Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

Resepi Kek Biskut Marie Salut Milo aka Kek Batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Jangan pula pikir ceq rajin wat kek biskut marie celup milo or koko ni tenghari gini..Ini picture lama, beberapa bulan yang lalu..cuti krismas aritu ada buat dan baru habis je kek tu 3 ari lepas..gambar takde sebab Mr.M muncul time tu..uhuhuhu...kalau Mr.M mai dekat jangan dok kata pe dah..

Kalau buat kek batik ni,kakakecik akan rujuk resepi Cik Epal..mudah je resepi nya. Bahan yang digunakan tu agak banyak tapi berbaloi dengan kesedapannya..kakakecik tak suka kek batik yang lembut tu..suka yang sedang2 tak keras sangat..bila ngap masih ada bunyi kruup kruup biskut marie.

Membebel plak kakakecik ni kan..resepi tak juga share..okey2 jangan la marah sayang.

Bahan2 :
1 bungkus biskut marie -kakakecik guna jenama munchy yg plain (450gm )
1 bungkus kecil milo or choco malt (250gm)
250gm butter or marjerin
1 cawan susu pekat

Cara2nya:
1.Alaskan loyang dengan plastik.
2.Patah2 kan biskut marie..
3.Cairkan butter, masuk kan susu pekat dan serbuk milo.. Kacau lelaju jangan sampai terpeleot tangan plak..bukan pe kacau lelaju tu takmau ia berketul dan keras.
4. Kacau lagi..lagi sampai bunyi bulp blup..agak okey masuk kan biskut marie yang telah dikarate tu..Jangan lama sangat nanti lembik biskut tu.
5. Agak sebati.sekata.keseluruhan biskut telah disalut coklat or milo..masuk kan dalam loyang.tekan bagi padat..
6. Pekemaskan bahagian atas..kalau nak tabur badam cincang ke kekacang ke ikut suka..ada yang terkini depa buh coklat ganache..
7. Simpan dalam peti ais 3jam..kalau tak sabar nak makan tu 2jam pun dah cukup..kalau tak sabar lagi masuk kan dalam peti ais beku tu...hehehe..

Selamat mencuba

pssst : teringat kek batik yana sakura wat di umah Yanty Lee time kenduri Ipah aka Miss Ran...sedaaaaaap




Wednesday, March 5, 2014

Jom Memasak : Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

rvc1

Huuuuurm…hampir bersawang jugak la rumah maya kakakecik nie..baru 6 entry sahaja yang ada bagi 2014..mood kureng sikit nak sembang2 di sini memandangkan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan..memang banyak jugak dengan sharing di rumah maya nie…Mohon mood yang ntah hilang ke mana itu datang kembali bersama kakakecik…

 

Okey okey tak nak bebel panjang lah…petang semalam tadi kakakecik bosan di kedai..Syafinaz suruh balik awal buat red velvet yang tak kesampaian kakakecik nak buat sehari sebelum itu dek kerana susu full cream yang kakakecik beli untuk buat kek tu telah diminum oleh Aisya.. So,petang semalam kakakecik berusaha usung HP ke dapur baca resepi..main print scrn je resepi x sempat nak print out..Hahaha…

 

Resepi nya kakakecik peroleh daripada Zalin Zalina dan IrmadiLondon…sebelum2 ni kakakecik memang ada belek resepi2 red velvet nie tapi tak yakin nak buat..tapi bila tengok entry Zalin Zalina ada step by step rasa macam mudah dan senang je nak buat nie.bahan2 pun tak banyak sangat…Cuma tang topping tu je la mahal skit sebab guna cream cheese dan whipping cream..dan sah2 kakakecik tak makan…

rvc

Resepi : Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

  • 250 gm tepung gandum 
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1/2 sudu kecik garam halus
  • 2 sudu kecik serbuk koko

Bahan B -campur dan kacau sebati. Biarkan 10minit sebelum digunakan

  • 240 ml susu full cream
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 3 sudu kecik pewarna merah(kakakecik guna red bright jugak mcm ZZ)

Bahan C

  • 113 gram butter –dipotong kecil
  • 300 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan D

  • 1 tsp cuka masakan
  • 1 tsp baking soda

 

Cara-cara membuatnya :

  1. Pukul butter selama 2-3 minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
  2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih.
  3. Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
  4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit. Kacau bahagian tepi mangkuk guna spatula plastik
  5. Masukkan bahan A (tepung)  dan bahan B (susu) secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
  6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  7. Susun bekas cupcake dalam dulang..Paip kan adunan... kakakecik guna sudu je untuk masukkan adunan dalam bekas cupcake..Kalau guna bekas cupcake ni letak adunan separuh aje..kurang daripada separuh pun takpe.. ikut suka korang...
  8. Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit..ini bergantung kepada oven masing2 ye.
  9. Selepas menutup suhu oven, kakakecik biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

rvc2

Topping - Cream Cheese Frosting.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting

  • 250 gm Cream Cheese
  • 100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream
  • 100 gm atau 1/2 cawan Gula Kastor (kalau suka kurang manis boleh kurangkan sukatan gula)

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese

  • Pukul semua bahan menggunakan mixer...kena tahu konsistensi cream cheese frosting ni...kalau rasa nak deko atas cupcake, konsistensi krimnya kena kental sikit...maknanya tak lembik sangat... nak kental krimnya takleh pukul lama sangat...kalau rasa dah terpukul lama dan terlembik, korang masukkan dalam peti ais dulu... lebih kurang dah agak kental baru kita deko kan cupcake tu...kalau lembik sangat nanti tak cantik lak deko cupcake tu...tapi kalau korang rasa nak sapu aje atas cupcake tu atau nak biar meleleh takpe la kalau lembik pun... terpulang okey...
  • Paipkan atas cupcakes guna nozle yang berkenan..kakakecik tak de nozle bagai so just masukkan dalam plastik bag dan paip deco comot2 dan tabur manik halus warna warni..

 

rvc3   

Alhamdulillah hasilnya kakakecik puas hati dan kakakecik telah jatuh cinta dengan rasa red velvet nie…Ini la pertama kali kakakecik buat dan merasai kesedapan nya..Seronok habaq mai…Dan kek ni jugak lulus ujian cipta rasa untuk dijadikan hantaran majlis tunang Sabtu nanti..Senyum lebar la kakakecik :)

 

Selamat Mencuba

Wednesday, December 11, 2013

Meroti Tanpa Bibik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

roti1 

Hati meronta2 hendak meroti..keinginan nya sangat tinggi telah dipendam lama..hajat di hati nak jugak aku miliki bibik malaysia..(BM= Bread Mixer)…Harapan ada la orang hadiah kan untuk besday yang tinggal beberapa hari lagi..Cemburu juga di buku hati nie melihat sahabat2 lain meroti. Takkala menjoinkan diri di dalam group FB Kelab Roti (KR)..pelbagai resepi, ilmu, petua untuk membuat roti perolehi..

 

Perancangan awal hendak buat weekend last week…dah siap semua beli bahan tapi bila mood tak de hanya keinginan sahaja basi di situ la..roti tak juga nampak rupa..Shida sampai bila nak macam tu..cer cuba…Okey..malam tadi dengan semangat buat water roux..campur bahan semua..tup2 bread improver xde..susu tepung sah sah la tak de kat umah tu..buat je la..ikutkan resepi letak butter tapi dek sayang butter yang belum dibuka balutan bungkusan nya..kakakecik derhaka letak shortening (lemak sayur)..ko mampu (alamak terikut ayat diva AA di dalam Masterchef plak)..

roti

Alhamdulillah, ini la hasil kakakecik meroti malam tadi..tak de la segebu dan secantik tekstur roti orang lain..Tapi kakakecik rasa bahagia bila dapat bagi mak ayah makan dengan hasil air tangan sendiri..ikut kan mak suruh bagi garing lagi..hehehe..Next time la ye mak..kita letak inti dalam nya..dah buat teknik doh yang kak Ilah Jy bagitau. Untuk mendapat doh roti yang cantik urat2 dlmnya ..bila koyak dia memanjang... kena buat begini, BULAT KAN KEMUDIAN LEPERKAN... LPS TU GULUNG.. LPS TU BULATKAN SEMULA DAN PERAM. terima kasih akak atas perkongsian teknik tu..moga hasilnya lebih baik bila shida buat nanti kena tunggu kerajinan tu datang semula..

 

Resepi roti nie kakakecik dapat di KR, ramai yang buat guna resepi nie cantik hasil kejadian roti nya…khabarnya dari Isma Maisarah resepi tu..

 

Bahan-bahan :

  • 500gm tepung gandum
  • 11 gm yis segera
  • 1/2 cwn gula halus
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar water roux
  • 1 biji telur
  • 220 ml air suam
  • 2 sudu besar mentega/marjerin


Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. (kakakecik masuk kan dalam mixer biasa tu guna cangkuk dough..jenuh jugak la dok tunggu di mixer tu yang asyik asyik stop pusing)
  2. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
  3. Setelah doh naik..tumbuk2 doh.
  4. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..
  5. Sapu butter atau kuning telur (kakakecik renjis2 air dan tabur gula atas nya) bila dah siap bakar, keluar je dari oven sapu butter )
  6. Bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux

  • 1/4 cwn tepung gandum
  • 250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nak guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.


Selamat mencuba.

Tuesday, December 3, 2013

Jom Memasak : Tom Yam Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ini kali kedua kakakecik buat tom yam putih..kalau tak silap tahun lepas kot pertama kali nya buat, so pagi tadi merealisasikan apa yang dibual dengan Kiera di FB, dia yang kenalkan resepi tomyam putih nie ke kakakecik. Ingat2 lupa da..seingat kakakecik tomyam nie kena letak lengkuas dan sedikit santan. Malam tadi godek2 la resepi nya..dapat di MyR, sama jugak macam kiera share di blog nya..

tomyam putih

Resepi : Tom Yam Putih

Bahan-bahan :

  • Daun limau purut setangkai (jgn banyak2 nnt pahit)
  • Lengkuas dua potong (wajib!)
  • Stok ayam atau kiub ayam (kalau stok ayam, guna la 3 4 sudu , kalau guna kiub, guna la empat kiub ayam) – ini kakakecik tak de letak, stok pun xbuat, kiub ayam pun xde
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 6-8 biji limau nipis (Perah airnya)
  • 10 biji cili padi  (tumbuk jgn sampai hancur)
  • Air dalam dua mangkuk tiga mangkuk
  • garam secubit dua(secukup rasa)
  • Daun Sup – x letak jugak terlupa hahaha
  • Ayam beberapa ketul (kalau guna sotong dan lain2 tambah je, kakakecik tambah udang)
  • Kubis, Carrot, Tomato – jika suka
  • 1 sudu Santan / Susu segar (ramuan rahsia)
Cara-cara
  1. Mula2 rebus air bersama lengkuas yang telah diketuk/ditumbuk guna lesung batu. Masukkan ayam . Rebus hingga mendidih. Masukkan garam jugak
  2. Selepas tu, masukkan stok ayam atau kiub ayam(jangan guna kiub tomyam putih,tak sedap) ke dalam periuk
  3. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tunggu air merebus. Sambil tu, tumbuk2 cili padi , dan siap2 perahkan air limau nipis.  Daun sup pun potong2 kecil (1cm )
  4. Next, masukkan air perahan limau nipis, cili padi, tunggu mendidih kemudian masukkan sayuran dan santan / susu segar.
  5. Siap! hidang guna daun sup. Boleh jugak tambah 3 titik minyak ikan(tapi ada orang xsuka)

 

Selamat Mencuba

Sunday, October 20, 2013

Jom Mengukis : Biskut Cornflakes Ranggup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

cornflakes ranggup
Bertemu kembali kita..setelah 9 hari cuti sempena AidilAdha, cuti panjang x semestinya duduk saja di rumah..Hanya cuti secara rasmi di tempat kerja..tetapi sebaliknya masih bekerja di dapur rumah..Jumaat dah start baking biskut raya..buat serba sikit supaya balang kuih tak de la kosong sangat..Untuk AidilAdha nie kakakecik buat sorang2 je..tak de sapa tolong pun..anak2 buah semua tak balik..So, biskut simple je la yang mampu buat dan nak habiskan stok bahan yang beli masa raya puasa aritu..

Kebetulan conflakes ada lagi 1 kotak..anak2 abang din dah bagitau tak nak cornflakes madu..dorang dah ubah selera ke cornflakes ranggup..Apa lagi Ateh nya pun mencari la resepi yang sesuai..Raya posa aritu ternampak Ayu Citarasa Rinduan dan Kak Yatie ada buat cornflakes ranggup nie..ambik la resepi daripada blog dorang..
 bskut raya
Resepi : Biskut Cornflakes Ranggup
Sumber : Kak Yatie Sinar Kehidupanku

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri-ayak dulu
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA

psst: boleh plak kakakecik makan biskut cornflakes nie..sebelum2 nie memang susah benar nak telan cornflakes. Alhamdulillah dapat jugak merasa nikmat makan cornflakes hehe




Wednesday, October 9, 2013

Jom Memasak : Kek Pisang Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CYMERA_20131006_111729

Selalu kalau nak buat kek pisang, korang guna pisang apa ye? Kakakecik guna pisang emas yang ranum tu je..Tak de plak nak cuba pisang lain risau nanti tak nampak urat2 pisang di kek tu..kalau xde urat tu rasa macam xbest je..Sabtu lepas, mak n ayah ada beli pisang emas..elok je 1 sikat rm2.00..mak pun macam nak suruh buat kek pisang..tapi bila kakakecik makan pisang tu sedap nya..sayang plak nak lenyek2 buat kek..So, malam tu selepas hantar kek karamel ke Amal, kakakecik singgah beli pisang emas..siap bagitau adik tu..”kak nak pisang emas yang ranum” pilih punya pilih dapat la yang 1sikat rm1.60..ada dalam 12 biji kot..itu pun kakakecik dah suruh buang pisang yang terlampau ranum..hahaha..rugi la kalau ambik jugak sebab dia timbang pisang tu..

 

Kakakecik masih mengguna resepi yang lama…resepi yang mudah dah sedap hasilnya..jangan derhaka sudah la..sebab kakakecik ada buat sebelum nie derhaka skit kat telur..so hasil nya kurang memuaskan…Untuk kali nie ikut betul2 resepi nya..Alhamdulillah menjadi dengan elok..

CYMERA_20131006_111314

Resepi : Kek Pisang

Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 10 biji pisang emas
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

Cara-caranya :-

  1. Panaskan oven dengan suhu 170C. Lenserkan loyang 8”.
  2. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  4. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
  5. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Bakar selama 45 minit menggunakan api yang atas bawah.

 

Selamat Mencuba

Tuesday, August 27, 2013

Jom Memasak : Shepherd Pie Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN4692   

Jom kita ber’shuffle’ eh eh bukan nari shuffle tu…silap la…shepherd…shepherd pie..kalau sapa yang suka gila kentang macam kakakecik mesti suka la shepherd pie nie..Walau pun kakakecik tak makan kentang putar KFC tu..shepherd pie berketul2 kakakecik boleh makan. Eh, bukan je kakakecik suka ye…mak pun dah tangkap muat masuk mulut tau..kami sekeluarga start makan nie bila minggu terakhir Ramadhan aritu Kak Munirah dok ada di rumah..dia la wat, bukan sekali tapi dua kali…makan berebut2..

 

Sebenarnya sebelum Kak Munirah wat, kakakecik memang teringin da nak buat bila ternampak Ruzz post di instagram nya..terus  tanya resepi..hehe..apa benda yang berasaskan kentang cepat2 je mintak resepi ye dak…hehe..tapi petang semalam baru la kesempatan kakakecik buat..itu pun mak dok sebut2 je chepel hahaha…

DSCN4684

Resepi nie mudah tapi renyah skit la..hehe…kalau nak mencuba di alu2kan…

Resepi : Shepherd Pie Daging

Bahan-bahan Pie

  • 1kg kentang
  • 1/2 cawan susu segar (kira-kira 100 ml)
  • 2 sudu besar butter---pastikan suhu bilik ye
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya :

  1. Kentang dikupas, potong dadu, rebus sampai empuk.
  2. Toskan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
  3. Lenyekkan kentang tadi (dalam keadaan masih panas) sampai hancur.
  4. Bila dah agak lumat, masukkan susu sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan butter dan gaulkan sehingga adunan sebati
  6. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

***kakakecik ada tambah daun sup dan daun bawang

DSCN4672

Bahan- bahan Inti daging

  • Bawang holland - dipotong dadu
  • Bawang putih – dipotong dadu
  • 500g daging cincang
  • 1 botol sos pasta (terpulang la nak guna jenama apa pun)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu sos tiram
  • serbuk lada hitam dan lada putih
  • oregano kering
  • capsicum (cili benggala ) kalau xde guna je cili besar..hehe
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
  • keju mozarella sebagai topping


Cara-cara buat inti daging

  1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu
  2. Masukkan cili kisar dan sedikit air.
  3. Masukkan daging cincang, masakkan daging hingga bertukar warna.
  4. Masukkan sos prego, sos tiram, capsicum, serbuk lada dan oregano
  5. Perasakan dengan garam. Masak dalam beberapa minit, Siap inti nya!


Dah siap kentang untuk pie dan inti daging nie…so, tunggu apa lagi jom kita sediakan shepherd pie..Sediakan bekas pie yang aluminium tu..kakakecik guna bekas aluminium panjang je, nak guna loyang pun boleh jugak..nak guna bekas comel2 yang porselin pun boleh..

  1. Masukkan adunan kentang yang telah dilenyek
  2. Lapiskan dengan inti daging.
  3. Tutup dengan kentang lenyek lagi.
  4. Taburkan keju untuk topping. Lagi banyak keju lagi sedap..
  5. Taburkan jugak sebuk lada dan oregano kering..
  6. Bakar dalam oven yang dipanaskan terdahulu, dengan suhu 180 darjah celsius. Gunakan api oven atas bawah, lebih kurang 30minit atau sampai keju diatasnya cair dan mula bertukar warna keperangan..Siap pun.

DSCN4676

Selamat mencuba

p/s : jika guna bekas besar…dan nak potong biarkan ia sejuk dahulu..kalau tak nanti terburai habis..hehe

Monday, August 19, 2013

Jom Mengukis : Black Forest Cheese Tart

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Alhamdulillah hasil percubaan pertama kakakecik mengecis tart menjadi..walaupun kakakecik tak makan keinginan nak mencuba tu amat amat la tinggi sekali..Crust/shell tu kakakecik buat sebelum raya lagi..kekonon sehari dua sebelum raya nak la toppingkan cheese tapi tak terlaksana banyak benda lain yang perlu di buat...So tersadai la crust tu dalam tupperware di atas rak..huhuhu..mak hampir nak membuang nya..sabar je la..


Kebetulan ada orang nak tempah 6 tupperware kuih raya...3 tupperware wajib tart gulung..Apa lagi terlintas la bayang crust yang belum topping tu...risau rosak, petang semalam sebelum Maghrib kakakecik start mengecis..Gusar juga la awal tu risau tak menjadi ke apa..ye la tak pernah makan dan tak pernah tengok orang buat...Nak tau okey ke tak tunggu Kak Ja balik baru la boleh tau..dia makan semua...heheh..


Okey, resepi black forest cheese tart nie kakakecik peroleh daripada kak Sari Yusa

Resepi : Black Forest Cheese Tart
Resepi Asal : Kak Sari Yusa (Seri Kandi Tanah Jauhar)

Bahan Crust/Shell :

  • 170 gm margerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C (Kak SK guna gred B, kakakecik guna gred A tu je stok telur ada)
  • 1/2 st esen vanilla
  • 1 st perisa coklat
  • 2 sb serbuk koko
  • 270 gm tepung gandum
 
Cara-caranya :
  1. Pukul margerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan perisa coklat, pukul lagi guna senduk kayu hingga sebati.
  3. Masukkan serbuk koko, pukul rata-rata.
  4. Masukkan tepung sedikit-sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut. kalau dah lembut berhenti tambah tepung.
  5. Simpan 30 minit dalam peti sejuk sebelum ditekan ke atas acuan tart.
  6. Bakar pada suhu 170 - 175 darjah selsius selama 30 minit.
  7. Terbalikkan acuan untuk mengeluarkan crust, tidak perlu dicungkil.

Bahan Krim:
  • 250 gm krim keju
  • 50 gm gula kastor
  • 1 telur B
  • 1 st esen vanilla/ esen lemon
Cara-caranya :
  1. Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan dalam piping bag.
  4. Masukkan filling blueberry/strawberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
  5. Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
  6. Hias la cheese tart mengikut citarasa anda, kakakecik ikut kak SK je tabur coklat rice hehee.
  7. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 10 - 15 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak.


Monday, August 5, 2013

Jom Mengukis : Tart Nenas aka Tart Gulung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

TART GULUNG

Projek seterusnya untuk hari lebaran tahun nie adalah menggentel, menekan dan menggulung atau lebih mudah mengetart. Kali ni kakakecik buat awal..sebab 2 hari terakhir Ramadhan dah tak mau lagi membuat biskut raya..nak tumpu ke tempahan kek karamel sahaja. Alhamdulillah tahun nie masih ada lagi rezeki untuk kek karamel..Next year macam ada projek baru je…

 

Okey abaikan projek projek itu…Tart nenas/tart gulung nie kakakecik masih mengguna kan resepi Mak Tie, dah lebih 10 tahun kakakecik setia dengan resepi nie..memang ikut step gulungan yang Mak Tie ajar dan atas permukaan tart pun tak di sapu telur..masih mengekalkan keaslian tart gulung Mak Tie..just jem je dah tak buat sendiri..dop sempat..kakakecik beli jem nenas jenama Nona..sekilo baru RM7.50…banyak tu…masih ada berbaki lagi…

tart jem

Kekonon nak guna acuan baru..sanggup beli acuan gedabak besar tu..tapi hasilnya amat tak puas hati..bila gulung dia pecah…da la hampir 2 loyang besar da kak Ja tekan..kecian dia…last2 kami guna acuan biasa guna yang kecik tu..Tu la jangan derhaka akan tatacara tart Mak Tie.

tart

 

RESEPI : TART NENAS/TART GULUNG MAK TIE

BAHAN-BAHAN :

  • 500 gm butter
  • 150 gula halus
  • 1 kg tepung gandum (tapi  x akan habis semua guna)
  • 6 sudu minyak mazola
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 biji telur
  • Jem Nenas

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Pukul butter dan gula (jangan sampai terlalu kembang)
  2. Masukkan telur, minyak mazola dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan
  4. Terap adunan menggunakan acuan samprit dan letak jem nenas..gulung dengan teliti.
  5. Bakar dengan suhu 175C selama lebih kurang 15-20 minit..hingga keperangan permukaan atas nya.
IMG_20130804_003009

Alhamdulillh tart nie menjadi kesukaan family kakakecik terutama kak Munirah..malam kami mengetart dia sampai balik dr Perlis…dan dan duduk nak makan panas2..kata nya tart ateh buat sedap…ikutkan memang da de orang nak tempah pun tart ni..tapi kakakecik tak terima..dulu masa kak Ja dik Ilah tak kawen lagi kakakecik memang ada ambik tempahan biskut nie pun. InsyaAllah tahun depan boleh la kot buka tempahan biskut raya..

 

Selamat Mencuba.

Sunday, August 4, 2013

Jom Megukis : German Cookies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

 

German Cookies…resepi mudah yang menarik hati dan minat kakakecik untuk mencuba nya tahun nie.. Hajat di hati nak ada perubahan biskut raya tahun nie…asyik2 biskut yang sama je setiap tahun.x syok jugak kan…Pada mula nya kakakecik ternampak myKembo Shida Anwar post kat wall dia..kalau x silap daripada page group Buku Resepi ke apa ntah..tengok je guna tepung apa..ooo tepung kentang…nak kena beli la la tepung nya if nak buat kan…

 

Rabu..selepas tutup kedai…singgah bakery di Pendang untuk membeli tepung kentang…jenguk2 ada tepung ready made.instant punya untuk germany cookies..tapi kakakecik tak beli pun…mana mencabar kan guna tepung dah siap semua..hehehe…

 

Tup2 khamis tu nampak kak Yatie Sinar Kehidupan share German Cookies nya di FB…lagi la kakaecik bersemangat unuk buat nya…Petang tu jugak kakakecik buat..hehehe…

germany cookies

Resepi : German Cookies

BAHAN-BAHANNYA :

  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang
  • 80 gram tepung tepung gandum
  • 40 gram gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap. Kalau nak hias love love macam kakakecik tu pun boleh…hehhee…nampak sweet je kan
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
**Kalau adunan terlalu lembik, bolehlah tambahkan sedikit tepung kentang/gandum dan uli doh sehingga menjadi doh yg di kehendaki.

***1 adunan dpt lebih kurang 70+ keping.. kalau nak lebih gandakan adunan..Kakakecik buat 2 adunan..

 

Alhamdulillah…biskut nie mendapat keluluasan piawaian Abang On…dia kat sedap..tapi mak lak kata xleh makan sebab dia cair bila di dalam mulut..hehehe..Selamat mencuba biskut mudah tanpa telur nie..berbaloi sebab sedap…

Wednesday, July 24, 2013

Jom Memasak : Nasi Daging Chef Hanielieza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
IMG_20130723_192900
Di entry lepas lepas kakakecik ada mention kan yang kakakecik berusaha mencari resepi nasi daging, nak masak untuk mak kesayangan yang tak dapat makan sabtu aritu. Dalam usaha mencari tu dapat la banyak resepi, kakakecik da tatau nak ambik guna pakai yang mana satu. Kebetulan Shireen, anak angkat mak ada komen di entry mencari resepi nasi daging, yang dia penah buat guna resepi nasi daging Chef Hanielieza dan lulus piawaian babanya...dia rujuk ke buku Chef Hanielieza yang sehari satu resipi tu..alamak, camne nie kakakecik takde buku tu dan memang ada juga terlintas nak beli buku resepi tu (sapa yang baik hati nak buat amal di bulan posa nie, sedekah kan la buku tu untuk kakakecik hehehe)..

Okey, nak sedapkan hati..mungkin ada Chef Hanielieza share di blog nya kan…so, apa lagi x mau bazir bazir masa kakakecik mintak pertolongan abang google…keywords “resepi nasi daging chef hanielieza” kalau ada yang masuk ke blog korang tu..kakakecik la yang jenguk tu..Alhamdulillah ada pun Chef tulis di blog nya…nak salin malas..print screen je la…

Okey..misi membuat nasi daging akhirnya terlaksana di Ramadhan ke-14..Jom kita semak resepi yang kakakecik ambik dari Chef Hanielieza.
IMG_20130723_192915
Resepi : Nasi Daging Chef Hanielieza
Bahan-bahannya : (kakakecik buat separuh resepi nie je)
  • 1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
  • 6 cawan beras bathmati....bersih dan toskan (guna beras biasa je, lepas nie kena beli mak kata untuk hari raya…mak!!!!!!!!!!!!!)
  • 7 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 500 gm tomato cincangkan (kakakecik guna tomato pure)
  • 3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
  • 2 sudu besar kismis
  • 5 helai daun pandan ..disimpulkan
  • garam & gula secukup rasa
Bahan tumis
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 2 labu bawang besar ***
  • 3 ulas bawang putih ***
  • 1 inci halia ***
*** mayang halus atau tumbuk

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
  2. Tumiskan bahan tumis yang telah dimayangkan.
  3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
  4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendidih.
  5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
  6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
  7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.
ns daging
Alhamdulillah, walau pada awal tu kakakecik agak gusar tengok nasi tu macam terlebih air..tapi bila da sejuk..xde la lembik sangat..okey okey je la…mungkin sebab guna beras biasa..kalau guna beras bathmati mungkin lebih cantik hasil nya..Okey mak dah suruh beli..tadi dengar2 mak sebut nasi arab plak..demn kena cari resepi nasi arab la plak gamak ya..heheheh…

Opss….tadi masa berbuka kembang skit hidung nie, mukan montot ye…sebab Ali tanya beli kat mana nie…Mak bagitau kak shida yang buat..oooh dia ingat kami beli…hehehe…terima kasih Ali..walau ang tak puji kata sedap, tapi ang bertambah tu tanda nya sedap la kan..hehehe….

Okey kawan-kawan kalau yang mencari2 resepi nasi daging tu..cuba la try guna resepi ini..pasti puas hati…


Monday, July 22, 2013

Jom Memasak : Bubur Som Som

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
IMG_20130722_184131
Apa menu berbuka korang tadi???ooo, beli ke buat juadah berbuka tu..kakakecik petang tadi hanya buat bubur som som. Yang lain-lain tu bihun sup, nasi goreng putih, lepat liat inti mak yang buat. Hajat di hati nak buat nasi daging..dah siap beli semua perkakas nya..tapi mak bagitau esok aje la buat..hari nie buat sup tulang…sebab tulang dari semalam lagi rebus…Okey kakakecik tak kisah ikut je…

Memandangkan tekak nie teringin sangat nak merasa menikmati bubur som som..tergoda dengan hasil bubur som som yang kak Yatie buat..Seingat2 kakakecik la pertama dan terakhir makan bubur somsom nie pada tahun 1998…lama kan…masa umo belasan tahun..itu pun makan time bulan posa la di rumah Mak Teh Kak Niroh di Bukit Mertajam…masa tu mana la nak ambik tau sangat apa benda yang makan tu…main telan je…
IMG_20130722_184155
Sekarang ni baru la tau…apa yang kakakecik makan dulu tu orang panggil bubur somsom..eh bubur som som nie sama tak dengan lompat tikam..tadi masa anta ke umah Ngah Nah dan Tok Cik..depa dok tanya apa benda yang kakakecik bagi..jenuh gak la nak terang..bila bagitau bubur somsom dikatakan mereka lepat somsom..last2 bagitau je ala2 lompat tikam tapi dalam resepi tu tulis bubur som som..tak cukup dengan itu siap pesan simpan dalam peti ais..makan sejuk2 baru sedap…
Screenshot_2013-07-22-01-50-09Screenshot_2013-07-22-01-50-38
Okey jom semak resepi yang kakakecik ambik dari blog kak Yatie Sinar Kehidupan..pulun print screen simpan dalam hp…senang je kan sekarang nie…
Resepi : Bubur Som Som
Bahan-bahan A
  • 100 g tepung beras-(kakakecik ikut kak Yatie guna 1 cwn)
  • 100 g tepung jagung-(pun sama ikut sukatan kak Yatie iaitu 1 cwn)
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau dan pandan paste
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(ini kakakecik main taram je)
  • 500 g gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara Membuatnya :
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan dulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 A, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka
IMG_20130722_184248
Kakakecik buat tadi dapat la dalam 15 bekas comel2 tu…sanggup p beli hahaa….wana pink lagi tau acuan tu…dapat la agih ke rumah Ngah Nah dan Tok Cik…1 rumah dapat 3 ketul..hehee…berkongsi rezeki…




Jom Memasak : Roti Jala a.k.a Roti Kirai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

IMG_20130719_185914

Ja jala itik jala ayam…eh bukan nak jala itik or ayam la kakakecik ooi..tapi kalau jala ayam ke boleh juga buat kari makan dengan roti jala kan..erm..ada ke orang menjala ayam..tak pernah dengar plak, jala ikan ada la..apa2 je la ye..yang pasti ini entry tertangguh…Jumaat lepas, mak nak buat roti jala..ada sesetengah orang panggil roti kirai…

acuan

So..yang bancuh tepung tu semua mak la..ikutkan yang nak menjala nya pun mak jugak..tup2 acuan klasik yang warna kuning kakakecik baru beli tu tak berapa nak mau kuar tepung nya..(yang lama tatau dok mana, mungkin ada sesapa pinjam la tu)..kakakecik teringat yang kakakecik de beli botol 3 lubang tahun lepas..tak guna2 lagi…dok simpan elok je dalam laci..suruh la mak guna botol 3 lubang tu…sekali mak lak tak reti nak guna…Sapa lagi yang nak selesaikan kerja menjala tu..tak lain tak bukan kakakecik la….Walaupun pertama kali memicit menjala nya..alhamdulillah menjadi pun…Siap kena perli dengan abang on..ye la mak mana la reti guna botol tu,mak dulu2 guna bekas wana kuning je..huuuuuh ye la…

IMG_20130719_185813

Resepi : Roti Jala a.k.a Roti Kirai

Bahan-bahan (roti jala)

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 4 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan (kari ayam)

  • Isi ayam (potong dadu)
  • Ubi Kentang (potong dadu)
  • Serbuk kari
  • Santan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Daun kari
    Minyak masak
    Garam secukup rasa

rotijala

Cara-cara Membuat Roti Jala :

  1. Blender semua bahan sehingga sekata. Tapis ke dalam bekas yang sesuai. Pastikan adunan tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali  dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan, anggaran dalam 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. (Tak perlu terbalikkan)
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

Cara-cara Membuat Kari Ayam

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.Ketepikan
  2. Panaskan periuk/kuali.Tumis rempah-ratus dan bahan-bahan kisar sehingga keperangan.
  3. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  4. Masukkan isi ayam dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
  5. Masukkan garam secukup rasa.

**Ayam boleh digantikan dengan daging.

Selamat Mencuba

 

pssst : apa menu berbuka korang arini, kakakecik macam nak cuba buat bubur som som, tergoda dengan bubur somsom kak Yatie Sinar Kehidupan malam tadi

Saturday, July 20, 2013

Jom Memasak : Samosa Black Pepper

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam 11 Ramadhan…

 

Samosa selalu nya orang buat dan yang kita dok nampak tiga segi je kan…kalau panjang dipanggilnya popia…Tapi kalau mai mood malas nak lipat 3 segi balut je macam popia janji inti dalam nya inti samosa…Tu bagi sapa yang malas dan tak berapa nak rajin sangat la..

 

Kekonon nak buat samosa frozen..senang dan mudah kalau balik kerja lewat skit tak sempat buat kuih goreng je samosa tu kan..Ingat dihati Dik Ilah nak jugak bawak balik Ipoh…Namun apa kan daya, Selasa malam Rabu yang lepas mata semua mintak bantal..mengantuk tak boleh nak lipat samosa dengan kuantiti yang banyak..Dapat la Dik Ilah bawak balik habuan 2-3kali goreng.

 

Dan, petang semalam..kakakecik rajin diri sedikit untuk melipat samosa 3 segi (habiskan stok kulit popia yang telah digunting, tak baik membazir). Kak Ja plak katanya balut je macam popia…mudah kata dia..ikut suka dia la…dia nak dia balut..Kakakecik nak buat 3 segi punya…namo derhaka derhaka okey…

 

Resepi..mudah ringkas sahaja inti nya….renyah bab nak lipat 3 segi popia tu sahaja…naik hangin jugakla sebab dok cuba 2-3 kali lipat tak mau nak menjadi..dah la kulit popia yang beli tu lembut..huhuhu..tak macam yang biasa guna sebelum nie….sekali lagi tak baik membazir mau tak mau kena juga guna kulit popia besar yang beli 2 bungkus itu…Jom kita semak resepi samosa kakakecik..

samosa

Resepi : Samosa Black Pepper

Bahan-bahan :

  • Kulit popia saiz besar (digunting 3)
  • Kentang – dipotong dadu
  • Lada Hitam – terpulang kalau suka pedas2 letak la banyak
  • Bawang besar – dipotong dadu
  • Daging / Ayam Kisar (kakakecik guna stok daging di umah dan kisar sendiri)
  • Garam secukup rasa
  • Sos Tiram
  • Bawang putih – cincang halus
  • Sedikit Minyak untuk menumis
  • Air

Cara-cara membuat Inti :

  1. Kentang dan bawang besar di potong dadu. Ketepi kan.
  2. Kisar lada hitam, ketepikan juga.
  3. Panaskan minyak.  Tumis bawang putih sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan sos tiram, lada hitam yang telah dikisar dan sedikit air.
  5. Seterusnya masukkan daging, kacau sehingga daging tidak berketul.
  6. Kemudian, masukkan kentang, bawang besar, garam serta air.
  7. Masak dengan api sederhana sehingga kering dan kentang empuk.
  8. Dah siap inti..Biarkan ia sejuk sebentar.

 

Cara Melipat : (ini yang lemah nie)

  1. Ambik kulit popia. Potong 3 bahagian. Kiranya 1 keping kulit popia yang besar tu akan dapat 3 keping. (jangan jadi macam kakakecik p gunting 2…dah rugi, itu la buat time bulan posa je..habis hilang skills nya..hehehe..skills la sangatkan)
  2. Seterusnya, ambik satu keping kecil kulit popia. Masukkan inti. Lipat-lipatkan biar jadi bentuk segitiga. Selitkan yang bahagian ujung tu di dalam mana2 bahagian yang boleh. Buat sampai habis. (kakakecik mudah sahaja, buat kelongsong macam nak buat ketupat, hehehe)

Sudah siap semua. Nak goreng waktu berbuka terus pun boleh..kalau buat waktu malam boleh frozenkan dan goreng la bila2 nak..Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana panas.

Wednesday, July 10, 2013

Jom Memasak : Daging Masak Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah selesai sudah kita berpuasa 1 hari di Ramadhan untuk tahun ini. Korang berbuka tadi makan apa? Kakakecik hari nie berbuka dengan menu ala-ala kedai makan thai..Hehe, ye la dengan siakap kukus, kailan ikan masin dan daging masak merah. Kuih dan laksam beli je..Dop sempat nak bikin sangat sebab pergi Mydin dan Alor Setar tengahari tadi…Sampai rumah pun dah pukul 3 petang…

Opss tak nak bebel la…sebenarnya petang tadi buat kali pertama dan julung kali nya kakakecik mencuba untuk buat daging masak merah. Teringin juga nak membuat nya selalu merasa je daging masak merah yang Abang Mie order di kedai2 makan…Tapi untuk hari nie kakakekcik nak sangat buat sendiri..Kakakecik just try n error..Alhamdulillah menjadi dan kena dengan tekak nie..Tak puas makan waktu berbuka tadi…dah kenyang nasi asyik nak meratah je..Terpaksa berhenti sebab Kak Ja warning.ingat ayah sama..huuhu..
DSCN4622
Resepi : Daging Masak Merah Kakakecik
Bahan-bahan :
  • daging - dipotong nipis dan rebus dengan pewarna merah sehingga lembut (kakakecik letak kan sedikit ros sirap)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Bawang besar – belah 6
  • Bawang putih – dicincang/ketuk/ mayang halus (kakakecik ketuk je)
  • Halia (mayang halus)
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi dan cili besar
  • Air rebusan daging
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak, goreng sekejap daging yang telah direbus bagi garing sedikit dan angkat. Ketepikan
  2. Menggunakan minyak tadi tumis bawang putih dan halia hingga naik bau dan keperangan.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tiram kacau sebati dan goreng hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan daging dan sedikit air rebusan daging. Perasakan dengan garam dan biar mendidih sekejap, apabila nampak pekat masukkan cili padi dan cili besar serta belahan bawang besar..boleh la angkat dan dihidangkan
Selamat Mencuba

Tuesday, July 9, 2013

Jom Memasak : Pajeri Terung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tengahari tadi adalah tengahari terakhir untuk lunch sebelum kita berpuasa esok hari..Malam sebelum tu dah ternampak terung ungu di dapur ada 2biji, terus set dalam memori esok (pagi tadi) nak buat pajeri terung makan bersama dengan telur dadar dan ikan goreng. Kebetulan umah Ngah Nah ada buat kenduri siang tadi. So, mak tak de la nak memasak di rumah…Kakakecik masak untuk habuan kakakecik sahaja…

 

Kakakecik lebih suka pajeri terung berbanding nenas…tatau la kenapa…tapi lebih suka pajeri yang buat sendiri..Mungkin cara kakakecik buat pajeri tak sama dengan orang lain. Malam tadi borak telefon dengan Aima baru tau buat pertama kali nya orang buat pajeri letak gula merah.huhuhu..sebab selama ni kakakecik just letak gula pasir dan suka suki ikut gerak hati je masak..lagipun main campak2 sahaja takde sukatan khas bila dah nak masak, rasa cukup rasa semua kena dengan tekak dah terbaik la..

DSCN4605

Okey, nie resepi ringkas pajeri terung versi kakakecik

Bahan-bahan :

  • biji terung ungu (potong 2 dan belah lagi..akan dapat 4, saja kali nie terasa nak buat macam ni selalu potong serong)
  • ulas bawang merah **mayang halus
  • ulas bawang putih **mayang halus
  • halia** mayang halus
  • kulit kayu manis
  • kuntum bunga lawang
  • gula pasir
  • kerisik
  • santan
  • rempah ikan
  • sedikit ikan bilis
  • daun kari
  • garam

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak, tumis daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis,halia, bawang putih dan bawang merah.
  2. Apabila dah keperengan banyak tumis, masukkan rempah ikan yang dibancuh dengan air. Masukkan juga kerisik dan ikan bilis. Biar sampai rempah masak/ pecah minyak dengan menggunakan api perlahan.
  3. Seterusnya masuk kan santan, biarkan ia mendidih. Selepas santan mendidih masuk kan gula pasir dan garam serta terung yang telah dipotong.terung yang dah dipotong tu..rata-ratakan rempah kat terung tersebut..tunggu je sampai kuah tu pekat dan terung lembut dengan api kecil.
  4. Apabila sudah pekat dan rasa dah ok boleh matikan api.

Selamat Mencuba

 

pssst : masih ada lagi 2 potong terung nie, adakah ia akan menjadi juadah sahur nanti

“SELAMAT BERPUASA SEMUA…SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK”

Tuesday, March 12, 2013

Jom Memasak : Ayam Penyet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pergh..bukan main kakakecik nie kan nak buat ayam penyet..ko penyet kat mana ayam tu Shida, Safwan Seth kata hempuk je dengan kuali, PCM Adnan Ibrahim Nak afdal, lenyek dgn taya kete. Datin Adish Shida (ini lagi best hahaha)…Walau tanpa tempe, tauhu dan terung berlada…kakakecik tetap nak mencuba buat ayam penyet nie..Semua nya gara-gara sambal belacan yang kenduri Jumaat lepas berbaki dan mak telah buat sambal tumis.Ada la dapat 1 tupperware aiskrim yang comey tu. Dah tu malam semalam tengok Romantika kat Astro Ria, Shila Rusly dan family nya makan ayam penyet..Kakakecik terus bagitau mak, sambal tumis mak tu makan dengan ayam penyet sedap la.tu ayam penyet shila rusly makan..Mak…OOOoooooo, tu ke ayam penyet. P la buat..ayam ada lagi dalam peti ais..

Kakakecik pun google la resepi ayam penyet. Dapat 2-3 resepi..semua nya berlainan. Kakakecik nie jenis suka tengok gambar hasil masakan tu..kalau menarik teringin la nak mencuba. Akhirnya resepi kat senang-senang singgahlah kakakecik study malam tadi dan malam nie kakakecik mencuba… Jom kita tengok resepi ayam penyet nya.
DSCN3148
Ayam Penyet (Sumber : Ammy11)
Untuk Ayam
  • 1 nos  ayam – potong 4 bahagian
  • 2 keping tauhu – potong tiga segi
  • 1 paket tempe – potong nipis
  • 1 ikat sayur kangkung – dicelur
  • 1 biji timun – dihiris nipis
Bahan - bahan untuk rebusan ayam:
Bahan A
  • 50 gm bawang merah*
  • 30 gm bawang putih*
  • 20 gm lengkuas*
  • 10 gm kunyit hidup*
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • 500 ml santan
(Bahan * - bahan dikisar)
Bahan B
  • 150 gm tepung beras*
  • 1 biji telur*
  • 200 ml air rebusan ayam (bahan A)*
  • 10 gm garam*
  • 10 gm gula*
**** Kesemua bahan digaul rata
 Cara Penyediaan:-
  1. Potong ayam kepada 4 bahagian dan cuci bersih.
  2. Rebus ayam bersama bahan kisar, santan.
  3. Kemudian masukkan garam, gula.
  4. Masak sehingga pecah minyak dan kuah bertukar kepada warna kuning.
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Bancuh semua bahan tepung (bahan B).
  7. Salut ayam yang direbus tadi, tempe dan tauhu.
  8. Panaskan minyak dan goreng semua bahan bersalut sehingga tepung kekuningan dan diangkat.
  9. Hidangkan ayam penyet bersama kangkung, hirisan timun, tempe, tauhu bersalut dan sambal.
*  Lebihan tepung boleh dijadikan serdak/kremes (digoreng) untuk hidangan ayam penyet.
Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
DSCN3149
Walau apa pun kakakecik tak buat semua nya..kakakecik just ambik bahan2 yang diperlukan utk ayam. Ayam pun bukan 1 ekor tapi ayam dah dipotong lebih dari BBQ Sabtu malam Ahad aritu. Dah la tak salin resepi main ingat je, sekali tersilap p letak halia dalam bahan kisar..Ahhhh, halal je la..dah bau macam masak lemak pun ada…

Dah pecah minyak semua, standby la tepung..nasib baik ayak tepung beras dulu..pandai2 lak tu letak 1 cawan…elok dah sukat 1cawan tepung gandum..rasa semacam betul ke letak nie..berlari2 ke ruang tamu..tengok semula resepi..demnnn nasib baik tak ayak sekali tepung beras n tepung gandum tu..nie semua gara2 dok salin resepi Apam Beras yang PCM buat letak 1 cawan tepung beras dan 1 cawan tepung gandum.. Fuuuuh, tarik nafaaaaaaaaaaaaaaaaas panjang2 nasib baik lagi kan..kalau tak memang derhaka tahap gaban la ayam penyet tu.
DSCN3144
Syukur sangat2 ayam penyet nie kena dengan tekak dan selera kakakecik. Mak ayah yang tak pernah makan ayam penyet pun makan sampai tinggal tulang (ayah kata rugi la sapa tak dapat anak dara dia sorang nie…auuuuuw ayah nie wat cheq malu je). Tak lengkap sangat set ayam penyet ni pun kakakecik makan sampai meleleh air hidung nie…dua tiga kali stop minum air dan lap hidung.(x makan pedas sangat). Esok lunch dengan ayam penyet jugak la..ada lagi 4 ketul kecil ayam yang telah rebus tu.


Orang kata, sedap tak sedap nasi ayam penyet nie bergantung kepada sambal bukan di ayam goreng nya..tapi bagi kakakecik kedua-dua nya perlu sedap..ayam dan sambal..kalau setakat ayam goreng biasa tu mana best kan..





pssst : lepas nie tak perlu lagi risau kalau teringin nak makan ayam penyet buat je sendiri..kat kedah nie mana nak cari restoran ayam penyet..dulu ada jugak Wong Solo kat Mergong nu..tp dah lama tutup…


Sunday, June 24, 2012

Jom Memasak : Nasi Tomato..Thanks Kak Ummi Kuantan

 

Assalamualaikum dan salam hujung minggu

 DSCN9147

Fuuuh lap peluh di dahi…1st time kakakecik buat nasi tomato menggunakan rempah ratus yang bikin sendiri (Eh bukan kakakecik cipta rencah nya) maksud kakakecik, kalau sebelum nie dok wat nasi tomato guna perencah Iman..yang ready made tu…last week teringin nak belajar buat nasi tomato..so godek2 la cari resepi kat blog Kak Ummi Kuantan…2 resepi di blog Kak Ummi yang kakakecik ambil…terima kasih Kak Ummi coz share resepi nasi tomato..

 

Tetapi kakakecik ada ubahsuai skit je nasi tomato nie..gabung 2-2 resepi hehehe…derhaka sungguh kan kakakecik nie..kalau korang nak resepi asal Kak Ummi sila ke SINI dan SINI..tapi nasi tomato kakakecik tak de le sesedap nasi tomato CM Adnan Ibrahim kita…CM pun buat nasi tomato arini..dengar2 Mrs. Abi pun nak buat nasi tomato weekend nie…tatau la jadi ke dia nak buat untuk jamuan makan2 pengantin baru..

  

RESEPI : NASI TOMATO

Resepi Asal 1:Nasi Tomato Ayam - Kak Ummi

Resepi Asal 2 :Nasi Tomato - Kak Ummi

 Olahan daripada kakakecik..

Bahan-bahan :-

  • 4 cawan beras - dibasuh dan ditoskan(xde beras basmathi..guna beras biasa je)
  • 3 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 keping dada ayam - didadu kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4
  • 1 biji tomato - didadu kecil
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntuk bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 1 sudu besar minyak sapi (x de guna minyak masak je)
  • sedikit garam

Cara Memasak:-

  1. Kisar hancur halia, bawang besar dan bawang putih bersama sedikit air.
  2. Panaskan minyak dan tumis rempah ratus (kulit kayu manis, pelaga dan cengkih) hingga naik bau.
  3. Masukan tomato, ayam dan sos tomato. Kacau dan masak hingga ayam empuk.
  4. Masukan air dan susu cair
  5. Masukkan daun pandan dan sedikit garam. Kacau rata dan biarkan mereneh.
  6. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa. (*Step 2 - 5 tu kakakecik terus buat dalam periuk nasi elektrik atas api dulu dan bila kuah mendidih, akak alihkan ke dalam rice cooker). Biarkan nasi masak dan kering.
  7. Apabila nasi masak, kacau rata perlahan-lahan supaya bahan semua sebati. Biarkan nasi benar-benar masak.
  8. Ceduk nasi dan taburan dengan bawang goreng.

DSCN9148

Hasilnya…nasi tomato

 

Nasi tomato selalu nya orang makan dengan ayam masak merah dan acar timun+nenas+carrot…so kakakecik pun mintak la tolong ayah potong2 kan ayam (kantoi xpandai potong ayam) untuk buat ayam masak merah…pelengkap nya hanya acar timun…..yummy…

DSCN9160

Nas Tomato Ayam Olahan Kakakecik + Ayam Masak Merah dan Acar Timun

 

Tapi malam tadi terpaksa bagi dekat Kak Hah nasi nie..sebab tak habis, xmau membazi..Mak n ayah tak berapa suka makan nasi tomato, nasi daging etc..dorang layan nasi putih je..mau2 sekarang ni musim petai…makan nasi putih panas dengan ikan tamban masin dan cabai tumbuk+petai bakar pun dah menyelerakan…

 

psst : tengah oncall dengan ayu

Thursday, April 26, 2012

Jom Memasak : Super Moist Eggless Chocolate Cup Cakes

 

Assalamualaikum dan selamat petang.

 

Seharian harini kakakecik sibuk…kerja berkunjung ke meja dari jam 11 pagi hingga la 6.30 petang tadi, kecian jugak printer tu asyik dok print je…alhmdulillah rezeki untuk hari nie…(sapa suruh cuti semalam), sebelum senja kakakecik nak jugak update blog nie…tak mau nanti benda yang kakakecik nak share nie dah basi…almaklum la kan bab makan2 nie x boleh simpan lama2 nanti dia basi…tapi kalau cupcakes mesti akan berkulat kan…

 

2 malam lepas kakakecik buat cupcakes coklat..terpengaruh dengan mykembo Shida Anwar buat kek coklat tanpa telur guna cuka…sanggup tu dia pinjam cuka kat umah jirannya semata2 nak buat kek coklat..hehee..kebetulan dia post status nie kat FB..so ada la adik2 comey yang tanya fungsi cuka nie..kakakecik yang tau tapi tak berapa nak tau sangat2 nie google fungsi cuka untuk kek…dan terjumpa entry kek coklat super moist nie…bila tengok bahan dan step nak buat kek coklat tanpa telur nie mcm senang…teringin gak nak mencuba…

 DSCN8683

Ok jom kita tengok resepi yang kakakecik dapat..mana tau lepas nie korang pun boleh cuba kan…sedaaaaaap tau…rasa mcm tak puas lak makan..kakakecik buat 2 adunan daripada resepi asal..so dapat la dalam 20 cup.

 

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CUP CAKES

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung (xda kakakecik gantikan dengan horlicks)
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon


Cara-cara :

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan cup cakes secukupnya
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam cup dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

DSCN8686

 

 

Selamnat Mencuba

Tuesday, September 13, 2011

Biskut Kacang Sepat

KCG SPT

Biskut kegemaran kak ipar no. 2 dan mak…sebenarnya shida tak plan nak buat biskut kacang sepat nie…sebab malas nak beli tepung naik sendiri…beli 1 kotak tapi guna sikit saja..rugi je rasa..sebab biskut2 lain x guna tepung naik sendiri…tetapi memandangkan kak ros opismate kak ja beli tepung naik sendiri yang dia sendiri tatau nak wat apa…so shida gtau dia yang shida ada resepi biskut yang menggunakan tepung naik sendiri…sekali dia hantar tepung dan ceri untuk shida buat..kira nya kak ros bagi tepung dan shida buat pastu bagi kat dia la…eh eh kan kak ros bagi ceri kenapa plak gambar di atas tu letak coklat chip…hahhaha..ini sebab ceri dah habis..coklat chip masih ada skit lagi baki dari kek lapis…tamau bagi kosong atas biskut tu…coklat chip la jadi mangsa…kalau yang ini hanya ada di IPOH..rumah adik ilah…..dia punya idea so dia punya la 1 tupperware yang ada coklat chip…

BAHAN-BAHAN :

1 cawan marjerin

1 cawan gula halus

1 biji telur kuning

3 cawan tepung naik sendiri

5 sudu besar tepung jagung

1 sudu esen vanilla

2 sudu susu pekat manis

ceri : hiasan

kacang shangton : letak dlm adunan

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar marjerin dan gula sehingga kembang.. masukkan susu dan putar lagi sehingga kembang
  2. Masukkan kuning telur, esen vanilla
  3. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung sedikit demi sedikit.
  4. Sekiranya lembut tambahkan tepung
  5. Di dalam adunan masukkan kacang shangton dan letak dalam acuan yang berbentuk kacang sepat ataupun perahu
  6. Hias dengan ceri

SELAMAT MENCUBA