Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label Blogger Perak. Show all posts
Showing posts with label Blogger Perak. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Selamat Pengantin Baru Ruzz & Fadil Penyu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 1236981_10201331655607892_1319292860_n

Seorang demi seorang adik2 yang kakakecik kenal dari dunia blogger mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah jodoh dorang dah sampai kan..jodoh kakakecik masih lagi menjadi rahsia Allah. 

Picture 011

7 September lebih kurang jam 9.30 malam rasa nya (selepas Isyak) Fadil telah sah menjadi suami kepada penggemar warna merah Ruzz Ezani. Kakakecik tak kesempatan melihat majlis akadnya sebab masih tercari2 rumah pengantin malam akad berlangsung. Hanya dapat saksi kan Fadil berpelukan sambil menangis si bahu seorang wanita mungkin emaknya. Tetiba kakakecik pun terasa sebak di saat ini…

ruzzpadil

 nikah

nikah ruzz padil

Kepada Ruzz dan Fadil..tahniah untuk kalian, semoga bahagia dan kasih sayang tidak akan pudar hingga ke syurga. Jadi la suami dan isteri yang terbaik antara satu sama lain…

Picture 009

Mintak maaf ye akak tak dapat menghadirkan diri di hari majlis persandingan/perkahwinan korang berdua…Hanya di malam akad nikah sahaja akak dapat hadirkan diri…itupun nasib baik ke KL..eh kalau tak ke KL mungkin akak ada kot Ahad tu..hehe…

1208939_10201331497763946_1505907485_nJangan la gigih mencari kakakecik di dalam gambar reramai tu..kan dah kabo kakakecik tak de hari kenduri..huuuuuh…

1235339_10201331545605142_1350668444_n

KBU’s bersama pengantin…

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH….

SELAMAT PENGANTIN BARU RUZZ dan FADIL..

 

pssst : next pasangan blogger mana plak ye yang akan mengikut jejak Ruzz&Fadil. Kiera&Nadh..cinta blogger belaka nie…

Gambar pengantin di hari majlis cilok dari group Blogger Perak…crdt to Reez Foto Cinta

Wednesday, November 14, 2012

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



10.11.12..adalah tarikh keramat bagi pasangan Nadzri dan Syakira..di mana pasangan ini telah selamat diijabkabul kan dengan sekali lafaz..Tahniah Nadh dan Kiera, Kakakecik tak dapat tengok live majlis akad nikah dorang….tak kisah la kakakecik ada ke tak yang pasti dorang sudah SAH bergelar suami isteri itu yang lebih penting…


TAHNIAH….

11.11.12 : rumah pengantin telah menjadi tempat untuk kami blogger dari KBU, Blogger Perak dan tak ketinggalan GMG untuk berkumpul dan mengenali antara satu sama lain..walaupun ada yang baru pertama kali jumpa bertentang mata tetapi dorang nie riuh macam dah kenal (eh memang dah kenal pun dalam blog dan cyber). Penuh ruang rumah dan khemah dengan kami kami kami je..nasib baik pukul 3.00 petang dah tak ramai tetamu dah..kalau x mau gak dorang tengok pelik kan…




Kepada Nadh dan Kiera, kakakecik ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga ke syurga, didoakan rumahtangga yang dibina ini akan dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan…selamat menempuh ’Satu Perjalanan’  selepas ini..



p/s : Selamat Pengantin Baru juga untuk Bro dan Iera..

Thursday, December 15, 2011

CampFire Blogger Perak : Pulau Pangkor

Assalamualaikum…selamat petang…

 

Pulau Pangkor akhirnya dijajah oleh kami warga Blogger Perak esp. yang join Campfire pada 10-11hb lepas…kakakecik yang bukan ada kena mengena dengan Perak juga turut serta…tak terasa diri ni dipinggirkan walaupun bukan asal dan menetap di Perak…adik2 Blogger Perak semua sporting sangat-sangat…Opss bukan nak cerita mengenai Blogger Perak…sorry ye..ini hanya untuk intro…

 

378375_2673703715355_1039038139_2965396_2136926361_n

Ok la kakakecik tak nak cite panjang sangat….biar gambar yang menceritakan segalanya tentang kami di sana…

 

----> JETTY LUMUT : Menanti wakil daripada pihak pengurusan ChaletWarisan Alam  untuk jemput kami semua..bergambar dulu <----

bp10

 

----> JETTY LUMUT : Menunggu feri ke Pangkor….sistem feri ke pangkor tak sama macam ke langkawi tau…kena berdiri je…free time free seat<----

bp7

 

----> DI DALAM FERI MENUJU KE PANGKOR :Bagaikan  FERI itu BLOGGER PERAK YANG PUNYA <----

bp9

bp8

 

----> CHALET WARISAN ALAM, HUTAN SIMPAN SG PINANG : TELUK DALAM <----

 pgkor

391805_2596092396094_1668247186_2486708_1803256431_n       

   < sabtu ; sesi petang : santai dan sukaneka pantai itu kami yang punya>

bp1        

bp3

 

< malam : bbq, karok, pecah ais dan suprise birthday >

bp11

Bara-bara..rahim yang bertanggungjawab semua nya…

 

bp5retis-retis Blogger Perak

 

bp4

sesi pecah ais…nama saya …..asal kedah xde kena mengena dengan perak tapi ramai sedara di perak…TAPI SAYA LAYAK JADI AHLI KELUARGA BP..

387845_2675009107989_1039038139_2965696_869736554_n

birthday cake november & disember….elok je dorang tengah karok tetiba padil padam lampu..ingatkan nak karok dalam penghayatan..pastu dengar plak "ALLAH SELAMATKAN KAMU…ALLAH SELAMATKAN KAMU… " padil siap tanya plak tu… “akak lahir bape hb…bulan bape” alamak jangan la dorang buat yang bukan-bukan nie…ingatkan reena je yang kena..sekali sapa yang lahir bulan 11 n 12 kena gak…demmmn….nasib baik x kena tepung…thanks semua…terharu sangat …

384540_2675048588976_1039038139_2965735_1676078074_n

tanpa unggun api x bermakna la campfire kan..tetapi kakakecik x turut serta sebab dah masuk tido..ingatkan dorang tak buat…sob sob..kenapa x ketuk pintu chalet kami….rugiiiiiiiiii….

 

< ahad ; pagi : bebas >

bp2

tugu peringatan BP

Idea by:reezluv
Project Engineer: Adired Adib
Kontraktor:Hanie Kunie, Safwan Seth & Syamsid Flymoo

bp6

game nenek / atok si bongkok 3 : membuatkan kakakecik hampir semput, banyak sangat gelak…terpaksa tarik diri awal…

 

Apabila nenek / atok jumpa cucu nya…maka berakhirnya 2 hari 1 malam kami semua di Pangkor…

 

----> JETTY SG PINANG: Terlepas feri pukul 4.30 petang terpaksa tunggu feri pukul 6, kelewatan bukan disebabkan oleh pihak kami tetapi faktor cuaca, almaklum la chalet kami duduk tu private n privacy jauh skit ke dalam <----

381589_10150429381094608_586939607_8615250_1536607783_n

bp12

    DSCN7337 

kakakecik bersama ruzz dan nia..orang penting campfire…nia panggil kakakecik..ruzz panggil kak adish…rindu korang

 

bye bye with LOVE…

166932_2675128830982_1039038139_2965767_205183949_n (1) 

We Are Family…

 

psssssssssst : campfire banyak pengalaman yang ditempuhi dan  kakakecik bertemu dengan adik yang ada persamaan la….tunggu next entry….alamak mak dan adik dah kol la tanya nak pegi ipoh ke tak…nak pegi ke tak nie…kalau pegi adik2 BP mau jumpa kakakecik tak?

Blogger Perak telah menjajah Pulau Pangkor…cer klik DI SINI

Thanks Reena yang sudi bg akak tumpang tido di rumah….thanks angah yang menumpangkan akak pegi lumut…thanks semuaaaaaaaaa warga BP yang sudi menerima diri ini yang tidak seberapa dalam keluarga BP….cayuuuuuuuunk semua…

Thursday, November 10, 2011

Laksam, Kek Coklat dan Reena Tan

Assalamualaikum…

Shida bukan sahaja gila donut, gila melapis kek lapis..tetapi jugak gila laksam dan kek coklat…Kerana Laksam dan Kek Coklat..Shida sanggup memandu hampir 2 jam ke Taiping untuk menikmatinya…

 

Di Hari Raya Kedua AidilAdha (Isnin, 7hb Nov 2011) shida memulakan pemanduan PHS bertemankan Anith Shasha Chan, Adik dan Athirah…Dengan hujan yang membasahi bumi Kedah menyebabkan shida tidak boleh memandu dengan speed  seperti biasa…Alhamdulillah kami sampai ke Bagan Serai dalam pukul 11.30 pagi…janji dengan Angah untuk pergi sama-sama dari Bagan Serai…tetapi disebabkan Angah terlupa yang Rahim Wan Ghazali ada kerja…shida terpaksa patah balik ambil angah di kawasan rumah nya…tak kisah la walau perut dah bernyanyi..nasib baik dah keluarkan apa yang tak tahan tu….

 

Dari Bagan Serai…Angah drive….perrrrrrrgh best nye dok sebelah je…borak punya borak akhirnya kami sampai rumah Reena Tan di Assam Kumbang…(Komeng ingat ye ASSAM KUMBANG…ASSAM KUMBANG) masa kami sampai nie..ada sedara Reena..salam-salam beramas mesra kejap..Mama Reena yang sporting jemput kami makan….

 

Atas meja dah penuh dengan makanan…ada LAKSAM, LAKSA, LEMANG, RENDANG, KEK COKLAT…..shida aim LAKSAM dan KEK COKLAT aje…..tapi bila tengok LAKSA, LEMANG dan RENDANG yang mama buat rasa teringin plak…senang cite semua makanan yang Reena dan mama nya hidang kan…shida makan…

kek reenaKek Coklat Lembab yang super sedaaaaaaaaaaaaaaaaap…Reena mana resepi nie…kata nak exchange

laksam reenaKerana Laksam ini lah yang membuatkan shida begitu rapat dengan Reena…tanggal  12 Sept 2011

 

kamiBergambar dengan tuan rumah Reena Tan..

Angah rindu Kaki Salut PlastikMegat comey sangat eeeeh buat muka macam tu..

angah Angah….bagaikan Abang dengan Adik

  komengRosmanizan GilaFoto….Komeng…1st time jumpa F2F

 

Lepas makan-makan…Pak Uda Reena plak nak berkarok….dah la Anith tu Hantu Karok…siap berduet lagi…..hamboi hamboi bukan main lagi depa nooo… last2 shida, Angah dan Reena, Komeng dan Megat  lepak kat luar borak-borak usik mengusik bahan membahan….

karok

Beraya + Karok in De House…

  adik n t-ah

Adik dan Athirah sebagai peneman…..lepas nie mesti dorang nak ikut lagi nie…

jangan T-ah tanya “ Ateh bila plak nak p rumah Kak Reena…nak karok” 

 

Eh eh tak kan la tak de kot gamba shida dengan Reena Retis Blogger Perak….suara nya sebiji macam Siti Nurhaliza….lepas nie tukar nama yer Reena…SITI NURREENATAN

reena

yehaaaaaaa…ini la gamba kenang kenangan bukti shida dah sampai ke teratak keluarga Tan…

 

pssssssssst : kerana makanan pun kita boleh rapat dan akrab….bersyukur sangat2…sebelum ini pernah jumpa reena tapi tak tegur sapa hanya senyum dan main mata saja…kihkih…rugi Fadil dan Aten tak datang…sedaaaaaaaap sangat2 makanan kat umah reena