Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, March 18, 2010

Aku Nak...........

Aku Juga Nak Bahagia
Aku Juga Nak Dihargai
Aku Juga Nak Dibelai
Aku Juga Nak Disayangi
Aku Juga Nak Gembira
Aku Juga Nak Dikasihi


SEBENARNYA....

Aku hendak mengecapi kebahagiaan dalam kehidupan ini, hendak dihargai, dibelai oleh insan yang aku sayangi dan menyayangi aku....

Aku hendak gembira bersama2 dengan orang yang aku kasihi...

Aku harap suatu hari akan ku kecapi semua ini dalam kehidupan aku....

AKu perlu sabar untuk menanti saat2 itu...

Tuesday, March 16, 2010

APa YanG diPiLiH....RuPa ParaS

Penting ke rupa paras dlm sesuatu hubungan...tak kira le hubungan istimewa ke apa ke...

Perlukan kita memilih seseorang berdasarkan rupa paras....hanya yang cantik yang lawa yang encem je ke yg dipilih....bgmana yg xlawa, xcantik,hodoh.....dorg pun ada hati n perasaan jugak seperti org lain...

Apa pun sume ni adalah anugerah dariNya yang maha esa...kita patut bersyukur apa yg dikurniakan olehNya..

Kalau bg lelaki..myb dia nak yg lawa, yg cantik, yg solid molid, betul x.....
Kalau pompuan plak...sure nak cari yg ensem...yg ada harta....

TAPI bg aku...sume tu tak penting..yg penting budi pekerti, keserasian....rupa paras...cukup la utk sejuk mata memandang...itu sume yg akan menjamin kehidupan kebahagian kita....buat apa kalau muka ensem berharta..cantik solid....tp tak kekal lama....

Apa yang lelaki pandang pada seorg pompuan...Adakah pompuan yang cantik or pompuan yg baik...

Bagi aku lelaki, pertama sure dorg akan tgok wajah...body....cantik ke pompuan tu....solid ke pompuan tu....myb ada lelaki kata tak kan...tp memang tak sume mcm ni...kalau ada pun x banyak le...boleh bilang je...biasa dunia skrg CANTIK lebih penting.......Alangkah bagus nyer kalau lelaki skrg tak pandang pada paras rupa....

Aku ada tanya pendapat kawan2....Ni ant pendapat dorg :

1: Rupa paras penting jika cinta dihati nya nipis....dia suka seseorang hanya pada rupa paras sahaja..tetapi jika cinta di hati nya melebihi segala2nya...rupa paras num 2...cantik ke hodoh ke pasangan nye..dia akan terima seadanya...KERANA CINTA melebihi Paras Rupa

2: Skrg dah jadi lumrah...kbykan lelaki / pompuan akan kejar yg encem / cantik...baginya...perempuan yang bersifat keibuan, pandai jaga maruah, aurat dan hormat menghormati adalah yg utama...cantik bg nyer ok la tetapi itu lebih kpd pakej..Kalau pompuan cantik rupa paras tp perangai teruk tak guna jugak katanya...itu pendapat dia le...aku terima la kan pendapat dia tu...

3: Dah bnyak kes lelaki cari pompuan cantik tp akhirnya kawen dgn pompuan yang tak cantik yg bg nya cantik.. tp tak mustahil pompuan yang tak lawa akan menang kalau dia pandai jaga hati suami/psgn nyer dgn baik...

4: Bagi sesetengah orang lebih penting rupa paras banding hati budi..tp biasa le zaman skrg ni...cantik bedak je...lelaki ni nak pompuan lawa tahap mana langsung...perangai, hati budi x penting ke...

Ok la sume....apa pun kecantikan ni mendalam aspek ni..cantik luaran n cantik dalaman....
jgn sebab nak cantik luaran..kita sanggup utk melakukan perkara yg memudaratkan...botok sana sini..susuk la...



Apa pun aku terima diri aku seadanya...lawa ke x lawa ke aku ni....aku redha dengan anugerah Allah kpd aku....Allah maha mengetahui segala2nya..dia yg mencipta kita....walau secantik mana pun kita...dgn kain putih juga kita dikafankan akhirnya..

Sunday, March 14, 2010

Cyber 2 Reality

Salam....

13032010, shda jupe kawan2 cyber dr room M1..tp skrg dah berhijrah ke m10...sis sygku, nisya, tuni n minah sengets...kami jupe kat wedding palaz, mbe room jugak....apa pun seronok le jupe korang...tp shda baru 1st time jupe korang so mcm diam2 skit le....konon2 pemalu...lagipun kat mjlis kawen kan..paham2 le...

left: sis sygku, minah, tuni, nisya n me

posing dlm bilik palaz...

suka deco pelamin n bilik palaz.....simple tp....menarik sgt2....tp frust le, shda tak posing kat pelamin.....minah posing jugak...shda wat malu boleh..kueng2....

me wif palaz...

selamat pgantin baru palaz...semoga bahagia n kekal hingga akhir hayat...

Palaz N En Hubby.....


Buka curi k pict ni..dah mintak izin dr pgantin pun untuk upload dlm blog ni....si amoi nak tgok..kecian amoi.....amoi ni le en hubby palaz....ensem kan...palaz sekali lagi..tahniah...

Tuesday, March 9, 2010

Kehidupan.......


Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialahmenerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Renungan Bersama

Sekadar Renungan Kita Bersama

>>Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

>>Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

>>Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

>>Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

>>Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

>>Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

>>Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Monday, March 8, 2010

Majlis Pertunangan


Salam....

tanggal 060310 ada majlis pertunangan dlm family kami...bukan shda yg bertunang...tp adik shda yg bertunang..kira langkah bendul(walau umah skrg xde bendul2 nyer lagi).....pada awl2 nyer my family mcm susah nak terima sume ni....sebab dlm family kami xde yg langkah bendul...xde ke....tp mak lang(adik ayah) kawen sblm ayah...kira langkah bendul jugak le kan....apa pun setelah beberapa mlm kmi (shda, adik ilah n mak) menangis...sedih...seronok..or apa jua...janji air mata kami telah mengalir....kami jadi sensitif sgt....sblm majlis berlangsung.....shda ada tanya mak "kenapa mak nangis mlm td"..jawapan mak "sebab sedih bila aku rendah diri..kata aku......" tetiba mak nangis lagi pagi tu..."mak maafkan chek erk" tak terniat pun sume tu...juz nak melawak...

Apa pun majlis pertunangan adik ilah telah selamat dijalan..walau pun pada awlnye plan majlis bermula selepas zohor..tetapi family dr pihak lelaki sampai awl...kul 12.30tghri..ayah telah membuat keputusan utk mula sblm zohor...kecian jugak dorg dtg jauh2 (perak) sure lapar kan...
kata sepakat telah dibuat dgn angka..RM9484 dan seutas rantai tangan...(rm9484 termasuk mas kawen)....majlis akad nikah n perkahwinan, i'allah akan diadakan dlm tahun ini jugak...

Ilah wif Shahir(Jadi jugak erk korang ber2 bertunang..tanhiah)

Eh2...memandangkan adik shda bertunang dulu, so shda dapat le saguhati...saguhati ke aku yg mintak....seutas jam tangan...tp mak shahir(shahir :tunang adik ilah) bg jugak kain pasang walau aku dah gtau tak perlu....sekali dia bagi 2pasang ma..................jenuh le aku nak memakai nyer...apa pun tak mak cik.....dlm diam2 dok salam nak balik leh lagi mak shahir tanya aku bila lagi..aku jawab...insyaallah kalau ada jodoh ada le..ttau bila..hahah..calon pun blm ada...

Erm...ini la..jam n kain pasang yg shda dapat..tqvm


Ok Ilah n Shahir, apa pun kak nak ucpkan tahniah n selamat bertunang, kena banyak2 sabar n bertolak ansur alam pertunangan ni byk dugaan nyer....cewah mcm le dia pernah bertunang..apa ra shda ni...k muuuuuuuuuuuuuuuuah all