Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tarik nafaaaaaaaaaaaaaaaas dalam-dalam..update cepat2 entry sementara line internet okey..mana tau kejap lagi dia tenat kembali…entry nie lebih kepada luahan emosi yang terlampau GERAM, MARAH dengan servis Telekom Malaysia (TM)..
Camne nak mula kan ye….begini la nak dipendek kan cerita…tempat kakakecik mencari rezeki nie dah dekat 3 minggu mengalami gangguan internet dan talian telefon…sekejap ada sekejap tak….kekadang ada waktu pagi…petang je dalam pukul 3 dah tak de line internet nya..So, setelah beberapa hari line internet dan telefon masih tak molek, 18hb pukul 1.27pm kakakecik terpaksa la call service centre TM guna HP…call 1300888123 dari handphone number celcom…(kerana takde kena la topup sebab dorang akan caj 1 panggilan RM2). Setelah masuk kan nombor telefon dan bla..bla..bla dengar iklan TM tu..baru la disambungkan dengan pegawai perunding perkhidmatan dorang…kakakecik pun cerita la, eh buat la aduan tentang masalah yang dihadapi…kira nya kakakecik dah open report la..dengan janji dalam tempoh 24jam akan diselesaikan..
19hb, 20hb..sabar lagi menunggu walau masalah tetap sama…masuk 21hb memang dah tak boleh sabar lagi..nak buat kerja pun xboleh…sekali lagi kakakecik terpaksa call 1300888123 guna handphone..melayang lagi kredit aku….just refer no report sebelum nie..tak lama selepas kakakecik call 1300888123 tu..ada pihak TM call ke Hp..tanya status masalah kakakecik..dia bagaitau bahawa pihak kontraktor kata dah selesai masalah nie pada 20hb..dia ada tanya..ada tak pihak kontraktor call ke apa…kakakecik jawab tak ada pun..call tidak datang lagi la tak..so, dia kata akan hubungi semula technician TM Pendang untuk selesaikan masalah yang kakakecik alami..
Kakakecik pun tunggu jugak la panggilan daripada pihak TM berhubung kes nie..tapi tak ada..buat andaian cuti sehingga semalam..5 hari masalah nie akan selesai…bila datang kerja..still sama..line internet dan telefon tak okey…check kredit handphone masih mencukupi untuk buat panggilan ke 1300888123…tetapi malang nya nasib kakakecik bila tersilap tekan button untuk report tertekan button pertanyaan bil..nak kembali ke menu utama dah tak boleh..bila dapat bercakap dengan pegawai perundingan bahagian bil mintak dia sambungkan ke bahagian teknikal..sebelum tu dia bagitau yang report sebelum nie dorang dah tutup…apa pun dia kata dia akan sambung ke bahagian teknikal untuk bantuan selanjutnya..pekak kan telinga lagi untuk dengar iklan TM..sampai terputus talian tak dapat cakap dengan bahagian teknikal…
Okey..bebai….terpaksa tebalkan muka pergi kedai sebelah..mintak nak guna telefon dorang call 100..bukan kena bayar pun kalau call 100 dari talian tetap…lama jugak menunggu untuk disambungkan…MAAF PEGAWAI KAMI MASIH SIBUK…SILA TUNGGU..berulang kali dok dengar..bila dah dapat kakakecik cerita bla bla bla..bagi nombor report dan tarikh sebelum nie…SAH report kakakecik sebelum ni dah tutup..kira dah selesai la…kakakecik dah bengang la..selesai apa nya kalau masalah still sama…dia kata di sini dorang kata tukar socket..kakakecik tanya la tukar socket di mana…di tempat saya or di mana..technician tu dah tak boleh jawab..kakakecik kata saya tunggu pihak TM call tapi tak ada..sekarang nie bukan sehari tunggu bukan 24jam…cik cuba tengok tarikh harini dah berapa haribulan..dan berapa saya buat report…dah 10 hari kan..bukan 10 jam ye…kecian tu ada jugak la kat budak perempuan tu..tapi lantak la…kita pun ada sabar jugak..bila dia tanya..ada apa2 lagi boleh saya bantu…”saya hanya mohon selesaikan masalah saya ini dengan segera dan jangan sampai saya email report tentang kes ini” dia kata… ”itu hak cik nak report sebagai pelanggan..kami tidak boleh halang”. Hehehe…kakakecik nak tergelak pun ada jugak..xpe la kita tengok je la sampai bila line internet nie akan okey…line internet dah okey..tapi line telefon masih belum okey..tunggu la esok2 kakakecik p Alor Setar terus g TM..report pulak di sana…
psst : kejap lagi nak karang email untuk TM dan karang entry untuk 1 lagi syarikat telekomunikasi…hahahha
2 comments:
report je kak. biar dorang rasakan. kita ada hak sebab kita pengguna
hehehe TM baik report aje kak sbb bile smpai aduan dia punya org atas yg akan dpt kalo xsilap...kalo call cuma org2 bawah je...
Post a Comment