Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, August 19, 2013

Jom Mengukis : Black Forest Cheese Tart

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah hasil percubaan pertama kakakecik mengecis tart menjadi..walaupun kakakecik tak makan keinginan nak mencuba tu amat amat la tinggi sekali..Crust/shell tu kakakecik buat sebelum raya lagi..kekonon sehari dua sebelum raya nak la toppingkan cheese tapi tak terlaksana banyak benda lain yang perlu di buat...So tersadai la crust tu dalam tupperware di atas rak..huhuhu..mak hampir nak membuang nya..sabar je la..


Kebetulan ada orang nak tempah 6 tupperware kuih raya...3 tupperware wajib tart gulung..Apa lagi terlintas la bayang crust yang belum topping tu...risau rosak, petang semalam sebelum Maghrib kakakecik start mengecis..Gusar juga la awal tu risau tak menjadi ke apa..ye la tak pernah makan dan tak pernah tengok orang buat...Nak tau okey ke tak tunggu Kak Ja balik baru la boleh tau..dia makan semua...heheh..


Okey, resepi black forest cheese tart nie kakakecik peroleh daripada kak Sari Yusa

Resepi : Black Forest Cheese Tart
Resepi Asal : Kak Sari Yusa (Seri Kandi Tanah Jauhar)

Bahan Crust/Shell :

  • 170 gm margerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C (Kak SK guna gred B, kakakecik guna gred A tu je stok telur ada)
  • 1/2 st esen vanilla
  • 1 st perisa coklat
  • 2 sb serbuk koko
  • 270 gm tepung gandum
 
Cara-caranya :
  1. Pukul margerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan perisa coklat, pukul lagi guna senduk kayu hingga sebati.
  3. Masukkan serbuk koko, pukul rata-rata.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut. kalau dah lembut berhenti tambah tepung.
  5. Simpan 30 minit dalam peti sejuk sebelum ditekan ke atas acuan tart.
  6. Bakar pada suhu 170 - 175 darjah selsius selama 30 minit.
  7. Terbalikkan acuan untuk mengeluarkan crust, tidak perlu dicungkil.

Bahan Krim:
  • 250 gm krim keju
  • 50 gm gula kastor
  • 1 telur B
  • 1 st esen vanilla/ esen lemon
Cara-caranya :
  1. Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan dalam piping bag.
  4. Masukkan filling blueberry/strawberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
  5. Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
  6. Hias la cheese tart mengikut citarasa anda, kakakecik ikut kak SK je tabur coklat rice hehee.
  7. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 10 - 15 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak.


2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply]

terima kasih kerana mencuba ya, Shida :-)))))

bahagia dan terharu akak..

Yanty Lee said... [Reply]

Bila boleh merasa air tangan akak ku ni... arghhhh