Coretan Terbaru KakakeciK
Saturday, December 1, 2012
Drive 4x4 Triton
alhamdulillah dah selamat pun sampai umah mertua adik ilah di kg changkat lobak, bukit merah nie....buat pertama kali nya kakakecik drive 4x4 menyusuri membelah lebuhraya utara selatan...semua nya gara2 nak makan durian perak...tak pernah bawak pun beranikan diri drive triton abang on...semua dalam triton tu perempuan kecuali adik afif yang umur tak cukup 2 tahun lagi tu....ish kalau jadi apa2 cmne lak kan...nasib baik semua nya selamat...dipermudahkan cuma bila nak touch n go je..terpaksa buka pintu dan tingkap..hahhaa..kenapa...tak sampai nak touch card...dah le driver pun x nampak...kihkih
oklah nak sambung makan....
Wednesday, November 28, 2012
“Jalang-jalang” Negeri Penyu Bertelur
Assalamualaikum dan Selamat Petang,
Fuuuuuh, baru ada kesempatan kakakecik nak update blog ni…5 hari bercuti ‘jalang'-jalang’ Negeri Penyu Bertelur…semalam dah start keja..tapi line plak tak okey sampai ke tengahari tadi…so jangan bosan jangan klik [x] plak ye..sebab mungkin banyak cerita dan gambar yang kakakecik akan share dengan korang…yang pasti nya tak de sekeping pun muka kakakecik sendiri hahaha…macam tu pun boleh…kalau ada nanti korang plak rasa jemu kan…
Khamis..hampir 10 jam perjalanan kami dari kedah ke terengganu..rujuk je entry nie..x mau la cerita lagi..hahaha..riso akan mabuk lagi bila cerita…
Jumaat : selepas subuh semua penghuni kat umah kak Mena di larang tido sebab pukul 9 pagi akan bergerak ke kuala terengganu..untuk walimah di batu rakit…sepanjang perjalanan ke sana memang kakakecik menikmati keindahan alam di negeri terengganu..dan mengenalpasti landmark supaya kalau lepas nie nak ke sana mudah..hehe….pukul 10.30pagi kami sampai di homestay..tak ingat plak nama homestay tu…almaklum la tak stay kat stu kan..yang kakakecik ingat jalan ke homestay tu depan MRSM..Pukul 11.15pagi macam tu kami bergerak ke umah pengantin lelaki, time nie kakakecik dan sebahagian family kak ipar dah pelik…kenapa pengantin lelaki tak datang jemput….hahhaa…myb style sana mcm tu kot…time kami sampai umah pengantin lelaki…tak de sapa pun…kami je rombongan pengantin perempuan yang mula2 datang..Menurut Johan, pengantin lelaki…memang dorang wat mcm nie…tak nak nanti rombongan pengantin perempuan berasak2 dengan tetamu…bagus jugak kan mcm tu….tapi kakakecik plak tak dapat nak makan sangat sebab masih awal..makan skit je nasi kenduri nya..huhu…
Pasangan Pengantin Cikgu..Amalina dan Johan..semoga kekal bahagia selalu..
Selepas selesai semua…kami balik semula ke homestay..sementara yang lelaki pergi solat jumaat…yang perempuan….dapat la berehat..ada yang sembang..ada yang tido..agak2 kakakecik buat yang mana 1…tido or sembang…hehe…
Pukul 3 petang..dah kena checkout…so family kak ipar plan nak ke taman tamadun islam (TTI), kami tak masuk pun ke TTI…sebab tak larat nak jalan..lagipun mahal jugak la tiket nak masuk nya..last2 dorang decide nak naik TTI Cruise…boat tu penuh dengan rombongan kami je la…20 orang jugak…best jugak keliling Sg Terengganu selama lebih kurang 45 minit nie..macam2 cerita dan info yang kami semua dapat…terutama tentang Pulau Hajjah Siah, di mana dgr ceritanya hanya keluarganya saja dok kat pulau tu…besar jugak pulau tu…dan dikhabarkan sebahagian nya akan dijual..nilai juta ringgit la..sepanjang 45 minit menyusuri Sungai Terengganu dengan TTI Cruise kita boleh tengok kampung nelayan, tempat orang buat kapal..kaya Datuk K tu kan…resort yang cantik (Ri-Yaz Heritage, Marina Resosrt Spa..bilik nya 1 malam pun cecah ribuan ringgit)
Jom kita layan gambar-gambar yang mana sempat kakakecik ambil sepanjang menyusuri Sg Terengganu
TTI dan Masjid Kristal shoot dari tengah Sg Terengganu
Monsup Cup yang akan berlangsung pada 3 –8 Disember di Pulau Duyong ..kami bertuah kerana berpeluang melihat mereka berlatih…
Ini bukan ICT terengganu…ni kawasan uptown…bila malam kawasan nie bercahaya macam kat I-City Shah Alam…
Masjid Kristal…di mana terletak nya kristal tu…di keempat empat tiang penjuru yang paling tinggi tu…di bahagian bawah bulan sabit tue..yang bentuk macam bawang…kat situ la yang ada kristal nya…di Masjid Kristal tidak boleh menjalankan solat jumaat..hanya boleh solat 5 waktu sahaja…ye la dah tak de penduduk kan di pulau nie.
Kakakecik sangat jeles dengan T-ah sebab dia ada gambar ini…uwaaaa…
Balik semula ke Ajil..bermalam di umah Kak Mena dan Abang Fendi…(kakakecik ingatkan dorang nak la pegi ICT Terengganu.huhuhu)
Sabtu : Selepas breakfast nasi dagang (kakakecik tak makan pun nasi dagang..makan nasi goreng je), check in kat Permai Inn Hotel, Kuala Terengganu..pukul 3 petang..pergi cari makanan kat Medan Selera Batu Buruk…makanan nya boleh la…biasa2 aje..huhu.. selepas perut dah kenyang…terus ke Pasar Payang..walau pun dah tau masa hanya tinggal 1 jam lebih je untuk shopping di situ..kakakecik beli baju kelawar je…budak-budak tak ikut pegi shopping..depa pakat berendam kat hotel…
Malam nya…selepas isyak kami ke Water Front..menikmati dinner tepi laut…ber’western’…memandangkan kami ramai dalam 30 orang jugak la…5 MPV…kena la cari gerai yang bersesuaian..so kebanyakan family kak niroh pilih duduk kat gerai ujung sekali…sebab tak de orang kat stu…kakakecik plak pergi ke gerai ujung juga,sebab kedai tu ramai orang..mesti sedap…yang kami tak sangka tu…kejap je dah sampai order kami…yang depa reramai di gerai ujung sana…hampir sejam lebih menunggu makanan dorang…konon dok situ dapat cepat la…huhu..
Chicken Chop yang kakakecik makan…sedap la jugak..ayam dan kentang tu je la kakakecik makan..yang lain Angah la tolong habiskan…untuk 1 hari 1 malam Sabtu kami di Kuala Terengganu tu RM 600 jugak la habis untuk makan sahaja…
Sementara tunggu group yang makanan sampai lambat tu..Afiq n Solihin nak pergi jejalan tepi laut..kata nya nak tengok orang memancing…tapi budak 2 orang nie jenis mulut tak reti dok diam,dok sembang je.tanya itu ini..si Ateh dah bagitau jangan bising..diam nanti ikan x makan umpan…tak heran la…sembang mcm tu jugak la…mesti tensen je adik2 yang memancing tu..sori la ye dik..budak 2 orang nie memang x boleh jumpa…ada je nak sembang…mau-mau Afiq tu pencinta haiwan…
Dah kenyang makan…kami ke kawasan lampu-lampu yang macam kat I-city Shah Alam tu..tapi ini di tepi laut…eh laut plak..Sungai Terengganu…kawasan nie tak berapa nak jaga sangat…tak bersih sangat bagi kakakecik…huhu..
Ahad : Check-out dan pegi Pasar Payang lagi..shopping kerepok kering dan tudung..terus ke losong untuk beli keropok lekor cicah cili (KLCC)…malam nya ada BBQ di umah Kak Mena..kakakecik tolong je mana patut..potong2 sayur untuk wat tomyam..sekali kak niroh suruh kakakecik buat air asam tomato..alamak…tak biasa plak buat untuk orang lain selain family nie…riso jugak la..nanti pedas..dikatakan anak dara garang plak..memang pedas pun..jenuh la tambah itu ini..bagi sesedap rasa..alhamdulillah..habis pun air asam tu..syukur…
Isnin : Kami bergerak balik dari Ajil pukul 11 pagi..singgah lunch dan solat di Medan Selera Keropok Lekor Losong Setiu…
Alhamdulillah pukul 8.15malam sampai umah…setelah berhenti dekat 10 kali untuk ke tandas..abang din kata..berhenti p tandas saja tambah tolak p dah dekat 2 jam..hahaha..sabar je la..nak wat cmne kan…
p/s : TERIMA KASIH KEPADA KAK MENA DAN ABG FANDI..PENAJA PENGINAPAN DAN MAKAN DI AJIL..TERIMA KASIH KEPADA ABG DIN DAN KAK NIROH YANG BAWAK ADIK SORANG NIE JEJALAN TERENGGANU
pssst : terkilan jugak sebab ada benda yang dihajati tak kesampaian perolehi di sana..sabar wahai hati..
Tuesday, June 12, 2012
Holiday #4 : Jalan TAR & Wedding Aini
Assalamualaikum…ini adalah entry terakhir utk holiday kakakecik dan family abg din last week..
Jumaat…check out Glory Beach Resort pukul 8 pagi coz nak pergi Seremban tengok Angah game separuh akhir..ingatkan dah xdapat tengok Angah main..tapi dapat jugak tengok…kalau mengikut plan asal abg din dan kak niroh, Jumaat selepas tengok game angah terus dorang nak balik ke utara tetapi sekali lagi kakakecik berjaya memujuk dorang untuk terus tinggal 1 hari lagi di Kuala Lumpur..bagi memenuhi walimah Aini dan Baim di Shah Alam..takpe kakakecik sediakan tempat tinggal untuk 1 malam tu…tp bukan la hotel 5* hanya hotel budget sahaja…tak pasal2 Iffah dan Sunah menjadi mangsa kakakecik untuk tanya tempat dan no. telefon hotel budget yang dorang pernah duduk di Shah Alam dan Ampang Point…memang pilihan pertama nak dok Shah Alam la..konon2 malam tu nak g I-City…tetapi alangkah kecewa nya sebab tak de plak kosong kat MyHome Hotel Shah Alam…kami bermalam di Hotel Ehsan, Ampang Point…
Tak pegi jejalan mana pun..Abg Din tidur je..mungkin penat kot..dari hari Selasa lagi dia drive sorang ke sana ke mari…kalau la kakakecik dah biasa dengan kereta dia..mau je bawak budak2 tu jalan2 tengok KLCC dan Kotaraya KL di waktu malam…(konon la sangat sebab kakakecik lepas habis tengok bunga-bunga syurga terus zzzzzzzzzzz, penat)
Ok-ok dah melalut…banyak lak cite sehari sebelum wedding aini…pagi selepas bfst kat Restoran Nasi Kandar Pelita..set GPS ke Masjid India, Jalan TAR..untuk apa…alahai buat2 tatau plak kalau perempuan g sana..xde benda lain la..shopping la…kakakecik ingatkan nak beli bawal tone color tu 1 kodi sebab kakak nak..tup tup dah xde stok sangat untuk 1 kodi…so beli sehelai je la..kak niroh yang beli banyak tudung awning…kalau x silap kakakecik 5 helai kot….murah kot sehelai RM10.00 je…(gambar tak de sebab malas nak ambik ramai orang kat sana almaklum la hari sabtu..)
Hampir 2 jam dari 1 gerai ke 1 gerai kami jelajah…abg din dah bawak budak2 makan KFC..kak niroh pun dah penat…tengok2 jam dah dekat pukul 2 petang…alamak kenduri Aini…terus set GPS ke Wisma PKPS, Shah Alam…GPS plak time nie wat spoil tak dapat detect isyarat satelit…so main gamble je la..kakakecik suruh abg din ikut federal highway…sekali jammed plak sana…waktu tu dah pukul 2.45ptg..sempat ke sampai dalam pukul 3 petang..majlis habis pukul 4 petang..alhamdulillah di tengah perjalanan GPS dah boleh berfungsi membantu kami menuju ke Wisma PKPS…dalam pukul 3 ++ kami dah sampai…majlis belum selesai…
Kemeriahan Majlis Aini dan Baim di Dewan Wisma PKPS, Shah Alam…masih terasa walau dah hampir jam 4 petang
1st time melihat meja makan beradab dihiasi dengan ikan di dalam balang…ada 5 balang kalau tak silap kakakecik…meja makan yang simple tapi nampak menarik dan mewah dengan pelbagai jenis fresh flower
Kakakecik dengan G (sepupu pengantin) dan Kak Nik yang hampir 6 tahun tak jumpa…Alhamdulillah di majlis Aini kami bertemu kembali
Kakakecik dan Miss Fauziah..sahabat baik kakakecik zaman study dulu..dah 12 tahun bersahabat dengan nya..dari umur nya 19 tahun…so kira sendiri la umur dia berapa sekarang..walau pun kami beza hanya sebulan tetapi dia tetap panggil kakakecik.. “KAK SHIDA”
Apa…gambar pengantin yer…ye la…saja nak kasi korang jamu mata dulu…xmau tayang awal-awal gambar pengantin…tak suprise la kan…lagipun x banyak sangat gambar pengantin yang kakakecik snap..hehe..
Kakakecik bersama dengan adik2 G bergambar kenangan dengan Aini dan Baim..mempelai yang dirai…
Athirah pun nak jugak bergambar dengan mempelai…ye la kan family G kata muka aini masa kecik macam athirah…ok sebenarnya time nie lampu kat atas stage dah padam…tepat jam 4 petang lampu dewan dorang akan padam..bermula dengan stage…
Opps sebelum balik …bergambar lagi dengan aini..amik berkat mana tau lepas nie kami lak ikut jejak aini…
Kepada Aini dan Baim..kak shida ucapkan TAHNIAH, Selamat Pengantin Baru…Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga akhir hayat dan ke syurga..selamat menempuh alam rumahtangga…terima kasih atas undangan ini..makanan sedap sangat2…terutama daging masak rendang tok dan ABC yang mebeles itu…
Tamat sudah holiday kakakecik untuk kali nie…sesudah memenuhi jemputan walimah aini, kami terus balik ke utara..singgah makan di CKT Sg Dua..tetiba ada sesuatu yang berlaku menyebabkan selera utk makan CKT sedikit hilang…
pssst:fauziahdankaknikbilaplakgilirankitanie…
Monday, June 11, 2012
Holiday #3 : Melaka Negeri Bersejarah Bandaraya Warisan Dunia
Assalamualaikum…percutian kami bertujuh bukan sahaja kat Negeri Minangkabau..tetapi kami turut ke Melaka negeri yang penuh dengan sejarah..plan nak ke Melaka sepatutnya adalah pada malam pertama kami sampai..tetiba kakakecik berjaya mengumpan kakak ipar dengan asam pedas melaka..so plan di ubah kepada esok hari yakni hari Khamis…
Konon nak makan asam pedas melaka untuk lunch ari khamis tu…tapi dah budak2 tu dok main kat kolam renang sampai ke pukul 11 lebih…mana nak sempat pergi lunch kat sana..pekena asam pedas kat Telok Kemang je la..tak bape nak best sangat asam pedas nya…Lepas je makan tengahari..kami meneruskan perjalanan kami ke Melaka mengikut jalan bawah…masuk je Melaka kami menyusuri jalan tepi pantai bermula dengan Pengkalan Balak, Tanjung Bidara, Pantai Klebang dan Pantai Putri…kami tak pandang laut dan ombak yang kuat dari dalam kereta sahaja..nak berhenti santai di tepi laut tu agak tak sesuai…bahaya…last2 destinasi kami menyusuri Pantai Putri..beli durian dan makan kat tepi pantai…best tau…(gambar takde sebab teruja nak makan durian) sepanjang perjalanan ke Melaka…banyak gerai2 tepi jalan yang jual durian..
Udah kenyang makan durian..semua pakat bau doyan…memandangkan Fitri (Ayie) nak pergi Perigi Hang Tuah..(bukan Perigi HanTu ye Afiq) Hang Tuah..kami terus ke sana..pusing 2-3x jugak la…SEMABOK jugak la kami semua…akhirnya kami sampai ke Perigi Hang Tuah…Fitri la yang bersemangat sangat ke sana..2-3x dia menyedok (betul ke perkataan nie) air telaga tu…sempat jugak la kakakecik dan kak muniroh menabur duit kat gerai2 bersebelahan dengan perigi Hang Tuah nie..
Dari Perigi Hang Tuah, kami ke Rumah Tradisional Melaka yang terletak berdekatan dengan Perigi Hang Tuah di Kg Duyong, bayaran RM 1.00 setiap seorang tak kira kanak-kanak mahupun dewasa..boleh ambil gambar di mana2 je dalam rumah tu buat macam rumah sendiri..hehehe..
Rumah Tradisional Melaka, Kg Duyong
Koleksi Pinggan Mangkuk dan Cawan (nasib baik xde teko CMG)
Sempat lagi dorang bermain congkak…Fitri pulak membaca artikel keratan akhbar yang menceritakan tentang Perigi Hang Tuah..
Kami Bertujuh..7…Bergambar Kenangan..
Masih awal untuk kami pergi dinner, jalan2 pusing kat Banda Hilir..singgah sebentar mendaki Kota A’Famosa…
Cuba Kira…12.3.4.5.6 Yer….Hanya kami ber6 sahaja mendaki bukit Kota A’Famosa..Kak Niroh tunggu dalam kereta je..penat kata dia…kecian jugak..
Irdina Athirah..anak tunggal perempuan abg din dan kak munirah…dia la kawan kakakecik sepanjang percutian..kawan gaduh pun dia jugak…dia jugak model kakakecik..
Gambar di dalam bangunan baling duit dalam telaga tu kakakecik tak ambik..ntah la rasa 1 macam je kat dalam tu..dah la dekat2 nak senja waktu kami di atas…so tak lama sangat kami di puncak A’Famosa
Maghrib di Alai..Crystal Bay…untuk dinner…bertanyakan Izzuan sepupu kakakecik yang kerja di Melaka mana tempat best makan ikan bakar..UMBAI erk..dia syorkan tak perlu ke UMBAI sebab sana MAHAL..ALAI pun okey kata nya…sedap jugak..murah pun murah…okey set GPS Medan Ikan Bakar Alai…menunggu Izzuan sampai baru ke gerai2 yang ada…kami ke gerai ujung sekali..Gerai No. 7, Rose dan Ali..Bukan Gerai Ali Kassim erk..
Hidangan makan malam kami malam tu disponsor sepenuhnya oleh Izzuan..Thanks Izzuan belanja kami..sedap jugak makanan kat sini..yang best nasi lemak dan sotong goreng tepung yang dah memang terbaik mcm di Kuala Perlis..bukan cekodok goreng sotong…Otak-otak habis 1 bekas malam tu…bape keping erk..tak kira pun…kakakecik sorang pun rasanya 3-4keping..aiman makan nasi lemak dengan otak2..sedap erk
Eh dah rasa panjang plak entry ke Melaka nie..huhuhu..sabar2 belum habis lagi…seterusnya kami ke Banda Hilir semula..untuk naik River Cruise..tiket disponsor oleh Abg Din..Bayaran…untuk dewasa RM 10.00 sila tunjuk Mykad anda..Kanak-kanak RM5.00…
thanks abg din belanja naik River Cruise…
Cantik pemandangan susur Sungai Melaka nie dengan cahaya lampu di bangunan kiri kanan Sungai Melaka…tetapi agak spoil bila air sungai terpercik..bau agak kurang menyenangkan
Abg Din dan Kak Munirah…orang kuat holiday kami bertujuh…terima kasih yang tak terhingga..lain kali nak ikut lagi…
Beca yang hanya tengok sahaja…nak naik agak lewat dah…jumper walk pun x sempat pergi pun…
pssst : oklah nak balik tido di Pd malam tu jugak..bye bye…eh eh lama kan trafic lagi kat melaka nie..jenuh menunggu nak hijau..huhuhu sabau je la..seronok tengok rumah2 di Melaka…
Holiday #2 : Layan Pantai PD
Sambung kembali holiday kakakecik dengan family abg din…
Sepanjang 3 hari 2 malam kami holiday minggu lepas, Glory Beach Resort menjadi tempat inapan kami bertujuh, ulang sekali lagi bertujuh…Abg Din dan Kak Niroh dah booking apartment kat GBR…kakakecik sapu2 pasir di kaki masuk je kat aparment tu…hehehe…GBR nie terletak di hujung2 pantai PD dah kalau tak silap kakakecik…sebab ia di dalam kawasan Tanjung Pantai Gemok…tang mana gemok tatau la…
Selepas check in je…kakakecik gedebuuuuuuum tido…penat kot sepanjang perjalanan dari Kedah ke Negeri Sembilan kakakecik hanya tido lebih kurang 1 jam sahaja…risau nak biarkan abg din drive sorang yang lain pakat lentok tido tatau sampai mana dah…kakakecik sedap je tido di bilik..aiman, afiq n athirah turun ke kolam renang…lama x lama dorang berendam petang tu sama dengan kakakecik tido..hehehe..
Selepas makan malam sebelum balik GBR kami singgah di pantai……ramai jugak yang lepak time malam2 di tepi pantai…siap ada yang bentang tikar dan baring mengira bintang ditemani cahaya rembulan…pada awal tu nampak macam pelik je kenapa la dok baring tepi pantai nie kan…yang kami berlima seronok je jalan2 ikut pesisir pantai sambil berkejaran…tapi agak bahaya jugak malam tu sebab ombak nampak mengganas sekali sekala…
Yang best nya GBR nie memang tepi laut je…pepagi budak2 pulun main di kolam renang..kakakecik layan diri di tepi pantai sorang..best je tengok alunan ombak dan deruan nya..diringi plak dengan kicauan burung yang berterbangan..memang terasa tenang sangat2…sampaikan ombak menerjah sampai ke pinggang pun kakakecik rilex je…
pssst:3jamdan3xkolmintakironhebattakservicehousekeepingGBRnie
Thursday, April 26, 2012
Padang Besar : 3 Jam…RM 300.00
Assalamualaikum…
Semalam kakakecik telah menjeratkan diri sendiri dengan mengikut adik & BF nyer ke Padang Besar…dah lama kakakecik tak pergi Padang Besar..dah alang-alang dorang ajak pergi kan..so kakakecik terus setuju la…kalau nak ikutkan plan arini kami pergi..tapi entah la camne malam kakakecik wat cupcakes tu adik tanya.. “jadi ke nak ikut p Padang Besar?” aik bukan ke Khamis plan nak p….huhuhu…nasib baik dlm handbag tu ada kepingan Ringgit Malaysia..kalau x jenuh la nak cucuk kad ATM kan…
Mak awal2 lagi dah pesan beli beras pulut…erm nanti boleh la buatkan ketupat palas bagi Lydia Miza (dah janji dengan dia)
Kami berlima..bukan bertiga ye ke sana…Kakakecik, adik, Yeen (Bf Adik), Abg Chik (Sepupu Yeen) dan Akmal (Adik Yeen), sebelum kami ke Padang Besar, Yeen pergi setel kan urusan dia kat Bank Islam…perjalanan kami ditemani dengan hujan..yang boleh buat kami semua tido..tapi perut mintak di isi..lapar…kami singgah makan di Restoran A’ala, Jitra…pekena ikan dan ayam bakar
Kakakecik punya nie..makan masak lemak pucuk paku teringat Lydia Miza
Perut dah kenyang…so kakakecik lentok je la dalam kereta..almaklum la Yeen yang drive keta nya…bersenang lenang la kakakecik kat belakang…hujan masih menenami kami hingga ke Padang Besar. Jam 2++ petang jugak la baru kami sampai Padang Besar..shopping sakan la kami semua…kami berpecah..kakakecik jalan dengan adik..Yeen dengan Abg Chik dan Akmal…senang kan…depa bertiga nak beli Jersey…kakakecik memang dah plan nak beli baju, kerongsang, tudung dan kasut.. rasa2 nya kakakecik dapat tak beli semua barang nie.. Hehehehe..
Agak-agak nya apa la yang kakakecik belek tu kan…hehehehe..cer teka
Cantik jugak sling bag tu….tapi suai ke kakakecik guna…huuuuuuuh pikir 2-3 kali jugak nak beli…erm beli ke?
Tak beli pun..jalan masih lenggang…hanya bimbit beg plastik tudung..hehehe
Adik penat dah teman kakakecik tawaf 1 bazar Padang Besar… penat2 pun dapat jugak la habuan utk dia…bukan jalan saja hehe
3jam kakakecik di Padang Besar, RM 301.80 dikeluarkan beli itu ini…apa la kan yang kakakecik beli sampai kan RM 300 tu…kalau 4 jam dok kat situ agak nya RM 400 la kot habis ye…jom kita tengok…hehhehe
Sebahagian daripada yang bernilai RM 301.80 (baju, toto narita, beras pulut, tudung, makanan ringan, bekas kedap udara)
Kerongsang nie kakakecik sangat2 suka…sebab butterfly….1 butterfly utk kakakecik..1 butterfly untuk adik…flower utk kakakecik la…
(bukan kerongsang raya sebab dah pakai pun arini hehe)
kerongsang untuk mak…
comey tak kasut kakakecik….kasut bunga2 merah nie…cepat kata COMEEEEEEEEEEY nya…
kalau ikut kan ada lagi sepasang kasut yang kakakecik berkenan nak beli..tapi tak de plak saiz huhuhu..terus pakai kasut merah nie..tak leh blah kan…chewiiiiiiiiiii
Pukul 6++ kami berlima gerak balik…penuh bonet keta Yeen dengan barang2 kami…..masa dalam kereta nie la dok kira bape semua nya kakakecik habis..hahahahaa…puaaaaaaas…opps bukan shopping utk diri sendiri je…macam toto adik ilah pesan beli 2 biji dan RM 78.00 dia punya…hehehehe…thanks Yeen bawak kak ke sana…dah hampir 2 tahun kak xp…habis duit tak yah nak habaq la….
psssst : sebab tu kakakecik tak online semalam..ada jugak adik comey kakakecik mencari kat wall dan hp..miza sori semalam tak reply msj awk silap sent kita sibuk shopping…