Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label persiapan. Show all posts
Showing posts with label persiapan. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

Rezeki Kami dan Bukan Rezeki Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sibuk ke sana ke mari membeli barang untuk majlis perkahwinan dan ke rumah sedara menjemput ke kenduri. Dua minggu berturut-turut2 jugak setiap kali ari jumaat malam sabtu Mak Cik tido di rumah, sekatil dengan kakakecik. Dan dua kali jumaat jugak kami ke Alor Setar.

 

Kalau Jumaat 10hb kami ke Alor Setar untuk beli barang hantaran dan brown paper bag. Alhamdulillah ada rezeki kami untuk membeli apa yang dirancang. Minggu lepas sekali lagi ke Alor Setar untuk membeli mug untuk diberi kepada Mentara/Orang buat kerja. Tetapi bukan rezeki kami..rak mug yang Giant offer sebiji 99sen tu hanya tinggal beberapa biji sahaja tu pun mug yang dah rosak..Huhuhu..Dah memang bukan rezeki kami kan..Terpaksa call Adik Ilah di Perak untuk pergi tengok mug tu di Giant Sunway. Nasib baik ada..Syukur Allah memudahkan urusan kami.

 

Masa di Mydin, kakakecik tunjuk kat Mak Cik, “Chik tengok paper beg yang kita beli minggu lepas dah tak de, tinggal skit je lagi…nasib baik kita mai minggu lepas” Alhamdulillah Allah menggerak kan hati kakakecik ke Mydin minggu tersebut.

 

Tetapi, di saat akhir nie lace manik yang untuk di pasang kat langsir tak cukup lagi 4-6 meter. Puas mencari di Nagoya SP, Alor Setar dan Ipoh dah takde stok design yang dah beli tu. Mau tak mau kena cari design lain yang bersesuai..Harap ada la yang berkenan untuk dipasang di langsir tu. Moga Allah mempermudahkan nya.. Ameen

 

 

pssst: lepas nie nak buat persiapan untuk diri sendiri lak walau belum ada calon..buat siap2 nanti ada terus leh langsung…tak payah kelam kabut..bole kan…gegeh x kakakecik

Monday, May 20, 2013

D.I.Y : Persiapan Majlis #Brown Paper Bag

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sekarang kakakecik tengah sibuk uruskan persiapan majlis kahwin. Bukan majlis kahwin kakakecik ye, tapi majlis kawen sepupu kakakecik yang agak rapat antara kami. Mak dan Makcik(mak bakal pengantin) adalah dua beradik perempuan 1 mak 1 ayah. Mak kakakecik seperti tok bagi sepupu (anak2 makcik). Mak cik sebelum kahwin memang duduk dengan mak, kenduri kawen makcik dulu pun buat di rumah mak. So, sendiri pikir la bagaimana rapat nya kami.

 

Memandangkan bakal pengantin duduk nun jauh di Melaka, susah la nak uruskan apa yang patut. Sebagai kakak sepupu  yang baik dan sementara belum kawen nie boleh la tolong skit mana yang mampu. Salah satu nya adalah paper bag untuk tetamu. Memang dari awal perancangan lagi kakakecik dah bagitau Mak Cik dan Pak Cik..paper bag untuk orang ramai, takpe cheq uruskan..

Picture 216

Untuk majlis sepupu nie kakakecik siapkan 2000 paper bag..brown paper..beli kat Mydin. Murah je..RM3.10 sepeket yang ada 100 keping tu. Kalau beli tak sampai 10 peket RM3.20..Dah sediakan 2000 keping, kena la beli 20 pekat. Total keseluruhan duit yang keluar untuk paper bag adalah RM62.00. Plan awal nak letak dolly paper..tapi bila di congak congak…dolly paper mahal..sekali ganda harga paper bag. So, kakakecik decide print out je design ke atas paper bag tu. Alhamdulillah printer laserjet HP kakakecik nie boleh print tak de buat kelaku sangat…Syukur sangat2. Dah siap print pun 1500. ada lagi 500 yang menunggu giliran.  

Picture 229

Kakakecik ada wat 2 design untuk print out atas paper bag nie..design pun guna word je..saiz untuk paper bag nie adalah A5..

Picture 233

Simple je design nya..nanti di dalam paper bag ni akan isi gula2, muffin dan jajan. Dan dilekatkan riben kat atas lipatan bag tu. Riben pun belum cukup 2000 lagi…Grrrrrrrr..InsyaAllah mampu siapkan sebelum majlis,2 minggu lagi..

Wednesday, May 15, 2013

D.I.Y : Persiapan Majlis #Hantaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dalam tempoh tak sampai sebulan je lagi, InsyaAllah majlis akan berlangsung..Bukan je bakal pengantin yang menghitung hari dan riso berdebar, kakakecik yang konon-kononya dikatakan oleh bakal pengantin adalah “WP” majlis nya pun naik riso, mahu nya tak sebelum pilihanraya masing-masing sibuk…persiapan apa pun tak de buat lagi..kalau ada pun hanya 30% sahaja…Tapi, dah tekad dalam hati, selepas je PRU#13 akan bermula la persiapan majlis nya..semoga Allah permudahkan…

 

Alhamdulillah, Jumaat lepas kakakecik pergi beli brown paper bag dan barang-barang untuk membuat hantaran. Macam biasa la hasil kerjasama antara kakakecik dan Kak Ja..Dalam masa 1 hari dekorasi bekas hantaran dan siap pun. Beli barang hari Jumaat, pagi Sabtu kakakecik deco bekas hantaran, petang Kak Ja balik dia la gubah bunga. Hasilnya tengok la gambar di bawah..

Picture 227

Erm…tak nampak ye hasil kerja nya…okey okey saja la nak kasi suprise bakal pengantin…blurkan…jenuh dia menilik.. Kakakecik dan Kak Ja hanya mendeco bekas dulang hantaran daripada pihak perempuan masa bertunang dulu. Opps terpaksa black white coz tak nak bakal pengantin perempuan tahu warna nya..jahat tak? alahai tunggu je minggu depan tengok bila dah de depan mata ye…jangan marah syu…

 

#bakal pengantin lelaki jangan riso..semua beres.siap ongkos je ye..hehe

Sunday, January 6, 2013

Persiapan #1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Berhujung minggu..kakakecik habiskan masa untuk membuat bunga tisu..ntah kenapa dinamakan bunga tisu walhal untuk membuat bunga nie menggunakan crepe paper..


Sebahagian daripada bunga-bunga yang telah kakakecik buat untuk persiapan majlis nanti...mungkin akan dijadikan bunga pahar, bunga hantaran atau hiasan meja mahupun mini pelamin dan bilik...

Kombinasi warna biru torquse(betul tak ejaan kakakecik nie) dan pink yang telah menarik minat kakakecik..so kakakecik chup awal2 bunga color nie..



#doakan semoga semuanya dipermudahkan..amiin