Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, September 17, 2013

Berinai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

berinai

Berinai..kalau berinai kedua-dua belah tangan 10 jari..pasti akan tegur baru kahwin ke? kalau 3 jari..baru tunang ke? tak de plak yang tanya baru balik dari buat umrah ke..sebab kalau yang pergi Mekah, pasti akan berinai..

inai3

Tapi itu la orang Melayu..inai dah sinonim dengan kahwin…tadi pun 2 orang customer tegur kakakecik apabila tengok kesepuluh jari kakakecik merah berinai..

 

berinai + cuti lama = kawen ke?
berinai + lama masuk keje = orang baru?

 

Alahai…dorang nie ada je kan…ni saja2 pakai je la…da lama kot tak pakai nya..kebetulan Ahad pergi kenduri kawan Dik Ilah yang sekampung dengan Mak Ngah Senah (sepupu mak) kami ke rumahnya…tup2 ada pokok inai..

 inai

Apa lagi, cuti 1 Malaysia..kami pakat berinai ramai2 anak beranak nak nak plak ada orang tolong giling kan inai tu…orang lain pakai inai di waktu malam hingga ke pagi baru la merah ini kami anak beranak pakai di waktu pagi sampai ke tengahari xde la merah sangat..olen olen merah gitu je..tapi kakakecik dabel lagi petang nya baru merah….wink wink

aisya

Adik Pikah yang beria nak ambik inai tu, sekali dia pakai 3 jari je..Aisya 9 jari(kenapa 9 jari je, sebab ibu jari kanan utk isap, hahaha)..Sorfina dan Alang 5 jari..Ateh je 10 Jari..hehee..Opss Mak Su Zah pun pakai jugak 3 jari malam tadi. Sorfina pun suka je bila dipakaikan inai..diam je duduk..bila ibu nya pegi basuh jari jemari nya..kelam kabut tunjuk jari dan mintak dipakaikan semula..tapi dah dorang nak balik Perak..so lain kali je la ye sorfina kita pakai penuh jari…

 

psst : ikutkan mak tak bagi dah pakai inai nie..tapi nak tunggu waktu sepatutnya tu lambat lagi tatau bila..so apa lagi pakai je la..lantak la orang nak kata apa pun :P

 

 

4 comments:

Bro Aim said... [Reply]

nak inai kat perut cam power gak..haha

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Bro Aim kenapa nak pakai tang perut...konpius kejap..nak bg buncit ke apa nie hahaa

MR & MRS MAKMUM said... [Reply]

pakai je la kak.....tak yah tggu2

eZmALiZa said... [Reply]

mula2 ezma pon igt kak shida menikah kaaa... bertunang kaaa... tipikal minded kan ezma ni.. kui3 =P