Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, September 26, 2013

Jom Memasak : Mee Goreng Encik Bard

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

mee goreng

Seminggu jugak tak hapdate blog nie..hampir2 dah nak bersawang pun..Entah la nak kata xde menda nak kongsi ada je..tapi bila pikir nanti orang kata…alahai itu pun nak cerita di blog ke..Eh..ikut suka la nak cite ke idak..bukan suruh korang taip pun..hehe…Tapi itu la, bila update banyak pasal makan je..nanti ada jugak orang ambik kesah kan..Biar la ke mereka mereka tu shida oooi…jangan ambik peduli..buat la yang mana rasa patut padan…

 

Erm..untuk label jom memasak nie, kakakecik nak share resepi percubaan pertama kakakecik membuat mee goreng ala2 encik Bard..isteri SUE IEB tu…bulan lepas kan ada pergi rumah mereka di Putrajaya..mee goreng yang dihidangkan encik bard yang goreng…Masa awal makan tu rasa lain nya mee goreng tu..ala2 mamak style pun ada..tup2 elok makan dok kuis2 ternampak la satu benda berwarna hitam di dalam pinggan…di telek2 ooooh ini rupanya rahsia mee goreng encik Bard…tanya la Sue..dia kata mmg kalau Bard wat mee goreng dia letak benda alah tu…Opss bukan benda yang x sepatutnya ye..nie rempah ratus masakan jugak..Nak tahu rahsia nya..meh tengok resepi mee goreng yang kakakecik buat semalam mungkin bukan seratus peratus sama dengan mee yang encik Bard goreng la..rasa tu tetap ada.

mee grg 

Resepi : Mee Goreng Encik Bard

Bahan-bahan :

  • 1 bungkus mee kuning
  • 100gm daging – dipotong/hiris nipis
  • 2 pokok sawi – dipotong kecil
  • 1 biji tomato – dibelah 6
  • 1 batang lobak merah – dipotong memanjang
  • 2 keping fish cake – hiris nipis
  • 5 biji fish ball – hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 ulas bawang merah – dicincang halus
  • 3 sudu cili kisar
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap lemak manis
  • 1 biji telur
  • sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih (INI LA RAHSIANYA)
  • 1sudu gula
  • Garam hanya perlu (mee selalunya masin, so rasakan dulu kalau tak masin baru letak sedikit garam)

Cara-cara Membuat :

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan bahan rahsia, biarkan garing dan wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar, biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.
  4. Masukkan kicap lemak manis, kicap pekat,sos tiram dan sos cili, gula serta sedikit air. Kacau rata.
  5. Masukan mee dan sebatikan. (sebelum masuk kan mee kakakecik keluarkan bahan rahsia sebab tak nak nanti tergigit)
  6. Masukkan fish cake, fish ball, carrot dan batang sawi yg dipotong2.Kacau sebentar.
  7. Ketepikan mee dan masukkan telur di bahagian bawah kuali, asingkan mi, masukkan telur dan tanamkan mi di atas telur.
  8. Biarkan 30 saat dan gaulkan mi tersebut.
  9. Akhir sekali masuk kan daun sawi dan tomato. Masakkan mee agak kering.
  10. Hidangkan dalam pinggan dan hiaskan.

Selamat Mencuba

 

psst : sebelum nie dok wat mee biasa je..takde la letak kulit kayu manis, bunga lawang n cengkih..so lepas nie boleh wat cara nie dan buangkan awal2 bahan rahsia tu biar family tertanya2 kenapa mee goreng yang kakakecik wat rasa nya lain..heheh