Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apam beras, apam beras..ada guna beras ke…tak de la guna beras sebiji sebiji yang keras tu..tapi ia guna nasi sejuk..nasi kan dari beras…Eh, tapi ada jugak nama beras yang digunakan dalam apam nie..tepung beras..hahaha…Kakakecik, erm kalau ada apam xpe dah..boleh je makan..mak mertua lalu pun x nampak..nak nampak camne kan mak mertua pun xde lagi..hehehe..
Sebelum nie pun kakakecik ada buat apam beras nie..kalau tak silap sebulan yang lepas..kejap kejap nak g tengok kat blog..bila kakakecik buat…tunggu kejap ye..Ha, betul pun 18 haribulan 3 aritu kakakecik buat..memang la kalau korang tengok post APAM NASI/APAM BERAS tu tarikh publish entry tu 19March2013..kakakecik buat malam tu la..hehe..Selepas buat kali pertama tu..kakakecik de lagi buat..tapi dia tak pecah..so bagi kakakecik bila apam tak pecah tak merekah tanda nya apam tu tak menjadi..memang tak puas hati la…tapi orang lain makan okey je..sebenarnya kalau nak bagi apam tu di atas nya merekah dan nampak sexy begitu kena kukus api yang kuat…ooo paham dah..
Jadi, petang semalam…lepas balik keja…terus la adun apam nie…sebab nak kena perap 3 jam..start perap pukul 7, pukul 10 dah kena kukus la kan..sekali kakakecik dok ralit buat kerja…sedar-sedar dah pukul 11.15…demn…..terlebih perap la plak…tapi orang kata apam yang perap lama lagi okey kan..ada yang perap semalaman..harap menjadi la..dengan harapan dapat la ayah sarapan apam nie dan hulur ke Ngah Nah..balas bekas pinggan nya yang da lama dok ada di rumah..selalu dok wat makanan lain ada letak susu..Ngah Nah tak makan susu..harap apam nie je la…
Resepinya..okey ulang tayang semula resepi yang sebulan lalu…tahu mesti korang malas nak klik ke entry sebelum nie kan..
Resepi : APAM BERAS
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 cawan nasi sejuk
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 1/4 cawan air
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 camca teh instant yeast (mauripan)
- Pewarna makanan pilihan anda
- Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata
- Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
- Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata .
- Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
- Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut
Opsss..memandangkan kakakecik ada buat sambal bilis untuk makan dengan nasi lemak..so, kakakecik mengetest la makan apam nie dengan sambal bilis..Ya Allah sedap nya..nikmat tak terhingga…tak sedar 3 biji dah kakakecik makan..1st time kot kakakecik makan dengan sambal bilis..selalu dok makan dengan nyoq je..Ok lepas nie boleh la ajar depa depa di rumah tu makan apam dengan sambal bilis..tak perlu la nak terkejan kejan kukur nyoq kan…