Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, January 19, 2012

Bila Memandu….PALING BENCI dan TIDAK SUKA….

Assalamualaikum…

Boleh dikatakan setiap hari kakakecik drive kereta begitu jugak anda semua kan…tak kira memandu kereta ke, tunggang motorsikal ke..setiap hari di antara kita akan berada di jalan raya…samada jalan raya yang lenggang atau yang sesak teruk, tempat kakakecik jarang sekali jem teruk kecuali musim raya @ ada kemalangan.

 

Tapi bila kakakecik memandu samada di jalan raya yang tenang atau di lebuhraya…ada part-part yang PALING kakakecik TIDAK SUKA, antaranya :

  • KERETA SIGNAL MERAH – macam semalam kakakecik follow VIVA Biru (geng VOC) tetiba dia bagi brek dan signal, signal nya warna merah sewarna senada dengan brek….sakit je mata kakakecik menengok…geram je..nasib kakakecik perasan signal tu..so kepada pemilik-pemilik kenderaan di luar sana…jangan la terlalu nak canggihkan lampu signal tu dari warna kuning (asal) ke warna merah….cuba la fikir pemandu kenderaan lain dibelakang kenderaan anda….kalau orang sondol kereta korang tak pasal2 je
download

 

  • LAMPU HADAPAN WARNA PUTIH – ini lagi satu yang kakakecik tak suka dan menyirap je rasa bila memandu waktu malam ada plak kereta yang lampu hadapan warna putih. kalau selisih tu ok lagi la kan sebab kejap je kita akan berhadapan dengan lampu putihnya tetapi yang dok ikut dari belakang…mau-mau lak yang dok cucuk rapat bontot…silau mata ooooo..kereta2 mewah yang terkini kebanyakkan di datangkn dgn aksesori lampu putih yang melepasi piawaian yang telak ditetapkn JPJ......tapi harap maklum bagi kereta anda bukan datang dari kilang bersama lampu putih...anda mungkin kene tahan ehehehe....tak pasal2 kena saman nanti…jangan la memandai nak tukar pasang lampu putih yer..

  images

  • IKUT RAPAT &  HIGH LAMP – keadaan nie selalu berlaku kat highway la…kakakecik paling tidak suka kalau kakakecik di lorong kanan (lorong kelajuan) memandu dengan kelajuan yang boleh dikategorikan melebihi had laju yang ditetapkan…tetiba ada kereta ikut rapat dan bagi high lamp….ambooooi ambooooooi tak tengok ke kita pun tengah laju..so paham2 la…x kan tengah2 laju tu terus nak masuk kiri yang kereta tengah berduyun tu…tang mana kakakecik nak selit…pernah kot masa kakakecik drive kat hway dr astar nak balik pendang malam time tu…ada la kereta hamba Allah mana pun tatau dah la ikut rapat dok bg lampu pastu bagi lak lampu wrna warni siap dengan siren…bongek betul la..bila kita bagi laluan usha lak kita dari tepi dan bgi lampu warna warni…hampeh punya driver la

 

  • SLOW TAPI DI LORONG KANAN - Perhatian yer pemandu-pemandu di luar sana, sini nak bagitau yang kakakecik pun tak suka bila ada pemandu-pemandu yang tidak tahu membezakan antara lorong santai (lorong perlahan) dan lorong memotong / memandu dengan laju…kakakecik selalunya kalau pergi mana2 ikut highway memang susah nak drive kat lorong kiri, sokmo di lorong kanan je la…hati membara jugak la bila kita di lorong kanan dan memandu dengan hemah ada plak kereta di depan tu yang drive sambil makan angin di lorong kanan..dah bagi lampu pun tak paham-paham dan tak reti nak tukar lorong…dah tau bawak slow tu drive la kat lorong kiri..ini tak..(pernah kakakecik terpaksa memotong ikut lorong kiri…bahaya tak bahaya dari dok sakit hati dok ikut belakang yang tak tau beza lorong kan)

 

  • PENUNGGANG MOTORSIKAL – bagi penunggang motorsikal yang suka menyelit kiri kanan tengah la dicelah celah kereta tu…haiiiii ini satu hal lagi dah lama kot hidup…huhuhu…terutama penunggang motorsikal berkuasa tinggi….suka hati dorang ye bawak dah le laju pastu kalau boleh nak je kita yang bawak kereta ni bagi laluan kat depa…opppppps sori la kakakecik tak akan bagi..hang motor..lorong motor la..yang dok lagak kat lorong kanan tu sapa suruh…

 

pssst : adakah kakakecik ni merbahaya bila memandu…

 

3 comments:

Cik Pulau said... [Reply]

ohhhh.. memang tak sukaa...
sebab tu kalau memandu, dgn mulut2 skali bunyi.. hahaha..
errr.. sy bawak motor je pun..
kete xberani lagi..
dah dkat 3 thn peram lesen..
hahaha

Halimatun Sa'adiah said... [Reply]

takotnye nk drive...huhuhuu

Reena said... [Reply]

bile sy bwa moto..sy mmg suke selit2, xkisah la lorong mne...kepuasan bg sy..hehehe...

tp..bile bwak kete, ade moto selit2, sy plak..."ishh., dah lame hdup btol"..hahahhah