Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, March 19, 2013

Jom Memasak : Apam Nasi / Apam Beras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
apam beras3
Fenomena Apam Beras telah berlaku rasa nya. Minggu lepas PCM Adnan Ibrahim buat apam beras aka apam nasi dan 2-3 hari sahabat kakakecik Lydia Miza pun ada buat apam nasi nie.. Rentetan resepi apam beras daripada Kak Yatie Sinar Kehidupan. Kakakecik sememangnya penggemar kuih muih tradisional..dan semestinya apam menjadi salah satu kuih yang kakakecik suka. 

Resepi apam beras nie kakakecik ambik kat Tiffin Biru entry Apam Beras malam buat Ayam Penyet tu..tapi malam tadi baru mengapam, pukul 11 baru mengukus...3 jam menunggu adunan diperap tu macam nak tertido je...Ini la pertama kali nak buat apam nie..harap2 menjadi la…tapi apam kakakecik jadi apam mekar…hehehe..Eh, memang kakakecik suka apam yang merekah pun…

 
apam beras2
Resepi : APAM BERAS
BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh instant yeast (mauripan)
  • Pewarna makanan pilihan anda
  • Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata
CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
  2. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata .
  3. Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
  4. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut
apam beras
Sedap apam nie..tak rugi pun kalau buat…dapat jugak mak ayah sarapan pagi tadi dengan apam beras nie..kakakecik sendiri pun buat bekal untuk makan di petang hari.



9 comments:

Rozuan Ismail said... [Reply]

sedapnya..rajin akak masak ye

diana said... [Reply]

akak pun suka apam beras..gebu je..

Yan Ty said... [Reply]

Adeh , terjah BW je pun dah buat Ty lapar , rajin la sis ni.

kiera'sakura said... [Reply]

teringin nak buat apam jadi mekar cam gitu. cm mana leh jadi gitu kak?

Mrs. Abi said... [Reply]

serik dh makan....bby kembung, kita plak bengkak susu sbb bby tak mo nyusu

Annacix's Dirty Dummy said... [Reply]

Knp ana buat tak meletup mcm tu yea, , apa lg yg perlu d tambah?

Annacix's Dirty Dummy said... [Reply]

Kenapa ana buat tak meletup mcm tu ea?? Peliknya.. Apa lg yg nk d tambah

Dalila yusof said... [Reply]

Mekarnya apam dia..

Umie said... [Reply]

Nampak menarik dan gebu ja. Boleh la guna resepi ni untuk juadah berbuka nanti hihihi... tq kakakecik.