Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label TM. Show all posts
Showing posts with label TM. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Telekom Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tarik nafaaaaaaaaaaaaaaaas dalam-dalam..update cepat2 entry sementara line internet okey..mana tau kejap lagi dia tenat kembali…entry nie lebih kepada luahan emosi yang terlampau GERAM, MARAH dengan servis Telekom Malaysia (TM)..

 

Camne nak mula kan ye….begini la nak dipendek kan cerita…tempat kakakecik mencari rezeki nie dah dekat 3 minggu mengalami gangguan internet dan talian telefon…sekejap ada sekejap tak….kekadang ada waktu pagi…petang je dalam pukul 3 dah tak de line internet nya..So, setelah beberapa hari line internet dan telefon masih tak molek, 18hb pukul 1.27pm kakakecik terpaksa la call service centre TM guna HP…call 1300888123 dari handphone number celcom…(kerana takde kena la topup sebab dorang akan caj 1 panggilan RM2). Setelah masuk kan nombor telefon dan bla..bla..bla dengar iklan TM tu..baru la disambungkan dengan pegawai perunding perkhidmatan dorang…kakakecik pun cerita la, eh buat la aduan tentang masalah yang dihadapi…kira nya kakakecik dah open report la..dengan janji dalam tempoh 24jam akan diselesaikan..

 

19hb, 20hb..sabar lagi menunggu walau masalah tetap sama…masuk 21hb memang dah tak boleh sabar lagi..nak buat kerja pun xboleh…sekali lagi kakakecik terpaksa call 1300888123 guna handphone..melayang lagi kredit aku….just refer no report sebelum nie..tak lama selepas kakakecik call 1300888123 tu..ada pihak TM call ke Hp..tanya status masalah kakakecik..dia bagaitau bahawa pihak kontraktor kata dah selesai masalah nie pada 20hb..dia ada tanya..ada tak pihak kontraktor call ke apa…kakakecik jawab tak ada pun..call tidak datang lagi la tak..so, dia kata akan hubungi semula technician TM Pendang untuk selesaikan masalah yang kakakecik alami..

 

Kakakecik pun tunggu jugak la panggilan daripada pihak TM berhubung kes nie..tapi tak ada..buat andaian cuti sehingga semalam..5 hari masalah nie akan selesai…bila datang kerja..still sama..line internet dan telefon tak okey…check kredit handphone masih mencukupi untuk buat panggilan ke 1300888123…tetapi malang nya nasib kakakecik bila tersilap tekan button untuk report tertekan button pertanyaan bil..nak kembali ke menu utama dah tak boleh..bila dapat bercakap dengan pegawai perundingan bahagian bil mintak dia sambungkan ke bahagian teknikal..sebelum tu dia bagitau yang report sebelum nie dorang dah tutup…apa pun dia kata dia akan sambung ke bahagian teknikal untuk bantuan selanjutnya..pekak kan telinga lagi untuk dengar iklan TM..sampai terputus talian tak dapat cakap dengan bahagian teknikal…

 

Okey..bebai….terpaksa tebalkan muka pergi kedai sebelah..mintak nak guna telefon dorang call 100..bukan kena bayar pun kalau call 100 dari talian tetap…lama jugak menunggu untuk disambungkan…MAAF PEGAWAI KAMI MASIH SIBUK…SILA TUNGGU..berulang kali dok dengar..bila dah dapat kakakecik cerita bla bla bla..bagi nombor report dan tarikh sebelum nie…SAH report kakakecik sebelum ni dah tutup..kira dah selesai la…kakakecik dah bengang la..selesai apa nya kalau masalah still sama…dia kata di sini dorang kata tukar socket..kakakecik tanya la tukar socket di mana…di tempat saya or di mana..technician tu dah tak boleh jawab..kakakecik kata saya tunggu pihak TM call tapi tak ada..sekarang nie bukan sehari tunggu bukan 24jam…cik cuba tengok tarikh harini dah berapa haribulan..dan berapa saya buat report…dah 10 hari kan..bukan 10 jam ye…kecian tu ada jugak la kat budak perempuan tu..tapi lantak la…kita pun ada sabar jugak..bila dia tanya..ada apa2 lagi boleh saya bantu…”saya hanya mohon selesaikan masalah saya ini dengan segera dan jangan sampai saya email report tentang kes ini” dia kata… ”itu hak cik nak report sebagai pelanggan..kami tidak boleh halang”. Hehehe…kakakecik nak tergelak pun ada jugak..xpe la kita tengok je la sampai bila line internet nie akan okey…line internet dah okey..tapi line telefon masih belum okey..tunggu la esok2 kakakecik p Alor Setar terus g TM..report pulak di sana…

 

psst : kejap lagi nak karang email untuk TM dan karang entry untuk 1 lagi syarikat telekomunikasi…hahahha

Wednesday, June 27, 2012

TM Hutang Kakakecik

 

Assalamualaikum dan Selamat Petang…

 

Sambil asyik buat kerja..sambil online tapi line macam sengal je..kejap ada kejap takde…sabar aje la…dah hampir sebulan kot macam nie…nak kol 100 pun macam dah naik malas…tetapi arini terajin plak kol sebab gara2 TM hutang Kakakecik…

 

Eh bukan kol sebab nak tanya pasal hutang TM tu…tapi nak report kesengalan line..tapi operator teknikal macam ntah…opps tak baik kutuk…abaikan dia….

 

Sebenarnya tengahari tadi agak mengejutkan bila dapat bil TM…jumlah bayaran –RM 118.30..uit camne leh minus nie…TM Hutang Kakakecik…bila tengok item bayaran RM 520.00….haiiiiiii aritu bayar RM250.00 tunai…camne plak leh jadi RM520.00 nie…dorang silap type ke apa…lain la kalau kakakecik bayar guna cek mungkin la jugak kakakecik yang tersilap tulis ke apa….

 

Pikir punya pikir….tak tembus tembus….terpaksa la tengok bil yang sebelum nie….last bayaran kakakecik RM270.00 by cek pada 30 Mei 2012…bayaran sebenar-benar kena bayar RM270.75…kira nya kakakecik hutang TM la 75sen…

 

Tetiba teringat yang tengah bulan aritu pergi TM Point..Ntah camne masa pergi TM Point Astar untuk buat bayaran akaun penamat satu lagi..kakakecik dok ingat tak bayar lagi akaun yang aktif guna nie…pergi la bayar RM250.00 pulak.. pada 16 Jun 2012….

 

Demn…patut la sampai je bil tadi jumlah bayaran kakakecik RM520.00 dalam tempoh lebih kurang 2 minggu…HAHAHAHA..terlebih belanja la bulan nie…aduuuuuuuus..sabar je la..so, 2bulan la guna tanpa kena pikir bab bayar…sebab dah terlebih bayar…

 

 

pssst:line masih sengal walau dah bayar lebih….tasuketasuke

moral of story: lain kalai bayar bil tu refer la bil yang dapat jangan suka hati je g bayar

Sunday, June 17, 2012

Macam best jugak…..Boleh angkut sana sini


Assalamualaikum dan Salam Israk Mikraj

Waaah best jugak cuti 2-3 hari ni adik kakakecik dari Ipoh balik…bukan balik dengan tangan kosong tau..siap bawak balik Modem Wifi yang boleh bawak ke mana-mana…angkut ke sana angkut ke sini janji ada suis plug je…dapat la kakakecik online spanjang cuti nie..kalau tak, hari cuti..memang cuti jugak la kakakecik daripada FB dan Blog…sunyi sepi…kalau online pun by handphone je..tu pun leh online FB je..guna pakej hotlink…kecian kakakecik kan…

Erm…pasal modem wifi yang adik kakakecik guna ni…agak menarik jugak…terasa macam tukar je pakej yang kakakecik guna sekarang…sebab guna line telefon..apa kata kalau kakakecik potong line internet sekarang..just amik telefon je..pastu internet kakakecik amik pakej wifi nie..yang mana bila nak ke mana-mana pun kakakecik boleh bawak modem just plug in tanpa perlu line telefon…hanya perlu tahu je kawasan mana yang ada CDMA EVDO coverage.(kat umah kakakecik mana de line telefon TM lagi sejak kes kecurian kabel) bila hari cuti boleh la kan kakakcik bawak boleh modem wifi nie dan online..memang Pendang adalah kawasan liputan WIFI EVDO….best kan…

DSCN9112
Modem WIFI EVDO..line stabil elok je…

DSCN9117
Just plug-in dah boleh guna…

Rumah kakakecik semalam dah jadi macam CC..pakat on lappy dan online…untuk maklumat lanjut korang boleh la ke TM berdekatan atau kalau malas layari kat SINI..Eh ke korang semua dah tahu just kakakecik je yang terlambat tapi tak kisah la kan kakakecik nak gak kongsi dengan korang…

pssst: hanya boleh online beberapa jam je lagi..kejap lagi dorang dah nak balik Ipoh…thanks ye dik ilah n shahir nanti boleh bawak balik selalu

Monday, April 4, 2011

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..geram

geram

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrhhhh

geram shida dah sampai kemuncak nyer….

dah lama sabaq….

rasa mcm nak hempuk hempuk je..

nak hempuk modem modem ok g

nak hempuk mesin fax mesin fax pun ok g

nak hempuk cordless phone baru je dapat

kalau hempuk kepala kontraktor tm tu boleh dak

x pun hempuk puak tm

nak kol 100 mmg dah xdapat nak kol

line call out langsung tak leh….

call in orang kol ada dering sini x dgr apa

kol kontraktor dah 2x mula2 kata nak mai tp hampeh x mai pun

semalam kol lagi gtau…dia kata kena kol seratus…aritu msa depa mai repair habaq tak yah kol 100 kol depa terus….nie bila kol depa terus macam2 lak cakap…tak pe chek tak pe..malam nie biaq la krdt habis pun shida akan kol 100 esok ampa mai tunggu la kena la perli..rasa mcm nak mention je nama company tu..tp sapa dok belah kwsn shida mesti tau kontraktor tm mana yg handle bila ada problem telefon….

sabaq shida da gak limit dia…geram yang amat sampai dok teriak ngeriau….tensen la….nak keja pun xleh..bukan sebab blog fb..tp fax tu…aaaaaaaaarhhhhhhhhh tensen tensen…..

Sunday, March 6, 2011

Bila Hujan…Modem…Mengecewakan

 

Bila hujan sejuk

Bila hujan jalan2 / tanah basah…

Ada orang suka bau wangi selepas hujan

TAPI SHIDA BILA HUJAN….Rasa macam geram sakit hati je….dengan MODEM

Bila hujan modem shida amat mengecewakan…

Macam chipmore je kejap ada kejap ada…kejap connect kejap off…

Adakah ini disebabkan gara2 INI

Sebab sebelum ini hujan lebat mcam mana pun ok je connection…

tetapi selepas kes di entry INI connection memang macam………….&(@*##@)