Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label kek karamel. Show all posts
Showing posts with label kek karamel. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Jom Memasak : Kek Karamel Coklat Moist

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dah lama kakakecik simpan peram resepi kek karamel coklat moist nie, tak dibuat pun kek nya..Bila tengok Sunah dan Kiera buat nampak macam sedap je..Kebetulan jumaat pakat kami adik beradik berkumpul..ada di rumah mak, so kakakecik pun terasa nak mencuba juga la buat kek karamel coklat ini..Lagipun sorang kak ipar kakakecik tu mintak buat kan pavlova dia teringin benar nak makan..Okey memang cantik sangat la..pavlova guna telur putih dan kek karamel coklat nie plak ada lebihan telur putih yang tak akan digunakan..tak baik membazir kan..

 

Resepi kakakecik print scrn je dari blog Kiera, bawak hp ke dapur..sambil wat sambil tengok..memang hp kakakecik tu bekerak jugak la.. kihkih..nasib la kan

kek karamel coklat

RESEPI : KEK KARAMEL COKLAT MOIST

# Karamel

  • 2 sudu besar gula pasir.

- Masak atas api. cairkan gula pasir dalam loyang 8x8, ratakan gula ke seluruh permukaan loyang. dah siap biarkan seketika.

 

# Puding Karamel

  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur (putih + kuning)

- kacau semua bahan-bahan kat atas perlahan-lahan, jangan sampai berbuih. guna whisk supaya bahan mudah larut dan sebati.

- tapis bahan dan tuang atas karamel yang dalam loyang tadi.

- bakar puding karamel menggunakan kaedah steam bake pada suhu 180C  selama 15 minit. sementara tue siapkan kek coklat moist pulak.

**********

# Bahan A

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu segar atau susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak

- satukan semua bahan dalam periuk, masak atas api. kacau perlahan-lahan guna whisk agar bahan mudah larut dan sebati. guna api perlahan. bila semua bahan dah larut. tutup api dan biar dia rehat sekejap.

# Bahan B

  • 3/4cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

- semua bahan di atas di ayak

# Bahan C

  • 4 biji telur : Blender je..mudah kan.

**********

# Cara-cara Buat :

  1. Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara selang seli dan gaul dengan whisk sampai sebati.
  2. Tuang adunan dalam loyang karamel yang dah siap bakar tadi.
  3. Bakar menggunakan kaedah steam bake pada suhu 180C selama sejam atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
  4. Dah masak sejukkan kek. biar kek merenggang sendiri dari loyang. Dah renggang terbalikkan dan simpan dalam peti sejuk.

Selamat Mencuba

 

psst : Memang moist..tapi itu la kakakecik ni dah tak boleh terima lagi kek karamel..huhu..

Kek Karamel Pelangi : Hantaran Tunang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bulan lepas kakakecik mendapat tempahan kek karamel pelangi daripada SHA untuk dijadikan hantaran tunang nya. Jenuh jugak kakakecik memikir kan camne nak hias kek karamel nie..tak kan nak biar kosong je kan..mana sesuai untuk dijadikan hantaran…

Alhamdulillah hasil carian di google kakakecik mendapat sedikit sebanyak idea untuk deco kek karamel tersebut..Dengan pendapat daripada sahabat2 baik kakakecik di alam maya dan juga bantuan daripada family…Thanks semua…sangat-sangat menghargai kalian..
 sha1
Cubaan hiasan pertama…simple dan sweet je nampak..tapi disebabkan nak cover lidi pencucuk di buah peach sahabat kakakecik memberi cadangan letak kan buah anggur or kiwi..Kiwi tak de so kakakecik letak anggur je la..
sha
Ini la hasil nya..semoga memenuhi kehendak SHA…selamat bertunang SHA & ZUL..terima kasih kerana sudi tempah dengan kakakecik..

Ada yang berminat nak tempah kek karamel ala2 begini??? Boleh email ke shida5062@gmail.com
(COD Kawasan Pendang dan sekitarnya sahaja)

Wednesday, June 19, 2013

Tempahan Khas : Kek Karamel Comel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4434

Alhamdulillah, murah rezeki kakakecik untuk kek karamel seminggu nie. Khamis, mendapat panggilan daripada Kak Azie bagitau yang kakak iparnya nak tempah 2 biji kek karamel dan suruh hantar ke Shell Pendang pada hari Sabtu cari je Kak Nor (Kak Nor tu kak ipar Kak Azie). So, petang sabtu kakakecik pegi la hantar kek karamel tu sebelum ke SP..tak jumpa Kak Nor just bagi di kaunter, duit pun x ambik sebab ada 1 biji kek tu kakakecik tak berapa nak puas hati. Nak la tanya dulu kalau Kak Nor nak ambik kakakecik kurangkan harga, kalau tak nak pun tak apa..Tapi, alhamdulillah Kak Nor ambik 2-2 biji kek tu.

 

Habis di situ, Isnin mendapat lagi panggilan daripada Kak Azie yang mana Kak Nor nak tau samada kakakecik ada tak buat kek karamel bentuk lain selain bulat dan katanya Kak Nor mintak kakakecik ke Shell Pendang sebelum pukul 12 tengahari untuk bincang mengenai kek karamel nie. Memandangkan kakakecik ada customer..so,kami just bincang melalui telefon.

 

Kak Nor nak tempah kek karamel comel-comel yang saiz lebih kurang 4inci yang dimasukkan dalam tupperware untuk dijadikan cenderahati untuk program yang Shell anjurkan pada hari nie (Rabu). Kakakecik tak berani nak kasi harga sebenar just bagi anggaran sebab tak dapat lagi harga kos sebenarnya. Malam bila da dapat harga sebenar baru Kak Nor bagitau bekas yang dia, pagi tu dia bajet dalam 10-15 orang je..tup2 dia nak tempah 30 bekas, demn bekas tupperware tak cukup..kena jugak pegi alor setar beli tambah….tak kan kakakecik nak kata x boleh kan..no no…tak boleh buat macam tu okey.

DSCN4432

Jenuh juga la nak buat kek karamel comel2 nie..kakakecik siap ikatkan riben dan letak sudu. Start baking dari pukul 12 tengahari hingga pukul 7.30 baru siap…pukul 8 lebih baru hantar ke Kak Nor. Alhamdulillah mudah berurusan dengan Kak Nor nie. Moga di lain masa kami berurusan lagi. Terima kasih Kak Nor kerana sudi tempah kek karamel.

DSCN4435

Kakakecik buat banyak perisa…ada pandan+oren, ada coklat+oren, ada nenas+strawbery, dan honeydew+coklat+vanilla. Semalam terpaksa cuti (tutup kedai) untuk bagi tumpuan membuat kek karamel. Dah la kat umah semalam ada kursus untuk proses daun getah..makcik2 yang mai kursus pakat teruja tengok kek tu naik elok, dorang ingat kek marble. Dan ada jugak yang tanya berapa kakakecik jual, dorang nak tempah nak ambik arini. Mintak maap la ye makcik2 cheq tak dan dah nak wat lagi pun saiz nie special request. Selalu saya jual saiz besar yang berat lebih kurang 1.2kg. Kakakecik tak nak la menghampa kan dorang dan tak baik kan tak kasi dorang merasa. Kakakecik buat extra 1 biji untuk mak hidangkan kat dorang tenghari tadi. Habis sebiji tu..Alhamdulillah dapat juga kongsi kek karamel nie dengan dorang.

 

psst : nasib baik Kak Nor tahu betapa rumit dan renyah nya nak buat kek karamel ini.dia dah google resepi kek karamel.hehe

Thursday, June 6, 2013

Tempahan : Kek Karamel di Hari Israk Mikraj

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4119

Walaupun mood untuk baking sedikit merundum, almaklum la last week dok pulun buat 5 biji kek lapis untuk majlis Izzuan, tapi disebabkan mendapat tempahan daripada Kak Azie kena la jugak buat. Kak Azie dah banyak kali tempah kek karamel..tak best la jugak kan kalau tolak tempahan nya. Perasa? Kak Azie tak kisah perisa apa pun. So, kakakecik buatkan perasa nenas+strawberry+vanilla.

DSCN4124

Ada yang tanya, kenapa kakakecik tak promote kek karamel nie kat Mudah..Ntah la, keyakinan tu masih kurang. Buat masa sekarang kakakecik hanya ambik tempahan daripada kenalan dan saudara mara terdekat sahaja. Tapi kalau sapa nak tempah tu boleh je email ke shida5062@gmail.com. Harga untuk sebiji kek karamel yang bersaiz 8inci dan berat lebih kurang 1kg ini berharga RM30.00. Perasa ikut pelanggan bergantung kepada stok perasa yang kakakecik ada. (Kawasan liputan yang berhampiran dengan Pendang aje la)

Saturday, May 4, 2013

Rezeki : Kek Karamel PRU13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Esok, 5Mei..Hari pembuangan undi PRU13..Dalam sibuk2 orang lain berkempen berkonvoi ber apa lagi ye…yang berkaitan PRU13..kakakecik pulak sibuk dengan mixer dan oven..bermain dengan tepung dan telur..Alhamdulillah minggu lepas…kakakecik mendapat sms daripada sahabat adik dan jiran kampung untuk tempah kek karamel sempena PRU13..rezeki jangan ditolak kan..hehe

 

Kakakecik dah set la pagi nie nak buat 2 biji kek karamel yang ditempah Ina untuk di bawak balik ke Perlis…ingatkan yang Kak Nina nak ambik esok..tup2 pagi tadi kak Nina dah sma tanya..kek dia dah siap ke ? Alamak, hari nie kak Nina nak ambik kek tu…kakakecik check semula inbox..sekali memang sms kak Nina tu bagitau dia nak hari Sabtu…kakakecik yang tersilap paham…Tapi apa pun sempat jugak kakakecik buat pagi tadi…sebelum pukul 12 tengahari tadi dorang dah datang ambik..

kek kk nina

Sekarang menunggu panggilan/sms daripada Ina untuk pickup kek di Tol Pendang…sementara tu nak jugak lelapkan mata dan rehatkan badan seketika..

 

pssst : ada orang suruh kakakecik buat kek je esok hari x payah kuar mengundi..tapi hari nie dah buat…malam nanti buat lagi..kecian dengan mak bila tengok kek karamel yang ina tempah tu ada pandan oren…si adik ilah plak nak kek biasa…fuuuuuuuuuh mampukah kakakecik?

Monday, March 18, 2013

Jom Memasak : Kek Karamel Cappuccino

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3256

Kek Karamel Kek Karamel Kek Karamel..tak jemu ke ang nie shida…jemu tu memang dah jemu pun..kakakecik dah x lalu sangat nak makan..kalau buat just makan 1 keping sebab nak rasa perasa yang digunakan...buat tu untuk masa sekarang nie tak jemu lagi selagi ada yang sudi tempah dan makan.

 

Jumaat yang lepas pergi umah Dik Ilah, ada la angkut peralatan dan bahan baking..ingat nak buat kek karamel la..Plan nak buat pagi Sabtu..tapi kemalasan tu melebihi tahap kerajinan..apa lagi terbiar macam tu je la.. tetiba, Dik Ilah ajak pergi umah Kak Azizah kat Rapat Setia..tak best plak kalau pergi tangan kosong kan..tengok jam dah dekat pukul 2. Kalau nak buat, mau jugak lewat nak pegi Kuala Kangsar dan Ipoh nie…kena cepat2 baking la..lepas kek masak tunggu sejuk terus boleh gerak..

DSCN3236

So, memandangkan kakakecik just bawak essen vanila dan cappuccino paste…hanya boleh buat perasa nie je la….Resepi…still sama sukatan dan cara nya Kek Karamel yang lain, just perasa tu je tukar.

DSCN3241

Kek dibahagi 2..1/2 bahagian bawak sebagai buah tangan kepada Kak Azizah dan sebahagian lagi simpan untuk kami anak beranak makan di rumah…

DSCN3266

Tapi sedih jugak la bila mak kata, erm mak tengok warna dia tak best tak teringin nak makan pun. Dik Ilah plak kata, Cheq pun tak berapa suka sangat perasa nie..tapi makan je la dah ada. Sentap habaq mai..sampai kakakecik kata kalau macam tu bawak balik umah je la kat kampung ramai je yang nak makan..hehhe..Sekali dik ilah kata…ala simpan la sikit cheq balik keja boleh gak makan..hahaha..tau pun..tapi kakakecik tak bawak balik pun..acah je..

Friday, March 15, 2013

Jom Memasak : Kek Karamel Ayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3193

Semalam cuba buat kek karamel lain daripada sebelum2 nie..kalau sebelum nie dok wat oren + pandan, pandan+coklat, coklat+oren, blueberry +vanilla, coklat+vanilla tak pun pandan choco berry. Ahad aritu kan kakakecik ada beli stok barang2 baking..so salah satu benda yang beli adalah perasa-perasa untuk kek karamel…

 

Alang-alang mak su tempah kek karamel untuk birthday nya 14hb semalam..apa salah nya kakakecik mencuba perasa baru. Pikir punya pikir perasa yang sesuai, akhirnya kakakecik buat 3 perasa dalam 1 biji kek tu..Apple+Oren+PineApple…masa hidu awal tu rasa macam tak berapa nak okey je bau apple nie..memang bau apple betul la….kata dalam hati “shida, kalau tak mencuba nie bila lagi nak mencuba”

DSCN3191

Resepi..ulang tayang je la ye..

RESEPI : KEK KARAMEL  AYANG

# loyang 8 @ 9 inci

Bahan-bahan dan tekniknya :

GULA HANGUS

  • 2 @ 4 sudu besar gula

**Jadikan gulakan gula hangus.Ratakan pade keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang

BAHAGIAN ATAS( karamel )

  • 1 tin susu cair
  • 70 gm gula castor
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • 3 kuning telur
  • 2 biji telur penuh
  • 1 sudu tepung kustard

** Kacau sebati..kacau dengan perlahan dan ketepikan

LAPISAN KEK (A)

  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula castor
  • 3 kuning telur
  • 135 ml air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak (3-4 sudu)

** Putar telur kuning,air dan minyak dan gula hingga kembang
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit
** Biarkan sebentar

MERINGUE (B)

  • 6 telur putih
  • 70 gm gula castor
  • 1 sudu teh krim tartar

** Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar…pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan..
** Campurkan A dan B..KACAU DENGAN SPATULA..kaedah kaup balik

Cara-cara:

  1. Tapis karamel dalam loyang gula hangus
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan.(kakakecik bahagikan kepada 3 bahagian : 1 – pewarna hijau + perasa apple, 2 – pewarna oren + perasa oren dan 3- perasa pineapple + pewarna kuning)
  3. Panaskan oven selame 10 minit .
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  5. 45 minit pertama gune api bawah dan 10 minit lagi api atas dan bawah pada suhu 170 darjah

- Selamat Mencuba-

DSCN3202

Kenapa kakakecik panggil kek nie kek karamel AYANG…heheh..saja la tak tau dah nak letak nama apa..kebetulan semalam Abang On mai umah ambik motor untuk hantar kat Adik, depa anak beranak la habiskan kek nie…Si Afif tu semua kek dia dok panggil Kek Ayang..Kek Ayang..(kat alor setar nie kek kedai yang sedap KEK SAYANG) tu yang dia panggil semua kek kek AYANG…si Afif tu sampai nangis2 sebab kakak nya Aina makan yang potongan akhir..kecian Afif..itu yang boleh terlintas nak letak kek karamel perasa nie Kek Karamel Ayang..

 

 

pssst: misi membawak mixer dan bahan2 kek ke perak..nak baking di sana esok

Tuesday, March 12, 2013

Nasib Baik Menjadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jumaat, Sabtu, Ahad…3 hari kakakecik cuti last week..Ahad tu sepatutnya dah kerja..tetapi bila adik beradik ahli keluarga balik semua berkumpul kat umah, terpaksa la cuti sendiri..Ingat Aisya je ke boleh cuti sendiri tak mau p sekolah..Ateh pun sama x pergi kerja cuti sebab adik beradik balik umah....ikut perangai Aisya la nie..hehehe..


Kebetulan sama Ahad tu jiran sebelah rumah tempah kek karamel pandan choco berry. So, pagi tu pukul 8.00 dah start buat. Sementara tunggu kek dibakar..Sarapan la pau sambal yang ada lagi 3biji tu. Satu untuk Ateh, Satu untuk Achik, Satu untuk T-ah..Mana puas makan sorang sebiji kan…Di kala nie la adik ilah mempengaruhi kakakecik kata tak payah pegi kerja arini..dorang suruh kakakecik buat donut..Aik..mana boleh cuti..Kak Munirah lak bubuh api…alahai sehari je pun..yang sebelum nie cuti banyak hari boleh je..Okey, kalu kak xp kedai..ang kena bayar ganti rugi kat kak la ye dik ilah. Tu dah de orang tempah kek..ok la tu…Huahauahauahuahua..bijak sungguh ibu Sorfina tu ye.
 DSCN3034
Walau apa pun kakakecik tunggu kek siap bakar semua, pergi jugak kerja sebab da sebutharga tutup pada pukul 12.00 tghri..pergi kerja tak sampai 2 jam pun..pastu balik la umah..terbalik kan kek karamel dan menguli donut…Time buat donut nie kak Munirah dok tanya la itu ini apa yang kena letak dalam adunan doh donut tu..


Time dok uli nie dok rasa pelik je dengan adunan doh tu…tapi rasa nya semua dah letak nie..Biarkan doh sejam. Dah cukup sejam..tumbuk2 dan uli semula doh..Rasa doh nie keras je..padahal air dah letak lebih…Opppppppppppps..baru teringat terlupa letak minyak..Terus bagitau mak dan lain-lain. Dik Ilah dah bebel, sebab dia kata selalu kalau buat untuk dia mesti ada je terlupa tersilap. Mak, camne nie..letak je la ye minyak kita uli sekali lagi. Bila letak minyak doh dah macam roti canai. Minyak x serap dalam doh..Tak pe mak, kalau x jadi donut kita leper2 buat roti arab cicah gulai ayam tu..
 DSCN3051
Yakin kan diri pergi mixer doh tu…agak dah sebati antara minyak dengan doh, kakakecik tak rehatkan doh itu semula tapi terus canai dan terap. Biar dalam 5-10 minit sementara tunggu goreng, Alhamdulillah menjadi jugak donut tu…Senyum je la dapat juga bagi ahli keluarga makan. Kakakecik frozen kan jugak donut dan pau sambal tu untuk Dik Ilah dan Kak Niroh bawak balik umah depa..


p/s : Resepi untuk donut yang hampir tak menjadi tu boleh ke SINI # Bila Di Kampung: DONUT




pssst: kekonon Dik Ilah bawak balik donut dan pau frozen tu untuk sarapan pagi dan bekalkan untuk Adik bawak balik kampus..tapi tak de pun adik kata..



Sunday, March 10, 2013

Jom Memasak : Kek Karamel Pelangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3020

Malam tadi kakakecik buat 2 biji kek karamel..2-2 biji kek karamel pelangi. 1 biji untuk makan2 family dan 1 biji lagi untuk adik bawak balik kolej. Nak buat kek pelangi tak pandai…so kita buat kek karamel pelangi je la..Tapi nie pun permintaan roomate adik..dia nak warna pelangi tak pun macam warna LUNA…hahaa…nasib baik ada color pelangi di rumah kecuali warna biru je tak bape nak biru..

DSCN3024

Resepi masih lagi mengekalkan resepi kek karamel sebelum nie. Kakakecik just pelbagai warna..warna pelangi : purple, biru, hijau, oren, kuning dan pink..6 warna nie je kakakecik guna..setiap warna tu kakakecik letak kan perasa. Purple : Blueberry, Biru : Vanilla, Hijau : Pandan, Oren : Orange, Kuning : Pineapple dan Pink/Merah : Strawberry.

DSCN2960

Time dok mewarna, melapis nie..bukan main anak2 buah dan sepupu dok “kerumun” tengok..dorang tertarik dengan warna-warna nie…Pertama kali kot kakakecik buat warna2 macam nie…tak berani sangat nak buat warna terang benderang nie..

DSCN3032

Pandangn luar…dah nampak cantik color2 nya….tak sabar nak tunggu sejuk nak potong…nak tengok lapisan di dalam nya pulak..

DSCN3009

Ermmmmmm, sangat menarik kombinasi color pelangi nie…adik kata, mesti roomate dia suka punya. Sekejap je dah licin…tengah malam pun pakat makan..

DSCN3030

Kek Karamel Pelangi untuk adik dan kawan2 nya di KRK, UKM…

 

 

pssst : malam tadi 2 biji kek karamel, hari nie pepagi dah buat 2 biji kek karamel..macam biasa la 1 tempahan dan 1 lagi untuk family…sekarang pun dah tinggal “secoet” kek karamel pandan choco berry tu

Thursday, March 7, 2013

Rezeki Group Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah hari ni..eh dah masuk hari lain la, okey okey siang tadi kakakecik mendapat tempahan 2 biji kek karamel daripada jiran kampung yang dah lama tak bertentang mata…..Rezeki kakakecik bertambah apabila saja  syok2 suka2 post gambar kek karamel kat group kampung..tak sangka ada plak yang berminat dan teringin nak makan..daripada seorang kepada seorang dan seorang seorang….pakat2 nak order walau dok luar kampung..kata nya nanti depa balik kampung depa nak..ada yang siap booking pada tarikh sekian2 dia nak ambik..sedangkan dia ada kat johor lagi sekarang nie…tak kisah pun semua tu…
DSCN2789
Untuk tempahan daripada Yana untuk makan-makan di tempat kerja, katanya nak test dulu sebab sebelum cuti nanti dorang nak sambut birthday budak2 Pra Sekolah…Yana nak perasa oren+coklat dan sebiji lagi kata nya apa2 je janji ada perasa blueberry.. So kakakecik dok pikir jugak nak match perasa apa lagi yang sesuai untuk bersama2 blueberry nie..Cadangkan kepada Yana, blueberry+pineapple+coklat…

Teringat akan Selera Sakura, nak tahu la kek karamel Aisyah yang selalu customer Sunah tempah tu perasa apa…tak ingat perasa apa yang Sunah letak dalam kek karamel aisyah tu..Oh rupa2nya perasa blueberry+yam dan strawbery…Boleh la buat nie, sebab semua perasa tu kakakecik ada….tapi yang jadi masalah nya di sini, kakakecik ada paste semua nya,camne nak buat warna biru macam Sunah tu…..try je la…janji customer kakakecik dapat jugak merasa kek karamel Aisyah….
DSCN2794
Ini la rupa kek karamel Aisyah kakakecik buat..harap2 dapat la memenuhi selera dan citarasa Yana dan rakan2 nya.

Time nak wat meringue tadi hampir tak menjadi meringue kakakecik…dah agak dari awal sebab telur nya tak cantik sangat..putih telur pun tak putih sangat…Dah pukul putar tak naik2 macam selalu..kalau 12biji telur putih dalam mixer kakakecik tu memang penuh la…ini separuh je.walau pun terbalik kan bekas dia tak de jatuh…Walaupun tak jatuh kakakecik tak sanggup nak tanggung risiko nanti buat jugak rugi lagi teruk…baik buang je adunan telur putih tu…Terus mintak tolong mak telefon ayah yang berada di kedai Pak Din…aduuuus sekali ayah tak bawak telefon nya…nasib baik mak ada nombor telefon Pak Din…kol order telur mintak dorang hantar kat umah…mudah kan…hehehehe…ada delivery…alhamdulillah…mudah kerja kan…

DSCN2790
Memandangkan ada yang bertanyakan kakakecik di group berapa berat kek nie…kakakecik just bagitau saiz kek nie 8inci..berat tu tak pasti tapi rasa nya 1kg lebih….alang2 buat tadi, kakakecik pun timbang la kek karamel nie..berat kek nie lebih kurang 1.3kg. Berat jugak kan…dah la sedap (depa kata la) memang berbaloi dengan bayar RM30 tu….


psst : mak suruh buat kek karamel nie nak balas bekas jiran..kak tie kak ipar sorang tu pun tadi bila bagitau ada orang tempah…eh, dia pun nak tempah jugak..jumaat nie la ye kak tie cheq buat….malam nie dah tak dan…Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah Taala


ps : Happy birthday Pak Cu Sofi…semoga pakcu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik2 dan hidup diberkati oleh Nya

Saturday, March 2, 2013

Tempahan Kek Karamel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah, hari nie kakakecik mendapat tempahan kek karamel sebanyak 4 biji..Walaupun pada awal nya hanya 3 biji sahaja iaitu daripada 1 biji tempahan sepupu untuk dibawa balik ke asrama,dan 2 biji lagi daripada jiran untuk di bawak balik ke KL, Rabu aritu si adik order, tup2 semalam tengok si kakak inbox buatkan 1 biji sahaja perasa lain dari adik nya..ok la…tak sampai 15 minit lepas berbalas mesej..kak Nina kata nak tambah 1 biji lagi, si adik bongsu pun nak jugak.  Okey la tak kisah pun…

fb

Malam tadi dok balas komen2 dengan Hadi di gambar kek karamel yang kakakecik pernah upload tahun lepas, dia mohon buat sebiji untuk orang sakit…lepas tu dia diam…so tak de pikir la yang serius nak kek tu..Tup2 pagi tadi tengah buat  2 biji kek karamel, Hadi ada kol tapi kakakecik tak sempat nak jawab..so, return call dia, dia nak tempah 1 biji daripada Hadi sempena birthday kakak nya. Rezeki mana boleh tolak kan… Kakakecik terus sms mak yang tengah kursus haji untuk beli barang2 yang tak cukup (kotak,papan kek dan telur serta blueberry paste)

DSCN2747

Itu tempahan hari nie memandangkan 2 orang customer nak Oren+Coklat dan Vanilla+Blueberry, dan Kak Nina  mintak kakakecik suggest kan..kakakecik bagitau la perasa2 yang ada…bila bagitau itu ini..last2 dia nak oren coklat…waaaaaah mudah keja kakakecik macam nie…Alhamdulillah Allah nak mudahkan nya. Hadi plak dia kata ikut suka kak la nak letak perasa apa pun janji kek karamel…Yang nie lagi mudah kan, so kakakecik pun wat Vanilla+Blueberry la..hehe..Dah siap semua, masuk dalam peti ais..nasib muat 4 biji tu..tapi kena susun2 dulu la barang2 yang ada dalam tu sebelum nie..

 

Syukur, Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan untuk kakakecik hari nie…pukul 4 lebih tadi 4-4 biji kek nie telah customer ambik..sampaikan kakak kepada customer kata, silap lak order 2 biji je..kalau order 3 biji pun xpe…dia kata lepas nie dah boleh buka kedai kek la…tutup kedai sedia kala…insyaAllah kak Bibah…doa2kan hajat tu ada tapi ingat nak buat di rumah je…

 

Psst….Punya la buat kek karamel ni sehingga jam 2 petang…memang tak sempat la nak masak….makan pun di rumah jiran yang kebetulan buat ketupat..lagipun air tak de kat umah nie tu yang jadi malas nak masak..Walaupun mak dah beli lauk pauk..

Thursday, February 28, 2013

Jom Memasak : Kek Karamel Anna Qawina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Malam tadi kakakecik buat 2 biji kek karamel dan untuk kali ini kakakecik cuba menggunakan resepi daripada Anna Qawina..Bahan-bahan dalam resepi nya sama jugak dengan resepi kek karamel yang kakakecik pernah buat sebelum nie..Just ada sedikit perbezaaan kat bahagian karamel nya..

 

Sebenarnya dah lama pun kakakecik ambil resepi nie tapi duduk bersusun kat situ je la tak mencuba pun..kebetulan semalam tengok stok susu pekat pun banyak..apa lagi kan ni la masa nya nak mencuba resepi kek karamel Anna Qawina..Apa pun jom kita tengok resepi Anna Qawina nie

DSCN2629

Resepi : Kek Karamel AnnaQawina

A. Gula Hangus

  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar menjadi perang
  • Ketepikan dulu - gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu

B. Bahagian Atas (Karamel)

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)

C.  Lapisan Kek

  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak masak
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah) – tapi kakakecik tak letak pun

D. Merinque

  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jangan bg berbuih2...nti x jd karamelnye..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak. (C+D+pewarna, perasa)
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
  10. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
  11. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  12. Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  13. Sedap dimakan sejuk.

 

DSCN2681

Rasa nya alhamdulillah sedap jugak…tak manis sangat…sedang2 je manis nya..tapi walau apa pun bagi kakakecik kalau buat sebiji je kek karamel nie macam rugi la plak kan…utk 1 adunan perlu guna 1 cawan susu cair dan 1 cawan susu pekat, 1 cawan bersamaan dengan 200 ml, iaitu setengah tin susu, so bila pakai setengah je setengah lagi simpan xleh lama macam susu cair tu..hehe…lagipun susu pekat dengan sekilo gula mana murah lagi..hehe..sedangakn utk adunan sebelum nie just letak 70gm gula dan 1 tin susu cair …1 tin susu cair  tak sampai pun RM3.00 hehe…Tapi, kalau buat 2 biji sekali gus macam kakakecik nie berbaloi la jugak..hehehe..tak perlu susah2 nak sukat gula..main tuang 1 tin susu pekat  dan 1 tin susu cair…

 

Kalau sapa teringin nak buat kek karamel nie..cuba la ye..kakakecik dah selalu, sampaikan nak makan pun x de selera dah..sekeping je akan akan..

Monday, October 1, 2012

2 Hari 5 Biji

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

Apa khabar semua..sihat? Alhamdulillah..kakakecik just yang tak berapa nak sihat…tapi masih mampu untuk melakukan kerja seperti biasa..malam tadi agak teruk jugak athma kakakecik..tido sejam pun dah sesak nafas..dah le tido semenjak 2 menjak nie bertentangan dengan dengan sebelum nie…tido songsang mcm tu..kepala di kaki, kaki di kepala…(sendiri2 paham la)..bila teringatkan penukaran url kakakecik nie..kecian jugak kakakecik dekat adik ilah, adik pikah dan kak ja bila dorang nak buka blog kakakecik dah tak boleh..2-2 orang adik kakakecik siap telefon lagi tanya kenapa dah x boleh buka blog cahayanurqasih..adik pikah tanya..kak shida blog ang kena hack ke..sapa la nak hack blog cikai kak nie adik ooooi…Adik-adik, kakak2..kawan2..kakakecik dah tukar url kepada adishshida.blogspot.com sekarang nie…

 

Eh Eh..dah dah bukan nak cerita bab tukar url baru tu…(baru ke..tak la url lama dulu)..nie kakakecik nak cite dengan 2 Hari 5 Biji..selalu nya orang 2 Hari 3 Malam..tak pun 1 Malam 2 Hari…tapi kakakecik punya 2 Hari 5 Biji…apa kebenda nya la kan..Sebenarnya Jumaat dan Sabtu lepas (2 hari la kan) kakakecik buat kek…5 biji..2 biji kek karamel pada hari Jumaat (Mak Ngah tempah 1 biji, 1 biji lagi untuk makan2 di rumah) dan Sabtu nya plak buat 3 biji kek…1 biji kek marble coklat dan 2 biji kek karamel…(kek nie pun buat untuk Kak Ja bawak pegi opis dia untuk makan-makan dan 1 biji kek karamel tu macam biasa la stok di rumah…rezeki sapa2 yang datang bertandang)

kek marble coklat

Kek marble yang sedikit derhaka…kenapa plak p derhaka tu…kakakecik gatai tangan “sagat” coklat masakan dalam adunan…sekali hudung plak jadi nya..huhu..tapi apa pun masih sedap..resepi kek nie korang boleh rujuk resepi ini, hanya korang tukarkan je perasa tu..

 kek karamel

Kek Karamel untuk Kak Ja bawak pergi opis…untuk makan-makan dengan rakan sepejabat setelah 2bulan cuti berpantang…dorang nak kek 2 tingkat..so ini la kek nya..1 tingkat karamel dan 1 tingkat kek berbelang…untuk kek karamel nie kakakecik dah guna resepi lain skit daripada resepi kek karamel sebelum2 nie..adunan kek nya masih sama cuba untuk adunan karamel tu kakakecik dah tambah susu cair dan telur.. x paham ye…okey2 kakakecik kongsi resepinya ye..jangan risau..usah merajuk2…nanti cepat tua..

kk

RESEPI : KEK KARAMEL  VERSI KARAMEL TEBAL

# loyang 8 @ 9 inci

Bahan-bahan dan tekniknya :

GULA HANGUS

  • 2 @ 4 sudu besar gula

**Jadikan gulakan gula hangus.Ratakan pade keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang

BAHAGIAN ATAS( karamel )

  • 1 tin susu cair
  • 70 gm gula castor
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • 3 kuning telur
  • 2 biji telur penuh

** Kacau sebati..kacau dengan perlahan dan ketepikan

LAPISAN KEK (A)

  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula castor
  • 3 kuning telur
  • 135 ml air
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak (3-4 sudu)

** Putar telur kuning,air dan minyak dan gula hingga kembang
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit
** Biarkan sebentar

MERINGUE (B)

  • 6 telur putih
  • 70 gm gula castor
  • 1 sudu teh krim tar2

** Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar…pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan..
** Campurkan A dan B..KACAU DENGAN SPATULA..kaedah kaup balik

Cara-cara:

  1. Tapis karamel dalam loyang gula hangus
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan.(kakakecik bahagikan kepada 3 bahagian : 1 – pewarna hijau + pandan paste, 2 – merah + strawberry paste dan 3- serbuk koko dan chocolate paste)
  3. Panaskan oven selame 10 minit .
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gune api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180 darjah

 

- Selamat Mencuba-

 

pssst : Jumaat or Sabtu nie nak try buat kek karamel ikut petua Ita Yuzie…harap2 menjadi

p/s : Alhamdulillah dari buat makan2 nie dapat jugak duit poket bila ada orang tempah..

Sunday, June 24, 2012

Jom Memasak : Kek Karamel versi Tebal

Assalamualaikum dan selamat petang…

Minggu lepas..4 orang sahabat kakakecik telah berusaha menghasilkan kek karamel…alhamdulillah sekurang-kurangnya apa yang kakakecik dapat dari page Dapur KakZue dapat kakakecik kongsikan dengan sahabat2 yang lain…tahniah kepada Mrs Abi, Sunah, Fasihah dan Munet…harap kalian tidak putus asa dan jemu untuk buat kek karamel lepas nie…Ehem ehem Lydia Miza dan Ayu CR bila plak korang berdua nak buat kek karamel nie sahabatku…caiyok caiyok…

Okey…masa selalu la kan..hari Jumaat hari masak untuk kakakecik…kebetulan petang khamis mak kol mintak buat kek karamel untuk jamuan perjumpaan mak dan sahabat2nya dengan Datuk YB..memandangkan susu sejat 1 Malaysia yang kakakecik beli tu ada lagi 2 1/2 tin…boleh la kakakecik buat 2 biji kek karamel yang tebal punya…telur pun masih ada lagi..ngam ngam je telur tu untuk 2biji kek karamel…

Jom kita semak resepi kek karamel versi tebal perasa tiru Sunah…hehehe

DSCN9143

RESEPI : KEK KARAMEL versi Tebal


Bahan-bahan dan cara membuatnya:

GULA HANGUS

2 @ 4 sudu besar gula

**Jadikan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pada loyang.

BAHAGIAN ATAS (karamel)

1 tin susu cair /susu sejat

80 gram gula kastor

1 sudu teh vanilla

3 biji kuning telur

2 biji telur (ambil semua telur kuning dan putih)

** Kacau sebati dengan perlahan dan ketepikan.

LAPISAN KEK (A)

140 gram tepung gandum

70 gram gula kastor

3 biji kuning telur

135 ml air

1 sudu teh baking powder

45 ml minyak (3-4 sudu)

** Pukul telur kuning, air, minyak dan gula hingga kembang.

** Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan baking powder tadi sedikit demi sedikit.

MERINGUE (B)

6 biji putih telur

70 gram gula kastor

1 sudu teh cream of tar-tar

** Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar. Pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan.

** Campurkan adunan A dan B. Kacau dengan kaedah kaup balik.

** Kacau sebati, kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.

  • Pewarna coklat + perisa coklat
  • Pewarna hijau + perisa pandan
  • Pewarna merah jambu + perisa strawberry

Cara-cara membuat kek karamel:

  1. Tapis karamel ke dalam loyang berisi gula hangus.
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan. Ambil satu senduk adunan hijau pandan, tuang ke atas karamel dalam loyang tadi. Kemudian, ambil satu senduk adunan coklat, tuang ke atas adunan hijau pandan dan ambil satu senduk adunan merah jambu, tuang pula ke atas adunan coklat tadi. Ulang sampai adunan habis.
  3. Panaskan oven selama 10 minit.
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gunakan api bawah dan 15 minit lagi, api atas dan bawah pada suhu 180 darjah Celsius.
  6. Apabila kek sudah masak, biarkan ia sejuk sendiri, kemudian keluarkan dari loyang dan terbalikkan (lapisan karamel di atas).
  7. Simpan dalam peti ais sebelum dipotong untuk dihidangkan.

DSCN9137

*****Ita Yuzie de pesan kalau xnak bagi karamel tu lembut sangat letak 2sudu tepung kastad/tepung jagung…kakakecik je yang letak..saja nak cuba terai test…hehehe

Pssst: buat 2 biji ingatkan nak kongsi2 la makan dengan Aima dan adik beradik KBU yang lain…tapi Aima x jadi mai umah…rezeki jiran bawah umah la yang buat kenduri pada hari Jumaat tu…


P/S PENAJA: dah boleh buka tempahan Kek Karamel untuk AidilFitri nampak nya

Saturday, June 16, 2012

Kek Karamel Tak Jadi……….

 

Assalamualaikum dan selamat pagi..entry sepantas kilat

 

Kek Karamel Tak Jadi……

Apa yang tak jadi tu…kenapa kek tak menjadi ke kek karamel kakakecik buat kali nie…Eh tak de la…kek karamel tu menjadi elok je…

 

DSCN9091

 

Yang tak jadi nya tu…urusniaga…kakakecik tak jadi nak jual kek karamel tu untuk arini…Sebab kakakecik rasa macam tak suai dan berbaloi nak jual dengan harga dan saiz nya…

 

DSCN9097

Dalam bekas yang besar skit tu kakakecik nak jual kek karamel dengan harga RM3.00 dan yang saiz kecik tu RM 2.00 untuk setiap potong…tapi bila di congak, dicampur tolak bahagi rasa macam tak berbaloi dan tak padan plak…

 

Last2 bagi je mak sedara dan jiran makan..rezeki dorang la kan…

Okey dah nak gerak g SK Malau Jitra…harap2 murah rezeki kami arini

Sunday, June 10, 2012

Jom Memasak : Kek Karamel Sakura

Assalamualaikum dan selamat petang

 

Kek Karamel kek karamel kek karamel…tak de kek lain ke yang kakakecik nak buat…dah naik bosan gamak nya korang dok nampak asyik kek karamel je dok tayang kat blog nie…tu yang kakakecik tak share dengan korang walaupun mgu lepas hampir 4 biji kakakecik buat…hehe..tapi yang kali nie wajib dan nak jugak share…special sikit kek karamel ni…tengok nama pun dah spesel..KEK KARAMEL SAKURA…

 

Okey okey malas nak bagi korang semua tertunggu sampai bosan…kek karamel nie kakakecik buat atas kunjungan Sunah Sakura ke rumah kakakecik last week…pagi selasa tu kami buat sesama (eh sesama ke kita buat) walau perancangan awal nak buat malam Selasa tu..Sunah siap sms lagi..”akak, kalau nak buat kek karamel panggil yer” hehehe walau 1 umah leh main sms lagi kan..tp masing-masing nak tengok MasterChef Selebriti dan selebihnya penat..Opss kakakecik nak siapkan kain untuk pakai kenduri sabtu tu…(sabtu semalam)

 

Resepi macam biasa la…rujuk kat entry nie…tapi kalau nie kakakecik guna perasa oren dan coklat…1st time buat perasa nie atas permintaan Sunah sendiri…tu yang nama kek ni KEK KARAMEL SAKURA…

kek krmel sakura

(gambar pun Sunah yang shoot…elok benar la nama kek karamel sakura kan…kakakecik tertinggal memory card camera kat kedai…huhuhu..frust jugak la)

 

pssst : Sedap jugak perasa oren + coklat nie…minggu lepas dah nak buat perasa nie tetapi memandangkan family kakakecik tak berapa nak suka coklat…so macam biasa la pandan oren pandan oren pandan oren..itu je yang mampu….harap2 lepas ni dorang nak oren coklat lak…

Sunday, April 29, 2012

Jumaat : 8 Jam di Dapur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

Apa khabar semua, harap sihat la yer..kakakecik ada la lenguh2 badan skit…almaklum la hari Jumaat lepas…8 jam jugak la kakakecik berada di dapur..bermula dari jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang… apa benda la kan yang kakakecik buat kat dapur tu…sampai 8 jam…syukur alhamdulillah semua yang dirancang menjadi…

 

7.30 pagi : kakakecik siap sedia bahan2 dan proses untuk membuat kek karamel..macam biasa 2 biji la kan…kali nie kakakecik buat Kek Karamel Vanilla Coklat Strawberry…Resepi sila ke SINI…(untuk kali nie kakakecik tak letak cream of tartar coz dah exp. heheh), sementara tunggu 2 biji kek karamel dalam oven tu..kakakecik buat kek yang dah lama kakakecik idam2 kan…(kek apa..tunggu next entry)  

 

DSCN8730

9.00 pagi : Memulakan proses membuat kuah laksam..dari siang 2kg ikan selayang, rebus, kopek kelapa, mesin/ parut 5biji kelapa, perah santan…semua nya kakakecik buat sendiri….beli ikan je mintak tolong Kak Ja dan Abg Mie belikan…sebab kalau kakakecik pergi beli rugi masa nak wat kek tu…kuah laksam pun dah dok atas api…so kakakecik teruskan dengan membancuh adunan mee laksam…2 kg tepung beras kakakecik buat utk makan2 petang jumaat tersebut….tapi kakakecik bancuh 1 kg – 1kg… kali nie melapis / mengukus laksam guna dapur besar kenduri kat bawah…periuk kukus pun guna yang besar….cepat dan tak perlu berdiri…Oppps, sebelum mengukus laksam nie…kakakecik sempat lagi buat nasi goreng simple…untuk bfst…bila perut lapar x best kan wat keje…dah kenyang baru seronok mengukus…

 

# Kerja-kerja memotong bahan2 tabur dipertanggungjawabkan kepada  adik n Kak Ja (tu pun kena pantau hahahaha)

 

3.30 ptg : serah tugas mengukus kepada jiran…kakakecik mintak tolong Kak Timah selesaikan kerja2 mengukus mee laksam yang masih berbaki…kakakecik nak siapkan diri untuk program petang tu…

DSCN8732

 

DSCN8735

 

DSCN8738

 

Kakakecik macam tak percaya je boleh buat laksam 2 kg ikan dan 2 kg tepung…rasa macam dah tukang masak…erm kalau leh buat jual  bungkus petang2 best jugak kan…mana la tau kan lepas nie boleh bikin bisnes…RESEPI LAKSAM DI SINI

 

pssst : kek karamel dah de orang tempah untuk raya nanti…alhamdulillah rezeki… erm kek pandan pun sama ada yang nak…jumaat or sabtu nie la plak kot kakakecik buat kek pandan.

Thursday, April 12, 2012

Jom Memasak : Kek Karamel Mocha Pandan

 

Assalamualaikum…dan selamat petang

 

Resepi ulang tayang…kalau sebelum nie kek karamel pandan oren je kakakecik buat…so teringin plak nak tukar perasa lain…kebetulan mak dah mintak kakakecik buat kek karamel utk jamu pegawai RISDA HQ yang datang umah semalam…kakakecik buat 2 malam lepas…sebab nya selasa 10hb tu kakakecik dah plan nak buat kerja luar, ada pergi Alor Setar…niat di hati nak jumpa kakak blogger nie..KakD dapat la jadikan kek karamel nie sebagai buah tangan..dapat jugak kakD anak beranak merasa…

 

 DSCN8554

RESEPI : KEK KARAMEL MOCHA PANDAN

# loyang 8 @ 9 inci


Bahan-bahan dan tekniknya :

GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
**Jadikan gulakan gula hangus.Ratakan pade keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang

BAHAGIAN ATAS( karamel )
1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
** Kacau sebati..kacau dengan perlahan dan ketepikan


LAPISAN KEK (A)
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak (3-4 sudu)

** Putar telur kuning,air dan minyak dan gula hingga kembang
** Masukkan tepung yang dicampur baking powder sedikit demi sedikit
** Biarkan sebentar


MERINGUE (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tar2

** Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan gula serta cream of tartar…pukul hingga adunan tidak menitis apabila bekas diterbalikkan..
** Campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN..kaedah kaup balik

 

Cara-cara:

  1. Tapis karamel dalam loyang gula hangus
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan.(kakakecik bahagikan kepada 2 bahagian : 1 – pewarna hijau + pandan paste dan 1 bahagian lagi mocha paste)
  3. Panaskan oven selame 10 minit .
  4. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas.
  5. 40 minit pertama gune api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180 darjah

 

DSCN8567

Macam biasa la kakakecik buat 2 biji sekali gus…dah pastinya pandan oren satu lagi…kakakecik dah jemu la makan kek karamel nie..kalau buat 2 bji nie..hanya sekeping 2 je kakakecik makan..mak….bila nak tukar selera ke kek lain nie..dulu kek lapis..skrg kek karamel lak…huhuhu…nak jadikan cerita, Puan Noraini dari RISDA Negeri mai umah tengahari Selasa tu..saja la dia singgah rumah..rezeki dia la dapat makan kek karamel..dah tu dorang siap suruh ajar lagi…alamak…"sori la shida ni bukan boleh kalau ajar orang..tak pandai nak buat kalau orang dok tengok kita buat, hehehhehe…shida pun belajar dari internet je…” sambil makan nasi tengahari tu..kakakecik bagitau la step by step…harap dapat la bantu dorang…resepi terlupa nak bagi…tapi dah gtau suruh cari kat itnet ada je..cari kat DAPUR KAKZU..kakja suka suki dia je… “DAPUR KAK SHIDA pun ada” hampeh betul la…huhuhu..DAPUR KAKAKECIK la…hahahhahaa

 

pssst : skrg nie lebih mudah kerja  kakakecik di dapur…yehaaaa..memang berbaloi

 

Friday, March 16, 2012

Jom Memasak : Kek Karamel Dwi-Warna BIDAN TERJUN


Assalamualaikum…lintas langsung dari Kangar, Perlis

Kek Karamel Dwi Warna BIDAN TERJUN le plak macam-macam la kakakecik kasi nama untuk kek karamel.  Kek karamel kakakecik buat malam tadi oppps malam tadi plak..malam semalam  boleh dikatakan kek karamel BIDAN TERJUN… HAHHAHA…bukan nya apa kek karamel nie kakakecik buat selepas rasa macam tak cukup je puding permata dan puding rainbow marble yang kakakecik buat.. Tapi memang pun Kek Karamel adalah pilihan pertama untuk dijadikan pencuci mulut program tersebut…last minit petang sebelum hari program…Risda Pendang call tukar kan kepada puding sahaja… tu yang kakakecik buat puding permata dan puding rainbow marble…
DSCN8305
KEK KARAMEL DWI-WARNA
Bahan bahan:
GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
** taburkan gula pasir dalam loyang . Jadikan gulakan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang
Bahagian atas ( karamel )1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
** Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau dengan perlahan dan sebati, jangan sampai berbuih. Ketepikan

Lapisan kek (A)140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak
** campurkan air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih, dan masukkan gula..pukul lagi hingga kembang
** Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga sebati
** Ketepikan
Meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tartar
**Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi, masukkan cream of tartar dan pukul hingga kembang dan  bila diterbalikkan bekas, telur tidak akan jatuh)
Campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN(spatula)..kaedah kaup balik, apabila sudah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai atau campurkan dengan perisa yang disukai. (kakakecik bahagikan kepada 4 adunan, 1-Pandan paste, 1- Oren, 1-Bluberry, dan 1 bahagian lagi coklat.
  1. Tapis dan masukkan karamel dalam loyang gula hangus (loyang saiz 8” atau 9”)
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan secara berselang seli..kakakecik mulakan dengan 1senduk adunan pandan, 1 senduk perasa oren di atas perasa pandan, 1 senduk bluberry  atas lapisan adunan oren dan 1 senduk adunan coklat atas adunan bluberry ..dan begitu la seterusnya diselang seli sehingga adunan habis)
  3. Panaskan oven selama 10 minit
  4. 45 minit pertama guna api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pada suhu 180 darjah
  5. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas. (RUJUK DI SINI)
  6. Setelah masak biarkan 10-15minit, kek akan perlahan-lahan merenggang dari tepi loyang dan terbalikkan kek akan keluar dengan sendirinya dari loyang
  7. Sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti ais sebelum dipotong
Selamat mencuba
DSCN8279
Macam biasa la kan…buat 2 biji sekali gus…1 biji utk dessert program dan 1 biji lagi utk family makan…mak dah jatuh cinta dengan kek karamel
DSCN8287

Dah habis dah jom memasak untuk harini…nak pergi tolong adik buat aiskrim malaysia…dan rehat2 kan badan (dipaksa drive utk balik kjap lagi)

Tuesday, March 6, 2012

Jom Memasak : Kek Karamel Pandan Oren, Memang Terbaik


Assalamualaikum…selamat petang…jika semalam jom memasak kek lapis vanilla coklat terlebih lapisan coklat nya di tengah2..petang nie kita layan kek karamel pandan oren yang memang terbaik…kalau tak percaya cuba yakinkan diri dan buat sendiri…oppps kalau tak menjadi jangan salahkan kakakecik ok…

Petang ahad lepas…konon nak balik awal dari kebiasaan nya..nak main dengan sorfina sambil2 tu boleh buat kek karamel pandan oren yang mak dok kata nak tu…pastu nak bagi untuk pejabat giatmara negeri jugak…TETAPI alangkah KECEWA nya hati kecil kakakecik nie…bila je sampai rumah tengok2 kereta ibu Sorfina tak ada di tempat biasa…buka pintu umah senyap sunyi….SAH dorang kuar ke mana-mana nie…kakakecik yang kehabisan kredit tepon merembat handphone ayah (nasib baik ada hp ayah dlm bilik) kol adik tanya di mana…PENDANG…pergi pasaraya baru buka….so, kakakecik dengan nada sedih gtau… “orang balik la awal nak main2 dengan sorfina…Huuuuuuuuh” erm boleh tak tolong beli essen vanilla n pewarna hijau…

Sementara tunggu dorang balik..kakakecik sediakan bahan2 lain…sekali lagi hati kecil nie terguris….hampir 1 jam lebih kakakecik tunggu dorang tak sampai2 rumah…semua dah ready tunggu essen vanilla je utk di masukkan dlm adunan karamel…meringue terlengkup macam mana pun dah tak jatuh2 sebab guna mixer yang boleh laju sekuat2nya….(risau jugak meringue tak jadi sebab hampir 1/2 bj telur kuning jatuh dlm putih telur..da la biji yang terakhir..puas juga la kakakecik ambil kuning telur dlm bekas putih telur tu) alhamdulillah menjadi…

Memandangkan tunggu dorang dah lama sangat…kakakecik redah je hujan di malam hari tu….pergi umah mak ngah…jalan kaki x sampai pun 100 langkah dah sampai…nasib baik ada…balik dengan hati girang..terus masukkan essen vanilla dalam campuran susu cair, kuning telur n gula…

Ok-ok tak nak melalut panjang lebar…macam biasa kakakecik kasi resepi untuk korang semua semak dan cuba buat..jgn takut2 tau….
karamel
KEK KARAMEL PANDAN OREN
Bahan bahan:
GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
** taburkan gula pasir dalam loyang . Jadikan gulakan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang
Bahagian atas ( karamel )1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
** Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau dengan perlahan dan sebati, jangan sampai berbuih. Ketepikan

Lapisan kek (A)140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak
** campurkan air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih, dan masukkan gula..pukul lagi hingga kembang
** Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga sebati
** Ketepikan
Meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tartar
**Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi, masukkan cream of tartar dan pukul hingga kembang sehingga apabila diterbalikkan bekas, telur tidak akan jatuh)- anggaran masa dlm 15 minit
Campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN (guna senduk kayu atau plastik)..kaedah kaup balik apabila sudah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai atau campurkan dengan perisa yang disukai. (kakakecik bahagikan kepada 2 adunan, 1 bahagian pandan paste dan 1 bahagian lagi kakakecik tambahkan orange paste)
  1. Tapis dan masukkan karamel dalam loyang gula hangus (loyang saiz 8” atau 9”)
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan secara berselang seli..kakakecik mulakan dengan 1senduk warna asal ditengah-tengah loyang, kemudian masukkan 1 senduk adunan pandan di atas adunan asal dan 1 senduk perasa oren di atas perasa pandan..dan begitu la seterusnya diselang seli sehingga adunan habis)
  3. Panaskan oven selama 10 minit
  4. 45 minit pertama guna api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pada suhu 180 darjah
  5. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas. (RUJUK DI SINI)
  6. Setelah masak biarkan 10-15minit, kek akan perlahan-lahan merenggang dari tepi loyang dan terbalikkan kek akan keluar dengan sendirinya dari loyang
  7. Sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti ais sebelum dipotong
Selamat mencuba