Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, January 28, 2016

Setahun yang Lalu

28 Januari 2015

Buat pertama kali nya, terpaksa dipaksa paksa rela menggunakan inhaler kerana selalu sangat athma 



Selama ini selalu elak bila di tanya oleh doktor nak guna inhaler tak...cepat-cepat tak nak sebab klinik / hospital swasta..tapi bila di klinik / hospital kerajaan mau tak mau kena juga ambik inhaler..bukan untuk sesapa tapi untuk diri sendiri la..kalau jadi tengah malam tak perlu terkejar2 atau tunggu cerah bagi nak ke hospital..



Alhamdulillah sepanjang setahun kakakecik dibekalkan inhaler ni, baru masuk yang ke3...tak de la teruk sangat kan athma ku..kihkih...namun, wat masa sekarang kakakecik tengah amalkan minum cuka kurma (dah masuk botol kedua yang 1liter sebelum ni 500ml je) setiap pagi dan malam..semoga dengan ini athma dan kesihatan diri ini bertambah baik hendakNya...in sha Allah...





Idea Abang Ipar Ku Untuk Anak-anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Cuti Thaipusam baru-baru nie kami adik beradik pakat berkumpul di rumah mak ayah, Adik Ilah 3 beranak sanggup balik dari Ipoh. Abang Din  kena paksa balik jugak.. Abg On dan Kak Ja takpe dok Pendang je depa...Kakakecik dan adik jangan di tanya..kami memang dok umah mak ayah pun..


Mak-mak ayah-ayah bila berkumpul nak wat makan-makan..Anak-anak plak mesti nak main je..Sorfina sebelum balik umah wan nya dah tanya umah wan ada kolam tak..Cari punya cari masih ada lagi kolam plastik Abang Afif nya...tapi ada bocor skit... Bebudak tu bukan kisah pun semua tu janji boleh tahan air untuk depa berendam..


Tak syok la kan kalau berendam je..so kami bagi idea ke Abang Mie suruh wat air pancut guna botol yang ditebuk2..ingatkan Abang Mie just tebuk lubang bahagian bontot botol tu...rupa2nya dia tebuk di bahagian badan botol...pergh lagi bagus macam nie..dah serupa di taman tema..hehehe




Anak-anak pun apa lagi syok la ada air dok jatuh dalam kolam depa...berendam sampai ketar badan..kuar bagi kering air..masuk balik..



 Pagi petang berendam dua hari cuti tu..hari sabtu depa geng perempuan je...Hari Ahad campur dah lelaki pompuan..sekali dengan Akif anak kepada sepupu..6 orang dalam kolam tu..siap boleh menyusur menyelam lagi..akai bebudak nie jenuh jugak..kita pun tak sangka depa boleh wat gitu..



Tak kisah la anak-anak ooi janji hampa happy...tak dapat ke taman tema...berendam dalam kolam umah tok mah pun dah syok tak sangga kan..Okey jom kita pakat-pakat pujuk wan buatkan kolam renang mesti lagi best lepas ni..hehehe..

psst :bil air dan elektrik umah wan melambung la bulan ni..hahahaha..siang cucu main air. malam tido beraircond..


Sunday, January 10, 2016

Kek Backhoe untuk Birthday Zairul Afif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, atas cabaran daripada besday boy yang nak kek birthdaynya bertemakan backhoe dan lori...Ateh berusaha untuk mendeco setakat mana yang mampu.. 


Taraaaaaaaaa dengan ini Ateh mempersembahkan Kek Backhoe bak permintaan si anak buahku Zairul Afif..Dapat jugak Ateh merealisasikan kek idaman anak teruna Abang On n Kak Tie..Puas mencari set backhoe..takde ini je dapat..lori tak ada...sori ye abang Afif..Khamis Ateh cari tak jupe backhoe yang sesuai untuk deco kek. Di kedai Eco RM2 besar sangat..So, jumaat Ateh kuar cari lagi,  Ateh bajet nak beli yang saiz agak sesuai boleh buat deco dan koleksi truck Afif..beli di kedai mainan Toy Master Tandop..murah je tak mahal mana pun..kalau backhoe comel ada jual Pekan Cina 2 biji RM8.00 tapi warnanya tak real sangat macam yang ni..hehe


Berdebar tu tak upaya la Ateh tak pernah buat kek 2 tingkat...dah terima cabaran kek backhoe so ateh cabarkan diri sendiri wat kek 2 tingkat.. Seronok la dia dapat kek yang diidam2kan..2 biji backhoe yang dijadikan hiasan kek terus dijadikan koleksi truck nya..bukan sahaja koleksi tapi main terus weii...bila Auni bawa keluar mai mengadu kat Ateh...abang Afif abang Afif.. apa pun Ateh suka bila Abang Afif hargainya..




Memasing tak sabar sebenarnya nak tengok hasil kek backhoe tu..Ateh Jumaat malam sabtu tu dah buat kek span untuk dijadikan tapak..Pagi sabtu baru buat kek coklat moist..Bila google dan tanyakan Ayu berkenaan cara membuat kek 2 tingkat terpaksa keluar ke bakery untuk beli papan kek yang saiz kecil untuk kek kedua..egatkan terus letak gitu je rupanya ada tekniknya. Terima kasih sahabatku jauh di selatan Ayu Citarasa Rinduan sudi bagitau teknik untuk buat kek 2 tingkat..Pukul 3 Ateh, Alang dan Achu dah mula start deco..bukan Ateh deco sensorang tau...Alang n Achu jugak bagi idea n tolong Ateh..Thanks Achu n Alang.



Untuk Kek Backhoe ni ateh just buat kek span perasa vanilla dan strawberry sebagai tapak asas..Kek petak 4segi saiz 8.5 x 8.5 dan untuk atas kek coklat moist menggunakan loyang bulat saiz 8. topping n filling Ateh just guna whipping cream rich's yang coklat...sedaaaap..kalau yang plain x makan..hehe.


Birthday boy dengan Abahnya...
ehem nampak si abah yang terlebih excited nak potong kek backhoe itu..




psst : lepas ni turn ummi buat untuk Fateh Uwais.. 





Friday, January 8, 2016

Cuka Kurma

Assalamualaikum...

Cuka kurma...1st time kakakecik dengar pada tenghari awal Disember 2015 di ruang legar kaunter pendaftaran KK Pendang..Itu pun kes kakakecik nak tukar inhaler..bila borak2 dengan kakak seat sebelah dia syorkan kakakecik amalkan cuka kurma..Katanya dia pun athma teruk tapi bila dia amalkan cuka kurma Alhamdulillah ok...dia minum cuka kurma al narbawi..katanya beli di kuala ketil..jenama lain dia telah cuba tapi tak serasi dengan athma nya..

Tapi dia tidak lah suruh kakakecik beli jenama yang sama, dia suruh cuba yang jenama lain kalau serasi dengan kakakecik Alhamdulillah..

Kebetulan 23hb ari besday tu kakakecik ada pegi Tesco Star Gate..ternampak kiosk pak arab yang turut menjual cuka kurma tapi bukan jenama al narbawi.. tak kisah la janji cuka kurma..label pun bahasa arab.so, try la minum okey..bersin2 buang penyakit la tu...kakakecik beli yang 500ml rm10..nak cuba dulu kan..kalau ok nanti beli yang 1000ml rm18..

Hampir 2 minggu kakakecik tidak endahkan botol cuka kurma tu...bila Dik Ilah balik cuti krismas tu dia bagitau Shahir pun amalkan cuka kurma ni..emmm...tapi awal minggu aritu nekad nak cuba..mana tau serasi kan..2 malam minum tidur lena..bangun tido pagi tu batuk n muntah sampai semput.seharian jugak la,walau semput kakakecik cuba tak nak sedut inhaler..alhamdulillah semput tu lega dengan sendiri..malam2 berikutnya kakakecik amalkan dan syukur sangat tiada lagi athma yang teruk..tinggal setengah botol je lagi..

Erm, mak pun sekarang dah cuba amalkan sebab cuka kurma juga boleh membuang kolestrol,garam n lemak yang berlebihan dalam badan.. cuka kurma ini mempunyai banyak sangat khasiat yang mungkin kita tatau..eh,korang mungkin tau kakakecik je yang tatau..huhuhu bila google baru tau, antara khasiatnya dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan. 

Tak rugi kita amalkan dalam kehidupan seharian.. Untuk info lebih lanjut tentang cuka kurma :

http://impiansihat.blogspot.my/2011/10/fakta-5-khasiat-dan-kelebihan-cuka_09.html?m=1

Cabaran dari Zairul Afif

Fuuuh tenghari tadi kakakecik terima panggilan dr mybig brother...

Bb: Heloo...ada mana..
Kk:Kedai...
Bb: Afif suruh buat kek backhoe
Kk: grrrrrrr..kek backhoe...bila tu
Kk: sabtu nie

Z.a : ateh,buat kek backhoe sabtu ni..ada lori jugak
Kk: okey adik nak kek apa
Z.a : kek backhoe la...
Kk : ateh tau...adik nak kek coklat ke kek apa..nak besar mana
Z.a : kek backhoe..sabtu ni...kek besar loriii
Kk : okey okey..kek backhoe ada lori..ateh letak je backhoe lori atas kek tu..nanti adik boleh main..
Z.a : ya ya sabtu ni ateh

Afiiiif..afiif baru masuk 5 tahun dah pndai request nak kek backhoe bagai..mentang2 celik mata kecik2 dulu nampak backhoe lori je setiap ari..

Terus si Ateh ni..google deco kek backhoe..petang selepas tutup kedai ke Alor Setar beli bahan kek dan cari set backhoe...grrrrr di kedai bahan kek tu backhoe nya x nampak real..di kedai eco besar sangat.di mydin lagi lagi la besar nya..

In sha Allah esok Ateh akan p cari set backhoe dan akan cuba mendeco kek cabaran si afif ni...moga2 Ateh akan dapat merealisasikn hasrat si anak teruna itu..

Thursday, January 7, 2016

Dua Ribu Empat Belas Dua Ribu Lima Belas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tujuh Januari Dua Ribu Enam Belas..genap sudah satu minggu kita di tahun 2016. Untuk kesekian kalinya kakakecik nak merungkai 2 daripada beberapa insiden besar yang berlaku dalam kehidupan sepanjang 2014 & 2015..mungkin tak semua nya akan terungkai di sini.. sekurang2nya kakakecik akan kongsikan mengapa kakakecik membiarkan rumah ini penuh dengan sawang...kihkihkih...maybe entry ni agak panjang..huhu


Okey..pada Oktober 2014..nu haaa bukan je nak cite yang 2015, 2014 pun ceq cite ok.sebab dari Oktober 2014 tu yang membawa ke 2015. Awal bulan sepuluh 2014, satu2nya adik perempuan seibu sebapa dengan mak telah disahkan kanser usus tahap 4 dan kami diuji selepas pembedahan pertama (12/10/2014) terdapat komplikasi terhadap makcik, so pembedahan kedua (27/10/2014) terpaksa dibuat. Mak lah penguat semangat kepada arwah makcik, kalau boleh dia nak mak teman hingga masuk ke dewan bedah. Iye lah mak yang menjaga makcik selepas arwah tok meninggal sebelum mak kawen lagi...Al Fatihah untuk arwah tok yang meninggal kanser usus juga sama macam dengan arwah makcik.


Pada bulan Oktober ini jugak, kampung kakakecik telah terpilih untuk penilaian Program Desa Lestari bagi tahun 2015..Kakakecik dipertanggungjawabkan menyediakan slide untuk pembentangan projek ekonomi yang akan dilaksanakan. Alhamdulillah penilaian pertama pada 16 Oktober 2014 kami berjaya melepasinya.


Oktober lagi...kakakecik terpaksa ke hospital setelah hampir setahun tak NEB, athma teruk sangat mungkin disebabkan rehat yang tak cukup..18 Oktober pepagi dah jadi tetamu khas di Bilik Rawatan Athma HSB..bukan 1 kali sahaja NEB..tetapi 3x dan siap xray...pastu dapat lak surat cinta if athma kena terus ke Klinik Kesihatan yang berhampiran...kueng kueng..Memang TRAGEDI OKTOBER betul ni..


November 2014, masa banyak dihabiskan berulang alik ke hospital..menemani arwah di ward.(ok..sebak lak bila teringatkan akan gelagat arwah di hospital, mengalir air mata ini) Al Fatihah untuk arwah makcik. 



Disember 2014, perkhabaran yang boleh membuatkan orang kampung tersenyum. Kampung Asam Jawa satu2nya kampung dalam daerah Pendang, salah satu dari 2 kampung dalam negeri Kedah dan satu di antara 15 kampung dalam Malaysia yang telah berjaya dipilih untuk dimajukan di bawah Program Desa Lestari 2015. 22-24 Disember 2014 : INFRA, Bangi menjadi saksi untuk bengkel pelaksanaan. Mungkin ini adalah salah satu hadiah Birthday untuk kakakecik pada tahun 2014.


Bermula dari tarikh keramat ini lah titik kesibukan kakakecik dalam menguruskan perjalanan Desa Lestari.. dan kesibukan itu bertambah apabila dilantik sebagai salah seorang yang menguruskan perolehan pembekalan dan perkhidmatan yang diluluskan oleh KKLW. Sehingga ke saat ini hampir keseluruhan perolehan telah diselesaikan dengan jayanya. Hanya tinggal 1 perolehan sahaja lagi yang masih menunggu pembekalan..Erm, berapa jumlah peruntukan yang diluluskan??? tak pe yang tu kakakecik tak nak kongsi just kakakecik nak bagitau kalau nak sewa backhoe, traktor, mesin padi, lori 2tan, van hiace, set kanopi arabian dan halfmoon hubungi la Koperasi Pembangunan Kampung Asam Jawa Berhad (04-7416872). Nak madu kelulut tulen dari ladang pun ada jugak..


Berbalik kepada arwah makcik, start Januari 2015, makcik jalani kimo 2minggu sekali..dalam jalan kimo tu pun ada lagi 2 pembedahan.. Kimo diteruskan sehingga kimo ke4 kalau tak silap kakakecik bulan April keadaan makcik yang agak lemah dan tidak membolehkan nya menjalani kimo. Mei 2015, makcik ada check-up dengan Klinik Pakar, memang makcik nak sesangat jupe dengan doktor itu, katanya antara doktor-doktor yang merawatnya hanya doktor itu sahaja yang membuatkan arwah rasa selesa (nama doktor tu kakakecik tak ingat). Time ni doktor dah bagitau kalau tak nak wat kimo pun xpe, tak de halangan...apa sahaja nak makan, makan je jangan pantang.. Ye memang arwah mintak memacam nak makan itu ini..Selagi kami mampu kami carikan untuk nya. Kakakecik cuma ralat sedikit tak dapat buatkan kuih cakoi, kek buah dan bawa makcik makan ABC Salji. :(


1 Jun 2015, bertambah lagi anak buah kakakecik. Dik Ilah selamat lahirkan anak keduanya. Jun, keadaan makcik semakin tenat. Pada siang hari pertama kita sambut Ramadhan masih boleh bercakap walau lemah, tetapi selepas buka puasa tiada lagi kedengaran suara dan lirikan matanya hingga ke waktu Asar puasa keempat. Makcik telah menghembuskan nafas terakhirnya seiring dengan laungan Asar. Al-Fatihah.


pssst : Cerita2 lain akan ceq ceritakan dalam entry2 akan datang...tunggu noooo.. :)

Resepi Kek Biskut Marie Salut Milo aka Kek Batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Jangan pula pikir ceq rajin wat kek biskut marie celup milo or koko ni tenghari gini..Ini picture lama, beberapa bulan yang lalu..cuti krismas aritu ada buat dan baru habis je kek tu 3 ari lepas..gambar takde sebab Mr.M muncul time tu..uhuhuhu...kalau Mr.M mai dekat jangan dok kata pe dah..

Kalau buat kek batik ni,kakakecik akan rujuk resepi Cik Epal..mudah je resepi nya. Bahan yang digunakan tu agak banyak tapi berbaloi dengan kesedapannya..kakakecik tak suka kek batik yang lembut tu..suka yang sedang2 tak keras sangat..bila ngap masih ada bunyi kruup kruup biskut marie.

Membebel plak kakakecik ni kan..resepi tak juga share..okey2 jangan la marah sayang.

Bahan2 :
1 bungkus biskut marie -kakakecik guna jenama munchy yg plain (450gm )
1 bungkus kecil milo or choco malt (250gm)
250gm butter or marjerin
1 cawan susu pekat

Cara2nya:
1.Alaskan loyang dengan plastik.
2.Patah2 kan biskut marie..
3.Cairkan butter, masuk kan susu pekat dan serbuk milo.. Kacau lelaju jangan sampai terpeleot tangan plak..bukan pe kacau lelaju tu takmau ia berketul dan keras.
4. Kacau lagi..lagi sampai bunyi bulp blup..agak okey masuk kan biskut marie yang telah dikarate tu..Jangan lama sangat nanti lembik biskut tu.
5. Agak sebati.sekata.keseluruhan biskut telah disalut coklat or milo..masuk kan dalam loyang.tekan bagi padat..
6. Pekemaskan bahagian atas..kalau nak tabur badam cincang ke kekacang ke ikut suka..ada yang terkini depa buh coklat ganache..
7. Simpan dalam peti ais 3jam..kalau tak sabar nak makan tu 2jam pun dah cukup..kalau tak sabar lagi masuk kan dalam peti ais beku tu...hehehe..

Selamat mencuba

pssst : teringat kek batik yana sakura wat di umah Yanty Lee time kenduri Ipah aka Miss Ran...sedaaaaaap




Wednesday, January 6, 2016

Bila Kami Bergabung : Realisasikan Impian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Awak...saya dah tunaikan apa yang awak mohon tau..sekurang2nya 1 entry 1 hari..tapi arini 6hari bulan januari dua ribu enam belas..sudah 2 entry saya up,dan bakal menyusul entry ketiga..ambik aura Mr.R awak..walau bizi uruskan keluarga tetapi ada masa untuk berceloteh di alam maya... blog ni macam diari kita kan awak..


Untuk entry di waktu malam,menggunakan handphone..gigih tak saya awak..saja je nak kabo kan yang ceq adik beradik sekarang ni dok ambik juga tempahan hiasan untuk mini pelamin dan meja makan pengantin.. harga berpatutan mengikut bajet bakal pengantin..


Ini pun baru je balik punggah mini pelamin tunang di umah jiran dalam kampung ni. Alhamdulillah dengan usaha kami adik beradik bergabung idea dan tenaga dapat juga la merealisasikan kehendak pelanggan di hari bahagia depa..




Psst..gambar xdapat nak upload line slow dan guna handphone plak..siang nanti la ye ceq post..boleh up lagi 1 entry..koleksi mini pelamin hastag bilakamibergabung..



Bila Rabun & Pelupa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sapa rabun sila angkat jari..ye la kalau suruh angkat mouse or keyboard ada yang online via hp kan...Alaaa angkat apa sekali pun memang kakakecik tak nampak pun..Almaklum la rabun...


Erm, masalah kan bila jadi seorang yang rabun dan pada masa yang sama pelupa..
Ini lah yang terjadi pada diri kakakecik pagi tadi..bangun tido cari mana la spek aku ni..
Cari...meraba la kat tempat selalu letak..
Sebelah bantal kiri tak de.. Kanan pun tak de..Atas almari solek yang tak solek sangat pun tak de...


uwaaaaaaaaaaaaaaaaa... mana la spek aku ni...grrrrrr tak egat dah..


okey-okey jangan gabra..ilex ilex..cer egat balik malam tadi sebelum tido wat pe..Kalau hp yang hilang dan tak silent boleh la kol n detect dari mana bunyi nya..ini spek bagi si rabun macam kakakecik memang meraba la jawapan nya..


Sebelum tido tu masuk bilik air ayah bukan bilik ayah k...cuci muka pe bagai..so mana spek tu la ni..cer p tengok dalam bilik air ayah tu..


taraaaaaaaaaa..gelak sorang2 bila ternampak bayang spek..Ooooooo sini rupanya ang no...puas meraba atas katil rupa2nya dia tido d dalam bilik air semalaman...huhuhu sabar je la nasib tak semput.




pssst : tu tanda nya usia makin bertambah ceq ooi..satu lagi kalau rabun sure telinga pun kureng sikit...tapi bukan tahap pekak..kihkih

Rabu Hari Tanpa Kata : A L O R S E T A R