Coretan Terbaru KakakeciK

Saturday, January 14, 2012

JOM MEMASAK : Kek Karamel ( Pandan Orange)

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu…orang-orang Kedah cuti 3 hari la…jangan jeles….esok kan Hari Keputeraan Sultan Kedah…so kakakecik pun cuti jugak la 3 hari…dapat la masak-masak utk family terutamannya mak yang masih sakit, adik yang dalam pantang. Pagi tadi kakakecik buat kek karamel…dah lama dapat resepi nie daripada Dapur KakZu tetapi tiada keyakinan diri untuk membuatnya dan risau tak de sapa nak makan…sebelum nak buat tu tanya sorang-sorang dalam rumah dan sepupu…pernah tak makan kek karamel dan kalau buat korang nak makan ke…respon dari adik ipar… “alaaaaaaaaaaa, kak shida buat je, saya makan semua..” yes yes boleh buat nie…kakakecik memang dah biasa makan kat rumah sahabat fauziah di Jitra masa raya puasa lepas…
 
Selepas bfst tadi kakakecik buat la….sambil ditolong oleh si kecil Aisya…tolong tengok dan tolong kacau je budak tu…nie pun dok sibuk je sebelah… jom kita tengok resepi yang kakakecik dapat dari dapur kakzue siap step by step g kakzu share..jangan lupa LIKE kat page Dapur Kakzu..
DSCN7607 
Bahan bahan:
GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
** taburkan gula pasir dalam loyang . Jadikan gulakan gula hangus.Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang

Bahagian atas ( karamel )1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
** Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau dengan perlahan dan sebati, jangan sampai berbuih. Ketepikan

Lapisan kek (A)140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak

** campurkan air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih, dan masukkan gula..pukul lagi hingga kembang
** Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga sebati
** Ketepikan


Meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tartar

**Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi, masukkan cream of tartar dan pukul hingga kembang dan bila diterbalikkan bekas, telur tidak akan jatuh)

Campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN..kaedah kaup balik (SPATULA) apabila sudah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai atau campurkan dengan perisa yang disukai. (kakakecik bahagikan kepada 3 adunan, satu bahagian asal + esen vanilla, 1 bahagian pandan paste dan 1 bahagian lagi kakakecik tambahkan orange paste)
  1. Tapis dan masukkan karamel dalam loyang gula hangus (loyang saiz 8” atau 9”)
  2. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan secara berselang seli..kakakecik mulakan dengan 1senduk warna asal ditengah-tengah loyang, kemudian masukkan 1 senduk adunan pandan di atas adunan asal dan 1 senduk perasa oren di atas perasa pandan..dan begitu la seterusnya diselang seli sehingga adunan habis)
  3. Panaskan oven selama 10 minit
  4. 45 minit pertama guna api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pada suhu 180 darjah
  5. Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas. (seperti di dalam gambar di bawah)oven kek karamel
  6. Setelah masak biarkan 10-15minit, kek akan perlahan-lahan merenggang dari tepi loyang dan terbalikkan kek akan keluar dengan sendirinya dari loyang
  7. Sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti ais sebelum dipotong
DSCN7681
Selamat mencuba

psssssssssssst: telur 6 biji aje tau..jangan 12biji lak..kakakecik dah siap beli 20biji…egtkan 1 adunan guna 12 biji telur…hahhaa..rupa2nya 3biji telur kuning + 3 biji telur kuning = 6 biji telur putih…huhu..

8 comments:

Nora & Adhwa said... [Reply]

Sedapnyer........ :)

dah follow...

datang la follow sambil shopping di
http://vanillawardrobe88.blogspot.com/
Thanks :)

Muslimah Optimis said... [Reply]

nampak macam sedap. boleh lah try lepas ni

Muslimah Optimis said... [Reply]

nampak macam sedap. boleh lah try lepas ni

Unknown said... [Reply]

gebunya tekstur kek.haih.

Lydia Miza said... [Reply]

kena cr cream of tartar dulu..huhu

emarieys said... [Reply]

terliur ni..nampak sedap tu..

Ummi Aqilah said... [Reply]

yunk..mlm td belek2 resipe konon nk buat.cr cream of tartar takda lak..adehh

Model Busana Muslim said... [Reply]

thx untuk artikelnya mas. bagus dan bermanfaat banget