Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, January 29, 2012

Jualan & Pameran di RTC Gopeng

Assalamualaikum dan selamat petang…9 hari kakakecik tidak mengonlinekan diri…hanya ada 2 entry je rasa nya yang autopublish…

 

26-01-2012 kakakecik diberi kesempatan dan peluang oleh Risda untuk mengadakan jualan dan pameran di RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) Gopeng sempena Majlis Perhimpunan Pemaju Masyarakat Risda (PMR) peringkat nasional yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (Datuk Mohd Shafie Apdal). Ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh kakakecik sebagai salah seorang peserta kursus Decoupage anjuran Risda untuk mempromosikan produk yang dihasilkan..sememangnya kakakecik rasa tidak puas sebab terlalu singkat jangkamasa waktu pameran dan jualan…kalau la diadakan 2-3 hari agak berbaloi la…tapi tak apa la kan nak wat cmne..lagipun pengangkutan, penginapan 2 malam di Tower Regency Hotel, Ipoh dan makan minum sepanjang majlis ini disediakan..

 

 gubahan 

Gubahan bunga daripada daun getah yang telah diproses (bunga matahari tu hasil tangan myMum) untuk diberikan kepada Menteri

 

DSCN7817

Booth No. 8 milik kakakecik..

tapi kakakecik tak suka tak suka sebab nama kakakecik dorang eja silap NOR…NUR la…huhu

 

all

Produk Decoupage yang kakakecik jual dan pamerkan sempena majlis di RTC

 

menteri Lawatan Menteri KKLW (datuk Mohd Shafie Apdal) dan KP RISDA (Datuk Wan Mohd Zuki Mohamad)  ke gerai…cer tengok mata Datuk Shafie Apdal tepat je dia memandang kakakecik bagi penerangan…waaaah sampai berkerut2 muka nya

 

Semasa lawatan Menteri KKLW ke gerai, ada sesuatu yang membuatkan kakakecik terharu dia macam tak percaya kakakecik baru je pergi kursus Julai 2011, tapi dah boleh buat produk…Datuk Menteri..alhmdlah nie kali ke3 Risda bagi kepercayaan kepada saya untuk membuat mempromosi dan membuat jualan…TAHNIAH dan SYABAS Datuk Menteri ucapkan kepada Kakakecik…insyaAllah dengan kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh RISDA dan KKLW untuk kakakecik akan kakakecik teruskan decoupage ini…

 

terima kasih RISDA atas kepercayaan anda kepada kakakecik

1 comments:

haniekunie said... [Reply]

eeee nape akak tak btau g TEMAN (RTC) tu????? ayah han keje situ la (MARDI).. kalau tau, boleh han ikut ayah p keje.. boleh sibuk2 kat booth akak..