Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, April 25, 2013

Jom Memasak : Apam Beras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Apam beras, apam beras..ada guna beras ke…tak de la guna beras sebiji sebiji yang keras tu..tapi ia guna nasi sejuk..nasi kan dari beras…Eh, tapi ada jugak nama beras yang digunakan dalam apam nie..tepung beras..hahaha…Kakakecik, erm kalau ada apam xpe dah..boleh je makan..mak mertua lalu pun x nampak..nak nampak camne kan mak mertua pun xde lagi..hehehe..

 

Sebelum nie pun kakakecik ada buat apam beras nie..kalau tak silap sebulan yang lepas..kejap kejap nak g tengok kat blog..bila kakakecik buat…tunggu kejap ye..Ha, betul pun 18 haribulan 3 aritu kakakecik buat..memang la kalau korang tengok post APAM NASI/APAM BERAS tu tarikh publish entry tu 19March2013..kakakecik buat malam tu la..hehe..Selepas buat kali pertama tu..kakakecik de lagi buat..tapi dia tak pecah..so bagi kakakecik bila apam tak pecah tak merekah tanda nya apam tu tak menjadi..memang tak puas hati la…tapi orang lain makan okey je..sebenarnya kalau nak bagi apam tu di atas nya merekah dan nampak sexy begitu kena kukus api yang kuat…ooo paham dah..

 

Jadi, petang semalam…lepas balik keja…terus la adun apam nie…sebab nak kena perap 3 jam..start perap pukul 7, pukul 10 dah kena kukus la kan..sekali kakakecik dok ralit buat kerja…sedar-sedar dah pukul 11.15…demn…..terlebih perap la plak…tapi orang kata apam yang perap lama lagi okey kan..ada yang perap semalaman..harap menjadi la..dengan harapan dapat la ayah sarapan apam nie dan hulur ke Ngah Nah..balas bekas pinggan nya yang da lama dok ada di rumah..selalu dok wat makanan lain ada letak susu..Ngah Nah tak makan susu..harap apam nie je la…

 DSCN3779

Resepinya..okey ulang tayang semula resepi yang sebulan lalu…tahu mesti korang malas nak klik ke entry sebelum nie kan..

Resepi : APAM BERAS
BAHAN-BAHANNYA :

  • 1 cawan nasi sejuk
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh instant yeast (mauripan)
  • Pewarna makanan pilihan anda
  • Kelapa parut putih + secubit garam = gaul rata
CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata hingga rata dan licin. Perap 3 jam.
  2. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam, letak pewarna makanan pilihan anda dan kacau rata .
  3. Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
  4. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning'). Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut

DSCN3781 

Opsss..memandangkan kakakecik ada buat sambal bilis untuk makan dengan nasi lemak..so, kakakecik mengetest la makan apam nie dengan sambal bilis..Ya Allah sedap nya..nikmat tak terhingga…tak sedar 3 biji dah kakakecik makan..1st time kot kakakecik makan dengan sambal bilis..selalu dok makan dengan nyoq je..Ok lepas nie boleh la ajar depa depa di rumah tu makan apam dengan sambal bilis..tak perlu la nak terkejan kejan kukur nyoq kan…

L.O.V.E

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

L.O.V.E..bunyi ye apa…LOVE…ye pandai pun…maksud nya sendiri mau tau la ye…hehehe..ops, ini bukan bermakna kakakecik tengah angau..Eh, tapi kakakecik dah jatuh cinta..memang rasa menyesal kalau lepaskan nya..Dah dekat seminggu dok pendam hati nie..dok peram je..

 

Hehehe..ye, kalau sebelum nie kakakecik de jugak jumpa nya tapi nak miliki rasa tak mampu dan tak layak..Tapi itu la bila ke Perlis..jumpa nya lagi di tempat lain…Arrrggggh terus rasa nak miliki..apa lagi terus sambar la…bukan sambar tangan nya..sambar loyang je pun..hahaha…kan dah terkena..nak sangat ye tau kakakecik dok tangkap cintun dengan sapa…kan dah kantoi…

DSCN3750 

Minggu lepas kan kakakecik dua hari berada di Perlis, petang Rabu ada pergi kedai Bakery YonHin kekonon nak p beli barang2 buat pizza je..dah alang-alang masuk kedai bakery tak sah la kalau tak jenguk bahagian loyang…sekali terpandang loyang LOVE ni…harga pun okey tak mahal sangat berbanding di Alor Setar..

DSCN3752

Loyang nie saiz 9” RM 14.50, kalau yang saiz 10” RM15.00..ikutkan kakakecik nak ambik yang 10” tapi risau nanti tak muat oven…lagi kes naya…tapi kan bila kakakecik bayar..cashier tu tag harga nya RM13.50, kakakecik mulut jenis “capoi” skit dengan terkejut nya terus kata aik..RM13.50 ke, sambil tengok harga di loyang…nasib baik cina tu x dengar..kalau tak rugi RM1.00 hahaha….Eh, tapi mungkin jugak dia ada wat diskaun kan..hehehe…Rasa macam nak g shopping lagi la barang lain di YonHin nie..sebab barang-barang dia ada yang murah tau macam pemotong pizza tu…dah nak beli tapi pikir dua tiga kali…bukan selalu guna…tapi hati nie dah dok tak senang..dok nampak je roda pemotong pizza tu…Sabtu nie nak “kecek” mak lah beli roda pemotong tu..hehehe..

 

pssst : tak sabar rasa nya nak rasmikan loyang LOVE nie…

Wednesday, April 24, 2013

Ailurophobia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tengah-tengah santai sambil buat kerja sempat la jenguk kejap ke laman mukabuku..tertarik dengan apa yang dikongsi oleh Boboi Khairul Azri dari  Layar Minda mengenai AILUROPHOBIA.

 

Apa benda lak lak tu…phobia phobia tu mesti berkaitan fobia kan..tapi fobia apa…huhuhu..sebenarnya Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.

fobia kucing

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.


Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.Aneh bukan?

 

Huhu…sejibik kena batang hidung…memang betul pun..macam kakakecik nie takut dengan kucing…dan kucing akan datang je kat kakakecik…ada jugak terpikir kan hal begini..sebab takut tu kucing nak sangat datang…kakakecik dulu boleh je pegang main-main dengan kucing nie..tapi ada kes satu hari tu kakakecik nak ambik kucing yang dihulur oleh kawan kakakecik, sekali kucing tu melompat..terkejut la..start dari tu kakakecik jadi takut dengan kucing.. Dan 15 tahun lepas ada la kes memalu kan kakakecik, time raya pegi la beraya umah sedara jauh jugak la…pegi pun atas urusan hal keluarga tatau umah dorang ada kucing..tengah sedap borak sambil makan kuih raya sekali kucing datang terjah bergesel kat kaki..apa lagi kakakecik dengan selamba spontan nya akat kedua-dua kaki naik atas kerusi…sambil menjerit..uwaaaaaa..malu kot…riuh kat umah orang…Eh, bukan je kucing kakakecik takut dan geli dengan apa jua benda berbulu kakakecik geli…teddy bear ke bantal or karpet berbulu tu kakakecik geli…sanggup tak pijak di atas karpet berbulu tu…kalau teddy bear or bantal bagi la kakakecik lempar je..hahahaa…

 

Dan baru-baru nie, ada la 3 ekor anak kucing yang baru lahir kat kedai sebelah menyebelah nie…elok kakakecik kuar dari kereta laju je 3 ekor anak kucing nie datang ke pintu kedai time kita nak buka kunci…adooooi kakakecik apa lagi tak bergerak ke pintu la..masuk balik dalam kereta..tunggu kucing tu patah balik..baru cepat2 kakakecik buka kunci pintu kedai.hahahha..punya la penakut..dengan anak kucing je pun…uwaaaa..tak kira la anak kucing ke apa..kalau dah takut tu tak leh wat pe dah….bukan tak de perasaan keinginan nak cuba untuk membelai kucing tapi memang tak boleh…jeles jugak tengok orang lain boleh je main cium-cium peluk kucing…macam Sunah, Shada dan Ady

 

Kalau nak tau, kakakecik pernah terkurung kucing…dan terpaksa cuci hasil pelaburan kucing di depan dan dalam kedai…terpaksa lepaskan anak kucing yang comel dan sedih, susah hati bila ia kembali

 

pssst : rasa nya kami 1 family penakut dengan kucing hehe..lepas nie kalau jumpa kucing kena cool..jangan dok wat takut nanti lagi dia suka mai gesel n sondol

5 Mei 2013 : Cuti Umum Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Untuk makluman kepada semua pengundi yang berkerja di Negeri Kedah, jangan risau jangan gusar…korang boleh menjalankan kewajipan anda sebagai seorang rakyat untuk pergi buang undi di tempat yang ditetapkan kerana pada hari tersebut KEDAH CUTI..MB Kedah dah umum pun hari mengundi 5 Mei tu adalah cuti umum bagi negeri Kedah

 

Petikan daripada UTUSAN ONLINE

ALOR SETAR 24 April - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan hari mengundi pada 5 Mei ini adalah cuti umum bagi negeri ini.

Azizan ketika ditemui di pejabatnya berkata, ia bagi memudahkan para pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Ahad yang merupakan hari bekerja di Kedah. - UTUSAN ONLINE

 

Harap pihak universiti jugak akan bagi cuti sebelum dan selepas hari mengundi kepada student dia macam UiTM start cuti pelepasan dari 4-7 Mei dan UM 6 Mei tu cuti..UKM bagaimana…cepat la umum mysister ada di sana…

p/s : terima kasih kepada MB Kedah DS Azizan Abdul Razak kerana memberi cuti umum ini..

psst : kalau 6 Mei sehari selepas tu cuti pun best jugak kan…hehe.masing2 penat berpilihanraya

Ikan Terubuk Masin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Mungkin orang Sarawak, yang duduk inap di Sarawak dan yang pernah pegi Sarawak mesti pernah je tengok serta makan ikan terubuk masin kan..Situasi nie tidak kepada kakakecik…Ye la kakakecik mana pernah jejak kedua kaki dan jasad ini di Bumi Kenyalang. Apa lagi bila Mak Ngah bagi ikan terubuk masin 2-3 minggu lepas..kakakecik tanya la nak buat camne..stim ke…sepupu bagitau just goreng biasa…(baru teringat waddah ada bagitau hehehe), lepas tu tak belek pun ikan tu..terus masuk kan dalam esbox…

 

So, malam tadi hanya kakakecik dan ayah je ada kat rumah..plan la petang tu nak buat la ikan terubuk tu…kakakecik de tanya Najla cara nak proses penyediaan ikan terubuk masin tu…hehehe…Najla bagitau, kalau ikan tu belum basuh lagi..rendam dulu..Sepatutnya ikan tu sebelum kita masuk kan dalam esbox, harus la dibasuh baru masukkan dalam esbox untuk menghilangkan rasa masin nya. Kes kakakecik nie, tatau la pulak sebab Mak Ngah yang kasi dan dia pun tak pesan apa-apa pun. Kira nya, kakakecik rendam sekejap je la sebab tak nampak ketul2 garam pun di ikan tu…

DSCN3766

Ikan tu Najla kata, ikan tu dipotong kecil dan hanya goreng biasa (jangan plak g letak garam kunyit). Tabur bawang yang digoreng dan cili potong serta jangan lupa perahan limau di atas ikan tu untuk menambah kesedapan nya…Kakakecik bukan jenis makan pedas, so cili yang dipotong tu kakakecik goreng bersama dengan bawang besar…

DSCN3771

Ini la hasil nya….ikan terubuk masin goreng…sedap di makan dengan nasi panas-panas..tapi hati2 ye time nak makan tu..biasa la ikan terubuk kan banyak tulang halus…mau tercekik macam kakakecik jenuh…

 

 

pssst : ini pertama kali makan ikan terubuk masin selalu makan ikan terubuk fresh mak akan belah belakang dan sumbat kelapa..goreng sedap nya..lama tak makan, ayah tak berapa suka kami makan ikan terubuk sebab kes tulang nie la

Tuesday, April 23, 2013

MyDinner

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3777

Setelah lebih dari 24jam kakakecik tak menjamah sebutir nasi so malam nie nak tak nak mau tak mau kena jugak makan nasi…jangan dok jadi pemalas sangat…walau plan awal nak je beli nasi goreng di kedai..Tapi bila hujan turun malas la nak singgah2…lagipun risau terlewat, Hadi plak nak datang ambik kek kat rumah..

 

Petang tadi dok borak2 berbalas komen dengan Najla di FB dari sekeping gambar pinggan mangkuk yang terhidang tanpa makanan..berlarutan ke menu makan malam kakakecik..Sebab kakakecik teringat ada ikan terubuk masin di dalam esbox yang mak ngah bagi 2-3minggu lepas…So, kakakecik tanya la dia camne nak buat dan masak ikan tu…Najla bagitau just goreng biasa je…thanks Najla..

DSCN3770

Bagi melengkapkan menu dinner kakakecik buat gulai aka kari ikan sardin tin dan harus la ada kentang di dalam nya..hehhee…dan tetiba teringat nak makan telur dadar ala-ala telur dadar tak cukup minyak coz teringat zaman studi dulu selalu makan di Cafe FST…

DSCN3776

Ingatkan ayah akan balik dari Perlis awal, boleh la dinner bersama-sama..beria anak dara ayah nie masak tau, nasik masak dapur gas pulak tu sebab rasa rugi masak dalam periuk eletrik, hehee…tapi sampai sekarang ayah tak sampai rumah lagi..mungkin dia singgah kat mana-mana la nie..Makan la kakakecik seorang diri di depan TV tanpa teman. Walaupun menu simple tapi ia menyelerakan…habis makan nasi tu…Alhamdulillah kenyang sengkak perut nie…Tapi yang tak best nya, tekak nie rasa mcm terasa ada tulang yang tercekik..Almaklum la pertama kali makan nasi dengan ikan terubuk masin..huhu..

 

 

psst : terima kasih Nurul Ain, bagi petua baru untuk menghilangkan rasa tercekik tu…minum air dalam senduk..kejap lagi cuba..sekarang tengah khusyuk tengok Masterchef

Bukan Tekak Omputih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Erm..hujan begitu lebat sekali tadi di Pendang..sejuk dan nyaman seketika cuaca petang begini..sampaikan perut kakakecik yang belum di isi nasi pun dok berbunyi..sabar ye wahai perut balik nanti kita masak tapi macam malas je..kita makan nasi goreng di kedai dah la ye..tak nak jadi macam malam tadi..

 

Kekonon nak makan western la sangat kan…dah la tersilap beli bukan spghti…apa nama ntah..bilah nya besar dan pepeh pepeh…ni la akibatnya kalau suka sangat pilih dan pilih…walau awal pegang tu dah betul..tapi gatal lagi tangan nak tukar..selalu jugak jadi macam nie…abaikan kisah tersilap beli pasta tu..Malam tadi, malas nak masak sebab hanya tinggal berdua sahaja dengan ayah je..mak tak ada di rumah, ada di Perlis..lauk masak lemak telur dan ayam bakar yang buat untuk makan tengahari tadi masih ada…bajet nak makan nasi la..tup2 kakakecik terlupa nak tengok nasi yang berbaki dalam periuk elektrik…punya ralit siapkan kek karamel yang ditempah oleh Hadi Saidin…

 

Bila kek dah siap semua..kakakecik layan la #JODOH..tetiba rasa lapo..pegi jengah dapur..tengok periuk dah kosong..ayah dah makan nasi tu…kecian ayah mesti x kenyang makan..sori ye ayah…memandangkan ada pasta dan sos spghti yang kakakecik beli tu…dengan tahap kerajinan yang tak tinggi main campak2 je la…janji ada rasa..

DSCN3757

Dan ini la hasil nya, kakakecik makan tak habis pun..sebab sosej tu tak sedap..ntah jenama apa ntah..bukan ayamas…makan buat alas perut sahaja…tetapi yang memeritkan tu…sebelum nak tido terasa macam ada sesuatu je kat tekak nie…tup tup terasa nak termuntah…hampir 10-15 minit jugak la kat bilik air/tandas sampai meleleh air mata nie dok muntah..nasib baik tido bilik depan yang sekali bilik air..so tak de hal sangat..dah muntah-muntah terus semput…nak tido pun susah…sememangnya tekak nie susah nak menerima sesuatu yang baru terutama makanan pelik-pelik omputih nie walau cheq putih orang nya(jangan pulak ada yang muntah ye bila baca statment kakakecik yang perasan tu) tekak nie lebih selesa dengan masakan kampung…huhu..

 

pssst : keinginan untuk mencuba buat cheese tart makin meninggi walau tak makan cheese tart..hanya makan cheese di dalam pizza sahaja..hehe

Monday, April 22, 2013

Email Yang Tak Dijangka!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hari nie terasa lambat sangat masa berlalu….ada macam boring jugak duduk sorang-sorang nie..tetiba teringat dah lama tak buka email yahoo..password dah hampir terlupa..3-4x masuk kan password yang selalu guna tak jugak betul…Elok kakakecik mintak tolong dengan pakcik Yahoo…teringat mungkin password ini..kakakecik pun mencuba la sekali lagi.. Yes, Alhamdulillah betul pun password tu…

 

Banyak email-email yang tak dibaca..hampir 1 tahun jugak tak buka email yahoo shida_nss tu..so, proses delete email-email yang tak berkenaan dijalankan..mark all je and delete..tapi bila terpandang 1 email nie..terkejut la jugak…tak jangka plak ada email begitu akan ada dalam inbox kakakecik..

 

Haiiip bukan email yang merapu tu ye…jangan kuning sangat otak tu…cuba bersih skit…

email

Sebenarnya ada seorang pengirim email nie mohon resepi kek karamel pelangi…Ya Allah kakakecik tak sangka sama sekali ada orang akan email tanyakan resepi kek karamel pelangi… Kecian plak kakakecik kepada Nurul Cahayaku ini sebab email nya bertarikh 7 April 2013, tetapi baru hari nie kakakecik baru baca dan balas email nya. Harap Nurul Cahayaku dapat resepi kek karamel yang kakakecik kongsi di blog ini ye..Cari je Label KEK KARAMEL..untuk buatkan pelangi tu Nurul letak 6 warna pelangi, iaitu merah, kuning, oren, hijau, ungu dan biru…kalau nak letak perasa kepada setiap warna tu pun boleh jugak..if tak de perasa..just pewarna dan essen vanilla da memadai..

 

pssst : terasa nak baking je malam nie…nak rasmi acuan loyang baru…choc moist cake pun boleh nie…selain dari baking caramel cake yang Hadi tempah

TUKAR..Oh Tidak!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Bila kakakecik melawat ke blog Sunah Sakura, Kiera Sakura dan Awin, kakakecik akan tengok2 la bloglist kat blog dorang..tetiba kakakecik pelik bila scroll punya scroll kat bloglist tu yang part blog kakakecik dok entry yang BELUM MENJADI sebulan yang lalu,dah lama kot entry tu..dah ada pun entry lain selepas entry tu…pelik jugak..kakakecik tak de plak tukar url baru ke apa..memang sebelum nie guna cahayanurqasih..tapi masa entry belum menjadi tu dah guna url adishshida yang gunapakai sekarang nie..

 

Ini di blog SunahSukaSakuraurl

 

Ini di blog Kiera Sakuracats

 

Dan ini kat blog Hati Terdetik - Awincats7

 

Tapi kat blog Adik Pikah, ok la plak..bloglist tu update je entry-entry baru kakakecik..erm, apa masalah nya ye…pelik jugak nie

cats8

Semalam, Kiera ada komen bagitau yang dia dah remove then add semula url kakakecik dalam bloglist nya, dan baru naik entry2 terbaru kakakecik…

  cat

Kepada blogger lain yang ada letak url kakakecik kat bloglist korang, cuba korang check tengok jadi tak kes macam nie..kalau jadi kes macam nie sila remove and add semula url kakakecik ye….sori tau…Chewah macam la ada ramai sangat yang letak blog kakakecik kat bloglist tu..perasan nya…teruk betul perangai…biaaaaaaaaar aaaarh..bukan selalu pun nak perasan kan…

Sunday, April 21, 2013

Jakel vs Kedai Kain Aneka Ceria

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Semalam sebelum ke Kangar, kakakecik bersama dengan mak dan Dik Ilah singgah ke Tesco Mergong untuk menjengah kain di Nagoya Textile…tapi kain-kain di sana kurang berkenan di hati..warna yang nak pun xde….rugi masa je masuk tesco tu…hehe..

 

So, tadi masa balik dari Kangar, kakakecik mintak izin dengan Dik Ilah untuk ke Jakel..mana tau ada kain yang kami nak color nya…xpun harga murah dari yang di Pendang….masuk sana…alamak….tak de jugak warna dan harga yang di bawah bajet kami…Yang ada warna nak tu xde plak terlebih bajet nya…sekali ganda mahal banding di Pendang..terus mintak undur diri daripada adik yang dok layan tu..sori la ye dik…

 

Ok…kita ambik di Pendang je…Minggu lepas dah tengok color dan harga nya dengan Kak Ja..memang dah berkenan..just tunggu Dik Ilah or Adik Pikah je untuk tengok warna nya untuk membeli…tak sempat dah tunggu Mak Cik untuk beli sama-sama dengan dia..hehehe.. untuk kami berempat…kami ambik 2 tone..yang dah kahwin tone nya gelap skit dan yang bujang tak kahwin soft skit color dia…nie cadangan Kak Ja…kakakecik ikut je…Dik Ilah pun ikut je…

DSCN3745

Done…16 meter..sorang 4 meter..Semeter RM8.80 sahaja..kakakecik mintak kurang dia kata harga dah offer..asal RM10.80…oh ok..kakakecik takde la pujuk lagi sebab banding dengan di Jakel tadi..kain lebih kurang sama je rasa nya harga di Jakel ada yang Rm10.00 semeter dan RM15.00 semeter…huhu…mahal oooo….kalau beli di Jakel dah rugi banyak ooo…mungkin mahal di Jakel sebab nama kedai nya..brand tu yang buatkan harga kain itu mahal…sebagai pembeli kita kena la pandai/bijak belanja kan…hehehe..fikir sebelum membeli..jangan membeli dalam keadaan mendesak…

 

Kain pasang untuk membuat baju dah beli…border lace pun dah pilih just nak confirm je color dan pattern mana yang nak ambik…nak pergi beli kat kedai jual bahan jahit di Tandop macam dah tak mampu lagi nak ke Alor Setar tapi tengok la camne kalau rajin esok lusa pergi Tandop je…naik highway 15minit sampai la..bayar je tol RM2.40 tapi kalau pergi balik dan RM4.80..tup tup harga border lace tu mahal dari yang kakakecik tengok di FB dan yang ada tak berkenan di hati ke..Rugi rugi kan…

 

psssst : harus bijak memilih jangan sampai menyesal nanti

Viva…Viva

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Viva ooo Viva..kenapa la begitu..kakakecik telah dimalukan..dah tu Afiq plak yang menegur nya, Ops buka VIVA macam Sunah kena prank dengan Dr. nya..tapi nie Viva kereta comey tu..Khamis lepas kan kakakecik pergi ambil Afiq, Athirah dan Angah dengan Viva Kak Munirah..sebab senang nak masuk IPG Perlis jumpa Diah…dah ada sticker STAFF IPG Perlis.

 

So, dengan yakin nya kakakecik pun drive la viva manual tu bukan selalu drive kereta manual nie, terhantuk2 jugak la hehe..sekali dah sampai sekolah Athirah dan Afiq…Athirah tegur tu dia berpeluh ateh..pastu katanya pelik kenapa dah pasang aircond nombor dua pun tak sejuk lagi..terus dia pusing ke no.3, tup tup dengan selamba nya Afiq kata ATEH TAK TEKAN A/C…huhuhu patut la tak sejuk…dah 2x kakakecik begini..aritu masa bawak keta dik ilah tak tekan A/C jugak….sabar je la..

 

Bila dah ambik 2 orang tu di SK Sena, kakakecik ambik plak Angah di SMK Syed Hassan..Khamis tu Angah tunggu di luar sekolah…masa kakakecik sampai dia tengah beli jajan di gerai depan sekolah nya…Si Afiq dan Athirah pun nak turun beli jugak..Kakakecik free gear…kaki masih dok tekan “kelas” dah naik lenguh….huhuhu…nak lepas riso enjin mati….last2 tutup enjin semua…mudah cerita..

 

Kebetulan Kak Munirah pesan beli kicap dan Bio-zip, pegi la beli di kedai runcit dekat2 SMK Syed Hassan tu..sekali lagi kakakecik free kan gear..kaki masih jugak dok tekan “kelas” pastu de kata dengan Athirah, erm…kalau ateh lepas kelas nie mati tak enjin..Ateh, try lepas ye slow slow….YEHAAAAAAAAAaa tak mati pun enjin…hek eleeeeeh apa la ateh nie….mana la ateh tau..dah lama tak bawak keta manual…sabar je la.

 

Okey..sekali lagi time nak melintas…kereta dok undur..terpaksa la menggunakan teknik masa belajar memandu dulu…hahaha.dah clear kereta kiri kanan tak ada..cepat2 melintas…terhentak hentak plak….si Afiq dengan selamba nya kata “Ateh nie masak dah pandai, bawak kereta je sedikit tak pandai” Ambooooooi bukan main Afiq nie….Bila ateh dah stabil…dia puji..Fuyoooooooooo laju nya ateh bawak…mak pun tak macam nie..hehehe..baru tau ke Afiq…

 

 

psst : Ini la akibatnya kalau jarang sekali drive keta manual

Bayi Penamaan Calon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3713

Kami sekeluarga sememangnya menantikan saat kelahiran bayi yang kak Munirah kandungkan. Disebabkan kami jangka bayi kembar memandangkan perut kak Munirah sangat besar. Dan semalam, saat Malaysia adakan Penamaan Calon PRU 13..Kak Munirah sudah dimasukkan ubat untuk bersalin dan dibawa ke dewan bersalin, dia dah x mampu menahan lagi untuk membawa dengan masalah air kencing yang sentiasa kotor..…

IMG_20130420

Alhamdulillah, lebih kurang jam 3 petang..kak Munirah melahirkan bayi perempuan yang seberat 3.2kg…seorang sahaja..bukan kembar pun…frust Fitri ingatkan akan dapat adik kembar.. Muka iras abahnya, bentuk muka mcm Fitri, abang long…hidung macam Afiq dan bibir/mulut sekali tengok macam Angah 2kali tengok macam Abang Long…Jantina sahaja sama macam ummi dan Kak Tirah…hehehe..

DSCN3715

DSCN3716

Ini adalah anak saudara/cucu ke 13 untuk kami sekeluarga…zuriat kelima untuk Kak Munirah dan Abang Din..elok sangat la kan..Semalam 20 April 2013 adalah hari penamaan calon PRU13..mudah la kami ingat dan akan mengusik nya nanti BAYI PENAMAAN CALON #PRU13..hehehe..

DSCN3706

Walaupun ini adalah penyambung zuriat yang ke13 dalam family kami, tetapi kami sangat teruja menantikan saat ia dilahirkan ke dunia ini. Al maklum la jarak antara abangnya adalah 7 tahun…macam Dik Ilah dan Adi Pikah la…7 tahun jugak…si Afiq tu kami panggil Baby Tua la dulu…manja. Tapi sekarang dia dah pandai berdikari bila ummi nya mengandung…

DSCN3724

Semoga baby Irdina akan menjadi anak yang berguna, solehah dan berakhlak mulia.. terima kasih kepada semua yang mendoakan kakak ipar kakakecik. Tahniah kepada Abang Din dan Kak Munirah.

 

p/s belum lagi ada nama penuh….tengah mencari nama yang sesuai dan bermakna untuk digabungkan dengan Irdina..Irdina Zahra okey tak?

Saturday, April 20, 2013

Jom Memasak : Pizza Udang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3680

Kakakecik ingin kongsi resepi pizza udang yang kakakecik buat petang semalam untuk makan dengan family di rumah. Alhamdulillah walaupun guna tepung gandum tapi doh yang amat kakakecik berpuas hati…

 

Adunan doh kakakecik oleh daripada resepi pizza sebelum nie…Nasib baik menjadi kalau tak, dop tahu jugak la…dah la guna cheese yang expired tarikh nya…tapi masih lagi bertali bila ditarik…hehehe.. Memandangkan stok udang segar ada di dlm esbox…so kakakecik toppingkan pizza nie dengan udang dan sosej.

 

DSCN3673

BAHAN DOH :

  • 500 gm tepung gandum
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh shortening
  • 1 camca oregano

BAHAN ISIAN :

  • 1 1/2 cawan sos tomato
  • 6 batang sosej ayamas, hiris bulat
  • Keju Mozarella secukupnya
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • sos cili
  • hirisan bawang besar
  • udang segar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, shortening dengan tepung hingga rata, dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.

2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam serta sos cili. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

 

DSCN3676

Selamat mencuba

Friday, April 19, 2013

Bagaikan Anak Setahun Seorang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Erm..petang tadi kakakecik dan dik ilah kena jaga Ainur Sorfina dan Auni Myrza..Ainur Sorfina anak dik ilah…yang baru 1 tahun 3 bulan dan Auni Myrza pulak anak kak ja dan abang mie yang baru nak masuk 7 bulan….

DSCN3635

Kesabaran agak tergugat menjaga dua-dua orang nie…Ainur Sorfina suka mengusik kasar Kakak Auni nya..kakak Auni plak nampak je Ainur Sorfina dan dan nangis….huhu…Begini gamak nya bila pasangan suami isteri yang dapat anak setiap tahun…tak pun yang kembar tahun…hehhe..

 

 

#bagaimana agaknya bila dah ada anak sendiri…sekarang hanya ada pengalaman bersama anak2 buah yang bakal masuk 13 orang dalam masa terdekat nie…

Uli Uli Uli

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kakakecik masih lagi kekalkan jawatan menguli…3 hari berturut-turut menguli je setengah kilo tepung..petang nie duduk di rumah dengan adik ilah dan aiman sambil layan karenah ainur sorfina yang mengusik auni myrza…kakakecik tunjuk la pizza yang kakakecik buat kat afiq sepanjang berada di Perlis..

 

Achik (dik ilah) mintak buatkan untuk dorang plak…erm…tepung roti rasa nya tak de…bahan-bahan lain seperti sosej dan cheese mozarella ada…so, untuk petang nie kakakecik try wat doh pizza dengan tepung gandum sahaja…tanpa bread softerner  dan bread improver..tapi kakakecik ada letak shortening , main hentam je…harap menjadi..

 

Memang 3 hari uli uli uli je la kerja nya…

 

pssst : akan ke perlis lagi malam nie or esok pagi..kak niroh dah kena tahan ward

Thursday, April 18, 2013

Jom Memasak : Pizza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3631

Dua hari kakakecik berada di Kangar, Perlis untuk menguruskan anak-anak buah disebabkan ummi mereka sarat mengandung menunggu hari untuk melahirkan anak yang kelima..abang pulak ada audit di syarikat nya…so, kakakecik sebagai mak saudara yang belum berkahwin dan belum mempunyai komitmen dipertanggungjawab kan untuk urusan ini.

 

Dua hari di sini 2 kali jugak kakakecik menguli tepung untuk membuat pizza…sekali adun setengah kilo…seronok tengok anak2 abang makan pizza yang ateh mereka buat..alhamdulillah…walaupun simple takde apa yang special topping nya…yang spesel sebab ateh buat dengan penuh kasih sayang…auuuuuuuw…malam tadi dinner pizza…petang nie minum makan petang dengan pizza plak..

DSCN3627

Resepi kakakecik google petang semalam…terlupa link resepi nya…mohon halal ye tuan punya resepi…

BAHAN DOH :

  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 1 pkt yis segera (11gm)
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver (x letak sebab xde)
  • 1 camca oregano (dalam entry tu dia kata suka bau dia bila di bakar)

CARA MEMBUATNYA :

DSCN3611

1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.

DSCN3614

2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

DSCN3623

Kakakecik just ambil resepi doh sahaja…topping kakakecik just main campak2….letak je apa yang suka…mula2 sapu sos tomato..pastu letak la sosej, daging burger, cheese mozarella, tabur lada hitam..done..

DSCN3626

Afiq…habis 1 keping pizza saiz 6 inci dia makan sebelum ke kelas fardu ain petang tadi..balik kejap lagi mesti dia tanya lagi..dia memang penggemar pizza..balik sekolah tadi pun dah tanya..bila kita tak buat dia kata “ Ateh, kata nak buat pizza” Alamak ateh x ingat afiq ada kelas fardu ain…kelam kabut ateh membuat nya..sempat jugak la dia makan..lewat 15 minit hari nie dia ke kelas..gara2 makan pizza.

 

psst : pcm Adnan Ibrahim pun wat pizza jugak petang nie..tak sabar nak tengok pizza dia…mesti meletop

Akhirnya Kami Berjumpa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kakakecik masih lagi berada di “Paris” tugas hari nie agak padat…2 in 1…bibik dan supir..Tengahari tadi selepas siap masak simple untuk kami anak beranak makan..kakakecik pun siap nak g ambik Afiq dan Athirah yang balik sekolah pukul 1.40 dan elok kuar dari taman kak Niroh kol, bagitau Angah pun dah kuar..so sekali harung la budak 3 orang tu..

 

Plan lepas ambik dorang kat sekolah terus ke IPG Perlis coz nak jumpa sorang adik blogger dari group KBU..tapi bila dapat tau Angah ada training pukul 4 petang..terpaksa tukar plan hantar Angah balik umah dulu..kecian dengan dia tak cukup rehat.. Afiq n Athirah nak ikut jugak ke maktab..

DSCN3609

Akhirnya..dapat jugak kakakecik bertentang mata dan berpelukan kali pertama dengan bakal cikgu ni..walaupun kami dok kawasan sebelah menyebelah je di Kedah..tapi tak pernah kesempatan untuk berjumpa…Kalau nak ikutkan sepatutnya semalam time nak datang Kangar nie kakakecik nak singgah jumpa Rodhiah untuk bagi kek karamel, donut dan karipap..tapi tak de rezeki dia untuk semua tu…Just donut je la kakakecik bagi kat dia… Sori ye Diah…

 

Sejam jugak la kami berborak..kalau ikutkan tak bawak Afiq tu mesti sekarang baru balik rasa nya..Macam-macam di borak nya..Yang lawak Diah teka umur kakakecik.dia ingat tua setahun dua dari dia…Diah ooooi.kak nie tua 11 tahun tau dari kamu..hehehehe…Insya Allah next time kita jumpa lagi..time balik kampung ke..kita pekena nasi ayam di Guar Chempedak…

 

 

pssst : dah lama tak jumpa adik2 blogger nie

Bila Di “Paris”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hek eleh…bila masa pulak ang PARIS nie kakakecik oooi..jangan tatau la nie kakakecik dok ada kat PARIS..siap bermalam lagi kat sini tau..memandangkan malam tadi berada di PARIS…so dinner pun ala-ala omputih la kan…tak main la nak makan nasi tu..hehehe…

DSCN3605
Untuk dinner malam tadi..kami adik beradik anak beranak just makan pizza je….pizza buat sendiri habaq mai..nak letak apa pun ikut suka hati je…dah lama jugak kakakecik tak buat pizza nie…petang semalam masa dok borak-borak dengan kak Niroh anak beranak…tetiba terkeluar topik pizza…apa lagi terus budak-budak tu mintak buatkan pizza. Ateh pun apa lagi google la resepi…dah dapat resepi yang berkenan keluar la beli barang di kedai bahan kek YonHin, depan Aneka Kangar tu…


Resepi nya kakakakecik terlupa la ambik kat blog sapa…sebab copy paste ke word..keluar pegi beli barang tengok2 internet dah off..mintak halal ye tuan punya resepi.Kakakecik just ambik bahan doh sahaja, topping main campak2 je sebab budak2 nie hanya nak sosej. Sebelum hantar Athirah tuisyen pukul 8 malam tu, kakakecik uli la doh dan rehatkan nya…Tapi si Afiq dah lapar sangat…so buat la pizza simple untuk nya..eh Ateh pun lapar jugak la..habis gardenia ada..apa lagi topping la ikut kesukaan masing-masing.

DSCN3595
Satu untuk Ateh, satu untuk Afiq.satu untuk Athirah dan satu lagi untuk Angah..kecian nya Athirah x sempat makan..so 2keping boleh kat Angah..teka mana satu yang Ateh, Afiq, Angah dan Athirah…


Elok dah balik hantar Athirah tuisyen, Ateh pun makan la mini piza simple tu…time tu Kak Niroh ada bagitau Angah kata, ateh tu pandai je buat itu ini,mereka…Kak Niroh jawab : Ateh….kalau dia dok sini kita pakat pakat gemuk la…dah ateh buat macam-macam..Ateh hanya mampu senyum.

DSCN3599
Sejam menunggu dengan penuh ketidaksabaran nya terutama si Afiq.asyik tanya..Ateh tak siap lagi ke..Afiq lapaq nie…sabar ye Afiq….untuk Afiq ada bahagian dia sendiri sebab dia hanya nak sosej sahaja..tak mau cheese dan daging burger…bila kita letak merajuk..sabo je la. Tapi bila kepingan kedua…dia dah nak letak cheese kata nya sedap…hehehe..Bila kita perli dia…dia jawab.AFiq kan dah lama x makan pizza tu afiq tak ingat sedap ke tak..tapi piza ateh buat nie sedap la….Pandai sungguh si afiq nie ampu ateh nya…

DSCN3603
Walaupun agak tebal tapi ia lembut di dalam…lepas nie kalau nak buat kena buat 4 keping…baru okey ketebalan nya…Okey la ye kakakecik dah nak start masak memasak kejap lagi nak pergi ambik anak2 di sekolah…kakakecik kan bibik dan supir….hehhee


pssst : dah janji dengan afiq nak buat lagi pizza harini…tapi tak buat lagi sebab yis x cukup jangan dia tuntut time balik sekolah japg sudah la…



Wednesday, April 17, 2013

Menjadi Supir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hujan...Kedah dan Perlis hujan..tempat korang hujan tak? Di kedua negeri nie hujan dari pagi tadi lagi...best nya kalau boleh tido di waktu begini dengan cuaca sejuk dan suram..Tapi apa kan daya kakakecik terpaksa ke Perlis untuk bertukar kerjaya menjadi supir kepada anak-anak abang....


Bertolak dari Pendang pun dah lewat, bajet akan sampai Kangar sebelum pukul 2petang sebab Angah dan Athirah habis sekolah pukul 2.30 petang. Alhamdulillah kakakecik selamat sampai umah abang seperti yang dijangka walaupun pemanduan perlahan sebab sepanjang perjalanan dari Pendang ke Kangar hujan membasahi bumi menemani kakakecik..


Buat sekian kali nya setelah beberapa tahun tidak menjalankan tugas menjadi supir untuk menjemput budak sekolah hari nie kakakecik berjaya melakukan nya walaupun masa nak ambik Athirah kat SK Sena, kakakecik terlepas pintu masuk ke sekolah nya, ingatkan Athirah tunggu kat luar sekolah, rupa2nya tunggu di dalam, terpaksa la u-turn semula untuk masuk ke dalam kawasan sekolah nya, awal tu kakakecik 'gostun' je tapi tak boleh sebab pintu keluar n masuk lain-lain...huhuhu mana la tau kan kita dulu2 tunggu mak ayah di luar kawasan sekolah..mana boleh ambik di dalam kawasan sekolah kecuali hari hujan je....Athirah plak bukan nya nak tunggu di bawah pondok di kawasan sekolah nya...boleh dia tunggu di dalam kelas di tingkat atas bangunan...uwaaaaaaa..nasib baik Ateh nya ke depan sikit dan buat pusingan sekali lagi..baru dia nampak kereta Ateh dia...kelam kabut turun melambai2...haaaaaa tau pun takut kena tinggal..


Lepas ambik Athirah, kakakecik keSMK Syed Hassan pula untuk ambil Angah..ingat-ingat lupa je sekolah tu kat mana...yang pasti sekolah tu 1 jalan dengan SMT Kangar, sekolah adik Pikah dulu...nasib baik ada Athirah, dia la tunjuk abang nya selalu tunggu di mana...ooo kat pondok guard tu je abang nya tunggu...


Opsss....Athirah dah bagitau Ateh malam nie cheq ada tuisyen...hehehe....memang betul2 supir la kakakecik untuk 2 hari nie...Dah la tadi saja mengusik Angah dan Athirah kata nak kutip duit kat depa berdua sorang RM10 sebab jadi supir depa.hahahaha...Athirah dan dan bawak kuar duit dari poket baju nya, kira duit seringgit dia ada 5 keping je..Mana cukup tu bagitau Ateh nya...jahat kan....


pssst :last kakakecik masuk kawasan sekolah masa adik pikah tingkatan lima la...5 tahun lepas...hehehe...



Tuesday, April 16, 2013

Ada Yang Cemburu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tak sangka plak kakakecik ada orang cemburu dengan kakakecik nie..Nasib baik tak diserang nya kakakecik..kalau tak habis la musnah berkecai impian kakakecik nak makan gulai ikan talang kering dengan nenas..Mati kempunan la…uhuhuhu

 

Eh, tak de sapa pun yang cemburu nak serang serang kakakecik nie…ni ha, bila kakakecik sorang tinggal di rumah..ada la sorang hamba Allah yang dok Ipoh tu cemburu..Ye la rasa nya kakakecik yang paling lama dok rumah kot berbanding adik beradik yang lain..Malam tadi calling-calling Dik Ilah, cerita la yang berat badan dah naik…baju 2-3 tahun lepas dah tak boleh pakai..kena pakai baju 10 tahun lepas…Kak Ja pun sama jugak berat dah naik..pakat2 baju kena buat lain ukuran baru…Apa Dik Ilah jawab dengan ayat pasrahnya dan tahap kecemburuan mengalahkan Gunung Kinabalu “Erm, ya la depa dok dengan mak…makan itu yang mak masak..kami yang dok jauh nie je kurus..huhuhu”…Hahahahhaa gelak besar kakakecik..bila ingat balik a’a betul la kami 3 beradik yang dok dekat dengan mak nie semua dah berisi..Abg On tak payah nak habaq la..Kak Ja dan Kakakecik tengah membina badan..kena diet dah lepas nie..Adik, Adik Ilah dan Abg Din yang masing-masing dok negeri luar dari Kedah keding-keding je depa bertiga tu..hehehe..kecian kat depa kan..cepat cepat mai pindah balik dok Pendang…

 Picture 172

Dik Ilah….Dik Ilah, Dik Pikah…Dik Pikah, Abang Din…Abang Din..cer tengok apa mak masak…jangan jeles tau…hari nie mak masak gulai ikan talang kering dengan nenas untuk makan tengahari setelah cheq tak puas makan pada Jumaat lepas..mintak mak buat lagi…

Picture 188

Dan untuk sarapan pagi tadi..tengok-tengok mak wat buah melaka..kakakecik baru je teringin nak buatnya minggu lepas..tapi pagi tadi mak dah buat…best kan..walau pun kakakecik tak bagitau mak..tapi mak macam tahu je apa yang kakakecik nak makan..biasa la gerak hati seorang mak terhadap anak nya…

 

Erm, kakakecik syak sorang lagi akan jeles dengan kakakecik, iaitu Cik Yeen, anak angkat mak ayah, walaupun hanya anak angkat family kami dalam tempoh 2 minggu tapi kemesraan dan hubungan ukhwah yang terjalin antara kami sekeluarga begitu akrab dan masih berkekalan berhubung bertanya khabar sehingga ke hari ini sejak tahun 2009…Shireen cepat2 terbang ke Pendang bila ada kelapangan dan cuti umum…

Bila Tinggal Seorang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Bila ada orang datang rumah sekali sekala, mesti akan tanya mak atau ayah “Anak bongsu ke nie?” bila ternampak kakakecik…Kakakecik cepat2 je jawab..”Anak tunggal buat masa sekarang dan yang paling kecik“ (sekarang dah tak kecik sangat dah..dah chubby)perasan habis kan kakakecik nie padahal ada je 2 orang abang, seorang kakak dan 2 orang adik..sebab apa kakakecik jawab begitu sebab kat umah sekarang nie hanya tinggal kakakecik sorang je anak mak..kecuali hari cuti je baru pakat adik beradik balik..pastu kakakecik nie dikategorikan kecik haluis dalam family berbanding dengan umo sebenar…jahat nakal tak kakakecik tapi tu kalau orang yang datang tu kakakecik kenal la kalau tak kenal senyum senyum malu je la…


Dan ada jugak yang kata kakakecik nie manja dengan family..erm, manja sangat ke padahal tak manja mana pun..mungkin orang kata / nampak kakakecik manja sebab semua benda nak ngadu dengan mak..cerita dengan mak, habis tu nak cite dengan sapa lagi, dengan mak ayah je la..tapi selalunya kakakecik cerita dengan mak la waktu santai-santai..Sampaikan ada la orang tu kata “Semua nak cerita dengan mak, macam budak-budak je dia nie” Hehehe..Ye la kat umah tu bukan ada sapa dah..tinggal kami bertiga je..mak, ayah dan kakakecik…tu yang orang nampak kakakecik manja kot…padahal disebalik nya…EH, tapi kadang-kadang tu air mata nie mudah je mengalir..murah air mata…


p/s : Itu la akibatnya bila tinggal kita sorang je di rumah dengan mak ayah, semua anak kakakecik yang punya, anak bongsu la..anak tunggal la..anak kecik la…anak manja la…hehehe

psst : kalau kakakecik dah kawin nanti kecian mak ayah tinggal berdua je.honeymoon la mak ayah..

Monday, April 15, 2013

Untung Suami, Mertua Sayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ehem ehem ehem kakakecik nie da bersuami dan punya mak mertua ke…Eh eh tak lah..mana ada lagi semua tu (opps kenapa kencang je jantung nie berdegup bila menaip entry nie, Ya Allah permudahkan la urusan ku) tapi kalian kalian berdoa la ye semoga kakakecik ditemukan jodoh.

 

Ya Allah..masih dup dap dup dap lagi nie..perlu ke berhenti taip entry nie…cool shida cool..tarik nafas hembus…

 

Sebenarnya kakakecik pun segan bukan malas tapi malu bila ada sahabat, jiran, sedara yang berkata “Untung suami nanti bila kawin, mak mertua mesti sayang sebab pandai rajin masak macam-macam”. Dan pagi tadi bila terbaca komen Cik Zai kat entry Karipap Ranggup & Gebu kakakecik senyum-senyum kambing, malu-malu kucing gitu.

komen

Erm, jawapan kakakecik mudah sahaja…. “Untung la sangat, riso suami marah je asyik masak itu ini dah tu suruh dia yang pegi beli barang..dan mak mertua plak nanti bebel merungut bila tengok dapur dia berkecah, hehehe”  Tapi, seandainya, bakal suami dan mertua nanti, suka dan sayang dengan kakakecik disebabkan kakakecik boleh memasak walau tak secekap dan sesedap mana tapi boleh la untuk bagi family dan sedara mara makan, itu adalah satu bonus untuk kakakecik. Kakakecik hargai kasih sayang yang mereka berikan..Janji mereka boleh terima kakakecik seadanya, kakakecik pun banyak kekurangan pada diri ini. Itu sahaja. Siapa suami kakakecik pun tatau. Ia masih menjadi Rahsia Allah.

Sunday, April 14, 2013

Jom Memasak : Karipap Ranggup Gebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 Picture 151

Sudah ada menu minum petang, belum ada? Apa kata korang cuba buat karipap yang kakakecik dapat resepi nya dari blog Kak Yatie Sinar Kehidupanku nie. Serius memang sedap sangat, dah la gebu dan ranggup pulak tu. Kalau goreng pagi boleh makan sampai malam dok ranggup gebu situ la. Tak rugi kalau mencuba…Dijamin menjadi kesukaan sekeluarga..

 Picture 153

Kakakecik memang penggemar tegar karipap, sehari 10 biji pun boleh je makan. Janji karipap tu inti nya sedap dan kulit nya ranggup gebu…Macam yang kakakecik buat Jumaat lepas la..kakakecik tangkap lentok habis la dengan resepi karipap daging ranggup  yang kak Yatie kongsi tu..terima kasih akak atas perkongsian resepi doh yang gebu dan ranggup tu…

Picture 152

Resepi : Karipap Ranggup & Gebu

Bahan-bahan inti (kakakecik ubahsuai sedikit daripada resepi kak Yatie):

  • 300gm daging (kakakecik just guna isi ayam yang dicincang halus, berapa gram xtimbang pun)
  • 8 biji kentang saiz besar - potong dadu
  • 1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu 
  • 4 sudu besar udang kering *
  • 1 bawang besar*
  • 2 bawang putih*
  • 6 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 5 sudu besar rempah kari daging -dibancuh dgn air
  • 1/2 cawan santan pekat (kakakecik tak letak pun santan sebab xde kelapa parut)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 pokok daun sup – potong halus
  • 2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji cili besar – potong dadu
  • 1 batang kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • air secukupnya
Bahan-bahan doh:
  • 750 gm tepung gandum
  • 300 gm planta/butter
  • 1/3 cawan minyak sayur/ masak
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 cawan air dari peti ais (letak sikit2 masa menguli doh)
Cara-Caranya
  1. Mula2 masak inti....panaskan sedikit minyak dlm kuali...kemudian tumis daun kari, kulit kayu manis serta bunga lawang dan masukkan bahan2 blend....masak hingga naik bau dan bahan tumis agak kering airnya....kemudian masukkan rempah kari daging...kacau2 rata...dan masak hingga terbit minyak...bila dah terbit minyak...masukkan daun kari....kacau hingga naik bau dan masukkan daging....gaul2 rata....kemudian masukkan kentang, keledek dan air. Air hendaklah dimasukkan sampai hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur......masakkan hingga kering....bila dah agak2 nak kering...masukkan garam dan gula....masukkan bawang besar, daun sup dan cili besar..kacau lagi hingga kering inti tadi/ air dia dah tak de.... Tutup api dan sejukkan.
  2. Bila inti dah sejuk...baru buat doh....
  3. **Mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. masak hingga didih dgn api yg kecil. Sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar...kacau2 rata...bila dah didih planta tadi...masukkan skit2 dlm tepung tadi....gaul dgn sudu/ senduk kayu sebab panas.....kacau2 rata sampai habis. Kemudian isi air...isi skit2 dan mula la menguli.....uli sampai doh jadik macam doh buat roti lembut dia...dan texture dia pun lebih kurang sama...rasa cam lembut dan boleh nampak doh tu naik skit.....uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan....bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu....kemudian balut doh dgn plastik...rehatkan dlm 10m...
  4. Lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut...nampak dia cam berpeluh doh tu....kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti.....ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh....saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata...kalau tak dek boleh guna cawan....gelek nipis dan bolehla isi inti.....bagus tips balut doh ni dgn plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan tak dek masalah doh tu akan kering kalau kita buat byk pun dohnya....
  5. Bila dah habis buat karipap tadi....boleh la goreng...faktor menggoreng pun penting jugak....kalau tersalah cara...kulit tu tak rangup sgt dan tak dek ruang2 kosong kat dlm dia....kalau betul cara goreng nya..karipap tadi akan mengembang dan rangup lama....saya kalau goreng pagi....malam pun still sedap lagi kalau nak makan. Masukkan minyak yg byk dlm kuali.....panaskan minyak dan bila minyak dah panas...tutup api dan baru masukkan kuih karipap...ni utk mengelakkan karipap tadi kulit dia berjerawat dan karipap masak sekata...isi jgn penuh sgt dlm kuali....lepas tu hidupkan balik api...api kecil je....dan kemudian biar karipap tu masak hingga kuning....selalu balik2 kan dia...tapi jgn kasar sgt masa nak balikkan sebab kulit ni rangup...takut pecah....dah kuning kaler dia...boleh la angkat. bila nak masukkan karipap tuk kali kedua...tutup balik api kuali dan letak karipap dan hidupkan balik api...sama macam proses pertama...buat cam ni tiap2 kali nak menggoreng..
  6. Cara2 nak simpan kalau ada karipap yg lebih....dulu2 saya akan goreng sekejap dan toskan karipap...bila dah sejuk susun dlm tupperware dan simpan dlm peti ais...tapi kadang2 letih dan leceh kalau guna cara ni...so saya guna cara lain....masa proses buat karipap tadi...bila dah siap satu dulang....saya simpan dlm peti ais....biar dlm 1/2 jam dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware...boleh simpan bertinggkat2 kalau ikut cara ni sebab karipap tadi dah keras kulit dia....kalau nak lapik dgn plastik antara karipap tu pun boleh...tapi saya kadang2 tak buat pun. karipap tapi tak melekat kulit dia antara satu sama lain sebab kita dah keraskan kulit dia dulu sebelum tindan2kan....

Picture 163

( nota:kalau ikut cara2 masak kulit yang Kak Yatie tu....insyaallah anda akan dpt kulit yg rangup dan ada ruang kat dlm dia....kalau sebelum nie kakakecik goreng karipap mesti berbintik2 jerawat dan selalu tertanya2 macam mana la org dapat kulit cam ni....dan faktor menggoreng penting...kalau api kuat memang kulit dia tak gelembong)

   Picture 160

Betul tak tipu..karipap nie mabeles habaq mai..Gebu di luar ranggup di dalam..Kakakecik buat dua saiz sebab nya ada orang tu tanya, awat tak buat karipap giant..nie bukan karipap saiz giant kakakecik buat tetapi abg mie kata, karipap tapak kaki..sebab saiz nya besar tapak kaki auni hahaha..itu pun puas mencari acuan karipap..terpaksa g pinjam kat umah Mak Ngah pada awal nya tu yang boleh buat karipap besar. Tapi bila Abg Mie tengok karipap tu beso sangat…kakakecik suruh dia g pinjam di rumah Kak Hah, kat umah Kak Hah mesti ada acuan karipap saiz standard sebab dia dok wat jual..Mak masih dok pulun mencari acuan karipap…jumpa pun..so, tengahari Jumaat tu kami anak beranak pakat mencanai, mengelim karipap la…Abang mie pun menunjukkan kemahiran menslim mengelim nya, sekali tak menjadi, Kak Ja yang menyudahkan nya..

 

pssst : inti kakakecik buat masin skit je..boleh lagi nak makan tak kena darah tinggi eh, Abang Mie apa lagi ambik peluang la nak mengenakan adik ipar dia sorang nie.huhuhu

Menjelang Pilihanraya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hanya tinggal 20 hari sahaja lagi untuk rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk membuang undi. Dalam tempoh ini bermacam hal akan berlaku, perang bendera usah dikata la..sepanjang jalan ada je bendera biru, hijau, hitam , oren, biru muda dan bermacam jenis logo..Penyokong pun waktu begini menunjukkan kreativiti mereka, membina membuat replika parti masing-masing yang mampu menarik perhatian orang ramai..Buluh-buluh pun cerah la di bukit..pakat-pakat dok tebang nak pacak bendera..Laris kalah pisang goreng panas tau buluh time nak pilihanraya nie..kalau tuan yang cerdik otak niaga tu…dijual nya buluh-buluh tu…untung maaaaa, 5 tahun sekali je pun.

 

Yang jadi pemancing pun ramai jugak, pancing orang sana sini pangkah parti mereka..tak kira kawan, suami, isteri, anak-anak, sepupu dan ahli keluarga. Malahan di zaman canggih nie, faceboook bercambah wall dengan post berbaur politik, begitu jugak di twitter lagi hebat, tweet itu tweet ini masing-masing nak meraih undi. Yang SMS personal tu lain cerita la kan..hehe

 

Time begini ada ye yang bermasam muka..yang kawan elok selama ini sanggup putus sahabat kerana berlainan parti…bagi kakakecik walau pun aliran politik berbeza tak perlu la sampai nak bermasam muka, putus sahabat. Kalau ye pun nak berpolitik sakan jangan libatkan kekawan..p berkempen kat orang lain. BERSAHABAT dan BEBAS POLITIK..mudah sahaja.

 

Eh, ada jugak yang suami isteri tak sealiran politik bak kata orang tu “Waktu macam nie la laki bini yang tak sefikrah akan berbalah selagi tak mengundi, lepas mengundi baru berbaik semula”, kalau berbaik okey la…Ada terjadi tau, pada PRU12, tahun 2008 lalu, kakak sahabat kakakecik bercerai kerana politik. Kesnya si suami pasang bendera di depan rumah. Si isteri marah la, sebab dia tak sama parti dengan suami nya dan rumah tu pun dia beli sebelum berkahwin, huhu tak pasal-pasal sebab bendera pun bercerai, tapi dua tiga hari selepas tu masing-masing muhasabah diri rujuk kembali. Alhamdulillah masih panjang jodoh mereka.Susah jugak kalau suami isteri tidak sealiran nie..hehehe.Jenuh jenuh. Nasib baik family kami, ipar duai sewarna dan sealiran hehehe.

 

Dalam tempoh berkempen nie, tak perlu kita nak tunding jari cari kesalahan kelemahan, memburuk-burukkan seseorang, membuka aib orang lain. Renung-renungkan diri kita mana yang tak betul perbetulkan..Biar la menjadi calon/ penyokong yang bersih dari segala-galanya.

Thursday, April 11, 2013

Serbuk Jelly 1st Choice

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Oh, macam nie ke rupa serbuk jelly nya…ingatkan sama serbuk jelly dan serbuk agar-agar..Hahaha, buat teruk boleh kan kakakecik nie..Ye la malam tadi, 1st time tengok dan masak serbuk jelly. Serbuk jelly okey…bukan serbuk agar-agar…kalau serbuk agar2 tu kakakecik dah biasa juga, walau tak sampai 5x lagi..hahaha..Beza okey serbuk agar-agar dan serbuk jelly nie..jangan jadi macam kakakecik, ingat sama serbuk jelly dan serbuk agar-agar..hahahaha (dengan tak malu buat pengakuan)

 Picture 142 

Serbuk jelly First Choice nie kakakecik beli kat Giant Alor Setar, RM1.99 sekotak. Murah banding dengan keluaran lain yang RM2.00 ke atas dan yang penting ia nya HALAL. Kakakecik beli 5 kotak semua nya perisa strawberry dan sedap plak tu…puas hati habaq mai..Nak buat dia pun senang je…tak perlu letak gula ke apa..sebab dah ada siap-siap tak macam serbuk agar-agar kita kena letak gula sendiri dan air pun just letak 2 cawan sahaja. Kalau serbuk agar-agar tu 5 cawan rasa nya kena letak…

Picture 145

Ini la hasilnya, puding lapis jelly yang sebenar-benarnya, kalau yang sebelum nie kiranya Puding Lapis Agar-agar la ye..hehehe..Eh, ke sama je agar-agar dan jelly…konpius konpius..arghh malas nak pikir la..janji di kotak tu ada tulis perkataan JELLY sudah cukup..hehehe

Emosi dan Tidak Puas Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Mood hari nie tak berapa nak okey sangat..emosi semacam je..ye la malam tadi memuding sekali rasa ketidakpuasan hati dengan hasil puding2 yang dibuat..bukan sedikit banyak kot….80 bekas dadih..Walau apa pun kena jugak terima la.ikutkan hati nak je buat lain..tapi kakak kata tak apa la..okey je, Alhamdulullah..

 PRK

Mau tak mencabar kesabaran kakakecik, pagi tadi sebelum datang kerja buat Puding Roti Karamel yang masih belum mencukupi, ingatkan untuk 40 bekas tu just guna 4 adunan sahaja..tetapi di luar jangkaan..1 adunan hanya boleh 8 bekas sahaja, nak tak nak kena buat 5 adunan. Awal tu dah susun bekas dadih dalam pengukus besar mak, ok cantik muat-muat 20 bekas..Apa lagi semangat kakakecik mengukus puding roti tu…tetapi alangkah kecewa nya bila buka pengukus, ada dekat 10 bekas puding terbuka penutup nya dan kejadian nya amat mengecewakan..Terpaksa la tambah adunan lagi,mak pun tumpang susah hati tengok kakakecik kelam kabut, dalam diam2 mak kol ayah mintak belikan telur sebab telur kat rumah dah habis..terima kasih mak…Kukusan kedua dan ketiga okey menjadi selepas kakakecik tidak menutup bekas dadih tu..Tetapi, kukusan terakhir terlebih masa dalam 5 minit, hancus lagi puding tu…boleh je makan tapi tak sempurna sangat kejadian nya..tak sama seperti yang dikehendaki..tu yang buat pagi tadi lagi 1 adunan..

 

Okey..done puding roti karamel nie..kakakecik pun masak la lauk untuk lunch hari ni, tengok dalam  peti ais dah ada nyoq yang ayah mesin siap2..kakakecik pun nak buat la masak lemak kuning ikan kembung, sekali bila rasa masak lemak tu rasa macam lain je..terus panggil mak suruh rasa sebelum tu ada gitau mak yang masak lemak manis je rasa..Huhuhu..bila mak tengok dan rasa masak lemak tu..mak kata manis sebab terlebih santan..lemak sangat..uwaaaaaaaa…kakakecik terus tak de feel nak bawak masak lemak tu..nasib baik kakakecik de jugak buat ayam goreng kunyit…

 

Tapi…….satu lagi hal wat kakakecik rasa spoil…nasi mak tak masak lagi…dah la masa tu dah pukul 9.30 lebih..huhuhu…apa lagi cepat2 la basuh beras dan tanak nasi kat periuk elektrik tu 45 minit jugak baru masak..lewat la masuk keja arini..huhuhu…

 

pssst : bila emosi kurang stabil nie memang jangan sapa pun dok jolok ye satg tak pasal2 ye yang dok elok2 tu terus tak de mood..hehhe…eh bukan sebab PMS ye