Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label kek marble. Show all posts
Showing posts with label kek marble. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Jom Memasak : Kek Marble Coklat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  Picture 094

Kek kek kek…bukan aplikasi keek yang dorang dok gila guna tu ye..nie kek yang boleh di makan..Macam dalam entry Kek Butter semalam, kakakecik de bagitau yang mood memasak dan baking dah terbang jauh..nasib baik ada orang jumpa dan pos semula haha..bila mood dah ada tu…terus buat 2 biji kek…sekali harung pulak tu..penuh bekas mixer yang kecik tu…kena sopan sehabis nya bila mengadun nya..

Picture 102

Kek Marble Coklat nie kakakecik buatkan khas untuk adik untuk makan bersama BFF-BFFnya di hostel..Resepi nya boleh ke blog adik kakakecik, KEK MARBLE COKLAT ada dikongsi di sana bahan dan cara-cara membuatnya (sempat lagi promote blog adik tu)

Picture 086

Minggu sebelum tu kakakecik ada jugak buat kek marble coklat..tapi teknik nya lain skit, masuk kan adunan plain  dan akhir sekali baru masuk kan adunan coklat di atas adunan plain…dan kacau2 putar2 nya…buat macam tu sebab kak munirah lebih suka kek butter plain…tak menjadi la marble macam kek nia…jadi terasing skit…tapi still sedap la…

Saturday, March 9, 2013

Jom Memasak : Kek Marble Pandan Choco Berry

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Petang semalam, time sorang dua jiran datang tolong untuk menyediakan bahan-bahan mentah bagi majlis tahlil. Dah siap sedia semua bahan-bahan mentah tu, kakakecik pun buat la kek.  Kali nie kakakecik buat kek marble perasa pandan choco berry..selalu sangat buat kek karamel.kakakecik pun dah jemu tak makan sangat. Apa salah nya sekali sekala kita ubah selera kan.

 

Jom kita semak resepi nya yang kakakecik dapat dari page FB Dapur KakZu just kakakecik tukar perasa nya sahaja.

DSCN2849

Resepi : Kek Marble Pandan Choco Berry

Bahan-bahan :

  • 250 gm butter
  • 230 gm gula castor
  • 5 biji telur
  • esen vanilla
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • strawberry paste + pewarna pink
  • pandan paster + pewarna hijau
  • Chocolate paste

Cara-cara :

  1. Pukul butter dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur,esen vanilla,tepung pukul lagi hingga rata dan sebati
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian diletakkan strawberry paste, 1 bahagian pandan paste dan 1 bahagian lagi chocolate paste.
  4. Sediakan loyang saiz 8 inci yang telah dialas dengan kertas kek dan digris.
  5. Letak sesenduk color hijau, pastu 1 senduk color pink dan 1 senduk color coklat.Ulang sehingge habis.
  6. Bakar sehingga masak..suhu dan masa bergantung pde oven masing2.Oven kakakecik suhu 160C selama 1 jam.

DSCN2860

Dapat la jiran yang datang untuk masak2 petang nie jamah merasai kek marble nie. Alhamdulillah, mak su pun ada tempah kek nie dan kek karamel untuk majlis di tadika nya pada 21hb nanti.

 

Selamat mencuba

Monday, October 22, 2012

Jom Memasak : Cupcakes Rose Pandan

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 DSCN0324 

Dua (2) minggu kakakecik tidak baking…memang duduk tak senang…kalau ikut kan hati nak buat kek marble untuk Kiera pada Jumaat 11haribulan tu…tapi kami tak jadi jumpa…so bahan-bahan yang beli biarkan je dekat rak di dapur…Konon nak buat la Jumaat 19hb plak..tapi tak kesempatan..almaklum la dok pulun belajar buat kuih lompang…still tak menjadi lompang nya…dok jadi lompang anak dara jugak…walau xde lubang tetap habis jugak dorang makan…

 

Sabtu lepas lunch…rasa “tatorah” (tak tentu arah) dah duduk..tengok telur ada 2 biji je kat dapur..so teringat ada resepi cupcakes neopolitan CMG yang kakakecik dan print out..apa lagi terus la mengayak, menyukat, memukul untuk wat cupcakes..

 

Kakakecik buat cupcakes Rose Pandan…tak pernah pun guna Esen Rose selama nie..tak salah kan mencuba dok tengok je Lydia Miza asyik wat Kek Marble Rose..teringin jugak la nak merasa camne rasa rose nie..hehee..Jom kita semak resepi cupcakes neopolitan yang kakakecik ubahsuai untuk digunakan wat cupcakes rose pandan.

DSCN0325

 

Resepi : Cupcakes Rose Pandan

BAHAN-BAHANNYA :

  • 90 gram mentega
  • 70 gram gula kastor
  • 110 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
  • 2 biji telur
  • 50 ml susu segar/susu cair
  • 1/2 sudu teh pandan paste+pewarna hijau
  • 1/2 camca teh essen rose + pewarna pink
  • 1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar mentega dan gula halus hingga pucat, masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  2. Satu diberi perasa esen vanilla, satu lagi essen rose dan satu lagi pandan paste. Kacau rata.
  3. Sudukan setiap warna dalam  paper cup (kakakecik guna paper cup keras). Buat hingga siap semuanya. Kemudian gunakan lidi satay untuk buat pusingan bagi mendapat corak yang menarik.. (Untuk memudahkan kerja, anda masukkan setiap bancuhan tadi dalam piping beg atau guna plastik biasa yang bersih, plastik kecil. Kemaskan. Gunting bucu piping beg tadi kurang lebih 1 cm, dan paipkan setiap bancuhan ke dalam paper cup, sebelah menyebelah, adunan kosong, pink dan pandan.
  4. Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....boleh dihiaskan dengan gula icing

Selamat Mencuba

 

DSCN0326

Kakakecik buat dapat la 7 cupcakes…mak dan kak ja suruh buat lagi bila tengok dapat skit..nak buat apa…telur pun dah tak de..makan je la yang mana ada tu…boleh la pakat2 merasa sorang sikit bagi hilang tagih..nak ulang makan memang dah tak boleh la..

 

pssst:mak mintak buat lompang..mak kata buat sampai jadi lubang..selagi xjadi buat sampai jadi..hehehe..

Tuesday, October 9, 2012

Jom Memasak : Kek Marble Neopolitan

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

DSCN9979 

Kalau dah balik berkumpul kat umah tu tak sah la kalau tak mintak si kakak sorang nie buat itu ini kan…Jumaat dan Sabtu jalan je..xde masak2..so Ahad tu kebetula badan tak berapa nak sihat..athma lagi awal pagi tu…memang tak bermaya sangat la…Ahad nya, Dik Ilah dah nak balik Ipoh..rasa macam tak best plak kalau tak buat apa2 untuk nya…dok plan nak wat kek gula hangus je…memang dia nak makan itu je…sekali kek gula hangus yang kakakecik wat 2 adunan sekali gus tu tidak menjadi kek sebalik nya jadi bingka gula hangus…nasib baik buat untuk makan-makan family je..kalau tak jenuh nak membuat nya semula..

 

Kita dah nak buat kek gula hangus..dimintak nya plak Kek Karamel dan Kek Biasa berwarna warni…so kakakecik pun buat la kek marble neopolitan nie..saja la kasi nama yang canggih skit kan..hehehe..lagipun tergoda dengan Cupcakes Neopolitan CMG..Jom kita semak resepi kek marble neopolitan nie..simple je..

Resepi : Kek Marble Neopolitan

Bahan:

  • 250 gm butter
  • 240 gm gula kastor
  • 240 gm tepung tepung naik sendiri
  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan (60 ml@60gm) susu cair 
  • esen vanilla
  • pewarna pink + strawberry paste
  • 1 sudu serbuk koko + coklat emulco
  • badam cincang untuk hiasan

Cara membuatnya :

  1. Panaskan oven dengan suhu 170C, lenser kan loyang yang bersaiz 7”
  2. Putar butter ngan gula hingga kembang dan ringan
  3. Masukkan telur satu persatu....pukul lagi hingga kembang
  4. Masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli ngan susu cair..kacau hingga rata dan sebati
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Satu diberi perasa esen vanilla, satu lagi strawberry paste + pewarna pink  dan satu lagi chocolate emulco, kacau rata ketiga-tiga adunan ini
  6. Masukkan dalam loyang yang telah digris berselang seli (tindan tindankan). Buat hingga siap.
  7. Tabur badam cincang dan bakar selama 45-60minit minit hingga masak.

Selamat Mencuba

DSCN9978

Alhamdulillah..4biji kek termasuk kek gula hangus yang tak menjadi tu kakakecik dapat buat pada ari Ahad yang lepas…2 biji kek karamel dan sebiji kek marble neopolitan ini..Sedih jugak tak sempat nak belajar menulis di atas kek..mak dah bising suruh potong nak bagi kawan nya yang datang dari Perak. Rezeki orang Perak la makan kek kakakecik buat…Dik Ilah pun bawak balik ke Perak jugak…untuk kawan2 klinik nya makan..

Monday, October 1, 2012

2 Hari 5 Biji

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

Apa khabar semua..sihat? Alhamdulillah..kakakecik just yang tak berapa nak sihat…tapi masih mampu untuk melakukan kerja seperti biasa..malam tadi agak teruk jugak athma kakakecik..tido sejam pun dah sesak nafas..dah le tido semenjak 2 menjak nie bertentangan dengan dengan sebelum nie…tido songsang mcm tu..kepala di kaki, kaki di kepala…(sendiri2 paham la)..bila teringatkan penukaran url kakakecik nie..kecian jugak kakakecik dekat adik ilah, adik pikah dan kak ja bila dorang nak buka blog kakakecik dah tak boleh..2-2 orang adik kakakecik siap telefon lagi tanya kenapa dah x boleh buka blog cahayanurqasih..adik pikah tanya..kak shida blog ang kena hack ke..sapa la nak hack blog cikai kak nie adik ooooi…Adik-adik, kakak2..kawan2..kakakecik dah tukar url kepada adishshida.blogspot.com sekarang nie…

 

Eh Eh..dah dah bukan nak cerita bab tukar url baru tu…(baru ke..tak la url lama dulu)..nie kakakecik nak cite dengan 2 Hari 5 Biji..selalu nya orang 2 Hari 3 Malam..tak pun 1 Malam 2 Hari…tapi kakakecik punya 2 Hari 5 Biji…apa kebenda nya la kan..Sebenarnya Jumaat dan Sabtu lepas (2 hari la kan) kakakecik buat kek…5 biji..2 biji kek karamel pada hari Jumaat (Mak Ngah tempah 1 biji, 1 biji lagi untuk makan2 di rumah) dan Sabtu nya plak buat 3 biji kek…1 biji kek marble coklat dan 2 biji kek karamel…(kek nie pun buat untuk Kak Ja bawak pegi opis dia untuk makan-makan dan 1 biji kek karamel tu macam biasa la stok di rumah…rezeki sapa2 yang datang bertandang)

kek marble coklat

Kek marble yang sedikit derhaka…kenapa plak p derhaka tu…kakakecik gatai tangan “sagat” coklat masakan dalam adunan…sekali hudung plak jadi nya..huhu..tapi apa pun masih sedap..resepi kek nie korang boleh rujuk resepi ini, hanya korang tukarkan je perasa tu..

 kek karamel

Kek Karamel untuk Kak Ja bawak pergi opis…untuk makan-makan dengan rakan sepejabat setelah 2bulan cuti berpantang…dorang nak kek 2 tingkat..so ini la kek nya..1 tingkat karamel dan 1 tingkat kek berbelang…untuk kek karamel nie kakakecik dah guna resepi lain skit daripada resepi kek karamel sebelum2 nie..adunan kek nya masih sama cuba untuk adunan karamel tu kakakecik dah tambah susu cair dan telur.. x paham ye…okey2 kakakecik kongsi resepinya ye..jangan risau..usah merajuk2…nanti cepat tua..

kk

RESEPI : KEK KARAMEL  VERSI KARAMEL TEBAL

# loyang 8 @ 9 inci

Bahan-bahan dan tekniknya :

GULA HANGUS

  • 2 @ 4 sudu besar gula

**Jadikan gulakan gula hangus.Ratakan pade keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang

BAHAGIAN ATAS( karamel )

  • 1 tin susu cair
  • 70 gm gula castor
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • 3 kuning telur
  • 2 biji telur penuh

** Kacau sebati..kacau dengan perlahan dan ketepikan

LAPISAN KEK (A)

  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula castor
  • 3 kuning telur
  • 135 ml air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak (3-4 sudu)

** Putar telur kuning,air dan minyak dan gula hingga kembang
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit
** Biarkan sebentar

MERINGUE (B)

  • 6 telur putih
  • 70 gm gula castor
  • 1 sudu teh krim tar2

** Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar…pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan..
** Campurkan A dan B..KACAU DENGAN SPATULA..kaedah kaup balik

Cara-cara:

  1. Tapis karamel dalam loyang gula hangus
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan.(kakakecik bahagikan kepada 3 bahagian : 1 – pewarna hijau + pandan paste, 2 – merah + strawberry paste dan 3- serbuk koko dan chocolate paste)
  3. Panaskan oven selame 10 minit .
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gune api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180 darjah

 

- Selamat Mencuba-

 

pssst : Jumaat or Sabtu nie nak try buat kek karamel ikut petua Ita Yuzie…harap2 menjadi

p/s : Alhamdulillah dari buat makan2 nie dapat jugak duit poket bila ada orang tempah..

Tuesday, September 18, 2012

Jom Memasak : Kek Marble Pandan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Terasa puas nya dapat online guna komputer, kakakecik tak puas sangat kalau online guna netbook or laptop…saja kakakecik nie wat teruk boleh..orang lain online guna sematpon rilex je…kejap dorang tarik sana sentuh sini dah dapat apa yang nak..tak perlu klik2 mouse dah..huhu..

 kek pandan 

Okey abaikan sematpon ke, laptop ke apa ke…nie kes gila mengekek mai dah..2 hari berturut2 kot buat kek…lepas nie badan bagai dipam2 la ye..jumaat nya buat kek marble oren..sabtu lepas sempat lagi buat kek marble pandan untuk dijadikan buah tangan untuk adik dan Lydia Miza..nak buat gula hangus dah tak sempat…dalam nak suprise Lydia Miza pun masih ingat tau buah tangan untuk nya..baik tak saya…hehehe..

pandan

Resepi nya sama je dengan kek marble oren tu..malas ye nak klik2 ke entry sana..ye la kakakecik kan baik hati..kongsi jugak la di sini.

Resepi : Kek Marble Pandan

Bahan:

  • 240 gm butter @ marjerin (kali nie guna buttercup)
  • 240 gm gula castor
  • 240 gm tepung gandum (kakakecik guna tepung naik sendiri)
  • 4 biji telur (guna 5 biji telur sebab bukan telur saiz A)
  • baking powder 1 sudu kecil..penuh2 (x perlu letak if guna tepung naik sendiri)
  • susu segar 1/4 cawan (60 ml,60 gm )...(kakakecik guna susu cair je)
  • esen vanilla
  • Pewarna hijau
  • 2 sudu besar pandan paste
Cara membuatnya :
  1. Putar butter ngan gula hingga kembang dan ringan
  2. Masukkan telur satu persatu....kacau skit telur tu.
  3. Masukkan tepung gandum bersama yang telah di ayak berselang seli ngan susu.
  4. Bahagikan kepada adunan kepada 2 bahagian, 1 adunan diletakkan kaler hijau dan ditambah dengan pandan paste dan 1 bahagian lagi just tambah esen vanilla
  5. Sediakan loyang yang telah digris kelilingnya,letak sesenduk kaler hijau..pastu 2 senduk kaler ori..ulang sehingga habis.
  6. Bakar sehingge masak..suhu dan mse bergantung pde oven masing2.

Selamat Mencuba

 

marble pandan

**untuk kek marble pandan nie kakakecik guna loyang 7.5” inci kalau x silap nya…so ketebalan nya biasa2 aje…mak kata x rasa pandan sangat tapi kak ja kata yang kali ni sedap lagi banding oren..mau x sedap yang oren tu guna marjerin je, ini guna buttercup hehehhee

 

pssst : Jucy sila ambik resepi dan cuba buat..ampa kan nak kek warna warni..kami tau kek marble pandan nie mesti ampa suka jugak