Coretan Terbaru KakakeciK

Saturday, June 29, 2013

Baju Raya..Kasut Kenduri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Bersiaran dari bumi Perak.. Apa khabar semua? Kakakecik ke Perak bukan saja syok nak bagi letih badan lenguh kaki nie..Tapi kekonon nak shopping baju raya di samping tujuan utama nak kenduri kahwin adik angkat di Teluk Intan.. Dah alang-alang ke sini, apa lagi nak la shopping..tempat dituju GreenTown Mall..untuk beli baju raya..konon nya la..dan kasut untuk kenduri kawen..opps bukan utk majlis kenduri kawen sendiri tp untuk pakai ke kenduri kawen kejap lagi…kasut pakai dari Kedah rosak..huhu..

 

Tapi..kuciwa, hampa wat penat kaki je kawad dalam GreenTown Mall tu…baju-baju yang ada semua nya takde berkenan di hati. Mau nya tak berkenan kebanyakan design buah pelam peplum tu…memang tak beli la…bukan bermakna kakakecik nie tak moden kolot tak ikut perkembangan fesyen…huuuuh dulu teringin gak nak pakai..tapi bila lama-lama tengok renung tak sanggup cheq nak pakai…

 

Satu lagi kes…kasut..takde yang berkenan..lagipun brand yang beli tu ada tapi design tak berkenan…huhuhu…jangan tengahari nie pakai je kasut yang rosak tu…Padan muka shida sapa suruh tak bawak kasut spare…

 

 

pssst : minggu depan sambung shopping baju raya di belah utara…baju saloma takmau okey

Thursday, June 27, 2013

Durian Durian Durian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 DSCN4443

Ye…memang kami tak ada dusun…kalau ada pun dusun tokwan..bukan dusun ayah…kat dusun tokwan tu pun ntah menjadi ke idak buah nya kami tatau…rasa nya macam tak menjadi je..tokwan xdak bagitau apa-apa pun..Nak menjadi macam mana dah tak menjaga..hehe..Eh, walau kami tak ada dusun, tapi di rumah setiap ari ada durian tau..Memang la tak banyak tapi untuk kami anak beranak makan tu boleh la…kenyang je..Ye la ari nie orang nie bagi…esok lak kawan nie bagi…Alhamdulillah rezeki..

 

Tapi kakakecik nie jenis memilih tau nak makan durian, kalau nak makan durian tu nak yang comel-comel je buah nya…yang 1 bahagian 1 ulas je…baru sedap n best makan…tak padan dengan tak ada dusun kan…kalau ada dusun sendiri boleh la tanam pokok yang baka buah comel2 ituuu…peeeeeeeeergh malam tadi tengah2 malam dengan adik menjadi jugak kami berdua dok pulun makan durian…Nasib baik sejuk cuaca malam tadi..hehehe…

DSCN4447

Ni saja nak menyelit buah manggis…tak silap ayah ambik buah manggis nie kat umah tok..tepi umah je…teringat dulu kalau p umah tok musim buah manggis…lompat2 paut dahan ambik buah manggis yang masak..makan waktu jugak…fresh…sedap je…

 

psst : makan buah durian nie boleh wat demam tau..demam x demam makan je sementara boleh makan..nanti jadi macam mak dekat 20 tahun x makan durian..sekarang dah boleh makan…

Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday # Hijau Biru Kampung Ku

 

DSCN4456

Jerebu : Puncak Gunung Jerai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Nak jugak dia cerita pasal jerebu…padahal kat Kedah bukan teruk pun jerebu nya. Arrrgh, tak kisah la..biar la orang nak kongsi pun..Hehehe..Ye, memang di Kedah tahap IPU nya biasa2 je..rasa nya tak melebihi pun 100 kalau lebih pun skit sahaja. Bukan di tahap tidak sihat.

DSCN4449

Hujung minggu lepas dan awal minggu nie datang dan balik kerja tak dapat melihat puncak gunung jerai. Kuciwa la jugak, tak dapat menikmati keindahan alam yang Allah kurnia kan..Huhuhu…Semua nie dek kerana jerebu. Pemandangan puncak gunung jerai tidak kelihatan seperti biasa.

DSCN4454 

Tetapi, pagi nie nampak puncak Gunung Jerai walaupun agak sedikit kabur. Alhamdulilllah nie tanda nya jerebu dah makin reda…bawak ke Thailand dah kot asap2 tu..

 

p/s : syukur kepada Allah, kerana menurunkan hujan membasahi kebanyakan tempat yang berjerebu.

Wednesday, June 19, 2013

Tempahan Khas : Kek Karamel Comel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4434

Alhamdulillah, murah rezeki kakakecik untuk kek karamel seminggu nie. Khamis, mendapat panggilan daripada Kak Azie bagitau yang kakak iparnya nak tempah 2 biji kek karamel dan suruh hantar ke Shell Pendang pada hari Sabtu cari je Kak Nor (Kak Nor tu kak ipar Kak Azie). So, petang sabtu kakakecik pegi la hantar kek karamel tu sebelum ke SP..tak jumpa Kak Nor just bagi di kaunter, duit pun x ambik sebab ada 1 biji kek tu kakakecik tak berapa nak puas hati. Nak la tanya dulu kalau Kak Nor nak ambik kakakecik kurangkan harga, kalau tak nak pun tak apa..Tapi, alhamdulillah Kak Nor ambik 2-2 biji kek tu.

 

Habis di situ, Isnin mendapat lagi panggilan daripada Kak Azie yang mana Kak Nor nak tau samada kakakecik ada tak buat kek karamel bentuk lain selain bulat dan katanya Kak Nor mintak kakakecik ke Shell Pendang sebelum pukul 12 tengahari untuk bincang mengenai kek karamel nie. Memandangkan kakakecik ada customer..so,kami just bincang melalui telefon.

 

Kak Nor nak tempah kek karamel comel-comel yang saiz lebih kurang 4inci yang dimasukkan dalam tupperware untuk dijadikan cenderahati untuk program yang Shell anjurkan pada hari nie (Rabu). Kakakecik tak berani nak kasi harga sebenar just bagi anggaran sebab tak dapat lagi harga kos sebenarnya. Malam bila da dapat harga sebenar baru Kak Nor bagitau bekas yang dia, pagi tu dia bajet dalam 10-15 orang je..tup2 dia nak tempah 30 bekas, demn bekas tupperware tak cukup..kena jugak pegi alor setar beli tambah….tak kan kakakecik nak kata x boleh kan..no no…tak boleh buat macam tu okey.

DSCN4432

Jenuh juga la nak buat kek karamel comel2 nie..kakakecik siap ikatkan riben dan letak sudu. Start baking dari pukul 12 tengahari hingga pukul 7.30 baru siap…pukul 8 lebih baru hantar ke Kak Nor. Alhamdulillah mudah berurusan dengan Kak Nor nie. Moga di lain masa kami berurusan lagi. Terima kasih Kak Nor kerana sudi tempah kek karamel.

DSCN4435

Kakakecik buat banyak perisa…ada pandan+oren, ada coklat+oren, ada nenas+strawbery, dan honeydew+coklat+vanilla. Semalam terpaksa cuti (tutup kedai) untuk bagi tumpuan membuat kek karamel. Dah la kat umah semalam ada kursus untuk proses daun getah..makcik2 yang mai kursus pakat teruja tengok kek tu naik elok, dorang ingat kek marble. Dan ada jugak yang tanya berapa kakakecik jual, dorang nak tempah nak ambik arini. Mintak maap la ye makcik2 cheq tak dan dah nak wat lagi pun saiz nie special request. Selalu saya jual saiz besar yang berat lebih kurang 1.2kg. Kakakecik tak nak la menghampa kan dorang dan tak baik kan tak kasi dorang merasa. Kakakecik buat extra 1 biji untuk mak hidangkan kat dorang tenghari tadi. Habis sebiji tu..Alhamdulillah dapat juga kongsi kek karamel nie dengan dorang.

 

psst : nasib baik Kak Nor tahu betapa rumit dan renyah nya nak buat kek karamel ini.dia dah google resepi kek karamel.hehe

Monday, June 17, 2013

Mahal Empat Kupang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Mood tak berapa nak okey hari nie..badan terasa lemau..hidung dok sok sek sok sek..Nak update blog pun terasa malas..tapi mikirkan ada yang kakakecik nak share di sini…gagahkan jugak..Jumaat lepas, kakakecik ke Alor Setar untuk membeli barang-barang / bahan baking..alahai bukan apa sangat pun just papan dan kotak kek serta paste mana yang berkenan tak pun topup yang mana dah nak habis…

 

Selalu nya kakakecik beli kat Sugar & Flour Bahan Kek Sayang..tapi bukan setiap Jumaat dia akan buka..kecuali ada kelas baru la buka. Tak nak nanti buang masa, kakakecik call dulu tiada jawapan..kira nya panggilan tak di jawab, sah sah kedai nya tak buka. Pergi Honey Food di Simpang Kuala pun tutup jugak. Mau tak mau pergi la satu kedai jual bahan2 bakery nie kat dalam kawasan Alor Setar jugak..Kali kedua kakakecik pergi. Pernah pergi sebulan dua lepas…nak beli papan dan kotak kek jugak la..tapi tak jadi beli sebab harga nya mahal empat kupang daripada biasa yang kakakecik beli. Jumaat aritu mau tak mau kena beli jugak la sebab Sabtu tu ada 2 biji kek yang orang tempah. Kalau tak beli nak buh dalam apa lak kek karamel tu kan..Kakakecik beli tak banyak pun..just 10 set je..dah rugi rm4.00 di sini, kalau beli kat kedai bahan kek sayang dah dapat 14 set..huhuhu…Pelik jugak walau pun dalam 1 kawasan Alor Setar jugak pun berbeza agak ketara jugak harga nya..

 

 

pssst : baru kemas-kemas nak keluar g alor setar untuk beli barang kek karamel packing comel2 sekali customer datang kedai..petang2 nanti la ye kita pegi alor setar..janji balik sebelum pukul 7..

Friday, June 14, 2013

Bride To Be (B2B)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Salam pagi Jumaat..penghulu segala hari. Semoga kehidupan kita dimanfaatkan sepenuhnya dan sebaik2 yang mungkin boleh. Malam tadi tak dapat nak menengok TV..kalau nak tengok pun di bengkel bunga daun getah mak tak pun kat handphone je. Astro tak bayar..hehhe. So, apa lagi kakakecik mengonlinekan diri la..Internet free kan..kena la guna sepenuhnya.

 

Opss..berkenaan dengan tajuk entry nie, Bride To Be, B2B selalu orang sebut. Bagi sapa2 yang nak kawen la kan, kalau dah kawen jangan dok menggatal nak kata dia tu B2B. Macam kakakecik tak ape la..selagi tak kawen boleh la B2B, nak kawen bila tu tatau la lagi, Jodoh Pertemuan di tangan Allah..dia yang maha mengetahui..

 

Semalaman kakakecik dok usha blog2 B2B nie, bukan la sebelum nie tak pernah jenguk, dah 2tahun kot dok BW kat B2B, sejak Adik Ilah nak kawen dulu. Tapi yang malam tadi memang ada idea-idea baru yang kakakecik dapat dan boleh la nak digunapakai andai ada jodoh untuk kakakecik melangsungkan majlis..hehe..sampai termimpi2 habaq mai..teruk dah kan kakakecik nie…Walau apa pun biar la ia menjadi rahsia dulu..idea yang macam mana yang telah membuat kakakecik terpaut dan jatuh cinta tu. Kalau di izinkan Allah nanti, kahwin la kakakecik..dapat la kakakecik luahkan idea-idea nya. InsyaAllah…Time tu boleh la reg. B2B betul2 kan..B2B from Kedah…hehehee…sekarang nie B2B syok sendiri..hehehe..

kedah_tag

Thursday, June 13, 2013

Mengetest Telur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam tadi kakakecik buat ujikaji..eksperimen gitu..dah berbelas tahun tinggal..malam tadi gedik nak mengetest telur. Bukan menetaskan telur ye..Apa la..Baru2 nie kan kakakecik de share cara kita nak kenali telur baru atau lama yang telah busuk.

 

Kebetulan malam tadi kakakecik ada buat kek karamel yang kawan Mak Su Zah tempah, so apa lagi…cuba terai test la telur tu..kakakecik buh dalam bekas tupperware dan isi air..Yaaaaaaaaaa..semua telur tu masih baru…tak de yang berdiri mahupun terapung..boleh la basuh dan senang hati pecahkan buat kek…

Picture 270

Korang..bila lagi nak mengetest….Alamak..tetiba lapar kek biasa la…macam nak buat je malam nie…boleh test telur lagi..hehe

Petik Kupas Makan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sekarang musim hujan kan..dan jugak musim buah…kat umah kakakecik tak de dusun buah doyan, langsat manggis bagai tu..tapi ada pokok rambutan je…ada pun 3 pokok je..boleh la kalau anak cucu nak makan…Alhamdulillah ketiga-tiga pokok rambutan dah tunjuk kemerahan buahnya. Dah la tepi jalan..kalau sapa nak makan tanpa izin tu main rembat je la…

Picture 261 

Kakakecik plak, balik je keja..masuk parking…sebelum nak masuk rumah sempat la petik setangkai dua rambutan untuk makan..senang je..petik kupas dan ngap makan…tak payah basuh dah..ambik terus direct dari pokok kan..

Picture 259

Macam semalam…dok pulun makan buah rambutan sambil tengok Teduhan Kasih. Jangan buat tercekik time makan buah rambutan nie dah la..ye la kan geram dengan Ayu, Kak Long dan Mak Tiri dia yang ntah apa2 perangai tu kan…Walaupun makan banyak gak malam tadi, nasib baik tak penat..Harap tahun nie dapat la makan banyak skit rambutan nie, riso mak datin athma mai serang je.Mau lak time ujan macam nie..Amacam terliur tak tengok buah rambutan kat umah kakakecik nie…kalau rasa teringin nak makan..mai la umah..

 

psst : Wani, nak durian…

Wednesday, June 12, 2013

Tolak Tempahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Baru kejap tadi menerima panggilan daripada ‘Darling’ (opps bukan darling ehem ehem, dia adalah pak sedara kakakecik, adik mak) tetiba Darling pas telefon ke mak ngah. Kata nya cakap sendiri dengan mak ngah…dalam hati syak mak ngah nak tempah kek karamel kot.Boleh la terima sebab malam nie nak buat kek karamel jugak yang kawan maksu tempah..

 

Tetapi…lain bukan seperti ku sangka..rupa2nya Mak Ngah nak tempah apam beras. Esok pagi plak tu dia nak. Kakakecik pun tanya la bape biji Mak Ngah nak..sekali 250biji..untuk bagi budak2 sekolah makan sarapan pagi esok (RMT)..Ya Allah, Mak Ngah cheq rasa tak leh la nak buat..takut tak dan..Mak Ngah pujuk jugak suruh buat…Kata nya sedap manis elok je apam beras comey yang kakakecik buat time majlis bacaan yassin di umah Mak Nyang jumaat lepas. Mak Ngah pujuk aje la macam mana pun..cheq tak sanggup nak wat sebab mak tak ada…nak kena masak kat ayah pastu nak buat kek lagi. Dah tu apam tu adunan nya kena perap. Mak Ngah kata elok la tu..perap malam nie esok pagi kukus..Mak Ngah apam tu perap 3 jam je..dah tu ambik masa lak nak kukus nya..Mak Ngah siap suruh guna periuk kukus besar..memang guna yang besar pun Mak Ngah tapi takut tak dan..kalau mak ada boleh la tolong…huhuhu….Lain kali la ye Mak Ngah order.

 

Tak habis di situ…Mak Ngah tanya kuih apa lagi yang senang ya nak buat..kakakecik tak berani nak jawab hanya jawab donut..hahaha..satg Mak Ngah nak tempah lak..tapi nasib baik Mak Ngah tak nak donut..Alhamdulillah…

 

Mesti ada yang kata..alahai tolak rezeki betul la kan kakakecik nie..biar la orang nak kata apa sebab nya kakakecik tak nak bagi harapan kepada orang jika diri sendiri tak mampu untuk melakukan nya. Moga ada rezeki lain untuk kakakecik di kemudian hari…

Siang Malam Mee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 

Masih tinggal berdua dengan ayah…dengar-dengar mak akan extend lagi untuk balik umah..Dik Ilah kol tadi bagitau mak akan stay kat umah nya di Perak sebab Sorfina kena campak..Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..jenuh la nak memikir nak masak apa untuk ayah..sobsobsobs..

 

Malam tadi buatkan ayah mee bandung/kuah untuk dinner kami..Buat separuh bungkus mee je, so ada lagi balance nya kakakecik buat mee goreng plak pagi nie untuk dijadikan bekalan kakakecik di kedai. 

Picture 241

Dengan ini mempersembahkan mee goreng kakakecik complete dengan telur mata..nyum nyum…hari nie makan mee goreng je…malam nanti baru kita makan nasi ye ayah..tengahari nie ayah makan la kat kedai mana2 dulu..hehe..teruk nya…tapi apa nak masak untuk ayah malam nie…satu masalah lagi nie…

 

Kalau dulu kakakecik bukan la penggemar mee. Tapi setahun kebelakangan nie asyik suka makan mee je..ntah la kenapa..mee air tangan sendiri tak pun yang keluarga je la kegemaran kakakecik. Kalau beli kadangkala tu termasin la..puas hati dengan masakan sendiri lagi..

Picture 242

Udang tu saja la kakakecik kopek siap2 kulit nya..senang dan mudah nak makan..tak perlu nak susah buang masa nak tonyoh2 garfu buang kulit nya. Aman skit makan kalau dah xde kulit nie..Hehehe..nampak tak pemalas nya kakakecik. Bukan pemalas tu nak mudah dan nak makan dengan penuh kenikmatan..

Tuesday, June 11, 2013

Dinner Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hajat di hati tertunai. Walaupun pada awal tu gundah juga rasa nya pabila hujan membasahi bumi Pendang petang tadi. Dalam benak fikiran dah plan nak singgah beli barang untuk buat mee (mee goreng dan mee kuah). Alhamdulillah hujan renyai2 sahaja time kakakecik balik. Risau hujan akan turun kembali, cepat2 kakakecik balik kerja dan singgah Petronas Pendang untuk membeli mee, udang dan sawi. Fish cake dan fish ball tak de…tak kisah la janji mee ada kan.

 

So, untuk dinner malam nie, dinner kakakecik berdua dengan ayah malam nie kakakecik buatkan mee kuah ke mee bandung ke tatau la jugak..yang pasti dia berkuah..

DSCN4263

Resepi….main campak2 je..tak perlu kot nak kongsi..hehe..Sebab apa kakakecik buatkan mee kuah malam nie, teringat 2-3minggu lepas time mak g mengajar bunga daun getah di Pendang, kakakecik ada belikan ayah mee kuah kat kedai di Pendang. Tapi alangkah kecewa nya, bila ayah tanya beli di mana..tak rasa apa langsung..tak sedap..Em…ye ke ayah…bila kat kedai biasa kita makan tu la..So malam nie kakakecik tunaikan semula tekak ayah.

DSCN4267

Alahai bibir kakakecik dah gatal2 nie…asyik dok garu je..bengkak skit…mesti udang yang kakakecik beli tadi udang lama…dah la mahal jugak RM6.50 sepeket yang ada dalam 15 ekor udang..Tak pe nak wat camne dah beli pun kan..mau tak mau kena la guna..Harap ia tak melarat.

 

 

pssst : ada lagi mee…plan esok nak wat mee goreng plak untuk sarapan pagi, gara2 tergoda mee goreng Norfa

Kenali Telur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kakakecik nak kongsi tentang kondisi telur yang kakakecik dapat di Page Buku Resepi dengan harapan supaya apabila kita memasak tak de termasak telur yang da buruk / busuk kan..

telur

Ini amat bermakna bagi semua yang selalu menggunakan telur..macam kakakecik la..hehe..kadangkala risau jugak time nak buat kek tu..telur nie telur lama ke baru..Alhamdulillah, selepas nie kakakecik akan gunakan tips nie.

Kena Tinggal Lagi…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 

Kena tinggal lagi…dah selalu sangat kena tinggal..huhuhu…sapa tinggal kan sapa nie kakakecik ooi? Kecian kan dekat kami berdua..Nak buat macam mana dah dia ada komitmen lain selain bersama kami. Lagipun yang lebih berhak memberi izin..

 

Kalau bulan lepas (Mei) 2minggu berturut2 kena tinggal tapi nasib baik kejap je..dalam 3 hari je seminggu tu. Dekat je dalam daerah. Tapi untuk minggu nie jauh nun di Sepang. Mak tinggalkan kakakecik dan ayah. Mak kena pergi ke Sepang sebagai tenaga pengajar kursus bunga daun getah. Amboi mak…bukan main lagi ye sekarang dah jadi cikgu. Hehe…rezeki mak di usia ini lebih kepada ke arah itu. Alhamdulillah dapat juga side income untuk nya. Selain tempahan yang tak putus-putus kunjung tiba. Walau apa pun mak kena jugak kami pantau, risau nanti dia dok pulun buat bunga..kesihatan terjejas.

DSCN4254

Sebelum mak pergi Sepang kakakecik mohon mak siapkan dulu bunga pahar untuk dihadiahkan kepada adik angkat kakakecik di Merapoh, Pahang yang akan melangsungkan majlisnya pada 22 Jun ini…Kalau dulu jumpa/kenal Dilla time dia sekolah lagi.Tingkatan satu kalau tak silap..cepat nya masa berlalu…Opps nanti kisah dilla di lain entry ye..sori…

 

psst : kecian ayah makan di kedai je tengahari…malam baru kakakecik masak untuk ayah..ayah kadang2 melawak dengan mak..kawen sorang lagi la macam nie..hahaha

Monday, June 10, 2013

D.I.Y : Hiasan Bilik Tidur Dengan Bunga Tisu dan Bunga Kipas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4097

Hampir 10 hari telah berlalu majlis perkahwinan MyKazen (Izzuandi & Syuhada) di pihak kami (lelaki). Majlis berlangsung di Batu 5, Sik. Seminggu kakakecik berkampung di rumah Cik Faudziah untuk membantu Cik dan Pak Cik, kecian mesti dorang kelam kabut untuk uruskan persiapan coz Kakak dan Dik Jat masing-masing ada di kampus UMP dan UNIMAP. Nak harapkan Dik Izz tu boleh la jugak..Kak Teh plak ada tuisyen. Ok bukan nak cerita di sebalik majlis nya. Ini entry mau cerita deco-deco bila “perantin”.

 

Sememang nya daripada awal lagi, kakakecik MELARANG Izzuan ambik pakej yang termasuk deco bilik sebab dia lelaki kan. Tak perlu sangat deco bagai. Kita buat sendiri je,simple pun tak ape. Kakakecik la yang main peranan pada awal nya. Dalam kepala nie dok nampak nak gantung bunga tisu besar dan bunga kipas (paper wheels). Bunga Tisu yang besar gedabak kakakecik buat awal lagi..masa dok gian buat bunga tisu. Camne nak buat boleh ke D.I.Y Bunga Tisu Besar.

 

Bunga Tisu Besar dah siap, seterusnya malam nak mendeco bilik tu kena la buat bunga kipas. Kakakecik guna kertas A4 yang rosak skit2 di kedai tu. Membazir je nak buang kan…baik guna untuk bunga kipas. Jimat kos, kedekut nak mampus…Mesti la “pekin” cut cost. Kakakecik buat dua saiz, untuk saiz besar kakakecik lipat secara lanscape (lipat 8kali rasa nya, tak sempat dah nak kira main lipat je). Nak senang kakakecik tak terus lipat jadi kipas, sebaliknya kakakecik lipat dua dulu, lipat 4 dan seterusnya sampai kecil, baru lipat jadi spt kipas tujuannya nak bagi line kipas tu sama. Pastu cantum je  dan lekat dengan dolly paper ditengahnya. Untuk yang kecik comey tu, kakakecik lipat ikut potrait, main lipat jugak. Kakakecik lipat ikut suka je, kalau ikut tutorial tu macam-macam ada cara nak wat bunga kipas nie Tapi kakakecik buat mana yang rasa mudah tak mau dok serabut kepala nak cantum sampai panjang ke apa, kakakecik main bantai je janji menjadi hasilnya…

_DSC0735

Pengantin sendiri yang dok lekatkan bunga kipas. Kakakecik serah 100% untuk deco bilik nie kepada Kak Ja, dia lebih pro..Kakakecik just bagitau design macam mana yang nak. Lagipun kakakecik dok lipat kertas untuk buat bunga kipas nie. Depa dalam bilik main mintak je..

_DSC0752

Abang Mie, biasa la lighting man..hehhe..dok try spotlite yang kakakecik beli 2 biji tu. Jenuh gak dok pikir nak letak macam mana sebab katil Izzuan macam katil hotel tu..yang kena letak rapat dengan dinding. Last-last kami lekatkan spotlite nie kat kotak bunga mak.Hahaha…janji ia berfungsi.

DSCN4095

Untuk menaik kan seri, kakakecik letak blind blind memanjang tu. Beli kat SSF Perai. Tak sampai RM30 pun…ikutkan nak je guna rantai biji yang mak dok letak kat bunga telur tu..hehehe. Tapi da pegi SSF, tengok ada walau sebenarnya blind nie bulat kami cutkan ia dan buat sangkut sendiri..Kreatif tak kami..Kreatif kan…

 

Kain kuning tu sebenarnya beli untuk alas meja Guest Book & Photo Prop Corner. Tapi itu la bila Kak Ja mai dia kata tak naik kalau guna kain plain putih cream tu je..Tu kalau korang perasan, kami jahit bawah skit kain kuning tu, bila 2 meter je..Tak pe kita cover dengan bunga nanti mana nak nampak dah kan..Hehehe.

DSCN4099

Eh, sekali tengok da macam mini pelamin plak kan..hehe..Okey, kat sini kakakecik nak bagi tips la skit..kalau nak pasang benda alah nie, korang jangan la guna double sided tape sebab nya bunga kipas ni nanti akan jatuh. Macam kami pasang Khamis malam Jumaat, jaga je pagi esok tengok sebahagian nya dah terjatuh. Mau tak mau malam kenduri tu pasang semula dan kami pin kan dengan jarum peniti dan kerongsang. Alhamdulillah kukuh je just rumit skit la nak pinkan tu.

 

pssst: pengantin tak kasi buka la, dia kata biar je situ sampai bila2..amboooi padahal depa bukan ada kat bilik pengantin tu pun sekarang nie.

Bukan Salah Tukang Jahit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tatau nak kata apa, teruja pun ya nak tengok hasil blouse yang jiran Aima buatkan. Kain beli kat tempat Sunah kerja, Benang Hijau Collections masa pegi Johor bulan Januari aritu. Kain pasang yang beli tu kongsi dengan Aima, kira nya dapat sorang 2 meter la..Kakakecik decide nak buat blouse je.

DSC00930 

Ok la bagi baju contoh yang kakakecik pakai di Johor tu….dengan tak basuh nya(Aima tolong basuhkan). Sabar je la…Selepas beberapa bulan, hampir mencecah 5 bulan..last week kakakecik pun dapat kiriman/bungkusan blouse daripada Aima. Alhamdulillah jahitan Cik Ton kemas…kakakecik kalau nak tengok hasil kerja tukang jahit tu akan belek kat bahagian ketiak..samada antara lengan dan badan sama tak line nya.Kalau sama, kira memang tukang jahit tu pro la..

DSCN4233

Erm, baju dah dapat mesti la menerai..Bila masuk je lengan..alamak macam kecik je nie.. terus panggil mak dan mengadu baju tu kecik. “Mak, tukang jahit nie buat kecik ke apa, baju contoh tu cheq bagi elok je pakai”..Mak suruh kakakecik pakai baju contoh..Alamak, nak tanggal blouse tu masalah lak..ketat kat bahagian lengan/ketiak..Huhuhu…Pakai je blouse contoh warna kuning tu…sama jugak…da ketat..bagi kakakecik la..dulu pakai longgar je..uwaaaaaaaaaaaa…rugi nya..Kain yg beli Benang Hijau tu bukan murah tau harga nya..Mak tak mau anak dara dia monyok cepat2 ambik blouse yang Cik Ton buat dan check bahagian dalam..basi jahitan nya..”Ada banyak lagi nie dalam 1 inci..boleh perbesar buka balik”..

DSCN4246

Ye ke…kalau boleh lagi tak pe..tapi tangan macam sengteng je…kalau x okey jugak rezeki adik pikah la..Dah la Cik Ton wat design sejibik macam blouse contoh..siap jahit kat bahagian dada tu..Sayang nya…

DSCN4240

Apa pun…mak kata, bukan salah tukang jahit…salah diri tu..badan dah naik…huhu, memang badan dah naik pun…terutama kat lengan…baju2 yang kat tukang jahit di Pendang semua kena perbesar 1 inci dah….hehehe…lepas nie kena control makan, kalau tak kena beli baju baru banyak…duit lagi tu..Eh, rasa nya dok makan sama je macam tu dua tiga jam sekali mintak di isi…nie mesti kes dok wat kek karamel sangat kot.Hahaha..Harap baju biru yang beli awal tahun aritu dapat la pakai raya nanti…

 

 

Psst : Aima, terima kasih ye belanja akak upah blouse tu

Sunday, June 9, 2013

Bila Hujan dan Teringin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hujan membasahi daerah Pendang dari petang tadi hingga ke malam hari. Nasi dah makan sebelum maghrib. Dan pastinya dalam sejam lepas tu lapar lagi, tak kan nak makan nasi jugak. Oh tidak tidak tidak sama sekali…

DSCN4229

Dah hujan macam nie pekena cucuq dengan ayaq kopi sedap gak nie. So, apa lagi kakakecik buat la cucuq sayuq yang ada kentang, kubis, bawang besar, daun sup. Ayaq lak terasa nak minum ayaq kopi…selalu buat teh o ataupun kopi o..Malam nie teringin benar nak kopi…Rasa nya malam nie pertama kali kakakecik bancuh air kopi..Nasib baik lulus…hehe..boleh la hidang kat mak mertua kan lepas nie..(gatai sangat eh)

Menguji Kesabaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Pepagi dah buat aku badmood..memang wat spoil betul la..bukan nya tak pernah tegur mahupun pesan..Tapi tak diendahkan..jenis pentingkan hal depa je nie. Orang kiri kanan dah report kat aku sebelum nie..Siap suruh letak signage tapi aku tak de la sampai terpikir macam tu. Customer pun ada yang merungut. Serba salah jadi nya.

 

Tapi hari nie memang menguji kesabaran ku…hilang jugak sabar nie nanti. Aku teragak-agak samada nak bagitau tuan kedai atau pun tidak..Sms pertama,delete…Pastu type semula..bagitau yang aku nak komplen dengan kedai sebelah nie. Ambik ampa..aku taiko kot kat lot kedai nie. Paling lama sewa, selama 6 tahun sebelum ni tak de pun gangguan macam nie. Bila ampa masuk sewa, memang menyusahkan. Parking la elok-elok nie menghalang laluan orang. Dah tu ambik parking depan kedai aku. Woooi, aku pun bayar sewa la..tak cukup dengan tu dok susun kerusi depan kedai aku. Memang nak kena la…

 

Kejap lagi, bila customer ampa tak de memang aku akan semuka…biar la nak kata aku belagak ke sombong ke. Aku pun ada customer jugak..nak bagi customer aku selesa jugak. Kalau macam nie punya keadaan customer ampa selesa parking suka hati tapi customer aku apa macam…pernah je aku dan customer aku block keta motor customer depa..dah tu depa nie jenis tak reti tak pandai nak jaga hati jiran kot..ada la sekali dua, aku dah siap nak balik, ada 3-4biji motor block kereta aku…dah bagitau depa suruh customer depa alih…buat dek je….bahang la jugak kan…kalau benda mcm nie jadi kat ampa macam ne..setiap ari kena hadap keadaan yang sama…tekanan kot

 

psst : sebelum nie masa baru2 beroperasi depa siap dok pasang speaker dok bunyi “pemeriksaan kesihatan percuma, datang la ke pusat rawatan kami”, last2 orang dok kat kawasan nie sound..dah xde la..lega rasa kalau tak dah macam di tapak expo

Jom Memasak : Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4213

Mari kita berdangdut…jeles jugak tengok Ayu dan Kak Yatie dok berdangdut je…tak boleh tahan nie..nak gak mengetest..So, semalam kakakecik pun berdangdut la. Memang dangdut habis la, bukan menari dangdut ataupun nyanyi dangdut…tapi nie bikin puding laici la…memang menari dangdut puding tu sebelum sampai ke mulut kita.  Alhamdulillah sedap puding tu..x manis sangat…manis-manis buah aje…dah tu banyak jugak dapat nya…

 

Kak Yatie, izinkan Shida copy paste resepi nya di sini ye. Puding nie kalau makan sejuk2 di musim panas…memang menari dangdut di dalam tekak ni. Nyaman je telan tanpa kunyah…tapi kalau kena tang buah laici jangan plak main telan je nanti tercekik sapa yang susah..jangan salahkan kakakecik plak ye..

DSCN4205

Resepi : Puding Laici Dangdut

Sumber : Kak Yatie Sinar Kehidupan

Bahan-bahan

  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 tali (28 gm)
  • 2 liter air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair
Cara-Cara
  1. Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.

DSCN4187

Puding nie memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.

 

psst : abaikan susunan buah laici yang hodoh itu..buah laici tu xde yang bulat2..semua dah terbuka gitu…

Saturday, June 8, 2013

Apam Beras Yang Comel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4137

Jumaat, di kampung kakakecik ada majlis bacaan Yassin kaum ibu. Bergilir-gilir ikut sapa yang nak ambik buat di umah nya. Minggu ni Mak Nyang ambik untuk buat bacaan Yassin. Untuk jamuan makan dia ada buat bihun sup dan sampingan nya adalah jemput-jemput sayur serta apam beras. Apam beras hasil air tangan kakakecik la..

 

Alhamdulillah, menjadi apam beras kakakecik walaupun ada yang mekar senyum ada yang malu-malu tak nak senyum dan siap pada waktu nya iaitu sebelum majlis bermula. Untuk majlis bacaan yassin nie kakakecik buatkan 4 adunan daripada resepi asal yang diambil di blog kak Yatie Sinar Kehidupan, kalau resepi PCM Adnan Ibrahim 8 adunan la.hehe, sebab nya yang PCM 1 cawan tepung dan nasi sejuk. Yang kak Yatie 2 cawan.Sama je sukatan cuma yang PCM dia buat setengah adunan daripada yang Kak Yatie. Nak guna yang mana pun boleh, janji menjadi kan hasilnya…

DSCN4133

Kakakecik start proses penyediaan pukul 10, terlewat sejam daripada plan. Hehe. Nasi sejuk Mak Nyang bagi. Kakakecik just sediakan gula, yis dan tepung. Kakakecik start mengukus pukul 1.30 macam tu. Sejam jugak la untuk mengukus semua tu. Siap guna 2 pengukus lagi yang kecik dan besar. Risau tak sempat siap.

DSCN4134

Seperiuk dapat, eh tak de la nie sebelum kacau selepas 3 jam diperap..Bila kacau jaid setengah periuk je.. Bagi nampak ceria dan comel kakakecik buat 4 warna, putih asli, kuning, hijau dan pink. Nampak comel dan sweet sangat kan.

DSCN4148

Comel kan terutama yang warna pink nie.

DSCN4151

Hasil untuk empat adunan yang kakakecik buat. 2 tray untuk dihantar ke umah Mak Nyang, yang dalam pinggan tu simpan untuk makan-makan di rumah (rezeki Mak Teh dan Pak Teh petang tadi dorang datang rumah) dan yang dalam tupperware tu nak bagi kat Kak Azie (saja sedekah sebab kak Azie ada tempah kek karamel malam tadi)

DSCN4142

Memandangkan bekas lompang plastik yang ada tak banyak mana, so kakakecik selongkar guna bekas lompang kaca.Klasik habaq mai….dan hasil apam nya amat memuaskan hati. Tapi yang ada kat umah pun tak banyak..dalam 10 biji macam tu je. Erm, cuma satu je bila nak keluarkan apam panas-panas tak boleh sangat la sebab kaca ka panas..Kalau yang plastik slamba badak je la keluarkan dan ‘hawin lempar’ dalam bekas. Yang kaca buat macam tu habis berderai la. Satu g bekas kaca nie berat tau.

 

p/s : Untuk resepi apam beras nie boleh ke entry apam beras/apam nasi

 

psst : Mak Nyang nak lagi minggu depan untuk majlis Yassin di rumah kawan nya.

Thursday, June 6, 2013

Rezeki Israk Mikraj

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Syukur Alhamdulillah…dengan rezeki yang Allah berikan kepada diri ku ini. Petang tadi ada buat kek karamel yang ditempah oleh kak Azie, baru je dia datang ambik malam nie. Kek karamel tu untuk makan-makan di majlis hari lahir anak sedara nya. Tetapi, si anak dan suami nya kata untuk majlis esok tempah lain yang ada nie kita makan malam nie je..Apa lagi, mau tak mau kak Azie tempah lagi sebiji kek karamel untuk esok nak perasa yang sama jugak, dan dah bayar siap2 pun.

 

Malam nie kena tido awal..tak boleh lewat sebab esok jugak perlu mengapam 100biji apam beras. Mak nyang dah lama bagitau kalau dia buat majlis bacaan Yassin di rumah nya dia nak tempah apam beras yang dikatakan oleh nya sedap dan comel. Hehehe, pagi semalam dia datang rumah untuk tempah, tapi kakakecik tak biasa jual lagi apam beras nie, so kakakecik sedekah kan aje apam tu. Semoga dengan sedekah ini membuka pintu rezeki kakakecik di kemudian hari. InsyaAllah.

 

p/s : Moga Allah mempermudahkan urusan kakakecik di dapur esok.

Tempahan : Kek Karamel di Hari Israk Mikraj

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4119

Walaupun mood untuk baking sedikit merundum, almaklum la last week dok pulun buat 5 biji kek lapis untuk majlis Izzuan, tapi disebabkan mendapat tempahan daripada Kak Azie kena la jugak buat. Kak Azie dah banyak kali tempah kek karamel..tak best la jugak kan kalau tolak tempahan nya. Perasa? Kak Azie tak kisah perisa apa pun. So, kakakecik buatkan perasa nenas+strawberry+vanilla.

DSCN4124

Ada yang tanya, kenapa kakakecik tak promote kek karamel nie kat Mudah..Ntah la, keyakinan tu masih kurang. Buat masa sekarang kakakecik hanya ambik tempahan daripada kenalan dan saudara mara terdekat sahaja. Tapi kalau sapa nak tempah tu boleh je email ke shida5062@gmail.com. Harga untuk sebiji kek karamel yang bersaiz 8inci dan berat lebih kurang 1kg ini berharga RM30.00. Perasa ikut pelanggan bergantung kepada stok perasa yang kakakecik ada. (Kawasan liputan yang berhampiran dengan Pendang aje la)

Jom Memasak : Sotong Goreng Tepung Ranggup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Salam Israk Mikraj…Kedah cuti hari nie, so kakakecik pun cuti jugak la walau pun semalam dok 50-50 nak cuti atau tak. Ye la baru sangat kerja nak cuti plak..tapi kebetulan hari nie ada tempahan kek karamel..apa lagi cuti je la..hehe..

 

Bila dah cuti harus la masuk dapur untuk masak tenghari kan. Menu tengahari untuk harini sambal bilis+petai, daging masak air dan sotong goreng tepung yang super duper ranggup. Kakakecik terliur tengok sotong goreng tepung yang kak Yusa buat, kebetulan kat rumah ada skit sotong. Cepat-cepat bagitau mak, sotong tu nak goreng tepung. Hehe..

DSCN4110

Dah rasa macam sotong goreng tepung Kuala Perlis..cuba silap nya tawar skit sebab kakakecik tak berani nak letak sangat garam, letak skit je risau masin..tak pe cicah dengan sos cili thai dah sedap..Thanks akak share resepi ni yang lengkap dengan petua nya lagi.

 

Resepi : Sotong Goreng Tepung Ranggup

Sumber : Seri Kandi Tanah Jauhar

Sumber Asal : NasRina Honey 


Bahan-bahan :

  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

  1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
  2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
  3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
  4. Panaskan minyak.
  5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
  6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
  7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

Rujuk tips di bawah untuk mendapat hasil yang ranggup...
Tips :

  1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
  2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
  3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
  4. Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
  5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

Selamat Mencuba

 

psst : jika tepung lebih jangan la buang ye, leh je  buat ikan goreng tepung macam kakakecik buat, hehhee da tepung lebih banyak..tu pun ada lebih lagi.simpan je dalam peti ais esok2 boleh guna lagi