Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label Sedenak. Show all posts
Showing posts with label Sedenak. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Johor Trip # Sedenak : Terima Kasih CMG Adnan Ibrahim

Assalamualaikum dan Selamat Petang,


Berhenti seketika tak nak berhenti lama sebab nanti orang kata dah basi baru nak cerita kan......sambung balik entry travel kakakecik ke Johor...kalau nak tau camne perjalanan kakakecik dan Aima ke Johor..rajin2 la ke entry ini ye...


Sebab apa ye kakakecik dan Aima ke Johor..mungkin ada yang kata sebab nak jumpa kawan-kawan di sana...ye memang betul pun..dan salah seorang sahabat blogger kenalan maya yang setahun lebih kami tak jumpa. Beliau tinggal di Sedenak..apa yang istimewa nya Sedenak.kat sini la tinggal nya seorang blogger masak memasak yang pemes de amos tu....tak lain tak bukan Adnan Ibrahim pemilik tiffin biru dot com atau lebih dikenali dengan Che Mat Gebu (CMG)...


Ini adalah kali kedua kakakecik sampai ke teratak beliau..terima kasih kepada Sunah kerana sudi bawak kami ke sana..perjalanan dari Sri Putri ke Sedenak adalah dalam setengah jam dengan pemanduan yang sederhana laju mengikut highway dan exit Kulaijaya..bukan exit Sedenak okey...sebab kalau dari JB exit Sedenak macam patah balik..rugi rugi rugi...


Kami sampai ke rumah CMG terkejut jugak la sebab ada 2-3biji kereta selain backhoe yang tengah wat keje2 pembaikan didepan umah CMG...opps CMG ada tetamu lain selain kami..dah naik segan..ye la 3 orang anak dara pegi umah anak teruna untuk makan di waktu tenghari...huhuhu


Dengan selamba nya CMG ajak kami ke dapur...konon-konon hanya kami bertiga sahaja so makan di dapur la lagi best...Menu apa yang CMG hidangkan untuk kami..mesti ramai dah tahu kan..tak kira kakakecik nak jugak bagitau...Laksa Johor menu permintaan kakakecik..dah lama x makan tau..pertama dan terakhir adalah 10 tahun lepas...




Sori gambar laksa dalam pinggan tak ada..sebab bersemangat nak makan...memula mintak Aima letak 1 chop spghti sahaja..tapi macam skit..mintak tambah lagi 1...sekali ambik ko...nak habiskan 2 chop tu jenuh jugak la..Sunah laju je makan 2chop dan tambah lagi 1chop..sampai gatal2 hidung nya malam tu..kecian Sunah..Thanks CMG buatkan laksa johor yang super duper banyak ini..al maklum la kami bagitau 6 orang akan datang..tetapi hanya kami bertiga sahaja...Sue IEB dan Cikgu Areef tak dapat join kami..sori ye CMG...Walaupun pada awal tu kakakecik biarkan laksa tu dalam pinggan...sembang2 dulu..bagi perut kosong lagi...last sekali kakakecik hirup sampai licin..siap tambah kuah sahaja..makan sampai habis...



Selain Laksa Johor yang mabeles walaupun tanpa daun selasih..CMG hidangkan kami







Sambil makan sambil borak..memang tak sedar apa la...hampir 4 jam jugak la di rumah CMG dari minum limau ais kepada teh pandan...ada je yang diborak kan..dari topik makan-makan, masak-memasak, madu-bermadu, teko antik hingga la belajar mengenali jantina kucing...hahahha..almaklum la family CMG keluar pegi rumah sedara CMG...tak leh tahan tu CMG dok panggil kakakecik "Datin"..kejap kejap Datin Datin..hahahhaa..kelakar sangat...memang dah lekat Datin la...siap suruh kakakecik tukar url..kakakecik tanya jugak kenapa dia panggil kakakecik datin...ada la jawapan yang diberi..kalau nak tau kenapa kakakecik dipanggil datin tanya la CMG sendiri okey



Akhir sekali, kakakecik mengucapkan ribuan terima kasih kepada CMG kerana sudi menerima kunjungan kami dan menghidangkan juadah2 yang sedap2 belaka...dan terharu sekali bila CMG dah tau apa yang kakakecik tak makan...huhu...insyaAllah nanti2 kita jumpa lagi..CMG kalau mai Koding KODIANG (thanks Sunah perasan typo akak...eh CMG pandai sebut KOKDIANG tau) jangan lupa singgah Pendang tau...



psst: ada lagi 3-4 entry travel johor nie..jangan plak nanti korang jemu..almaklum la 4 hari di sana..mesti la banyak entry nya..nak wat 1 entry je nanti panjang berjela



Thursday, September 29, 2011

Beraya di Sedenak

Assalamualaikum…..

Pertama kali shida memohon kemaafan kerana hampir 2minggu shida tak update entry…dan jangan bosan jemu sekiranya entry berikutnya selepas ini adalah entry2 yang tertunggak..mesti ada yang dah baca dari entry sahabat2 shida yang lain…

Perjalanan shida dari utara ke selatan  dan tengah tanahair bermula pada 16 September….dengan PHS shida ke Penang untuk ambil Nadh..dan seterusnya ke rumah Aima di Lunas, Kulim…Kami bertiga bajet akan bergerak dalam pukul 10 malam..tetapi apabila shida bertemu dengan mak aima…borak punya borak sampai jarum jam berkumpul…pukul 12 tgh malam…masa di rumah aima…mak dah kol tanya kat mana..bila bagitau masih di Kulim..mak dah mcm nak bising hehehe..sebab risau anak dara dia ke KL tengah malam…

Kami bertiga sampai ke RnR Sg Buluh di awal pagi, shida dan aima memberi peluang kepada driver kami si Nadh untuk melelapkan mata dan menghilangkan kepenatan drive..dia tido memang dah tak sedar apa…pukul 6.40 pagi kami bergerak ke Shah Alam untuk menjemput Amalina di Uitm Shah Alam…perjalanan diteruskan ke Balakong bukan untuk menjemput blogger tapi shida nak beli barang keperluan membuat decoupage…walaupun GPS problem, Hp Nadh habis bateri, akhirnya kami berjaya sampai ke Mutifilla Sdn Bhd..itu pun setelah nadh kol tauke kedai tu…thanks Nadh…sori kalau menyusahkan…

Dari Balakong kami terus ke Kolej Za’aba, UKM…agak2 korang sapa plak yang kami akan ambil ye…untuk beraya ke Sedenak…yeaaaaaaaaaaaaah betul Along Usop dengan bantal bucuk nyer….Nadh mesti suka sebab dah ada teman sejantina hahahhaa..kalau tak dia sorang2 je lelaki…

ucuk along Along dengan ucuk nyer…

Alhamdulillah….17 September 2011, Jam 2.00 petang adalah hari dan detik yang sukar dipercayai kerana shida dan sahabat blogger memijak teratak blogger masakan yang hebat…CMG Adnan Ibrahim (Dapur Tanpa Sempadan- Tiffin Biru) di SEDENAK….dengan PHS plak tu…(mak ayah sebenarnya anak dara mak ayah nie bukan pergi KL je….tapi sampai ke JOHOR….itu la mak ayah tatau sedenak tu kat mana..hehe)..perancangan kami (Sunah, Aima, Amalina, Nadh, Along) untuk beraya di buat semasa mini gath pada Julai 2011 yang lalu…terharu sangat2 CMG Adnan Ibrahim menerima kehadiran kami dengan hidangan yang menyelerakan dan sedap-sedap belaka…terutama Asam Pedas Ayam dan Puff..makan dah tak pandang yang lain…senyap sunyi time makan….strwbery cheese cake shida merasa skit je tp sedap jugak….shida tak makan cheese….makan strwbery je

***NAK TENGOK APA YANG DIHIDANGKAN KLIK SINI

Eh eh bukan shida, along, nadh, aima dan amalina je beraya kat umah CMG Adnan IbrahimSunah, Azila  Aji (housemate Sunah) dan Adik Keroro sampai awal lagi dari kami….Cikgu Azaref jugak datang beraya bersama-sama kami kat umah CMG…Biasanya setelah selesai makan-makan tu…mesti ada sesi menyembang dan bergambar kan (nak tengok gambo banyak klik DI SINI )….masa nie memang happening sangat2…dengan lawak jenakan CMG yang buat kami semua tak kering gusi…dah tu orang mintak balik awal tak kasi…kena tunggu jam berbunyi..dari pukul 4 petang sampai la pukul 5 petang…waaaaaaaah nampak sangat CMG susah nak lepaskan kami balik..mesti tak puas borak-borak dengan kami kan….tiffin

bergambar kenangan bersama tiffin biru

Dari Sedenak kami meneruskan kembara aidilfitri ke Gemas…rumah Along Usop…

 

 

pssssst : jangan lupa baca next entry