Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label ADNAN IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label ADNAN IBRAHIM. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Kerana Blogger, MIDI dan RASA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Angkara nak tahu cerita tentang seorang blogger masakan yang pemes de sedenak tu kakakecik beli sekali gus sekali harung dua-dua majalah yang memuatkan resepi daripada blogger tersebut.

 

Kebetulan pagi tadi pergi bayar bil TNB yang tertunggak RM60 tu..parking plak di depan kedai yang ada jual majalah..so dah alang-alang parking depan kedai nya, harus la masuk untuk mencari majalah MIDI edisi 15 Feb 2013 dan RASA Mac 2013. Alhamdulillah, masih ada stok kedua-dua majalah nie..sebelum raya cina aritu RASA belum ada..tak pikir panjang terus ambik dan bayar…tak sabar nak belek..

  RASA MIDI

MIDI dan RASA yang memaparkan resepi air tangan Che Mat Gebu dan juga blogger lain. Memang berbaloi beli kedua-dua majalah nie..banyak kot resepi yang menarik minat kakakecik untuk mencuba nya…

  rasa cmg

Tiffin biru wajib jugak la kan masuk dalam RASA…eh muka CMG pun ada…lepas nie CMG kalau nak keluar dari Sedenak kena pakai mask la..nanti ramai anak gadis dan makcik-makcik datang serbu…hehe

midi

Opss…dalam MIDI plak CMG kongsi 3 resepi masakan tradisional Melayu dan yang paling penting tu ada resepi asam pedas nyonya..dapat la mencuba lagi untuk buat asam pedas nyonya ni..

 

Selain CMG terdapat jugak blogger masakan lain seperti kak Azlita Masam Manis, PuanNoor Shadian (Noorsha) daripada 1001 Cerita 1001 Rasa, Puan Animah (Penyulawa) - Cookery Pot - Secret Of Happiness, Puan Wan Rogayah (Kak Wan) - Blog Citarasa Wan dan Puan Siti Delima - Dari Daput CT

 

Tahniah kepada blogger-blogger masakan ini…semoga dengan resepi yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada pembaca di luar…teruskan penulisan anda ye…

Tuesday, January 29, 2013

Johor Trip # Sedenak : Terima Kasih CMG Adnan Ibrahim

Assalamualaikum dan Selamat Petang,


Berhenti seketika tak nak berhenti lama sebab nanti orang kata dah basi baru nak cerita kan......sambung balik entry travel kakakecik ke Johor...kalau nak tau camne perjalanan kakakecik dan Aima ke Johor..rajin2 la ke entry ini ye...


Sebab apa ye kakakecik dan Aima ke Johor..mungkin ada yang kata sebab nak jumpa kawan-kawan di sana...ye memang betul pun..dan salah seorang sahabat blogger kenalan maya yang setahun lebih kami tak jumpa. Beliau tinggal di Sedenak..apa yang istimewa nya Sedenak.kat sini la tinggal nya seorang blogger masak memasak yang pemes de amos tu....tak lain tak bukan Adnan Ibrahim pemilik tiffin biru dot com atau lebih dikenali dengan Che Mat Gebu (CMG)...


Ini adalah kali kedua kakakecik sampai ke teratak beliau..terima kasih kepada Sunah kerana sudi bawak kami ke sana..perjalanan dari Sri Putri ke Sedenak adalah dalam setengah jam dengan pemanduan yang sederhana laju mengikut highway dan exit Kulaijaya..bukan exit Sedenak okey...sebab kalau dari JB exit Sedenak macam patah balik..rugi rugi rugi...


Kami sampai ke rumah CMG terkejut jugak la sebab ada 2-3biji kereta selain backhoe yang tengah wat keje2 pembaikan didepan umah CMG...opps CMG ada tetamu lain selain kami..dah naik segan..ye la 3 orang anak dara pegi umah anak teruna untuk makan di waktu tenghari...huhuhu


Dengan selamba nya CMG ajak kami ke dapur...konon-konon hanya kami bertiga sahaja so makan di dapur la lagi best...Menu apa yang CMG hidangkan untuk kami..mesti ramai dah tahu kan..tak kira kakakecik nak jugak bagitau...Laksa Johor menu permintaan kakakecik..dah lama x makan tau..pertama dan terakhir adalah 10 tahun lepas...




Sori gambar laksa dalam pinggan tak ada..sebab bersemangat nak makan...memula mintak Aima letak 1 chop spghti sahaja..tapi macam skit..mintak tambah lagi 1...sekali ambik ko...nak habiskan 2 chop tu jenuh jugak la..Sunah laju je makan 2chop dan tambah lagi 1chop..sampai gatal2 hidung nya malam tu..kecian Sunah..Thanks CMG buatkan laksa johor yang super duper banyak ini..al maklum la kami bagitau 6 orang akan datang..tetapi hanya kami bertiga sahaja...Sue IEB dan Cikgu Areef tak dapat join kami..sori ye CMG...Walaupun pada awal tu kakakecik biarkan laksa tu dalam pinggan...sembang2 dulu..bagi perut kosong lagi...last sekali kakakecik hirup sampai licin..siap tambah kuah sahaja..makan sampai habis...



Selain Laksa Johor yang mabeles walaupun tanpa daun selasih..CMG hidangkan kami







Sambil makan sambil borak..memang tak sedar apa la...hampir 4 jam jugak la di rumah CMG dari minum limau ais kepada teh pandan...ada je yang diborak kan..dari topik makan-makan, masak-memasak, madu-bermadu, teko antik hingga la belajar mengenali jantina kucing...hahahha..almaklum la family CMG keluar pegi rumah sedara CMG...tak leh tahan tu CMG dok panggil kakakecik "Datin"..kejap kejap Datin Datin..hahahhaa..kelakar sangat...memang dah lekat Datin la...siap suruh kakakecik tukar url..kakakecik tanya jugak kenapa dia panggil kakakecik datin...ada la jawapan yang diberi..kalau nak tau kenapa kakakecik dipanggil datin tanya la CMG sendiri okey



Akhir sekali, kakakecik mengucapkan ribuan terima kasih kepada CMG kerana sudi menerima kunjungan kami dan menghidangkan juadah2 yang sedap2 belaka...dan terharu sekali bila CMG dah tau apa yang kakakecik tak makan...huhu...insyaAllah nanti2 kita jumpa lagi..CMG kalau mai Koding KODIANG (thanks Sunah perasan typo akak...eh CMG pandai sebut KOKDIANG tau) jangan lupa singgah Pendang tau...



psst: ada lagi 3-4 entry travel johor nie..jangan plak nanti korang jemu..almaklum la 4 hari di sana..mesti la banyak entry nya..nak wat 1 entry je nanti panjang berjela



Thursday, February 9, 2012

Jelita Feb. 2012 : Apa yang istimewanya???

Assalamualaikum dan selamat petang…

 

Akhirnya pagi tadi kakakecik dapat pun Majalah Jelita keluaran Feb. 2012..semalam pergi 2 kedai kat Pendang nie takde..dah laris habis stok…waaaah apa yang istimewa sangat keluaran bulan nie yer….tatau la kat dorang…tapi kakakecik nak dapatkan majalah sebab CMG telah digoda oleh JELITA….msa nak beli tadi tak bape yakin je..betul ke nie…dah tu terkoyak plak kulit JELITA tu..cepat2 je kakakecik tanya ada yang lain tak…nasib baik ada yang baru..molek semangat skit kakakecik nak membaca nya…

 

1st sekali kakakecik buka halaman isi kandungan….nak tengok m/s bape bab2 masak nie..malas nak selak 1-1 helai…bila dapat je terus selak m/s 146….waaaaaaaaaah terpampang Kek Batik Horlick Sakura oleh CMG…ada lagi 6 resepi lain dr CMG (kalau nak tau resepi apa, beli la majalah JELITA bulan nie punya) hahhaaa

DSCN7949

 

Selain resepi CMG nie…kakakecik rasa syukur sangat sebab apa yang kakakecik dok cari akhirnya ada dalam JELITA keluaran nie jugak..bahagian masak-memasak jugak tau…KEK PUDING KARAMEL…eh eh bukan ke kakakecik dah biasa buat sebelum nie…memang pun kakakecik dah biasa buat sebelum nie…tapi malam sebelum kenduri akikah Sorfina, kakakecik buat la bagi kakak2 ipar kakakecik makan…so dorang suggest kakakecik buat puding tu tebal..lebih kurang sama dengan tebal kek…YA AMPUN..camne nie…kakakecik kata kalau mcm tu kena tambah kuantiti susu dan telur la…yakin tak yakin sama banyak je…tetapi memang betul pun apa yang Kak Noorsha kongsikan dalam resepi nya di Jelita (m/s140) tak percaya, cer tengok bawah tu….kan kan

 

DSCN7957

 

Lepas nie boleh la cuba buat resepi2 yang ada majalah JELITA nie…Tahniah kepada CMG, Kak Noorsha, Raihanna dan2 blogger lain serta Sunah Sakura coz Kek Batik Horlick Sakura kan idea kamu kepada CMG

 

pssst : arini kakakecik dok belek2 je entry masak memasak kak Noorsha dan Raihanna

Jom Memasak : Sambal Bilis, Dek Tergoda dengan CMG

Assalamualaikum…

 

EHem Ehem….tajuk entry boleh bikin gempak nie kakakecik….sejak bila tergoda dengan CMG nie….eh eh korang tatau ke yang dah lama kot kakakecik tergoda dengan CMG…hampir 2 tahun dah jatuh cinta dengan resepi2 masakan nya di Dapur Tanpa Sempadan…baru2 nie CMG ada buat sambal kentang bilis…walaupun simple tapi kakakecik memang suka sangat la sambal bilis nie mau lak ada kentang…so berangan la masa dok belek2 entry di DTS tu yang malam nanti nak buat…sekali asyik dok tengok Vanilla Coklat tak terbuat…

 

Pagi semalam baru kakakecik buat…tapi kuciwa nya sebab kentang dah habis…jadi la sambal ikan bilis kering sahaja…dijadikan bekal utk bfst dan lunch semalam…simpan skit di rumah..konon balik malam lepas kerja boleh la makan dengan roti ke apa…sekali dah pesan roti dengan mak su, sambal bilis dah habis la…kena la buat semula…malam tadi kakakecik buat banyak skit 2 genggam jugak la ikan bilis tu…senang boleh makan banyak kali…

DSCN7945 Sambal bilis kering + roti gardenia…sedap enak di makan di waktu pagi dan petang…

 

Jom semak resepi bahan dan cara bagaimana kakakecik buat sambal bilis nie..sama tak dengan korang semua kan

 

Bahan-bahan :

2 genggam ikan bilis yang telah dibelah, rendam dan toskan

3-5 sudu besar cili kisar

2-3 sudu gula

1 keping asam gelugur

1 cawan air

garam secukup rasa

1 biji bawang besar – dipotong melintang

2 ulas bawang putih- ditumbuk halus

3 ulas bawang merah – ditumbuk halus

 

Cara-cara :

  1. Goreng ikan bilis hingga garing dan kekuningan. Angkat dan tos, ketepikan.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan. Masukkan cili kisar, air, asam gelugur, gula dan garam.
  3. Biarkan ia masak sehingga pekat dengan menggunakan api sederhana dan masukkan bawang besar(jangan lupa rasa ye)
  4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi, gaul hingga rata dan kering.
  5. Tutup api, biarkan sejuk…siap dihidangkan dengan nasi panas or makan dengan roti

 

Selamat Mencuba

 

psssst : ada lagi 2 keping roti utk petang nanti, teringat plak kenangan zaman study dulu selalu buat sambal nie bawak balik kolej…si Ruzz pun pandai buat sambal bilis kering nie…dipanggil nya sambal bilis jawa….sedaaaaaaaaap

Thursday, September 29, 2011

Beraya di Sedenak

Assalamualaikum…..

Pertama kali shida memohon kemaafan kerana hampir 2minggu shida tak update entry…dan jangan bosan jemu sekiranya entry berikutnya selepas ini adalah entry2 yang tertunggak..mesti ada yang dah baca dari entry sahabat2 shida yang lain…

Perjalanan shida dari utara ke selatan  dan tengah tanahair bermula pada 16 September….dengan PHS shida ke Penang untuk ambil Nadh..dan seterusnya ke rumah Aima di Lunas, Kulim…Kami bertiga bajet akan bergerak dalam pukul 10 malam..tetapi apabila shida bertemu dengan mak aima…borak punya borak sampai jarum jam berkumpul…pukul 12 tgh malam…masa di rumah aima…mak dah kol tanya kat mana..bila bagitau masih di Kulim..mak dah mcm nak bising hehehe..sebab risau anak dara dia ke KL tengah malam…

Kami bertiga sampai ke RnR Sg Buluh di awal pagi, shida dan aima memberi peluang kepada driver kami si Nadh untuk melelapkan mata dan menghilangkan kepenatan drive..dia tido memang dah tak sedar apa…pukul 6.40 pagi kami bergerak ke Shah Alam untuk menjemput Amalina di Uitm Shah Alam…perjalanan diteruskan ke Balakong bukan untuk menjemput blogger tapi shida nak beli barang keperluan membuat decoupage…walaupun GPS problem, Hp Nadh habis bateri, akhirnya kami berjaya sampai ke Mutifilla Sdn Bhd..itu pun setelah nadh kol tauke kedai tu…thanks Nadh…sori kalau menyusahkan…

Dari Balakong kami terus ke Kolej Za’aba, UKM…agak2 korang sapa plak yang kami akan ambil ye…untuk beraya ke Sedenak…yeaaaaaaaaaaaaah betul Along Usop dengan bantal bucuk nyer….Nadh mesti suka sebab dah ada teman sejantina hahahhaa..kalau tak dia sorang2 je lelaki…

ucuk along Along dengan ucuk nyer…

Alhamdulillah….17 September 2011, Jam 2.00 petang adalah hari dan detik yang sukar dipercayai kerana shida dan sahabat blogger memijak teratak blogger masakan yang hebat…CMG Adnan Ibrahim (Dapur Tanpa Sempadan- Tiffin Biru) di SEDENAK….dengan PHS plak tu…(mak ayah sebenarnya anak dara mak ayah nie bukan pergi KL je….tapi sampai ke JOHOR….itu la mak ayah tatau sedenak tu kat mana..hehe)..perancangan kami (Sunah, Aima, Amalina, Nadh, Along) untuk beraya di buat semasa mini gath pada Julai 2011 yang lalu…terharu sangat2 CMG Adnan Ibrahim menerima kehadiran kami dengan hidangan yang menyelerakan dan sedap-sedap belaka…terutama Asam Pedas Ayam dan Puff..makan dah tak pandang yang lain…senyap sunyi time makan….strwbery cheese cake shida merasa skit je tp sedap jugak….shida tak makan cheese….makan strwbery je

***NAK TENGOK APA YANG DIHIDANGKAN KLIK SINI

Eh eh bukan shida, along, nadh, aima dan amalina je beraya kat umah CMG Adnan IbrahimSunah, Azila  Aji (housemate Sunah) dan Adik Keroro sampai awal lagi dari kami….Cikgu Azaref jugak datang beraya bersama-sama kami kat umah CMG…Biasanya setelah selesai makan-makan tu…mesti ada sesi menyembang dan bergambar kan (nak tengok gambo banyak klik DI SINI )….masa nie memang happening sangat2…dengan lawak jenakan CMG yang buat kami semua tak kering gusi…dah tu orang mintak balik awal tak kasi…kena tunggu jam berbunyi..dari pukul 4 petang sampai la pukul 5 petang…waaaaaaaah nampak sangat CMG susah nak lepaskan kami balik..mesti tak puas borak-borak dengan kami kan….tiffin

bergambar kenangan bersama tiffin biru

Dari Sedenak kami meneruskan kembara aidilfitri ke Gemas…rumah Along Usop…

 

 

pssssst : jangan lupa baca next entry

Wednesday, September 7, 2011

Almond London

AL

Almond London satu lagi biskut terbaru bagi shida…terbaru bermaksud yang 1st time shida buat sendiri…kalau sebelum ini shida tempah sahaja…tetapi bila dah setiap hari dok lepak kat blog CMG…rasa rugi jugak la kalau x mencuba 1-2 resepi yang dikongsi oleh CMG dengan pembaca tiffinbiru dot com…macam jugak jejari coklat dan kek lapis, almond london telah menarik tumpuan shida untuk mencuba buat julung kali nya….tetapi shida tak berapa nak yakin untuk buat sendiri sebab shida tak pernah-pernah buat sebelum ini..dengan muka tak malu..jejari shida menaip msj kat FB Adnan Ibrahim tanya pasal cara/tips membuat almond london…alhmdlah cmg adnan ibrahim tidak lokek berkongsi tips dengan shida…so setelah yakin dengan tips2 yang diberikan oleh CMG….maka begitu la rupa almond london yang shida buat sendiri tahun ini…kalau orang lain di luar sana menggunakan cup warna hitam, tapi shida guna color merah dan pink…nak bikin kelainan la konon..hahhaa…tapi apa pun alhmdulillah almond london mengikut resepi CMG ini memang betul-betul sedap dan memenuhi citarasa shida dan keluarga…(kak ja makan tanpa salut coklat pun dia kata sedap….mcm biasa senyum simpul la shida)….eh eh awin puteri katek pun ada wat almond london la…tapi kalau tengok rupa tu bukan almond london…cer klik kat SINI

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan dan ayak)
70 g gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
150 biji badam berkulit (kurang lebih)


BAHAN HIASAN :
300 gram coklat masakan
1/3 camca teh lemak sayur
Badam cincang secukupnya, dipanggang harum

CARA MEMBUATNYA :

  1. Badam tadi digoreng hingga kuning keemasan. Tuang minyak dalam kuali, masukkan badam tadi dalam minyak sejuk. Hidupkan api sederhana dan biar badam tergoreng secara perlahan2 hingga kuning keemasan, kacau sekali sekala. Angkat, toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Sejukkan.
  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh dan rehatkan sekejap, tutup dengan kitchen towel bersih yang telah dilembapkan.
  3. Ambil secubit doh tadi, balutkan pada sebiji badam, bentukkan bujur dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  4. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, masukkan lemak sayur, kacau rata. Ambil sebiji almond london togel tadi, letak dalam paper cup kecil, sudukan 3/4 camca teh coklat cair tadi sehingga menyelimuti almond london. Susun dalam loyang pembakar. Buat lagi dan susun rapat2 seperti dalam gambar diatas. Tabur sedikit badam cincang sementara coklat masih cair. Biar coklat mengeras dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba untuk semua...

 

psstttt… sebenarnya ada cerita di awal pembikinan almond london ini..tapi biar la rahsia antara shida dan keluarga….wat malu je kalau shida cerita di sini…

Biskut Jejari Coklat

JEJARI

Assalamualaikum….perggh 1st time shida buat biskut mengikut resepi CMG Adnan Ibrahim….shida terTARIK dengan kecomelan Jejari Gebu CMG…eh eh kecomelan Biskut Jejari Coklat CMG…tahun nie shida nak buat penambahan dalam koleksi biskut raya yang akan dihidangkan kepada tetamu..so shida rasa jejari coklat ini boleh menarik perhatian kanak-kanak…tapi alangkah terkejut nya shida..bukan kanak-kanak yang tertarik tetapi bapak budak yang tertarik…dah tu masa jejari togel…tak de celup coklat n tabur gula-gula warna-warni…dia dah amik 3-4 jejari makan…kata nya sedap…senyum simpul la shida bila abg on abang num 2 yang kuat mengKRITIK bab makanan puji biskut jejari tu sedap…Thanks CMG Adnan Ibrahim..

BAHAN-BAHAN ADUNAN :

125 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla
30 gram gula aising
130 gram tepung gandum*
15 gram tepung beras*(*disatukan dan diayak)


BAHAN HIASAN :

150 gram coklat masakan, dicairkan secara kaedah double boiler*
1/4 camca teh lemak sayur*(*disatukan dan kacau rata)
Gula2 manik secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar mentega gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bulat bersaiz 1 cm. Paip ke dalam dulang pembakar berbentuk jejari sepanjang 5 cm, kemaskan dan buat hingga siap. (shida tatau la guna muncung saiz berapa…dah tu bergerigi plak..almaklum la pinjam yang mak ngah punya aje…janji jadi jejari)
  2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit, sejukkan atas jaringan. Kemudian celup 1/3 bahagian biskut dalam coklat cair, tabur gula2 manik hiasan, biar coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara.

** SHIDA BUAT 2 ADUNAN

Sunday, April 3, 2011

Jom Memasak : Burger Malaysia

Assalamualaikum…

semalam shida kena perli dengan ayah sebab bangun awal pada hari cuti….ayah tanya arini nak g mana plak…wah wah tanya ke perli tu ayah…sekali mak plak yang menjawab..nak uli donut..ilah nak makan donut shida buat…ayah cepat2 jawab….oooh ye ke…haaaaaaaaaaa tunggu apa g p la uli cepat…dalam hati nie…ayah nie…sabaq sabaq la tau la dah lama ayah x makan pun donut cheq wat…kul 10 jugak baru anak dara ayah nie buat..awal2 tu lepak dulu tgok nasi lemak kopi o…tgok syarifah noor pakai tudung sebiji mcm ina pakai ari gath kbu….mcm donut pelangi dia..cuba terjah entry ADY yang INI

BURGER MSIA

Bahan-bahan :

1/2 kg tepung gandum

5 sudu gula

1 sudu garam halus

5 sudu butter

1/2 peket yis**

1 1/2 cawan air suam **

** Air suam dan yis disatukan kacau, biarkan sampai berbuih

Cara Membuat :

  • Tepung, gula, garam, butter disatukan…gaul sehingga rata (macam serbuk roti)..
  • Masukkan yis yang telah dibancuh dengan air suam..gaul uli sehingga tidak melekat di jari dan bekas adunan..Biarkan kan doh dalam 45-1jam
  • Bulat2kan macam nak wat bun…biarkan dalam 30minit atau kembang
  • Sedia utk di goreng di dalam minyak pnas yang api yang sederhana…goreng hingga kekuningan…
  • Bila sejuk, belah dan letak sambal tumis dan juga hirisan timun.

Selamat Mencuba

**memandangkan family suka donut biasa so shda terpaksa bahagikan doh utk wat donut dan burger malaysia…burger malaysia nie sebab shida dah lama teringin nak cuba sebab entry chef yang pemes dan fofular nie…sapa la kalau bukan MAT GEBU di entry nya BURGER MALAYSIA aka KUEH BATU BELAH

Monday, March 21, 2011

DERHAKA DONUT SURIA PELANGI MAT GEBU


Assalamualaikum…
Ampun kan saya mat gebu..shida mintaaaaaaaaaaaaaaaak ampun nie sebab telah derhaka kepada resepi asal donut suria pelangi mat gebu..shida sebenarnya telah jatuh cinta dengan warna warni donut pelangi yang ada warna merah, hijau, kuning tu…shda dok imagine perasa pandan, strwbery n vanilla…tapi shida nak wat takut xde sapa makan sebab nampak pelik donut pelangi….so shida amik keputusan nak buat donut marble…letak serbuk koko…tp x menjadi marble nyer…tu la lain kali derhaka lagi….nak tau jadi apa…mcm cekodok je shda tgok…dah shda wat donut stick mau x nampak macam cekodok pisang…cuba korang tengok pic bawah nie…kan ada sama..iras2 mcm cekodok pisang yang sedap di makan waktu petang time ujan2 mcam skrg nie
donut coklat
Encik mat gebu yang baik hati boleh la kira nya ajar cmne nak bagi jadi marble..perlu ke shida letak serbuk koko banyak….
Resepi asal donut suria pelangi oleh chef dapur tanpa sempadan SILA KE SINI
Shida guna adunan DONUT DERHAKA

Monday, March 7, 2011

Terkesima..Terkedu..Sebak..Melihat Dia..Blogger Istimewa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Macam biasa la shida akan buka blog Adybudika, En Ben dan En Mat Gebu

dari blog Ady shda tgok ada satu entry pasal  "Anda patut kenal siapa itu Mohd Sukur Ibrahim”

shida terus ke blog Mohd Sukur Ibrahim

sukurBeliau Adalah Blogger Istimewa

Shida terkesima..terkedu apabila melihat aksi nya membuat Vlog Khas utk En Ben Ashaari…sebak rasa melihat nya

Shida sendiri rasa nya tak mampu utk berbuat demikian…

Mohd Sukur..walau bagaimanapun kita..ini semua anugerah daripada Allah SWT…semoga anda cekal mengharungi hidup ini..jangan jadikan kekurangan kepada diri awak sebagai satu penghalang…Kemungkinan insan yang sempurna pada mata kasar sebenar tak sempurna pada zahirnya…Hanya Allah yang mengetahui segalanya….Apa pun shida bangga temui blogger seperti awak yang kuat semangat…..Semoga hidup awak akan diberkati olehNya dunia n akhirat…Amin….

 

pssst : jom bagi sokongan kepada beliau….sepertimana yang di syorkan oleh EN Ben Ashaari 

http://www.benashaari.com/2011/03/penghormatan-buat-blogger-ini.html