Coretan Terbaru KakakeciK
Wednesday, December 10, 2014
Wednesday, September 24, 2014
Jom Memasak : Potato Fritters
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pedia plak potato fritters nie kan…senang cite coq kentang sagat, yang telah menjadi viral di group FB Resepi Ringkas…Dan sememangnya kakakecik gila kentang tak lagi kalau tak cuba buat..Gigih beli kentang dan telur semata-mata nak buat potato fritters nie..
Resepi nya yang seperti mana depa kongsi di group RR :
Bahan-bahan :
- 3 biji ubi kentang
- 1 biji telur
- 4 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan tepung gandum
- lada sulah
- daun bawang
- garam secukup rasa
- cabai besar (ini kakakecik sendiri tambah untuk penyeri nya)
Cara-caranya :
- Ubi kentang dikupas kulit dan disagat
- Satukan ubi kentang dan bahan-bahan lain (tepung jagung, tepung gandum, telur, lada sulah, garam, daun bawang). Gaul sebati
- Panaskan minyak, sudukan dan goreng agak-agak leper, balik-balikan dan tunggu hingga masak keperangan.
- Angkat dan toskan.
- Sedap dimakan dengan sos pencicah.
- Goreng dalam minyak panas..
Selamat mencuba
Monday, September 8, 2014
Walimatul Urus ZulFadli & Shahida Nafisa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah seorang lagi sepupu lelaki kakakecik telah selamat diijabkabulkan dengan surihati nya, Shahida Nafisa Mohd Khusaini pada 09 Ogos yang lalu…hampir sebulan sudah mereka melayari alam rumahtangga…Walaupun pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi sebelum sah bergelar suami isteri..
Doakan pasangan pengantin baru ini kekal bahagia hingga ke syurga, kehidupan mereka diberkati olehNya dan dilimpahi kasih sayang yang berterusan..
Boleh dikatakan hampir 70%, kakakecik dan keluarga adalah tulang belakang persiapan sebelum majlis nya.. Pelamin, hiasan meja makan, bekas hantaran semuanya kami DIY..kalau ikutkan si pengantin lelaki memang tak nak semua tu…tapi sekali sahaja kan dalam seumur hidup kecuali dia nak kawen lagi..hehe…de pasang niat gitu tak Ali, nak dapat sorang pun susah kan..
Busana Pengantin : NB De Kasih, Kota Sarang Semut (tukar baju di hari final fitting 2 ari sebelum majlis, si pengantin lelaki berkenan baju pepel ini)
Mekap : MUA Adinda Wawa (Wawa Pretty Touch)
Kakakecik sebagai wakil keluarga pengantin ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara mara, jiran tetangga dan rakan2 yang tolong sebelum, pada dan selepas kenduri berlangsung...Tak lupa kepada semua tetamu yang datang memeriahkan kenduri..semoga ukhwah di antara kita semua berkekalan dan yang doakan pasangan pengantin ini kekal bahagia hingga ke syurga serta diberkati olehNya..
Tahniah Ali dan Shida…hujung minggu nie sorang lagi sepupu akan kahwin…sobsobs…
p/s : untuk DIY Pelamin, meja makan, hantaran kakakecik tak janji akan update ke idak sebab sekarang nie mood melayang..tapi jika punya kesempatan in sya Allah kakakecik kongsikan di sini..
Tuesday, August 26, 2014
Biskut Raya : Tart Nyonya
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Di hari terakhir Syawal, masih ada biskut baru yang kakakecik buat untuk raya aritu belum sempat kongsi di sini. So, hari ni ambik la masa sedikit untuk sama2 berkongsi resepi Tart Nyonya.. Resepi yang kakakecik perolehi daripada blog PCM Tiffin Biru, Kak Fauziah Samad, Kak Azlita Masam Manis, dan Lydia Miza…Erm, kakakecik sendiri pernah merasai kegebuan tart ini yang dikirimkan oleh Lydia Miza…memang sedap sangat… Tekad dalam hati mesti cuba buat tart nyonya ni..Siap beli acuan macam kak Ita dan PCM lagi yang love2 tu..hehehe..
Apa lagi, kakakecik pun buat la 1 adunan, tetapi agak kecewa kenapa tart nyonya kakakecik tak segebu tart yang Lydia Miza buat..huhuhu..terus lelaju PM dia, akhirnya dapat la tahu punca nya..Bakar biskut ni just api bawah sahaja…grrrrrrrrrrrrr…nak jugak cuba, buat la 1 adunan lagi bagi memenuhi tempahan, Alhamdulillah menjadi. So, tak nak membazir tart nyonya yang hampir sebalang tu, kakakecik korek kuarkan jem nenas yang buat 1 adunan sebelum ni dan gentel2 kan jem nenas baru, letak atas tart dan bakar sekejap..baru boleh makan kalau tak liat jem tu sebelum ni..HAHAHAHA…INGAT YE BAKAR API BAWAH SAHAJA
Resepi : Tart Nyonya
Bahan-bahan :
- 300 gms tepung gandum
- 4 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu gula ising
- 200 gms butter
- 2 kuning telor sahaja
- Jem nenas
Cara-caranya :
- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
- Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
- Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai seolah-olah macam serbuk roti gitu.Kemudian masukkan telur dan satukan menjadi doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk.
- Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . (Petua daripada Kak Jee : Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.)
- Kemudian terap adunan tadi dgn terap untuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
- Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
- Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
- Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. (API BAWAH SAHAJA)
- Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.
Cuba jangan tak cuba, jem kakakecik beli hat readymade…. tapi jem tu x sesedap jem readymade nona..huhu…kuciwa jugak la…lepas nie buat sendiri je la ye..Opsss.. sampai ke minggu terakhir pun masih berbaki lagi tart nyonya dan sedap makan yang serdak2 tu sambil tengok TV…(buruk perangai kan :P )
Monday, August 11, 2014
Resepi Samperit Susu
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Untuk pertama kalinya kakakecik cuba buat samperit susu yang ramai kaum ibu para anak dara tengah gila mengukisnya..terutama kat group FB resepi ringkas..boleh dikatakan sepanjang Ramadhan mahupun sebelum Ramadhan setiap ari ada 2-3orang post gambar dorang buat samperit…aiiiiiiiiiiiiiiiiiii rasa tercabar jugak la..nak nak adik ilah pun dah try buat…
Janji kuatkan hati..raya nie mesti ada samperit susu bukan hat biasa plain color tu..nak color lagi…jangan terkejut kalau tengok samperit susu kakakecik suwiit sangat dan rasanya memang sweet pun (lepas nie kena kurangkan susu)
Okey bahan untuk samperit susu nie tak banyak..3 barang je digunakan…mudah kan…
BISKUT SAMPERIT SUSU
Bahan:
- 1 cawan susu pekat (manis bagi kakakecik)
- 250gm butter
- 550gm tepung jagung
Cara:
- Sebati kan susu pekat dan butter. Kakakecik tak pukul pun just gaul2 dengan jejari yang comel nie…Kalau nak pukul tu jangan pukul sampai kembang atau putih gebu ye.
- Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. Ikut lembut kalau ikutkan resepi asal 600gm tapi bagi kakakecik 550gm tu dah molek tak de la terlalu keras.
- Untuk jadikan tone color macam kakakecik tu, bahagikan adunan kepada dua..warnakan ikut warna apa yang nak
- Masukkan kedua warna dalam acuan bekas samperit. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
- Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan. (bakar api bawah sahaja
Tips yang kakakecik dapat daripada pembacaan komen2 di group RR :
**Untuk dapatkan hasil kelopak yang cantik dan tak jatuh masa bakar tu, kita biarkan dulu adunan yang telah dipaip dalam 15-30minit sebelum bakar.
** bakar dengan api bawah sahaja
Hari Raya AidilFitri
Assalamualaikum dan Salam AidilFitri
Sudah 2 minggu 1 Syawal berlalu, dan 2 bulan jugak kakakecik tidak update tulis apa2 pun di blog nie..adakah ia akan berkubur, ntah la? Walau ada banyak benda yang nak dikongsikan..tapi mood untuk naip tu hilang ke mana..seumpama MH370 gamaknya.. #prayforMH370
Apa pun belum terlambat kakakecik ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..ampun dan maaf dipinta andai salah silap terkasar bahasa bicara dalam penulisan mahupun lisan..Raya tahun nie kakakecik 1 family lebih kepada mengunjung sanak saudara serta ziarah kubur arwah tok dan wan kedua belah pihak ayah n mak pada hari raya pertama..Raya kedua dan berikutnya hanya menanti adik beradik datang ke rumah..Kakakecik sedikit malang sebab mata jadi ketumbit, bibir dan lidah menjadi ulser..So, tak dapat menikmati sangat suasana hari raya..
Tapi apa pun kita harus bersyukur dapat jugak beraya berbanding saudara kita di Gaza yang dikecam oleh Israel..Kalau kita meriah dengan letupan mercun cahayakan bunga api..tetapi mereka sengsara dengan letupan bom.. Doakan Gaza bebas dari Israel, Zionis laknatullah.
Tuesday, June 10, 2014
Perginya Seorang Tok Wan
Assalamualaikum wbt…
Sedih sebak dan kadang kala bergenang jugak air mata ini bila dikenang2kan arwah Wan..Rasa macam baru semalam je kakakecik jaganya di hospital walau sejam dua…dan arini genap 1 minggu arwah pegi meninggalkan kami semua..
*** kakakecik tak dapat nak teruskan coretan tentang arwah Wan, air mata terus mengalir laju***
Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Wan yang telah kembali rahmahtullah pada 4 Jun 2014..Semoga Allah mencucuri rahmat ke roh Wan dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Diampunkan segala dosa arwah dan setiap amalan arwah Wan di dunia menjadi bekalan untuk ke Syurga..In sha Allah..Amiin
Tuesday, May 20, 2014
Jom Memasak : Kek Minyak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Agak lama kakakecik sunyi kan, tuntutan kerja hakiki dan sampingan perlu diberi keutamaan. Dalam dok sibuk-sibuk di hari kerja, bila hari cuti memang tak reti nak dok saja melepak kat rumah..harus jugak pegang mixer hehe.. So, jumaat lepas kakakecik cuba membuat kek minyak yang tengah meletopz sekarang nie. Kebetulan kakak kakakecik mintak buatkan 2 biji kek butter untuk jamuan sambutan hari guru dan besday di tadika / taska aiman, aisya n auni..
Macam orang mengantuk di sarung bantal la kan..kakakecik guna kan peluang nie untuk mencuba resepi kek minyak yang agak mudah dan senang je. Resepi diperolehi hasil google..menilik dua tiga untuk buat yang terbaik..In Sha Allah…kiranya kakakecik gabung resepi dan teknik nya..hehe
Resepi : Kek Minyak
Bahan - bahan :
- 5 biji telur
- 1 cawan minyak jagung / minyak masak
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan gula kastor
- 2 cawan tepung gandum naik sendiri
- 1 st baking powder
- 1 sb ovalette
- 1 st esen vanila
- pewarna pilihan
Cara-cara:
- Pukul telur dan gula hingga kembang (dalam 10-15 minit).
- Masukkan ovelette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
- Akhir sekali masuk kan tepung berselang seli dengan minyak. Jika dimulakan dengan tepung diakhiri juga dengan tepung. Gaul hingga rata dan sebati
- Masukan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi sekadar untuk adunan bergaul rata.
- Kemudian bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian dan bancuh menggunakan warna kegemaran. (Kakakecik guna 4 warna pilihan Aisya, Pink, Purple, Peach dan Biru)
- Lenser loyang dgn sedikit mentega dan alaskan dengan baking paper.
- Ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang. Mula la melapis berselang seli dengan warna-warna yang ada hingga habis.
- Bakar pada suhu 170 celcius selama 45 minit atau sehingga kek masak.
Selamat mencuba..kek nie memang sedap gebu lembut je..tak rugi mencuba tau..kakakecik buat 2 biji aritu…
Wednesday, April 9, 2014
Kek Karamel Pelangi : Happy Birthday Syaza
Tempahan daripada Ana Pokok Asam untuk besday anak perempuan nya..Sebenarnya nak hanya nak makan kek karamel aje..tapi dah alang2 birthday Syaza so deco2 la skit…Nampak meriah plak kek karamel nie dengan kelilingnya dipagari biskut jejari bersalut coklat dan di atas nya ditaburi coklat warna warni ala2 M&M…nak guna kitkat dan M&M mahal sangat..hias agak patut padan dengan bajet customer je :)
Jom Memasak : Pavlova
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pavlova!!! erm bukan kesukaan dan kegemaran kakakecik..sebab apa semuanya berasaskan warna putih…hehe kakakecik memang tak makan benda alah berwarna putih..kalau makan pun kena tengok cara dan rasanya dulu…pavlova memang sah2 reject awal lagi..Aiman kata pavlova nie macam mashmallow…ye ke?
Habis tu dah tak makan awat p wat plak…ooh nie nak memenuhi hajat permintaan kakak ipar kakakecik sorang tu..dah berulang kali tanya reti buat tak pavlova..dia teringin sangat sejak tengok program masakan di TV…Kak Tie, cheq nie buat tu tak pernah tapi kalau resepi ada boleh je buat..tak salah mencuba kan..kebetulan buah strawbery dan anggur masih ada lebih..
Okey..nak buat tu kakakecik ON..tapi memandang whipping cream tak de stok dan kedai bakery di Pendang pun tutup ari Jumaat, so kalau Kak Tie nak makan juga..kena p beli di Alor Setar la..hahaha Kak Tie pun ON je..kakakecik ikut jugak tapi Kak Tie yang driver nya..kekonon nak beli whipping cream je..biasa la dah masuk kedai bahan bakery ada je benda lain dia nampak yang nak beli..grrrrr…abaikan kisah itu…
Resepi pavlova nie kakakecik google je..rata2 sama je resepi nya
RESEPI : PAVLOVA
Bahan-bahan untuk membuat meringue pavlova:
- 4 putih telur
- 1 cawan gula halus (tapi ramai yang kata manis so kakakecik kurangkan jadi 3/4 cawan)
- 1 camca besar tepung jagung
- 1 camca teh cuka makan
- 1 camca teh esen vanilla
*** BAB PUTIH TELUR jangan sampai ada sikit pun kuning telur....kalau ada kuning telur tu memang tak jadi...so kena hati-hati... pastu bekas mixer ke yang besi putar tu ke semua kena kering...takleh ada air sikit pun...lap kering-kering dulu ye...
Untuk Topping
- 1 cawan whipping cream (kakakecik beli jenama rich’s) – pukul hingga kembang dan kental
- Buah2an segar seperti strawbery, kiwi, peach, anggur, dan buah2 yang ada la.hehe
Cara-cara membuatnya :
- Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula.
- Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata.
- Sediakan loyang yang telah dialas baking paper dan lakar bentuk bulatan.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
- Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit..Turunkan suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit hingga warna coklat keperangan, guna api atas bawah...kena pastikan bahagian luar dah garing dan bahagian dalam dah masak... kadang tu luar dah garing tapi dalam tak masak pulak... ada pulak tu kadang dalam dah masak tapi luar masih tak garing... kalau masih tak garing korang tambahkan lagi masa...
- Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
- Pavlova dah sejuk..alihkan atas pinggan yang sesuai dan tuang/ pipe la whipping cream yang telah diputar tadi. Hias/susun dengan potongan buah2 segar
Monday, April 7, 2014
Jom Memasak : Kek Karamel Coklat Moist
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dah lama kakakecik simpan peram resepi kek karamel coklat moist nie, tak dibuat pun kek nya..Bila tengok Sunah dan Kiera buat nampak macam sedap je..Kebetulan jumaat pakat kami adik beradik berkumpul..ada di rumah mak, so kakakecik pun terasa nak mencuba juga la buat kek karamel coklat ini..Lagipun sorang kak ipar kakakecik tu mintak buat kan pavlova dia teringin benar nak makan..Okey memang cantik sangat la..pavlova guna telur putih dan kek karamel coklat nie plak ada lebihan telur putih yang tak akan digunakan..tak baik membazir kan..
Resepi kakakecik print scrn je dari blog Kiera, bawak hp ke dapur..sambil wat sambil tengok..memang hp kakakecik tu bekerak jugak la.. kihkih..nasib la kan
RESEPI : KEK KARAMEL COKLAT MOIST
# Karamel
- 2 sudu besar gula pasir.
- Masak atas api. cairkan gula pasir dalam loyang 8x8, ratakan gula ke seluruh permukaan loyang. dah siap biarkan seketika.
# Puding Karamel
- 1 cawan susu cair
- 3/4 cawan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur
- 2 biji telur (putih + kuning)
- kacau semua bahan-bahan kat atas perlahan-lahan, jangan sampai berbuih. guna whisk supaya bahan mudah larut dan sebati.
- tapis bahan dan tuang atas karamel yang dalam loyang tadi.
- bakar puding karamel menggunakan kaedah steam bake pada suhu 180C selama 15 minit. sementara tue siapkan kek coklat moist pulak.
**********
# Bahan A
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu segar atau susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 cawan minyak masak
- satukan semua bahan dalam periuk, masak atas api. kacau perlahan-lahan guna whisk agar bahan mudah larut dan sebati. guna api perlahan. bila semua bahan dah larut. tutup api dan biar dia rehat sekejap.
# Bahan B
- 3/4cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- semua bahan di atas di ayak
# Bahan C
- 4 biji telur : Blender je..mudah kan.
**********
# Cara-cara Buat :
- Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara selang seli dan gaul dengan whisk sampai sebati.
- Tuang adunan dalam loyang karamel yang dah siap bakar tadi.
- Bakar menggunakan kaedah steam bake pada suhu 180C selama sejam atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
- Dah masak sejukkan kek. biar kek merenggang sendiri dari loyang. Dah renggang terbalikkan dan simpan dalam peti sejuk.
Selamat Mencuba
psst : Memang moist..tapi itu la kakakecik ni dah tak boleh terima lagi kek karamel..huhu..
Kek Karamel Pelangi : Hantaran Tunang
Bulan lepas kakakecik mendapat tempahan kek karamel pelangi daripada SHA untuk dijadikan hantaran tunang nya. Jenuh jugak kakakecik memikir kan camne nak hias kek karamel nie..tak kan nak biar kosong je kan..mana sesuai untuk dijadikan hantaran…
Alhamdulillah hasil carian di google kakakecik mendapat sedikit sebanyak idea untuk deco kek karamel tersebut..Dengan pendapat daripada sahabat2 baik kakakecik di alam maya dan juga bantuan daripada family…Thanks semua…sangat-sangat menghargai kalian..
Cubaan hiasan pertama…simple dan sweet je nampak..tapi disebabkan nak cover lidi pencucuk di buah peach sahabat kakakecik memberi cadangan letak kan buah anggur or kiwi..Kiwi tak de so kakakecik letak anggur je la..
Ini la hasil nya..semoga memenuhi kehendak SHA…selamat bertunang SHA & ZUL..terima kasih kerana sudi tempah dengan kakakecik..
Ada yang berminat nak tempah kek karamel ala2 begini??? Boleh email ke shida5062@gmail.com
(COD Kawasan Pendang dan sekitarnya sahaja)
Thursday, April 3, 2014
Misi Mencari Buah Peach
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Satu minggu nie asyik memikir je design untuk deco kek karamel yang ditempah oleh seorang customer untuk dijadikan hantaran tunang.. Pada awal perancangan kakakecik akan beli bunga kecik2 gumpaste dan menggunakan fondant untuk tulisan nya..Tapi agak mengecewakan bila kakakecik dapati fondant tak sesuai untuk di letak kan atas kek karamel..
Mati akai jugak la kakakecik 2-3malam untuk membuat memikirkan alternatif lain..Nak guna bunga readymade gumpaste pun tak berani jugak risau mencair..Dah beli pun bunga nya..simpan je la ye..untuk next projek..
Alternatif terakhir adalah menggunakan buah untuk menatarias nya…Kakakecik ke tesco untuk misi mencari buah peach, anggur dan strawbery.. Puas mencari buah peach tak jumpa..Anggur ada, strawbery pun ada..Buah peach je tak de..huhuhu…Alhamdlah rezeki kakakecik dapat strawbery cameron last stok RM1.75 untuk 200gm(ada la dalam 10 biji dalam 1 pek tu) terus sambar, anggur tanpa biji RM6.99 rasanya..banyak jugak..
Malam selepas misi mencari buah peach tak jumpa tu..kakakecik pun cerita la dengan mak, p tesco tadi cari buah peach..mak tanya buah peach tu camne..kakakecik pun google la..ooo macam buah epal bentuk dan warna nya..masa di Tesco tu belek setiap label di bahagian buah2an segar…
Habis la sahabat2 kakakecik dok ngadu pasal idea deco kek karamel nie..hehe..tak ketinggalan dengan MyBFF YM, Serai Wangi..nak tau ke apa kami borak kan.janji tau jangan gelak..kalau gelak tak nak share hehe
AS : buah peach sini xde, tu yg nak letak anggur..pastu kiwi kalau murah boleh la beli
SW : dlm tin shida, peach tu, xde ke?
AS : OOH PEACH DLM TIN KE, egt nk beli yg buah sebiji, hahahaa
SW : peach tu..mana2 semua pakai yg dlm tin..hehe..
huhuhu baru kakakecik tau buah peach orang dok guna tu dalam tin rupanya..hahaha..katanya serai kalau yang sebiji2 fresh mmg payah laa...kecuali supermarket omputih yg mahal2 tu..Opps bukan kakakecik sorang je yang tatau buah peach tu dalam TIN….ada kawan AL yang dok mencari jugak buah peach bahagian buah di tesco nie..
Noraliaa Farhana Mohd Ali hehe comel je kak shida...mcm kwn al dulu la...die nak masak ape tah...brape kali taw die gi tesco n giant...tp slalu tade...pastu ckp "aliaa asal ta jumpe buah peach...ke mmg naseb aku bile pegi abes"...spai la bile gi sesame al tny nak beli peach ke ta...br al taw slame ni die cari bahagian buah...hehehe
Okey…dah tau buah peach dalam tin, haruslah pergi cari kan..di kedai bahan bakery pendang ada 1 jenis je..dah tu tin besar n mahal..kebetulan semalam pegi serdang dan selama..balik tu singgah la TESCO extra seberang jaya, haaaa ambik bersusun…bertingkat2 plak tu..pilih je mana yang nak…kakakecik ambik yang “ayam brand” sebab semua buah peach dlm tin tu tak de logo halal jakim…ada logo halal biasa tu…kakakecik pilih ayan brand coz keluaran brunei hehehe…
Pssst : harap2 menjadi projek mendeco kek karamel esok..dan memenuhi kehendak pelanggan yang tak kisah deco apa janji comel dan menarik…Thanks kepada pcm, ayu citarasa rinduan, finaz, wany, aima, serai yang bagi pendapat atas persoalan dari kakakecik mengenai projek deco ini…
Thursday, March 27, 2014
Jom Memasak : Agar-agar Kering Berperisa
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Di musim kemarau panas terik molek rasanya kalau buat agar-agar kering. Idea untuk jadikan agar-agar kering sebagai Doorgift kenduri Aidy tercetus pabila Jumaat seminggu sebelum majlis, kakakecik dengan mak dan kak Ja ke rumah Mak Teh ada balang2 kaca yang dihias belum terisi dan mak teh tatau nak isi apa dalam balang tu..
So, bila bagitau Dik Ilah dia cadang isi agar-agar kering..Tanya dia mana nak beli, dia suruh beli di Pekan Rabu Alor Setar, bape kilo kan nak beli untuk 30 balang..Dia kata, apa kata ang buat je..ang kan pandai..cheh sempat lak dok puji kak dia nie.. Kakakecik memang tak pernah buat..tengok orang buat pun tak pernah.. Apa lagi terus google cari resepi agar-agar kering..Dapat la 2-3 resepi yang hampir sama. terus SMS mak untuk beli barang2 nya. Alahai apa la sangat barang-barang untuk buat agar-agar kering ni kan…agar-agar tali dah memang wajib,gula batu jugak diperlukan (fungsi nya tatau gak, mayb untuk bagi kilat kot)
Resepi : Agar-Agar Kering
Bahan-bahannya :
- 30 gm agar-agar tali
- 2 cawan gula pasir
- 1 cawan gula batu
- 8 cawan air
- Perasa/pewarna mengikut selera masing-masing
Cara-caranya :
- Rebus agar-agar kering dengan air sehingga mendidih.
- Masukkan gula batu sebab gula batu lambat cair. Biar gula batu hancur
- Masukkan gula pasir.Biar mendidih lagi.
-
Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan pewarna dan perasa mengikut selera masing-masing.
- Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. (yang ni kakakecik tersilap p potong comel2 gitu hehe)
- Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar betul2 kering dan tidak melekat. Kalau cuaca panas elok 3-4 hari pun dah okey.
Opps…agar-agar kering resepi pertama kakakecik tidak mendapat kelulusan MyMum..dia kata kurang manis..dan kakakecik potong nipis n kecik..So, kakakecik buat lagi guna resepi yang sama just gula tu kakakecik lebih kan..cakap orang tua yang berpengalaman dulu-dulu kena dengar gak..hehe..tak pasal2 kena perli dengan mak..ye la mak hanya gtau buat agar2 kering nie kena manis dan keras..sukatan nya ngak ada..dah la tak pernah tengok mak buat pun sebelum nie..hahaha..mak kata dia dok wat zaman dok di kampung dulu..hooo aloooh memang tak pernah tengok sungguh la macam tu…kihkih
Yang best tu elok je sudah masak agar-agar, hujan turun dengan lebatnya…tak dapat la jemur…Alhamdulilllah ari Isnin baru boleh jemur betul-betul, Ahad sebelum tu pun redup je cuaca..mak ayah jenuh dok angkut jemur n bawak masuk balik talam bila nak hujan..
p/s : nak buat agar2 ni kena banyak2 sabar, sebab agar-agar nie kena jemur dulu bagi kering dan keras dan jemur kena alih2kan supaya kering elok semua nya..nasib baik yang nie mak yang buat..mak kan dah pro..”dah jual berkilo-kilo pun agar2 nie” hehe
Wednesday, March 5, 2014
Jom Memasak : Red Velvet Cupcake
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Huuuuurm…hampir bersawang jugak la rumah maya kakakecik nie..baru 6 entry sahaja yang ada bagi 2014..mood kureng sikit nak sembang2 di sini memandangkan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan..memang banyak jugak dengan sharing di rumah maya nie…Mohon mood yang ntah hilang ke mana itu datang kembali bersama kakakecik…
Okey okey tak nak bebel panjang lah…petang semalam tadi kakakecik bosan di kedai..Syafinaz suruh balik awal buat red velvet yang tak kesampaian kakakecik nak buat sehari sebelum itu dek kerana susu full cream yang kakakecik beli untuk buat kek tu telah diminum oleh Aisya.. So,petang semalam kakakecik berusaha usung HP ke dapur baca resepi..main print scrn je resepi x sempat nak print out..Hahaha…
Resepi nya kakakecik peroleh daripada Zalin Zalina dan IrmadiLondon…sebelum2 ni kakakecik memang ada belek resepi2 red velvet nie tapi tak yakin nak buat..tapi bila tengok entry Zalin Zalina ada step by step rasa macam mudah dan senang je nak buat nie.bahan2 pun tak banyak sangat…Cuma tang topping tu je la mahal skit sebab guna cream cheese dan whipping cream..dan sah2 kakakecik tak makan…
Resepi : Red Velvet Cake
Bahan A - Untuk diayak bersama.
- 250 gm tepung gandum
- 1 sudu kecik baking powder
- 1/2 sudu kecik garam halus
- 2 sudu kecik serbuk koko
Bahan B -campur dan kacau sebati. Biarkan 10minit sebelum digunakan
- 240 ml susu full cream
- 1 sudu kecil cuka makan
- 3 sudu kecik pewarna merah(kakakecik guna red bright jugak mcm ZZ)
Bahan C
- 113 gram butter –dipotong kecil
- 300 gram gula kastor
- 2 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan D
- 1 tsp cuka masakan
- 1 tsp baking soda
Cara-cara membuatnya :
- Pukul butter selama 2-3 minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
- Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih.
- Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
- Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit. Kacau bahagian tepi mangkuk guna spatula plastik
- Masukkan bahan A (tepung) dan bahan B (susu) secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
- Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
- Susun bekas cupcake dalam dulang..Paip kan adunan... kakakecik guna sudu je untuk masukkan adunan dalam bekas cupcake..Kalau guna bekas cupcake ni letak adunan separuh aje..kurang daripada separuh pun takpe.. ikut suka korang...
- Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit..ini bergantung kepada oven masing2 ye.
- Selepas menutup suhu oven, kakakecik biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.
Topping - Cream Cheese Frosting.
Bahan-bahan Cream Cheese Frosting
- 250 gm Cream Cheese
- 100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream
- 100 gm atau 1/2 cawan Gula Kastor (kalau suka kurang manis boleh kurangkan sukatan gula)
Cara-cara membuat Topping Cream Cheese
- Pukul semua bahan menggunakan mixer...kena tahu konsistensi cream cheese frosting ni...kalau rasa nak deko atas cupcake, konsistensi krimnya kena kental sikit...maknanya tak lembik sangat... nak kental krimnya takleh pukul lama sangat...kalau rasa dah terpukul lama dan terlembik, korang masukkan dalam peti ais dulu... lebih kurang dah agak kental baru kita deko kan cupcake tu...kalau lembik sangat nanti tak cantik lak deko cupcake tu...tapi kalau korang rasa nak sapu aje atas cupcake tu atau nak biar meleleh takpe la kalau lembik pun... terpulang okey...
- Paipkan atas cupcakes guna nozle yang berkenan..kakakecik tak de nozle bagai so just masukkan dalam plastik bag dan paip deco comot2 dan tabur manik halus warna warni..
Alhamdulillah hasilnya kakakecik puas hati dan kakakecik telah jatuh cinta dengan rasa red velvet nie…Ini la pertama kali kakakecik buat dan merasai kesedapan nya..Seronok habaq mai…Dan kek ni jugak lulus ujian cipta rasa untuk dijadikan hantaran majlis tunang Sabtu nanti..Senyum lebar la kakakecik :)
Selamat Mencuba
Thursday, February 6, 2014
Hidup : Senyuman dan Tangisan
Hidup bersilih ganti antara senyuman dan tangisan.
Andai tangisan itu meluah bicara, menangislah.
Andai senyuman itu penawar, senyumlah agar luka itu terubat.
Wednesday, February 5, 2014
Wednesday, January 29, 2014
Monday, January 13, 2014
Pemainan Bank
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Maulidur Rasul…Entry pertama di tahun 2014…entry yang ditulis dengan emosi yang sedikit membara..harap yang baca tu tak teremosi macam mana kakakecik rasa dengan servis sebuah bank di Alor Setar nie..
Beberapa tahun yang lepas..2005 kalau tak silap la..kakakecik de beli kereta kancil 2nd hand..so buat loan dengan bank di Alor Setar..okey monthly bayar la macam biasa..walaupun kekadang ada terskip bayar nya..dan dok kira2 dah tinggal tak banyak nak kena bayar, ayah pun suruh bayar habis semua. Dalam awal or pertengahan bulan 11 tu kakakecik g la bank nak bayar semua sekali..tapi tak boleh bayar habis katanya depa tatau amaun yang tepat…okey..tak pe la kan dah kena isi borang untuk tau bape baki yang tinggal. Si kakak yang berkening “cantik” yang serah dan terima borang tersebut..mengikut katanya pihak bank akan hubungi bagitau jumlah sebenar yang tinggal. Kakakecik nie jenis banyak tanya jugak la,,bukan apa tak mau buat kerja dua tiga kali tapi tak selesai…macam yang terjadi nie la..dok harap boleh selesai semua…tapi hampeh…Bila kakakecik tanya, dah siap bayar semua nanti nak kena datang ke sini (bhgn pembiayaan) semula tak..dikabo nya tak perlu lagi…TAPI BILA HARI NIE KAKAKECIK BAYAR SEMUA DI KAUNTER TUP2 KENA NAIK BAHAGIAN PEMBIAYAAN..ewaah waaah bulan 11 tanya kat bahagian pembiayaan tak perlu…apa ke hei nya wahai kakak kening cantik..
Dah seminggu kakakecik submit borang..tunggu panggilan memang tak de langsung..so kakakecik call semula bank di Alor Setar..katanya takde dapat borang ke email apa pun..katanya nie cik dah terlebih bayar 2 ratus..bukan terlebih bayar memang saya nak setle dah pun kalau tak xde la saya tanya baki yang tinggal…dah tu suruh kita contact semula esok nya…dah naik geram jugak..last week janji depa yang akan call bagitau..tup2 nie nak suruh kita yang call depa plak…hangat punya pasal..kakakecik mintak je no telefon Penang tapi di bagi nya no KL…okey takpe bagi je mana nombor pun kakakecik call..nak bagi sahih bape banyak yang perlu bayar kan…KL pun sama je macam di Alor Setar..kekonon akan hubungi semula..tunggu sampai langkah bulan dan tahun la hingga dapat sms kata ada tunggakan…
Weeei…bukan tak mau bayar la…nak bayar macam biasa bulan2…akan terlebih bayar la..Pagi jumaat 2-3hari lepas kakakecik call KL..no yang dalam SMS tu..cerita pong pang pong pang..staff sana kabo kalau buat loan di cawangan tersebut sepatutnya boleh je dapat ontime jumlah baki tu..xperlu nak tunggu sampai makan minggu…bagi kakakecik itu saya tatau..yang saya tau kena isi borang dan pihak bank akan hubungi…12 minit jugak la dok cerita masalah tu…nasib guna hp ayah..kalau guna hp sendiri dah habis krdt gamak nya..
Ok..pihak KL suruh pegi cawangan dan tanya berapa baki yang sebenarnya..kakakecik tak mau buat kerja dua tiga kali..so google cari no telefon bank tu…nasib dapat walau line agak slow di rumah pada pagi jumaat tu..Bila dah dapat call,cakap la dengan seorang staff lelaki nie..rasanya dulu pun cakap dengan dia jugak..tak kisah la dia ke sapa ke.yang kakakecik nak tau hanya baki jumlah sebenar..dia bagitau la yang tinggal tak banyak dah pun RM102.10…sekali lagi kakakecik jawab..memang la tak banyak sebab saya dah nak setle pun…ooh baki ada lagi banyak tu..kenapa pihak bank tak hubungi saya walhal saya dah submit borang untuk pertanyaan baki ni dari bulan 11 lagi…de tu main pas plak ke orang lain..bila pas ke pompuan tu..dia pas je semula ke lelaki trsebut…bila kita kenalkan diri sekian2..eh dia boleh tanya, tak de cakap dengan puan….. ke? Kakakecik selamba la jawab..dia hanya jawab dan pas ke encik bila saya kenalkan diri…sekarang ni saya hanya nak confirm je bape baki yang ada tu..tak perlu nak pas ke sana ke mari sampai 3 kali…Staff lelaki tu bla..bla bla…dan dia mintak nama dan no telefon untuk hubungi…Kakakeck balas la…tak perlu la kot saya bagi sebab bukan nak hubung pun kan…hahahaha..ambik ampa…dah kena sedas..lepas tu terus kakakecik tamatkan panggilan..
Dan hari ini..Isnin kakakecik ke bank untuk selesai hutang kereta dengan bank tu..bila dah buat pembayaran disuruh nya kita ke bahagian pembiayaan..ok la pergi serah sekeping slip pembayaran tu..boleh plak di kakak kening “cantik” tu tanya untuk apa…rasa mcm nak cepuk je…sabar sabar…jelaskan yang kakakecik dah buat last payment utk kereta tu..dia check sistem katanya ada lagi 2 sen…apa 2 sen..saya call jumaat kata nya rm102.10..ye itu sehingga jumaat…tapi sehingga ari nie dah naik 2 sen..kakakecik kata la tak kan kena bayar jugak 2sen tu bukan dibundarkan ke jadi 10sen..jawapan nya TAK..kena bayar kalau tak di kira HUTANG…okey tak pe 2sen je kan..bayar je shida..bila bagitau dah submit borang tanya baki bulan 11 lagi tapi takde respon..dia tanya serah ke sapa..terus tunjuk dia..hahaha…katanya kami dah hantar email ke HQ..sana yang uruskan..…jawapan nak lepas diri..HQ kata xde dpt email pun cik kak oi…dah dah malas nak balah..tapi kakakecik de tanya jugak..dah bayar nie nak kena naik sini bagi slip ke tu saja perli mana nak tau nak jugak slip 2sen tu…kihkih…
Turun pergi kaunter bayar la 2sen tu..kaunter tanya..2 sen je..ye la dah bank 2 sen tu..bayar la kalau tak katanya hutang…kalau g shopping pun 2sen tu x amik pun..kakakecik bagi 10sen..jenuh jugak la kakak kaunter tu cari syiling 1 sen..ikutkan hati nak je kata xpe la kak saya halal je.ambik la 10sen tu..tapi bank 2 sen pun berkira kan..so kakakecik just mintak balik 5 sen..huhuhu…
Last sebelum keluar dari bank…kakakecik ambik borang maklum balas pelanggan dan tanya bagaimana nak serah borang tersebut….tunggu la kejap lagi kakakecik karang ketidakpuasan hati di dalam borang tu plak..kihkih…
(maaf ye entry terpanjang, nampak tak permainan bank tersebut..kita nak selesai awal tak de bagi respon..saja nak makan interest kan, memang family dah banned bank tersebut)