Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kali entry sebelum nie pasal komplen kakakecik mengenai servis TM…entry ini pun pasal komplen lagi tapi komplen dengan Maxis aka Hotlink..actually, kakakecik dah guna servis maxis/hotlink nie dah lebih 13 tahun…start zaman study tahun 2000 dulu sampai la sekarang..daripada bil ke prepaid…walapun pernah jatuh talak dengan hotlink tapi kakakecik tebus balik….tapi bila apa yang berlaku semalam buat kan kakakecik macam nak jatuh talak 3 terus…huhuhu…
Apa kes nie kakakecik sampai macam tu sekali..Jumaat 22hb, kakakecik topup RM10.00 untuk 2-2 nombor celcom dan maxis..adil kan..bila kahwin 2 nie kena la adil..dalam tempoh 4 hari sehingga malam 25hb tu..kakakecik tak de la sms or call sangat..tetiba tengah rancak sms dengan sahabat lama kakakecik..tup2 tak boleh nak send sms..terkejut jugak la tak kan kredit dah habis…bila check kredit…dah RM0.00 sen…aiiik biar betul..baru je topup 3 hari dah habis..biarkan…tido lagi bagus..
Pagi 26hb, check la semula kredit..tengok ada plak RM2.88 baki..tapi kakakecik dah mintak sepupu topupkan RM10.00 so dah dapat mesej yang kredit waktu tu RM12.88..okey la kan..biar je hp tu…xde nak sms or call sesapa…tapi tangan nie gatal sangat pegi check lagi kredit..aik ada RM2.88 plak…haiiiiiiiii mana hilang plak RM10.00 yang topup tadi..check kat *100# pun ada RM2.88, call 122 pun sama je dia bagitau ada RM2.88..dan kata nya kalau nak cakap dengan pegawai perkhidmatan hotline maxis 1300820120…caj ikut panggilan tempatan…kakakecik pun call la…sekali dok dengar je lagu dan iklan maxis tu sampai 6 minit terputus sendiri..kredit dah kena tolak RM1.80..macam anak HARE je rasa…call tak dapat pun buat aduan..pastu credit kena potong..padahal free je la…untuk pelanggan sendiri nak buat report…memang UNTUNG besar la maxis macam ni…
Okey..muka kakakecik time ni dah macam singa tengah lapar gamak nya..aiman 2-3x tengok ateh nya…huhu..tak pasal2 Aisya pun kena tempias sebab bising sibuk tanya itu ini…bila kakakecik check kredit…aik dah jadi RM11.08, dah masuk balik RM10.00 tu memang kena sumpah jugak la maxis nie..takpe takpe…sabar tu ada la 10% tapi malam tadi sekali lagi jadi..kakakecik baru je 5x sms ke nombor maxis jugak…kredit dah KOSONG…wooooooooooi tak kan la 1 sms caj sampai rm2.00 lebih kot..memang sakit hati tahap maksimum…kakakecik dah letak tepi dan nekad memang akan cerai terus dengan MAXIS….
Tapi…itu la dia main cuk cak dengan kakakecik..pagi nie check krdt ada plak RM9.00 lebih..tengok la macam mana keadaan nya..bila habis je guna baki kredit nie kemungkinan besar kakakecik akan guna provider lain..DIGI, UMOBILE tak pun CELCOM jugak..biar 2-2 nombor celcom…msj guna no celcom ke no maxis pun baru 5sen…kalau maxis sama maxis pun kalau tak silap kakakecik caj dia 7sen..camne tu…nak lagi ke guna perkhidmatan maxis nie…tak kot..hehehe..so sori la ye….
p/s : nyaris2 pagi tadi kalau tak de masuk balik krdt memang maxis centre pendang la tempat kakakecik..nasib baik ada balik krdt tu.