Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label SELERA SAKURA. Show all posts
Showing posts with label SELERA SAKURA. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

Jelita Feb. 2012 : Apa yang istimewanya???

Assalamualaikum dan selamat petang…

 

Akhirnya pagi tadi kakakecik dapat pun Majalah Jelita keluaran Feb. 2012..semalam pergi 2 kedai kat Pendang nie takde..dah laris habis stok…waaaah apa yang istimewa sangat keluaran bulan nie yer….tatau la kat dorang…tapi kakakecik nak dapatkan majalah sebab CMG telah digoda oleh JELITA….msa nak beli tadi tak bape yakin je..betul ke nie…dah tu terkoyak plak kulit JELITA tu..cepat2 je kakakecik tanya ada yang lain tak…nasib baik ada yang baru..molek semangat skit kakakecik nak membaca nya…

 

1st sekali kakakecik buka halaman isi kandungan….nak tengok m/s bape bab2 masak nie..malas nak selak 1-1 helai…bila dapat je terus selak m/s 146….waaaaaaaaaah terpampang Kek Batik Horlick Sakura oleh CMG…ada lagi 6 resepi lain dr CMG (kalau nak tau resepi apa, beli la majalah JELITA bulan nie punya) hahhaaa

DSCN7949

 

Selain resepi CMG nie…kakakecik rasa syukur sangat sebab apa yang kakakecik dok cari akhirnya ada dalam JELITA keluaran nie jugak..bahagian masak-memasak jugak tau…KEK PUDING KARAMEL…eh eh bukan ke kakakecik dah biasa buat sebelum nie…memang pun kakakecik dah biasa buat sebelum nie…tapi malam sebelum kenduri akikah Sorfina, kakakecik buat la bagi kakak2 ipar kakakecik makan…so dorang suggest kakakecik buat puding tu tebal..lebih kurang sama dengan tebal kek…YA AMPUN..camne nie…kakakecik kata kalau mcm tu kena tambah kuantiti susu dan telur la…yakin tak yakin sama banyak je…tetapi memang betul pun apa yang Kak Noorsha kongsikan dalam resepi nya di Jelita (m/s140) tak percaya, cer tengok bawah tu….kan kan

 

DSCN7957

 

Lepas nie boleh la cuba buat resepi2 yang ada majalah JELITA nie…Tahniah kepada CMG, Kak Noorsha, Raihanna dan2 blogger lain serta Sunah Sakura coz Kek Batik Horlick Sakura kan idea kamu kepada CMG

 

pssst : arini kakakecik dok belek2 je entry masak memasak kak Noorsha dan Raihanna

Tuesday, September 13, 2011

Jom Memasak : Saya Gila Melapis…

Assalamualaikum…

Mesti ada yang perasan Shida pernah wat kek lapis dan menangis kerana kek lapis…shida tak salahkan Sunah…tetapi shida berterima kasih kepada Sunah kerana beliau yang menyebab kan shida GILA MELAPIS…Baru-baru ini shida ada buat kek lapis choco chip untuk bagi adik beradik KBU yang berkumpul di CKT Permatang Pauh merasai kek lapis kakakecik mereka buat…untuk kali ini sehabis2nya shida derhaka…shida hanya wat setengah adunan…jom semak resepi derhaka shida daripada resepi asalnya


Bahan-Bahan:

250 gm mentega

75gm gula

1/2 sudu besar ovellette

5 biji telur saiz besar

1/2 tin susu pekat manis

130 gm tepung Hong Kong

50 gm horlicks

2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)

1 sudu besar chocolate emulco (saya guna perisa coklat je)

coklat chip

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco
  5. Dengan menggunakan loyang 4" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Lapisan pertama : plain (tabur coklat chip) dan lapisan kedua : coklat 
  6. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
  7. Setiap lapisan shida menggunakan 2 senduk kecil kerana untuk menampakkan coklat chip. kalau x percaya jom tengok gambo di bawah

chocochip

** MAAF KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN..GUNA HP..KAMERA DAH ROSAK**

Wednesday, September 7, 2011

Kek Lapis Coklat Chip Derhaka

KEK LAPIS

Ya Allah macam shida tak percaya tahun ni shida buat kek lapis bukan kek gulung yer..ini kek lapis yang kena melapis setiap lapisan tu…ini pun sebab teringin sangat2 nak mencuba buat kek lapis..memandangkan Sunah dan cmg Adnan Ibrahim mencabar untuk orang kedah buat kek lapis resepi orang sarawak…so shida rasa cabaran dorang berdua nie sebagai semangat untuk shida membuat kek lapis sarawak…tetapi shida hampir putus asa bila fikir barang-barang yang diperlukan tak ada..egatkan kat pendang tak de jual barang2 bahan kuih raya…sekali ada jiran bagitau kedai MADA hadapan Pejabat MADA Pendang ada jual barang keperluan…pagi khamis shida terjah kedai tersebut…beli la segala bahan untuk membuat kek lapis..

Resepi asal kek lapis coklat chip nie adalah resepi kek lapis pandan choc berry..tetapi shida tak de loyang 8 x 8…so shida buat 2 versi kek lapis menggunakan loyang 4 x 8…1 adunan…leh dapat 2 kek lapis…kek lapis strawberry tapi itu tidak menjadi sangat lapisan nya sebab guna oven yang tak boleh set api atas bawah….hanya kek lapis coklat chip ini sahaja yang ok bagi shida…hahahahaha…dah le sambil melapis boleh dok sms tanya sifu kek lapis..thanks sunah…

 

psssssssst : ada cerita yang lucu bagi dorang tapi sedih bagi shida..berkenaan kek lapis

Thursday, August 4, 2011

Kek Lapis Sarawak DiMusnahkan….Hancur HarapanKu

Assalamualaikum….

Bagi penggemar kek lapis sarawak seperti kakakecik nie mesti akan hampa bila berita mengenai mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang digunakan yang disahkan mengandungi DNA babi…hancurlah harapanku untuk menikmati kek lapis sarawak selepas nie…untuk pengetahuan semua shida dah tempah kek lapis sarawak pandan choc berry dari seorang blogger ini….baru je semalam bagitau dengan mak dan kakak yang shida tempah…tetapi bila baca Harian Metro malam tadi….terkejut terdiam dan terfikir…adakah adikecik guna mentega tersebut….untuk menyedapkan hati ini….ish tak mungkin kot dia guna…dia guna mentega yang biasa2 je rasa nya…huhuhuhu…

pandan choc berry ini la kek lapis pandan choc berry yang shida tempah dr adikecik sunah sakura…sedap sangat2

Tup tup arini adikecik ada up entry tajuk nya amat membuatkan shida resah….rasa sedih sangat..cuba klik gambar di bawah untuk lebih lanjut…

sunah

Lulur hati kecil shida ni bila baca tajuk entry Sunah tu…tapi alhdmlah ada P/S di akhir entry tersebut….syukur sangat2 tak de la musnah pun harapan shida….sebab nya Sunah tak guna mentega yang mengandungi DNA babi tu….

 

psssst : yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa best nya raya nie boleh la hidangkan kek lapis sarawak air tangan selera sakura..samping tu boleh promote….ada komisyen x sunah…hehehee…

Monday, July 18, 2011

Pizza Roti Gardenia Pun Boleh

Roti Gardenia sungguh enak di makan begitu sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…pizza plak…pilih je mana nak…Pizza hut ada, pizza domino ada…pizza cikai pun ada….Shida teringin pizza homemade…dah lama sangat2 shida tak buat…terlampau malas nak uli tepung…..

Tetapi kan bila shida terpandang entry sunah pizza telur berkeju…..lagi lagi lagi la bertambah keinginan nak makan pizza nie….Kakak ipar pernah gtau yang kakak dia buat pizza guna roti gardenia..tp shida plak terlupa nak tanya macam mana buat nya…kodek punya kodek search punya search di google…dapat la 2 cara buat pizza guna roti gardenia….

1 cara jenis potong2 susun dalam bekas konon mcm doh la roti tu….1 cara lagi buat sekeping…just topping je…ini mesti kes orang malas kan….hahahha jangan marah ye sapa yang biasa buat cara 1 keping roti ini…Bila dah dapat cara membuat nya…shida pun beli barang2..ceeeeeeeeeeeh mcm la banyak sangat beli….hahaha…alahai shida beli sos tomato, sosej, cheese (xde mozella cheese), roti gardenia semestinya…..

Agak2 la shida nie jenis rajin ke malas…..sila teka…shida tak kisah….sebab memang shida malas…cuba tengok gambar bawah tu mmg terbukau shida nie malas ke apa….

ecah pizaalahai ecah niiiii wat ateh kantoi je la….suka bagi ateh kantoi tauuuuuuuu

 roti pizza

1st round….3 keping

piza  2nd round 4 keping….

Shida buat 2 versi…1 ada mayonis 1takde mayonis..sebab apa…sebab shida tak makan mayonis….hehehe….sedap tak ada mayonis….balik kejap g nak cuba la sosej n cheese masih ada….boleh buat untuk berbuka puasa……Opppps CMG pun ada wat pizza gebu dan gebu gebu la baru2 ni……

 

pssst : shida demam bfst roti pizza tau…demand x….tp buat sendiri tak suruh mak buat pun..hehehe….

Thursday, March 3, 2011

Jom Memasak : Siakap Sweet Sour

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

DSCN5296

Menyahut cabaran EN MAT GEBU supaya buat entry masak-masak…pastu SUNAH SUKA SAKURA pun suruh lawan…ooh nak main lawan2 erk sure akak kalah sebab akak xde macam sunah yang ada SELERA SAKURA….tapi akak x puas asa..arini kebetulan mak beli ikan siakap…pastu siap siang kan utk anak dara dia nie…mak req siakap sweet sour..(mak nie mcm tau2 je anak dara dia nie sedang menyahut cabaran chef terhebat DAPUR TANPA SEMPADAN)

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap

2 biji bawang besar

3 biji cili besar

2 biji tomato merah

1/2 inci halia

2 ulas bawang putih

5 sudu sos cili

3 sudu gula

1/2 cawan air

garam secukup rasa

1/2 biji tomato - dadu

 

Cara membuat :

  1. Ikan siakap yang telah disiang, dikelar dan dibersihkan dilumur dengan garam dan kunyit..goreng sehingga garing
  2. Kisar bawang besar, cili besar dan tomato
  3. Halia dan bawang putih di tumbuk halus
  4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak….Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan
  5. Masukkan bawang besar, cili besar dan tomato yang telah di kisar sehingga naik minyak.
  6. Masukkan sos cili, gula, garam dan air…biar sampai ia betul2 masak dan pekat…
  7. Masukkan tomato yang dipotong dadu
  8. Akhir sekali, curahkan ia ke atas ikan siakap yang telah digoreng…..sedia utk di makan

Selamat Menjamu Selera

pssst : sebenarnya td shida ada jugak goreng ayam goreng madu berempah tapi sebab seketul sahaja mcam tak pandai lak nak kongsi di sni…main campak2 je…ini semua gara2 tengok myboss merangkap jiran sepagar goreng ayam berempah semalam….jom kita ke dapur anak bujang ini…<ADY BUDIKA>takde hiasan mcm ady nyer masakan….

 

Entry berkaitan

http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/05/kerapu-sweet-sour.html