Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, May 21, 2013

Jom Memasak : Kek Pisang Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dah hampir 1 tahun kakakecik tak buat kek pisang…pertama kali buat nya tahun lepas time Masterchef Selebriti dan untuk kali ni pun kakakecik buat pada musim masterchef selebriti ke-2..Kalau tahun lepas buat sampai hancus…tapi Jumaat lepas, di sebalik nya. Memang amat memuaskan hati dan memuaskan tekak nie..Kena dengan selera kakakecik.

 

Kebetulan masa tahlil arwah Tok Su Wang malam Jumaat tu, banyak la pisang nya, Kakakecik dah aim nak mintak skit pisang tu..Hehhe, dengan muka tak malu kakakecik mintak dan ambik plastik isi pisang2 yang lebih. Dah nak rosak sebab Kila dah potong2 dah berhitam, kalau buat kek mesti ok sangat la kan…

 

Balik umah, terus mencari resepi, nak resepi yang kek tu bila masak dia warna hitam, kelarai dia banyak…sebelum nie kakakecik dah jumpa resepi yang berkenan tapi terlupa ambil resepi nya…terpaksa la mencari lagi. Tapi Allah mempermudahkan bila empunya resepi tu ada komen di entry Bersatay Semeling..So, apa lagi terjah la ke blog Suka Duka Kehidupan untuk salin resepi kek pisang yang kak Fizah buat masa hari mengundi aritu. Terima kasih Kak Hafizah Mohamad atas perkongsian resepi kek pisang tu.

kek pisang kukus2

Kek @ Apam Pisang Kukus
Sumber  :- fiza-sham.blogspot.com  & shw.ulampegaga /diana

Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar- kakakecik masuk kan dalam 10 biji sebab kecik2 pisang emas tu)
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak- kakakecik guna minyak jagung)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

kek pisang kukus

Cara-caranya :-

1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

DSCN3945

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain / aluminium foil supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

 

Selamat mencuba ya kawan2..

4 comments:

Hafizah Mohamad said... [Reply]

Salam KakaKecik...wah menjadi na apam pisang tu...kak fiza pun kalau nak buat apam pisang resepi ni lah kak fiza buat...sbb senang...dan kena ngan tekak rakyat jelata...he he he...cantik apam pisang tu...=)

MR & MRS MAKMUM said... [Reply]

sedapnya...cuti nie nk try buat la...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Hafizah Mohamad wslm kak fizah, alhmdlah menjadi tp shda ada wat 2 versi...kukus n bakar...shda lebih suka yang bakar...nanti shda share yg bakar lak hehee

kiera'sakura said... [Reply]

nampak menarik tapi kira tak bape suka sgt kek pisang. jadi kurang terliur :p