Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kakakecik kalau hari cuti tak ke mana ini la kerja nya…mengekek..Hari ni buat 2 jenis kek..saja untuk makan dengan anak-anak Abang On..Salah satu kek nya adalah Kek Kukus Marble, yang mana resepinya daripada Kak Hayati Ramlan (Sinar Kehidupanku). Minggu lepas nampak kak Yatie post di FB, terus kakakecik tergoda dengan hasilnya.
So, tak nak peram resepi tu lelama…memandangkan bahan-bahan nya mudah sahaja. Tengahari tadi bermula la operasi mengukus kek marble sementara tunggu 1 jenis kek lagi diperap. Dan resepi nya pun kakakecik tak nak peram lama2 terpaksa potong daging masak merah punya entry..Mintak ampun ye daging masak merah. Terpaksa up entry nie dulu memandangkan ramai yang bertanya.
Resepi : Kek Kukus Marble
Sumber : Kak Norhayati Ramlan Sinar Kehidupanku
Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
- 1 cawan mentega
- ¾ cawan gula kastor
- 3 biji telur
- ¼ cawan susu pekat
- ¼ cawan serikaya
- 1½ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil vanila
- Sedikit pewarna merah jambu, hijau atau pewarna kegemaran
- Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
- Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
- Bila sebati, bahagikan kepada 3 bahagian dan letak pewarna/perisa setiap adunan. Kakakecik letak pewarna hijau (pandan), kuning (pineapple) dan pink merah (plain perasa vanilla, perasa strawbery habis)
- Sudukan selang seli ke dalam loyang yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.
Alhamdulillah hasil kek nie sangat2 la lembut..tak rugi kalau korang mencuba..InsyaAllah akan berpuas hati dengan hasilnya..Family kakakecik plak suka makan kek yang panas…berebut2 dalam pinggan…dah habis potong lagi sampai puas makan…
Dalam tempoh tak sampai 1 jam, tinggal bahagian kecik nie je lagi…so memang terserlah la kan kesedapan kek nie..Apa pun terima kasih kepada kak yatie kerana sudi kongsi resepi kek yang mudah nie..Kakakecik sedikit fobia dengan pengukus..alhamdulillah kek kukus ni menjadi..kalau tak memang tak berani lagi la mengukus kek…
Selamat mencuba semua..
0 comments:
Post a Comment