Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, November 28, 2012

“Jalang-jalang” Negeri Penyu Bertelur

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 

Fuuuuuh, baru ada kesempatan kakakecik nak update blog ni…5 hari bercuti ‘jalang'-jalang’ Negeri Penyu Bertelur…semalam dah start keja..tapi line plak tak okey sampai ke tengahari tadi…so jangan bosan jangan klik [x] plak ye..sebab mungkin banyak cerita dan gambar yang kakakecik akan share dengan korang…yang pasti nya tak de sekeping pun muka kakakecik sendiri hahaha…macam tu pun boleh…kalau ada nanti korang plak rasa jemu kan…

 

Khamis..hampir 10 jam perjalanan kami dari kedah ke terengganu..rujuk je entry nie..x mau la cerita lagi..hahaha..riso akan mabuk lagi bila cerita…

 

Jumaat : selepas subuh semua penghuni kat umah kak Mena di larang tido sebab pukul 9 pagi akan bergerak ke kuala terengganu..untuk walimah di batu rakit…sepanjang perjalanan ke sana memang kakakecik menikmati keindahan alam di negeri terengganu..dan mengenalpasti landmark supaya kalau lepas nie nak ke sana mudah..hehe….pukul 10.30pagi kami sampai di homestay..tak ingat plak nama homestay tu…almaklum la tak stay kat stu kan..yang kakakecik ingat jalan ke homestay tu depan MRSM..Pukul 11.15pagi macam tu kami bergerak ke umah pengantin lelaki, time nie kakakecik dan sebahagian family kak ipar dah pelik…kenapa pengantin lelaki tak datang jemput….hahhaa…myb style sana mcm tu kot…time kami sampai umah pengantin lelaki…tak de sapa pun…kami je rombongan pengantin perempuan yang mula2 datang..Menurut Johan, pengantin lelaki…memang dorang wat mcm nie…tak nak nanti rombongan pengantin perempuan berasak2 dengan tetamu…bagus jugak kan mcm tu….tapi kakakecik plak tak dapat nak makan sangat sebab masih awal..makan skit je nasi kenduri nya..huhu…

amalina johanPasangan Pengantin Cikgu..Amalina dan Johan..semoga kekal bahagia selalu..

Selepas selesai semua…kami balik semula ke homestay..sementara yang lelaki pergi solat jumaat…yang perempuan….dapat la berehat..ada yang sembang..ada yang tido..agak2 kakakecik buat yang mana 1…tido or sembang…hehe…

Pukul 3 petang..dah kena checkout…so family kak ipar plan nak ke taman tamadun islam (TTI), kami tak masuk pun ke TTI…sebab tak larat nak jalan..lagipun mahal jugak la tiket nak masuk nya..last2 dorang decide nak naik TTI Cruise…boat tu penuh dengan rombongan kami je la…20 orang jugak…best jugak keliling Sg Terengganu selama lebih kurang 45 minit nie..macam2 cerita dan info yang kami semua dapat…terutama tentang Pulau Hajjah Siah, di mana dgr ceritanya hanya keluarganya saja dok kat pulau tu…besar jugak pulau tu…dan dikhabarkan sebahagian nya akan dijual..nilai juta ringgit la..sepanjang 45 minit menyusuri Sungai Terengganu dengan TTI Cruise kita boleh tengok kampung nelayan, tempat orang buat kapal..kaya Datuk K tu kan…resort yang cantik (Ri-Yaz Heritage, Marina Resosrt Spa..bilik nya 1 malam pun cecah ribuan ringgit)

Jom kita layan gambar-gambar yang mana sempat kakakecik ambil sepanjang menyusuri Sg Terengganu

P1030296

TTI dan Masjid Kristal shoot dari tengah Sg Terengganu

monscup

 monsun cupMonsup Cup yang akan berlangsung pada 3 –8 Disember di Pulau Duyong ..kami bertuah kerana berpeluang melihat mereka berlatih…

 DSCN0023 Ini bukan ICT terengganu…ni kawasan uptown…bila malam kawasan nie bercahaya macam kat I-City Shah Alam…

 

msjd 

DSCN0027

Masjid Kristal…di mana terletak nya kristal tu…di keempat empat tiang penjuru yang paling tinggi tu…di bahagian bawah bulan sabit tue..yang bentuk macam bawang…kat situ la yang ada kristal nya…di Masjid Kristal tidak boleh menjalankan solat jumaat..hanya boleh solat 5 waktu sahaja…ye la dah tak de penduduk kan di pulau nie.

t-ah

Kakakecik sangat jeles dengan T-ah sebab dia ada gambar ini…uwaaaa…

Balik semula ke Ajil..bermalam di umah Kak Mena dan Abang Fendi…(kakakecik ingatkan dorang nak la pegi ICT Terengganu.huhuhu)

 

Sabtu : Selepas breakfast nasi dagang (kakakecik tak makan pun nasi dagang..makan nasi goreng je), check in kat Permai Inn Hotel, Kuala Terengganu..pukul 3 petang..pergi cari makanan kat Medan Selera Batu Buruk…makanan nya boleh la…biasa2 aje..huhu.. selepas perut dah kenyang…terus ke Pasar Payang..walau pun dah tau masa hanya tinggal 1 jam lebih je untuk shopping di situ..kakakecik beli baju kelawar je…budak-budak tak ikut pegi shopping..depa pakat berendam kat hotel…

DSCN0040

Malam nya…selepas isyak kami ke Water Front..menikmati dinner tepi laut…ber’western’…memandangkan kami ramai dalam 30 orang jugak la…5 MPV…kena la cari gerai yang bersesuaian..so kebanyakan family kak niroh pilih duduk kat gerai ujung sekali…sebab tak de orang kat stu…kakakecik plak pergi ke gerai ujung juga,sebab kedai tu ramai orang..mesti sedap…yang kami tak sangka tu…kejap je dah sampai order kami…yang depa reramai di gerai ujung sana…hampir sejam lebih menunggu makanan dorang…konon dok situ dapat cepat la…huhu..

 DSCN0046

Chicken Chop yang kakakecik makan…sedap la jugak..ayam dan kentang tu je la kakakecik makan..yang lain Angah la tolong habiskan…untuk 1 hari 1 malam Sabtu kami di Kuala Terengganu tu RM 600 jugak la habis untuk makan sahaja…

DSCN0047

Sementara tunggu group yang makanan sampai lambat tu..Afiq n Solihin nak pergi jejalan tepi laut..kata nya nak tengok orang memancing…tapi budak 2 orang nie jenis mulut tak reti dok diam,dok sembang je.tanya itu ini..si Ateh dah bagitau jangan bising..diam nanti ikan x makan umpan…tak heran la…sembang mcm tu jugak la…mesti tensen je adik2 yang memancing tu..sori la ye dik..budak 2 orang nie memang x boleh jumpa…ada je nak sembang…mau-mau Afiq tu pencinta haiwan…

 

Dah kenyang makan…kami ke kawasan lampu-lampu yang macam kat I-city Shah Alam tu..tapi ini di tepi laut…eh laut plak..Sungai Terengganu…kawasan nie tak berapa nak jaga sangat…tak bersih sangat bagi kakakecik…huhu..

DSCN0053

 

Ahad : Check-out dan pegi Pasar Payang lagi..shopping kerepok kering dan tudung..terus ke losong untuk beli keropok lekor cicah cili (KLCC)…malam nya ada BBQ di umah Kak Mena..kakakecik tolong je mana patut..potong2 sayur untuk wat tomyam..sekali kak niroh suruh kakakecik buat air asam tomato..alamak…tak biasa plak buat untuk orang lain selain family nie…riso jugak la..nanti pedas..dikatakan anak dara garang plak..memang pedas pun..jenuh la tambah itu ini..bagi sesedap rasa..alhamdulillah..habis pun air asam tu..syukur…

 

Isnin : Kami bergerak balik dari Ajil pukul 11 pagi..singgah lunch dan solat di Medan Selera Keropok Lekor Losong Setiu…

DSCN0057

Alhamdulillah pukul 8.15malam sampai umah…setelah berhenti dekat 10 kali untuk ke tandas..abang din kata..berhenti p tandas saja tambah tolak p dah dekat 2 jam..hahaha..sabar je la..nak wat cmne kan…

 

 

p/s : TERIMA KASIH KEPADA KAK MENA DAN ABG FANDI..PENAJA PENGINAPAN DAN MAKAN DI AJIL..TERIMA KASIH KEPADA ABG DIN DAN KAK NIROH YANG BAWAK ADIK SORANG NIE JEJALAN TERENGGANU

pssst : terkilan jugak sebab ada benda yang dihajati tak kesampaian perolehi di sana..sabar wahai hati..

Friday, November 23, 2012

Terengganu : 10 jam perjalanan

alhamdulilllah kakakecik telah selamat sampai ke negeri penyu bertelur, setelah hampir 10 jam perjalanan dari kedah,bertolak dr pendang jam 11pg..sampai ajil pukul 9mlm td.sepanjang perjalanan kakakecik banyak tido je..mabuk..huhu..sabar je la..masa sampai kat puncak banjaran titiwangsa untuk solat dan lunch..jalan pun terhayun hayang...

tapi..bila sampai jeli sempat lagi singgah makan durian dan buah-buahan lain kat umah kawan abg din...

sekarang ne kat mana..kat ajil.tumpang bermalam di umah kakak kak ipar..abg din n kak niroh dah tak larat nk pergi homestay yg disediakan oleh pihak pengantin lelaki di kuala terengganu...

pstttt...nak tido dah esok pagi nk ke walimah di batu rakit..1st time nak makan kenduri kawen ari jumaat

p/s: HAPPY BESDAY TO MYLOVELY FREND..LYDIA MIZA

Monday, November 19, 2012

Taman Dapur di Cameron Highlands

Assalamualaikum dan Selamat Petang..

 DSCN0536

08112012- Kakakecik berkesempatan berkenalan dengan pokok2 herba dan rempah ratus yang sebelum ni hanya guna yang dah dikeringkan…tetapi bila pergi je MARDI di Cameron Highlands..masuk Taman Dapur..waaaaaaaaaaah teruja nya..macam2 pokok yang ada..kebanyakan 1st time kakakecik tengok dan macam tak percaya je tu pokok yang kakakecik pernah guna pakai…

 DSCN0524

Cuba teka nie pokok apa….kakakecik pun terkejut gak bila tengok pokok nie..biar betul…tapi memang betul la tu adalah pkok jintan putih…

 DSCN0525

Selama nie dok guna jintan putih biji-biji…bila tengok pokok nya..daun panjang2..pelik gak…

  DSCN0530

Ini plak pokok rosemary yang kakakecik dok cari-cari sangat tu…bila dah jumpa tak de plak nak beli..hahaa…teruk kan

DSCN0534

Okey, cuba teka plak pokok apa nie..yang selalu jugak digunakan dalam sos spaghetti…bukan bukan…salah…jawapan nya tengok la gambar di bawah hehe…

 DSCN0535

Pokok oregano la…banyak guna dorang taman pokok oregano nie..taman kat tanah macam biasa je..sempat jugak la kakakecik petik dan ambik bau nya..hehe…saja nak try bau yang fresh….

DSCN0532 

Ini adalah pokok herba yang menarik perhatian kakakecik…dorang buat bonsai lagi…kalau perhati betul2 pokok apa la ye..tengok daun tu macam daun sup….tapi nie bukan pokok sup or pokok saderi..ini la pokok parsley….

 

Kalau korang ke CH cuti2 sekolah nie..jangan lupa pergi MARDI ye…tiket masuk RM8.00 utk dewasa…tapi aritu kakakecik pergi lawatan dengan 2 biji bas..sorang RM4.00 aje…opps kakakecik dan semua yang pergi tu tak perlu bayar…PPK Pendang Selatan yang bayarkan hehe..masuk free la jawapan nya…memang best kat dalam MARDI tu…macam2 yang boleh kita tengok dan belek..tak rugi…

Perak : Meletop dengan Mee Kari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mee Kari…kakakecik pun tatau sejak bila suka berkenan makan mee kari nie…awal bulan aritu misi mencari mee kari yang sedap di Perak…dua kali, dua kali ulang sekali lagi dua kali kakakecik makan mee kari di Perak dalam jarak tempoh tiga (3) hari…memang sah la kan kakakecik mengidam sangat nak makan mee kari nie…

 

Alhamdulillah pada hari Khamis semasa otw balik dari CH…di waktu lewat petang kakakecik dapat makan mee kari di RnR Bukit Gantang arah Utara…sedap jugak..makan sampai licin..dah tu kakakecik berjaya mempengaruhi Kak Ja, Kak Siti dan Kak Miza untuk makan mee kari jugak..dorang pun makan habis…kalau semua pakat makan licin memang sedap la kan mee kari kat RnR Bkt Gantang tu..opss kedai yang mana 1..kedai yang num 3 kalau tak silap kakakecik…bukan yang sebelah jual air dan makanan ringan tu..selang sebuah nya..

DSCN0567

Misi mencari mee kari diteruskan lagi pada Ahad 11-11-12, kali ni di Bandar Ipoh..kakakecik dah pernah makan di Ipoh nie..tapi tak ingat plak nak tempat nya..puas google dan tanya Abang Zahari (Driver Risda) yang bertanggungjawab bawak kakakecik dan rakan2 makan mee kari di waktu pagi..So, sebelum ke kenduri kahwin pasangan blogger, kakakecik ajak la Aima (selaku driver), Dik Ilah dan Shahir (Petunjuk Jalan) untuk makan mee kari..nasib baik Shahir pernah pergi makan kat situ…itu pun puas la kakakecik bagitau landmark sekian sekian tempat..baru dia teringat yang dia pernah makan di situ (jangan terkejut, pakcik chon yang dah lama dok Ipoh pun tatau kedai makan Mee Kari yang meletop ni)

DSCN0562

Okey, sebenarnya kakakecik pergi makan mee kari di Mee Daud Mat Jasak..belakang Super Kinta, Ipoh…kat situ ada dua kedai makan..kedua-dua nya ada jual Mee Kari..tetapi di sebelah kedai Mee Daud Mat Jasak nie ada jual nasi campur jugak..(kakakecik pernah makan mee kari di kedai tersebut,ala yang abang zahari bawak tu). So, untuk kali nie kakakecik nak mencuba plak di Mee Kari Mat Jasak, sebab bila kakakecik google mee kari di ipoh, mee kari mat jasak nie la yang timbul…

  DSCN0566

Mee Kari Mat Jasak…nampak macam ‘ceroi’ kuah nya…tapi sedap..mau plak makan dengan sambal nya tu..pergh…hirup sampai tak angkat muka dah…

MK 

Kesedapan dan kenikmatan mee kari nie kakakecik pun tatau nak bagi berapa bintang tapi yang unik nya dalam mee kari tu ada tauhu yang telah disumbat isi ketam…dah tu dalam pinggan kakakecik ada banyak ketul..kebetulan dalam mangkuk aima dikatakan nya ada sikit je…ntah2 aima makan tak sedar kot..hehe…so, kakakecik bagi je la kat dia skit tauhu tu…

DSCN0568Tauhu yang ada isi ketam di dalam nya…sedap jugak..

Berkenaan dengan harga…amat berbaloi dan murah..kakakecik aritu makan yang biasa punya semangkuk RM3.50..masa makan dok pelik kenapa la mee kari tak ada kerang..rupa2nya kalau nak kerang kena bagitau ala2 special gitu la…dan caj tambahan RM1.00 akan dikenakan..hehehe…ok la jugak mungkin ada yang x makan kerang so tak de la membazir…sapa nak kerang bagitau je nak tambah kerang..

   DSCN0573

Lepas ni sapa2 nak pergi makan mee kari..sila kunjung Mee Daud Mat Jasak yang terletak di Jalan Datuk Onn Jaafar(belakang Super Kinta, Ipoh)

 DSCN0561   

Selamat Menjamu Selera di Mee Daud Mat Jasak…

 

pssst : pemilik kedai nie peramah orang nya..

Wednesday, November 14, 2012

Satu Perjalanan Nadzri dan Syakira


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



10.11.12..adalah tarikh keramat bagi pasangan Nadzri dan Syakira..di mana pasangan ini telah selamat diijabkabul kan dengan sekali lafaz..Tahniah Nadh dan Kiera, Kakakecik tak dapat tengok live majlis akad nikah dorang….tak kisah la kakakecik ada ke tak yang pasti dorang sudah SAH bergelar suami isteri itu yang lebih penting…


TAHNIAH….

11.11.12 : rumah pengantin telah menjadi tempat untuk kami blogger dari KBU, Blogger Perak dan tak ketinggalan GMG untuk berkumpul dan mengenali antara satu sama lain..walaupun ada yang baru pertama kali jumpa bertentang mata tetapi dorang nie riuh macam dah kenal (eh memang dah kenal pun dalam blog dan cyber). Penuh ruang rumah dan khemah dengan kami kami kami je..nasib baik pukul 3.00 petang dah tak ramai tetamu dah..kalau x mau gak dorang tengok pelik kan…




Kepada Nadh dan Kiera, kakakecik ucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia hingga ke syurga, didoakan rumahtangga yang dibina ini akan dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan…selamat menempuh ’Satu Perjalanan’  selepas ini..



p/s : Selamat Pengantin Baru juga untuk Bro dan Iera..

Thursday, November 1, 2012

Jom Memasak : Cornflakes Coklat

Assalamualaikum dan Selamat Petang…

 

Kalau raya-raya (raya haji dan raya puasa je) sebelum nie kakakecik buat cornflakes madu aje…tapi untuk raya haji kali nie kakakecik menerai buat cornflakes coklat yang mudah kerana tak perlu masukkan dalam oven…mau plak buat sorang-sorang…heehee…EH mak tolong la malam buat cornflakes coklat nie..mak tolong tabur2kan manik urai warna warni…Terima Kasih mak…

 

Tapi kan….anak2 buah shida tak nak cornflakes coklat nie..dorang nak cornflakes madu…mana la ateh sempat nak buat sorang2 cornflakes madu kan nak kena masuk oven..alahai ampa nie..sekali sekala ateh nak jugak tukar selera…walau ateh x makan…boring la asyik benda yang sama dari 15 tahun lalu….

 

Resepi cornflakes coklat nie kakakecik ambil di blog Ita Yuzie, ENTRY ini..Jom kita semak resepi yang kakakecik telah tokok tambah:

cornflakes

RESEPI : CORNFLAKES COKLAT

BAHAN-BAHAN

  • 500g cornflakes
  • 300 gram kacang shangton yang telah dicincang2 (kalau nak sedap guna almond strip yang telah di panggang @ sangai dulu sampai rangup)
  • 400g coklat masak
  • bebola manik warna warni untuk hiasan

CARA-CARA

  1. Cairkan coklat masak dengan kaedah double boiler (kalau boleh guna mangkuk steel @ kaca yg besar agak2 muat untuk sebatikan semua bahan2)
  2. Bila coklat dah cair & tidak berketul, masukkan cornflakes & badam tadi
    gaul sampai semua bersalut & rata
  3. Sudukan atas papercup dengan segera
  4. Hiaskan dengan memanik warna warni
  5. Letak bawah kipas @ biar sehingga coklat keras
  6. Biar seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

Dah siap.... mudahkan tak perlu oven tak perlu mixer hanya perlu rice cooker..kenapa..nie cara mudah nak bagi coklat cair, tengok la tips yang dikongsi oleh Ita dalam entry nya ini

 

*TIPS DARI ITA YUZIE: kalau takut coklat keras sebelum siap sudukan dalam paper cup, boleh letak mangkuk steel atas rice cooker yg ada air menggelegak & "on" kan suisnya.

Spontaneus Thursday # 13

 

“Aku tak nak paksa mata nie..aku sayang sepasang mata yang rabun sejak 20 tahun lalu”

Jom Memasak : Biskut Suji Kristal

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari..

 

Orang lain waktu macam nie update pasal menu2 masakan untuk makan tenghari..tapi kakakecik nak update/kongsi salah satu biskut yang kakakecik buat untuk hari raya korban minggu lepas…BISKUT SUJI KRISTAL…ada jugak yang panggil biskut nie biskut suji brunei dan biskut bebola kristal

 

Ini adalah pertama kali kakakecik buat biskut bebola kristal…menyahut cabaran anak buah si Athirah bila mana raya puasa aritu dia tanya..”Ateh, tak reti ke buat biskut warna warni macam kat umah Tok Ngah tu..kami suka”…sori la T-ah ateh tak reti buat…tp dalam hati nie nak tau camne buat..so tanya la Mak Ngah dan Mak Teh…resepi dan macam mana terbentuk nya 3 color warna warni tu…Mak Ngah guna adunan yang ada letak badam dan Mak Teh pulak just letak tepung, gula dan minyak sapi yang telah digantikan dengan butter…Semua nya di hujung jari..kakakecik pun mencari la resepi2 yang dikongsi di internet..dapat 2 resepi..1 resepi yang menggunakan badam dan 1 resepi yang tak menggunakan badam..untuk raya haji aritu kakakecik buat resepi yang menggunakan badam….

bebola kristal

Jom kita semak resepi yang kakakecik ambil dari blog kak Ummi dan Kak Azlita Masam Manis

BISKUT SUJI CRYSTAL
By: Kak Wan
Sumber: Kak Azlita Masam Maniskak Ummi


Bahan A - Diayak bersama

  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan B
  • 125 gm gula icing
  • 1/8 sudu teh garam
  • 100 gm badam kisar - di pangang
  • 1/2 sudu teh perisa vanilla
  • 200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
  • pewarna hijau, pink, dan kuning
Cara Membuat:-
  1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
  2. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
  3. Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
  4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
  5. Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.

Kalau kakakecik baca kat petua/cara kak Azlita buat, dia bulatkan setiap doh tu 3 gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli. Susun doh ke dalam dulang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit. Biarkan sejuk setelah masak. Kemudian salutkan dgn gula caster. Tetapi kakakecik buat cara mcm nie…tak menjadi..leper biskut tu…dah macam ragi bentuk dan saiz nya…Memandangkan kakakecik buat tak menjadi molek bulat nya…so, kakakecik buat cara Mak Teh…bentuk bulat, gaul gula castor dan masukkan dalam cup baru bakar…

 

bk2

Dan ini la hasil nya..dapat la 1 tupperware aiskrim wall’s…mak kata sedap..kakakecik merasa skit je..sebab kakakecik tak boleh nak terima bau minyak sapi….

bk3 

 

pssst: malam sebelum tu kakakecik terlampau derhaka..setengah adunan masuk tong sampah..hahaha

Tekanan dan Takut dengan Periuk Tekanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Memandangkan stok daging korban ada banyak dalam esbox tu..bagitau la mak nak buat sup..boleh jugak makan dengan bihun kan..saja la nak rasmi pressure cooker yang mak beli sejak bulan posa aritu…tak guna-guna dok simpan elok je dalam kotak…apa barang kan beli tapi tak guna…..First time memasak sup menggunakan periuk tekanan (pressure cooker) agak menakutkan dan memberi tekanan kepada kakakecik..

 

Sememangnya kakakecik mengaku…serius kakakecik tatau nak guna camne periuk tu..terpaksa baca paham manual nya..nak tutup bagi ketat penutup periuk tu pun tatau dari arah mana..teruk kan kakakecik…elok dah setengah jam daging + air dok atas api…dok bunyi wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit dengan berasap….alamak….riso nya…mau tak riso abg on kata…meletop tatau la….huhuhu…

 

Selepas setengah jam tu..nak buka penutup periuk tu ketat plak..p gtau mak..mak kata kena bagi sejuk dulu..tak pun curah air..bagi cepat sejuk….kakakecik dengan tenaga yang tak seberapa nie..angkat la pressure cooker yang agak berat dengan isi air dan daging ke sinki..curah2 air paip…dah boleh buka…waaaaaaaaah banyak lagi air dalam periuk nie..tapi bunyi macam dah nak kering…

 

Alang-alang dah buka pressure cooker tu..kakakecik masukkan sup yang telah ditumis, dimasukkan rempah ratus ke dalam pressure cooker…EH sebelum tu kakakecik masukkan daging dan stok nya dalam periuk sup yang telah ditumis..tapi risau takut meruap (teringat Fienaz time nie)…terpaksa la tuang semula sup daging tu dalam pressure cooker..buat penat je kan kakakecik nie…buat kerja dua kali…nak tunjuk rajin lebih plak…biarkan sup tu sejam..dengan periuk dok berbunyi isyarat daging dah empuk gamaknya…….bila dah agak okey..sejuk kan….pergh memang lembut gila daging nya…..tak sabar nak balik makan sup petang nie….

 

pssst : mak kata lepas nie nak wat serunding boleh la rebus daging dalam periuk tu.