Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, September 29, 2011

Beraya di Sedenak

Assalamualaikum…..

Pertama kali shida memohon kemaafan kerana hampir 2minggu shida tak update entry…dan jangan bosan jemu sekiranya entry berikutnya selepas ini adalah entry2 yang tertunggak..mesti ada yang dah baca dari entry sahabat2 shida yang lain…

Perjalanan shida dari utara ke selatan  dan tengah tanahair bermula pada 16 September….dengan PHS shida ke Penang untuk ambil Nadh..dan seterusnya ke rumah Aima di Lunas, Kulim…Kami bertiga bajet akan bergerak dalam pukul 10 malam..tetapi apabila shida bertemu dengan mak aima…borak punya borak sampai jarum jam berkumpul…pukul 12 tgh malam…masa di rumah aima…mak dah kol tanya kat mana..bila bagitau masih di Kulim..mak dah mcm nak bising hehehe..sebab risau anak dara dia ke KL tengah malam…

Kami bertiga sampai ke RnR Sg Buluh di awal pagi, shida dan aima memberi peluang kepada driver kami si Nadh untuk melelapkan mata dan menghilangkan kepenatan drive..dia tido memang dah tak sedar apa…pukul 6.40 pagi kami bergerak ke Shah Alam untuk menjemput Amalina di Uitm Shah Alam…perjalanan diteruskan ke Balakong bukan untuk menjemput blogger tapi shida nak beli barang keperluan membuat decoupage…walaupun GPS problem, Hp Nadh habis bateri, akhirnya kami berjaya sampai ke Mutifilla Sdn Bhd..itu pun setelah nadh kol tauke kedai tu…thanks Nadh…sori kalau menyusahkan…

Dari Balakong kami terus ke Kolej Za’aba, UKM…agak2 korang sapa plak yang kami akan ambil ye…untuk beraya ke Sedenak…yeaaaaaaaaaaaaah betul Along Usop dengan bantal bucuk nyer….Nadh mesti suka sebab dah ada teman sejantina hahahhaa..kalau tak dia sorang2 je lelaki…

ucuk along Along dengan ucuk nyer…

Alhamdulillah….17 September 2011, Jam 2.00 petang adalah hari dan detik yang sukar dipercayai kerana shida dan sahabat blogger memijak teratak blogger masakan yang hebat…CMG Adnan Ibrahim (Dapur Tanpa Sempadan- Tiffin Biru) di SEDENAK….dengan PHS plak tu…(mak ayah sebenarnya anak dara mak ayah nie bukan pergi KL je….tapi sampai ke JOHOR….itu la mak ayah tatau sedenak tu kat mana..hehe)..perancangan kami (Sunah, Aima, Amalina, Nadh, Along) untuk beraya di buat semasa mini gath pada Julai 2011 yang lalu…terharu sangat2 CMG Adnan Ibrahim menerima kehadiran kami dengan hidangan yang menyelerakan dan sedap-sedap belaka…terutama Asam Pedas Ayam dan Puff..makan dah tak pandang yang lain…senyap sunyi time makan….strwbery cheese cake shida merasa skit je tp sedap jugak….shida tak makan cheese….makan strwbery je

***NAK TENGOK APA YANG DIHIDANGKAN KLIK SINI

Eh eh bukan shida, along, nadh, aima dan amalina je beraya kat umah CMG Adnan IbrahimSunah, Azila  Aji (housemate Sunah) dan Adik Keroro sampai awal lagi dari kami….Cikgu Azaref jugak datang beraya bersama-sama kami kat umah CMG…Biasanya setelah selesai makan-makan tu…mesti ada sesi menyembang dan bergambar kan (nak tengok gambo banyak klik DI SINI )….masa nie memang happening sangat2…dengan lawak jenakan CMG yang buat kami semua tak kering gusi…dah tu orang mintak balik awal tak kasi…kena tunggu jam berbunyi..dari pukul 4 petang sampai la pukul 5 petang…waaaaaaaah nampak sangat CMG susah nak lepaskan kami balik..mesti tak puas borak-borak dengan kami kan….tiffin

bergambar kenangan bersama tiffin biru

Dari Sedenak kami meneruskan kembara aidilfitri ke Gemas…rumah Along Usop…

 

 

pssssst : jangan lupa baca next entry

5 comments:

Unknown said... [Reply]

amboi,beraya sakan ye.dgki la.huhu

Lydia Miza said... [Reply]

wahh syoknyer..mood jeles melampau sbb tak dpt jmp shida.ehemmm terharu lak sbb sahabatku sudi pki baju tu beraya..huhuhu.tiada bantahan tentang warna nampaknye?

AlongUsop said... [Reply]

bantal tu tak busukkkk!!! aaaaaa.... tak caye tanye nadh ngan keroro...

ngeee... =p

CikguAreefNaim said... [Reply]

salam,

suka baca cerita di sebalik tabir ni... sy tk pandai tulis pjg2, tu byk gambor jer, hehehe...

tulah, igtkan org jauh belum sampai, rupanya org dekat yg paling lambat sampai, hehehe...

Muslimah Optimis said... [Reply]

keh..keh..keh.. anak kuat sembang sebab mak pon kuat sembang kan..hehe..kenangan tersimpan rapi di minda