Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, January 9, 2012

Jom Memasak : Apam Pelangi Ikatan Kasih

apam pelangi 

Assalamualaikum….selamat petang…apam pelangi ikatan kasih nie sebenarnya apam yang dihasilkan setelah kakakecik dah putus asa dalam mengapam dan mendot…dalam 3 adunan yang kakakecik buat apam polka dot..hanya 1 adunan sahaja yang menjadi…idea untuk ubah suai deco apam polkadot kepada apam pelangi ikatan kasih masa dok melapis kek lapis vanilla coklat… dah bagi merealisasikan apam nie..adik, emirah, esafirah n ezwani yang ditugaskan utk mengikat kasih sayang antara warna2 pelangi yang dipilih..mcm2 jadi nya…tak kisah janji sedap bila di makan…apam nie jugak telah dijadikan doorgift majlis kawen eliani…

 

Resepi asal sememangnya kakakecik guna resepi apam polka dot..jom kita semak resepi nya..

Bahan-bahannya :

  • 3biji telur gred A (dari peti ais)
  • 280g (2cwn) tepung gandum **
  • 2sdt baking powder **
  • 220g (1 1/2 cwn) gula halus (kalau letak filling guna 200g sahaja)
  • 250ml (1cwn) susu segar/susu cair/santan/susu UHT
  • 1sd kecil ovalette
  • 1sdt esen vanilla (untuk hilangkan hanyir telur)
  • pewarna (ikut citarasa masing2 : kakakecik guna pandan paste utk hijau, strawberry paste + liq rose : pink, chocolate paste : koko dan orange paste : orange)

** tepung dan baking powder diayak sama

 

Cara-caranya :

  1. Pukul telur + gula + ovalette sampai kembang
  2. Kemudian baru masukkan tepung + baking powder + bahan cecair secara berselang seli
  3. Pukul dgn kelajuan maksimum selama 6-8 minit
  4. Sementara itu, didihkan air kukusan letak daun pandan untuk apam lebih wangi
  5. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna
  6. Susun acuan lompang dalam pengukus & masukkan paper cup dalam acuan lompang
  7. Masukkan adunan dengan menggunakan sudu kecil berselang seli color dlm paper cup
  8. Bila air kukusan dah mendidih, sederhanakan api & kukus selama 15 minit

 

Selamat mencuba…

 

pssst : memang kakakecik frust sangat2 bila apam kakakecik tidak menjadi…siap gtau dengan mak dan sepupu2 lebih baik buat kek lapis…

6 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

ye..melapis lbh mudah dr buat apam polkadot.leceh.saya ada tny katek naper dot2 saya kembang tak cun..dia gelak jek..hahaha

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Lydia Miza(Aidyl Azim) kan miza kan...melapis jugak yng memenuhi selera dan tangan nie...mngadu jugak dengan katek...huhuhu..kalau kamu dot kembang..shida lak dot nya tak kembang hahahahhaa

Rozuan Ismail said... [Reply]

suka betol akak masak ye.memang kena wat gathering umah akak la rasanya

missina said... [Reply]

tak jadi takpe nant cuba lagi kan,,mcm sy ni lg langsung tk reti wat kuih,,,huhu

kiera'sakura said... [Reply]

mmg dh lama simpan cita2 nak buat apam nie.. nanti blek kg ke bebila ke nk buat jugak... weeeeee... akak mntk halal resipi ye...

IBU GEBU said... [Reply]

sebelum IBUGEBU pandai buat apam ni, banyak kali jugak try and error.... nak dihitung bahagi tolak campur, ada lebih kurang 15-20 adunan yang ibu buang gara2 tak menjadi, adakalanya apam jadi kecut, adakalanya dot2 x jadi bentuk sepatutnya, adakalanya apam jadi mampat & keras... time jadi tu jadi, time tak jadi memang frust sampai la ni ibu dah tau karenah apam ni, jarang sgt tak jadi... alhamdulillah, mungkin dah rezeki ibu kat sini serta bakat yang dianugerahkan, Allah memudahkannya segalanya

*hampir putus asa suatu ketika dulu, nak stop buat apam... tapi akibat tempahan & kepercayaan pelanggan, ibu masih mengedot sampai ke hari ini sehinggakan blogger kak jee & admin dari page DAPUR KAKZU angkat tangan kata orang yg pandai buat apam ni dan menjadi apamnya adalah bukan calang2 orang (ibu mengakuinya kerana ibu bertemu dgn banyak kegagalan sblm bertemu kejayaan)