anak2 menakan, abg, kakak ipar semua..sampaikan shida sendiri pun hanya makan x sampai 1 biji…..laris betul donut shda yang panas2 tu….alhmdlah menjadi donut yg di uli kali nie…shida guna resepi derhaka LM dan Mat Gebu….

donut

Bahan-bahan :

1/2 kg tepung gandum

5 sudu gula

1 sudu garam halus

5 sudu butter

1/2 peket yis**

1 1/2 cawan air suam **

** Air suam dan yis disatukan kacau, biarkan sampai berbuih

Cara Membuat :

Tepung, gula, garam, butter disatukan…gaul sehingga rata (macam serbuk roti)..Masukkan yis yang telah dibancuh dengan air suam….gaul uli sehingga tidak melekat di jari dan bekas adunan..Biarkan doh lebih kurang 1 jam…Selepas itu, doh td canai dan terap dengan acuan donut (tp shida gelas gelas aje)…Alihkan ke dulang, shida letak sedikit minyak supaya tidak melekat…biarkan sekali lagi donut yang tersebut dalam 15-30 minit…(jangan lupa tutup permukaan nyer…jgn biar kena angin)..sedia utk di goreng di dalam minyak pnas yang api yang sederhana…goreng hingga kekuningan…toskan dan salut dengan gula halus..Selamat Mencuba

Entry Berkaitan

ADYBUDIKA : http://www.adybudika.com/2011/03/cubaan-donut-buat-kali-kedua-debaran.html

SUNAH: http://selerasakura.blogspot.com/2011/03/gara-gara-merekaceq-pun-mendonat.html

MAT GEBU : http://tiffinbiru.blogspot.com/2011/03/donat-suria-pelangiada-brann.html

Monday, March 14, 2011

Jom Memasak : CHOC DONUT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Donut lagi…memang shida nie hantu donut la…tapi donut shda yang sblm nie donut derhaka tau dr Resepi LM…sebab shda tak letak telur dan susu tepung macam resepi asal LM…nak jadikan cerita ari sabtu shda uli lagi donut derhaka..kali nie tak menjadi…uwaaaaaaaa..sedih sgt2…so smlm inbox ngan lm..cerita la dengan dia…haha…sekali lm kata shda nie derhaka2 pun jadi erk donut shida tu..caya la…tapi semalam memang nak puaskan hati shida…otw balik umah singgah kedai beli 2 bungkus tepung cap sauh…nak buat lagi donut ikut resepi asal tapi ada sedikit derhaka…nak tau apa yang derhaka tunggu kejap lagi ok…

Kul 8mlm smlm mula la operasi menguli donut..tp kali ini kak ja yg uli dia nak cuba…hahaha…shida lak dok geram je tgok dia uli, tangan ni rasa mcm nak tepis je tangan dia ketepi nak uli sendiri…bila dah siap uli…kul 9mlm mula la menerap..biar lagi…kul 9.30 baru goreng wadus2 menarik ko….naik gebu mcm cik mat gebu je..hehehe..geram tengok…dah siap sebahagian shda goreng utk letak choc..n separuh g frozen…

donut DONUTC HOC xpndai nak hias2..tebal plak tu coklat nyer…aiman kata manis…

lepas nie kita buat bg cair n meleleh erk aiman mcm ne ayah kamu syorkan…

AIMANAISYA comot nya anak2 ateh makan…tp puas hati tgok dorang makan….

DONUT FROZEN

utk frozen…dapat banyak jugak…penuh 1 tupperware icecream walls…ada lagi 1 baris dlm tupperware ice cream lain

dah tgl separuh…sebab arini shda goreng utk makan ngan sambal bilis..

rasa2 nya kak ja pun bawak g opis dia jugak…

 

Bahan2 :

1/2 kg tepung gandum (shida guna tepung cap sauh)
1/2 paket mauripan (ibu roti)
5 sudu susu tepung (shida x letak sebab x suka susu)
3 biji telur 2 kuning saja , satu yg utuh (shda letak 2 bj aje..sebab kehabisan stok telur..1 kuning 1utuh)
gula 6 sudu besar , sedikit garam
3 sudu besar butter/planta (shida guna butter)
Air suam secukupnya..

Cara Membuatnya :
Adun semuanya...tepung+ telur+ gula+garam+butter…bgi jadi mcm serbuk roti…masukkan yis yang telah dibancuh dengan air suam

Tunggu naik 40 minit – sejam

Bentukkan dan tunggu sejam sehingga ia naik .

Goreng ....sadurkan dengan gula kastor …shida salut choc…(coklat masak + sedikit butter guna kaedah double boiler)

 

Entry sebelum ini

http://cahayanurqasih.blogspot.com/2011/03/donatdonut.html

http://cahayanurqasih.blogspot.com/2011/03/yasaya-sudah-gila.html

Monday, March 7, 2011

Ya….Saya Sudah GiLa!!!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ya memang saya dah gila…

betul shida dah gila….

kenapa tak percaya ke??

shida mengaku sendiri ni SHIDA MEMANG SUDAH GILA

so sapa2 nak anta shida ke hosp bahagia kena mintak kebenaran

Lydia Myza dulu ok sebab dia yang menyebabkan shida GILA

dia la yang mempengaruhi shida sehingga shida jadi begini 2-3 ari ini…

bangun pagi tak de benda lain pk….

D

O

N

U

T

D

O

N

U

T

DONUT

semalam shida ada cabar myboss aka jira sepagar AdyBudika untuk buat donut

so dia telah sahut cabaran tersebut..jom kita tengok hasil donut afrika bak kata mymadu

DONUT AFRIKA

bangun pagi nie…shida terpikir nak uli tepung nak wat doh donut…jumaat buat..sabtu buat..smlam ahad nyaris2 buat utk adik bawak balik tp x sempat…arini buat lagi memang shda tak boleh duduk skrg ni kalau xde donut…..tapi arini donut utk frozen je..utk bekal shida makan2 di kedai pak tongkol ketot cicah sardin

uli punya uli..perap punye perap..goreng punye goreng membuat kan shida lewat ke kedai…uwaaaaaaaaaa….x kisah la donut punye pasal..lewat pun lewat la…

ini la pak tongkol ketot

(sunah mintak tepek..dia siap mintak post donut frozen utk nyer di selatan t/air tp sis LM x kasi post suruh dia uli sendiri..padan muka)

stick

stic2

cicah bersama sardin….sedaaaaaaaaaaap…tgl separuh aje..dok ulang makan sampai x makan nasi…

SHIDA MEMANG DAH GILA………

GILA DONUT

 

pssst : ayah pun perli masak dah ok kahwin je tatau bila…adooooooooooi ayah nie buat sepoi je…pagi2 dah bincang bab nikah kahwin…ayah belum ada jodoh nak buat cmne…i;allah kalau ada…ada la..sabar erk…mak plak…uli x tunjuk kat mak langsung…ler mak nie…kan nampak masa chek dok uli awat mak tak tgu tgok…tak kan nak kena panggil kot…..xpe la mak…mak makan dah la yg chek buat tu…