Coretan Terbaru KakakeciK

Sunday, October 23, 2011

Jom Memasak : LAKSAM

Assalamualaikum…..selamat petang…selamat berhujung minggu….bagi shida yang tinggal di Kedah…Jumaat dan Sabtu adalah hujung minggu..bila di hujung minggu baru berkesempatan nak memasak untuk keluarga (mak ayah, kakak, abg anak buah) makan. Andai hari jumaat shida hidangkan dorang puding jagung…di hari Sabtu 22 Oktober shida berpeluang untuk mencuba buat LAKSAM….rasa nya dah lama shida teringin nak makan LAKSAM…bermula di Group KBU pada 10 Mei…apabila si Syukri Mr Straw menJELESkan kakakecik dia nie dengan upload LAKSAM LANGKAWI…pastu Cik Reena Tan plak…upload gambar laksam yang dia buat kat FB…shida komen je gambar Laksam nya tanpa segan silu (masa nie shida tak frnd lagi dengan Reena) Tapi dengan semangkuk Laksam kami berkenalan dan reena share resepi laksam di entry laksam terbaik pada abad ini….erm terliur shida tengok…terus tekad selepas nie shida akan cuba buat sendiri…Onie plak dok gtau mak dia memang dok jual je laksam..setiap hari buat…kalau nak makan datang la rumah dia…onieeeeeeeeeeeeee..rumah kamu jauh di Puncak Alam sana…..kalau dekat memang dah lama akak terjah..grrrrrrrrr…

 

Hari Khamis…shida ada kirim kat Wany suruh beli LAKSAM…tetapi bila shida makan saja..gatal bibir mulut n hidung…so tak puas hati la…dalam hati dok berbisik “kena buat sendiri la nampak gaya nya”

 

Alhamdulillah semalam shida tak busy sangat buat decoupage…so shida buat la laksam untuk santapan kami seisi keluarga…perggggggh menjadi weiiii….x rugi sekilo ikan selayang yang shida buat kuah tu…..tapi agak malang sedikit sebab tepung habis…shida hanya dapat buat 1 adunan sahaja bancuhan untuk mee laksam….kuahnya banyak lagi….pagi ini sebelum datang kedai…shida sempat la mengukus 5 keping mee laksam untuk bekalan lunch shida tadi….

laksam ganuLAKSAM tanpa tauge….takde stok di kedai…

(maaf gambar kurang memuaskan..guna hp SE biasa sahaja…Nikonku masih dlm servis…lens error…sabo la kan)

 

oppps nak resepi yer….ok mai sni shida nak panjangkan resepi yang Reena Tan bagi dekat shida….kalau x silap sama dengan kat myresepi..

BAHAN-BAHAN

Mee laksam

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

4 cawan air suam

 

Kuah

ikan kembung [direbus dan dibuang tulang macam buat laksa] – shida buat 1 kg ikan selayang

sedikit halia -dikisar

sedikit bawang putih –dkisar (shida guna 3 ulas)

bawang besar/merah –dikisar (shida  guna 2 biji )

1 sudu lada hitam -dikisar

santan (shida : 4 cawan)

asam keping (lebih kurang 10-15 keping)

garam dan gula secukupnya

**** SHIDA MASUKKAN JUGA DAUN KESOM

 

Ulam

timun, kacang panjang, taugeh, bawang besar.

*** TAUGE TAKDE, SHIDA TAMBAH PUCUK JANGGUS

 

Sambal

cili masak merah

cili padi [kalau nak pedaskan sambal : memang shda masukkan jugak]

belacan

garam secukupnya

 

Cara membuat mee laksam:

  1. Gaulkan semua bahan. sapu tudung periuk dengan sedikit minyak masak. ambik sedikit adunan dan ratakan diatas tudung periuk. kukus sehingga masak. dan gulung.
  2. Ulang sehingga adunan habis.

 

Cara membuat kuah laksam:

  1. Kisar isi ikan.(yang telah diasingkan tulang dan isi)
  2. Halia, bawang putih, bawang besar dan lada hitam dikisar bersama dan dituangkan ke dalam peiuk berisi ikan.
  3. Masukkan santan pekat.
  4. Kemudian masukkan asam keping, garam secukupnya.
  5. Kuah dimasak sehingga sedikit pekat.

Cara membuat sambal cili:

  1. Tumbuk kesemua bahan sehingga lumat. sedia dimakan bersama laksam.

 

Okey semua…selamat mencuba….thanks reena….kepada Awin dan CMG Adnan Ibrahim…mana laksam LAKSA nie….eh eh Awin dah kenal ke ikan selayang cmne rupanya…kalau x kenal tengok gambar bawah nie yer…

ikan

AWIN….ikan selayang yang panjang kurus ye…pastu ada benda alah yang keras dekat ekor dia… (thanks pakcik google)

pssssssssssst : mak dan abg pelik je sebab laksam nie kena letak sambal cili..dorang biasa makan yng kedah x macam nie..dah tu siap tambah cili potong lagi..sabo je la….yang penting ayah suka…..banyak jugak entry JOM MEMASAK di CNQ nie…kalau wat blog n pindah ke sana ok tak?

Bunuh Diri…Oh TIDAK!!!!

Assalamualaikum……selamat berhujung minggu…

Siapa di antara pembaca pernah melalui pengalaman / terlihat orang bunuh diri…Bunuh diri adalah tindakan seseorang melakukan sesuatu ke atas dirinya sendiri dengan tujuan untuk menamatkan hayat atau perbuatan memusnahkan diri, biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.

Bunuh diri hukumnya HARAM dan BERDOSA BESAR bagi sesiapa yang melakukannya.

"Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu. Dan sesiapa berbuat demikian dengan.cara melanggar hukum dan zalim, akan Kami masukkan dia ke dalam neraka. Yang demikian itu mudah bagi Allah. Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, niscaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahanmu dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)” Surah An-Nisaa ayat 29-31

Jika korang tengok gambar shida kat bawah nie…agak2 boleh dikategorikan sebagai CUBAAN MEMBUNUH DIIRI TAK????

 

aku

Walaupun kesan yang bertanda itu nampak je sikit sahaja kesan dan tidak menyakitkan pun….tapi yang agak menakutkan dia betul2 dia urat penting nyawa kita….

Eh eh bukan niat di hati kecil shida nie nak bunuh diri ye…..mintak simpang la….sebenarnya masa shida dok buat decoupage semalam shida terkena penjuru kayu frame yang diberikan oleh tukang frame sebagai contoh….shida tak sangka plak tajam dan boleh terguris mcm nie sekali….ish ish kalau la shida tak sedar masa terkena tu mau menjerit “MAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK” terkejut plak mak shida…..

moral of story : berhati-hati ketika wat kerja….

p/s :Bunuh Diri bukan la cara penyelesaian yang terakhir sekiranya kita mempunyai masalah yang tidak mampu ditanggung…sebaliknya bagi mendapatkan semula kedamaian beristigfarlah kepada Allah, sempurnakan sembahyang kita, lakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ketahuilah dengan sembahyang itu hati akan menjadi tenang.

Jom Memasak : Puding Jagung

Assalamualaikum….

Entry masak-memasak lagi…kali ini shida nak kongsi Puding Jagung yang shida buat pada hari khamis malam jumaat yang lepas (janji dengan Ady nak buat sama-sama pada hari Khamis…Ady wat puding berkuah kastad berjelly)…saja buat malam untuk makan di kala tengahari esok nya….pergggggggggggggh memang meleleh la makan puding jagung sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais di waktu tengahari…

Resepi Puding Jagung nie dah lama shida ambil dari blog HaSue..sememangnya shida dah lama nak buat…bila ada resepi yang mudah macam yang dikongsikan oleh HaSue….shida mencuba la….alhamdulillah puding nie simple je cara membuat nya….jom kita check resepi yang dikongsi oleh HaSue…

 
Bahan-bahan :

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair


Cara-cara :

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.(hasue tambah satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat : shida guna butter sebab marjerin xde hehehee)
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

 

Nak tengok ke rupa puding jagung shida buat tu….alahai malu nyer….

puding jagung

Puding Jagung yang pertama kali shida buat…

Walaupun puding jagung yang shida buat agak lembut tetapi mak suka…mak sebelum-sebelum nie tak makan puding jagung..bila anak dara dia buat…mintak lagi buat nya….mak nie kan pandai betul ambil hati anak dara dia…eh eh bukan makn je suka..boleh di katakan 1 family kot suka…sebab nya…masa shida n mak kat bengkel dok wat kraftangan untuk jualan….bila masuk je dalam rumah buka peti ais…puding jagung ni dah tinggal separuh bekas….nasib baik dorang tinggal kan jugak…kalau habis dorang makan…meraung shida…hehehhe…bukan sebab x dapat makan…tapi x smpt shida nak snap picture nyer…..

 

Resepi Asal oleh HaSue  --------------> PUDING JAGUNG

 

pssssst: terliur plak shida tengok puding jagung nie…nak kena buat lagi nie….tak puas makan la ari jumaat lepas..(banyak jugak resepi kek lapis dlm blog HaSue…nanti nak cuba la)

Wednesday, October 19, 2011

Jom Memasak : Laksa Utara

Assalamualaikum….hari ini shida nak kongsi resepi Laksa Utara…atas permintaan Adinda Amy dan memenuhi selera Puteri Katek yang mengidam nak makan laksa utara di kala hujan membasahi bumi…

Sebenarnya family shida lebih mengemari laksa kuah lemak ala-ala johor (letak santan dan kari) TETAPI shida nie ngada lebih suka 2-2 jenis kuah laksa….memandangkan mak tak berapa pandai nak buat kuah laksa utara…so terpaksa la shida buat sendiri….ingat lagi…shida belajar buat kuah laksa nie dengan kakak ipar 10 tahun yang lepas…thanks kak niroh…sekarang nie kalau teringin nak makan laksa di waktu malam pun shida akan buat (kalau ada ikan nya la)…

lksaLaksa tengah malam….tanpa telur rebus tapi awin kata bawang perlu ada..penting

Jom kita semak bahan-bahan yang shida guna dalam membuat laksa utara….

Bahan- bahan :

1 pkt laksa

1 Kg ikan selayang / kembung (shida lebih suka guna ikan selayang sebab banyak isi)

10 –15 tangkai cili kering ***

5 biji cili padi (ikut kalau nak pedas tambah la) ***

3 biji bawang besar ***

2-3 ulas bawang putih **

5-10 keping asam gelugur

Garam dan Belacan secukup rasa

Daun Kesom & Bunga Kantan

 

Bahan Hiasan (ulam-ulaman) – Daun salad, daun selom, timun, bawang besar, cili api yang telah dipotong halus….hirisan limau nipis dan telur rebus. (shida suka pucuk janggus dan pucuk putat..memang sah sah orang kampung kan)

 

Cara Membuatnya :

  1. Laksa direndam dlm tempoh 1 jam…dan rebus..toskan apabila laksa dah betul2 masak / kembang (nak pastikan laksa tak liat semasa di makan…amik 1 –2 urat laksa masuk kan dalam piring yang di isi air…cuba putuskan..kalau susah nak putus tanda laksa tersebut belum masak…jika mudah diputuskan itu tanda nya laksa tersebut sudah masak dan tidak liat)
  2. Rebus ikan yang telah dibersihkan. Masukkan sedikit garam dan 3-4 keping asam gelugur.(asam gelugur ini simpan utk dimasukkan ke dalam kuah)
  3. Kisar bahan-bahan yang bertanda ***
  4. Ikan yang telah direbus di asingkan isi dan tulang..Simpan air rebusan ikan.
  5. Kisar isi ikan dengan menggunakan air rebusan tadi.
  6. Kisar tulang dan tapis (ambil air nya sahaja)
  7. Masukkan bahan-bahan *** yang telah dikisar tadi bersama-sama dengan isi ikan dan air tapisan tulang…sekiranya air rebusan ikan masih berbaki..masuk kan juga air rebusan ikan tadi…sekiranya air tidak mencukup..tambah dengan air biasa…TETAPI jangan terlalu cair..
  8. Masukkan asam gelugur, garam, belacan secukup rasa
  9. Masukkan daun kesom dan bunga kantan
  10. Biarkan ia mendidih dan masak…
  11. Sedia dihidangkan

 

p/s : jika kuah meruap tanda nya tak cukup rasa…so cuba rasa garam or asam yang tidak cukup tu..selamat mencuba..

Wordless Wednesday #14

botol2

Thursday, October 13, 2011

Ujrah...PTPTN..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah shida dah selesai semua urusan pengembalian dokumen perjanjian untuk pembiayaan UJRAH PTPTN...

NAK BUAT DALAM MASA SETENGAH JAM JE...

TAPI SAJA SUKA LAMBAT2....

Kelam kabut la jadi nya....dah siap t/tangan setiap helaian dokumen sebanyak 2 set...terkejar-kejar (ada yang kejar ke??) pergi ke SK Pendang...sekali tatau plak pejabat sekolah tu kat bangunan mana....arrrrrrrrrrrghh tak nak buang masa..terus start enjin kereta blah pergi pejabat pos...beli setem hasil rm10 2 keping..nasib baik tak ramai orang...kalau ramai pun nak beli setem terus ke kaunter je...dah beli sempat lagi tanya adik kaunter yang encem...pos laju last kutip pukul bape...dia bagitau sebelum pukul 2.30 ptg....melirik mata tengok jarum jam di tangan...ok sempat baru pukul 1.50 nie....dah ada setem hasil..ternampak botol gam di pejabat pos..selamba je guna...sambil tonyoh2 2-2 keping setem hasil tu sesama....jalan sepantas kilat ke kereta untuk melekat setem hasil ke dokumen perjanjian...

Masuk je dalam kereta dok pikir...nak pergi pejabat mana nie...nak tandatangan SAKSI..klinik dekat je nie...boleh je amik tandatangan Pegawai Kesihatan..tapi sekarang waktu rehat mesti dorang tak de....so terus kan pemanduan yang tak berapa nak berhemah ke IPD Pendang...alahai abg polis di pintu masuk plak ramah lebih...dia tahan dan tanya

Polis : "nak pergi mana"
Shida : "nak wat pengesahan la cik" (bagitau sambil tunjuk dokumen)
Polis :"ok ok parking kereta depan nie...pergi pejabat depan tu nanti dorang bagi kat pegawai mana-mana yang ada"
Shida : "OKEY" (dalam hati...alahai tau la parking kat depan tu..awat sebelum ni dok nampak parking kat pejabat belakang ke hehehehe...)

Bila dah masuk pejabat depan tu...kakak polis kat kaunter plak suruh naik atas....naik la tangga yang x setinggi mana...sekali xde orang...tapi kita kena la bermanis manisan kan...shida senyum dengan sorang kakak ni yang shida yakin staf kat IPD....dia tanya la nak buat apa...macam biasa la bagitau..
SHIDA :"nak tandatangan ASP ke atas sebagai SAKSI"....
KAKAK MANIS: "okey ikut saya kejap lagi"

waduuuuuuuuuuh mudah sekali urusan ku ini.....shida pun ikut la jejak langkah kakak tersebut turun tangga hingga la ke pejabat depan...alamak pejabat apa nie...pernah nampak orang pakai baju lokap je kat bangunan tu...tak kan lokap kot...arrrrrrrrrrrrg ikut je la...sekali sampai pintu masuk tengok2...PEJABAT SIATASAN JENAYAH....ooooh ini la pejabat JSJ....ok ok..kakak ini dengan penuh keyakinan mengetuk bilik Tuan ASP nya...Nama perlu dirahsiakan...yang lawak nya...shida sendiri yang cop jawatan nya...huhuhu...tuan ASP tandatangan sahaja....sambil keluar dari pejabat menuju ke kereta....alamak....tuan ASP tak tulis plak nombor i/c or nombor badan nya...masa nie jugak la...abg polis kat pintu masuk tu nak tanya lagi....kejap ye abg...nombor ic tuan ASP tu tak tulis....shida dengan keberanian yang tidak seberapa pergi la masuk pejabat JSJ tu semula...kakak tadi dah x nampak rupa...alamak macam nie...ketuk je la pintu tuan ASP tu...bagi salam dengan penuh hormat dan bagitau yang nombor kad pengenalan tidak tulis...so dia tulis..pada masa shida mintak maaf sebab menganggu dan ucapkan terima kasih...

Selesai sudah urusan SAKSI...akhir sekali matikan setem hasil kat pejabat daerah..masa nie dah pukul 2.05ptg....kira elok2 depa masuk opis je la....jahat tak shida tak kasi depa dok relax lepas kenyang....setem hasil pun mati....seterusnya proses pengeposan la...ingat tadi nak anta guna skynet....sekali skynet tutup plak...REHAT....erm....terus shida pergi PEJABAT POS PENDANG...kena cepat sebab pukul 2.30 dorang dah nak kutip.....

Fuuuuuuuuuuuuuuuuh..nasib tak ramai orang..shida tunggu 2 nombor sahaja...kena la RM6.00 tak kisah la janji sampai sebelum 19 Oktober nie...

Sekarang dah boleh tarik nafas panjang.....Harap2 dapat sistem ujrah tu....kalau tak jenuh cheq nak bayar...bulan2 dok kena caj perkhidmatan pun sebelah tangan...


psssssssst : ini la perangai buruk kakakecik suka wat kerja last minit pastu kelam kabut...

spontaneous thursday #1

UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA










PENING KEPALA, SAKIT KEPALA


LAIN KALI JANGAN WAT KEJA LAST MINIT

UJRAH UJRAH DUE DATE 19HB NIE

Monday, October 3, 2011

LINTAH…..Aku Berani

Assalamualaikum…

LINTAH….pasti ada yang geli kan nak pegang dan melihat nya..apatah lagi nak letak kat muka dan badan….TAPI SHIDA BERANI dan TAK GELI….

Kenapa tak percaya ke…..Betul la shida tak tipu….shida berani sangat..hampir 2 jam lintah tu bermanja dengan shida…

Kalau tak percaya jugak tengok la sendiri gambar kat bawah tu….

bekam

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah…terkejut tak…besar plak tu dia melekat kat muka shida…itu kat muka..yang kat belakang badan pun ada 2 ekor…hehehe…shida tak geli langsung..sedap ada la…..

Kalau tak kerana nak buat bekam lintah nie..jangan harap la shida berani mcm nie….shida dah lama kepingin nak wat bekam lintah bila orang kata lintah boleh sedut buang darah kotor kat badan kita…memandangkan kat Karnival Usahawan Desa (KUD 2011) baru-baru ada booth yang menyediakan perkhidmatan bekam lintah…ada 2 booth di zon D…setiap hari shida ulang alik depan booth Bekam Lintah nie…shida singgah kat 1 booth nie…caj yang dikenakan…RM10.00 seekor…masa yang di ambil lebih kurang 1 jam…so shida biarkan dulu…

Tetapi bila pergi jalan-jalan kat belakang booth emak..ada la booth dari Melaka…buat rawatan bekam lintah jugak..seekor RM 15.00..4 ekor RM 50.00 masa yang di ambil tanpa had sehingga lintah tu jatuh sendiri…so shida pikir pikir…shida pilih booth yang dari Melaka…walau mahal skit tapi disebabkan dia akan biar lintah tu jatuh sendiri itu yang terbaik..kita tak boleh paksa tarik lintah tu kuar bila cukup jam nya…takut nanti pendarahan…lagipun booth akak dan abang ni bawah bimbingan RISDA…sama jugak shida dan mak…bawah RISDA…

Sekarang nie shida dalam tempoh berpantang..tak boleh makan kicap dan makanan yang gatal-gatal macam udang, sotong, telur dsbnya…tapi shida makan jugak…naaaaaah amik bekas lintah sedut tu merah-merah lagi…uwaaaaaaaaaa..pagi tadi bagitau mak…kena berpantang la….

 

 

pssssst: korang ada BERANI tak macam shida

Sunday, October 2, 2011

Sakan Raya Tahun Nie!!!!

Assalamualaikum….

Perghhh tajuk bukan main lagi….macam kena perli je tu…

Ye shida puas raya tahun nie…bukan sahaja beraya dengan keluarga, sahabat handai tetapi jugak dengan blogger…

Bukan sahaja di utara shida beraya..ke selatan…di KL pun shida beraya…

Mesti ada yang kata shida pulun kan…arghhhhhhhhhhh dorang jeles dengan shida la tu….

Bermula dari utara pada awal aidilfitri dan berakhir di KL…pada entry yang lepas mesti dah tau kan ke mana shida pergi pada 17 September (bagi yang baca la)Dari selatan kami singgah di KL…untuk beraya di rumah sahabat blogger yang lain….kebetulan 18 September , seorang blogger iaitu teacher suhaili sarif (kalau dulu lebih dikenali dengan pearl jade) menjemput kami ke rumah terbuka keluarga beliau di Setiawangsa…so makan free kan..sapa tak nak…kami dengan perut yang lapo tanpa sarapan pagi…terus mencari Menara Sri Mahang, nasib ada driver yang tau skit-skit jalan area situ….sampai je kami kat pintu masuk Menara Sri Mahang…datang sorang mat rempit senyum simpul..al maklum dapat jumpa buah hati kesayangan…..ingat Kirin yang dekat sampai awal…tapi hampeh dia sampai lewat dr kami….ok ok x nak gaduh2 jom kita cari lif nak naik tingkat 15 tu…..eh eh kalau lif rosak nak ke ampa semua naik ke tingkat 15 tu…kurus la depa tu kan….

  311525_285053601507268_171556019523694_1313960_1871514995_n (1)

Kuih- Muih dan Kerepek yang dihidangkan sementara menunggu lauk pauk untuk dimakan bersama dengan nasi lemak siap

318480_285053844840577_171556019523694_1313969_826665159_n

Masak lemak lontong….shida x makan dengan nasi impit tp makan saja..meratah…..jangan marah ye elly

311731_285053804840581_171556019523694_1313968_1341817975_n

Sambal udang + petai dan sambal ikan keli….pergh kena lak dengan nasi lemak time hujan memang meleleh la….sedaaaaaaaaaaap sangat…kirin mana gambo rendang kerang erk….

293424_285053971507231_171556019523694_1313973_695347122_n305000_285053991507229_171556019523694_1313974_1852961653_n    Tuan Rumah…..yang duduk bersimpuh itu anak…teacher suhaili..yang berdiri itu ibu nya….thanks Mak Cik….terlupa la nak tanya nama ibu Elly…apa pun memang gamat rumah elly aritu…Kirin kena bahan sokmo..sabar ye kirin

umah ely

Eh eh si lesung batu nie dok sms dengan sapa plak tu….opps bukan sms tapi BBM…untung la depa

Sambil makan-makan tu si Kirin ada gtau yang rumah Kyerul Si Raksasa Berjanggut area-area umah elly sahaja…so kami semua decide nak p beraya umah kyerul…masa nie dok tunggu respon dari Papa Khai..salah seorang blogger dari KBU..tp dia tak de respon…tak nak buang masa kami terus meredah hujan lebat dan banjir kilat ke rumah raksasa di wangsa maju….ish jauh jugak tu…cmne kirin leh kata dekat erk…kami sampai je umah kyerul…si kirin buat mcm rumah sendiri…si kyerul plak malu-malu kucing (banyak oooo kucing rumah dia..sampai ada org kena jadi guard x bagi kucing masuk)…kat rumah kyerul ada sesuatu yang agak melucukan kami….lucu bagi kami semua tapi cuak bagi orang tu…itu la cakap besar sangat…masa orang tegur baik-baik duduk macam tu…sekali 2 orang lain bangun…haaaaaaaa amik terangat kot sofa tu…HHAHAHHAHAHA…agak2 korang tau x sapa yang cuak tu…

Kami tak lama di rumah kyerul sebab dia pun nak gerak balik ke Ipoh petang tu….sebelum kami berangkat pulang dan menuju ke Klang…tak sah la kan kalau x bergambar ramai-ramai dengan raksasa berjanggut nie..

317177_285054151507213_171556019523694_1313980_403161313_nKyerul terpaksa kena tunduk…kalau x nampak sangat kami yang lain TINGGI…..

Thanks ye kyerul layan kami dan hidangkan air yang kami tatau perasa apa…tapi memang sedap air tu….

Keramat …DONE

Wangsa Maju… DONE

KLANG….Destinasi terakhir kami….ke rumah sapa…rumah kembo cheq la….dah lama berhajat nak jupe kembo nie….tapi x dapat jumpa..memandangkan kali ini naik kereta sendiri dapat la pergi…walau jauh di Johan Setia Klang sanggup ku redahi kerana kembo…alhamdulillah akhirnya dapat jugak kita berjumpa kan kembo…macam tak percaya sahaja…..memang kembo shida nie kurus..suai sangat dengan panggil KAKAKURUS….

 kembo1juadah yang disediakan untuk kami….kalau depa yang lain dok pulun pasta dan nasi impit + kuah kacang….shida plak dok pulun yang lain…nampak x 2 ketul ayam pencen yang dibuat rendang dalam piring tu…tu shida punya la yer….tak pandang yang lain dah…tak percaya tengok gambo di bawahkembo

mata pandang kembo..mulut dok sembang..tangan dok dalam piring…..sabo je la kan

UMAH KEMBO

Kami bergambo kenangan dengan kembo….gambo family gitu…

 kembaq  

Di manakah yang menyebabkan kami kembar…muka tak seiras…Tapi pada nama SHIDA  membuatkan kembo kami….

Shida Anwar dan Adish  Shida….…nama sama selain umur kami yang sebaya…

sorang kecik sorang kurus….KAKAKECIK dan KAKAKURUS untuk elak kekeliruan terutama dia KBU…

Thanks Kembo…..Rendang Ayam Pencen tu memang sedaaaaaaaaaaap….tak aci janji nak tapau…tapi tak de pun…

Dah puas beraya di Selatan dan KL…..malam nya shida bergerak balik secara solo dari KL ke Kedah…(eh eh singgah bermalam di Ipoh, Perak)

Alhamdulillah semua dah selamat…harap kita akan jumpa lagi di masa akan datang…dan ukhwah yang terjalin akan terus kekal hingga akhir hayat…

 

 

………………………THE END………….

 

 

pssst : sori ye Atiq akak dan lain-lain xdapat pergi open house umah atiq…kekangan masa..next time i’allah kami akan sampai