Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label jom makan. Show all posts
Showing posts with label jom makan. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

JJCM : Perlis # Laksa Beras Kak Chah Kuala Perlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

laksa

Hampir 3 minggu kakakecik menikmati laksa beras Kak Chah di Kuala Perlis baru hari nie kesempatan untuk kongsi dengan semua. Sebenarnya selepas balik dari Family Trip di Langkawi, Abang Din tanya nak makan tak..mesti la nak makan kan..jom kita makan laksa beras kuala perlis..masa nie kalau tak silap kakakecik macam tarik muka skit sebab macam x sedap je laksa beras ni…Tapi bila dah makan..sampai la masih terasa2 keenakan laksanya..Kalau dulu orang pelawa makan laksa beras memang kakakecik reject..tolak tepi mangkuk laksa tu..tak mau..Tapi bila makan laksa beras Kak Chah nie..ya Allah sedap nya…habis licin kakakecik makan(tak pernah makan laksa sampai tinggal mangkuk sudu n garfu), tak padan dengan dok tak ralat nak demam tu..rasa macam nak tapau jugak bawak balik tapi tak boleh ikut nafsu makan sangat nanti merana badan..

laksa2

Lokasi laksa beras Kak Chah ni di kawasan perumahan Taman Bukit Kubu Kuala Perlis, area rumah kedai tu..dekat saja dengan UNIMAP dan IKBN Kuala Perlis..senang cite tengok la map yang kakakecik share..Ini dari Changloon..

map

Kalau dari Jetty Kuala Perlis tu ambik je jalan yang lalu depa Shell dan Medan Selera  Kuala Perlis tu..memang akan lalu depan jalan taman bukit kubu..kalau tatau jugak handphone masing2 dah canggih ada je aplikasi bagai..set je location nie..nanti dia bawak..hehe..landmark nya ikbn kuala perlis..tak pun unimap bukit kubu.

laksa kak chah  

Okey kalau dah jumpa signboard nie kat kedai tu memang betul la tu..atas kedai nie pusat tuisyen..

 

Harga untuk semangkuk kakakecik tak pasti sebab aritu abang din ke abang mie ntah yang bayar tapi kami makan 8 mangkuk laksa, pulut udang (pulut panggang), air, sardine puff tak sampai RM50.00 pun..mungkin semangkuk tu RM3.00 –3.50 je..sebab baru2 nie Abang Din tempah untuk kenduri kawen Adam,sekilo baru RM8.00..berbaloi kan..so mungkinkah laksa kak chah akan menjadi salah satu menunya..hehehe

 

psst : laksa beras kak chah nie memang sedap..lebih sedap dari laksa kak su yang pemes tu..tak percaya ampa p try dua-dua dan bandingkan..hehe…apa pun laksa kak chah kena dengan selera tekak cheq kalau tak kan habis licin kan.masa kenduri Adam, sabtu lepas pun x makan nasi makan laksa kak chah je..

Terima Kasih Mak #Tepung Bungkus dan Ketayap Gulung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

tpg bgkus

Pertama kali kakakecik nak ucap kan jutaan ribuan terima kasih sangat-sangat kat MyMum sebab mak sanggup tunaikan hajat perut kakakecik yang tak de isi apa nie untuk makan tepung bungkus… Selalu mak hanya buat tepung bungkus pada bulan puasa je..kalau bukan bulan puasa memang susah la mak nak buat..Tapi disebabkan anak dara sorang nie mak sanggup buat..terharu habaq mai..

 

Jumaat…plan asalnya nak buat..tapi hari tu semua pakat ting tong tak larat apa pun tak buat..Petang baru kelam kabut kupas nyoq muda nak buat inti..lepas maghrib, kakakecik mesin sendiri nyoq muda tu…depa kata dengar sampai jalan utama kampung..hahaha…Nyoq tu dok situ je sampai la ke pagi esok baru mak buat inti..tu pun buat untuk ketayap gulung…bukan ketayap pak aji tu ye..hehehehe..ini mak buat untuk ayah…pagi tu sebelum ayah ke bendang habis 4 biji jugak la…sedap kot ayaq tangan isteri yang buat..sokmo sebelum nie setiap pagi dok beli je kan..hehhe.

ketayap gulung

Okey okey…ketayap dah makan..tepung bungkus jugak dak..petang Ahad lepas balik dari makan kenduri dah dekat maghrib baru mak ambik daun pisang belakang umah…layoq2 semua. Lepas maghrib baru start buat tepung bungkus..Angah siap tak nak makan nasi sebab nak makan tepung bungkus tok nya..awal tu tanya..tok buat apa nie..untuk sapa..jual ke ada orang tempah ke.hahaha..sekali bila tok bagi tau untuk makan..dok ulang alik tanya siap dak g tepung bungkus..angah angah..teringin sangat dah macam ateh ye..

 tpg bungkus8 

Malam tu mak buat 2 bekas pengukus..resepi jangan tanya kakakecik sebab cheq cuma tolong kacau kepala santan dan kepai inti je..sukatan khas tu nanti kakakecik tanya kat mak ye..tunggu next entry..Bila dah buat tu sure la agih sana sikit sini sikit..mak kata kecian kat orang tua2..hehe..last2 tinggal berapa biji je..mak semangat buat lagi 1 bekas pengukus untuk bawak p kat Cik Faudziah di Sik..syok la tu mak wat jadi elok kali nie tak meleleh lembik semua..

tepung bngkus

Apa pun mak, terima kasih sebab buatkan tepung bungkus nie kat cheq..walau mak nyaris2 merajuk sebab anak2 tak mau tolong..pakat dok ralit sembang di ruang tamu..

 

pssst : lain tempat lain nama nya kan kuih nie..puteri tido sebilik ke apa nama nya ntah

Tuesday, December 3, 2013

Jom Memasak : Tom Yam Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ini kali kedua kakakecik buat tom yam putih..kalau tak silap tahun lepas kot pertama kali nya buat, so pagi tadi merealisasikan apa yang dibual dengan Kiera di FB, dia yang kenalkan resepi tomyam putih nie ke kakakecik. Ingat2 lupa da..seingat kakakecik tomyam nie kena letak lengkuas dan sedikit santan. Malam tadi godek2 la resepi nya..dapat di MyR, sama jugak macam kiera share di blog nya..

tomyam putih

Resepi : Tom Yam Putih

Bahan-bahan :

  • Daun limau purut setangkai (jgn banyak2 nnt pahit)
  • Lengkuas dua potong (wajib!)
  • Stok ayam atau kiub ayam (kalau stok ayam, guna la 3 4 sudu , kalau guna kiub, guna la empat kiub ayam) – ini kakakecik tak de letak, stok pun xbuat, kiub ayam pun xde
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 6-8 biji limau nipis (Perah airnya)
  • 10 biji cili padi  (tumbuk jgn sampai hancur)
  • Air dalam dua mangkuk tiga mangkuk
  • garam secubit dua(secukup rasa)
  • Daun Sup – x letak jugak terlupa hahaha
  • Ayam beberapa ketul (kalau guna sotong dan lain2 tambah je, kakakecik tambah udang)
  • Kubis, Carrot, Tomato – jika suka
  • 1 sudu Santan / Susu segar (ramuan rahsia)
Cara-cara
  1. Mula2 rebus air bersama lengkuas yang telah diketuk/ditumbuk guna lesung batu. Masukkan ayam . Rebus hingga mendidih. Masukkan garam jugak
  2. Selepas tu, masukkan stok ayam atau kiub ayam(jangan guna kiub tomyam putih,tak sedap) ke dalam periuk
  3. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tunggu air merebus. Sambil tu, tumbuk2 cili padi , dan siap2 perahkan air limau nipis.  Daun sup pun potong2 kecil (1cm )
  4. Next, masukkan air perahan limau nipis, cili padi, tunggu mendidih kemudian masukkan sayuran dan santan / susu segar.
  5. Siap! hidang guna daun sup. Boleh jugak tambah 3 titik minyak ikan(tapi ada orang xsuka)

 

Selamat Mencuba

Monday, December 2, 2013

Jom Memasak : Rendang Udang Kiera Sakura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

rendang udang 1

Pagi tadi dalam keadaan sudah terlewat masuk kerja, kakakecik tetap nak jugak masak untuk dibawa bekal untuk makan tengahari..tak nak jadi macam semalam..tahan lapar sampai ke petang…dok makan keropok, gula2 n air kosong je..(tak nak lagi cari alasan untuk malas masak)

 

Nak kata kelam kabut sangat tu tak la di dapur sebab nasi mak dah siap tanak, ikan, udang, ayam semua dah disejuk kan..So lagi mudah la kerja kakakecik di dapur..Cari ‘nyok’ yang dah parut xde plak dalam peti ais…Terpaksa la kopek dan mesin sendiri..Dah suntuk sangat masa tu, kakakecik mesin ikut setakat mana yang nak sahaja…HAHAHA teruk tak perangai selebihnya tinggal je biar ayah sambung mesin tak pun mak kukur bila dia nak guna masak..

 

Agak sudah lama kakakecik tak buat rendang udang nie..resepi nya kakakecik dapat dari Kiera, tu yang nama entry nie Rendang Udang Kiera Sakura..selalu ayam or daging je kan orang buat rendang…ini kiera buat rendang udang habaq mai…tapi untuk pagi nie kakakecik dah olah skit bahan dan cara2 nya berbanding yang sebelum nie..

rendang2  

RENDANG UDANG KIERA SAKURA

Bahan-bahan :

  • 200gm Udang
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam gelugur (hiris halus)
  • daun kunyit (hiris halus)
  • daun limau purut (hiris halus)** kakakecik tambah
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • garam secukup rasa

rendang5

Cara-caranya:

  1. Bersih kan udang..
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga halus
  3. Panaskan kuali tanpa minyak. Masuk kan bahan kisar, santan, cili kisar, asam gelugur, serbuk kunyit.
  4. Biarkan bahan-bahan mendidih hingga masak. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masukkan udang , hirisan daun kunyit serta daun limau purut.
  5. Masak hingga kuah agak kering sedikit,if nak berkuah pun boleh jugak.tengok udang sudah masak jangan sampai kecut sangat tutup api..
  6. Siap…sedia di makan dengan nasi putih panas.

 

psst : kakakecik masak ikut kata hati dan masak dengan ikhlas penuh kasih sayang..air tangan sendiri memang sedap..walau tak de pro mana, sijil masak memasak pun tak de tapi pengalaman masak di dapur dengan mak itu lebih berharga dan bernilai bagi kakakecik..belajar dari pengalaman dan kita praktik kan. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana bagi semua ini.

Thursday, November 21, 2013

Jom Memasak : Roti Puri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 roti puri 

Semalam dan hari ni…redup nyaman je cuaca di kawasan kakakecik..semalam hujan sepanjang hari membasahi bumi…manja2 je turun nya…kalau hujan2 nie makan roti cicah kari sedap jugak kan..Kakakecik teringat gulai ayam yang mak buat tu masih ada..elok lagi tak basi…apa lagi google la resepi roti puri…kakakecik dapat 2-3 resepi yang berlainan..tapi kakakecik cuba resepi yang dikongsi di MyResepi…

 

Kalau dulu setiap kali bulan posa..bila buka posa ramai2 belah family ayah..Mak Teh Ah akan buat..sekilo tepung..berebut2 kadang kala tak cukup…Itu dulu je la..sekarang tak de lagi buka posa ramai2 gitu..Pastu kalau pergi Perlis..sure g makan di gerai depan Taman Guru Kangar..taman selepas TNB kat roundabout tu…Nie dah dapat resepi cuba la buat sendiri…Alhamdulillah menjadi.

 

RESEPI ROTI PURI

Resepi Asal: Yatiezaini (myR)

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (boleh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air (jika perlu)
  • Minyak utk mengoreng

step roti puri

Cara-cara membuatnya :
  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar. Kemudian gaul rata.Ketepikan
  2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil. Panaskan atas api hingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. Dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti (breadcrumb)
  5. Jika perlu, tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tangan dan menjadi doh
  6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
  7. Pastu boleh la dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil. Agak2 la saiz tu berapa ya.
  8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap. Canai hingga habes doh dahulu.Barulah start menggoreng.
  9. Siap utk digoreng.....goreng sebijik sebijik ok...Gorengan dimulakan dengan doh yang pertama dicanai. Barulah roti sempat mengembang sementara menunggu turn untuk digoreng.

 

****Tips utk menggoreng :
Gunakan api yg kecil / sederhana, orang cakap kena pandai main api..kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mengelembong / naik kembong
Semasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

 

psst : kalau di pasir salak katanya panggil tepung tempek…tapi roti puri nie sama je kan dengan roti arab

Jom Memasak : Bihun Sup Ayam Bersambal Cili Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Terpaksa naip semua entry bihun sup ayam nie..petang semalam dah siap taip panjang berjela pun siap dengan resepi bagai..just nak masuk kan gambar sahaja lagi..Tup2 letrik xde…ingatkan akan ada dalam peti draft..rupa2nya tak de…uwaaaaaaa..nak tak nak arini kena la tekan keyboard semula…takmau biar tertangguh…nanti basi plak bihun sup tu..

bhun sup

Gara-gara bihun sup ayam..dah hampir 40jam kakakecik tak jamah nasi…asyik dok ulang makan bihun sup aje…last makan nasi ari buat sambal telur rebus goreng tu…tak pasal2 arini dok muntah angin..padan muka ang shida… Sebenarnya, kakakecik dah teringin benar nak makan bihun sup ayam bersambal cili merah nie..sampai ke Tanjung Dawai kakakecik jejaki..tapi itu la setakat boleh lepaskan keinginan sahaja..tak cukup lengkap bahan nya..makan tetap habis…sluuuurp sluuurp..Nak puas hati buat sendiri kan…So apa lagi 2 malam lepas kakakecik start la kerja gila wat sup ayam di malam hari..hahahaha..bila panggil kazen mai makan..dia kata beli ke.ye la mana de orang wat bihun sup malam2 kan…itu la nama nya kalau dah mengidam tu..cukup bahan jalan je…

  bhun sup tjg dawai

Bihun Sup Tanjung Dawai

 

Okey resepi nya…anggaran je ye…sup nya pun simple2 aje…lebih kurang orang lain buat jugak..

RESEPI : BIHUN SUP AYAM BERSAMBAL CILI MERAH

BAHAN A : BIHUN

  • 1 bungkus bihun
  • 2 sudu makan serbuk kunyit / pewarna kuning
  • Air secukupnya

Cara menyediakan bihun :

  1. Didihkan air untuk merebus bihun. Masuk kan pewarna kuning atau serbuk kunyit.
  2. Apabila air sudah mendidih masukkan bihun dan kacau-kacau sikit bagi bihun masak rata. Tutup api, biarkan sekejap bihun terendam dalam air tapi jangan terlalu lama nanti bihun lembik.
  3. Bial bihun dah masak, lembut. Toskan bihun sambik jirus dengan air paip. Balik2kan bihun dan biarkan bihun ditos hungga dihidang (supaya bihun tidak bergumpal dan mudah dileraikan apabila nak makan)

 

BAHAN B : KUAH SUP

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1 batang daun sup (potong kasar)
  • 2 inci halia ***
  • 3 ulas bawang putih ***
  • 3 biji bawang merah ***
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara2 Membuatnya:

  1. Bahan-bahan yang tanda *** diketuk2 manja (tak halus tak kasar, biasa2 sahaja hasilnya) untuk dijadikan bahan tumis.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis bersama bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga bawang keperangan dan wangi.
  3. Masukkan air  dan sup bunjut.
  4. Masukkan ayam dan tutup periuk biarkan ia mendidih. Masak sehingga ayam empuk.
  5. Bila ayam hampir empuk..masukkan daun sup dan perasakan dengan garam serta perasa secukupnya..biar merenih & ayam benar2 empuk.. tutup api..

**Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga ayam empuk..baru tabur bawang goreng dan daun sup.

 

BAHAN C : SAMBAL CILI MERAH

  • 1 bungkus kecil serbuk cili
  • 1 cawan air (kakakecik ambik kuah sup)
  • 2 sudu gula
  • sedikit minyak utk menumis.

Cara-cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak api perlahan,masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
  2. Masukkan air dan gula.
  3. Kacau hingga sebati jangan ada yangg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit.
  4. Bila dah nampak pecah minyak.Tutup api, sedia untuk dihidangkan dengan bihun sup.
bawang goreng

 

BAHAN C : UNTUK HIASAN / TABUR

  • Ayam yang siap dipotong kecil (ambil dari kuah sup)
  • Daun bawang (hiris)
  • Cili merah (hiris)
  • Lobak masin hancur (dicuci & goreng sekejap)
  • Bawang goreng (lagi sedap kalau goreng sendiri…wangi)
  • Tauhu (goreng dan potong dadu)
  • Sambal Cili

 

Okey dah  siap semua, apa lagi amik mangkuk..isi bihun dan ayam yang telah dipotong. Hiaskan dengan bahan tabur. Masukkan kuah. Hidangkan dengan kuah sambal merah. Jangan lupa baca Bismillah dan doa makan.

 

Mesti ada yang tertanya2 kenapa yang kakakecik teringin benar nak makan bihun sup ayam bersambal cili merah ye….eh ke tak da yang nak tau pun sebabnya..hahaha,perasan plak macam orang nak tau…tak kisah la..nak jugak bagitau..Dulu, zaman kakakecik sekolah rendah dan menengah…lewat tahun 80an dan awal tahun 90an gitu, kat kampung kakakecik ada 1 gerai yang jual bihun sup ayam…Boleh kata selalu jugak la kakakecik dan kawan2 dok makan di situ…sambil makan borak…biasa la budak2 kan time tu..seronok je keja nya..lepas makan g main…memang sedap la bihun sup ayam Chop Pam tu..asal lak bihun sup Chop Pam…hahaha..arwah pakcik nie dulu keja kat loji air di kampung…depa dok kuarters..itu yang orang kampung panggil dia chop pam…Al-Fatihah untuk arwah yang telah kembali ke Rahmahtullah pada Awal Muharam baru2 nie…

 

Itu dulu selalu dapat makan, tapi sekarang nie susah nak cari kedai yang jual bihun sup ayam bersambal cili merah…kebanyakan jual bihun sup daging…kalau ada yang jual bihun sup ayam sambal merah pun..kekadang bahan tabur nya tak cukup..sokmo depa letak daun bawang dan bawang goreng..kalau ada yang letak tauhu goreng atau lobak asin tu…1bonus la mangkuk bihun sup tu….Itu yang boleh kakakecik buat sendiri dengan bawang goreng yang digoreng sendiri wangi je time hirup sup tu..puas makan berulang2…Okey Selamat Mencuba ye..

 

psst : esok holiday di seberang laut..

Tuesday, November 19, 2013

Jom Memasak : Sambal Telur Rebus Goreng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sehari dua ni rasa malas je nak ke dapur untuk masak bekalan tengahari di tempat kerja..dah la malas nak masak…malas plak nak keluar pegi beli makan..sanggup tahan lapar sampai sakit kepala..cukup la semalam je buat perangai begitu (padahal last week pun buat gak perangai malas tu). So arini dek tergoda dengan sambal tumis telur pengantin yang PCM buat..sememangnya kakakecik dah lama tak buat sambal telur nie…kakakecik pun pagi tadi buat la sambal telur rebus goreng..kenapa plak rebus goreng? jeng jeng tu kena baca sampai habis la ye…

smbl telur

Resepi tak de la buat ala2 PCM sebab kakakecik tak makan sotong kering..hehee..so nie resepi kakakecik…

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur rebus yang dikupas kulit
  • 1 biji bawang besar, bahagia dua dan potong melintang
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 senduk cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • 5 biji bawang merah kecil (dimayang halus)**
  • 2 ulas bawang putih (dimayang halus) **
  • 1 batang serai (diketuk2 manja) **

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng telur rebus yang telah dikupas kulit hingga keperangan. Ketepikan.(ini la dinamakan telur rebus goreng)
  2. Dengan menggunakan lebihan minyak goreng telur tadi, tumis bahan bertanda ** hingga harum.
  3. Kemudian, cili kisar dan sedikit air. Masak hingga cili garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar, kacau dan masak hingga bawang lembut. Curah la atas telur rebus yang dibelah dua..Selamat mencuba

Syukur, Bahagia dan Seronok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sabtu minggu lepas, kakakecik rasa bahagia dan seronok sangat bila dapat jamu sedara adik beradik dan sahabat yang kunjung ke rumah untuk menikmati laksa air tangan sendiri..Ada laksa kuah lemak..ada laksa kuah asam pedas..pilih je mana satu yang nak makan..Yang menjadi pilihan tentu la laksa kuah lemak…bertambah2 orang tu makan sampaikan mamanya terkejut..ada jugak yang langgar pantang semata2 laksa yang kakakecik buat..terharu nya…

laksa2

laksa1 

Syukur Alhamdullilah, mak pun nampak semakin sihat bila rumah penuh dengan sedara mara..Macam la ramai sangat kan..tapi dari tengahari hingga ke malam la rumah penuh..Bermula tengahari tu Kak Ja  anak beranak sampai, pastu Finaz dan Mama nya datang untuk temubual mak tentang bunga daun getah..Lewat petang, Mem Besar KBU: CIK GKSB plak sampai…lepas maghrib Abang On anak beranak…Pak Su anak beranak…Selepas isyak Pak Lang anak beranak…penuh riuh rumah dengan dorang semua..

sabtu2

sabtu1

Dah pakat balik semua..baru Abang Din anak beranak sampai dari Perlis..memang rasa macam hari raya plak hari tu..Laksa pun 4 peket habis..Yang best nya tu..bila masing2 dah kenyang makan laksa..dok pulun makan keropok lekor, keropok ikan dan buah2…Alhamdulillah seronok kan dapat kongsi rezeki dengan orang lain..

 

 

p/s : untuk mencuba laksakuah asam pedas boleh refer entry laksa utara..ada resepinya. Manakala untuk laksa kuah lemak..boleh ke entry laksa kuah lemak pendang mai…selamat mencuba ye

Thursday, November 14, 2013

Singgang Ikan Pembuka Selera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Apa Khabar semua sahabat2 kalian..moga sihat hendaknya..Kakakecik dan Mak tak berapa nak sihat sangat..malam tadi dua-dua orang masuk tido awal…Bangun pagi nie buat manja dengan mak mengadu yang rasa nak demam dan pening je (sambil pegang dahi check tahap kepanasan)…Mak kata dia pun tak berapa nak sihat baik lagi..Ubat yang amik di PMC dah habis..

 

Yang paling best tu mak tanya nak makan apa..Masak ayaq ikan ke? Terus mengiaya kan sebab memang dalam hati kakakecik nak mintak mak buat masak ayaq ikan pun..erm, masak ayaq ikan tu camne ye…mungkin kalau kakakecik sebut singgang ramai yang tau kan..haaaaa masak tu la..yang simple mudah ringkas tapi sedap sangat..pembuka selera kalau demam x sihat nie..itu yang mampu di telan..Mak pun dah paham benar..kalau tak sihat tu je nak..

ikan singgang

Pagi tadi sebelum mai kerja makan dulu nasi putih dengan kuah singgang nie..sedap..Terima kasih mak buatkan masak ayaq ikan nie..sayang mak lebih..adik beradik yang lain jangan jeles ye…

Sunday, October 20, 2013

Jom Mengukis : Biskut Cornflakes Ranggup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

cornflakes ranggup
Bertemu kembali kita..setelah 9 hari cuti sempena AidilAdha, cuti panjang x semestinya duduk saja di rumah..Hanya cuti secara rasmi di tempat kerja..tetapi sebaliknya masih bekerja di dapur rumah..Jumaat dah start baking biskut raya..buat serba sikit supaya balang kuih tak de la kosong sangat..Untuk AidilAdha nie kakakecik buat sorang2 je..tak de sapa tolong pun..anak2 buah semua tak balik..So, biskut simple je la yang mampu buat dan nak habiskan stok bahan yang beli masa raya puasa aritu..

Kebetulan conflakes ada lagi 1 kotak..anak2 abang din dah bagitau tak nak cornflakes madu..dorang dah ubah selera ke cornflakes ranggup..Apa lagi Ateh nya pun mencari la resepi yang sesuai..Raya posa aritu ternampak Ayu Citarasa Rinduan dan Kak Yatie ada buat cornflakes ranggup nie..ambik la resepi daripada blog dorang..
 bskut raya
Resepi : Biskut Cornflakes Ranggup
Sumber : Kak Yatie Sinar Kehidupanku

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri-ayak dulu
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA

psst: boleh plak kakakecik makan biskut cornflakes nie..sebelum2 nie memang susah benar nak telan cornflakes. Alhamdulillah dapat jugak merasa nikmat makan cornflakes hehe




Saturday, September 28, 2013

Rezeki Jumaat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Rezeki tetap ada di mana-mana tanpa mengira waktu kan. Begitu la kejadian nya tengahari semalam sebelum hujan membasahi kampung kakakecik. Pergi ke rumah Pak Nyang jalan kaki terkedeh-kedeh dengan tangan dipegang oleh Afif…kita nak langkah laju memandangkan langit dah gelap nak hujan… Kakakecik arahkan dia jalan laju skit..Tapi budak-budak nak buka langkah besar mana sangat kan..Apa la ateh nie..

 

Plan ke rumah Pak Nyang nak cari nenas untuk dijadikan bahan campur dalam gulai ikan talang. Elok masuk ke dapur Pak Nyang tengah makan nasi..dalam hati ni berkata..awalnya pak nyang makan..x sampai pukul 12 lagi kot time tu..Aku nie baru terhegeh2 cari nenas. Hampa nya bila nenas tak ada. Tapi gumbira nya hati bila Pak Nyang pelawa makan nasi..mula2 jual mahal la..Tak mau la…nak meratah asam pedas sayuq keladi je..Sambil dok meratah tu tetiba terliur plak tengok Pak Nyang makan nasi..Apa lagi kakakecik ambik pinggan makan nasi berlauk kan ikan goreng,ulam pucuk gajus dan sambal belacan..taruk kuah kari ayam skit je..

CYMERA_20130927_121040

Rezeki yang lagi buat kakakecik tak perlu masak untuk ayah adalah Mak Nyang hulurkan 1 tupperware asam pedas keladi untuk ayah.. Alhamdulillah..terima kasih mak nyang..dah lama nak makan tapi tak reti nak buat…tak pernah kot nak cuba buat..lepas ni nak cuba lah…kalau teringin nak makan bebila masa je boleh buat kan..

Jom Memasak : Kek Gula Hangus / Kek Sarang Semut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CYMERA_20130927_163833

Ini dia kek kedua eh kek yang pertama kakakecik buat semalam, tapi kek nie jadi kek kedua masak walau proses penyediaan nya adalah yang pertama. Kakakecik pun tatau sebenar-benarnya kek nie di panggil kek gula hangus atau pun kek sarang semut. Tak pun dah dok konpius sangat satg kakakecik panggil kek sarang lebah kot..lagi mudah kan..

 

Hampir setahun juga dah nie kakakecik tak buat..last buat time nak kasi suprise kat adik di UKM. Dek tergoda dengan hasil kek sarang semut Ayu Citarasa Rinduan buat kakakecik pun nak jugak buat. Dah tu dah lama kak Tie dok nak makan. Nak umpan dia lunch di umah semalam, kakakecik janji akan buat kek gula hangus nie…

 

Resepi..masih kekal resepi lama..kakakecik buat 2 adunan.. So resepi yang akan dikongsi nie kakakecik letak 2 adunan siap2…sesuai muat je untuk loyang 8inci..

CYMERA_20130927_163314

RESEPI KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air panas
  • 4 sudu besar mentega
  • 8 biji telur A
  • 2 cawan susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu soda bikarbonat
  • 1 sudu esen vanilla

CYMERA_20130927_140406

Cara Menyediakannya:

  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas. (Hati2 masa nie..seeloknya tutup api dan standby tudung periuk risau terpercik)
  3. Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan. Biarkan gula hangus betul2 sejuk.
  4. Kemudian, pukul telur sampai kembang & pekat.
  5. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  6. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak.
  7. Tuangkan esen vanilla. Kacau.
  8. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul sebati.
  9. Sediakan loyang 6” yang telah digris/disapu mentega/marjerin sekeliling nya..Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
  10. Panaskan oven dengan suhu oven 160 °c. Bakar selama 60 minit atau shingga masak apabila dicucuk dengan cake tester/lidi ia tidak melekat. Sekiranya masih melekat tanda belum masa dan lebihkan masa membakar nya.

CYMERA_20130927_163710

Alhamdulillah ini hasil kek gula hangus nya yang telah diperap 3 jam..menjadi pun sarang nya..risau jugak tak menjadi. So, kakakecik cadangkan korang buat adunan kek nie waktu pagi selepas sarapan, elok tengahari lepas masak or lunch dah boleh bakar..tak de la membazir masa tu..Hehehe..

Selamat Mencuba

Thursday, September 26, 2013

Bila Berdua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Bila berdua! Ye memang kami berdua sahaja..

Bila Berdua? Bila apa nya..erm sejak Selasa 2-3 hari lepas..

Ye la berdua dengan ayah sahaja di rumah..Mak tak de g KUD..so balik kerja kakakecik mesti la ke dapur untuk masak sesimple sesedap yang mungkin untuk tekak kami dua beranak..

Malam pertama kami ditinggal kan..kakakecik siapkan makan malam yang agak sempurna di mata dan selera kakakecik..Menu ringkas yang selalu mak buat untuk kami anak beranak..Apa menu nya?

1374927_485856584844046_932687187_n

Daging masak ayaq, ayam bakar cicah dengan ayaq asam kerisik dan sambal kicap ikan kembung (tak nak buang ikan yang mak dah goreng, sekali tak de sapa sentuh pun ikan tu, last2 bagi ke Kak Hah).. Ayaq asam kerisik tu wat cheq kecur ayaq liur nak nak dok cicah dengan daging rebus tu…hirup plak kuah ayaq tu…perrgh meleleh eh…okey sapu skit ayaq liur tu hehe..Memandangkan kami berdua so masak pun 2 ekor ikan, 2 ketul ayam..tak habis pun..anak beranak jenis makan tak banyak gini la jadi nya..

 

Untuk malam kedua..kakakecik dah rebus ikan kembung yang banyak dalam peti ais tu, kekonon nak buat la gulai pucuk joha untuk ayah Sabtu nanti dan ikan yang siap rebus tu boleh jugak digoreng..Tapi apa kan daya, badan dah lemau niat di hati masa balik dari Butterworth nak wat nasi goreng putih makan dengan ikan rebus yang digoreng terbiar begitu je..Lagipun ada kematian di kampung..kakakecik syak ayah akan ke tahlil..ye memang ayah ke tahlil..Apa lagi dah kakakecik sorang je di rumah…tergoda plak dengan ikan bilis goreng garing Lydia Miza..kakakecik pun goreng la ikan bilis dan wat ayaq asam picit buat cicah ikan rebus..

559363_486251588137879_563962059_n

Sekali lagi menu ringkas, sihat dan menyelerakan…tup2 tengok pagi ni ikan bilis dan ayaq asam tu tinggal skit j dan ada ikan rebus goreng dua ekor…Sah ayah goreng dan makan nie..Ayah gtau dia tak boleh tido penangan minum kopi di rumah sapa ntah..hahaha…

 

psst : apa plak menu hari ketiga ye..yang pasti pagi tadi kakakecik dah buat daging masak merah untuk bekalan kakakecik dan ayah..Malam nie kita makan mee kuah je la ye ayah..xpun laksa di rumah kak tie..

Jom Memasak : Mee Goreng Encik Bard

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

mee goreng

Seminggu jugak tak hapdate blog nie..hampir2 dah nak bersawang pun..Entah la nak kata xde menda nak kongsi ada je..tapi bila pikir nanti orang kata…alahai itu pun nak cerita di blog ke..Eh..ikut suka la nak cite ke idak..bukan suruh korang taip pun..hehe…Tapi itu la, bila update banyak pasal makan je..nanti ada jugak orang ambik kesah kan..Biar la ke mereka mereka tu shida oooi…jangan ambik peduli..buat la yang mana rasa patut padan…

 

Erm..untuk label jom memasak nie, kakakecik nak share resepi percubaan pertama kakakecik membuat mee goreng ala2 encik Bard..isteri SUE IEB tu…bulan lepas kan ada pergi rumah mereka di Putrajaya..mee goreng yang dihidangkan encik bard yang goreng…Masa awal makan tu rasa lain nya mee goreng tu..ala2 mamak style pun ada..tup2 elok makan dok kuis2 ternampak la satu benda berwarna hitam di dalam pinggan…di telek2 ooooh ini rupanya rahsia mee goreng encik Bard…tanya la Sue..dia kata mmg kalau Bard wat mee goreng dia letak benda alah tu…Opss bukan benda yang x sepatutnya ye..nie rempah ratus masakan jugak..Nak tahu rahsia nya..meh tengok resepi mee goreng yang kakakecik buat semalam mungkin bukan seratus peratus sama dengan mee yang encik Bard goreng la..rasa tu tetap ada.

mee grg 

Resepi : Mee Goreng Encik Bard

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus mee kuning
  • 100gm daging – dipotong/hiris nipis
  • 2 pokok sawi – dipotong kecil
  • 1 biji tomato – dibelah 6
  • 1 batang lobak merah – dipotong memanjang
  • 2 keping fish cake – hiris nipis
  • 5 biji fish ball – hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 ulas bawang merah – dicincang halus
  • 3 sudu cili kisar
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap lemak manis
  • 1 biji telur
  • sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih (INI LA RAHSIANYA)
  • 1sudu gula
  • Garam hanya perlu (mee selalunya masin, so rasakan dulu kalau tak masin baru letak sedikit garam)

Cara-cara Membuat :

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan bahan rahsia, biarkan garing dan wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar, biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.
  4. Masukkan kicap lemak manis, kicap pekat,sos tiram dan sos cili, gula serta sedikit air. Kacau rata.
  5. Masukan mee dan sebatikan. (sebelum masuk kan mee kakakecik keluarkan bahan rahsia sebab tak nak nanti tergigit)
  6. Masukkan fish cake, fish ball, carrot dan batang sawi yg dipotong2.Kacau sebentar.
  7. Ketepikan mee dan masukkan telur di bahagian bawah kuali, asingkan mi, masukkan telur dan tanamkan mi di atas telur.
  8. Biarkan 30 saat dan gaulkan mi tersebut.
  9. Akhir sekali masuk kan daun sawi dan tomato. Masakkan mee agak kering.
  10. Hidangkan dalam pinggan dan hiaskan.

Selamat Mencuba

 

psst : sebelum nie dok wat mee biasa je..takde la letak kulit kayu manis, bunga lawang n cengkih..so lepas nie boleh wat cara nie dan buangkan awal2 bahan rahsia tu biar family tertanya2 kenapa mee goreng yang kakakecik wat rasa nya lain..heheh

Thursday, September 19, 2013

Nasi Goreng Cinta Jannah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 

Tengah Marathon Cinta Jannah kat tonton.my. Sebelum nie tengok episod 1 n 2 macam tak best je..so tinggal kan..tup2 tertengok episod 8 macam best lak…nak tak nak apa lagi marathon di tonton je la..Nasib baik akaun tonton aktif dan menjadi akaun bukan hak milik persendirian sebab kalau tak silap Sunah, Aima dan Areliff pun guna akaun tonton kakakecik..hehe…sharing is caring…

 

Elok sedap marathon Cinta Jannah..tup2 di episod 7, minit ke 25 disajikan nasi goreng yang konon dimasak oleh Jannah kepada Izaryl….waaaaaaah nampak sedap je nasi goreng dia…Dalam hati terdetik..dah lama tak makan nasi goreng ala2 begitu…yang taruk kicap..selalu wat nasi goreng putih je…

nasi grg

Balik keje semalam bagitau la dengan mak..kekonon harap mak akan buat la..tapi apa kan daya mak sibuk buat bunga dia untuk bawak ke KUD minggu depan..So, pagi tadi kakakecik buat sendiri…guna je udang dan ayam goreng kunyit yang tak habis malam tadi..sayur pun takde…nasib baik ayam goreng kunyit Kak Ja beli ada carrot n kacang panjang..naik jugak la seri nya dengan telur mata sebijik tu…tak baik memabazir kan…kita recycle je mana yang ada..hehe

nasi goreng Amacam Nasi Goreng Cinta Jannah atau lebih tepat nasi goreng recycle…..meletopz tak?

 

p/s : usah tanya resepi..main campak2 sahaja… :)

Tuesday, August 27, 2013

Jom Memasak : Shepherd Pie Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4692   

Jom kita ber’shuffle’ eh eh bukan nari shuffle tu…silap la…shepherd…shepherd pie..kalau sapa yang suka gila kentang macam kakakecik mesti suka la shepherd pie nie..Walau pun kakakecik tak makan kentang putar KFC tu..shepherd pie berketul2 kakakecik boleh makan. Eh, bukan je kakakecik suka ye…mak pun dah tangkap muat masuk mulut tau..kami sekeluarga start makan nie bila minggu terakhir Ramadhan aritu Kak Munirah dok ada di rumah..dia la wat, bukan sekali tapi dua kali…makan berebut2..

 

Sebenarnya sebelum Kak Munirah wat, kakakecik memang teringin da nak buat bila ternampak Ruzz post di instagram nya..terus  tanya resepi..hehe..apa benda yang berasaskan kentang cepat2 je mintak resepi ye dak…hehe..tapi petang semalam baru la kesempatan kakakecik buat..itu pun mak dok sebut2 je chepel hahaha…

DSCN4684

Resepi nie mudah tapi renyah skit la..hehe…kalau nak mencuba di alu2kan…

Resepi : Shepherd Pie Daging

Bahan-bahan Pie

  • 1kg kentang
  • 1/2 cawan susu segar (kira-kira 100 ml)
  • 2 sudu besar butter---pastikan suhu bilik ye
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya :

  1. Kentang dikupas, potong dadu, rebus sampai empuk.
  2. Toskan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  3. Lenyekkan kentang tadi (dalam keadaan masih panas) sampai hancur.
  4. Bila dah agak lumat, masukkan susu sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan butter dan gaulkan sehingga adunan sebati
  6. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

***kakakecik ada tambah daun sup dan daun bawang

DSCN4672

Bahan- bahan Inti daging

  • Bawang holland - dipotong dadu
  • Bawang putih – dipotong dadu
  • 500g daging cincang
  • 1 botol sos pasta (terpulang la nak guna jenama apa pun)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • serbuk lada hitam dan lada putih
  • oregano kering
  • capsicum (cili benggala ) kalau xde guna je cili besar..hehe
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • keju mozarella sebagai topping


Cara-cara buat inti daging

  1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu
  2. Masukkan cili kisar dan sedikit air.
  3. Masukkan daging cincang, masakkan daging hingga bertukar warna.
  4. Masukkan sos prego, sos tiram, capsicum, serbuk lada dan oregano
  5. Perasakan dengan garam. Masak dalam beberapa minit, Siap inti nya!


Dah siap kentang untuk pie dan inti daging nie…so, tunggu apa lagi jom kita sediakan shepherd pie..Sediakan bekas pie yang aluminium tu..kakakecik guna bekas aluminium panjang je, nak guna loyang pun boleh jugak..nak guna bekas comel2 yang porselin pun boleh..

  1. Masukkan adunan kentang yang telah dilenyek
  2. Lapiskan dengan inti daging.
  3. Tutup dengan kentang lenyek lagi.
  4. Taburkan keju untuk topping. Lagi banyak keju lagi sedap..
  5. Taburkan jugak sebuk lada dan oregano kering..
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terdahulu, dengan suhu 180 darjah celsius. Gunakan api oven atas bawah, lebih kurang 30minit atau sampai keju diatasnya cair dan mula bertukar warna keperangan..Siap pun.

DSCN4676

Selamat mencuba

p/s : jika guna bekas besar…dan nak potong biarkan ia sejuk dahulu..kalau tak nanti terburai habis..hehe

Wednesday, July 24, 2013

Jom Memasak : Nasi Daging Chef Hanielieza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
IMG_20130723_192900
Di entry lepas lepas kakakecik ada mention kan yang kakakecik berusaha mencari resepi nasi daging, nak masak untuk mak kesayangan yang tak dapat makan sabtu aritu. Dalam usaha mencari tu dapat la banyak resepi, kakakecik da tatau nak ambik guna pakai yang mana satu. Kebetulan Shireen, anak angkat mak ada komen di entry mencari resepi nasi daging, yang dia penah buat guna resepi nasi daging Chef Hanielieza dan lulus piawaian babanya...dia rujuk ke buku Chef Hanielieza yang sehari satu resipi tu..alamak, camne nie kakakecik takde buku tu dan memang ada juga terlintas nak beli buku resepi tu (sapa yang baik hati nak buat amal di bulan posa nie, sedekah kan la buku tu untuk kakakecik hehehe)..

Okey, nak sedapkan hati..mungkin ada Chef Hanielieza share di blog nya kan…so, apa lagi x mau bazir bazir masa kakakecik mintak pertolongan abang google…keywords “resepi nasi daging chef hanielieza” kalau ada yang masuk ke blog korang tu..kakakecik la yang jenguk tu..Alhamdulillah ada pun Chef tulis di blog nya…nak salin malas..print screen je la…

Okey..misi membuat nasi daging akhirnya terlaksana di Ramadhan ke-14..Jom kita semak resepi yang kakakecik ambik dari Chef Hanielieza.
IMG_20130723_192915
Resepi : Nasi Daging Chef Hanielieza
Bahan-bahannya : (kakakecik buat separuh resepi nie je)
  • 1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
  • 6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan (guna beras biasa je, lepas nie kena beli mak kata untuk hari raya…mak!!!!!!!!!!!!!)
  • 7 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 500 gm tomato cincangkan (kakakecik guna tomato pure)
  • 3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
  • 2 sudu besar kismis
  • 5 helai daun pandan ..disimpulkan
  • garam & gula secukup rasa
Bahan tumis
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 2 labu bawang besar ***
  • 3 ulas bawang putih ***
  • 1 inci halia ***
*** mayang halus atau tumbuk

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
  2. Tumiskan bahan tumis yang telah dimayangkan.
  3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
  4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
  5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
  6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
  7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.
ns daging
Alhamdulillah, walau pada awal tu kakakecik agak gusar tengok nasi tu macam terlebih air..tapi bila da sejuk..xde la lembik sangat..okey okey je la…mungkin sebab guna beras biasa..kalau guna beras bathmati mungkin lebih cantik hasil nya..Okey mak dah suruh beli..tadi dengar2 mak sebut nasi arab plak..demn kena cari resepi nasi arab la plak gamak ya..heheheh…

Opss….tadi masa berbuka kembang skit hidung nie, mukan montot ye…sebab Ali tanya beli kat mana nie…Mak bagitau kak shida yang buat..oooh dia ingat kami beli…hehehe…terima kasih Ali..walau ang tak puji kata sedap, tapi ang bertambah tu tanda nya sedap la kan..hehehe….

Okey kawan-kawan kalau yang mencari2 resepi nasi daging tu..cuba la try guna resepi ini..pasti puas hati…


Monday, July 22, 2013

Jom Memasak : Bubur Som Som

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
IMG_20130722_184131
Apa menu berbuka korang tadi???ooo, beli ke buat juadah berbuka tu..kakakecik petang tadi hanya buat bubur som som. Yang lain-lain tu bihun sup, nasi goreng putih, lepat liat inti mak yang buat. Hajat di hati nak buat nasi daging..dah siap beli semua perkakas nya..tapi mak bagitau esok aje la buat..hari nie buat sup tulang…sebab tulang dari semalam lagi rebus…Okey kakakecik tak kisah ikut je…

Memandangkan tekak nie teringin sangat nak merasa menikmati bubur som som..tergoda dengan hasil bubur som som yang kak Yatie buat..Seingat2 kakakecik la pertama dan terakhir makan bubur somsom nie pada tahun 1998…lama kan…masa umo belasan tahun..itu pun makan time bulan posa la di rumah Mak Teh Kak Niroh di Bukit Mertajam…masa tu mana la nak ambik tau sangat apa benda yang makan tu…main telan je…
IMG_20130722_184155
Sekarang ni baru la tau…apa yang kakakecik makan dulu tu orang panggil bubur somsom..eh bubur som som nie sama tak dengan lompat tikam..tadi masa anta ke umah Ngah Nah dan Tok Cik..depa dok tanya apa benda yang kakakecik bagi..jenuh gak la nak terang..bila bagitau bubur somsom dikatakan mereka lepat somsom..last2 bagitau je ala2 lompat tikam tapi dalam resepi tu tulis bubur som som..tak cukup dengan itu siap pesan simpan dalam peti ais..makan sejuk2 baru sedap…
Screenshot_2013-07-22-01-50-09Screenshot_2013-07-22-01-50-38
Okey jom semak resepi yang kakakecik ambik dari blog kak Yatie Sinar Kehidupan..pulun print screen simpan dalam hp…senang je kan sekarang nie…
Resepi : Bubur Som Som
Bahan-bahan A
  • 100 g tepung beras-(kakakecik ikut kak Yatie guna 1 cwn)
  • 100 g tepung jagung-(pun sama ikut sukatan kak Yatie iaitu 1 cwn)
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau dan pandan paste
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(ini kakakecik main taram je)
  • 500 g gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara Membuatnya :
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan dulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 A, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka
IMG_20130722_184248
Kakakecik buat tadi dapat la dalam 15 bekas comel2 tu…sanggup p beli hahaa….wana pink lagi tau acuan tu…dapat la agih ke rumah Ngah Nah dan Tok Cik…1 rumah dapat 3 ketul..hehee…berkongsi rezeki…




Jom Memasak : Roti Jala a.k.a Roti Kirai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

IMG_20130719_185914

Ja jala itik jala ayam…eh bukan nak jala itik or ayam la kakakecik ooi..tapi kalau jala ayam ke boleh juga buat kari makan dengan roti jala kan..erm..ada ke orang menjala ayam..tak pernah dengar plak, jala ikan ada la..apa2 je la ye..yang pasti ini entry tertangguh…Jumaat lepas, mak nak buat roti jala..ada sesetengah orang panggil roti kirai…

acuan

So..yang bancuh tepung tu semua mak la..ikutkan yang nak menjala nya pun mak jugak..tup2 acuan klasik yang warna kuning kakakecik baru beli tu tak berapa nak mau kuar tepung nya..(yang lama tatau dok mana, mungkin ada sesapa pinjam la tu)..kakakecik teringat yang kakakecik de beli botol 3 lubang tahun lepas..tak guna2 lagi…dok simpan elok je dalam laci..suruh la mak guna botol 3 lubang tu…sekali mak lak tak reti nak guna…Sapa lagi yang nak selesaikan kerja menjala tu..tak lain tak bukan kakakecik la….Walaupun pertama kali memicit menjala nya..alhamdulillah menjadi pun…Siap kena perli dengan abang on..ye la mak mana la reti guna botol tu,mak dulu2 guna bekas wana kuning je..huuuuuh ye la…

IMG_20130719_185813

Resepi : Roti Jala a.k.a Roti Kirai

Bahan-bahan (roti jala)

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 4 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan (kari ayam)

  • Isi ayam (potong dadu)
  • Ubi Kentang (potong dadu)
  • Serbuk kari
  • Santan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Daun kari
    Minyak masak
    Garam secukup rasa

rotijala

Cara-cara Membuat Roti Jala :

  1. Blender semua bahan sehingga sekata. Tapis ke dalam bekas yang sesuai. Pastikan adunan tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali  dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan, anggaran dalam 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. (Tak perlu terbalikkan)
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

Cara-cara Membuat Kari Ayam

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.Ketepikan
  2. Panaskan periuk/kuali.Tumis rempah-ratus dan bahan-bahan kisar sehingga keperangan.
  3. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  4. Masukkan isi ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
  5. Masukkan garam secukup rasa.

**Ayam boleh digantikan dengan daging.

Selamat Mencuba

 

pssst : apa menu berbuka korang arini, kakakecik macam nak cuba buat bubur som som, tergoda dengan bubur somsom kak Yatie Sinar Kehidupan malam tadi