Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label bunga tissu. Show all posts
Showing posts with label bunga tissu. Show all posts

Monday, June 10, 2013

D.I.Y : Hiasan Bilik Tidur Dengan Bunga Tisu dan Bunga Kipas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4097

Hampir 10 hari telah berlalu majlis perkahwinan MyKazen (Izzuandi & Syuhada) di pihak kami (lelaki). Majlis berlangsung di Batu 5, Sik. Seminggu kakakecik berkampung di rumah Cik Faudziah untuk membantu Cik dan Pak Cik, kecian mesti dorang kelam kabut untuk uruskan persiapan coz Kakak dan Dik Jat masing-masing ada di kampus UMP dan UNIMAP. Nak harapkan Dik Izz tu boleh la jugak..Kak Teh plak ada tuisyen. Ok bukan nak cerita di sebalik majlis nya. Ini entry mau cerita deco-deco bila “perantin”.

 

Sememang nya daripada awal lagi, kakakecik MELARANG Izzuan ambik pakej yang termasuk deco bilik sebab dia lelaki kan. Tak perlu sangat deco bagai. Kita buat sendiri je,simple pun tak ape. Kakakecik la yang main peranan pada awal nya. Dalam kepala nie dok nampak nak gantung bunga tisu besar dan bunga kipas (paper wheels). Bunga Tisu yang besar gedabak kakakecik buat awal lagi..masa dok gian buat bunga tisu. Camne nak buat boleh ke D.I.Y Bunga Tisu Besar.

 

Bunga Tisu Besar dah siap, seterusnya malam nak mendeco bilik tu kena la buat bunga kipas. Kakakecik guna kertas A4 yang rosak skit2 di kedai tu. Membazir je nak buang kan…baik guna untuk bunga kipas. Jimat kos, kedekut nak mampus…Mesti la “pekin” cut cost. Kakakecik buat dua saiz, untuk saiz besar kakakecik lipat secara lanscape (lipat 8kali rasa nya, tak sempat dah nak kira main lipat je). Nak senang kakakecik tak terus lipat jadi kipas, sebaliknya kakakecik lipat dua dulu, lipat 4 dan seterusnya sampai kecil, baru lipat jadi spt kipas tujuannya nak bagi line kipas tu sama. Pastu cantum je  dan lekat dengan dolly paper ditengahnya. Untuk yang kecik comey tu, kakakecik lipat ikut potrait, main lipat jugak. Kakakecik lipat ikut suka je, kalau ikut tutorial tu macam-macam ada cara nak wat bunga kipas nie Tapi kakakecik buat mana yang rasa mudah tak mau dok serabut kepala nak cantum sampai panjang ke apa, kakakecik main bantai je janji menjadi hasilnya…

_DSC0735

Pengantin sendiri yang dok lekatkan bunga kipas. Kakakecik serah 100% untuk deco bilik nie kepada Kak Ja, dia lebih pro..Kakakecik just bagitau design macam mana yang nak. Lagipun kakakecik dok lipat kertas untuk buat bunga kipas nie. Depa dalam bilik main mintak je..

_DSC0752

Abang Mie, biasa la lighting man..hehhe..dok try spotlite yang kakakecik beli 2 biji tu. Jenuh gak dok pikir nak letak macam mana sebab katil Izzuan macam katil hotel tu..yang kena letak rapat dengan dinding. Last-last kami lekatkan spotlite nie kat kotak bunga mak.Hahaha…janji ia berfungsi.

DSCN4095

Untuk menaik kan seri, kakakecik letak blind blind memanjang tu. Beli kat SSF Perai. Tak sampai RM30 pun…ikutkan nak je guna rantai biji yang mak dok letak kat bunga telur tu..hehehe. Tapi da pegi SSF, tengok ada walau sebenarnya blind nie bulat kami cutkan ia dan buat sangkut sendiri..Kreatif tak kami..Kreatif kan…

 

Kain kuning tu sebenarnya beli untuk alas meja Guest Book & Photo Prop Corner. Tapi itu la bila Kak Ja mai dia kata tak naik kalau guna kain plain putih cream tu je..Tu kalau korang perasan, kami jahit bawah skit kain kuning tu, bila 2 meter je..Tak pe kita cover dengan bunga nanti mana nak nampak dah kan..Hehehe.

DSCN4099

Eh, sekali tengok da macam mini pelamin plak kan..hehe..Okey, kat sini kakakecik nak bagi tips la skit..kalau nak pasang benda alah nie, korang jangan la guna double sided tape sebab nya bunga kipas ni nanti akan jatuh. Macam kami pasang Khamis malam Jumaat, jaga je pagi esok tengok sebahagian nya dah terjatuh. Mau tak mau malam kenduri tu pasang semula dan kami pin kan dengan jarum peniti dan kerongsang. Alhamdulillah kukuh je just rumit skit la nak pinkan tu.

 

pssst: pengantin tak kasi buka la, dia kata biar je situ sampai bila2..amboooi padahal depa bukan ada kat bilik pengantin tu pun sekarang nie.

Wednesday, May 22, 2013

Bila Ayah Menjadi QC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kalau sebelum2 nie kakakecik menjadi QC kepada bunga-bunga daun getah yang mak hasilkan..tetapi untuk bunga-bunga tisu yang kakakecik hasilkan untuk dijadikan bunga pahar di QC oleh ayah. Tak kan la kakakecik nak QC sendiir hasil kerja kakakecik..Hehhee…Tak de la kakakecik lantik ayah menjadi QC, kebetulan masa tengah mencuba atur aksesori untuk bunga tisu tu ayah ada. Apa lagi ada la komplen daripadanya.

DSCN3981

Apa yang ayah komplen tentang bunga tisu kakakecik? Tu haaaaaaaa, gunting tak sama.. Kakakecik kekonon nak cover line, menjawab la “Ayah, tu nama nya seni kalau gunting tak sama” heheheh tapi malam tadi masa dok buka-buka kan kelopak tarik tisu kakakecik gunting la mana kelopak yang tak sama…Kang tak pasal2 ayah komplen lagi. Untung jugak kan ada QC tak bertauliah nie.. terima kasih ayah.

DSCN3993

Alhamdulillah dah siap pun bunga tisu yang akan dijadikan bunga pahar untuk majlis 2 minggu lagi…last minute punya keje…baru ada semangat skit..Bunga dah siap..riben untuk diletak bawah bunga tak siap lagi..baru siap riben A untuk bahagian bawah sekali. Kemungkinan riben di bawah bunga tu akan ditukar sebab riben yang ada tak cukup la..malas dah nak g beli kat SSF or Rainbow, cilok riben mak je la. Hehhee..sekali lagi untung mak ada banyak stok riben.

 

pssst : Sue, sori kak xdan nak snap picture or video untuk tutorial buat riben, battery camera habis..sabar ye tunggu minggu depan

Thursday, January 10, 2013

DIY : Bunga Tisu Besar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mood DIY dah mula..bermacam-macam yang ada kat dalam kepala nie..nak buat itu ini..dan baru-baru nie kakakecik buat bunga tisu besar menggunakan method yang sama dengan buat bunga tisu kecik. Untuk bunga tisu besar nie 1 keping crepe paper tu kakakecik buat 1 kuntum sahaja.

Jom kita tengok cara nak bikin nya..mudah aje..

Bahan -bahan : Crepe paper mengikut warna pilihan sendiri, gunting dan dawai saiz 26/28



Langkah 1 : Bentangkan crepe paper tu..dan lipat 2 dan lipat lagi sehingga mendapat 4 keping.




Langkah 2 : Susun keempat-empat keping kertas tadi dan lipat dua..gunting untuk mendapatkan 8 keping.




Langkah 3 : Setelah dapat 8 keping, susun lagi kertas tersebut dan lipat kipas..saiz setiap lipatan 1 inci (kakakecik nak mudah, kakakecik akan lipat bahagi 2 kertas tu..dan lipat balik dan lipat lagi, mudah macam tu, korang boleh try n error) Lipat ikut ira menegak kertas.





Langkah 4 : Dah siap lipat kipas..pegang elok2 dan bahagi dua..ikat dan kemaskan dengan dawai ditengah nya





Langkah 5 : Gunting separa bulat di hujung kedua-dua belah bahagian


  


Langkah 6 : Kembangkan lipatan kipas di kedua-dua bahagian 




Langkah 7 : Tarik slow-slow 1 helaian crepe paper di bahagian kiri hingga ke tengah..dan tarik plak sehelai di bahagian kanan...buat selang seli setiap bahagian sehingga habis.





Okey dah siap pun..senang je kan..bunga yang bersaiz besar nie bagi kakakecik lebih sesuai dijadikan backdrop mana2 bahagian samada pelamin atau bilik tido..candy corner or book guest pun okey jugak...mana yang sesuai la...nak lagi menarik buat la warna warni..colorful gitu macam kakakecik buat di Persiapan #2


Selamat mencuba..besar kan bunga nie lebih dari tapak tangan kakakecik :)


Monday, January 7, 2013

Kos DIY Bunga Tissu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Bunga Tissue, bunga zaman dulu2 dah muncul kembali...dan menjadi kegilaan ramai orang terutama anak dara sunti yang akan melansungkan perkahwinan...kalau utk kaum ibu plak mungkin ada yang nak buat bunga tissue nie kepada anak2 teruna mereka, sanak saudara, cukur jambul anak cucu ke boleh je..nak hias kantor pun boleh neng...so di sini kakakecik nak kongsi bajet untuk bunga tissu tu..


Kertas crepe yang lembut tu sekeping besar tu harga nya RM0.80 ditempat kakakecik tetapi Sabtu aritu kakakecik pegi beli dengan mak..20 keping dapat RM0.65 sekeping..budak2 kedai bunga tu dah kenal dengan mak..kira harga borong la kot...ada jugak di setengah2 tempat boleh dapat harga 60sen je..Sekeping kertas crepe tu akan dapat 8 kuntum bunga yang saiz sederhana sesuai untuk buat bunga pahar..so 1kuntum bunga tu xsampai pun 10sen harga nya...hehehe,murah tak...ada jugak yang guna kertas tissu tapi kakakecik tak jamin hasilnya..kecuali tissu yang 1 pkt RM5.00++ tu myb okey la ..kalau yang murah tu tak cun rasanya bunga tu nanti...alahai tak perlu bajet sangat..ni pun dah cukup murah..


Dawai 1 pkt tu harga nya kalau tak silap kakakecik dalam RM1.00, 1 batang dawai boleh guna 4 kuntum bunga....ni bagi kakakecik la..jimat skit..kalau nak bagi panjang dawai tu..boleh bahagi kepada 3...kakakecik ambik kat bengkel mak..selalunya beli bundle kat SSF..


Untuk buat bunga pahar, riben hiasan lain tu ikut bajet la...kalau bajet lebih banyak boleh la hias dengan riben yang mahal2.cantik..kalau kakakecik just nak beli riben kosong yang 1 inci dan riben polka dot yang saiz 1cm tu je....Buluh 1 bungkus yang ada 100batang tu harga nya dalam RM3.00 x sampai pun RM5.00...pembalut batang selalu nya dorang jual RM1.00 - RM1.50 untuk 1 roll tu....


Jimat tak jimat tak..jimat kan..so jangan putus asa nak buat sendiri...cuba dan terus cuba...malam tadi kakakecik dapat buat 16 kuntum sambil tengok AJL..sambil baring pun boleh la buat...janji ada usaha...pasti menjadi...




DIY : Bunga Tissue

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Apabila kakakecik upload gambar bunga tissue di Fb dan publish entry persiapan #1, ada 3-4 orang sahabat kakakecik yang tanya cara membuatnya dan mohon kakakecik buat tuto untuk menghasilkan bunga tesebut.

Ini adalah step by step untuk buat bunga tissue, kakakecik harap perkongsian nie dapat memberi idea kepada yang sahabat2 lain untuk DIY bunga tissue..kakakecik mintak maaf andai ada kekurangan/tak faham dalam teknik penghasilan bunga tissue.kakakecik pun belajar buat dari tutorial muna


Bahan-bahan yang diperlukan : crepe paper (bukan nya durian crepe ye) yang nipis dan warnanya sama kedua belah, gunting dan dawai saiz 26@28


Langkah 1 : Bentangkan crepe paper dan lipat 2..gunting



Langkah 2 : Lipat lagi crepe paper tu..gunting sehingga dapat 8 keping kertas memanjang






 Langkah 3 : Ambil sekeping kertas memanjang dan lipat untuk dijadikan 6 keping 4 segi tepat


Langkah 4 : Susun ke6-6 keping kertas bagi sama dan lipat seperti kipas (ira melintang..apabila lipat 2 dan diikat dengan dawai ira nya akan menegak). Anggaran setiap lipatan kipas adalah 1/2cm..Apabila dah lipat kipas...ikat dan kemaskan dengan dawai.. Potong/gunting hujung lipatan bagi menjadikan kan ia separuh bulat hujung lipatan


Langkah 5 : Kembangkan/buka susunan kipas tadi


Langkah 6 : Tarik selapis demi selapis kertas tersebut bagi berdiri gitu bermula dengan lapisan atas hingga ke lapisan terakhir..buat sebelah sebelah...


Tarik slow slow tau takut kertas tu terkejut...tarik jangan tak tarik...tarik sampai habis hingga jadi macam nie


Buat sampai selesai..dan kemas-kemaskan




Dah sudah pun bunga tissu menggunakan kertas crepe...boleh dijadikan bunga pahar, hiasan hantaran, gubahan dan apa2 je yang korang rasa sesuai...

Selamat mencuba

p/s: kalau tak faham tinggalkan komen ye..tak pun email kan ke shida5062@gmail.com

Sunday, January 6, 2013

Persiapan #1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Berhujung minggu..kakakecik habiskan masa untuk membuat bunga tisu..ntah kenapa dinamakan bunga tisu walhal untuk membuat bunga nie menggunakan crepe paper..


Sebahagian daripada bunga-bunga yang telah kakakecik buat untuk persiapan majlis nanti...mungkin akan dijadikan bunga pahar, bunga hantaran atau hiasan meja mahupun mini pelamin dan bilik...

Kombinasi warna biru torquse(betul tak ejaan kakakecik nie) dan pink yang telah menarik minat kakakecik..so kakakecik chup awal2 bunga color nie..



#doakan semoga semuanya dipermudahkan..amiin