Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, November 1, 2012

Jom Memasak : Biskut Suji Kristal

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari..

 

Orang lain waktu macam nie update pasal menu2 masakan untuk makan tenghari..tapi kakakecik nak update/kongsi salah satu biskut yang kakakecik buat untuk hari raya korban minggu lepas…BISKUT SUJI KRISTAL…ada jugak yang panggil biskut nie biskut suji brunei dan biskut bebola kristal

 

Ini adalah pertama kali kakakecik buat biskut bebola kristal…menyahut cabaran anak buah si Athirah bila mana raya puasa aritu dia tanya..”Ateh, tak reti ke buat biskut warna warni macam kat umah Tok Ngah tu..kami suka”…sori la T-ah ateh tak reti buat…tp dalam hati nie nak tau camne buat..so tanya la Mak Ngah dan Mak Teh…resepi dan macam mana terbentuk nya 3 color warna warni tu…Mak Ngah guna adunan yang ada letak badam dan Mak Teh pulak just letak tepung, gula dan minyak sapi yang telah digantikan dengan butter…Semua nya di hujung jari..kakakecik pun mencari la resepi2 yang dikongsi di internet..dapat 2 resepi..1 resepi yang menggunakan badam dan 1 resepi yang tak menggunakan badam..untuk raya haji aritu kakakecik buat resepi yang menggunakan badam….

bebola kristal

Jom kita semak resepi yang kakakecik ambil dari blog kak Ummi dan Kak Azlita Masam Manis

BISKUT SUJI CRYSTAL
By: Kak Wan
Sumber: Kak Azlita Masam Maniskak Ummi


Bahan A - Diayak bersama

  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan B
  • 125 gm gula icing
  • 1/8 sudu teh garam
  • 100 gm badam kisar - di pangang
  • 1/2 sudu teh perisa vanilla
  • 200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
  • pewarna hijau, pink, dan kuning
Cara Membuat:-
  1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
  2. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
  3. Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
  4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
  5. Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.

Kalau kakakecik baca kat petua/cara kak Azlita buat, dia bulatkan setiap doh tu 3 gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli. Susun doh ke dalam dulang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit. Biarkan sejuk setelah masak. Kemudian salutkan dgn gula caster. Tetapi kakakecik buat cara mcm nie…tak menjadi..leper biskut tu…dah macam ragi bentuk dan saiz nya…Memandangkan kakakecik buat tak menjadi molek bulat nya…so, kakakecik buat cara Mak Teh…bentuk bulat, gaul gula castor dan masukkan dalam cup baru bakar…

 

bk2

Dan ini la hasil nya..dapat la 1 tupperware aiskrim wall’s…mak kata sedap..kakakecik merasa skit je..sebab kakakecik tak boleh nak terima bau minyak sapi….

bk3 

 

pssst: malam sebelum tu kakakecik terlampau derhaka..setengah adunan masuk tong sampah..hahaha

2 comments:

kiera'sakura said... [Reply]

Oo ada baking soda pasal tue dia naik membulat. hihihihi.. kira tak bpe suka mkan biskut nie huuu

Sari Yusa Ibrahim said... [Reply]

kalau mak kakakecik kata sedap makanya sedap, rugi tukang buat makan sikit jer, hehe