Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, May 23, 2013

Jom Memasak : Kek Pisang Versi Bakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kek Pisang..13 tahun lalu setiap kali balik kampung mesti akan beli kek pisang yang dijual kat gerai2 di Puduraya..bukan 1 biji beli tapi 2 biji yang panjang tu. Tak main la yang pendek2 tu tak cukup tak puas makan. Tapi sekarang ni dah lama tinggalkan KL…so nak dapatkan kek pisang yang sedap tu susah la..kat Kedah ni tatau di mana jual..

 

Kalau di entry Kek Pisang Kukus kakakecik de bagitau yang masa tahlil umah arwah Tok Su kakakecik ada bawak balik pisang kan..Memang da bajet nak buat 2 biji…1 biji yang kukus dan 1 biji lagi bakar. Kakakecik cuba try test guna resepi yang sama tapi kakakecik bakar. Sebenarnya kakakecik lebih suka kek yang ada garing di tepi sekeliling kek…berebut2 la kami sekeluarga..semua pakat nak yang tepi..tengah2 sapa nak makan..Adik Pikah la makan..dia x suka yang garing tu..pelik btul adik tu…

 

Ok resepi nya masih sama..nak share jugak ke…ok la bila x share di sini ada pulak yang mintak/tanya nanti..baik kakakecik share siap2…hehehe…

kek pisang

 

Resepi : Kek Pisang Versi Bakar
Sumber  :- fiza-sham.blogspot.com  & shw.ulampegaga /diana

Olahan : Kaedah membakar

Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar- kakakecik masuk kan dalam 10 biji sebab kecik2 pisang emas tu)
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak- kakakecik guna minyak jagung)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

Cara-caranya :-

  1. Panaskan oven dengan suhu 170C. Lenserkan loyang 8”.
  2. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  4. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
  5. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Bakar selama 45 minit menggunakan api yang atas bawah.

DSCN3971

Rezeki sama-sama kita kongsi, dah ambik pisang kat umah Tok Su, kena la bagi kek nya kan..

kek pisang bakar

Sudah jatuh cinta dengan kek pisang ini…kelarai dia pun nampak elok je…rasa kakakecik tips nak bagi kelarai tu nampak banyak..kita kena biarkan pisang yang dilenyek tu..eh dilenyek plak..dilecek..lenyek n lecek x sama ke?…Rasa kakakecik la kalau biar pisang tu akan bertukar warna ke hitaman…lepas ni nak cuba buat biarkan ia lebih lama sebelum adun dengan bahan-bahan lain….

 

Selamat Mencuba..

 

p/s : thanks kak hafizah atas pekongsian resepi nie.shda dah olah versi kaedah memasak nya dr kukus ke bakar

6 comments:

Z@i Z@mR33 said... [Reply]

waaa...kek pisang...peberet neh tp kn tp kn....wuuuu...dh xleh mkn dh skrg...

Areef said... [Reply]

salam,

la samalah kita... sy pun dulu klu naik bas kat pudu mesti beli kek pisang tu... tkpun buah campur dh siap potong tu hehehe...

kiera'sakura said... [Reply]

balik nanti nk buat kek marble yang letak coklat kat tengah tue je. tingin yang tue :D

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Z@i Z@mR33 sama la kita.tp kenapa lak xleh makan skrg nie...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Areef wslm...hehehe..sedap kan kek pisang kat pudu tu..kenapa x pernah serempak pun dengan cikgu areef kat pudu..hehe..

buah campur tu xpernah beli..selalu beli kek pisang n sandwich kat kiosk donut tu je

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura kenapa lak tetiba komen kek marble ltak coklat di tengah2 di entry kek pisang nie.hahahaha...buat jangan tak buat ye