السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Menyahut cabaran EN MAT GEBU supaya buat entry masak-masak…pastu SUNAH SUKA SAKURA pun suruh lawan…ooh nak main lawan2 erk sure akak kalah sebab akak xde macam sunah yang ada SELERA SAKURA….tapi akak x puas asa..arini kebetulan mak beli ikan siakap…pastu siap siang kan utk anak dara dia nie…mak req siakap sweet sour..(mak nie mcm tau2 je anak dara dia nie sedang menyahut cabaran chef terhebat DAPUR TANPA SEMPADAN)
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
2 biji bawang besar
3 biji cili besar
2 biji tomato merah
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
5 sudu sos cili
3 sudu gula
1/2 cawan air
garam secukup rasa
1/2 biji tomato - dadu
Cara membuat :
- Ikan siakap yang telah disiang, dikelar dan dibersihkan dilumur dengan garam dan kunyit..goreng sehingga garing
- Kisar bawang besar, cili besar dan tomato
- Halia dan bawang putih di tumbuk halus
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak….Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan
- Masukkan bawang besar, cili besar dan tomato yang telah di kisar sehingga naik minyak.
- Masukkan sos cili, gula, garam dan air…biar sampai ia betul2 masak dan pekat…
- Masukkan tomato yang dipotong dadu
- Akhir sekali, curahkan ia ke atas ikan siakap yang telah digoreng…..sedia utk di makan
Selamat Menjamu Selera
pssst : sebenarnya td shida ada jugak goreng ayam goreng madu berempah tapi sebab seketul sahaja mcam tak pandai lak nak kongsi di sni…main campak2 je…ini semua gara2 tengok myboss merangkap jiran sepagar goreng ayam berempah semalam….jom kita ke dapur anak bujang ini…<ADY BUDIKA>takde hiasan mcm ady nyer masakan….
Entry berkaitan
http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/05/kerapu-sweet-sour.html