Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Cinta Bintulu Trip # Kereta Sewa : NZ Car Rental Bintulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

nz car rental

Disebalik pemergian kami seramai lebih kurang 20 orang ke Bintulu untuk memenuhi Walimah Penyatuan Dua Hati Ady dan Sunah pada minggu lepas..13 orang daripada kami menginap di Kidurong. So untuk ke mana-mana tak nak menyusahkan family Sunah, kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta di sana. Mencari2 jugak perkhidmatan kereta sewa yang memenuhi bajet kami.

 

Walaupun ada awal proses booking tu kakakecik sedikit gusar kerana lambat mendapat maklum balas daripada pihak kereta sewa, nak booking online nak isi form nya pun terkial..dah tu online sama da percaya or tak tu sama banyak..tapi akhirnya, dengan kerjasama daripada Abg Awie owner NZ Car Rental Bintulu semuanya jadi lancar..Di awal booking, kakakecik pilih 2 buah viva 850 manual untuk 1 hari 4 jam itu..Caj yang dikenakan adalah RM130 untuk sebuah..Kakakecik bank in beberapa hari sebelum berlepas ke Bintulu..So, pada hari Sabtu, selepas majlis semua seperti yang dijanjikan Abang Awi hantar kereta ke rumah Sunah. terkejut jugak la dia bagitau kereta MyVi dan Saga..Alamak macam mana bayaran plak…dah riso kena tambah nie..Alhamdulillah sekali lagi rezeki kami..abang awi tidak mengenakan caj tambahan lain..padahal kalau sewa keta myvi dan saga ni rm150.00 jugak la..dah la dua2 auto.terima kasih banyak2 abang awie..

nz

Kepada sapa2 yang ke Bintulu..perlukan kereta sewa, kakakecik suggest kan NZ Car Rental..korang bolehlah call/sms/whatsapp  0138353579 - Mr. Awie, sekiranya ada sebarang pertanyaan jangan kedekut kredit call je terus macam mana kakakecik buat..dalam masa tak sampai setengah jam call 2x hahaha..nasib baik la abang awie layan setiap pertanyaan kakakecik, sebabnya katanya penat nak tekan keypad balas mesej.

Untuk lebih detail..boleh lawati

web : www.bintulucarrentalnz.com

FB : https://www.facebook.com/keretasewa.nzbintulu

Page : https://www.facebook.com/pages/Kereta-Sewa-NZ-Bintulu/634070696609212?fref=ts  (search Kereta Sewa NZ Bintulu)

Location:  No 404D kampung Sibiew, Lorong A1 RPR Sibiew, 97000 Bintulu, Sarawak.

 keta sewa

Walaupun pada tengahari Ahad semasa di lot parking Pasar Utama Bintulu, tetiba kereta Myvi tak dapat start..cepat2 kakakecik call Abg Awie, dengan secepat sepantas yang boleh abang awie ke lokasi..Rupa2nya batery masalah..selepas jumper semua abang awie tinggal Exora untuk kami…gluuurp..dari sekecik2 kereta ke sepanjang2 kereta nie..ikutkan nak je hantarkan 2 biji kereta tu..kami just guna Exora tp dengan baik hati nya abang awie kata xpe guna je dua-dua tapi petang nanti before ke airport ambik dia di rumah sebab tak de orang nak hantar ke airport..okey abang bereh…bisa di atur.

1486759_791607684198927_1748925638_n Ini budak muka habis seronok dapat sambal laksa sarawak..kempunan nak makan laksa sarawak..tup2 abang awie kasi 2 pek sambal laksa sarawak..tqsm abang awie..terharu habaq mai..nanti kalau jejalan kedah roger la kami ye..

 

 

pssst : kami adalah Team Kelam Kelibut Cinta Bintulu, kalau tak de la Puan Pengantin Sunah Mohammad komen di entry Penyatuan Dua Hati..Alhamdulillah..mekasih akak sudi datang jauh2 ke bintulu..maaf atas segala kekurangan, kekalutan, kekelam-kabutan akak n kawan2 sepanjang kat sana..team yang sentiasa lasti minute sampai airport..hihi..takleh lupa sampai bebila insya'Allah...mekasih sekali lagi~ dah tu tak pasal2 abang Awie NZ Car Rental Bintulu pun terpaksa jadi pemandu F1…memang terbaik la kami punya team kan

Thursday, January 31, 2013

Johor Trip # Cafeteria Noor : Pertemuan Kembali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kakakecik ke Johor minggu lepas bukan semata2 berjumpa dengan sahabat2 yang kakakecik kenal di alam maya...tetapi jugak dengan izin daripada Allah kakakecik dapat bertemu kembali dengan orang yang kakakecik begitu rapat pada suatu ketika dahulu..


Cafeteria Noor menjadi saksi pertemuan kami...bermula dengan Kak Azie sekeluarga..Kak Azie adalah sahabat kepada kakak Kakakecik..mereka mengenali antara satu sama lain pada tahun 1998 semasa masing2 belajar di Kolej Negeri..walaupun kak Azie sahabat kepada Kak Ja..tetapi kakakecik juga rapat dengan nya...hampir 8 tahun jugak kami tidak bertemu..seingat kakakecik kali terakhir kami bertemu adalah pada majlis perkahwinan Kak Ja pada tahun 2005..sekarang dah di tahun 2013.

 Ada yang mengatakan muka kami seiras..seperti dua beradik...

Bergambar kenangan dengan family Kak Azie dan Abg Rizal...sudah 4 orang pun anak kak Azie..tapi maintain mcm anak dara lagi


Kak Azie terima kasih kerana sanggup datang dari Bukit Indah untuk berjumpa dengan Shida..walaupun sekejap tetapi ia amat2 membuatkan shida sebak dan sedih sehingga mengalirkan air mata...tatau kenapa Shida rasa sedih sangat saat itu..mungkin antara kita sudah seperti adik dan kakak..(sebak plak bila menulis kembali saat itu)...Terima kasih jugak kerana belanja shida dan kekawan sarapan pagi tu dan buah tangan strawberry cheese tart serta kek lapis berempah itu..



Kek lapis dan cheese tart tu Kak Azie buat sendiri..dia ada bisnes Home Bakery...macam2 juga dijual..kalau sama berminat nak mencuba air tangan kak Azie boleh ke Rizziees Bakery House (Kak Azie jugak adalah jiran kepada blogger Sis Lin)



Tak lama selepas kak Azie balik...kakakecik sempat la berborak kejap dengan adik2 blogger lelaki tu...pastu datang plak seorang adik junior yang kakakecik kenal masa study dulu..kira rapat la dengan dia..selalu pegi bilik dia lepak makan tido kat bilik nya...last kakakecik jumpa Alin, pada tahun 2009..time kenduri kawen dia..itu la kali pertama kakakecik ke Johor...naik kapal terbang lagi sorang2 plak tu...


Dan pada 26 Januari 2013, Sabtu lalu kami bertemu kembali...kalau dulu Alin sebagai pengantin baru..tetapi kali ini alin bakal seorang ibu..walaupun tengah sarat mengandung Alin tetap datang jumpa kakak dia seorang ni...terima kasih Alin...


Sebenarnya kakakecik ingat nak jumpa alin kat area umah nya di Kulai..tetapi tak tau yang dari Sedenak ke Sg Sayong akan lalu depan taman umah alin...so tak dapat la jumpa di Kulai...apa pun akak memang tak sangka alin akan datang jumpa dengan akak..walau kejap...Alin..akak doakan semoga urusan kelahiran cahayamata pertama kamu dan Jani akan dipermudahkan..dengar2nya baby boy..elok sangat la..mak kan xde anak lelaki..mesti akan jadi cucu kesayangan punya lah...


Alhamdulillah dengan takdir Ilahi kakakecik dapat bertemu dengan orang-orang yang kakakecik rapat..walaupun ada lagi seorang dua yang belum punya jodoh untuk bertemu...insyaAllah nanti kita bertemu ye...



p/s : masih terkenang2 trip ke johor....



Johor Trip : Ribuan Jutaan Terima Kasih Sunah Sakura

Assalamualaikum dan Selamat Petang


Jika di minggu lepas..di kala waktu ini di hari Maulidur Rasul kakakecik masih berada di rumah CMG Adnan Ibrahim...dah seminggu kan...tetapi entry trip kakakecik ke Johor masih lagi belum berakhir...dan ada yang bertanya kenapa kat entry kakakecik tak de gambar-gambar pantai makanan macam di entry Sunah Sakura ini...


Dik...akak punya belum sampai ke part itu...akak kena buat by part kalau rangkum semua dalam 1 entry jenuh kot nak membaca...hehe


Di pagi Sabtu selepas Sunah siap membuat Kek Karamel Aisyah, kami ke Taman U untuk bersarapan di Cafeteria Noor dengan blogger UTM (ini plan Sunah). Kakakecik ingat kan ManYusoef dan Nazri sahaj..tetiba ada lagi 2 blogger UPM yang turut serta..Kebetulan Raziq dan Wan XXX (kenapa Wan XXX kakakecik pun tanya la Aima...menurut Aima, dia tak kasi letak nama nya, Oh ok) datang ke Johor jugak dengan tujuan lebih kurang macam kakakecik dan Aima la melawat sahabat blogger....



Sarapan pagi kami dibelanja oleh seorang kakak yang hampir 8 tahun kakakecik tidak berjumpa..


Jangan ditanya kenapa kakakecik tiada dalam gambar ini dan di mana kakakecik menghilang?Yang pasti bukan kakakecik yang snap picture ini okey



Konon nya nak balik selepas sarapan pagi di Cafetaria Noor..tetapi setelah Sunah memujuk rayu akhirnya Kakakecik dan Aima tangguh pemulangan kami..kecian jugak dengan Sunah tak sempat untuk jejalan dengan kami...So, selepas bersarapan..kami pulang semula ke rumah sewa Sunah, selesaikan apa yang patut dan bersiap2 untuk hantar kek yang ditempah.


Tengahari kami lunch dengan restoran apa ntah area2 U Mall tu...tapi memang kena dengan selera kakakecik..habis licin makan.. Kami singgah sebentar di Benang Hijau..kakakecik dan Aima kongsi beli kain sepasang untuk membuat baju. Seterusnya kami ke Perling Mall untuk menghantar kek Karamel Aisyah dan ke Bakery Shop..temankan Sunah beli bahan kek..kakakecik nyaris2 nak beli acuan coklat dan lolypop stick...tapi dorang kata mahal..so letak balik nanti pergi survey di AS..kalau mahal di AS suruh Sunah tolong belikan di Perling..


Selesai urusan jual beli...Sunah tanya nak ke mana..alamak dik jangan la tanya...Aima dok nak p Desaru..jauh cheq oooi...tapi pantai kalau cantik memang belah2 mersing sana la..Akhirnya Sunah decide bawak kami ke KUKUP...ingatkan nak ke Pulau Kukup...sekali cebek sebab kami sampai dah petang..pukul 4.15 mcm tu...Pulau Kukup dah tutup time tu..last boat dari Pulau Kukup pun pukul 4 petang..Nak buat macam mana kan..xde rezeki kami untuk ke sana.....




Tak dapat ke Pulau Kukup kita bergambar dah le sebagai bukti dah sampai ke kawasan Kukup kan..hehehe. apa2 je la kakakecik oooi.


Dah hajat di hati nak melihat laut/pantai..kami mencari2 destinasi pantai yang terdekat..kebetulan tangan kakakecik gatal pergi ambik brochure yang terdapat di Terminal Feri Antarabangsa Kukup...so belek punya belek ternampak la Pantai Rambah...mintak la Sunah bawak kan kami ke sana..cari dari GPS xde plak Pantai Rambah...yang ada Taman Rekreasi Sg Rambah...tak pe set je la janji ada Rambah tu betul la kot...dapat jugak la kami melihat menikmati laut, sunset dan hujan tengah laut di Pantai Rambah...sambil menikmati keindahan alam makan kuaci..kakakecik memang tak pandai makan kuaci..gigit2 kulit isi nya jatuh ke bawah...so tolong pegang untuk dorang berdua je la..saya kan kakak duduk plak di tengah2..antara Aima dan Sunah






Hari semakin senja..tak elok anak dara jalan kan time2 senja nie..hehehe...Sunah terus kan pemanduan dengan Sakura Ungu ke JB..singgah di Angsana sebab Aima nak tengok2 tudung..tetapi masuk je pintu Angsana tu..terus ternampak 1 kedai nie..bukan kedai tudung tapi kedai kamera...saja la kakakecik tanyakan harga kamera nikon tu..berapa..harga yang diberikan agak berpatutan..tanya la berapa boleh kurang..dia turun RM20.00 je...Aima macam berminat jugak...so proses tawar menawarkan berjalan sehingga la persetujuan kedua-dua pihak, ops ketiga2 pihak la..kakakecik, aima dan sales man tu...harga yang diberi kurang RM110.00 jugak la...dah tu kakakecik dan aima ambik model yang sama dan color design pun sama...dah beli camera nya..mesti la nak screen protecter...dia syorkan yang mahal yang elok la..mintak kurang lagi..dia x berapa nak bagi banyak..bila bagitau nak ambik tiga..dia kira punya kira dapat la harga yang agak buat kami senyum..tapi kakakecik nie nak jugak kurang lagi...ambik mesin kira dia..campur tambah kali semua..kakakecik tolak lagi RM 10.00 genapkan RM700.00 je semua nya..untuk 2 biji camera compact nikon dan 3 keping screen protecter...lepas nie tak de lagi la camera edisi terhad tu ye CMG..hahahaha.. Dalam sekejap je dah susut RM700.00..cash xde..debit card je la..hehehe..



Dari Angsana ini, Sunah bawak kami ke Warung Pusaka Wak Radol...simpang sana sini juga la...kakakecik macam tak percaya je Sunah secekap ini memandu...dah la nak ke Warung Wak Radol tu jalan nya sempit aje...



Di Warung Pusaka Wak Radol ini paling pemes dengar2nya Satay...dan semestinya la kami makan Satay malam itu...selain satay ada jugak masakan  yang lain serta ikan bakar dan yong tau fu..Kakakecik dah lapar sangat dan bukan penggemar sate..so kakakecik pilih bihun soto..Sunah, nasi goreng cina..Aima, satay ayam 10 cucuk saya punya..padahal kami dah pesan kot 15 cucuk satay daging+ayam..campur...





Puas jugak la nak tunggu satay nie...sampai dah separuh gelas minum air dan  makan habis soto serta nasi tu pun belum tentu sampai lagi satay nya...tapi apa pun memang sedap sataynya..terutama satay daging lembut je...




Nak habiskan 25 cucuk satay tu..jenuh jugak la dok tolak hang aku...kakakecik awal2 lagi dah angkat tangan...bukan sebab nak satay tu..dah xmau..sebab kakakecik habis kuat pun sekali makan 5 cucuk satay saja...memang bukan penggemar tegar satay...walaupun begitu alhamdulillah semua habis licin..




Perut dah kenyang...terima kasih Aima belanja kami makan malam tu...



Alang2 dah lewat..kami berhenti singgah di Danga Bay untuk bawak Aima jalan-jalan di sana..kakakecik dah 2kali ke Danga Bay..jadi nya tak de la teruja sangat lagi..hehe..memula jejalan je..ambil gambar berlatarkan cruise..

Jalan punya jalan...sampai la ke pertengahan kawasan Danga Bay ada tren untuk keliling Danga Bay...kakakecik dah biasa naik dah tren ni..so nak jugak la bagi Aima dan Sunah naik...kakakecik tanya la Aima dan Sunah nak naik tak..dorang macam nak angguk tak angguk...xpe kak belanja...ye la RM5.00 je seorang..bukan selalu pun...okey apa lagi terus lompat naik tren la...





Pukul 12 lebih kot  baru la kami beredar balik dari Danga Bay...memasing dah mengantuk..sampai je umah sewa Sunah...pakat2 la merehatkan diri (sempat lagi online) dan bermalam la kami semalam lagi di Sri Putri menemani Sunah..


Esok nya...Ahad...bas pukul 8.30 pagi..8.30 pagi tu baru nak gerak keluar daripada rumah..kalau tertinggal bas...semalam lagi la stay kat johor tu...tapi kata Sunah..selalu nya waktu di tiket tu adalah waktu bertolak dari Larkin..lega rasa nya...lama jugak kami menunggu bas KBES tu...saat berpisah tu amat memilukan, nasib baik lepas salam peluk cium..terus lari2 ke bas..sebab kakakecik dan Aima je naik kat Sri Putri...Dalam bas tidoooooooooooooooooo..


Apa pun kakakecik nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada adik blogger selatan yang telah hampir atau lebih 2 tahun kakakecik mengenali..dia la insan pertama yang kakakecik kenali apabila join program2 segmen ben dahulu kala...dia la blogger pertama yang kakakecik add di FB dan YM..disangka kan dia seorang lelaki..rupa2nya beliau seorang anak gadis yang sopan dan ayu...Sunah, terima kasih kerana kamu telah bersusah payah untuk percutian akak ke Johor kali ini...walaupun kamu kerja..sanggup luangkan masa bersama2 dengan akak dan aima sepanjang 4 hari kami di sana..bahkan menyediakan tempat tido selama 2 malam..akak sangat2 terharu dan hargai pengorbanan awak..akak tahu awak penat tapi awak tetap  gagahi jugak...terima kasih Sunah...


p/s :sebahagian gambar daripada Sunah Sakura




Wednesday, January 30, 2013

Johor Trip # Citarasa Rinduan : Terima Kasih Ayu Sekeluarga

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Sambung semula entry di Felda Sg Sayong...kami bermalam di sana..di teratak keluarga Ayu Citarasa Rinduan...Alhamdulillah perjalanan kakakecik dan Aima dipermudahkan kerana Ayu menawarkan kepada kami untuk bermalam di rumah nya...syukur...save bajet kos penginapan kan..


Selepas Ayu meninggalkan kami untuk teman En Zalie ke hospital..kami bertiga apa lagi sambung tido la..(teruk kan tiga orang anak dara nie..tapi ayu dah pesan korang bertiga tido ye..mesti penat kan)... tak sampai dua jam je kami tido dalam pukul 8.30pagi mcm tu dah bangun, dan siap2 turun ke dapur sebab dah teruja dengan gambar nasi lemak yang dihidangkan untuk kami di FB Ayu...

(gambar ambil dari entry Sunah Sakura)

Sebelum makan nasi lemak nie..kami panaskan pizza yang telah siap topping nya oleh Ayu...Ayu..kamu sangat baik hati...terlalu banyak makanan awak sediakan utk kami bertiga..


Jom kita sarapan nasi lemak air tangan Ayu...makan ditemani MIL Ayu..sambil borak bab kesihatan diri..macam2 yang kami kongsi bersama...


Elok je dah sudah makan nasi lemak yang sedap nie..pizza pun siap di bakar..

Pizza sebelum ditatarias oleh Sunah




Walaupun perut masih kenyang..makan jugak pizza yang panas2 nie..sorang sekeping kecil je..Alhamdulillah rezeki kami merasai pizza yang diuli oleh Ayu sendiri...makan dah kenyang..borak pun dah sudah..kebetulan ada jiran datang ke rumah Ayu untuk berborak dengan MIL Ayu..so kami bertiga mintak izin untuk naik ke atas untuk berehat sambil online la...menunggu kepulangan Ayu daripada hospital


Tengah2 rehat dalam pukul 12tghri macam tu kakakecik terdengar bunyi pintu kereta ditutup..terus kakakecik ke tingkap menjenguk ke bawah...hati berbunga gembira apabila nampak Ayu dah balik..hehhee..bagi Ayu rehat dulu shida...kecian Ayu mesti penat...Tak lama lepas tu Ayu naik ke bilik untuk meluangkan masa berborak panjang dengan kami bertiga sebelum kami berangkat pulang ke Skudai...janji dengan seorang lagi blogger untuk berjumpa pada jam 4.30 petang..Pengisian borak kami pada tengahari itu lebih kepada perkongsian peribadi...Ayu..banyak2 kan bersabar ye..jangan mudah putus asa..Shida tahu awak seorang yang kuat semangat...InsyaAllah pasti ada hikmah semuanya...


Apabila jam menunjukkan pukul 3 petang..kami mempersiapkan diri untuk pulang..terasa sayu jugak waktu berpisah dengan Ayu sekeluarga...mengabadikan gambar bersama sebagai kenang-kenangan


Bergambar di ruang makan di teratak citarasa rinduan dan berlatar belakang kan sekolah Cikgu Areef mengajar..hehehe


Opss sebelum tu kakakecik sempat lagi menghirup semangkuk asam pedas...buat hilang ketagihan..sampaikan Aima nak pun kakakecik mcm sayang nak kasi...huhu...teruk kan..memang kakakecik suka asam pedas nie...



Sebagai tanda persahabatan antara kami..Ayu menghadiahkan kepada kami seorang sepasu pokok kaktus untuk dijaga...Umai awal2 lagi dah pecah rahsia ibu nya...Eh, Ayu sepatutnya kena empat la...awak pun kena juga ada..kita tengok sapa yang akan lama pokok kaktus nya bertahan..Okey nanti Ayu beli jugak la untuk Ayu..sweet kan Ayu nie..


Ayu..shida tak pandai la berkaktus kaktus nie..huhu..harapan shida kaktus nie dapat la bertahan lama...insyaAllah Shida akan menjaga nya seperti menjaga persahabatan kita...Saya Sayang Awak...Siti Rahayu Abd Rahman


Kepada Ayu sekeluarga...shida mengucapkan ribuan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menerima kunjungan kami dan layanan yang diberikan..tak terbalas rasa nya..nanti datang2 la ke Kedah ye..kasi gegar Utara plak...

Johor Trip # Felda Sg Sayong : Citarasa Rinduan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Masih meneruskan perjalanan di negeri Johor Darul Takzim bersama2 Aima dan Sunah...destinasi kami bertiga seterusnya selepas lepak sepetang di rumah CMG Adnan Ibrahim..ke Felda Sg Sayong, itu pun selepas beberapa kali dapat sms daripada penunggu di Sg Sayong..Ini adalah kali pertama kakakecik sampai ke Felda Sg Sayong..Alhamdulillah seorang lagi sahabat blogger kakakecik dapat bertentang 4 mata dengan nya..jangan plak terkejut apabila kakakecik kata kami bertentang 4 mata...ye la sebab Ayu pun pakai spek time kakakecik jumpa dia kat Citarasa Rinduan...memang sangat2 teruja apabila dapat berjumpa dengan Ayu...almaklum la kami nie sebaya dan dia adalah sahabat baik kepada rakan sekelas kakakecik jugak...


Ayu....tak de la setinggi dan sebesar mana pun..biasa2 je...lepas je kakakecik peluk dan sampai je cium nya..tak perlu jinjat pun...


Sebelum ke teratak keluarga Ayu..kami singgah sebentar di Citarasa Rinduan kerana Ayu masih di sana...masa jumpa nie macam biasa la salam2 peluk kiss...dah kena bebel sebab lewat sampai...donut dan pau sambal katanya dah sejuk...ayuuuuuuuuuuuuu..mintak maaf sangat tatau awak sediakan minum petang..huhu....cepat2 je Ayu ajak kami ke rumah untuk minum petang dan merehatkan diri...


Donut dan Pau Sambal untuk rezeki kami...walaupun dah sejuk tapi ia masih lembut dan sedap di makan..kakakecik 3 biji ngap pau sambal dan 2 biji donut....sambil minum petang sambil sembang2 dengan MIL Ayu yang sangat2 peramah dan baik hati...macam cerita dikongsikan dengan kami...seronok borak tau...




Selain Pau Sambal dan Donut ini..Ayu jugak ada buatkan Puding Coklat Oreo berbentuk hati lagi...sedap jugak puding oreo nie..sejuk je masuk ke tekak..tak manis sangat..sedang-sedang manis2 buah...Ayu sememang nya seorang yang rajin di dapur..untung keluarga nya...rasa macam nak pindah dok dengan Ayu je..boleh makan macam2 setiap ari...


Bergambar dengan Umai...si anak kecil yang petah bercakap..walaupun pada awal nya malu-malu meow..lepas nie rancak je dia dengan kami bertiga... 


Selepas selesai solat maghrib..Ayu mengambil alih tugas menjaga kedai CR menggantikan En Zalie...Kami bertiga..lepak dalam bilik la..rehat2 diri...dalam pukul 8.45, tetiba Umai datang ketuk pintu bilik..bagitau Ibu ajak makan...Eh Ayu dah balik dari CR...Sunah plak merasa kan dirinya pernah lalui situasi ini..Dejavu katanya...


Untuk makan malam...Ayu hidangkan kami tengok sendiri la gambar kat bawah nie ye...hehehehe,.saja nak bagi korang telan air liur....

Umai mendoakan makan malam kami...


Ini..cuba teka apa dia...cepat2..adakah menu ni sudah ada kat CR kakakecik tak pasti...tapi ini Ayu buat special untuk kakakecik..


Sambal Kentang + Tempe...kata Ayu..ini kegemaran Cikgu Areef dan Kak Yusa..



Asam Pedas Ikan Mayong...yang paling laris di CR..resepi MIL Ayu..memang sedap sangat sampaikan kakakecik menghirup kuah2 nya...siap masuk kan dlm mangkuk asing lagi senang skit nak hirup..biasa la kakakecik kan tak makan isi ikan tu..so makan kuah dan bendi nye aje..


Macam biasa...bila makan borak la kan...time makan malam nie...MIL Ayu kongsikan petua untuk membuat asam pedas yang sedap..untung Ayu dapat mak mertua yang pandai masak dan menurunkan ilmu masakan itu kepada nya...

Opss masa dok borak2 nie..kakakecik gatal sangat mulut nie menanya kan tentang kampung halaman Ayu...

Kakakecik : " Ayu..ayu kampung kat tenggaroh tu Kota Tinggi kan..rasa nya Shida ada la kawan di sana..ada tak kenal Azfar Sudin..umo dia sebaya kita rasa"
Ayu : ermmmmmmmmmmm..sambil pikir "rasa nya tak ada la shida"
Kakakecik : " ooo tak de ye....ermmmmm sorang lagi dok mana ye..shikin dok Tenggaroh ke? sambil kakakecik berfikir
Ayu : pabila dengar kakakecik sebut Shikin, terus dia " Nor Ashikin Tahir"..siap sebut nama penuh sekali nama bapak lagi.
Kakakecik : yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...Noor Ashikin Tahir..dia muda setahun daripada kita (sori shiqeen kak x ingat ejaan nama betul awak)
Ayu : Shida...shikin tu jiran Ayu...depan umah Ayu je umah dia...
Kakakecik : "Iye....Ya Allah kecik nya dunia nie" terus meluru ke Ayu nak peluk dia..tapi ditolak nya sebab katanya bau ikan mayong....kakakecik tepuk2 bahu nya....
Masa nie memang sebak sangat2....Ayu rupa2nya dua orang sahabat shida adalah orang yang rapat dengan ayu jugak. Syukur sangat-sangat


Pizza????????????

Ayu tanya bila nak bakar dan makan pizza nie...aduuuuuuuuuuuuuuus yu...perut dah penuh la...malam2 nanti la ye..tak pun pagi esok....time nie memang ayu dah macam seorang ibu dan kakak..yang menjaga perut adik2 n anak nya...best nya jadi adik dan anak ayu....nak jadi adik ayu boleh tak...



Sebelum tido...kakakecik dan Aima temankan Ayu buat sambal untuk makan bersama nasi lemak..Sunah awal lagi dah naik tido sebab hidung nya gatal...EH kami tak tolong pun Ayu buat sambal tu...kami just sembang dan tengok je dia buat...memang pantas Ayu buat keje dapur...bila semua nya dah selesai masing2 masuk bilik...Ayu je la asing bilik dengan kami..xkan nak tinggal En Zalie kan,..cukup la kakakecik kidnap Lydia Miza..xnak lagi kidnap isteri orang..nanti suami mereka marah....tido dengan anak2 dara je la...


Tak dapat peluk Ayu di waktu tido..dapat peluk bantal comey ini pun dah cukup..thanks Ayu sediakan bilik untuk kami bermalam di Felda Sg Sayong...dah macam kat hotel rasa nya...Alhamdulillah bermalam di Sg Sayong...Selepas Subuh menunggu detik 7 pagi...tunggu2 samada Ayu akan ke bilik atau pun sebelum ke Hospital temani En Zalie check-up.


Yeeeeeeeeeeeee Ayu masuk bilik..dia tak akan tinggal kami begitu saja...dengan muka tak mandi tu nak jugak bergambar dengan Ayu riso tak sempat jumpa dengan nya..selepas bergambar...apa kami buat...tunggu next entry ye sebab kakakecik rasa macam dah panjang je entry nie..hahahaha


jumpa di next entry untuk mengetahui kisah selanjutnya





Tuesday, January 29, 2013

Johor Trip # Sedenak : Terima Kasih CMG Adnan Ibrahim

Assalamualaikum dan Selamat Petang,


Berhenti seketika tak nak berhenti lama sebab nanti orang kata dah basi baru nak cerita kan......sambung balik entry travel kakakecik ke Johor...kalau nak tau camne perjalanan kakakecik dan Aima ke Johor..rajin2 la ke entry ini ye...


Sebab apa ye kakakecik dan Aima ke Johor..mungkin ada yang kata sebab nak jumpa kawan-kawan di sana...ye memang betul pun..dan salah seorang sahabat blogger kenalan maya yang setahun lebih kami tak jumpa. Beliau tinggal di Sedenak..apa yang istimewa nya Sedenak.kat sini la tinggal nya seorang blogger masak memasak yang pemes de amos tu....tak lain tak bukan Adnan Ibrahim pemilik tiffin biru dot com atau lebih dikenali dengan Che Mat Gebu (CMG)...


Ini adalah kali kedua kakakecik sampai ke teratak beliau..terima kasih kepada Sunah kerana sudi bawak kami ke sana..perjalanan dari Sri Putri ke Sedenak adalah dalam setengah jam dengan pemanduan yang sederhana laju mengikut highway dan exit Kulaijaya..bukan exit Sedenak okey...sebab kalau dari JB exit Sedenak macam patah balik..rugi rugi rugi...


Kami sampai ke rumah CMG terkejut jugak la sebab ada 2-3biji kereta selain backhoe yang tengah wat keje2 pembaikan didepan umah CMG...opps CMG ada tetamu lain selain kami..dah naik segan..ye la 3 orang anak dara pegi umah anak teruna untuk makan di waktu tenghari...huhuhu


Dengan selamba nya CMG ajak kami ke dapur...konon-konon hanya kami bertiga sahaja so makan di dapur la lagi best...Menu apa yang CMG hidangkan untuk kami..mesti ramai dah tahu kan..tak kira kakakecik nak jugak bagitau...Laksa Johor menu permintaan kakakecik..dah lama x makan tau..pertama dan terakhir adalah 10 tahun lepas...




Sori gambar laksa dalam pinggan tak ada..sebab bersemangat nak makan...memula mintak Aima letak 1 chop spghti sahaja..tapi macam skit..mintak tambah lagi 1...sekali ambik ko...nak habiskan 2 chop tu jenuh jugak la..Sunah laju je makan 2chop dan tambah lagi 1chop..sampai gatal2 hidung nya malam tu..kecian Sunah..Thanks CMG buatkan laksa johor yang super duper banyak ini..al maklum la kami bagitau 6 orang akan datang..tetapi hanya kami bertiga sahaja...Sue IEB dan Cikgu Areef tak dapat join kami..sori ye CMG...Walaupun pada awal tu kakakecik biarkan laksa tu dalam pinggan...sembang2 dulu..bagi perut kosong lagi...last sekali kakakecik hirup sampai licin..siap tambah kuah sahaja..makan sampai habis...



Selain Laksa Johor yang mabeles walaupun tanpa daun selasih..CMG hidangkan kami







Sambil makan sambil borak..memang tak sedar apa la...hampir 4 jam jugak la di rumah CMG dari minum limau ais kepada teh pandan...ada je yang diborak kan..dari topik makan-makan, masak-memasak, madu-bermadu, teko antik hingga la belajar mengenali jantina kucing...hahahha..almaklum la family CMG keluar pegi rumah sedara CMG...tak leh tahan tu CMG dok panggil kakakecik "Datin"..kejap kejap Datin Datin..hahahhaa..kelakar sangat...memang dah lekat Datin la...siap suruh kakakecik tukar url..kakakecik tanya jugak kenapa dia panggil kakakecik datin...ada la jawapan yang diberi..kalau nak tau kenapa kakakecik dipanggil datin tanya la CMG sendiri okey



Akhir sekali, kakakecik mengucapkan ribuan terima kasih kepada CMG kerana sudi menerima kunjungan kami dan menghidangkan juadah2 yang sedap2 belaka...dan terharu sekali bila CMG dah tau apa yang kakakecik tak makan...huhu...insyaAllah nanti2 kita jumpa lagi..CMG kalau mai Koding KODIANG (thanks Sunah perasan typo akak...eh CMG pandai sebut KOKDIANG tau) jangan lupa singgah Pendang tau...



psst: ada lagi 3-4 entry travel johor nie..jangan plak nanti korang jemu..almaklum la 4 hari di sana..mesti la banyak entry nya..nak wat 1 entry je nanti panjang berjela