Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

Jom Mengukis : Biskut Cornflakes Ranggup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

cornflakes ranggup
Bertemu kembali kita..setelah 9 hari cuti sempena AidilAdha, cuti panjang x semestinya duduk saja di rumah..Hanya cuti secara rasmi di tempat kerja..tetapi sebaliknya masih bekerja di dapur rumah..Jumaat dah start baking biskut raya..buat serba sikit supaya balang kuih tak de la kosong sangat..Untuk AidilAdha nie kakakecik buat sorang2 je..tak de sapa tolong pun..anak2 buah semua tak balik..So, biskut simple je la yang mampu buat dan nak habiskan stok bahan yang beli masa raya puasa aritu..

Kebetulan conflakes ada lagi 1 kotak..anak2 abang din dah bagitau tak nak cornflakes madu..dorang dah ubah selera ke cornflakes ranggup..Apa lagi Ateh nya pun mencari la resepi yang sesuai..Raya posa aritu ternampak Ayu Citarasa Rinduan dan Kak Yatie ada buat cornflakes ranggup nie..ambik la resepi daripada blog dorang..
 bskut raya
Resepi : Biskut Cornflakes Ranggup
Sumber : Kak Yatie Sinar Kehidupanku

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri-ayak dulu
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA

psst: boleh plak kakakecik makan biskut cornflakes nie..sebelum2 nie memang susah benar nak telan cornflakes. Alhamdulillah dapat jugak merasa nikmat makan cornflakes hehe




Friday, September 27, 2013

Jom Memasak : Kek Kukus Marble

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CYMERA_20130927_144933

Kakakecik kalau hari cuti tak ke mana ini la kerja nya…mengekek..Hari ni buat 2 jenis kek..saja untuk makan dengan anak-anak Abang On..Salah satu kek nya adalah Kek Kukus Marble, yang mana resepinya daripada Kak Hayati Ramlan (Sinar Kehidupanku). Minggu lepas nampak kak Yatie post di FB, terus kakakecik tergoda dengan hasilnya.

 

So, tak nak peram resepi tu lelama…memandangkan bahan-bahan nya mudah sahaja. Tengahari tadi bermula la operasi mengukus kek marble sementara tunggu 1 jenis kek lagi diperap.  Dan resepi nya pun kakakecik tak nak peram lama2 terpaksa potong daging masak merah punya entry..Mintak ampun ye daging masak merah. Terpaksa up entry nie dulu memandangkan ramai yang bertanya.

CYMERA_20130927_125759

Resepi : Kek Kukus Marble

Sumber : Kak Norhayati Ramlan Sinar Kehidupanku

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau atau pewarna kegemaran

CYMERA_20130927_133104

Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 3 bahagian dan letak pewarna/perisa setiap adunan. Kakakecik letak pewarna hijau (pandan), kuning (pineapple) dan pink merah (plain perasa vanilla, perasa strawbery habis)
  4. Sudukan selang seli ke dalam loyang yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

kek kukus marble

Alhamdulillah hasil kek nie sangat2 la lembut..tak rugi kalau korang mencuba..InsyaAllah akan berpuas hati dengan hasilnya..Family kakakecik plak suka makan kek yang panas…berebut2 dalam pinggan…dah habis potong lagi sampai puas makan…

CYMERA_20130927_151433

Dalam tempoh tak sampai 1 jam, tinggal bahagian kecik nie je lagi…so memang terserlah la kan kesedapan kek nie..Apa pun terima kasih kepada kak yatie kerana sudi kongsi resepi kek yang mudah nie..Kakakecik sedikit fobia dengan pengukus..alhamdulillah kek kukus ni menjadi..kalau tak memang tak berani lagi la mengukus kek…

 

Selamat mencuba semua..

Monday, August 19, 2013

Jom Mengukis : Black Forest Cheese Tart

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah hasil percubaan pertama kakakecik mengecis tart menjadi..walaupun kakakecik tak makan keinginan nak mencuba tu amat amat la tinggi sekali..Crust/shell tu kakakecik buat sebelum raya lagi..kekonon sehari dua sebelum raya nak la toppingkan cheese tapi tak terlaksana banyak benda lain yang perlu di buat...So tersadai la crust tu dalam tupperware di atas rak..huhuhu..mak hampir nak membuang nya..sabar je la..


Kebetulan ada orang nak tempah 6 tupperware kuih raya...3 tupperware wajib tart gulung..Apa lagi terlintas la bayang crust yang belum topping tu...risau rosak, petang semalam sebelum Maghrib kakakecik start mengecis..Gusar juga la awal tu risau tak menjadi ke apa..ye la tak pernah makan dan tak pernah tengok orang buat...Nak tau okey ke tak tunggu Kak Ja balik baru la boleh tau..dia makan semua...heheh..


Okey, resepi black forest cheese tart nie kakakecik peroleh daripada kak Sari Yusa

Resepi : Black Forest Cheese Tart
Resepi Asal : Kak Sari Yusa (Seri Kandi Tanah Jauhar)

Bahan Crust/Shell :

  • 170 gm margerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C (Kak SK guna gred B, kakakecik guna gred A tu je stok telur ada)
  • 1/2 st esen vanilla
  • 1 st perisa coklat
  • 2 sb serbuk koko
  • 270 gm tepung gandum
 
Cara-caranya :
  1. Pukul margerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan perisa coklat, pukul lagi guna senduk kayu hingga sebati.
  3. Masukkan serbuk koko, pukul rata-rata.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut. kalau dah lembut berhenti tambah tepung.
  5. Simpan 30 minit dalam peti sejuk sebelum ditekan ke atas acuan tart.
  6. Bakar pada suhu 170 - 175 darjah selsius selama 30 minit.
  7. Terbalikkan acuan untuk mengeluarkan crust, tidak perlu dicungkil.

Bahan Krim:
  • 250 gm krim keju
  • 50 gm gula kastor
  • 1 telur B
  • 1 st esen vanilla/ esen lemon
Cara-caranya :
  1. Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan dalam piping bag.
  4. Masukkan filling blueberry/strawberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
  5. Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
  6. Hias la cheese tart mengikut citarasa anda, kakakecik ikut kak SK je tabur coklat rice hehee.
  7. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 10 - 15 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak.


Monday, June 17, 2013

Mahal Empat Kupang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Mood tak berapa nak okey hari nie..badan terasa lemau..hidung dok sok sek sok sek..Nak update blog pun terasa malas..tapi mikirkan ada yang kakakecik nak share di sini…gagahkan jugak..Jumaat lepas, kakakecik ke Alor Setar untuk membeli barang-barang / bahan baking..alahai bukan apa sangat pun just papan dan kotak kek serta paste mana yang berkenan tak pun topup yang mana dah nak habis…

 

Selalu nya kakakecik beli kat Sugar & Flour Bahan Kek Sayang..tapi bukan setiap Jumaat dia akan buka..kecuali ada kelas baru la buka. Tak nak nanti buang masa, kakakecik call dulu tiada jawapan..kira nya panggilan tak di jawab, sah sah kedai nya tak buka. Pergi Honey Food di Simpang Kuala pun tutup jugak. Mau tak mau pergi la satu kedai jual bahan2 bakery nie kat dalam kawasan Alor Setar jugak..Kali kedua kakakecik pergi. Pernah pergi sebulan dua lepas…nak beli papan dan kotak kek jugak la..tapi tak jadi beli sebab harga nya mahal empat kupang daripada biasa yang kakakecik beli. Jumaat aritu mau tak mau kena beli jugak la sebab Sabtu tu ada 2 biji kek yang orang tempah. Kalau tak beli nak buh dalam apa lak kek karamel tu kan..Kakakecik beli tak banyak pun..just 10 set je..dah rugi rm4.00 di sini, kalau beli kat kedai bahan kek sayang dah dapat 14 set..huhuhu…Pelik jugak walau pun dalam 1 kawasan Alor Setar jugak pun berbeza agak ketara jugak harga nya..

 

 

pssst : baru kemas-kemas nak keluar g alor setar untuk beli barang kek karamel packing comel2 sekali customer datang kedai..petang2 nanti la ye kita pegi alor setar..janji balik sebelum pukul 7..

Thursday, April 25, 2013

L.O.V.E

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

L.O.V.E..bunyi ye apa…LOVE…ye pandai pun…maksud nya sendiri mau tau la ye…hehehe..ops, ini bukan bermakna kakakecik tengah angau..Eh, tapi kakakecik dah jatuh cinta..memang rasa menyesal kalau lepaskan nya..Dah dekat seminggu dok pendam hati nie..dok peram je..

 

Hehehe..ye, kalau sebelum nie kakakecik de jugak jumpa nya tapi nak miliki rasa tak mampu dan tak layak..Tapi itu la bila ke Perlis..jumpa nya lagi di tempat lain…Arrrggggh terus rasa nak miliki..apa lagi terus sambar la…bukan sambar tangan nya..sambar loyang je pun..hahaha…kan dah terkena..nak sangat ye tau kakakecik dok tangkap cintun dengan sapa…kan dah kantoi…

DSCN3750 

Minggu lepas kan kakakecik dua hari berada di Perlis, petang Rabu ada pergi kedai Bakery YonHin kekonon nak p beli barang2 buat pizza je..dah alang-alang masuk kedai bakery tak sah la kalau tak jenguk bahagian loyang…sekali terpandang loyang LOVE ni…harga pun okey tak mahal sangat berbanding di Alor Setar..

DSCN3752

Loyang nie saiz 9” RM 14.50, kalau yang saiz 10” RM15.00..ikutkan kakakecik nak ambik yang 10” tapi risau nanti tak muat oven…lagi kes naya…tapi kan bila kakakecik bayar..cashier tu tag harga nya RM13.50, kakakecik mulut jenis “capoi” skit dengan terkejut nya terus kata aik..RM13.50 ke, sambil tengok harga di loyang…nasib baik cina tu x dengar..kalau tak rugi RM1.00 hahaha….Eh, tapi mungkin jugak dia ada wat diskaun kan..hehehe…Rasa macam nak g shopping lagi la barang lain di YonHin nie..sebab barang-barang dia ada yang murah tau macam pemotong pizza tu…dah nak beli tapi pikir dua tiga kali…bukan selalu guna…tapi hati nie dah dok tak senang..dok nampak je roda pemotong pizza tu…Sabtu nie nak “kecek” mak lah beli roda pemotong tu..hehehe..

 

pssst : tak sabar rasa nya nak rasmikan loyang LOVE nie…