Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, November 28, 2012

“Jalang-jalang” Negeri Penyu Bertelur

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 

Fuuuuuh, baru ada kesempatan kakakecik nak update blog ni…5 hari bercuti ‘jalang'-jalang’ Negeri Penyu Bertelur…semalam dah start keja..tapi line plak tak okey sampai ke tengahari tadi…so jangan bosan jangan klik [x] plak ye..sebab mungkin banyak cerita dan gambar yang kakakecik akan share dengan korang…yang pasti nya tak de sekeping pun muka kakakecik sendiri hahaha…macam tu pun boleh…kalau ada nanti korang plak rasa jemu kan…

 

Khamis..hampir 10 jam perjalanan kami dari kedah ke terengganu..rujuk je entry nie..x mau la cerita lagi..hahaha..riso akan mabuk lagi bila cerita…

 

Jumaat : selepas subuh semua penghuni kat umah kak Mena di larang tido sebab pukul 9 pagi akan bergerak ke kuala terengganu..untuk walimah di batu rakit…sepanjang perjalanan ke sana memang kakakecik menikmati keindahan alam di negeri terengganu..dan mengenalpasti landmark supaya kalau lepas nie nak ke sana mudah..hehe….pukul 10.30pagi kami sampai di homestay..tak ingat plak nama homestay tu…almaklum la tak stay kat stu kan..yang kakakecik ingat jalan ke homestay tu depan MRSM..Pukul 11.15pagi macam tu kami bergerak ke umah pengantin lelaki, time nie kakakecik dan sebahagian family kak ipar dah pelik…kenapa pengantin lelaki tak datang jemput….hahhaa…myb style sana mcm tu kot…time kami sampai umah pengantin lelaki…tak de sapa pun…kami je rombongan pengantin perempuan yang mula2 datang..Menurut Johan, pengantin lelaki…memang dorang wat mcm nie…tak nak nanti rombongan pengantin perempuan berasak2 dengan tetamu…bagus jugak kan mcm tu….tapi kakakecik plak tak dapat nak makan sangat sebab masih awal..makan skit je nasi kenduri nya..huhu…

amalina johanPasangan Pengantin Cikgu..Amalina dan Johan..semoga kekal bahagia selalu..

Selepas selesai semua…kami balik semula ke homestay..sementara yang lelaki pergi solat jumaat…yang perempuan….dapat la berehat..ada yang sembang..ada yang tido..agak2 kakakecik buat yang mana 1…tido or sembang…hehe…

Pukul 3 petang..dah kena checkout…so family kak ipar plan nak ke taman tamadun islam (TTI), kami tak masuk pun ke TTI…sebab tak larat nak jalan..lagipun mahal jugak la tiket nak masuk nya..last2 dorang decide nak naik TTI Cruise…boat tu penuh dengan rombongan kami je la…20 orang jugak…best jugak keliling Sg Terengganu selama lebih kurang 45 minit nie..macam2 cerita dan info yang kami semua dapat…terutama tentang Pulau Hajjah Siah, di mana dgr ceritanya hanya keluarganya saja dok kat pulau tu…besar jugak pulau tu…dan dikhabarkan sebahagian nya akan dijual..nilai juta ringgit la..sepanjang 45 minit menyusuri Sungai Terengganu dengan TTI Cruise kita boleh tengok kampung nelayan, tempat orang buat kapal..kaya Datuk K tu kan…resort yang cantik (Ri-Yaz Heritage, Marina Resosrt Spa..bilik nya 1 malam pun cecah ribuan ringgit)

Jom kita layan gambar-gambar yang mana sempat kakakecik ambil sepanjang menyusuri Sg Terengganu

P1030296

TTI dan Masjid Kristal shoot dari tengah Sg Terengganu

monscup

 monsun cupMonsup Cup yang akan berlangsung pada 3 –8 Disember di Pulau Duyong ..kami bertuah kerana berpeluang melihat mereka berlatih…

 DSCN0023 Ini bukan ICT terengganu…ni kawasan uptown…bila malam kawasan nie bercahaya macam kat I-City Shah Alam…

 

msjd 

DSCN0027

Masjid Kristal…di mana terletak nya kristal tu…di keempat empat tiang penjuru yang paling tinggi tu…di bahagian bawah bulan sabit tue..yang bentuk macam bawang…kat situ la yang ada kristal nya…di Masjid Kristal tidak boleh menjalankan solat jumaat..hanya boleh solat 5 waktu sahaja…ye la dah tak de penduduk kan di pulau nie.

t-ah

Kakakecik sangat jeles dengan T-ah sebab dia ada gambar ini…uwaaaa…

Balik semula ke Ajil..bermalam di umah Kak Mena dan Abang Fendi…(kakakecik ingatkan dorang nak la pegi ICT Terengganu.huhuhu)

 

Sabtu : Selepas breakfast nasi dagang (kakakecik tak makan pun nasi dagang..makan nasi goreng je), check in kat Permai Inn Hotel, Kuala Terengganu..pukul 3 petang..pergi cari makanan kat Medan Selera Batu Buruk…makanan nya boleh la…biasa2 aje..huhu.. selepas perut dah kenyang…terus ke Pasar Payang..walau pun dah tau masa hanya tinggal 1 jam lebih je untuk shopping di situ..kakakecik beli baju kelawar je…budak-budak tak ikut pegi shopping..depa pakat berendam kat hotel…

DSCN0040

Malam nya…selepas isyak kami ke Water Front..menikmati dinner tepi laut…ber’western’…memandangkan kami ramai dalam 30 orang jugak la…5 MPV…kena la cari gerai yang bersesuaian..so kebanyakan family kak niroh pilih duduk kat gerai ujung sekali…sebab tak de orang kat stu…kakakecik plak pergi ke gerai ujung juga,sebab kedai tu ramai orang..mesti sedap…yang kami tak sangka tu…kejap je dah sampai order kami…yang depa reramai di gerai ujung sana…hampir sejam lebih menunggu makanan dorang…konon dok situ dapat cepat la…huhu..

 DSCN0046

Chicken Chop yang kakakecik makan…sedap la jugak..ayam dan kentang tu je la kakakecik makan..yang lain Angah la tolong habiskan…untuk 1 hari 1 malam Sabtu kami di Kuala Terengganu tu RM 600 jugak la habis untuk makan sahaja…

DSCN0047

Sementara tunggu group yang makanan sampai lambat tu..Afiq n Solihin nak pergi jejalan tepi laut..kata nya nak tengok orang memancing…tapi budak 2 orang nie jenis mulut tak reti dok diam,dok sembang je.tanya itu ini..si Ateh dah bagitau jangan bising..diam nanti ikan x makan umpan…tak heran la…sembang mcm tu jugak la…mesti tensen je adik2 yang memancing tu..sori la ye dik..budak 2 orang nie memang x boleh jumpa…ada je nak sembang…mau-mau Afiq tu pencinta haiwan…

 

Dah kenyang makan…kami ke kawasan lampu-lampu yang macam kat I-city Shah Alam tu..tapi ini di tepi laut…eh laut plak..Sungai Terengganu…kawasan nie tak berapa nak jaga sangat…tak bersih sangat bagi kakakecik…huhu..

DSCN0053

 

Ahad : Check-out dan pegi Pasar Payang lagi..shopping kerepok kering dan tudung..terus ke losong untuk beli keropok lekor cicah cili (KLCC)…malam nya ada BBQ di umah Kak Mena..kakakecik tolong je mana patut..potong2 sayur untuk wat tomyam..sekali kak niroh suruh kakakecik buat air asam tomato..alamak…tak biasa plak buat untuk orang lain selain family nie…riso jugak la..nanti pedas..dikatakan anak dara garang plak..memang pedas pun..jenuh la tambah itu ini..bagi sesedap rasa..alhamdulillah..habis pun air asam tu..syukur…

 

Isnin : Kami bergerak balik dari Ajil pukul 11 pagi..singgah lunch dan solat di Medan Selera Keropok Lekor Losong Setiu…

DSCN0057

Alhamdulillah pukul 8.15malam sampai umah…setelah berhenti dekat 10 kali untuk ke tandas..abang din kata..berhenti p tandas saja tambah tolak p dah dekat 2 jam..hahaha..sabar je la..nak wat cmne kan…

 

 

p/s : TERIMA KASIH KEPADA KAK MENA DAN ABG FANDI..PENAJA PENGINAPAN DAN MAKAN DI AJIL..TERIMA KASIH KEPADA ABG DIN DAN KAK NIROH YANG BAWAK ADIK SORANG NIE JEJALAN TERENGGANU

pssst : terkilan jugak sebab ada benda yang dihajati tak kesampaian perolehi di sana..sabar wahai hati..

17 comments:

Z@i Z@mR33 said... [Reply]

kami x penah smpai ganu...wuuuuuuuuuu :(

Iffah Afeefah said... [Reply]

hee ape y dihajat tu akak oiii

CikSpek said... [Reply]

waterfront sgt. kt mna lokasinya tu?

Pakcu Sofi said... [Reply]

best no p terengganu

kiera'sakura said... [Reply]

wahhh blh la nt nk pi ganu naik cruise tue hihih

yg tak kesampaian tue mesti ada sbb npe Allah halang ;) sabar bebanyak ye kak jgn pk bukan2

Citarasa Rinduan said... [Reply]

subhanallah..

sgt best terengganu!!
last ayu pi tahun 2007


shida..
tamo tkilan2. nanti malam kluar air liur. eikkkk

Areef Ibn Naim said... [Reply]

salam,

mesti pengalaman yg menarik kan...

sy suka gambar masjid kristal yg kena cahaya matahari tu... nice!

Chik Att said... [Reply]

CA pun ada di sana time tu. Duduk kat batu rakit gak...

Areef Ibn Naim said... [Reply]

salam. jom join contest di blog sy. tQ in advance :)

http://ibnunaeem.blogspot.com/2012/11/jom-join-contest-fotografi-ceriakan.html

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Z@i Z@mR33 nanti p la...tp tu la berjam jugak la nak sampai sana...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Iffah Afeefah hajat nak makan ikan celup tepung, satar dan jumpa orang sana hehee

aDisH.sHidA said... [Reply]

@CikSpek kat dataran shah bandar kot tepi laut belakang hotel seri malaysia

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Pakcu Sofi best la jugak jejalan negeri orang..dah lebih 4tahun xp

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kiera'sakura p la honeymoon kat sana..hehee...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Citarasa Rinduan shida pun dah lama xp terengganu....

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Areef Ibn Naim pengalaman menarik naik TTI Cruise menikmati keindahan alam sg terengganu..thanks...shda pun suka..byk keping sebenrnya shda snap...hehhe...guna kmra murah je..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Chik Att tu la tengok entry CA...shda bermalam kat ajil..sebahagian je stay kat batu rakit tu