Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, December 18, 2013

Cinta Bintulu Trip # Kereta Sewa : NZ Car Rental Bintulu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

nz car rental

Disebalik pemergian kami seramai lebih kurang 20 orang ke Bintulu untuk memenuhi Walimah Penyatuan Dua Hati Ady dan Sunah pada minggu lepas..13 orang daripada kami menginap di Kidurong. So untuk ke mana-mana tak nak menyusahkan family Sunah, kami mengambil keputusan untuk menyewa kereta di sana. Mencari2 jugak perkhidmatan kereta sewa yang memenuhi bajet kami.

 

Walaupun ada awal proses booking tu kakakecik sedikit gusar kerana lambat mendapat maklum balas daripada pihak kereta sewa, nak booking online nak isi form nya pun terkial..dah tu online sama da percaya or tak tu sama banyak..tapi akhirnya, dengan kerjasama daripada Abg Awie owner NZ Car Rental Bintulu semuanya jadi lancar..Di awal booking, kakakecik pilih 2 buah viva 850 manual untuk 1 hari 4 jam itu..Caj yang dikenakan adalah RM130 untuk sebuah..Kakakecik bank in beberapa hari sebelum berlepas ke Bintulu..So, pada hari Sabtu, selepas majlis semua seperti yang dijanjikan Abang Awi hantar kereta ke rumah Sunah. terkejut jugak la dia bagitau kereta MyVi dan Saga..Alamak macam mana bayaran plak…dah riso kena tambah nie..Alhamdulillah sekali lagi rezeki kami..abang awi tidak mengenakan caj tambahan lain..padahal kalau sewa keta myvi dan saga ni rm150.00 jugak la..dah la dua2 auto.terima kasih banyak2 abang awie..

nz

Kepada sapa2 yang ke Bintulu..perlukan kereta sewa, kakakecik suggest kan NZ Car Rental..korang bolehlah call/sms/whatsapp  0138353579 - Mr. Awie, sekiranya ada sebarang pertanyaan jangan kedekut kredit call je terus macam mana kakakecik buat..dalam masa tak sampai setengah jam call 2x hahaha..nasib baik la abang awie layan setiap pertanyaan kakakecik, sebabnya katanya penat nak tekan keypad balas mesej.

Untuk lebih detail..boleh lawati

web : www.bintulucarrentalnz.com

FB : https://www.facebook.com/keretasewa.nzbintulu

Page : https://www.facebook.com/pages/Kereta-Sewa-NZ-Bintulu/634070696609212?fref=ts  (search Kereta Sewa NZ Bintulu)

Location:  No 404D kampung Sibiew, Lorong A1 RPR Sibiew, 97000 Bintulu, Sarawak.

 keta sewa

Walaupun pada tengahari Ahad semasa di lot parking Pasar Utama Bintulu, tetiba kereta Myvi tak dapat start..cepat2 kakakecik call Abg Awie, dengan secepat sepantas yang boleh abang awie ke lokasi..Rupa2nya batery masalah..selepas jumper semua abang awie tinggal Exora untuk kami…gluuurp..dari sekecik2 kereta ke sepanjang2 kereta nie..ikutkan nak je hantarkan 2 biji kereta tu..kami just guna Exora tp dengan baik hati nya abang awie kata xpe guna je dua-dua tapi petang nanti before ke airport ambik dia di rumah sebab tak de orang nak hantar ke airport..okey abang bereh…bisa di atur.

1486759_791607684198927_1748925638_n Ini budak muka habis seronok dapat sambal laksa sarawak..kempunan nak makan laksa sarawak..tup2 abang awie kasi 2 pek sambal laksa sarawak..tqsm abang awie..terharu habaq mai..nanti kalau jejalan kedah roger la kami ye..

 

 

pssst : kami adalah Team Kelam Kelibut Cinta Bintulu, kalau tak de la Puan Pengantin Sunah Mohammad komen di entry Penyatuan Dua Hati..Alhamdulillah..mekasih akak sudi datang jauh2 ke bintulu..maaf atas segala kekurangan, kekalutan, kekelam-kabutan akak n kawan2 sepanjang kat sana..team yang sentiasa lasti minute sampai airport..hihi..takleh lupa sampai bebila insya'Allah...mekasih sekali lagi~ dah tu tak pasal2 abang Awie NZ Car Rental Bintulu pun terpaksa jadi pemandu F1…memang terbaik la kami punya team kan

Penyatuan Dua Hati : Siti Hasunah & Soleh Ahmad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

adysunah1

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat dan adik yang kakakecik kenal di dunia blog ini telah melangkah ke hadapan sebagai suami isteri. Alhamdulillah Sunah dan Ady Soleh telah disatukan pada hari penuh keberkatan, Jumaat 13Disember 2013 di Kampung Baru, Bintulu.. Tepat jam 2.55petang, Siti Hasunah bt Mohammad sah menjadi isteri kepada Mohd Soleh b. Ahmad dengan sekali lafaz…Kakakecik menjadi saksi majlis pernikahan mereka berdua.. ye la pagi jumaat tu, kakakecik dan rakan2 blogger lain dah sampai di Bintulu…Pertama kali kot ke sana..Selamat pun kami sampai walau berbagai rintangan yang terpaksa tempuhi (apa tu, tunggu next entry).

sunah ady

     adysunahakad

Selesai sudah majlis akad nikah, kakakecik dan rerakan lain ke Kidurong tempat inapan kami selama di sana…Rehat2 kan badan dan malam nya kakakecik, Iffah, Finaz dan Norfa ke rumah Sunah kembali untuk tolong apa yang patut…pada malam tu juga ada majlis bergendang, berjoget dan berpantun (spontan) untuk menghiburkan orang kampung / sanak saudara yang bekerja / memasak bagi majlis esok nya.

 1526655_527966877299683_729889737_n

Esoknya, majlis kenduri kami sampai elok orang dah susun kerusi..hehehe..terlewat kah kami sedangkan waktu kami sampai tu baru pukul 12 tghri…Oooo sana makan awal, pukul 9 pagi dah start majlis nya..tak apa la janji dapat hadirkan diri pun dah memadai..macam biasa la mesti nak bergambar dengan pengantin kan..dalam syok dok bergambar berbagai pose, pengantin paksa kami makan nasi dulu..riso nanti orang kemas habis..hahaha..Sapi masak kicap memang sedap sangat2..rasa mcam nak mintak tapau je…hehe..

1460991_767874459893627_498955101_n

with ady sunah

adysunahkenduri

reramai

Selain, nasi dan lauk pauk yang sedap nie..ada jugak dihidangkan kek..ada kek pandan, kek marble,bingka pandan, dan yang paling istimewa tu kek lapis perigi pink air tangan Puan pengantin sendiri..sedap sangat2…berulang berkeping2 makan nya…

1520759_527726713990366_1154012610_n

Kepada Sunah dan Ady Soleh, akak sekali lagi ucapkan Tahniah..semoga ikatan yang terbina ini akan kekal bahagia hingga ke jannah..Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh mawaddah, sakinah warahmah.In Sha Allah..


“Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair”

(maksud: Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan).

..Amen..

Wednesday, December 11, 2013

Meroti Tanpa Bibik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

roti1 

Hati meronta2 hendak meroti..keinginan nya sangat tinggi telah dipendam lama..hajat di hati nak jugak aku miliki bibik malaysia..(BM= Bread Mixer)…Harapan ada la orang hadiah kan untuk besday yang tinggal beberapa hari lagi..Cemburu juga di buku hati nie melihat sahabat2 lain meroti. Takkala menjoinkan diri di dalam group FB Kelab Roti (KR)..pelbagai resepi, ilmu, petua untuk membuat roti perolehi..

 

Perancangan awal hendak buat weekend last week…dah siap semua beli bahan tapi bila mood tak de hanya keinginan sahaja basi di situ la..roti tak juga nampak rupa..Shida sampai bila nak macam tu..cer cuba…Okey..malam tadi dengan semangat buat water roux..campur bahan semua..tup2 bread improver xde..susu tepung sah sah la tak de kat umah tu..buat je la..ikutkan resepi letak butter tapi dek sayang butter yang belum dibuka balutan bungkusan nya..kakakecik derhaka letak shortening (lemak sayur)..ko mampu (alamak terikut ayat diva AA di dalam Masterchef plak)..

roti

Alhamdulillah, ini la hasil kakakecik meroti malam tadi..tak de la segebu dan secantik tekstur roti orang lain..Tapi kakakecik rasa bahagia bila dapat bagi mak ayah makan dengan hasil air tangan sendiri..ikut kan mak suruh bagi garing lagi..hehehe..Next time la ye mak..kita letak inti dalam nya..dah buat teknik doh yang kak Ilah Jy bagitau. Untuk mendapat doh roti yang cantik urat2 dlmnya ..bila koyak dia memanjang... kena buat begini, BULAT KAN KEMUDIAN LEPERKAN... LPS TU GULUNG.. LPS TU BULATKAN SEMULA DAN PERAM. terima kasih akak atas perkongsian teknik tu..moga hasilnya lebih baik bila shida buat nanti kena tunggu kerajinan tu datang semula..

 

Resepi roti nie kakakecik dapat di KR, ramai yang buat guna resepi nie cantik hasil kejadian roti nya…khabarnya dari Isma Maisarah resepi tu..

 

Bahan-bahan :

  • 500gm tepung gandum
  • 11 gm yis segera
  • 1/2 cwn gula halus
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar water roux
  • 1 biji telur
  • 220 ml air suam
  • 2 sudu besar mentega/marjerin


Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. (kakakecik masuk kan dalam mixer biasa tu guna cangkuk dough..jenuh jugak la dok tunggu di mixer tu yang asyik asyik stop pusing)
  2. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
  3. Setelah doh naik..tumbuk2 doh.
  4. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..
  5. Sapu butter atau kuning telur (kakakecik renjis2 air dan tabur gula atas nya) bila dah siap bakar, keluar je dari oven sapu butter )
  6. Bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux

  • 1/4 cwn tepung gandum
  • 250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nak guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.


Selamat mencuba.

Tuesday, December 10, 2013

JJCM : Perlis # Laksa Beras Kak Chah Kuala Perlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

laksa

Hampir 3 minggu kakakecik menikmati laksa beras Kak Chah di Kuala Perlis baru hari nie kesempatan untuk kongsi dengan semua. Sebenarnya selepas balik dari Family Trip di Langkawi, Abang Din tanya nak makan tak..mesti la nak makan kan..jom kita makan laksa beras kuala perlis..masa nie kalau tak silap kakakecik macam tarik muka skit sebab macam x sedap je laksa beras ni…Tapi bila dah makan..sampai la masih terasa2 keenakan laksanya..Kalau dulu orang pelawa makan laksa beras memang kakakecik reject..tolak tepi mangkuk laksa tu..tak mau..Tapi bila makan laksa beras Kak Chah nie..ya Allah sedap nya…habis licin kakakecik makan(tak pernah makan laksa sampai tinggal mangkuk sudu n garfu), tak padan dengan dok tak ralat nak demam tu..rasa macam nak tapau jugak bawak balik tapi tak boleh ikut nafsu makan sangat nanti merana badan..

laksa2

Lokasi laksa beras Kak Chah ni di kawasan perumahan Taman Bukit Kubu Kuala Perlis, area rumah kedai tu..dekat saja dengan UNIMAP dan IKBN Kuala Perlis..senang cite tengok la map yang kakakecik share..Ini dari Changloon..

map

Kalau dari Jetty Kuala Perlis tu ambik je jalan yang lalu depa Shell dan Medan Selera  Kuala Perlis tu..memang akan lalu depan jalan taman bukit kubu..kalau tatau jugak handphone masing2 dah canggih ada je aplikasi bagai..set je location nie..nanti dia bawak..hehe..landmark nya ikbn kuala perlis..tak pun unimap bukit kubu.

laksa kak chah  

Okey kalau dah jumpa signboard nie kat kedai tu memang betul la tu..atas kedai nie pusat tuisyen..

 

Harga untuk semangkuk kakakecik tak pasti sebab aritu abang din ke abang mie ntah yang bayar tapi kami makan 8 mangkuk laksa, pulut udang (pulut panggang), air, sardine puff tak sampai RM50.00 pun..mungkin semangkuk tu RM3.00 –3.50 je..sebab baru2 nie Abang Din tempah untuk kenduri kawen Adam,sekilo baru RM8.00..berbaloi kan..so mungkinkah laksa kak chah akan menjadi salah satu menunya..hehehe

 

psst : laksa beras kak chah nie memang sedap..lebih sedap dari laksa kak su yang pemes tu..tak percaya ampa p try dua-dua dan bandingkan..hehe…apa pun laksa kak chah kena dengan selera tekak cheq kalau tak kan habis licin kan.masa kenduri Adam, sabtu lepas pun x makan nasi makan laksa kak chah je..

Terima Kasih Mak #Tepung Bungkus dan Ketayap Gulung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

tpg bgkus

Pertama kali kakakecik nak ucap kan jutaan ribuan terima kasih sangat-sangat kat MyMum sebab mak sanggup tunaikan hajat perut kakakecik yang tak de isi apa nie untuk makan tepung bungkus… Selalu mak hanya buat tepung bungkus pada bulan puasa je..kalau bukan bulan puasa memang susah la mak nak buat..Tapi disebabkan anak dara sorang nie mak sanggup buat..terharu habaq mai..

 

Jumaat…plan asalnya nak buat..tapi hari tu semua pakat ting tong tak larat apa pun tak buat..Petang baru kelam kabut kupas nyoq muda nak buat inti..lepas maghrib, kakakecik mesin sendiri nyoq muda tu…depa kata dengar sampai jalan utama kampung..hahaha…Nyoq tu dok situ je sampai la ke pagi esok baru mak buat inti..tu pun buat untuk ketayap gulung…bukan ketayap pak aji tu ye..hehehehe..ini mak buat untuk ayah…pagi tu sebelum ayah ke bendang habis 4 biji jugak la…sedap kot ayaq tangan isteri yang buat..sokmo sebelum nie setiap pagi dok beli je kan..hehhe.

ketayap gulung

Okey okey…ketayap dah makan..tepung bungkus jugak dak..petang Ahad lepas balik dari makan kenduri dah dekat maghrib baru mak ambik daun pisang belakang umah…layoq2 semua. Lepas maghrib baru start buat tepung bungkus..Angah siap tak nak makan nasi sebab nak makan tepung bungkus tok nya..awal tu tanya..tok buat apa nie..untuk sapa..jual ke ada orang tempah ke.hahaha..sekali bila tok bagi tau untuk makan..dok ulang alik tanya siap dak g tepung bungkus..angah angah..teringin sangat dah macam ateh ye..

 tpg bungkus8 

Malam tu mak buat 2 bekas pengukus..resepi jangan tanya kakakecik sebab cheq cuma tolong kacau kepala santan dan kepai inti je..sukatan khas tu nanti kakakecik tanya kat mak ye..tunggu next entry..Bila dah buat tu sure la agih sana sikit sini sikit..mak kata kecian kat orang tua2..hehe..last2 tinggal berapa biji je..mak semangat buat lagi 1 bekas pengukus untuk bawak p kat Cik Faudziah di Sik..syok la tu mak wat jadi elok kali nie tak meleleh lembik semua..

tepung bngkus

Apa pun mak, terima kasih sebab buatkan tepung bungkus nie kat cheq..walau mak nyaris2 merajuk sebab anak2 tak mau tolong..pakat dok ralit sembang di ruang tamu..

 

pssst : lain tempat lain nama nya kan kuih nie..puteri tido sebilik ke apa nama nya ntah

Tuesday, December 3, 2013

Jom Memasak : Tom Yam Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ini kali kedua kakakecik buat tom yam putih..kalau tak silap tahun lepas kot pertama kali nya buat, so pagi tadi merealisasikan apa yang dibual dengan Kiera di FB, dia yang kenalkan resepi tomyam putih nie ke kakakecik. Ingat2 lupa da..seingat kakakecik tomyam nie kena letak lengkuas dan sedikit santan. Malam tadi godek2 la resepi nya..dapat di MyR, sama jugak macam kiera share di blog nya..

tomyam putih

Resepi : Tom Yam Putih

Bahan-bahan :

  • Daun limau purut setangkai (jgn banyak2 nnt pahit)
  • Lengkuas dua potong (wajib!)
  • Stok ayam atau kiub ayam (kalau stok ayam, guna la 3 4 sudu , kalau guna kiub, guna la empat kiub ayam) – ini kakakecik tak de letak, stok pun xbuat, kiub ayam pun xde
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 6-8 biji limau nipis (Perah airnya)
  • 10 biji cili padi  (tumbuk jgn sampai hancur)
  • Air dalam dua mangkuk tiga mangkuk
  • garam secubit dua(secukup rasa)
  • Daun Sup – x letak jugak terlupa hahaha
  • Ayam beberapa ketul (kalau guna sotong dan lain2 tambah je, kakakecik tambah udang)
  • Kubis, Carrot, Tomato – jika suka
  • 1 sudu Santan / Susu segar (ramuan rahsia)
Cara-cara
  1. Mula2 rebus air bersama lengkuas yang telah diketuk/ditumbuk guna lesung batu. Masukkan ayam . Rebus hingga mendidih. Masukkan garam jugak
  2. Selepas tu, masukkan stok ayam atau kiub ayam(jangan guna kiub tomyam putih,tak sedap) ke dalam periuk
  3. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tunggu air merebus. Sambil tu, tumbuk2 cili padi , dan siap2 perahkan air limau nipis.  Daun sup pun potong2 kecil (1cm )
  4. Next, masukkan air perahan limau nipis, cili padi, tunggu mendidih kemudian masukkan sayuran dan santan / susu segar.
  5. Siap! hidang guna daun sup. Boleh jugak tambah 3 titik minyak ikan(tapi ada orang xsuka)

 

Selamat Mencuba

Monday, December 2, 2013

Belajar Fisio di PMC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

pmc3

Sebulan yang lalu kakakecik berkampung hampir satu minggu di Putra Medical Centre(PMC). Bukan sebab kakakecik yang sakit tapi jaga mak kakakecik yang tak berapa nak sihat. Seawal jam 3 pagi kakakecik,abang on dan ayah bawak mak ke PMC kerana keadaan mak yang tak berapa nak okey bila nafas, asyik batuk tapi xde kuar kahak sampai semput..nyawa hap hap dah..

 

Abang On yang nak bawak mak ke PMC katanya cepat dan kita boleh mintak duduk sana. Bagus la abang on nie..dia yang bawak, dia bayar deposit yang kena tunggu kakakecik. Dah tu suruh kakakecik mintak dengan doktor untuk mak masuk wad..tak mau bagi balik..biar rehat kat wad semalam dua…tapi bila dah dok sana..bukan saja semalam dua..tapi bermalam2..5 hari jugak la di sana..Sampaikan kakakecik pun terkena tekanan darah rendah…Ops melalut sudah..sebenarnya kakakecik nak kongsi apa yang kakakecik dapat selama di PMC tu..

 

Setiap ari samada pagi atau petang selepas NEB, mak akan dibuat fisio untuk mengeluarkan kahak. Pada awal fisioterapi tu tak kasi kami adik beradik tengok dan ajari kakakecik walau doktor dah suruh kakakecik tengok dan mohon dia ajarkan. Bila esoknya doktor tanya dah pandai ke adik tepuk mak, kakakecik bagitau la yang jurufisio tu tak ajar..last2 dia amik sekeping kertas tulis Note lekat file mak..Hahaha..terbaik la Dr.Chan Jit Wooi nie..

 

Untuk keluarkan kahak yang hinggap di bahagian paru-paru,mak perlu NEB(ini pun dah pandai pasangkan semua, nurse hanya mai masuk kan ubat pastu nanti buat sendiri) tapi sebelum dan selepas NEB tu kena wat ujian tahap penafasan..sedut dan hembus benda bernombor..kalau normal 300 lebih boleh pergi..kalau macam dok semput je dalam seratus lebih gitu sahaja.

pmc1 

CYMERA_20131028_232545

Bila dah selesai NEB, tunggu la sejam begitu jurufisio akan mai tepuk2 belakang depan untuk keluarkan kahak..Cara yang kakakecik dapat lebih kurang begini la

tangan

  • Dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Badan tu seeloknya selimutkan.
  • Pastu tepuk belakang dari bawah ke atas(bahu), bukan tepuk biasa tu tau…tapak tangan tu lengkungkan macam nak tadah air, baru boleh tepuk kuat2 bukan slow. Jangan riso  tak sakit, kalau tangan kita flat macam biasa tu baru sakit, so jangan flatkan tangan. Bukannya tepuk kat tulang belakang, tapi kat tepi. Time tepuk nie mungkin akan terbatuk dan kuar kahak..kuarkan je..
  • Kena ulang tepuk nie, memula belah kanan, pastu belah kiri.
  • Bagi bahagian depan, letak bantal pinggul, tepuk kat bahagian pada buah dada..
  • Vibration pun ada jugak buat, caranya jari jemari tangan kanan letak di celah jari tangan kiri sebelah atas…tolak dan sapu di bahagian belakang n depan badan…bukan tekan tau, teknik nie kena guna kekuatan tangan yang kuat..memang susah nak buat (tapi sedap jugak bila ada fisio tu try buat kat badan nie..hahha)

CYMERA_20131029_112905

CYMERA_20131029_112720 

NEB sudah, tepuk pun sudah..kena belajar hembus nafas plak..tarik nafas perlahan ikut hidung pastu hembus ikut mulut…buat dalam 3x..pastu kena lagi tarik nafas, tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam, tahan nafas selama 10 saat dan hembus nafas dengan bunyi heeeeeeeeeeeeeeeeeeh…mungkin lepas tu batuk…buat 3x jugak…Memang kahak akan kuar banyak..ini apa yang terjadi kat mak kakakecik la..lain orang mungkin lain hasilnya..

 

psst : video tepuk tu ada tapi x dapat nak upload plak..huhu

Jom Memasak : Rendang Udang Kiera Sakura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

rendang udang 1

Pagi tadi dalam keadaan sudah terlewat masuk kerja, kakakecik tetap nak jugak masak untuk dibawa bekal untuk makan tengahari..tak nak jadi macam semalam..tahan lapar sampai ke petang…dok makan keropok, gula2 n air kosong je..(tak nak lagi cari alasan untuk malas masak)

 

Nak kata kelam kabut sangat tu tak la di dapur sebab nasi mak dah siap tanak, ikan, udang, ayam semua dah disejuk kan..So lagi mudah la kerja kakakecik di dapur..Cari ‘nyok’ yang dah parut xde plak dalam peti ais…Terpaksa la kopek dan mesin sendiri..Dah suntuk sangat masa tu, kakakecik mesin ikut setakat mana yang nak sahaja…HAHAHA teruk tak perangai selebihnya tinggal je biar ayah sambung mesin tak pun mak kukur bila dia nak guna masak..

 

Agak sudah lama kakakecik tak buat rendang udang nie..resepi nya kakakecik dapat dari Kiera, tu yang nama entry nie Rendang Udang Kiera Sakura..selalu ayam or daging je kan orang buat rendang…ini kiera buat rendang udang habaq mai…tapi untuk pagi nie kakakecik dah olah skit bahan dan cara2 nya berbanding yang sebelum nie..

rendang2  

RENDANG UDANG KIERA SAKURA

Bahan-bahan :

  • 200gm Udang
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam gelugur (hiris halus)
  • daun kunyit (hiris halus)
  • daun limau purut (hiris halus)** kakakecik tambah
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • garam secukup rasa

rendang5

Cara-caranya:

  1. Bersih kan udang..
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga halus
  3. Panaskan kuali tanpa minyak. Masuk kan bahan kisar, santan, cili kisar, asam gelugur, serbuk kunyit.
  4. Biarkan bahan-bahan mendidih hingga masak. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masukkan udang , hirisan daun kunyit serta daun limau purut.
  5. Masak hingga kuah agak kering sedikit,if nak berkuah pun boleh jugak.tengok udang sudah masak jangan sampai kecut sangat tutup api..
  6. Siap…sedia di makan dengan nasi putih panas.

 

psst : kakakecik masak ikut kata hati dan masak dengan ikhlas penuh kasih sayang..air tangan sendiri memang sedap..walau tak de pro mana, sijil masak memasak pun tak de tapi pengalaman masak di dapur dengan mak itu lebih berharga dan bernilai bagi kakakecik..belajar dari pengalaman dan kita praktik kan. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana bagi semua ini.

Sunday, December 1, 2013

Welcome Disember

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1470118_520580461371658_1923402705_n

Disember bulan terakhir

Disember musim hujan

Disember musim kawen

Disember genap usiaku

 

Pejam celik pejam celik kita dah masuk di bulan terakhir. udah 1 disember pun hari nie..bermakna ada lagi 22 hari la ye…oh tidak..mohon dipermudahkan apa jua urusan ku..(gambar di atas tiada kena mengena dengan diri ini mahupun ZulHelmei yang bakal melangsungkan majlis nya minggu hadapan)

 

Huuuh..tu keja Abang Din, abang sulung kakakecik dok wat kecoh plak kat group whatsapp family..jangan nak buat onar ye Abang Din…awat tak sabar dah ke nak tengok signage begitu..

 1461572_520587398037631_1709162962_n 

Ampa nampak tak apa dia dalam gambar tu…Erm..tu ha..Signage ZulHelmi & Shida…hahahha..punggah betul la Abang Din nie..nasib baik tadi tak jadi ikut depa p berantar Adam di Sungai Petani..kalau tak memang kena bahan la dalam kereta gamaknya..Apa pun Abang Din, bawak2 bersabar ye..In Sha Allah kalau ada jodoh adik ang sorang nie nanti ada la signage nama cheq dan (_____________) bersama2 dengan bungga manggar..ke ang nak chup kerja pasang bunga manggar nie nanti..HAHAHAHA

 

p/s : Tahniah kepada sahabat2 kakakecik yang telah / bakal menamatkan zaman bujang masing2..moga2an semua nya berjalan lancar dan dipermudahkan serta diberkati kehidupan kalian. Biar cantik di sisi Allah jangan cantik di mata manusia..

Thursday, November 21, 2013

Jom Memasak : Roti Puri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 roti puri 

Semalam dan hari ni…redup nyaman je cuaca di kawasan kakakecik..semalam hujan sepanjang hari membasahi bumi…manja2 je turun nya…kalau hujan2 nie makan roti cicah kari sedap jugak kan..Kakakecik teringat gulai ayam yang mak buat tu masih ada..elok lagi tak basi…apa lagi google la resepi roti puri…kakakecik dapat 2-3 resepi yang berlainan..tapi kakakecik cuba resepi yang dikongsi di MyResepi…

 

Kalau dulu setiap kali bulan posa..bila buka posa ramai2 belah family ayah..Mak Teh Ah akan buat..sekilo tepung..berebut2 kadang kala tak cukup…Itu dulu je la..sekarang tak de lagi buka posa ramai2 gitu..Pastu kalau pergi Perlis..sure g makan di gerai depan Taman Guru Kangar..taman selepas TNB kat roundabout tu…Nie dah dapat resepi cuba la buat sendiri…Alhamdulillah menjadi.

 

RESEPI ROTI PURI

Resepi Asal: Yatiezaini (myR)

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (boleh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air (jika perlu)
  • Minyak utk mengoreng

step roti puri

Cara-cara membuatnya :
  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar. Kemudian gaul rata.Ketepikan
  2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil. Panaskan atas api hingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. Dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti (breadcrumb)
  5. Jika perlu, tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tangan dan menjadi doh
  6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
  7. Pastu boleh la dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil. Agak2 la saiz tu berapa ya.
  8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap. Canai hingga habes doh dahulu.Barulah start menggoreng.
  9. Siap utk digoreng.....goreng sebijik sebijik ok...Gorengan dimulakan dengan doh yang pertama dicanai. Barulah roti sempat mengembang sementara menunggu turn untuk digoreng.

 

****Tips utk menggoreng :
Gunakan api yg kecil / sederhana, orang cakap kena pandai main api..kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mengelembong / naik kembong
Semasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

 

psst : kalau di pasir salak katanya panggil tepung tempek…tapi roti puri nie sama je kan dengan roti arab

Jom Memasak : Bihun Sup Ayam Bersambal Cili Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Terpaksa naip semua entry bihun sup ayam nie..petang semalam dah siap taip panjang berjela pun siap dengan resepi bagai..just nak masuk kan gambar sahaja lagi..Tup2 letrik xde…ingatkan akan ada dalam peti draft..rupa2nya tak de…uwaaaaaaa..nak tak nak arini kena la tekan keyboard semula…takmau biar tertangguh…nanti basi plak bihun sup tu..

bhun sup

Gara-gara bihun sup ayam..dah hampir 40jam kakakecik tak jamah nasi…asyik dok ulang makan bihun sup aje…last makan nasi ari buat sambal telur rebus goreng tu…tak pasal2 arini dok muntah angin..padan muka ang shida… Sebenarnya, kakakecik dah teringin benar nak makan bihun sup ayam bersambal cili merah nie..sampai ke Tanjung Dawai kakakecik jejaki..tapi itu la setakat boleh lepaskan keinginan sahaja..tak cukup lengkap bahan nya..makan tetap habis…sluuuurp sluuurp..Nak puas hati buat sendiri kan…So apa lagi 2 malam lepas kakakecik start la kerja gila wat sup ayam di malam hari..hahahaha..bila panggil kazen mai makan..dia kata beli ke.ye la mana de orang wat bihun sup malam2 kan…itu la nama nya kalau dah mengidam tu..cukup bahan jalan je…

  bhun sup tjg dawai

Bihun Sup Tanjung Dawai

 

Okey resepi nya…anggaran je ye…sup nya pun simple2 aje…lebih kurang orang lain buat jugak..

RESEPI : BIHUN SUP AYAM BERSAMBAL CILI MERAH

BAHAN A : BIHUN

  • 1 bungkus bihun
  • 2 sudu makan serbuk kunyit / pewarna kuning
  • Air secukupnya

Cara menyediakan bihun :

  1. Didihkan air untuk merebus bihun. Masuk kan pewarna kuning atau serbuk kunyit.
  2. Apabila air sudah mendidih masukkan bihun dan kacau-kacau sikit bagi bihun masak rata. Tutup api, biarkan sekejap bihun terendam dalam air tapi jangan terlalu lama nanti bihun lembik.
  3. Bial bihun dah masak, lembut. Toskan bihun sambik jirus dengan air paip. Balik2kan bihun dan biarkan bihun ditos hungga dihidang (supaya bihun tidak bergumpal dan mudah dileraikan apabila nak makan)

 

BAHAN B : KUAH SUP

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1 batang daun sup (potong kasar)
  • 2 inci halia ***
  • 3 ulas bawang putih ***
  • 3 biji bawang merah ***
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara2 Membuatnya:

  1. Bahan-bahan yang tanda *** diketuk2 manja (tak halus tak kasar, biasa2 sahaja hasilnya) untuk dijadikan bahan tumis.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis bersama bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga bawang keperangan dan wangi.
  3. Masukkan air  dan sup bunjut.
  4. Masukkan ayam dan tutup periuk biarkan ia mendidih. Masak sehingga ayam empuk.
  5. Bila ayam hampir empuk..masukkan daun sup dan perasakan dengan garam serta perasa secukupnya..biar merenih & ayam benar2 empuk.. tutup api..

**Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga ayam empuk..baru tabur bawang goreng dan daun sup.

 

BAHAN C : SAMBAL CILI MERAH

  • 1 bungkus kecil serbuk cili
  • 1 cawan air (kakakecik ambik kuah sup)
  • 2 sudu gula
  • sedikit minyak utk menumis.

Cara-cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak api perlahan,masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
  2. Masukkan air dan gula.
  3. Kacau hingga sebati jangan ada yangg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit.
  4. Bila dah nampak pecah minyak.Tutup api, sedia untuk dihidangkan dengan bihun sup.
bawang goreng

 

BAHAN C : UNTUK HIASAN / TABUR

  • Ayam yang siap dipotong kecil (ambil dari kuah sup)
  • Daun bawang (hiris)
  • Cili merah (hiris)
  • Lobak masin hancur (dicuci & goreng sekejap)
  • Bawang goreng (lagi sedap kalau goreng sendiri…wangi)
  • Tauhu (goreng dan potong dadu)
  • Sambal Cili

 

Okey dah  siap semua, apa lagi amik mangkuk..isi bihun dan ayam yang telah dipotong. Hiaskan dengan bahan tabur. Masukkan kuah. Hidangkan dengan kuah sambal merah. Jangan lupa baca Bismillah dan doa makan.

 

Mesti ada yang tertanya2 kenapa yang kakakecik teringin benar nak makan bihun sup ayam bersambal cili merah ye….eh ke tak da yang nak tau pun sebabnya..hahaha,perasan plak macam orang nak tau…tak kisah la..nak jugak bagitau..Dulu, zaman kakakecik sekolah rendah dan menengah…lewat tahun 80an dan awal tahun 90an gitu, kat kampung kakakecik ada 1 gerai yang jual bihun sup ayam…Boleh kata selalu jugak la kakakecik dan kawan2 dok makan di situ…sambil makan borak…biasa la budak2 kan time tu..seronok je keja nya..lepas makan g main…memang sedap la bihun sup ayam Chop Pam tu..asal lak bihun sup Chop Pam…hahaha..arwah pakcik nie dulu keja kat loji air di kampung…depa dok kuarters..itu yang orang kampung panggil dia chop pam…Al-Fatihah untuk arwah yang telah kembali ke Rahmahtullah pada Awal Muharam baru2 nie…

 

Itu dulu selalu dapat makan, tapi sekarang nie susah nak cari kedai yang jual bihun sup ayam bersambal cili merah…kebanyakan jual bihun sup daging…kalau ada yang jual bihun sup ayam sambal merah pun..kekadang bahan tabur nya tak cukup..sokmo depa letak daun bawang dan bawang goreng..kalau ada yang letak tauhu goreng atau lobak asin tu…1bonus la mangkuk bihun sup tu….Itu yang boleh kakakecik buat sendiri dengan bawang goreng yang digoreng sendiri wangi je time hirup sup tu..puas makan berulang2…Okey Selamat Mencuba ye..

 

psst : esok holiday di seberang laut..

Tuesday, November 19, 2013

Jom Memasak : Sambal Telur Rebus Goreng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sehari dua ni rasa malas je nak ke dapur untuk masak bekalan tengahari di tempat kerja..dah la malas nak masak…malas plak nak keluar pegi beli makan..sanggup tahan lapar sampai sakit kepala..cukup la semalam je buat perangai begitu (padahal last week pun buat gak perangai malas tu). So arini dek tergoda dengan sambal tumis telur pengantin yang PCM buat..sememangnya kakakecik dah lama tak buat sambal telur nie…kakakecik pun pagi tadi buat la sambal telur rebus goreng..kenapa plak rebus goreng? jeng jeng tu kena baca sampai habis la ye…

smbl telur

Resepi tak de la buat ala2 PCM sebab kakakecik tak makan sotong kering..hehee..so nie resepi kakakecik…

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur rebus yang dikupas kulit
  • 1 biji bawang besar, bahagia dua dan potong melintang
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 senduk cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • 5 biji bawang merah kecil (dimayang halus)**
  • 2 ulas bawang putih (dimayang halus) **
  • 1 batang serai (diketuk2 manja) **

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng telur rebus yang telah dikupas kulit hingga keperangan. Ketepikan.(ini la dinamakan telur rebus goreng)
  2. Dengan menggunakan lebihan minyak goreng telur tadi, tumis bahan bertanda ** hingga harum.
  3. Kemudian, cili kisar dan sedikit air. Masak hingga cili garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar, kacau dan masak hingga bawang lembut. Curah la atas telur rebus yang dibelah dua..Selamat mencuba

Syukur, Bahagia dan Seronok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sabtu minggu lepas, kakakecik rasa bahagia dan seronok sangat bila dapat jamu sedara adik beradik dan sahabat yang kunjung ke rumah untuk menikmati laksa air tangan sendiri..Ada laksa kuah lemak..ada laksa kuah asam pedas..pilih je mana satu yang nak makan..Yang menjadi pilihan tentu la laksa kuah lemak…bertambah2 orang tu makan sampaikan mamanya terkejut..ada jugak yang langgar pantang semata2 laksa yang kakakecik buat..terharu nya…

laksa2

laksa1 

Syukur Alhamdullilah, mak pun nampak semakin sihat bila rumah penuh dengan sedara mara..Macam la ramai sangat kan..tapi dari tengahari hingga ke malam la rumah penuh..Bermula tengahari tu Kak Ja  anak beranak sampai, pastu Finaz dan Mama nya datang untuk temubual mak tentang bunga daun getah..Lewat petang, Mem Besar KBU: CIK GKSB plak sampai…lepas maghrib Abang On anak beranak…Pak Su anak beranak…Selepas isyak Pak Lang anak beranak…penuh riuh rumah dengan dorang semua..

sabtu2

sabtu1

Dah pakat balik semua..baru Abang Din anak beranak sampai dari Perlis..memang rasa macam hari raya plak hari tu..Laksa pun 4 peket habis..Yang best nya tu..bila masing2 dah kenyang makan laksa..dok pulun makan keropok lekor, keropok ikan dan buah2…Alhamdulillah seronok kan dapat kongsi rezeki dengan orang lain..

 

 

p/s : untuk mencuba laksakuah asam pedas boleh refer entry laksa utara..ada resepinya. Manakala untuk laksa kuah lemak..boleh ke entry laksa kuah lemak pendang mai…selamat mencuba ye

Thursday, November 14, 2013

Singgang Ikan Pembuka Selera

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Apa Khabar semua sahabat2 kalian..moga sihat hendaknya..Kakakecik dan Mak tak berapa nak sihat sangat..malam tadi dua-dua orang masuk tido awal…Bangun pagi nie buat manja dengan mak mengadu yang rasa nak demam dan pening je (sambil pegang dahi check tahap kepanasan)…Mak kata dia pun tak berapa nak sihat baik lagi..Ubat yang amik di PMC dah habis..

 

Yang paling best tu mak tanya nak makan apa..Masak ayaq ikan ke? Terus mengiaya kan sebab memang dalam hati kakakecik nak mintak mak buat masak ayaq ikan pun..erm, masak ayaq ikan tu camne ye…mungkin kalau kakakecik sebut singgang ramai yang tau kan..haaaaa masak tu la..yang simple mudah ringkas tapi sedap sangat..pembuka selera kalau demam x sihat nie..itu yang mampu di telan..Mak pun dah paham benar..kalau tak sihat tu je nak..

ikan singgang

Pagi tadi sebelum mai kerja makan dulu nasi putih dengan kuah singgang nie..sedap..Terima kasih mak buatkan masak ayaq ikan nie..sayang mak lebih..adik beradik yang lain jangan jeles ye…

Wednesday, November 13, 2013

Jom Memasak : Cheese Cake Meleleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

IMG_20131108_160623

Mohon ampun dan maaf, dah bermingguan kakakecik tak conteng di sini..Sibuk menjaga mak di hospital selama seminggu…Mood blogging pun menurun sebagaimana mood untuk baking…2 minggu jugak la mixer tak disentuh..oven tak dipanaskan..

 

So khamis dan jumaat lepas kasi warming up skit, kalau tak start memang tak akan jalan la kan..walau ada keinginan..malam jumaat sebelum adik balik kampus wat sherperd pie, mak dok teringin..Alang-alang dah oven dikeluarkan..Jumaat tu kakakecik nak mencuba buat cheese cake..bahan dah beli sebelum raya haji lagi..Kekonon nak buat masa raya haji.tapi tak sempat..Jumaat lepas baru sempat buat..kebetulan Abang On dan Kak Tie buat makan2 skit sempena besday Saffiya…Boleh la bawak ke rumahnya..

 

Resepi..kakakecik ambik kat google je tak ingat ambik dari blog mana…mintak halal ye tuan punya resepi..Abaikan hiasan yang comot tu..

 IMG_20131108_160447

Resepi : Cheese Cake Meleleh

Untuk Kek:

  • 100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
  • 60g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 100g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
  • 75g mentega cair

Cara:

  1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
  2. Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

 

Untuk Cream:

  • 250g cream cheese
  • 120g susu pekat manis
  • 50ml UHT Whipping cream

*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair

 

Untuk hiasan:

  • 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:

  1. Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
  2. Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
  3. Parutkan cheddar cheese di atas kek.

 

Selamat Mencuba…Jangan tanya kakakecik sedap ke idak sebab kakakecik memang tak makan cheese cake..tapi kakak dan anak buah kata sedap..sedap la kot kalau tak, tak habis la :)