Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, June 30, 2011

Jom Memasak : Keropok Lekor

Assalamualaikum….

Yes…shida dah boleh buat keropok lekor sendiri….tapi xde la sesedap kepok lekor terengganu dan kelantan…tapi yang penting..mak, adik suka…mak siap minta buat lagi…i’allah mak esok2 cheq buat..harap2 rasa mcm kelantan or ganu punya kan…lepas nie tak perlu dok ngidam nak makan kepok lekor..janji ada ikan dan tepung ubi…pasti menjadi…

Keropok lekor nie memang dah lama shida nak cuba buat sendiri…dulu masa sunah adikeciku up entry INI shida ingatkan En Adnan Mat Gebu kita buat sendiri…huhuhu..baru nak tengok resepi nya…tetapi memandangkan keinginan nak buat tu tinggi selepas tv3 ke rtm siarkan tentang keropok lekor losong…esok nya terus shida search resepi….hehhee…akhirnya shida dapat…semalam ia menjadi kenyataan….

KEPOK LEKO

Bahan2

  1. 1kg ikan kembung/selayang/mackerel
  2. 240-260ml tepung kanji/sagu/ubi
  3. air utk merebus
  4. minyak utk menggoreng
  5. garam secukup rasa
  6. serbuk perasa – optional

Cara membuatnya:

  1. asingkan isi dari tulang ikan kalau guna ikan mackerel kena siatkan dulu kulit ikan supaya senang untuk blend
    siat dari kepala hingga ke ekor ikan
  2. kisar isi ikan hingga hancur
  3. campurkan isi tadi dengan tepung dan garam
  4. uli sebati dan bentukkan memanjang
  5. jerang air hingga mendidih kemudian rebus hingga keropok timbul
  6. angkat dan toskan sebelum dihiris nipis dan goreng keropok hingga masak

Selamat mencuba…

Jom Memasak : Jelly Kelapa

JELLY KELAPA

Assalamualaikum…..panas-panas begini kalau ada jelly kelapa sejuk je tekak rasa nya kan..semalam Kedah cuti Israk Mikraj…so shida plan nak buat jelly kelapa setelah mendapat resepi daripada kembo Shida Anwar kakakurus…tapi apa yang penting kena pergi beli serbuk jelly kelapa dulu la…puas jugak la shida masuk 2-3 kedai baru jumpa…konon2 nak buat malam tu jugak sebab mak ayah adik semua suka jelly kelapa nie…suruh la ayah kait buah nyok(kelapa)muda kat tepi2 umah..ayah kata xdak..yang ada nak simpan buat ubat…erm…kecewa la jugak sebab x boleh buat malam tu…

Pagi nya (semalam) suruh mak pergi umah “darling”mintak buah nyok muda 2biji…tapi 4biji depa bagi..hehehe..thanks darling n abg chik yang tolong kak shida dia belah buah nyok…

Resepi mengikut di belakang bungkusan serbuk jelly kelapa

Bahan2:

  1. 225gram/ 1 Peket jelly kelapa happy grass  (pasaran area pendang RM5.50 sepeket) tapi kalau kat pandan bakery RM4.80
    serbuk jelly kelapa
  2. 2 biji kelapa muda
  3. 200 gm gula pasir
  4. Air
  5. Daun Pandan

 

Cara Membuat:

cara

  1. Air kelapa + air biasa jadikan 3000ml (shida guna botol air mineral yang besar untuk sukatan air..kan 1.5liter 1 botol tu) : masak air biar sampai mendidih
  2. Masukkan 200gm gula pasir,isi kelapa muda dan serbuk jelly ke dalam air yang telah mendidih
  3. Kacau hingga rata…tutup api
  4. Masuk kan ke dalam bekas yang bersesuaian..

Selamat mencuba….

 

 

psstt: baru perasan kembo shida letak air lebih dr sukatan…hehhee..patut dia buat dapat banyak…

Monday, June 27, 2011

Memenuhi Impian Seorang Sahabat

Assalamualaikum…

Syukur ke hadrat ilahi kerana shida telah pun memenuhi impian keinginan seorang sahabat…bukan apa sangat yang shida penuhi impiannya…hanya dengan makanan…ini pun setelah shida terbaca entry beliau yang teringin nak makan kuih peneram aka telinga keling… kuih tersebut jugak adalah kesukaan shida… shida sendiri teringin sangat nak makan…bila ada sahabat yang sama2 mengidam nak makan apa salah nya shida kongsi bersama walau jarak memisahkan kami berdua ia tidak menjadi halangan…

Shida komen di entry, sms beliau kalau perlu shida nak pos..tetapi beliau kata x apa beliau pergi cari dulu kat pasar malam yang berdekatan…kalau tak ada nanti dia bagitau..tetapi shida tak yakin beliau akan dapat macam mana yang diidamkan..so khamis malam jumaat shida sms lagi tanya…beliau bagitau tak ada di pasar malam..nanti dia pergi lagi cari…shida gtau tak perlu la nak cari2 i’allah ahad nanti shida pos..isnin dah dapat makan…beliau menanya kan berapa harga kuih tu…oppps sahabat tak perlu la shida belanja kamu…kamu antara sahabat yang shida kenali di dunia blog yang rapat mesra dengan shida..shida pun tatau cmne kita boleh mesra…mungkin disebabkan kita ada keserasian bersama….

Apabila mendapat green light daripada sahabat ini..shida terus telefon mak cik yang berada di Sik..tp telefon pulak ada kat pakcik..so esok pagi shida kol bagitau yang shida nak kuih peneram dan karas..untuk seorang sahabat yang berada di johor..baru balik dari doha..mak cik tanya ngandung ke kawan tu…shida terus mengiyakan…sebab dia ngandung la cheq nak pos nie..mak cik kata ok la tu…so bila dah deal semua..mak cik kata siap nanti dia gtau…keesokan harinya hari sabtu pukul 3.30petang tengah shida berehat di depan tv sambil tengok dil to pagal hai …dapat sms dari kak teh yang gtau mak cik tengah buat kuih yang kak shida punya..dlm pukul 5 siap la…mak suruh mai awal pukul 4…aduuuuuuuuuuuuuuuuus kak shida ngantok…tido dulu ya yer….pukul 6 baru shida pergi umah mak cik….

Dan akhirnya ini lah yang dikirimkan kepada sahabat shida itu…thanks cik fauziah sanggup buat dalam masa 1 hari….

peneram ini shida punya…lubang 1….hehhe…sahabat punya lain….special request..lubang 4..padahal shida gtau makcik lubang 5..hahhaha..sabo je la…

karas n peneram ini yang sahabat punya…shida bagi 5pek peneram dan 5pek karas lipat 3segi…

Alhamdulillah sahabat telah pun menerima kiriman kuih yang shida pos semalam…dalam masa 24jam sudah dapat…semoga dengan kuih ini akan mengeratkan ukhwah dan persahabatan kita…. i’allah…tapi shida sebenarnya teringin sangat2 untuk berjumpa dengan miza…ralat sangat2 sebab masa miza datang kulim shida kena pergi kursus di KL…i’allah shida akan berusaha untuk jumpa kamu sahabatku…..

Hanya Tinggal Kenangan

Assalamualaikum….

Kenangan bersamamu kini muncul kembali…bukan mahu mengingati apa yang telah terjadi dan berlaku antara kita… tapi hanya sebuah memori yang sukar dilupakan…. fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh berjiwang2 plak shida…

Takde menda la..semua nie hanya la mainan perasaan semata2….kenangan bersamanya 8 tahun dahulu tetiba sahaja diimbau..sebab ada something yang dia pernah bagi dulu kini jadi mainan anak buah…hehe..jika dulu simpan saja di rak…sekarang nie si aisya main dah tak kisah…biar je…pernah jugak ingat nak pulangkan kembali kepadanya…tapi dia tak nak..dia suruh simpan bagi je anak buah main…

Dia bagi beberapa hari selepas hari konvo di tahun 2003…agak2 dia ingat tak lagi di mana beli nya….shida masih ingat ok…nak tengok ke benda apa yang dia bagi kat shida sampaikan shida tak endah dah sekarang nie…

BEARcomey tak…dulu bebear nie ada baju..tapi tatau la dimana baju dia hilang….

Lagi satu kan bebear ni ada suara…boleh nyanyi…bila nyanyi bebear nie akan malu..merah pipi dia…tak percaya tengok picture bebear bila nyanyi

BEBEAR 

Kak ja la punya keja semua nie..nak dengar sangat bebear nyanyi..kecian bebear…dia dah lama x nyanyi..suara pun dah x mau kuar..kan kan kan..jika dulu selalu jugak akan dengar bebear nyanyi bila rindu dia…sekarang aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah lantak ko la bebear…hehehehe….

 

pssst : aisya panggil bebear nie baby…baby…comey sangat…so sweet (jari di dua2 belah pipi)

Sunday, June 26, 2011

"Reddish GiveAway : Saya Nak Sarawak Souvenir!"

Sarawak Survinier GiveAway

Jom Rebut Give Away yang julung kalinya Zie Madini anjurkan..

Untuk Join Klik Banner di atas

Due date : 30 Jun 2011

Apabila Seorang Ayah Menegur………….?

Assalamualaikum…

Ayah memang seorang yang pemerhati..kalau sebelum ini ayah tegur pasal berat badan…suruh bagi naik…kurus sangat kata nya..alhamdulillah sekarang berat dah makin meningkat…

Hari ini pagi tadi ayah tegur lagi..tapi bukan sebab berat badan tetapi

Ini yang ditegur oleh ayah

brooch

kerongsang kecil yang bergoyang ditudung anak dara dia ditegurnya….

“Pakai apa tu ditudung kepala tu”

Mak yang tolong jawab “ kerongsang…..”

Si Anak…”Ayah nie….dah pakai lama la…..baru nak perasan”

Mak “ Ayah tatau perkembangan langsung no..”

Mak tatau la cheq ayah tatau perkembangan ke ayah tak suka cheq pakai macam nie…ayah kalau bab kain baju kalau dia tak suka di tegur…ini bab kerongsang tatau la plak dia suka x ke…huhuhu…sabar je la….adakah ayah tegur sebab takut bila terkena matahari akan jadi macam nie…

brooch2

 

psssst : ayah ramai yang suka la kerongsang kecik nie…ayah nie…tapi ada jugak seorang customer tegur…kak pakai cd ke..hampeh betul

7 Hari MencintaiKu…..

7 hari mencintaiku…shida mengambil masa 3malam 1 hari untuk habiskan 1050 mukasurat…ini lah novel pertama yang pernah shida baca setebal 1050ms…bukan shida beli tapi ada seorang rakan akak yang baik hati sudi bagi shida pinjam…bagi shida novel nie memang best..bila shida baca tu sampai ke lubuk hati ini..nak nangis, geram, suka, semua ada la…tak rugi kalau sapa2 nak beli tu…(beli dek nasz jangan tak beli RM 32.90 sahaja)

Novel yang memaparkan kehidupan sepasang suami isteri Khuzairi dan Mia Adriana…yang dinikahkan secara ketidakrelaan Mia Adriana apabila tunang (Khalil sepupunya sendiri) tidak hadir pada hari pernikahan..Megat Idrus (papa mia adriana) merayu kepada Khuzairi supaya menikahi anak perempuan tunggal nya dan menjaga sebaik mungkin..Alhmdlah Khuzairi seorang yang tabah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami kepada M.A walau bermacam2 maki hamun dilemparkan kepada dirinya. Emak tiri Khuzairi (Mak Leha) tidak dapat menerima M.A kerana dendam dan amarah kepada Mama M.A…tetapi akhirnya sebuah…………………….(sila baca la ye tak kan nak cerita ending nya di sini)

novel 7 hari mencintaiku siti rosmizah

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

sinopsis 7hari mencintaimu….

 

pssst: Kalau dak comey dah baca Cucur bawang dan Kopi O…shida baru nak baca…egt nak pinjam dari Anith…harap2 dia dah habis baca…

Thursday, June 23, 2011

"SEGMEN : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London"

ady

Assalamualaikum….nampak x header mybos kat atas tu…sebab pe shida letak header dia..sebab mybos nak g london…wooooooooooooooooow….london la sangat kan bos…Bandung je kot…dengan murah hati myboss adybudika nak wat GA..hadiah berupa ole2 dr KOTA LONDON

Syarat penyertaan sila ke SINI..

Dah baca syarat2 dia kan….so mai sini shida nak cerita kat semua untuk memenuhi SYARAT Ke-3

Al-kisah di waktu tengahari…beberapa minit, jam, saat tatau la selepas gathering Group Sahabat Blogger di Time Square…ada seorang mamat yang selama ini tidak shida kenali telah upload pict di Sahabat Blogger…dia 1st person yang upload..so teruja la shida nak tengok sapa yang join gath SB…so klik la FB tuan punya gambar tu…tup2 tengok dia orang kedah..orang kampung plak tu…terus shida req frnd kat Fb tak malu kan…pompuan add lelaki…ah lantak la tak kisah sebab kita nak berkawan..bukan nak mengedik…dari situ shida dan mamat nie chat kat FB..tanya itu ini…memang shida cepat mesra dengan dia..myb sebab sekapal kan…so dr Fb shida kodek2 blog dia..masa tu dia masih lagi guna blogspot…tapi sekarang dia dah dot com…kembar dot com dengan Norfa…entry dia masa tu banyak cerita tentang kesihatan..memang sedih jugak la shida..shida follow dia pada hari yang sama jugak..tp alangkah kecewa nya shida sebab dia tak follow shida..jadi jiran tapi tak follow….mai tengok SINI kalau tak percaya sangat…Keakraban yang terjalin berterusan bila dia tanya mcm mana nak feed url…jadi jiran tu…alhmdulillah kami kongsi ilmu mana yang kami tatau….

Ady selalu buat shida cemburu dan mengalir air mata..cemburu dalam bab masak memasak…dia rajin masih berani sahut cabaran plak tu…untung la si dia tu kan..mengalir air mata sebab dia selalu jumpa adik beradik KBU dan Blogger lain…

Bukan di alam cyber sahaja kami kenali antara satu sama lain…keakraban dan kemesraan ini berpanjangan apabila kami jumpa buat kali pertama di Star Parade..hanya ady kenal shida sahaja masa ni..dia kata la…shida kan s/u dia…hehhee…bukan berhenti di Star Parade sahaja…..Gath KBU di Tanjung Asam sekali lagi menemukan kami…shida bergerak dari pendang dengan ditemani Ady, Wany, Anith, Abil….Alhamdulillah shida senang berkawan dengan ady budika yang seorang pelupa ini…opppps walau dia pelupa tapi dia baik..sebab dia bawak shida ronda KL..dengan syarat shida kena teman dia makan

Ok lah shida tak mau cerita panjang2…sebab Ady hanya tanya di mana boleh terjumpa blog dia…

JAWAPAN SHIDA..DI GROUP SAHABAT BLOGGER (FACEBOOK)

 

Ady..shida doakan ady selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air….kalau shida tak terpilih sekali pun shida nak gak ole-ole dari Bandung..paling lekeh kain untuk di buat baju atau telekung..hehhehehe

Wednesday, June 22, 2011

Laksa oH Laksa : Makan Bersuap

Assalamualaikum…..

Laksa Penang, Laksa Kuala Perlis, Laksa Teluk Kechai, Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Kelantan, Laksa Sayong(Perak)…Laksa yang mana menjadi pujaan hati kalian semua….bagi shida laksa buatan sendiri…eh eh bukan laksa tu shida wat sendiri..kuah nya sahaja shida buat sendiri…

Malam td shida buat kuah laksa…ini semua angkara ikan yang mak beli kat orang datang jual kat kampung tak manis…x sedap utk di masak buat lauk…so shida buat la kuah laksa…plan nak wat kuah belacan (asam pedas)…bila mintak tolong mak ambil daun kesum mak suruh buat kuah lemak (lebih kurang macam kuah laksa johor)…family shida lebih prefer kepada kuah lemak…shida makan 2-2 tak kisah janji buat sendiri kuah tu…macam malam td makan campur 2-2 kuah dalam 1 bekas…

laksa ini laksa yang shida makan malam td yang membuatkan ramai kawan2 blogger kita tak puas hati..ada yang mintak pos lagi…

atiq dan qaseh dah dapat kan laksa masing2 di wall

Erm…telan air liur eh tengok…memandangkan pucuk janggus tak berani g ambil…shida letak daun salad, timun dan bawang besar sahaja…maaf telur rebus x de sebab x bape suka sgt, cabai melaka (cili padi) dan asam limau pun shida tak letak sebab shida tak makan benda alah tu….

Seronok sangat2 malam tadi makan bersuap dengan Aiman dan Aisya…gembira hati Ateh depa tengok depa makan sungguh laksa yang mak menakan depa buat…siap bertambah….

 

pssst : ada yang suruh up resepi…alahai shida tak de sukatan la sebab main campak2 je…sori yer elly

Tuesday, June 21, 2011

KBU : Meet Up Blogger 18 Jun 2011


Assalamualaikum.....

Entry agak basi..tapi tak basi di fikiran kami adik beradik KBU....alhamdulillah Meet Up Blogger KBU yang diadakan di Kedah Bowl, Star Parade sabtu lepas happening walaupun hanya 12 orang yang datang menonjolkan diri.(**update gk kata 14)...semua muka2 yang dah biasa jumpa..kecuali Ishak Roroi..

Kalau ikutkan kepenatan shida..memang shida tak pergi meet up ini...tapi bila pikir2 apa salah nya shida pergi untuk menyokong KBU...Pada awal tu macam2 alasan shida bagi...

Kat Cik GKSB.."Kak mungkin p awal dan balik awal jugak..." tak pe la kak..janji mai tunjuk muka....itu respon Cik GK

Kat Pakcu BEN lak..."ampa main bowling tingkat bape..5 ke..kak myb p lewat sebab nak p "makan kenduri"...hahhaha...pak cu nya respon " tingkat 4 kak, tak pe lewat ke apa..janji mai" pada hal masa kol pakcu nie 500 mtr je lagi nak sampai Star Parade....naik2 atas jumpa depa semua kena perli....hampeh betul..tapi tak kisah...janji happy...

Aktiviti kami sepanjang 18 Jun 2011
1. Bowling
2. Lunch + Pecah Ketoi Ais
3. Perbincangan Aktiviti dan Perlantikan AJK Negeri
4. Photo Gediks

Jom Layan Gambar Kami...(krdt to Pakcu dan Munet)

undian
Undian dibuat mcm main kutu plak

gurlz
acara wajib....berphotogediks

pkcu munet
oppps depa dua nie juruphoto kami…eh eh bukan juruphoto tp guna gambar2 kebanyakan guna cmra besaq depa

meetup
gaya dan score board...sori Ishak xde plak pict kamu

IMG_0851
awat tinggi sangat....tp cheq gak menang...hehe

259063_2037628334074_1045211814_32416357_6595337_o
opsssss saya tak pegang pakcu...saya pegang beg dia sahaja...

255684_231315310214393_100000077785350_1010533_1611279_n
lompat lebih tinggi

265721_2039796948288_1045211814_32419584_5645965_o
depa tak nampak pakcu dah masa nie

bye

bye bye.... nak g makan...

pssst :untuk baca lebih terjah sini MIKRO, KOKUS, CIK GKSP


Durian oH Durian

Assalamualaikum…..

Durian…Raja Buah…Ramai yang suka makan durian kan…ada jugak yang tak suka makan durian…macam si kurus keding nie tak suka durian…kenapa dia tak suka..terjah la ke sini..tetapi shida boleh dikategorikan hantu durian jugak la…tapi tak la hantu macam si budak pulau tu…dah lama shida teringin nak makan buah durian…dr awal musim di perak dan pulau pinang..dok tunggu pakcu panggil p dusun dia tak dengar apa pun…diam je…ntah2 buah dah habis pe…

Jika selama ini shida boleh pendam je nak makan durian…tetapi semalam shida tak boleh kawal lagi…masa on the way balik umah dah nampak buah durian macam di dusun shida tahun sebelum2 ini..tapi shida tak singgah..teruskan perjalanan sampai ke rumah…tetiba….buka je pintu rumah dah bau duriaaaan…usik si aisya comey tu “ aisya makan doyan erk….tak ajak ateh pun” terus pergi dapur…..demn….doyan bapak gajah besar dok atas meja…siap ada pulut ngan santan lagi….ish nak makan nasi putih berlauk ke nak makan pulut doyan nie….dalam hati makan nasi putih je la…doyan besar nie mesti doyan kahwin..shida memang tak suka durian kahwin….

So…bila dok lepak2 tolong2 mak di dalam bengkel sambil wat decoupage…adik tanya mak…mana durian tadi..mak kata ada je kat dapur belakang…adik pergi dapur…datang semula dengan seulas durian di tangan…masa nie dah bebel dengan dia..busuk la p makan kat dapur la….tanya la mak..durian kahwin ke..mak kata tak…DURIAN KAMPUNG ..HAAAAAAAAAAAAAAAAAH durian kampung ini tak boleh jadi…kena makan nie…mak pun cerita la macam mana dia g kutip(beli)durian tu kat umah sedara ayah…teruja mak tengok durian luruh depan mata…hahhaa…

Shida malam tadi tidur lewat skit sebab nak habiskan novel Coke & Sundae…dalam pukul 12.30 tgh malam mcm tu terasa nak makan durian…tengok yang durian besar atas meja dah xde…aduuus kecewa la jugak…pergi dapur belakang…oppps ada 3 biji lagi..tanya mak buah durian ni untuk majlis esok ke..mak kata tak…utk kita makan2..sedara ayah bagi….shida pun ambil la yang buah besar…2-3x dok nak buka x boleh…tukar ambil buah lain…sekali senang je buka….fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh isi pun nampak sedap…terus bawak pergi kat kabinet dapur…makan…sedap…makan lagi..sedap…5 ulas shida makan saja….

cuba bilang biji yang ada yang telah shida makan…

1,2,3,4,5…

yang 1 bahagian tak nampak tu ada 3ulas (simpan utk mak n ayah)

itu makan saja…isssh nasi pulut ada lagi….makan ngan nasi pulut letak santan pun sedap gak….


sedap sangat2 durian ini..shida suka yang macam nie…1 bahagian ada 2 ulas sahaja

tapi shida dah kenyang…makan ngan nasi pulut 2 ulas je…yang lagi 2 ulas makan saja jugak….hahahha…hampir sebiji durian shida makan…tinggal 1 paksa (bahagian) sahaja untuk mak ayah rasa…

bangun pagi tadi terus gtau ayah..”ayah sedap la buah durian yang cheq makan malam td”…ayah kata memang sedap pun…durian D24 ke apa ntah….tak kisah la D24 ke D99 ke janji shida dah PUAS….(time kejadian..semua orang kat rumah dah tido..tinggal shida sorang2 je tak tido lagi)

pssst : kerana durian nie jugak la rasa nyer shida rasa biul pening sakit tekak perit je nie….uwaaaaaa

Monday, June 20, 2011

Gambar Aku Di Eksplotasi

Assalamulaikum….

Ya Allah 4 hari shida tak update blog….last update masa di KL sebelum balik kedah….balik kedah je keje bertimbun…byk yang shida kena buat..arini baru kesempatan shida update entry…kalau hari lain banyak walking je..Sebenarnya shida nak khabarkan kepada korang yang salah satu gambar shida telah dieksplotasi oleh seseorang…terkejut jugak shida dapat MMS…**uiiiiiiiit ini gambar aku nie** memang SAH gambar shida walau pada awal macam blur skit..betul ke gambar aku….ish tak de keje ke dia dok wat benda nie…

Gambar mana yang telah dieksplotasi…gambar yang dulu pernah jadi picture profile Facebook shida…memang dia de gtau suka gambar shida yang tu..tak shida tak terpikir la yang dia nak wat mcm tu sekali…ini komen dia kat FB “cyok tgk pic ni .... dipenuhi renungan .. pelbagai rasa ... ^^ ”

134212_1482786080727_1566112430_30941943_1247542_o

Gambar nie dah lama sebenarnya…gambar 2 tahun lepas kalau tak silap shida…hari raya haji masa tu kat umah hanya tinggal shida, adik, mak n ayah..adik beradik lain x balik beraya umah mak..so berposing je la….

Ok ok shida tak mau cerita sejarah gambar ini….shida nak tunjukkan pada korang apa yang telah mamat tu buat pada gambar shida…apa yang eksplotasikan gambar yang dia suka tengok sangat nie….

Picture (3)

Gambar shida telah di stiker kan tapi bukan untuk dijual…hehhee..hanya untuk simpanan peribadi..peribadi empunya gambar la bukan nyer peribadi orang yang membuat nyer….…huhuhu…terharu sangat2…shida siap wat wallpaper utk handphone lagi…tak percaya…cuba tengok pic di bawah tu…cheq tak tipu eh

DSC04159

So sweet kan….stiker tu pun shida dah selamat dapat…thanks ye ***** (tak perlu kot gtu sapa nanti ramai plak mintak dia buat) hehhehe..tapi shida tatau nak letak mana stiker nie…tak kan nak pelekat kat cermin keta kot….shida kalau senang2 gantung je kat cermin pandang belakang tu biar penuh….sapa ada cadangan….size stiker ni tak besar mana pun lebih kurang 4” x 2.5” macam tu…

Thursday, June 16, 2011

Bye-bye Kay Ell

assalamualaikum...

update pantas just nak gtau shida skrg dlm perjalanan pulang ke kedah...sekarang kat area ampang td pergi bandar baru ampang..beli color untuk bunga.....ok semua....doakan shida selamat sampai ke myseet home..walau bukan shida yang drive ok...

Bye2 kay ell...

Geram + Bengang Di Pagi Hari

Assalamualaikum.....mulakan hari anda dengan seukir senyuman...tapi shida tak mungkin dapat mengukir sebuah senyuman...senyum buat2 boleh...kalau nak senyum yang seikhlas hati tu dapat...ini semua kes geram dan bengang dengan seseorang.....

Al-kisah dengan seseorang nie.....shida tak kisah dia bangun seawal jam 4.30pagi...ok fine...yang buat shda bengang kes slps solat subuh plan nak tdo semula sebab driver jnji nk dtg ambil pukul 9pagi...so ada le ms 3jam lg...2 jam tido pun ok...sebab mlm td tdo lewat pukul 3pagi jugak....sedap je shida n chu tdo,pukul 7 dia dah kejut suruh siap2 sebab nk kena check out before pukul 8pagi....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh bengang gila time nie....dok pikir je hotel mana la ada check out pukul 8pagi nyer...siap kata lagi kalau lepas pukul 8 kena bayar(ELOOOOOOOOO MAK CIK I PUN PERNAH DOK HOTEL KOT TAK USAH NAK BUAT GEMPAQ)...nak tergelak pun ada.....tp shida malas nak layan..gtau la check out pukul 12 la.....(lantak la nak kata apa pun..geram la dah le kita ngantok) dia dok bebel lagi.....huuuuuuuuuuuuh bising betul la....geram bengang punya pasal ambil tuala, baju n suar terus g mandi....lepas mandi terus panggil chu suruh mandi....dengan dia tu tak cakap sepatah dah..tunjuk protes...hahhaha..

Elok kita suruh mandi je kawan senegeri dengan nya tido semula dengan pakai baju tudung yang nak balik....tetiba dia g kejut plak.....kawan dia pun malas nak ckap byk bangun je.....egtkan kawan dia ok...rupa2nya protes gak dengan dia tu....bila kami ber3 pergi 7e tadi...baru pakat dok luah......hahhahahhaha....nak buat cmne dia kan mak cik...orang tua...................


pssttttttttt: hotel kat kg dia kot kena check out pukul 8pg...wakakkaka....jahatnya kamu shida..ops bukan shida kata ok tp mikro kokus di komen group KBU...hhahhaa

Sakan Meronda....

Assalamualaikum......

sakan cheq meronda malam nie...dengan orang lain2 plak tu....nak kata letih tu tak sangat tp semangat nak jumpa kawan2 tu kuat sangat...kebetulan malam td 2 geng sahabat yang shida kenal ajak kuar....1 geng datang ambil kat hotel..1 geng datang hantar ke hotel...yang ambil geng perempuan...yang hantar geng lelaki..hahhaa...

Sebenarnya Serai dan Kema (sahabat yang shida kenal di dunia YM) datang ambil shida kat hotel...konon nak bawak shida g makan roti john kat kedai abg lan di Kg Baru....sekali tak buka plak..so makan je nasi air kat restoran suraya...sedap jugak...kat stu terjumpa plak dengan Maskiyah (sepupu) dengan pak we dia..hehhee..padahal masa nie dah janji dengan Ady nak g stesen LRT Maluri...kul 10 hahhaa....bila gtau Kema, dia suruh ady ambil shida kat stesen lrt universiti je....tak kisah la cmne pun janji dapat jumpa kengkawan...Selesai makan, otw nak ke KL Sentral...serai nak deposit cek sykt nye keje....dia plak dapat kol dr Toki...Toki gtau dia kat KG Baru..huhu tatau plak dia nak dtg...memandangkan kedai abg lan x buka...shida pun dah janji dengan ady kat Kerinchi so Serai janji jumpa dia kat Kerinchi je la.....lepak dengan dia dlm 10-15minit....Ady kol gtau dah sampai Stesen LRT...aduuuuuuuuuuuuuuuuus...cepat2 shida ke sana..sekali ady plak dah terus ke mana ntah..menunggu la shida kat stesen bas LRT tu....

Dalam 15 minit jugak la baru ady sampai dengan driver nyer si epol....masa ady kol "shida kat mana, ady kat stesen LRT nie...kat stesen bas..." aik shida x nampak ady pun...bila shida jalan ke atas...oooh dah nampak ady tp ady x nampak shida....so ini la masa shida main cuk cak asik nusuk (sembunyi) dengan ady....hahahhaa...sabar je la....dr Kerinchi kami ke bukit gasing ke apa ntah...ambil del....mula2 rasa segan dengan "mamat" nie sekali haaaaaaaaaaaaaaa ambik ko ngam plak leh sembang rancak...adakah cheq nie peramah sgt..kihkih...tatau la...anda sendiri pk2 kan la yer....masa otw ke bukit gasing ady gtau amal, kirin, onie, amalina x dapat join...so kami dah blur tatau nak ke mana..kol aima dia dah tido....ady buat keputusan g lepak2 area KL je...dekat skit dengan hotel shida...konon nak makan kat Kg Baru...restoran ada boat tu...tp cari x jumpa...pastu Epol gtau ada restoran bakar2 kat tepi McD Jalan Pahang..molek je sampai dah tutup......dah alang2 dok area stu....terus g Sentul...makan kat De'Azmi apa ntah...shida xboleh g nak makan nasi...shida pilih fries je...ady n epol ambil set ikan siakap 3rasa, telur dadar, tomyam, kangkong grg.....si del diet hehhee..dia nak makan "rumput" je....

Seronok plak jalan2 dengan depa ber3 nie...macam2 berlaku dengan sembang tak payah nak cerita...ada je itu ini.....bab sesat tu biasa la kan walau driver KL...tp tatau jalan KL..."apa hang nie epol wat leceh sungguh".....sesat punya sesat ntah jalan mana pergi sampaikan si del egt shida nie tak biasa datang KL.....wat "jakun" boleh kan......ayat pelepas....nak bawak shida jalan....Mr FROGGY....oooooooooooooh TIDAAAAAAAAAAAAAAAAAK...

*****GAMBAR TUNGGU DR ADY BUDIKA*****


psssst : orang tu skrg guna D5000 tu....egt td nak photogedik tp cheq segan plak sorg2...walau dlm hati nak je...kihkih...masa tak mengizinkan jugak.....serai n kema...tqsm...sori kalau menyusahkan...toki sori la ye tak dapat nak borak2..lepak sama....ady,epol n del....thanks a lots...syok la dengan hampa walau cheq sorg je pompuan...wakakakkaa...nanti mai kedah kita jalan2 lagi naaaaaah...del nak g umah salji kat i-city tunggu i ok....


Wednesday, June 15, 2011

Decoupage...


Assalamualaikum....

Erm.....alhamdulillah selesai dah pun kursus decoupage siri ke-2 (teknik baru) anjuran bersama Risda dan RnR Craft (Perniagaan Kuzie Gemilang)....2 hari 1 malam kursus di adakan....8 produk yang kami hasilkan untuk kursus kali ini...kalau dulu kalau x silap shida hanya 6 produk sahaja....apa yang menarik nya bagi siri ke dua ini adalah produk yang dihasilkan gabungan antara tisu bercorak dan daun getah yang telah diproses...


Antara produk yang dihasilkan..

Bersama dengan Kak Kuzie

Kak Kuzie ada gaya duta produk


Terima kasih yang tak terhingga kepada RISDA kerana masih memberi peluang kepada shidauntuk mengikuti kursus ini buat kali ke-2....pemes sekejap cheq dlm kursus tu..hehhe..dah le ada problem masa nak datang....

Kak Kuzie...terima kasih juga shida ucapkan..halalkan segala tunjuk ajar yang diberikan...semoga akak lebih berjaya dalam bidang diceburi..tabahkan hati..kuatkan semangat...

Okey nak siap2 kuar jumpa kawan2 di KL...



Monday, June 13, 2011

Jejak Kasih di Chow Kit

Assalamualaikum...

berlintas langsung dari bilik 9*9 brisdale hotel....sementara rehat di waktu tenghari ini...myb ada yang tido kan...al maklum la kelas akan bermula 45 minit lagi...tp shida nak amik kesempatan untuk on9..kalau tak on9 wat pe bawak lappy n berukband kuning kan....

ini cerita malam tadi....selepas habis taklimat dr pihak penganjur Bhgn Pembangunan Usahawan RISDA....lebih kurang jam 9malam...kami diberi acara bebas..sama ada nak masuk bilik masing2 utk rehat or jalan2 jamu mata di gerai2 chow kit sekitar depan hotel..Shida n Chu jalan2 jugak la dari satu gerai ke gerai....sampai ke 1 gerai jual tudung..berkenan plak dengan selendang...tanya harga sehelai bape RM 8...ok jalan2 dulu la....sampai plak ke gerai jual kerongsong...ish menarik perhatian....try letak kat tudung....cuuuuuuuun jugak nie...tp x beli jugak..hahaha...mesti bengang je kan.....

tapi apabila shida sampai ke 1 gerai tu....shida terus senyum..sebab shida telah menemui apa yang shida nak dan cari2 selama nie...ia tinggal shida secara mengejut.....buat shida menangis jugak la.....setelah shida telah jatuh cinta......lebih kurang mcm jejak kasih jugak la malam td....sampaikan shida rasa mcm nak jumpa nyer lagi malam nie..dan bawak balik kedah....shida hargai dan rindu sgt2....itu la HOT TICKET yang telah shida temui di chow kit nie.....

pssst : boleh tak shida nak beli 2-3keping bawak balik kedah erk...kat sana rasa nya tak de jual...opss selendang yang rm8 tu pun shida beli...2 lagi...hehee..ok la nak siap g kelas...jumpa lagi petang nanti

Panas Sejuk Di Brisdale

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah shida dah selamat sampai ke bilik hotel....tp shida plak rasa x selesa...sejuk panas macam nak demam je nie...malam nie dah start kursus....ubat plak x bawak....itu la mak suruh bawak ubat x nak...tak nak dengar cakap mak...ini la jadi nyer....

psssst : sedih nye tak dapat jumpa Lydia Miza....kami selisih kat hway je...

Sunday, June 12, 2011

Koleksi Hevea : Terkejut Puan Isteri

last last last….tak leh tangguh untuk entry ini…nak gak cerita malam nie…hahahaha…..ari khamis dapat 1 panggilan daripada KL ingat kan pak we mana kol mak….sekali ada seorang suami req anta bunga kepada isteri nya di kedah…setelah di terangkan bahawa kami hanya sediakan bunga daun getah bukan fresh flower dia dah blur….dia tatau bunga daun getah tu camne…dia kata x kisah la janji bunga……

Mintak masa 30 minit daripada pemanggil sebab nak tanya mak dulu boleh x gubah bunga sekarang sebab nak kena hantar hari tu jugak…mak kata ok on….so mak pun mula sesi cucuk menyucuk….tapi shida macam x puas hati….suruh mak gubah lain..tapi adik2 cabar shida suruh gubah hahahahaha….shida gubah 1st step je….yang lain2 mak sambung….alangkah malang nyer nasib ku bila pemanggil tu pilih gubahan pertama..hehehehe…

nak tengok ke….sila lihat gambar di bawah lawa x…..lawa kan….

BUNGA ISRAQ Bunga daripada Israq kepada Farah Dina…so sweet…..“SAYANG, i LOVE You…From Hubby”

Alhamdulillah kami selamat hantar bunga yang ditempah dan dipilih oleh Israq kepada isteri tersayang..terkejut jugak dina dan family nyer…sebab kami gtau kawan tapi dorang tak kenal kami…bila shida hulurkan bunga terkejut….apa yang kuar dr mulut dina “Mak, Is bagi bunga nie”….dina tanya arini ari apa…adik dia jawab ari khamis..hehehe….comey je jawapan adik dia…shida gtau tarikh 9jun…shida tanya anniversary ke? Dina kata x…dah lama lepas…tapi dina gtau mmg selalu en suami nyer si Israq wat supprise macam nie..hantar bunga ke opis…alahai macam Nora Elena plak (padahal tak pernah tengok pun Nora Elena)..kalau nak tau sebenarnya esok nya (hari jumaat tu Israq dah nak balik kg..ambil isteri n baby yang balik bercuti) patut dia nak gak kami hantar ari khamis tu…hehehe….

Thanks Israq….semoga Dina suka dengan bunga ini….

 

psssst : masa nak hantar bunga nie…shida ketaq2 tangan sebab 1st time wat keje macam nie..hahahaha….romantik nya israq nie kan….ehhehee..adik ilah n kak niroh dah berangan kalau la en suami depa wat mcm tu best nyer…hahahhaa

KAHWIN : SELAMAT PENGANTIN BARU KAK SHINAZ

Assalamualaikum…..entry untuk arini dah ari berikut2nya…..khamis or sabtu baru update..(kecuali bawak lappy)

Cuti sekolah 2 minggu ramai orang kahwin kan…cheq jugak xkahwin kahwin lagi…..khamis lepas shida pergi kenduri kawen kak shinaz (kakak ke dia) kawan dik ilah…tapi dik ilah kata kak shinaz KAWAN kak shida…sebab kami rapat n dia selalu datang lepak dengan shida di kedai…

Dik Ilah dapat cuti untuk majlis kahwin kak shinaz….sanggup en suami nye hantar balik ke pendang….ipoh-pendang…dan shahir balik ipoh malam tu jugak…selepas suprise birthday mak….plan nak g kenduri kak shinaz awal….sekali ada plak tempahan bunga dari customer untuk hantar kepada isteri nya…so terlewat la kami ke majlis kak shinaz….pukul 3 ptg jugak baru gerak pergi ke Pida 4…

Alhamdulillah kak shinaz tak tukar lagi baju nyer….so kami bergambar le selepas makan…..

KAK SHINAZ P1000973

Kami 3 beradik dengan mempelai…..lain benar kak shinaz setelah di mekap…..apa pun SELAMAT PENGANTIN BARU KAK SHINAZ & SUAMI SEMOGA BAHAGIA N KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT…..(sepupu tak jadi kak shinaz nie…hehehe)

Mak Menangis Kerana Kami……

Assalamualaikum…..tak kira walau shida banyak keje hari ini…shida tetap nak update juga….dah 4 hari blog shida bersawang….8 JUN yang lepas birthday mak…hari yang sama jugak kenduri sambut menantu di rumah darling n mak ngah….shida bangun je pagi tu dapat SMS dari shireen..bukan 1 tapi 5 SMS yang sama..kat 2-2 nombor….shireen mintak shida belikan bunga utk birthday mak…tetapi akhirnya shireen mintak belikan kek kat SR sebab leh makan2…gpun semua kami ada di rumah….

Plan bermula

Step 1 : Shida suruh dik ilah beli kek kat SR Sg Petani…

BESDAY MAK

Step 2 : Suruh abg mie beli KFC untuk kami makan2…

Step 3 : Kami semua adik beradik perempuan dan anak2 siap konon nak pergi umah mak ngah…

Step 4 : Bincang dengan abg mie, kak ja n adik supaya panggil sapa2 panggil mak dan black out…kami akan kuar dr bilik…sambil nyanyi lagu Happy Birthday

BESDAY

Step 5 : Berpeluh kami di dalam bilik menanti black out…mak dah masuk bilik sebab letih…tetapi akhirnya mak muncul di ruang tamu apa bila syahira panggil mak konon ada orang cari..mak siap pakai tudung..cun….

Finally….black out dan kami semua kuar dr bilik persembunyian sambil nyanyi…mak menangis….sampai demam….kejam tak anak menantu dan cucu2 mak…

    P1000936 Mak terkejut…..cheq ketaq tangan mak…..mak menangis apabila baca apa yang tertera di kek….thanks shireen

P1000945Kami 6 beradik bersama dengan mak & ayah 

P1000957Mak dengan menantu2 nya

IMG_0006Keluarga besar En Yakob & Pn. Hatiah…

seronok sgt2 raya pun x mungkin kami dapat kumpul semua macam ini  

P1000962Meriah dengan anak menantu dan cucu

 

 

pssst : mak terkejut sampai demam…hehhe…ada video mak nangis nanti cheq try upload erk..next month plan untuk ayah plak…kebetulan jatuh ari jumaat…so nak kerah semua adik beradik balik umah mak ayah…wat suprise malam sabtu..sapa nak sponsor plak kali nie..nak beli SR jugak..ayah kata sedap…ayah suka…x macam kek yang sbelum2 nie…uwaaa ayah mcm demand je nie

KAHWIN : SELAMAT PENGANTIN BARU ZAIYADI & SYAHIRAH

Assalamualaikum…

8 Jun 2011

2 peristiwa telah berlaku dalam keluarga shida…tapi shida nak cerita 1 peristiwa je dulu…yakni majlis perkahwinan sepupu (anak darling n mak ngah…alhmdulillah selesai sudah majlis perkahwinan (sambut menantu) ari Rabu lepas…

Sekitar Majlis Sambut Menantu : Kedah – 8 Jun 2011 P1000836Darling & Mak Ngah

P1000829Suka gambar nie…**CANDID**

P1000845Rombongan Pengantin Perempuan

P1000890So sweet….eceh eceh

P1000854Mempelai dengan ayahanda & bonda tersayang

P1000887 

Hujan pun sanggup pengantin redahi….

 

Majlis Sebelah Pihak Perempuan : Seri Putra, Bukit Mahkota – 4 Jun 2011

yadi yadi1  yadi3

Kepada Yadi & Syira…selamat pengantin baru..semoga bahagia dan kekal hingga akhir hayat…