Coretan Terbaru KakakeciK

Friday, September 27, 2013

Jom Memasak : Daging Masak Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

dging merah

Kini baru giliran daging masak merah masuk blog kakakecik..menu ringkas nie kakakecik masak pagi semalam untuk bekalan lunch di tempat kerja. Dah lama tak buat daging masak merah..last buat masa bulan puasa aritu…lama kan..teringin plak nak makan, stok daging pun ada je dalam peti ais..So kita habis kan stok daging tu je la..Esok-esok mak balik, beli la semula.

 

Daging masak merah nie sesuai benar makan dengan nasi putih dan jugak telur dadar. Itu la menu kakakecik kalau daging masak merah mesti kena ada telur dadar.. WAJIB ada..kalau takde telur dadar macam tak lengkap je..Eh, tak kan telur dadar pun nak mintak resepi kot..kakakecik buat telur dadar yang biasa2 je letak bawang dan lada sulah…hehehe..Kalau daging masak merah takpe..memang kakakecik taip entry nie pun nak kongsi dengan korang jugak.

daging masak merah

Resepi : Daging Masak Merah
Bahan-bahan :

  • 200gm daging - dipotong nipis
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Bawang besar – belah 6
  • Bawang putih – dicincang/ketuk/ mayang halus (kakakecik ketuk je)
  • Halia (mayang halus)
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi dan cili besar
  • Air rebusan daging
Cara-caranya:
  1. Rebus daging dengan pewarna merah dan sedikit ros sirap hingga empuk. Tapis dan ambik airnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau dan keperangan.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili dan sos tiram kacau sebati dan goreng hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan daging dan sedikit air rebusan daging. Perasakan dengan garam dan biar mendidih sekejap dan kering. Apabila nampak pekat masukkan cili padi dan cili besar serta belahan bawang besar..boleh la angkat dan dihidangkan

SELAMAT MENCUBA

1 comments:

kiera'sakura said... [Reply]

Fevret papa kira dging msak merah nie. Klu pi kdai rajin la dia oder nie. Tgk resepi akak snang je nk buat nt blh cuba