Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label kek pisang. Show all posts
Showing posts with label kek pisang. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Jom Memasak : Kek Pisang Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CYMERA_20131006_111729

Selalu kalau nak buat kek pisang, korang guna pisang apa ye? Kakakecik guna pisang emas yang ranum tu je..Tak de plak nak cuba pisang lain risau nanti tak nampak urat2 pisang di kek tu..kalau xde urat tu rasa macam xbest je..Sabtu lepas, mak n ayah ada beli pisang emas..elok je 1 sikat rm2.00..mak pun macam nak suruh buat kek pisang..tapi bila kakakecik makan pisang tu sedap nya..sayang plak nak lenyek2 buat kek..So, malam tu selepas hantar kek karamel ke Amal, kakakecik singgah beli pisang emas..siap bagitau adik tu..”kak nak pisang emas yang ranum” pilih punya pilih dapat la yang 1sikat rm1.60..ada dalam 12 biji kot..itu pun kakakecik dah suruh buang pisang yang terlampau ranum..hahaha..rugi la kalau ambik jugak sebab dia timbang pisang tu..

 

Kakakecik masih mengguna resepi yang lama…resepi yang mudah dah sedap hasilnya..jangan derhaka sudah la..sebab kakakecik ada buat sebelum nie derhaka skit kat telur..so hasil nya kurang memuaskan…Untuk kali nie ikut betul2 resepi nya..Alhamdulillah menjadi dengan elok..

CYMERA_20131006_111314

Resepi : Kek Pisang

Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 10 biji pisang emas
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

Cara-caranya :-

  1. Panaskan oven dengan suhu 170C. Lenserkan loyang 8”.
  2. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  4. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
  5. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Bakar selama 45 minit menggunakan api yang atas bawah.

 

Selamat Mencuba

Thursday, May 23, 2013

Jom Memasak : Kek Pisang Versi Bakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kek Pisang..13 tahun lalu setiap kali balik kampung mesti akan beli kek pisang yang dijual kat gerai2 di Puduraya..bukan 1 biji beli tapi 2 biji yang panjang tu. Tak main la yang pendek2 tu tak cukup tak puas makan. Tapi sekarang ni dah lama tinggalkan KL…so nak dapatkan kek pisang yang sedap tu susah la..kat Kedah ni tatau di mana jual..

 

Kalau di entry Kek Pisang Kukus kakakecik de bagitau yang masa tahlil umah arwah Tok Su kakakecik ada bawak balik pisang kan..Memang da bajet nak buat 2 biji…1 biji yang kukus dan 1 biji lagi bakar. Kakakecik cuba try test guna resepi yang sama tapi kakakecik bakar. Sebenarnya kakakecik lebih suka kek yang ada garing di tepi sekeliling kek…berebut2 la kami sekeluarga..semua pakat nak yang tepi..tengah2 sapa nak makan..Adik Pikah la makan..dia x suka yang garing tu..pelik btul adik tu…

 

Ok resepi nya masih sama..nak share jugak ke…ok la bila x share di sini ada pulak yang mintak/tanya nanti..baik kakakecik share siap2…hehehe…

kek pisang

 

Resepi : Kek Pisang Versi Bakar
Sumber  :- fiza-sham.blogspot.com  & shw.ulampegaga /diana

Olahan : Kaedah membakar

Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar- kakakecik masuk kan dalam 10 biji sebab kecik2 pisang emas tu)
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak- kakakecik guna minyak jagung)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

Cara-caranya :-

  1. Panaskan oven dengan suhu 170C. Lenserkan loyang 8”.
  2. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  4. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
  5. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Bakar selama 45 minit menggunakan api yang atas bawah.

DSCN3971

Rezeki sama-sama kita kongsi, dah ambik pisang kat umah Tok Su, kena la bagi kek nya kan..

kek pisang bakar

Sudah jatuh cinta dengan kek pisang ini…kelarai dia pun nampak elok je…rasa kakakecik tips nak bagi kelarai tu nampak banyak..kita kena biarkan pisang yang dilenyek tu..eh dilenyek plak..dilecek..lenyek n lecek x sama ke?…Rasa kakakecik la kalau biar pisang tu akan bertukar warna ke hitaman…lepas ni nak cuba buat biarkan ia lebih lama sebelum adun dengan bahan-bahan lain….

 

Selamat Mencuba..

 

p/s : thanks kak hafizah atas pekongsian resepi nie.shda dah olah versi kaedah memasak nya dr kukus ke bakar

Tuesday, May 21, 2013

Jom Memasak : Kek Pisang Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dah hampir 1 tahun kakakecik tak buat kek pisang…pertama kali buat nya tahun lepas time Masterchef Selebriti dan untuk kali ni pun kakakecik buat pada musim masterchef selebriti ke-2..Kalau tahun lepas buat sampai hancus…tapi Jumaat lepas, di sebalik nya. Memang amat memuaskan hati dan memuaskan tekak nie..Kena dengan selera kakakecik.

 

Kebetulan masa tahlil arwah Tok Su Wang malam Jumaat tu, banyak la pisang nya, Kakakecik dah aim nak mintak skit pisang tu..Hehhe, dengan muka tak malu kakakecik mintak dan ambik plastik isi pisang2 yang lebih. Dah nak rosak sebab Kila dah potong2 dah berhitam, kalau buat kek mesti ok sangat la kan…

 

Balik umah, terus mencari resepi, nak resepi yang kek tu bila masak dia warna hitam, kelarai dia banyak…sebelum nie kakakecik dah jumpa resepi yang berkenan tapi terlupa ambil resepi nya…terpaksa la mencari lagi. Tapi Allah mempermudahkan bila empunya resepi tu ada komen di entry Bersatay Semeling..So, apa lagi terjah la ke blog Suka Duka Kehidupan untuk salin resepi kek pisang yang kak Fizah buat masa hari mengundi aritu. Terima kasih Kak Hafizah Mohamad atas perkongsian resepi kek pisang tu.

kek pisang kukus2

Kek @ Apam Pisang Kukus
Sumber  :- fiza-sham.blogspot.com  & shw.ulampegaga /diana

Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar- kakakecik masuk kan dalam 10 biji sebab kecik2 pisang emas tu)
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak- kakakecik guna minyak jagung)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

kek pisang kukus

Cara-caranya :-

1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

DSCN3945

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain / aluminium foil supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

 

Selamat mencuba ya kawan2..

Monday, June 25, 2012

Kek Pisangku dan MasterChef Selebriti Malaysia

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

MSM

 

Kakakecik satu family pengikut setia program MasterChef Selebriti Malaysia (MSM), boleh dikatakan tak pernah miss la untuk tengok..mau tak pernah miss..reminder awal2 lagi…malam tadi MSM Episod Penyingkiran antara Tomok, Angah, Farouk dan Thanuja…sempat nie kakakecik buat kek pisang…ye la pisang emas 1 tandan ada kat luar umah tu…teringin jugak nak buat kek pisang macam AYU CR buat…macam biasa la godek-godek cari resepi kat internet..dapat la 4 resepi yang berbeza…keempat-empat resepi tu kakakecik ambil..resepi kek pisang CMG, Kak Ummi Kuantan, Ayu CR dan Jintan Manis…

 

Agak2 antara empat resepi tu resepi milik siapa la ye kakakecik guna pakai malam tadi…erm..salah…kakakecik guna resepi Jintan Manis…tapi tambah ovelatte sebab resepi CMG dan Kak Ummi ada letak ovalatte…dah siap semua adunan..bakar la sementara MSM nak bermula kan…masukan adunan kek ni dalam oven dalam pukul 8.40 malam…so dalam pukul 9.30 siap la bakar…dapat la tengok MSM dulu kan…

10705

Tapi dalam dok khusyuk tengok MSM tu, setiap kali iklan kakakecik tetap pergi tengok kek dalam oven tu takut gak terhangit ke apa…Elok sampai part nak rasa masakan semua peserta penyingkiran tu…time ni jugak la kek kakakecik dah nak masak…

 

Kalau sapa tengok MSM malam tadi..lepas juri rasa masakan hi-tea Farouk iklan kan…sebelum tu kakakecik de la kata.. “ish, farouk nie bawak mcm tu jatuh satg baru dia tau”….tup tup makanan farouk elok je sampai ke juri….yang kek kakakecik pun elok je masak je…konon nak bawak la kek tu ke 3 juri tetap di ruang tamu umah kakakecik…

 

Sekali…………………….

 

GEDEBUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUK…..

“maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak, uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kek pisang cheeeeeeeeeeeeq”

hambik…kek pisang kakakecik tergelonsor dari jaring…

    DSCN9175 

Huhuhu…habis berkecai kek pisang yang kakakecik buat malam tadi…Mak kata… “kita tengok sapa yang nak nangis…TOMOK ke Kak Shida…tu la tadi dok risau sangat Farouk bawak bekas tingkat mcm tu…pastu dok kata Tomok nak teriak tu..dok tahan je..”

 

Mak kan…mak kan….tak la nak buat macam mana….nie je rezeki kita nak merasa kek pisang….

DSCN9174

Hanya ini sahaja dapat diselamatkan….tak dapat la kakak izzati nak bawak p opis arini dan Ngah Nah jiran bawah umah pun xde la rezeki nak makan kek pisang….tengok la kalau rajin petang nie ke kakakecik buat lain….

 

Hahahaha….yang syok nya…kek tu hias macam bagai…susun la kepingan pisang atas nya..sambil dok potong n susun tu dok mengomel…”erm, nanti mesti ayu kata, ambooooi shida nie bukan main lagi dia..siap ada potongan pisang”

DSCN9173

Tak kira tak kira macam mana sekali pun nak gak kakakecik publish gambar kek pisang dan kegebuannya….

DSCN9179

See..gebu kan..tapi kenapa la ye tak nampak sangat urat2 pisang tu…ngadu jugak kat mak…awat tak de urat pisang pun mak..mak kata nie bukan pisang emas biasa tu..nie pisang emas kelantan ke apa ntah…hang lenyek sampai halus sangat kot…huhuhu….

 

Itu la kisah…MSM dan Kek Pisang…

 

psssst:jahat ampa nooo dok gelak kat kakakecik…menciiiiiiiiiiiiiik xmau kawan dengan ampa semua