Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #23 : 23-12 Tercapai Jua

hb

Jom Memasak : Kek Lapis D’Kapit

Assalamualaikum…melapis lagi…boleh dikatakan setiap minggu shida akan melapis…dah gila melapis shida sekarang nie…jumaat lepas shida melapis lagi…sebenarnya shida tatau nak letak nama apa kek lapis ini…shida reka-reka lapis belang mcm nie..ala-ala macam Sunah melapis kek lapis tembikai susuKek lapis D’Kapit terlintas di benak fikiran shida semasa tengah asyik melapis dan kebetulan masa shida tanya di Fb tadi, Aima syorkan nama ini jugak…reason kami sama…sebab perasa coklat kapit susunan lapisan pink(strawberry) dan cream (orange)…apa pun alasan yang lebih untuk mengukuhkan kek lapis ini kek lapis sarawak…ada nama KAPIT kan di Sarawak….hehehe..

 

Shida masih lagi menggunakan adunan kek lapis pandan choco berry sebagai asasnya..adunan kek lapis ini telah menjadi kegemaran kami sekeluarga kecuali 2 orang kakak iparku….kakak-kakak ipar shida suka kek lapis batik kenyalang

 

kek lapis 

Bahan-Bahan:

500 gm mentega

150 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

2 sudu besar chocolate emulco

2 sudu teh paste coklat

2 sudu besar Strawberry Emulco

2 sudu teh pewarna pink

2 sudu besar paste orange

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 6 senduk diletakkan paste coklat dan chocolate emulco..2 bahagian lagi orange dan strawberry paste.
  5. Masukkan warna plain dan merah pink ke dalam botol sos yang berasingan.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Guna api atas bawah untuk lapisan pertama..dan bagi lapisan berikutnya api atas sahaja)
  7. Lapisan pertama hingga ke tiga –coklat..setiap lapisan 2 senduk.
  8. Kemudian pancitkan warna plain dan merah jambu berselang-seli dan bakar hingga masak..(sila rujuk di sini tekniknya)
  9. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
  10. Untuk 3 lapisan terakhir ulangi LANGKAH 7
  11. Selamat Mencuba

 

psttt : Ibu Mengandung yang tengah sarat pun melapis jugak la…..

Wordless Wednesday #22 : Kek Lapis Ibu Mengandung

kek lapis ibu

Wordless Wednesday #21 : Ubat Demam Terbaik

abc

Wednesday, November 23, 2011

GA dari Lydiamiza.com

LM

Assalamualaikum…

Eh eh arini 23 November kan…Birthday sahabatku Lydia Miza la…Happy Birthday Miza… sempena birthday nya yang ke 30,Miza dengan murah hati nak memberi sesuatu dari Qatar kepada sesiapa yang sudi join Give Away nya…

Jom kita tengok apa syarat yang ditetapkan oleh Miza

 

1. Anda adalah follower blog ini. Tak follow takmo bagi hadiah....

2. Anda perlua buat entri yang header LM di atas entri tersebut.

3. Buat entri bertajuk GA dari Lydiamiza.com dan link kan di entri ini.

4. Buat entri tentang apa barang yang anda nak hadiahkan untuk LM sempena birthday LM nanti. Suka hati korang nak hadiahkan barang apa pun. Entri yang menarik dan paling menyentuh hati LM akan LM pilih sebagai pemenang.

5. Tag sorang rakan anda untuk join sekali GA ini.

6. Bagi email korang sekali untuk memudahkan LM hubungi korang.

 

Mudah aje kan syarat nyer..

 

Ok lah miza sempena 22 November tarikh yang ditunggu2 setiap tahun untuk miza..shida tak ada hadiah istimewa yang hendak diberikan keada miza..hanya doa sahaja hadiah yang mampu shida berikan kepada miza untuk tahun ini, tahun pertama kita sambut bersama di alam maya..walaupun kita tidak pernah bersua muka tetapi kita begitu mesra dan serasi sekali..banyak persamaan antara kita…

 

“Semoga miza dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, hidup sentiasa bahagia disisi keluarga tersayang dan diberkati olehNya dunia akhirat.. harapan shida semoga di tahun-tahun akan datang kita akan terus bersama-sama menantikan tarikh 22 November…. semoga ikatan persahabatan dan ukhwah yang terjalin antara kita akan kekal hingga akhir hayat”

 besday miza

 

Syarat ditetapkan kena taq seorang kan..so shida nak tag Ieyla

psssst : kita sebaya la sekarang dan untuk tempoh sebulan  dari tarikh ini…email shida yer….terlupa plak nak kasi almaklumlah dah angka 3 di depan shida5062@gmail.com

Wordless Wednesday # 20: Happy Birthday Lydia Miza

besday miza

Tuesday, November 22, 2011

Disebalik Kemenangan Harimau Muda

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH….SYABAS SYABAS SYABAS (bukan Syarikat Air Selangor) kepada Team Harimau Muda B23 yang telah memenangi pingat emas Sukan Sea ke-26.

Tak sia-sia kakakecik sanggup menangguhkan segala program yang dirancang semalam…120 minit duduk berdiri melompat menjerit semua nya ada kami 1 family…memang puas sangat-sangat…

Walaupun pada awal permainan di minit ke 5, Indonesia memecah gawang gol…bergegar Stadium Gelora Bung Karno dengan sorakan 100,000 penyokong fanatik tuan rumah…Namum apabila di minit 35, Team Harimau Muda berjaya membuatkan sorakan peminat Garuda terdiam, Malaysia berjaya menyamakan gol hasilan tandukan meleret Asraruddin yang terbaring…..perrrrrrrrrgh memang hebat beliau….caya la…

Kedudukan 1-1 berlarutan hingga ke minit terakhir… terpaksa di tambah masa selama 30 minit..menjadikan masa permainan final bola sepak Sukan Sea ke 26, 120 minit…..dah puas main 120 minit pun masih lagi seri dengan 1-1….penalti terpaksa dilakukan…

Alhamdulillah Malaysia menang dengan penalti… TAHNIAH MALAYSIA…TAHNIAH TEAM HARIMAU MUDA…Disebalik kemenangan Malaysia ada sesuatu TEAM Malaysia Hebat .. kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM , ada seorang TAMIL , ada seorang GURU , dan yg penting Team MALAYSIA ada Khairul Fahmi Che Mat yg sentiasa cermat menangkap bola , dan MALAYSIA juga ada Baddrol Bahtiar yang sentiasa berikhtiar menjaringkn gol dari jarak jauh. kekekeekekee dan yg paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ada ONG ( Ong Kim Swee )!!!!!!

pssst : apa yang pasti Team Malaysia Harimau Muda membukti kita adalah juara bertahan…..Go Malaysia Go…

Monday, November 21, 2011

Program Tergendala Kerana Harimau Muda

Assalamualaikum…

Wah dah ramai yang tukar DP FB dengan Harimau Malaya (termasuk kakakecik hahaha)…semangat kuat tu mau ada…..harap malam nie pemain2 Harimau Muda berjuang habis-habisan membahamGaruda bagi Final Bola Sepak Sukan SEA…

Kerana final ini jugak la banyak program yang tergendala…siaran TV pun bertukar waktu siaran…Kakakecik pun terkena bias nya..plan awal sebelum separuh akhir sabtu lalu…petang isnin nak p Penang, jumpa kawan lama, beli barang dan angkut barang-barang adik yang akan habis pengajian nya di PSP…tetiba disebabkan dek final bola malam nie…tak jadi la kakakecik pergi penang..tunda keesokan harinya…nasib baik adik ok je..x push kakakecik ambik barang dia…

Pssst : ehem ehem ada orang kata semangat nyer tukar gambar profile FB….semestinya…malam nie akan tengok bola dengan family je kat umah…wah wah

Sunday, November 20, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis BerSisik Versi Derhaka

Assalamualaikum dan selamat tengahari bertemu lagi kita di tarikh yang cantik susunan nombor nya 20.11.2011… sempena tarikh yang cantik ini shida nak kongsi resepi kek lapis bersisik versi derhaka yang shida buat ari jumaat yang lepas..Kek lapis bersisik…jangan terkejut ye kalau korang semua tak biasa dengar nama kek lapis ini…mungkin korang biasa dengar Kek Lapis Sisik Ikan..mcm yang Ha Sue buat..tetapi shida pandai-pandai letak nama sendiri…KEK LAPIS BERSISIK…disebabkan derhaka yang amat terlampau..dah le tak guna adunan asal…pastu wrna warni ala-ala ikan emas plak…rosak resepi kek lapis sarawak bila orang kedah “terlebih” pandai buat kek lapis…

 

Actually shida menggunakan adunan kek lapis pandan choco berry..dan menggabungkan teknik susunan sisik ikan..itu yang tukar nama sedikit..tak kisah janji sedap kan… Resepi asal kek lapis sisik ikan Ha Sue ----> KLIK DI SINI (shida tak guna adunan ini disebabkan letak kaya..mak tak berapa suka, mak lebih suka adunan pandan choco berry)

sisik ikan derhaka

 

RESEPI KEK LAPIS BERSISIK VERSI DERHAKA

Bahan-Bahan:

500 gm mentega

150 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

1 sudu teh strawberry emulco, paste rose, essen strawberry

1 sudu teh paste pandan, 1 sudu teh pewarna hijau

Kepingan Asam Manis

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  5. Satu bahagian dibiar plain, satu  dibubuh strawberry emulco, paste rose & esen strawbery dan yang akhir dibubuh pewarna hijau & paste pandan.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
  7. Lapisan pertama -plain, sebanyak 3 lapisan..setiap lapisan 2 senduk..pada lapisan ke dua cucuk2 dan susun kepingan asam manis. (cer tengok betapa buruk nya shida cucuk susun kepingan asam manis…jangan tiru cara ini ok) sisik
  8. Ulangi langkah 7 untuk warna hijau dan merah
  9. Bakar api atas sahaja…untuk yang lapisan  terakhir…apabila dah keperangan, sila tukar guna gunakan api bawah dalam 10 minit

SELAMAT MENCUBA…

 

TIPS : untuk menampak kan kepingan asam manis bercorak kena potong lawan arus susunan kepingan asam tersebut…

 

psssst : jika korang perasan untuk lapisan wana merah (strawberry) kepingan asam manis dah xde… "darling”, kak ja  dok pulun makan…elok mak nak makan shida larang suruh makan kepingan 4 segi yang besar….sekali…kak ja kata dah habis…demmmn tak cukup untuk lapisan terakhir..hahahahaha..satu lagi baru shida tau tepung hong kong cepat rosak dan perlu di simpan dalam peti ais..(patut CMG nya peti ais penuh mcm peti ais TESCO hehehehe)

Thursday, November 17, 2011

Jom Memasak : Kek Coklat Lembab

  choc

Assalamualaikum…selamat cuti sekolah hujung tahun kepada pelajar2 dan guru di negeri Kedah, Kelatan dan Terengganu (esok dah start cuti sekolah) so apa planning sepanjang cuti sekolah yang agak panjang tu…apa kata kita pakat2 mencungkil bakat terpendam di dapur. Kek Coklat Lembab adalah salah kegemaran kesukaan ramai kan…macam tu jugak dengan keluarga shida…setiap kali raya mesti buat kek coklat lembab…tapi sebelum nie guna resepi lain…bila shida makan kek coklat lembab yang SUNAH buat…sedaaaaaaaaaaaaaaaap nya….terus teringin nak buat sendiri…

Jom kita semak resepi yang shida copy paste and print dari entry sunah di Selera Sakura ini.

BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan tepung kek/tepung gandum*

1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)

1 cawan gula halus (castor sugar)

2 biji telur gred A

125 g mentega

1 camca teh esen vanilla

1/2 cawan serbuk koko*

1/2 camca teh nescafe*

1/4 cawan gula halus*

1/2 cawan air panas*

1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

 

BAHAN COKLAT GANACHE :

100 g coklat masakkan

50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)

1 camca teh mentega

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (ceq guna springform 8"). Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

** Shida tak de nescafe..so tak masuk kan pun hehehhe…derhaka kan…

kek coklat

Ini la rupa kek coklat lembab kakakecik…2x buat untuk aidiladha sebab dapat x banyak pun adunan ini…tapi adik dah tak layan kek coklat…family shida sekarang jatuh cinta dengan kek lapis…

 

SELAMAT MENCUBA

Kepulanganku disambut……bagaikan anak sendiri

Assalamualaikum…

 

Bahagia dan hilang rasa penat bekerja duduk seharian di atas kerusi apabila diri kakakecik nie pulang dari kerja…sampai rumah…si dia suruh muncul di depan pintu…memang dia kenal bunyi kereta kakakecik…bila nampak kakakecik buka pintu kereta…tak nampak muka lagi pun dah dengar-dengar dia menjerit panggil kakakecik…ATEH ATEH ATEH ATEH…selagi si Ateh tak menyahut sampai ke sudah dia panggil ATeh dan ada je benda dia nak bagitau…

 

Sememangnya macam anak sendiri menanti dan menyambut kepulangan ibunya baru pulang dari kerja…patut la orang kata…walau penat letih macam mana pun…bila balik rumah… nampak muka anak dan si anak mintak dimanja suruh main sama-sama dengannya hilang penat yang seharian kita mengeluh…

aisyamyrza

Aisya yang setiap hari menunggu kepulangan atehnya

Kakakecik hanya tumpang kasih sayang anak saudara aje la…itu pun nasib baik la kakak kakakecik tinggal sementara kat umah mak sebab rumah dorang tengah renovate….tatau la cmne rasa sunyi nya bila rumah dorang siap nanti…dah tak de lagi anak yang sambut kakakecik bila balik kerja…tak de lagi si budak comot untuk kakakecik mengacau sampai dia marah-marah mengamuk dengan kakakecik…

 

pssst : walaupun kadang kala geram dengan perangai nya tetapi dia menceriakan kehidupan kami sekeluarga…ateh cayang ecah

Wednesday, November 16, 2011

Blur Blank Bersama Live Writter

Assalamualaikum

 

Blur

Blank

Bersama

Live Writter

 

Untuk pengetahuan semua..kakakecik selama nie guna live writter sebagai medium untuk update entry….tetapi hari ini dan semalam kakakecik sedikit kekonpiusan apabila url link entry yang kakakecik post tak naik tajuk entry sebaliknya naik perkataan pertama or nama gambar yang ada dlm entry tu…

 

Contoh

entry WW # 19 : http://cahayanurqasih.blogspot.com/2011/11/dscn6762.html (dscn6762 tu adalah nama gambo..)

entry jawapan WW# 18 : http://cahayanurqasih.blogspot.com/2011/11/assalamualaikum-dan-salam-sejahtera.html 

 

aduuuuus tak syok la mcm nie….nak kata kakakecik post tanpa letak tajuk..awal2 lagi kakakecik letak tajuk…poning poning

dah cuba uninstall n re-isntall pun masih sama jadi nyer

Wordless Wednesday #19

 DSCN6762

Jawapan Kepada Entry WW # 18

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Hari nie mood menghapdate blog ada saja..myb disebabkan 1-2 peristiwa yang berlaku dalam diri kakakecik nie semalam yang boleh dikongsi bersama…hanya sekadar perkongsian tentang kehidupan kakakecik sahaja…

 

Semalam seperti yang sedia maklum di entry sebelum ini..bagi yang belum tahu apa kejadian yang telah berlaku sila la jangan segan silu ke SINI yer.. dalam ayah kemas-kemas barang di atas almari di ruang sebelum dapur…tetiba kakakecik yang sedang leka melapis laksam terpandang ayah membawa keluar 1 frame ke luar rumah….aiiiiiiiiiiiik macam kenal aje frame itu….adakah frame tersebut….

 

Kakakecik dah tak senang duduk…eh eh berdiri la..masa melapis laksam nie….sementara tunggu lapisan laksam tu masak..kakakecik terus terjah ke luar rumah…tengok frame apa yang ayah letak di atas almari di luar tu…………… bila kakakecik tengok….SAAAAAAAAAAAAAAAAAH frame bunga kakakecik masa konvo dulu…

bunga

Ini adalah jawapan kepada entry WW # 18… Bunga konvo tu adalah pemberian bekas-bekas kami…yakni bekas pakwe kakakecik dan bekas pakwe adik kakakecik… kakakecik simpan bunga konvo tu dalam frame sebagai tanda kenangan dan ingatan kakakecik menghargai pemberian orang lain di hari bermakna….dah lama kot bunga tu..kakakecik konvo 18 Oktober 2003..sekarang dah di bulan November 2011…(kira sendiri bape tahun, bape bulan n bape hari) cuba korang bayangkan kalau bunga-bunga tu kakakecik tak letak dalam frame ntah ke mana la dan ntah jadi apa la kan….

 

Walau pun ada suara-suara di dalam rumah kakakecik yang berbisik…antaranya:

“alahai nak simpan buat apa la”

“ ntah la kenapa bunga tu nak simpan dalam frame baik bagi frame tu kat mak letak bunga daun getah”

“ bunga apa nie dalam frame nie…buang je la yer”

 

Biar la apa pun yang dorang suarakan bisik kan….kakakecik tetap akan simpan frame yang telah diisi bunga konvo 2003 tu sampai bila-bila… parah parah… kecuali la kalau dah kahwin nanti en suami tak kasi simpan…apa kan daya kan… kena la kakakecik menurut kata-kata suami..tak nak jadi isteri derhaka….harap2 en suami bagi simpan…heheeh..gatal lebih plak ntah bila nak nikah pun dop tahu…

 

psssssssst : syakira..memang tersirat sangat2 disebalik bunga-bunga itu….awin, mintak maaf akak tak akan jual ok….nadh dan onie…bukan akak buat…memang bunga real…ieyla dan cik anggur lepas nie boleh la praktik apa yang akak buat nie…..

 

** MUNGKIN INI SALAH SATU CARA KAKAKECIK MENGABADIKAN PEMBERIAN ORANG **

Hampir Pengsan Melihat Bilik Tidur Sendiri

Assalamualaikum…

uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuurrrrrrrrrrm tarik nafas dalam-dalam…..balik kerja semalam macam biasa la terus meluru ke dalam bilik untuk simpan handbag….tetapi alangkah terkejut nya sebab rasa macam tak tahu nak letak handbag kakakecik… siapa plak yang “SEPAHKAN” bilik kakakecik hingga sebegini nie…memang lain habis la…

 

Tapi kakakecik tak marah malah boleh senyum dan hati berbunga bunga lagi apabila melihat bilik kakakecik yang dah berubah wajah itu…sampaikan tak sanggup kakakecik letak handbag mahupun tidur di bilik sendiri…p tido bilik adik plak tu…hahahha…aik kenapa plak boleh jadi macam tu sekali… apa yang tak kena nya dengan bilik kakakecik erk…

 

Erm sebenarnya kan….aaaaaaaaah malu la nak gtau… mesti ada yang tak puas hati kan bila kakakecik tak gtau… TETAPI kakakecik lebih risau dan takut bila bagitau ada lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ramai yang TAK PUAS HATi….

 

Alahai apa plak main puas hati tak puas hati nie……

 

Ok ok ok sebenarnya….BILIK KAKAKECIK TELAH DIKEMAS DAN DISUSUN ATUR SUSUNAN SEMUA NYA OLEH AYAH, kalau sebelum nie ayah buat kakakecik senyum bergembira di waktu nak pergi kerja…nak tahu apa ayah dah buat klik <di sini>….ini time balik keje plak…BEST KAN DAPAT AYAH YANG RAJIN KEMAS… nak harap kakakecik huhuhuhu…

 

Thanks Ayah…MUAAAAAAAAAAAAAH SAYANG AYAH

 

 

pssssssst: sori gambo tak snap..kelam kabut malam tadi buat laksam untuk family…

Wordless Wednesday # 18

bunga

Tuesday, November 15, 2011

Alahai Kesian Hidung Kakakecik

bau

Assalamualaikum….haaaaaaaaaatcim..update CNQ Kakakecik dalam dok bersin..kepala pening..telinga pedih…mata berbinau…gara-gara terpaksa menghidu bau-bauan yang kurang menyenangkan…

 

Sememangnya hidung kakakecik ini sangat sentisif dengan bau-bauan…alahan sangat-sangat..dengan spontan boleh bagi respon…BERSIN…bukan tak hormat orang tapi nak buat macam mana…hidung tak tertahan maaaaaaaaa…

 

Kakakecik setiap hari akan berhadapan dengan customer…remaja lelaki, remaja perempuan, budak2 sekolah lelaki, budak2 sekolah perempuan, pak cik mak cik..abang abang kakak kakak semua ada….tetapi bila ada customer yang datang dengan bau-bauan yang kurang enak dihidu oleh hidung kakakecik nie sememangnya MENYEKSAKAN hidung kakakecik la…

 

Kalau yang datang nya customer budak-budak sekolah berjantinakan lelaki….BAU PELUH mereka tak mampu nak taip apatah lagi nak hidu…wangi lagi MY UCUK kakakecik rasa nya…

 

Kalau remaja perempuan plak datang…ada yang pakai MINYAK WANGI sebotol gamaknya…bau wangi tu menusuk hidung nie..kalau bau yang sedap di hidu ok la….tapi apa pun kakakecik hanya suka bau Oceanus  n Japanese Cherry Blossom keluaran Body shop sahaja….

 

Apa pun sekarang ini kakakecik sedang menahan hidung daripada menghidu BAU ROKOK daripada customer lelaki yang datang…dorang smoke before masuk kedai kakakecik… kakakecik memang dah pening saat ini…ROKOK alahan yang paling tak boleh tahan…memang tak suka orang merokok..(tapi kalau si dia nanti merokok macam mana….kalau boleh nasihat suruh dia berhenti kalau sayangkan diri kakakecik ni…hahaaa,pernah kot masa zaman cintan cintun dulu dulu siap warning dengan ex-bf jgn merokok sejam sebelum jumpa..bila dah jumpa rampas rokok nya..kihkih..ada yang sanggup ke?)

 

Wahai insan-insan di luar sana…apa jua yang anda buat ingat la orang disekeliling anda…terutama PEROKOK TEGAR…

 pssst : ada ke customer kakakecik baca entry nie yer

Aku Rela…Selamat Tinggal Sayangku….

Assalamualaikum…

Ya Allah dah 2 hari tak mengetuk keyboard untuk CNQ Kakakecik nie…Mood Hilang…RIBUT RINDU melanda diri si kecik ini..(alahai macam la ada sangat orang nak baca kan…tak kisah la tapi rasa sedih bila CNQ kakakecik ini tak update…maaf ye)

Memandangkan sekarang bulan November (11) dan tahun 2011 - 11 jugak…sebelum memasuki bulan November 2011 (11-11) di dalam diri ini memasang 1 niat  yang akan mengubah kehidupan seharian ku selama 11 tahun. Walaupun janggal pada awal nya…alhamdulillah dah 14 malam shida tak endahkan nya…Bukan merajuk mahupun benci kepada kekasih hati yang selama ini dipeluk (tak cium pun tapi kadang2 cium jugak….tapi tak sanggup) saban malam… tetapi hanya lah sebagai langkah untuk kehidupan masa hadapan…hahahhaa…

Masa Hadapan…ehem ehem ada berita baik ke apa nie…eh eh tak de la… saja la…bagi memudahkan ke sana ke mari… tak perlu bawak lagi si dia…tapi boleh ke…macam sekarang nie boleh la sebab ada peneman lain…ada tak alternatif lain yang lebih mudah untuk diri shida nie…SELAIN BANTAL BUCUK

Bye Bye SayangKu....
Walau 11 tahun kita bersama....
Ini untuk masa depan ku..
Aku Rela
Aku Pasrah
Love U

Muaaaaaaaaaaaaaaaah

BYE MY UCUK

 

psssst: tak nak jadi along usung bantal wangi dia ke sana ke mari…tak percaya cer tengok di SINI

Sunday, November 13, 2011

Rindu Bertandang

Hatiku merintih keranamu
Kesunyian mencengkam
Lautan kenangan
Ajaibnya perasaan oh..oh..


Rindu membawa daku kekasih
Pada musim-musim bersamamu
Rasa kasih dan rindu
Yang tertanam buatmu
Di jambangan usiaku


Waktu memisahkan aku denganmu
Kemanisan bersatu dalam sebuah rindu
Kini saat indah menjadi sejarah
Dan musim pun berlalu bersama waktu
Kini bertemankan sebuah perasaan
Rasa kasih rasa rindu padamu

 

Rindu bertandang lagi di hati
Rindu menghampiri kala sendiri
Halaman hidupku yang kosong tak terisi
Sungguh lama dikau pergi

 

 

erm….macam kena je lirik lagu RINDU BERTANDANG LAGI nyanyian Hattan tu…shida tak sangka plak ada lagu RINDU BERTANDANG LAGI..ingatkan da lagu RINDU RINDU SERINDU RINDUNYA spoon je…….

 

hari ini…RINDUKU BERTANDANG…tak tahu kenapa rindu begitu kuat..orang kata bila kita rindu sangat-sangat kat sesorang itu..orang itu pun rindu kita jugak kan…bila jauh mengajar kita erti rindu…walau pun dia sentiasa hubungi..tetapi rindu tetap menerjah..

 

perlukah ku seru nama nya selalu..agar dia muncul…mungkin tak face to face……tapi sekurang2nya boleh melepaskan kerinduan itu…

 

Lydia Miza  syorkan Pejam mata...dan cuba membayangkan wajahnya.Hanya itu yang mampu Miza lakukan bila merindu.Almaklum la dia kan kat bumi Qatar jauh dari family di Malaysia…

 

Along Blade LGk plak beritahu dia akan melayangkan rindu alam khayalan buat mengubati rindu yg bertandang ... saat indah , saat senyum dan tawa , jua saat bertentang mata bersama ... ingat kembali .. sure terubat skit rindu tuh ..itu apa yg along buat la kalau rindu tuh mendatang ... kan senang ... rindu along ni rindu terkubur je .... just iringan doa je yg leh wat pun .. hehehe ...

 

apa pun…apa yang terbaik adalah berdoa supaya insan yang dirindui selamat keadaan nya..diberi kesihatan yang baik-baik supaya dia dapat hubungi daku dan bertemu…

 

pssst : dalam hati tak ada taman..bukan nak berjiwang-jiwang..terasa geli dan malu je kalau wat entry jiwang..hahaha..

Hattan-RINDU Bertandang Lagi


11-11-11 : Alunan Kasih Tercipta

Assalamualaikum…

Terlepas sudah 11-11-11 tarikh yang ramai seramai nya menunggu…ada yang kahwin, sanding, nikah, bertunang…da jugak yang melahirkan bayi pada tarikh ini (tapi kalau bersalin dengan pembedahan x best la…) pada shida tarikh ini tak de apa yang menarik sangat berlaku dalam hidup shida…tetapi ALUNAN KASIH telah tercipta…bukan nak berjiwang..tapi hati berbunga jugak la..alhamdulillah walaupun tidak seperti orang lain punya…ini yang Kakakecik punya…

 

ALUNAN KASIH bukan kasih antara kakakecik dengan mana-mana lelaki/jejaka di luar sana… ia adalah alunan kasih yang dicipta di dalam adunan kek…hahahhahaha..jangan maraaaaaaaaaaaaaaah… kakakecik teringin sangat nak buat kek alunan kasih nie (bajet nak guna blueberry paste yang baru beli) tetapi memikirkan takut buat tak ada sapa plak nak makan…… so biarkan alunan kasih menjadi angan-angan di malam hari sebelum tarikh 11-11-11…

 

Dah biar jadi angan-angan kenapa plak boleh ada alunan kasih pada 11-11-11…kakakecik buat kek nie bila mak bagitau mak cik di Sik nak buat kenduri tahlil dan nazar pada 11-11-11….waaaaaaaaaaaaah (jerit dlm hati) ini sudah bagus…boleh la buat alunan kasih bawak pergi kat umah mak cik…resepi alunan kasih nie kakakecik ambil dari CMG Dapur Tanpa Sempadan dan Kak Nor Secubit Garam…jom kita semak resepi yang dorang kongsikan

alunan kasih

BAHAN-BAHANNYA :

5 biji telur
250 gram mentega  atau 1 ½ cwn Planta (shida guna planta je..mentega simpan nak wat kek lapis)
2 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair
Serbuk koko secukupnya (sediakan penapis teh untuk ayak serbuk koko)
Pewarna makanan ungu + Blueberry paste
Pewarna makanan merah jambu + Strawberry paste
Pewarna makanan kuning + Orange paste

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu cair dan esen vanilla, putar sebati.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bagi adunan tadi kepada 3 bahagian dan setiap bahagian tadi diberi pewarna dan perisa seperti di atas. Kacau rata untuk setiap bancuhan.
  4. Tuang 1 bahagian dalam tin kek tadi, ratakan (terpulang pada anda nak guna bancuhan yang mana satu dulu). Kemudian ayak serbuk koko atas bancuhan pertama tadi, rata2. Tuang pulak 1 bahagian lagi, perlahan2 ratakan. Ayak lagi serbuk koko rata2 dan tuang bahagian terakhir, ratakan.
  5. Bakar selama 45 minit atau hingga masak, yang ni bergantung pada oven masing ye.

 

psssst : tinggi setiap color tak sama…hahahha..sabo je la…eh eh mak tanya kek apa nie…ingatkan buat kek lapis…aduuuuuuuuuuus mak..esok2 la ye cheq wat kek lapis nya…

Jom Memasak : Kek Lapis Evergreen

Assalamualaikum…

Evergreen…bukan kontena yang korang nampak di jalan keretapi atau di penang port…walaupun sekali tengok warnanya sama..sebab ada perkataan GREEN tak kan warna MERAH plak kan….EVERGREEN yang shida maksudnya di entry ini adalah kek lapis evergreen…shida mencuba untuk melapis evergreen pada hari jumaat 2 minggu lepas (nampak sangat entry basi) sebelum hari raya aidiladha…shida buat pun setengah adunan…dah tu guna lak tepung gandum…(nak tau apa beza nya guna tepung gandum dan tepung hongkong) jawapan bernas (BUKAN KILANG BERNAS) punya…padahal tepung hongkong tak cukup…

Sebelum nie shda dah pernah makan kek lapis evergreen yang Sunah berikan…dan dah ambil resepi nya untuk buat hari raya aidilfitri yang lalu…memandangkan telur yang banyak perlu guna pakai….shida KIV…sehingga la masa shida jalan-jalan jumpa resepi Kek Lapis Evergreen kat blog HaSue..shida memberanikan diri untuk melapis Evergreen Derhaka..Jom tengok resepi yang dikongsi bersama oleh HaSue

evergreen

Bahan-bahan : Loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A
450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla

Cara -cara Membuatnya:

  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
  7. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
  8. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  9. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

HaSue jugak ada bagi untuk setengah adunan punya…lagi senang la kan kerja shida…

5 biji telur gred A
225 g mentega berkualiti tinggi
90 g tepung hongkong/gandum
60 g serbuk horlicks
60 g gula halus (sudah dikurangkan)
3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
1/2 sudu mkn ovallette
8 sudu mkn susu pekat manis
1/2 tin kecil serikaya
50 g serbuk santan
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara menyimpan kek jugak HaSue kongsi dengan kita semua memang terbaik la kan, apa yang perlu kita buat…alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

 

pssst : cuba korang tengok kek lapis evergreen shida dengan yang HaSue dan Sunah…beza kan? tekstur kek lapisnya..kalau guna tepung hongkong lebih lembut dan bila guna tepung gandum nie nampak padat..tapi family shida makan je…sedap jugak kata dorang…alhamdulillah….

Thursday, November 10, 2011

Laksam, Kek Coklat dan Reena Tan

Assalamualaikum…

Shida bukan sahaja gila donut, gila melapis kek lapis..tetapi jugak gila laksam dan kek coklat…Kerana Laksam dan Kek Coklat..Shida sanggup memandu hampir 2 jam ke Taiping untuk menikmatinya…

 

Di Hari Raya Kedua AidilAdha (Isnin, 7hb Nov 2011) shida memulakan pemanduan PHS bertemankan Anith Shasha Chan, Adik dan Athirah…Dengan hujan yang membasahi bumi Kedah menyebabkan shida tidak boleh memandu dengan speed  seperti biasa…Alhamdulillah kami sampai ke Bagan Serai dalam pukul 11.30 pagi…janji dengan Angah untuk pergi sama-sama dari Bagan Serai…tetapi disebabkan Angah terlupa yang Rahim Wan Ghazali ada kerja…shida terpaksa patah balik ambil angah di kawasan rumah nya…tak kisah la walau perut dah bernyanyi..nasib baik dah keluarkan apa yang tak tahan tu….

 

Dari Bagan Serai…Angah drive….perrrrrrrgh best nye dok sebelah je…borak punya borak akhirnya kami sampai rumah Reena Tan di Assam Kumbang…(Komeng ingat ye ASSAM KUMBANG…ASSAM KUMBANG) masa kami sampai nie..ada sedara Reena..salam-salam beramas mesra kejap..Mama Reena yang sporting jemput kami makan….

 

Atas meja dah penuh dengan makanan…ada LAKSAM, LAKSA, LEMANG, RENDANG, KEK COKLAT…..shida aim LAKSAM dan KEK COKLAT aje…..tapi bila tengok LAKSA, LEMANG dan RENDANG yang mama buat rasa teringin plak…senang cite semua makanan yang Reena dan mama nya hidang kan…shida makan…

kek reenaKek Coklat Lembab yang super sedaaaaaaaaaaaaaaaaap…Reena mana resepi nie…kata nak exchange

laksam reenaKerana Laksam ini lah yang membuatkan shida begitu rapat dengan Reena…tanggal  12 Sept 2011

 

kamiBergambar dengan tuan rumah Reena Tan..

Angah rindu Kaki Salut PlastikMegat comey sangat eeeeh buat muka macam tu..

angah Angah….bagaikan Abang dengan Adik

  komengRosmanizan GilaFoto….Komeng…1st time jumpa F2F

 

Lepas makan-makan…Pak Uda Reena plak nak berkarok….dah la Anith tu Hantu Karok…siap berduet lagi…..hamboi hamboi bukan main lagi depa nooo… last2 shida, Angah dan Reena, Komeng dan Megat  lepak kat luar borak-borak usik mengusik bahan membahan….

karok

Beraya + Karok in De House…

  adik n t-ah

Adik dan Athirah sebagai peneman…..lepas nie mesti dorang nak ikut lagi nie…

jangan T-ah tanya “ Ateh bila plak nak p rumah Kak Reena…nak karok” 

 

Eh eh tak kan la tak de kot gamba shida dengan Reena Retis Blogger Perak….suara nya sebiji macam Siti Nurhaliza….lepas nie tukar nama yer Reena…SITI NURREENATAN

reena

yehaaaaaaa…ini la gamba kenang kenangan bukti shida dah sampai ke teratak keluarga Tan…

 

pssssssssst : kerana makanan pun kita boleh rapat dan akrab….bersyukur sangat2…sebelum ini pernah jumpa reena tapi tak tegur sapa hanya senyum dan main mata saja…kihkih…rugi Fadil dan Aten tak datang…sedaaaaaaaap sangat2 makanan kat umah reena

Wednesday, November 9, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis Batik Kenyalang

Assalamualaikum….masih lagi dalam mood jalan-jalan ke Bumi Kenyalang…terutama nya sebelum menjelang aidiladha yang lalu…singgah saja ke mana saja yang menyajikan kek lapis…beraneka kek lapis shida ambil…salah satu nya adalah Kek Lapis Batik Kenyalang yang shida jumpa di blog DayangJack…tetapi shida tak paham teknik nya…so shida pergi la ke blog Bro Rozzan…..oooh baru la shida paham bila BR tunjuk teknik nya.…shida tertarik dengan teknik lapisannya yang menyerong…sebelum ini shida pernah dapat cabaran daripada abg ipar dan sepupu untuk buat kek lapis menegak..tak mau lapisan nya sama sahaja macam sebelum-sebelum ini….bila jumpa kek lapis batik kenyalang ini terus shida cuba nak membuatnya…

batik knyalang

Jom kita semak resepi Batik Kenyalang yang shida dapat dari blog Bro ROzzan


Bahan-Bahan
500 gm mentega
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (shida gunakan jem strawberry)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna purple
1 sudu kecil pewarna biru
1 sudu kecil pewarna pink


Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).
  2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
  3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
  4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)
  5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. (SHIDA HANYA ASINGKAN 8 SENDUK SAHAJA sebab buat 2 lapisan sahaja untuk atas bawah)..
  6. Yang selebihnya, shida bahagikan kpd 3 bahagian- pink, biru dan purple.
  7. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 8” x 8" yg telah dialas kertas dan digris. Bakar sehingga 2 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).
  8. Masukkan adunan pink, biru & purple ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan pink berselang-seli dgn purple dan biru sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.
  9. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi dan tekan2kan agar ianya rata semula.
  10. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai
  11. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 4 senduk tadi utk membuat 2 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.

Selamat Mencuba..

 

psst : shida tak berapa gemar kek lapis batik kenyalang ini sebab dia rasa lemak2 begitu..macam kuat je bau susu nya…shida kan tak makan susu..tapi kak ipar dan 2-3 orang sepupu shida suka…alhamdulillah…erm…tak nampak sangat kan selang seli susunan nya sebab shida potong tak berapa nak kena…1st time buat kata kan…..

Sambut AidilAdha di Terengganu, Sarawak dan London??

Assalamualaikum…
Hari Raya Qurban (Aidil Adha) yang lepas korang semua sambut di mana….ada yang dari Johor ke KL…yang di Terengganu balik Kedah…yang dok KL terpaksa beraya di KL walau kampung di Kedah….tetapi shida yang sememangnya dok Kedah dan kampung di Kedah sambut di Terengganu, Sarawak dan London dalam masa dan hari yang sama plak tu…..opppps jangan pelik dan terkejut yer…bawak bertenang..
Sebenarnya shida hanya sambut di tempat2 ini hanya pada juadah yang shida buat untuk tetamu di hari raya…
adha
beraya di Sarawak dengan 3 jenis Kek lapis
laksam
beraya di Terengganu dengan Laksam

Alhamdulillah…walau penat melapis kedua-dua juadah ini shida puas hati bila semua tetamu yang datang dapat menjamu selera dengan air tangan sendiri…ada yang mintak resepi dan ada yang memuji….dan ada jugak yang tak percaya semua nya shida buat sendiri siap kata beli lagi kek lapis sebab shida ada pembantu yang pandai packing….tahniah KAK JA…ang memang TERBAIK bab membalut….sabar je la kan…sakit pinggang kakakecik melapis tau….hehhee..itu cerita kek lapis….yang laksam plak ada kejadian membuat shida hampir2 putus asa…tapi dah tekad di hati nak buat untuk hari raya haji so…kena buat jugak walau apa pun terjadi…pandai2 la shida….konon nak rahsia dari mak..tapi tak boleh…mak balik je dari masjid terus cerita…..hehe..walau apa pun terjadi hampir 2kg tepung shida, mak n kak ja melapis untuk wat laksam….2 kg ikan selayang dijadikan kuah nya…

EH eh shida jugak pergi LONDON di saat-saat terakhir…setelah teringat badam masih ada….

almond london
beraya di LONDON…almond london 


pssssst : jangan marah yer…

Jom Memasak : Kek Lapis Pandan Choco Berry

Assalamualaikum…

Alamak baru shida perasan yang 3 entry berturut-turut Wordless Wednesday…tak nak la jamu pembaca dengan wordless wednesday je…meh sini shida nak kongsi resepi kek lapis pandan choco berry yang shida buat sehari sebelum aidiladha baru-baru ini…sekarang family shida semua nya dah suka kek lapis…dah tak pandang lagi kek coklat….sabo je la….sabo nak melapis la…..sebelum nie shida hanya buat kek lapis choco berry…untuk aidiladha nie shida wat 3 jenis kek lapis…apa pun jom kita semak dulu resepi kek lapis pandan choco berry yang shida ambil dari Selera Sakura

kek lapis

Bahan-Bahan:

500 gm mentega

150 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)

1 sudu besar chocolate emulco ( shida guna paste sahaja….emulco habis )

1 sudu teh pewarna coklat (tak guna ni, sebab takde kat rumah)

50 gm jem strawberry (shida letak walau ada jem…guna esen strawbery je)

1 sudu teh pewarna merah (takde gak..hahaha…shida Strawberry Emulco )

50 gm seri kaya

1/2 sudu teh pes pandan

1 sudu teh pewarna hijau (tak de..hehe)

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  5. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, coklat paste, satu lagi dibubuh strawberry emulco & esen strawbery dan yang akhir dibubuh seri kaya & paste pandan.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
  7. Lapisan pertama -plain, kedua -pandan, ketiga -coklat dan yang akhir merah.Akan jadi la…Pandan Choco Berry…Setiap lapisan shida guna 2 senduk.Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
  8. Bakar api atas sahaja…untuk yang lapisan  terakhir…apabila dah keperangan…gunakan api bawah dalam 10 minit

Selamat Mencuba

Worldless Wednesday #17

adha

Tuesday, November 1, 2011

Cerai Dengan Talak 3 Pada 1.11.11

Assalamualaikum…

Seminggu shida tak mengonline kan diri….sibuk sangat2 minggu lepas….alhamdulillah semua nya sudah selesai…tapi masih lagi ada yang perlu disiapkan bagi proses yang berikutnya…

Hari ini…1.11.11 tarikh yang agak menarik dan cantik nombor nya…lima kali satu…ada yang pilih utk bertunang, nikah dan kawen…

Pada tarikh lima kali satu ini jugak la shida telah menjatuhkan talak…cerai talak tiga terus…..

Sudah lama shida pikirkan hal ini…sepatutnya minggu lepas lagi sudah jatuh talak ini…tapi shida masih beri peluang…walaupun shida sudah tidak endahkan nya lagi….shida biarkan dia terkapai-kapai….Mintak maaf sangat-sangat…..selama ini shida hargai sangat dia…

Tetapi 1.11.11 merupakan hari terakhir shida dengan nya…kerana shida sudah jatuh cinta dengan X2……Kenapa shida jatuh cinta dengan X2….salahkan Si Lesung Batu…dia yang kenalkan shida dengan X2….X2 mempunyai kelebihan nya tersendiri….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selamat Tinggal Orang Kuning

Good Bye Digi Easy

Welcome X2 Prepaid Celcom..

celc

Dengan X2 shida dapat kol sapa yang nombor celcom dengan kadar 28sen untuk 10 minit dan 28sen(5minit) untuk nombor lain selain celcom..dah tu sms hanya 1sen sahaja….dan 5 sen untuk nombor lain….

Tapi yang tak best nya X2 takde bagi Bonus besday….dah le besday shida bulan depan je nie…tak kisah la….janji jimat untuk hari-hari biasa…

 

pssssst : sapa number celcom…cepat bagi num anda anda anda….