Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label DECOUPAGE. Show all posts
Showing posts with label DECOUPAGE. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

Jualan & Pameran di RTC Gopeng

Assalamualaikum dan selamat petang…9 hari kakakecik tidak mengonlinekan diri…hanya ada 2 entry je rasa nya yang autopublish…

 

26-01-2012 kakakecik diberi kesempatan dan peluang oleh Risda untuk mengadakan jualan dan pameran di RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) Gopeng sempena Majlis Perhimpunan Pemaju Masyarakat Risda (PMR) peringkat nasional yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (Datuk Mohd Shafie Apdal). Ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh kakakecik sebagai salah seorang peserta kursus Decoupage anjuran Risda untuk mempromosikan produk yang dihasilkan..sememangnya kakakecik rasa tidak puas sebab terlalu singkat jangkamasa waktu pameran dan jualan…kalau la diadakan 2-3 hari agak berbaloi la…tapi tak apa la kan nak wat cmne..lagipun pengangkutan, penginapan 2 malam di Tower Regency Hotel, Ipoh dan makan minum sepanjang majlis ini disediakan..

 

 gubahan 

Gubahan bunga daripada daun getah yang telah diproses (bunga matahari tu hasil tangan myMum) untuk diberikan kepada Menteri

 

DSCN7817

Booth No. 8 milik kakakecik..

tapi kakakecik tak suka tak suka sebab nama kakakecik dorang eja silap NOR…NUR la…huhu

 

all

Produk Decoupage yang kakakecik jual dan pamerkan sempena majlis di RTC

 

menteri Lawatan Menteri KKLW (datuk Mohd Shafie Apdal) dan KP RISDA (Datuk Wan Mohd Zuki Mohamad)  ke gerai…cer tengok mata Datuk Shafie Apdal tepat je dia memandang kakakecik bagi penerangan…waaaah sampai berkerut2 muka nya

 

Semasa lawatan Menteri KKLW ke gerai, ada sesuatu yang membuatkan kakakecik terharu dia macam tak percaya kakakecik baru je pergi kursus Julai 2011, tapi dah boleh buat produk…Datuk Menteri..alhmdlah nie kali ke3 Risda bagi kepercayaan kepada saya untuk membuat mempromosi dan membuat jualan…TAHNIAH dan SYABAS Datuk Menteri ucapkan kepada Kakakecik…insyaAllah dengan kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh RISDA dan KKLW untuk kakakecik akan kakakecik teruskan decoupage ini…

 

terima kasih RISDA atas kepercayaan anda kepada kakakecik

Wednesday, June 15, 2011

Decoupage...


Assalamualaikum....

Erm.....alhamdulillah selesai dah pun kursus decoupage siri ke-2 (teknik baru) anjuran bersama Risda dan RnR Craft (Perniagaan Kuzie Gemilang)....2 hari 1 malam kursus di adakan....8 produk yang kami hasilkan untuk kursus kali ini...kalau dulu kalau x silap shida hanya 6 produk sahaja....apa yang menarik nya bagi siri ke dua ini adalah produk yang dihasilkan gabungan antara tisu bercorak dan daun getah yang telah diproses...


Antara produk yang dihasilkan..

Bersama dengan Kak Kuzie

Kak Kuzie ada gaya duta produk


Terima kasih yang tak terhingga kepada RISDA kerana masih memberi peluang kepada shidauntuk mengikuti kursus ini buat kali ke-2....pemes sekejap cheq dlm kursus tu..hehhe..dah le ada problem masa nak datang....

Kak Kuzie...terima kasih juga shida ucapkan..halalkan segala tunjuk ajar yang diberikan...semoga akak lebih berjaya dalam bidang diceburi..tabahkan hati..kuatkan semangat...

Okey nak siap2 kuar jumpa kawan2 di KL...



Thursday, April 21, 2011

Bercuti kerana Decoupage

Assalamualaikum…selamat petang

Rindu dengan semua kawan2 blogger..hampir 1 minggu shida tak buka blog…fb n ym pun on by hp…itu pun guna hot ticket maxis…dapat jugak la tau perkembangan kawan2 melalui FB….bukan kerana shida merajuk ke apa…ini disebabkan shida pergi kursus di Puchong dari ari ahad hingga semalam (rabu)..kursus sebenarnya ari isnin dan selasa je..ari ahad n rabu atas hway je…

Alhamdulillah…ini adalah pengalaman pertama shida ikuti kursus kraf…kalau sebelum2 nie hanya mak, adik ilah n kak ja sahaja dok p kursus..kali shida plak kena pergi…pada awal mmg dok kata kat mak.kalau kena gubah2 bunga tak pun buat bunga cheq tak mau p..hahhaaa…sebab shda tatau apa itu decoupage…tapi ada kawan mak gtau decoupage tu seni tampal..gunting tampal…hahaha mmg betul pun…

Kak kuzie dari R & R Craft (Perniagaan Gemilang Kuzie) selaku tenaga pengajar kami…kak kuzie mmg sporting dan kreatif orang nya..bukan sahaja dia ajar decoupage tetapi dia jugak ada bengkel jahit tudung, manik, sulaman, hamper, kotak hantaran…tp apa pun kami peserta2 yang dipilih oleh RISDA hanya belajar teknik decoupage.

SANY1312  

kak kuzie sedang memberi penerangan tentang decoupage

deco3

Kak kuzie sedang ajar cara2 menyapu sealer

SANY1350

semangat mak cik-mak cik peserta risda wat decoupage

SANY1326

betapa tekun nya shida menyapu sealer utk lekatkan bunga2 di pasu

deco1

sedang tekan halus cat (arcylic paint)

deco

ini la hasil nya…6 produk…sign assalamualaikum takde plak kat pic nie…uwaaaa

 

InsyaAllah..shida akan teruskan sebab family menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang decoupage ini..mana tahu ini adalah salah satu sumber rezeki..janji kita ada kemahuan dan usaha…shida suka inggeris style design….

Terima kasih diucapkan kepada RISDA Negeri Kedah kerana memilih shida sebagai salah seorang peserta kursus ini…